You are on page 1of 20

Topik  Jaringan

Usahawan
7
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Menghuraikan tiga kelebihan mempunyai jaringan yang baik.
2. Menerangkan dua jenis jaringan.
3. Membincangkan enam sebab jaringan adalah penting.
4. Menjelaskan tujuh teknik membina dan membangunkan
keyakinan dalam pembentukan jaringan.
5. Mengenal pasti lima halangan dalam membina jaringan.

 PENGENALAN
Jaringan ialah peralatan perniagaan yang memainkan peranan penting
dalam kejayaan usahawan. Sekiranya seseorang usahawan mempunyai jaringan
yang baik dengan pengguna luaran dan dalaman, akan menjadi lebih mudah
untuk usahawan tersebut menggunakan peluang perniagaan yang ada dan
menyelesaikan masalah yang berkenaan dengan perniagaannya. Hubungan
jaringan yang baik membolehkan usahawan mendapatkan sokongan dan
kerjasama daripada lingkaran jaringan tersebut. Oleh itu, setiap usahawan perlu
membina kemahiran jaringan, kerana ia akan menjadi pemangkin kepada
pencapaian sasaran dan objektif perniagaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

7.1 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN


JARINGAN?
Jaringan merupakan hasil strategi hubungan yang lepas dan merupakan sumber
untuk strategi akan datang. Hak dan tanggungjawab hubungan ialah hasil
daripada sumber yang dibawa oleh usahawan pada permulaan perniagaannya
kepada jaringan yang dibina, pengalaman yang diperoleh dan pelaburan yang
dibuat dalam semua hubungannya. Hal ini bermaksud sesebuah syarikat itu
bukan sahaja perlu menganalisis portfolio hubungannya dan kefahamannya
tentang jaringan, malah menyenaraikan semua sumber tambahan yang dibina
melalui pergaulan. Kesemua ini boleh dianalisis dengan menggunakan cara
konvensional untuk mendapat tahu asas kekuatan yang mungkin dimiliki
oleh syarikat tersebut.

7.2 KELEBIHAN MEMPUNYAI JARINGAN


YANG BAIK
Kelebihan yang diperoleh oleh usahawan apabila mempunyai jaringan yang
baik adalah seperti yang berikut:

 Kebolehcapaian
Jaringan adalah amat penting untuk usahawan memperoleh sumber
ketara atau tidak ketara sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
Antara sumber ketara ialah sokongan kewangan, pemindahan teknologi
dan kebolehcapaian maklumat untuk mengeluarkan produk yang sesuai
pada harga dan masa yang sesuai dengan kehendak pasaran. Manakala
sumber tidak ketara adalah seperti sokongan moral, bimbingan dan
kepercayaan yang diberi oleh pelbagai kumpulan kepada usahawan dalam
menjalankan operasi perniagaan.

 Reputasi
Reputasi pula merujuk kebolehan usahawan untuk memimpin atau
mempengaruhi ahli jaringan lain dalam membuat keputusan, berdasarkan
pengalaman mereka. Reputasi yang baik membolehkan usahawan menarik
ahli jaringan untuk memberikan keutamaan kepada produk ataupun
perkhidmatan yang dihasilkan oleh usahawan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  111

 Harapan
Ia boleh memudahkan atau menyekat kebebasan aktiviti syarikat. Contohnya,
ahli jaringan mungkin mengharapkan sebuah syarikat untuk menentukan
harga untuk beberapa syarikat lain dengan cara yang berkesan. Namun,
syarikat juga diharapkan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan
harga sesebuah produk apabila ia berkurangan dalam pasaran, untuk menurut
cara persaingan yang konvensional atau beroperasi dengan lebih beretika
berbanding syarikat lain.

7.3 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN


JARINGAN STRATEGIK?
Seorang usahawan yang berstrategi boleh membayangkan masa hadapan dan
mengambil langkah-langkah yang perlu untuk merealisasikannya. Untuk
membina sebuah jaringan strategik, usahawan perlu jelas tentang matlamat
dan objektif yang ingin dicapai dalam menjalankan perniagaannya dengan
berinteraksi dengan orang lain dan menentukan tindakan terbaik yang harus
diambil. Walaupun usahawan itu mungkin teringin untuk menyelesaikan
sesuatu dengan cepat, adalah penting bagi mereka untuk tahu di mana mereka
berada sekarang dan ke mana mereka hendak tuju.

