You are on page 1of 1

291-E Lorong Tampin,

Jalan Perak,
10150 Georgetown, Pulau Pinang.

Guru Prasekolah Jalinan Kasih,


SK Bukit Gelugor,
Jalan Yeap Chor EE,
11700 Gelugor, Pulau Pinang. 28 JULAI 2023

Puan,
Permohonan Pertukaran Sekolah

Merujuk perkara di atas, saya Mohammed Razin Bin Ameer Sajahan, ayah kepada Raissha
Zayyan iaitu murid kelas Pra A. Saya memohon pertukaran prasekolah anak sekolah anak
saya ke Sekolah Kebangsaan Convent Pulau Tikus.
2. Pertukaran ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada anak saya untuk
membiasakan diri dengan persekitaran dan suasana persekolahan di sekolah tersebut . Hal ini
berikutan daripada keputusan saya dan isteri untuk menghantar anak saya ke sekolah tersebut
tahun depan sesi 2024 sebagai murid tahun 1. Kekangan masa dan pengangkutan mengurus
pergerakan anak-anak ke sekolah turut diambil kira dengan harapan dapat memudahkan
urusan persekolahan anak anak dan kerjaya ibu bapa.
3. Besar harapan pihak kami agar pertukaran ini mendapat pertimbangan sewajarnya dan
perhatian khusus daripada pihak sekolah.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

_________________________________
(Mohammed Razin Bin Ameer Sajahan)

You might also like