You are on page 1of 2
ere) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Pejabat Pendidikan Daerah Kluang, Jabatan Pendidikan Negeri Johor Tl 07-772. 2946 2755 Jalan Sentosa Fax 07-72.2540 86000 Kluang, Johor Laman Web + wunwppdleluang edi my Ruj Kami PPDKLG.300-1/3/4 (4) Tarikh 18 Julai 2023 Pengetua dan Guru Besar Sekolah Daerah Kluang Tuan, PENGISIAN DATA DALAM DASHBOARD ASET ALIH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas. Surat JPA.2002/UPB/300-1/1/4 Jid.5 (34) bertarikh 19 Oktober 2022 adalah berkaitan, 2. Seperti yang pihak tuan/puan sedia maklum, Bahagian Pengurusan Aset (BPA) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) telah membangunkan Sistem Dashboard Aset Alih KPM. Sistem ini akan memaparkan kedudukan keseluruhan aset di sekolah-sekolah di bawah KPM yang merangkumi sekolah bertaraf Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan sekolah bertaraf Pusat Kos (PK). Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) - KPM, Bilangan 2 Tahun 2023, semua sekolah telah diberi tempoh sehingga 31hb Oktober 2023 untuk mengisi maklumat data aset alih. Walau bagaimanapun, sehingga kini (12hb Julai 2023) terdapat 5,517 sekolah bertaraf Pusat Kos yang masih belum mengisi maklumat data aset alih di dalam sistem tersebut. 3 ‘Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama pihak sekolah selaku penyelia sistem, untuk mengenal pasti dan memastikan sekolah-sekolah di bawah seliaan masing-masing mengunci masuk data aset alih di dalam Sistem Dashboard Aset Alih sebelum/pada 5 ‘Oktober 2023 (Tarikh Kawalan PPD). Untuk makluman pihak tuan/puan juga, data aset alih di dalam sistem ini sentiasa dipantau oleh pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2I- Ruj Kami PPDKLG.300-1/3/4 (4) Tarikh 18 Julai 2023 4. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Pn. Noorhayati binti Ramli, Sektor Pengurusan ditalian 07-773378. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai Sekian, terima kasih. “SYNERGY IN EXECUTION TOWARDS RESOURCEFUL LEADERSHIP” “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang/me}jalankan amanah, (ALI @ ZAINALABIDIN BIN SYED MOHAMED) Pegawai Pendidikan Daerah Kluang Pejabat Pendidikan Daerah Kluang Johor dn

You might also like