Jaringan yang berjaya ialah hasil daripada perancangan yang betul serta
pembinaan dan pelaksanaan yang cermat. Usahawan perlu mencari jalan dan
kaedah untuk membina jaringan yang baik dan mendapatkan faedah yang
maksimum daripadanya. Jaringan mesti menjadi salah satu taktik pemasaran
utama bagi kebanyakan ahli profesional bebas dan pemilik perniagaan
kecil-kecilan. Usahawan boleh menggunakan jaringan berpusatkan pengguna
untuk mengurangkan pergantungan mereka pada kos dan masa dalam
memperoleh dan mengedarkan maklumat. Strategi membina perniagaan ini
akan memanfaatkan usahawan dengan memberikannya pelanggan baharu
secara berterusan, di samping mengekalkan pelanggan yang sedia ada.

LATIHAN 7.1

Nyatakan kelebihan yang boleh diperoleh usahawan dengan memiliki


jaringan yang baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

7.4 JENIS JARINGAN


Terdapat dua jenis jaringan seperti yang berikut:

 Jaringan Formal
Jaringan formal ialah hubungan sedia ada antara pelbagai individu yang
mempunyai hubungan simbiotik dengan usahawan. Mereka yang mempunyai
hubungan jaringan lebih bersedia untuk mencipta peluang perniagaan
dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam jaringan tersebut. Setiap
ahli jaringan bersedia untuk berkongsi pengalaman dan kekuatan untuk
kelebihan bersama.

 Jaringan Tidak Formal


Jaringan tidak formal dibina menerusi hubungan dengan rakan pada zaman
kanak-kanak, ahli keluarga dan orang lain yang mempunyai minat atau hobi
yang serupa. Ia membolehkan usahawan membincangkan perniagaannya
secara tidak formal tanpa membuat janji temu.

Jaringan tidak formal memberikan usahawan peluang untuk mendapatkan


ataupun bertukar-tukar maklumat. Perkhidmatan yang diberi oleh ahli
jaringan tidak formal biasanya adalah percuma ataupun dengan kadar
bayaran yang minimum. Biasanya, jaringan tidak formal membolehkan
usahawan memperoleh pendapat dan nasihat serta sokongan moral dan
kewangan. Sokongan sebegini membantunya menjadi lebih yakin dan
menambahkan kebolehannya untuk membuat keputusan yang berkesan
dan mengurangkan risiko perniagaan. Ahli jaringan tidak formal termasuk
kawan, mentor dan ahli profesional. Rajah 7.1 menunjukkan ahli dalam
jaringan tidak formal.

Rajah 7.1: Jaringan Tidak Formal

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  113

7.5 KEPENTINGAN JARINGAN


Sekarang, mari kita lihat kepentingan jaringan. Rajah 7.2 memaparkan enam
kepentingan jaringan.

Rajah 7.2: Enam Kepentingan Jaringan

Yang berikut ialah penerangan terperinci mengenai kepentingan jaringan:

 Membina Keyakinan
Dalam perniagaan, usahawan mungkin menghadapi keadaan yang tidak
pasti. Contohnya, kerugian daripada pelaburan, persaingan dan produk
yang gagal menembusi pasaran. Jaringan yang baik boleh mengurangkan
ketidakpastian ini. Usahawan boleh memperoleh maklumat yang boleh
dipercayai mengenai peluang pelaburan, pasaran dan produk yang disukai
pelanggan. Jaringan juga membantu usahawan menghadapi perubahan dalam
persekitaran perniagaan seperti:

 perubahan dalam strategi pesaing;

 perubahan demografi; dan

 perubahan dalam kepuasan pelanggan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

 Mengurangkan Birokrasi
Birokrasi yang keterlaluan akan melambatkan proses aktiviti perniagaan.
Jaringan boleh mengurangkan birokrasi dalam membuat keputusan dengan:

 mempercepatkan proses permohonan;

 menjimatkan masa, kewangan dan sumber lain;

 menghalang usahawan daripada melakukan kesilapan yang


sama berulang kali; dan

 mengelakkan tindakan menolak tanggungjawab (passing the buck).

