You are on page 1of 33

KUASAI ASAS SEBUTAN HURUF

www.easyngaji.com
AZIZOL LEGACY SDN BHD (1290522-D)
16A, JALAN PASAR TAMBUN, 31400, IPOH PERAK
TEL : 013-5883052/013-5883050
Laman web : http://easyngajiquran.com/

Pengarang :
Abdul Hadi Tajul

Susun Atur:
Abdul Hadi Tajul
Irfan Mokhtar

Editor/Kulit/Visual/Grafik
Irfan Mokhtar
Aslaha Sulaiman

Cetakan Pertama, Februari 2020

Hak cipta terpelihara. Buku ini atau mana-mana bahagian buku


ini tidak boleh diterbitkan atau digunakan dalam apa jua cara
tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit kecuali dengan
keizinan Azizol Legacy Sdn Bhd

Dicetak oleh:
AZIZOL LEGACY SDN BHD (1290522-D)
16A, JALAN PASAR TAMBUN, 31400, IPOH PERAK
TEL : 013-5883052/013-5883050
guide us
to the
straight
p a t h
‫ﻴﻢ‬
َ ِ‫ﻘ‬ َ
‫ﺘ‬ ‫ﺴ‬ ْ
ْ ُ ‫اط‬
‫ﻤ‬ ‫اﻟ‬ ‫اﻫْ ِﺪﻧَﺎ ﱢ‬
َ ‫اﻟﺼ َﺮ‬
01

BAB 1
PENGERTIAN
MAKHRAJ HURUF

Rasulullah s.a.w. bersabda


"Sebaik baik manusia di antara kamu
orang yang belajar Al-Quran dan
mengajarkannya kepada orang lain"
(Hadis Riwayat Bukhari)
02

Pengertian Makhraj Huruf


Tempat keluar suara huruf-huruf Al Quran
Para ulama' bersepakat bahawa terdapat 29 jumlah huruf
hijaiyyah

Bab ini membincangkan tempat keluar suara huruf- huruf


di atas dan apa yang perlu ada fahami ialah,dalam usaha
kita untuk mempelajari ini Al-Quran ini ,huruf-huruf ini
sangat dititikberatkan bagi menyempurnakan bacaan Al-
Quran.

www.easyngaji.com
03

BAB 2
KESALAHAN
BACAAN DALAM
AL-QURAN
Rasulullah SAW bersabda:
“Orang-orang yang boleh membaca
Al-Quran dengan lancar dan tajwid
yang betul, mereka sama taraf
dengan malaikat yang merupakan
utusan Allah dan mereka sentiasa
berbakti dan patuh kepadanya,
sebaliknya bagi orang yang boleh
membaca al-Qur’an tapi tidak lancar
dan tajwidnya pula kurang baik akan
memperolehi dua pahala”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan
Muslim)
04

Kesalahan di dalam Al-Quran


terbahagi kepada 2 jenis :

www.easyngaji.com
05

BAB 3
MAKHRAJ AM &
MAKHRAJ KHAS

Rasulullah SAW bersabda:


“Sesiapa yang menempuh satu jalan
untuk mencari ilmu pengetahuan,
maka Allah memudahkan baginya
satu jalan untuk menuju ke
Syurga” (Hadith Riwayat Muslim)
06

Makhraj Am:
Terdapat 5 anggota tempat keluar sesuatu huruf secara am
iaitu (Bibir mulut,lidah,kerongkong,rongga mulut,pangkal
hidung)

Makhraj Khas:
17 sebutan yang lebih terperinci dan ianya pembahagian
daripada 5 Makhraj Am

“Formula mudah untuk mencari ketepatan sesuatu huruf


ialah dengan” meletakkan hamzah berbaris atas dan
matikan huruf tersebut

www.easyngaji.com
07

MAKHRAJ BIBIR (4 HURUF)

1) Bibir bawah dan gigi kacip :

Melafazkan huruf ini ialah dengan menemukan permukaan bibir


bawah dengan hujung gigi kacip (gigi hadapan) sebelah atas.

www.easyngaji.com
08

MAKHRAJ BIBIR (4 HURUF)

2) Dua bibir :

Melafazkan huruf ini ialah dengan memuncungkan kedua-dua bibir


dengan mengadakan sedikit ruang diantara pemuncungan itu.

www.easyngaji.com
09

MAKHRAJ BIBIR (4 HURUF)

Dua bibir :

Melafazkan huruf ini ialah dengan menemukan dua bibir sebelah


atas dan bawah huruf ‫ م‬mim dua bibir ditemukan secara ringan
dan huruf ‫ ب‬ditemukan secara kuat.

www.easyngaji.com
10

MAKHRAJ LIDAH (18 HURUF)

3) Hujung lidah (dikeluarkan) ditekan ke gigi kacip atas :

Melafazkan huruf ini ialah dengan membawa keluar sedikit pada


bahagian hujung lidah kemudian ditemukan dengan hujung gigi
hadapan (gigi kacip) sebelah atas. Perhatian, huruf ‫ ظ‬adalah huruf
yang tebal dan pangkal lidah juga ditekan ke langit-langit untuk
menghasilkan suara tebal itu.

www.easyngaji.com
11

MAKHRAJ LIDAH (18 HURUF)