 Meningkatkan Maklumat
Jaringan akan meningkatkan reputasi usahawan kerana semua ahli jaringan
akan tahu apa-apa yang sedang dilakukan oleh usahawan. Pada masa yang
sama, usahawan tersebut boleh mendapatkan maklumat tentang siapa yang
berada dalam jaringan tersebut dan ini akan membolehkannya mendapatkan
maklumat yang diperlukan untuk menjayakan perniagaannya.

 Membina Kepercayaan
Kepercayaan ialah salah satu faktor terpenting dalam membina jaringan.
Dengan kepercayaan, ahli jaringan akan bersedia memberi keutamaan kepada
produk ataupun perkhidmatan usahawan. Apabila seseorang percaya
dengan produk yang dijual ataupun perkhidmatan yang diberi, dia akan
mempromosikan produk atau perkhidmatan tersebut kepada orang lain dari
mulut ke mulut (word of mouth).

 Membina Situasi Saling Bergantung


Seseorang itu mungkin mengecap kejayaan dengan pertolongan orang lain.
Mungkin perkara yang sama boleh dikatakan untuk kejayaan anda.
Hakikatnya, manusia bergantung pada sesama sendiri. Oleh itu, apa-apa
yang kita buat harus memanfaatkan orang lain. Semua orang mesti bertindak
dengan semangat simbiotik. Konsep bertolak ansur penting dalam
membangunkan hubungan jaringan yang baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  115

 Sumber Kreativiti
Jaringan ialah sumber kreativiti untuk usahawan dalam menjalankan
perniagaan. Kumpulan berlainan dalam jaringan akan membantu membina
idea baharu untuk mencipta produk ataupun perkhidmatan baharu serta
cara pengeluaran dan pemasaran yang baharu. Tambahan lagi, ahli jaringan
boleh membawa peluang perniagaan baharu. Idea boleh didapati daripada
kawan, rakan sejawat, pelanggan dan pengedar.

Sokongan dan sumbangan pelbagai pihak dalam jaringan boleh membantu


usahawan untuk:

 memperbaiki kualiti produk;

 memperbaiki pengedaran;

 memperbaiki teknik pengeluaran;

 memperbaiki teknik untuk mengadakan perkhidmatan lepas jualan yang


lebih baik; dan

 mencadangkan cara baharu untuk mempromosikan produk.

7.6 CARA MEMBINA JARINGAN STRATEGIK


Terdapat tiga cara usahawan dapat membina jaringan strategik seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 7.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

Rajah 7.3: Tiga Cara Membina Jaringan Strategik

LATIHAN 7.2

Huraikan tiga cara usahawan boleh membina rangkaian strategik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  117

7.7 USAHAWAN DAN JARINGAN


Untuk menjadi usahawan berjaya, seseorang itu mesti mempunyai kekuatan
untuk bekerjasama dengan orang lain. Yang berikut adalah strategi menubuhkan
jaringan yang berkesan:

 sedia mendengar;

 sedia bertolak ansur;

 mahir dalam memberikan keyakinan; dan

 keupayaan untuk tetap tenang.

Bila kita bersedia mendengar pendapat orang lain, kita akan mendapat idea yang
boleh membantu kita berubah. Kita perlu bertolak ansur dengan orang lain
dan menunjukkan keyakinan kita. Setiap usahawan yang ingin menggunakan
jaringan strategik yang baik mesti memiliki kualiti ini. Kegagalan membina
jaringan yang baik akan:

 meningkatkan kos;

 membuang masa;

 membazir sumber syarikat;

 merosakkan reputasi usahawan;

 merosakkan reputasi syarikat; dan

 mewujudkan dilema.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

7.8 GABUNGAN JARINGAN STRATEGIK


Terdapat beberapa strategi bagi membangunkan hubungan antara usahawan
dan orang lain untuk membina jaringan yang baik. Hubungan yang baik
dengan orang lain boleh membantu usahawan membuat perubahan yang
positif. Strategi ini juga dapat menolong usahawan untuk menangani perubahan.
Strategi ini adalah seperti yang berikut:

 Strategi bagi Gabungan Jaringan


Strategi ini membangunkan hubungan antara usahawan dan orang lain yang
mempunyai pengalaman perniagaan dan orang yang akan terlibat dalam
perniagaan usahawan tersebut pada masa akan datang. Usahawan mesti
berusaha mengingati orang lain walaupun mungkin tidak berurusan dengan
mereka pada masa sekarang. Terdapat pelbagai cara untuk membangunkan
gabungan jaringan strategik, contohnya:

 membuat lawatan;

 menyertai majlis rasmi;

 berhubung melalui pihak ketiga;

 memberi cendera mata;

 menghantar kad, contohnya kad tahniah, kad takziah dan kad jemputan;

 menulis serta membalas surat dan e-mel;

 memberikan kad perniagaan;

 menghantar faks; dan

 bercakap melalui telefon.

 Strategi untuk Membina Keyakinan Diri


Usahawan mesti menunjukkan kebolehan, personaliti dan kemahiran mereka
apabila diberikan tanggungjawab. Mereka perlu menunjukkan bahawa
mereka adalah bertanggungjawab supaya orang yang memberikan
tanggungjawab tersebut kepada mereka akan berpuas hati dan bersedia
untuk memberikan tanggungjawab lain pada masa hadapan. Apabila kita
membuat perubahan, kita mesti bertanggungjawab dan melakukannya
dengan sebaik mungkin supaya idea kita tidak gagal. Beberapa perkara
yang mesti diberi perhatian adalah seperti yang berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  119

 kebolehan membuat sesuatu yang orang lain tidak boleh;

 kebolehan menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh


orang lain;

 kebolehan menjana idea secara membina apabila diperlukan;

 kebolehan menunjukkan kita boleh bersaing dengan orang lain;

 kebolehan membuat tafsiran;

 kebolehan menunjukkan kita adalah tempat rujukan bagi orang lain;

 sentiasa betul dalam membuat keputusan;

 membuat orang selesa dan gembira berkomunikasi dengan kita;

 menyuarakan pendapat tanpa mendominasi orang lain;

 kebolehan menguasai nada suara apabila bercakap;

 tidak mengambil kesempatan terhadap orang lain;

 selalu bersedia untuk berterus-terang;

 bersedia menerima pendapat orang lain;

 bersedia menerima dan menghargai orang lain dan kebolehan mereka;

 memberi dan menerima nasihat;

 boleh mengawal diri sendiri;

 fleksibel; dan

 bertolak ansur apabila ada konflik.

Strategi begini membantu usahawan menangani kekurangan diri sendiri dan


menjalankan perniagaan selancar yang boleh dengan orang lain yang berkenaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

AKTIVITI 7.1

Anda bercadang mengadakan majlis keraian di rumah anda. Anda


menjemput ahli keluarga dan kawan anda. Terangkan bagaimana anda
akan menjalin rangkaian yang baik dengan mereka di majlis tersebut.

7.9 TEKNIK MEMBINA KEYAKINAN DALAM


KALANGAN USAHAWAN
Seorang usahawan mesti memperoleh kepercayaan orang ramai. Orang akan
yakin dengan usahawan yang membuktikan dia boleh melakukan kerja yang
diberi dengan berjaya. Yang berikut ialah strategi yang boleh membantu anda
menjadi lebih berkeyakinan.

 Berhubung dengan Berkesan dan Penuh Keyakinan


Jika anda tidak dapat menyuarakan pendapat atau mesej dengan berkesan,
orang lain akan kurang yakin dengan anda. Untuk berkomunikasi dengan
baik, anda perlu bersedia dengan maklumat dan data yang tepat. Anda juga
perlu ingat bahawa orang yang mendengar anda mungkin mempunyai
pendapat yang berbeza daripada anda. Hadapi perubahan ini dengan yakin
dan bersedia untuk berbincang tentang masalah dan idea penyelesaian
yang anda ada.

 Membuktikan Kebolehan Anda kepada Orang Lain


Anda mesti ingat bahawa orang akan mula yakin dengan anda apabila mereka
tahu anda boleh melakukan kerja yang diberi. Anda mesti membuktikan
bahawa anda mampu mengurus perubahan dan membimbing orang lain
dalam menghadapi perubahan tersebut.

 Menunjukkan Keprihatinan Anda terhadap Orang Lain


Tunjukkan yang anda bersedia untuk membantu orang lain. Apabila
anda bersedia untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan,
mereka akan mengingati anda. Anda juga boleh memberi bimbingan kepada
orang yang menghadapi masalah dalam menyesuaikan diri dengan
perubahan yang berlaku.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  121

 Sentiasa Berlaku Adil


Jika anda tidak berlaku adil, anda akan memusnahkan jaringan yang telah
anda bina. Oleh itu demi mengelakkan masalah, anda mesti berlaku adil
apabila menjadi mentor serta bila memberi bantuan, manfaat dan perhatian.
Anda mesti menyesuaikan diri dengan perubahan dalam kumpulan.

 Sentiasa Bersedia untuk Mengakui Kesilapan Sendiri


Semua orang akan membuat kesilapan. Jadi, bila anda membuat kesilapan,
anda mesti bersedia untuk mengakuinya. Hal ini akan menunjukkan kepada
orang lain bahawa anda adalah jujur. Anda mesti selalu bersedia untuk
bertanyakan tentang apa-apa yang anda tidak faham. Elakkan bertanyakan
soalan yang bertujuan menguji orang lain. Apabila anda berkongsi idea
dengan orang lain, anda membantu diri sendiri menghadapi perubahan
tersebut. Hal ini demikian kerana anda akan mempunyai banyak idea baharu
dan dapat membuat keputusan yang baik.

 Menunjukkan Semangat Berpasukan


Kita mesti selalu melihat diri kita sebagai ahli pasukan dan memastikan orang
lain turut merasakan mereka juga ahli pasukan tersebut. Elakkan daripada
menyendiri ataupun tidak menghiraukan orang lain. Kita mesti ramah
dengan semua ahli pasukan untuk mengetahui perasaan mereka terhadap
organisasi supaya kita dapat bekerjasama untuk menyelesaikan masalah
dan membuat perubahan.

 Berkeyakinan terhadap Orang Lain


Apabila kita menunjukkan bahawa kita yakin dengan orang lain, mereka juga
akan yakin dengan kita. Salah satu cara untuk menunjukkan keyakinan
terhadap orang lain adalah dengan menunjukkan kesediaan kita untuk
berkongsi maklumat. Apabila kita menunjukkan keyakinan, orang akan
lebih bersedia menerima idea kita dan memberikan kerjasama.

AKTIVITI 7.2

Anda baru dilantik menjadi ketua pasukan dalam organisasi anda.


Bagaimanakah reaksi anda jika ahli pasukan anda tidak bersetuju
dengan pendapat anda?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

SEMAK KENDIRI 7.1

Huraikan beberapa strategi yang anda boleh gunakan untuk menaikkan


keyakinan diri sendiri.

7.10 HALANGAN DALAM MEMBINA


JARINGAN STRATEGIK
Terdapat lima halangan utama yang mesti dielakkan oleh usahawan yang ingin
membina jaringan strategik yang berkesan. Jika kita gagal membina jaringan
strategik yang berkesan, kita juga akan gagal menyesuaikan diri dengan
perubahan. Untuk mengelakkan halangan ini, pengusaha harus terlebih dahulu
mengambil inisiatif untuk mengenal pasti kelemahan diri sendiri. Lima halangan
tersebut ditunjukkan dalam Rajah 7.4.

Rajah 7.4: Lima Halangan dalam Membina Jaringan Strategik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  123

Sekarang, mari kita mempelajari halangan ini dengan lebih lanjut.

 Emosi
Halangan mungkin timbul daripada kelemahan emosi yang tampak dalam
sikap, personaliti dan ego usahawan. Halangan ini akan mewujudkan jurang
sosial yang menjauhkan usahawan daripada orang lain. Jurang sosial boleh
menyebabkan usahawan gagal menyesuaikan diri dengan perubahan.
Halangan emosi disebabkan oleh ciri-ciri personaliti seperti yang berikut:

 terlalu agresif;

 takut;

 berbicara yang menunjukkan kecenderungan negatif, seolah-olah


memegang jawatan ketua;

 cuai dalam bertindak;

 berfikir dan berkelakuan seolah-olah diri sendiri lebih baik daripada


orang lain;

 bongkak;

 hipokrit;

 terlalu mementingkan kesempurnaan;

 mengambil pucuk pimpinan secara tidak sopan;

 tidak menepati masa;

 tidak sanggup mengakui kesilapan sendiri; dan

 tidak sanggup mengiktiraf kebolehan dan bakat orang lain.

 Fizikal
Halangan fizikal mungkin timbul apabila usahawan kurang yakin dengan
diri sendiri ataupun tidak memberi perhatian kepada perkara lain yang
penting seperti adab dan pakaian. Usahawan yang tidak mementingkan
penampilan diri, mudah gagal mendapatkan keyakinan rakan sekerja.
Biasanya, individu yang selekeh dari segi perangai, penampilan dan pakaian
akan dianggap tidak berkebolehan dalam mengendalikan organisasi dengan
baik. Akibatnya, orang akan lebih bersedia menolak sebarang perubahan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

yang dicadangkan oleh individu tersebut. Yang berikut ialah beberapa


masalah penampilan fizikal yang boleh menghalang usahawan daripada
membina jaringan strategik:

 memakai pakaian yang kurang sesuai;

 penampilan fizikal yang menampakkan dirinya tidak sihat atau terlalu


penat;

 kurang ataupun langsung tidak mengurus diri sendiri;

 berkelakuan gelisah;

 menunjukkan adab ataupun berbicara seperti tidak mempunyai


keyakinan;

 mengelakkan hubungan mata apabila berbicara dengan orang lain;

 nampak tidak mesra;

 menggunakan bahasa badan (body language) yang keterlaluan apabila


berkomunikasi dengan orang lain; dan

 bercakap dengan nada tinggi.

 Psikologi
Faktor dan ciri-ciri yang memberi kesan kepada psikologi usahawan akan
mempengaruhi kebolehannya membina jaringan yang strategik. Halangan
psikologi boleh menjejaskan interaksi usahawan dengan orang lain.
Contohnya, jika usahawan itu cenderung merasa kesunyian ataupun rendah
diri, dia akan mengalami kesusahan dalam membina jaringan yang berkesan.
Usahawan yang mempunyai kekuatan psikologi yang seimbang mempunyai
peluang yang lebih baik untuk memperoleh sokongan dan kepercayaan
para pekerjanya. Dia akan berada dalam posisi yang kuat dalam usahanya
membawa perubahan dalam organisasi. Sebaliknya, usahawan yang
mempunyai psikologi yang kurang seimbang akan memberikan persepsi
yang buruk dan menghadapi masalah dalam mendapatkan sokongan
orang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  125

Halangan psikologi melibatkan ciri-ciri seperti yang berikut:

 kegelisahan;

 tidak dapat membuat keputusan;

 masalah emosi yang mengakibatkan perasaan seperti benci ataupun


marah terhadap orang lain;

 kesunyian;

 kekecewaan;

 kegagalan mencapai matlamat;

 bersikap pemalu;

 sangat memerlukan pengesahan dan penerimaan oleh orang lain;

 berkeinginan untuk menonjolkan diri;

 berkeinginan yang mencapai tahap obsesi; dan

 tidak berkebolehan dalam membincangkan masalah.

 Kelakuan
Cara kita berkelakuan akan menentukan sama ada kita rapat atau renggang
dengan orang lain. Kelakuan baik akan membantu kita menjana perubahan
yang baik. Ciri-ciri kelakuan buruk termasuk:

 memfitnah orang lain;

 cuai dalam membuat keputusan;

 selalu ingin menjadi orang yang pertama;

 selalu ingin menjadi pemimpin;

 mengejek orang lain;

 memperbodohkan orang lain;

 berpura-pura mengetahui semua perkara;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

 berfikir dan berkelakuan seperti orang lain tidak mampu menjalankan


tugas dan sering melakukan kesilapan;

 tidak sudi menerima pendapat orang lain; dan

 tidak menghargai sumbangan orang lain.

 Ucapan Negatif
Ucapan kita boleh membantu membina ataupun merosakkan jaringan
strategik. Cara kita menyuarakan pendapat adalah penting. Seandainya
kita cuai dalam berinteraksi, kita dengan mudahnya boleh menyinggung
perasaan orang lain. Akibatnya, kita akan menghadapi kesukaran untuk
mendapatkan sokongan daripada ahli jaringan yang lain. Ungkapan yang
perlu dielakkan adalah seperti yang berikut:

 Ungkapan yang Menunjukkan Dominasi

 Ungkapan Bagaikan Ejekan atau Sindiran

 Ungkapan yang Menunjukkan Perasaan Rendah Diri

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN  127

 Ungkapan yang Menunjukkan Sikap Ego

Kesimpulannya, usahawan mesti berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan


lima halangan ini dalam membina jaringannya yang strategik. Dia boleh
menubuhkan jaringan yang berkesan untuk menjayakan perniagaannya dengan
menggunakan pengetahuan yang dimilikinya dengan penuh yakin. Jaringan ini
akan memanfaatkan usahawan tersebut dan orang lain dalam jaringan tersebut.
Usahawan yang ingin mencapai potensi tahap maksimum melalui jaringan yang
baik akan faham bahawa ia tidak boleh mendominasi orang lain. Sebaliknya,
adalah penting baginya untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak yang
berkenaan. Dalam mana-mana situasi yang memerlukan pelaksanaan perubahan,
pendapat ahli jaringan lain mesti dipertimbangkan. Melayan rakan sekerja dan
rakan perniagaan dengan bertimbang rasa dan hormat akan membuahkan
hasil yang lebih baik daripada cuba mengawal, mengancam atau menyinggung
perasaan mereka supaya mereka menurut kata.

SEMAK KENDIRI 7.2

Apakah jenis ungkapan yang harus anda elakkan untuk mengekalkan


jaringan yang baik?

 Jaringan merupakan hasil strategi hubungan yang lepas dan merupakan


sumber untuk strategi akan datang.

 Kelebihan jaringan adalah kebolehcapaian, reputasi dan harapan.

 Terdapat dua jenis jaringan, iaitu jaringan formal dan jaringan tidak formal.
Jaringan formal ialah hubungan sedia ada antara pelbagai individu yang
mempunyai hubungan simbiotik dengan usahawan. Jaringan tidak formal
pula dibina menerusi hubungan dengan rakan pada zaman kanak-kanak,
ahli keluarga dan orang lain yang mempunyai minat ataupun hobi yang
serupa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

 Jaringan adalah penting kerana ia membina keyakinan, mengurangkan


birokrasi, meningkatkan maklumat, membangunkan kepercayaan, membina
situasi saling bergantung dan menjana kreativiti.

 Untuk mewujudkan dan membina keyakinan dalam jaringan, anda boleh


menggunakan tujuh teknik berikut:

 berhubung dengan berkesan dan penuh keyakinan;

 membuktikan kebolehan anda kepada orang lain;

 menunjukkan keprihatinan anda terhadap orang lain;

 sentiasa berlaku adil;

 sentiasa bersedia untuk mengakui kesilapan sendiri;

 menunjukkan semangat pasukan; dan

 berkeyakinan terhadap orang lain.

 Halangan kepada pembinaan jaringan termasuk halangan emosi, fizikal,


psikologi, kelakuan dan ucapan.

Halangan kepada pembinaan Jaringan strategik


jaringan
Jaringan tidak formal
Jaringan formal

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like