4) Hujung lidah (dikeluarkan) ditekan ke gigi kacip atas :

Melafazkan huruf ini ialah dengan menekan hujung lidah ke pangkal


gigi hadapan sebelah atas.Perhatian, huruf ‫ ط‬adalah huruf yang tebal
dan pangkal lidah juga ditekan ke langit-langit untuk menghasilkan
suara tebal itu.

www.easyngaji.com
12

MAKHRAJ LIDAH (18 HURUF)

5) Hujung lidah dan gigi bawah :

Melafazkan sebutan ini ialah dengan mendatarkan lidah dan hujung


lidah akan berada di belakang gigi hadapan sebelah bawah. Perhatian,
huruf ‫ ص‬adalah huruf yang tebal dan pangkal lidah juga ditekan ke
langit-langit untuk menghasilkan suara tebal itu.

www.easyngaji.com
13

MAKHRAJ LIDAH (18 HURUF)


6) Hujung lidah dan gusi hadapan :

Melafazkan sebutan ini ialah dengan menekan hujung lidah ke gusi


hadapan sebelah atas.

www.easyngaji.com
14

MAKHRAJ LIDAH (18 HURUF)


7) Belakang hujung lidah dan gusi hadapan :

Melafazkan sebutan ini ialah dengan menekan kawasan belakang


hujung lidah ke gusi hadapan sebelah atas dengan melengkungkannya.

www.easyngaji.com
15

MAKHRAJ LIDAH (18 HURUF)


8) Tepi hujung lidah dan gusi hadapan :

Melafazkan sebutan ini ialah dengan menekan tepi (sisi) bahagian


hadapan lidah ke gusi hadapan sebelah atas.Pada kebiasaannya
menekan hadapan lidah ke gusi sebelah kiri adalah lebih mudah.

www.easyngaji.com
16

MAKHRAJ LIDAH (18 HURUF)

9) Tepi lidah dan geraham atas :

Melafazkan sebutan ini ialah dengan menekan salah satu sisi (tepi) lidah
samada kiri atau kanan ke sepanjang gigi geraham atas. Pada
kebiasaannya menekan lidah ke geraham sebelah kiri adalah lebih mudah.

www.easyngaji.com
17

MAKHRAJ LIDAH (18 HURUF)


10) Tengah lidah :

Melafazkan sebutan ini ialah dengan mengangkat tengah lidah dan


menekannya ke langit-langit.

www.easyngaji.com
18

MAKHRAJ LIDAH (18 HURUF)


11) Pangkal lidah dan langit-langit :

Melafazkan sebutan ini ialah dengan mengangkat pangkal lidah dan


menekannya ke langit-langit.

www.easyngaji.com
19

MAKHRAJ LIDAH (18 HURUF)


12) Pangkal lidah dan anak tekak :

Melafazkan sebutan ini ialah dengan mengangkat pangkal lidah dan


menekannya ke langit-langit sebelah belakang iaitu berhampiran anak
tekak,lebih jauh dari makhraj ‫ ك‬.

www.easyngaji.com
20

MAKHRAJ KERONGKONG (6 HURUF)


13) Pangkal Kerongkong :

Melafazkan sebutan ini ialah dengan menekan suara ke pangkal


kerongkong,iaitu pada kawasan permukaan pita suara (akar lidah).

www.easyngaji.com
21

MAKHRAJ KERONGKONG (6 HURUF)

14) Tengah Kerongkong :

Melafazkan sebutan ini ialah dengan menekan suara ke tengah


kerongkong,dimana dinding kerongkong yang merupakan tempat laluan
suara akan disempitkan.

www.easyngaji.com
22

MAKHRAJ KERONGKONG (6 HURUF)

15) Hujung Kerongkong :

Melafazkan sebutan ini ialah dengan menekan suara ke hujung


kerongkong iaitu dibahagian yang hampir ke pangkal lidah dan anak
tekak.

www.easyngaji.com
23

MAKHRAJ PANGKAL HIDUNG (2 HURUF)


16) Pangkal Hidung : Suara Dengung

Cara untuk memastikan suara dengung yang lahir dari sebutan NUN dan
MIM sukun itu ialah dengan cara menekan suara pangkal hidung dengan
menolak udara ke bahagian dalam hidung. Perhatian MIM juga termasuk
dalam makhraj bibir dan NUN pula juga termasuk dalam makhraj lidah.
Sila rujuk helaian sebelum ini.

Suara dengung adalah suara yang terbentuk pada hukum-hukum Nun


Mati & Mim Mati seperti :
IDGHAM BI GHUNNAH (Ma'al Ghunnah)
IDGHAM SYAFAWI
IKHFA’ HAKIKI
IKHFA’ SYAFAWI
IQLAB

www.easyngaji.com
24

MAKHRAJ RONGGA MULUT (3 HURUF)


17) Rongga Mulut (MAD) :

Suara mad akan berlaku dengan melepaskan suara ke rongga


(ruang kosong) suara mad ini akan berlaku sekiranya huruf ‫ ا‬sebelumnya
berbaris atas,huruf ‫ و‬sebelumnya berbaris hadapan, dan huruf ‫ي‬
sebelumnya berbaris bawah. Fahami dengan praktikal.

www.easyngaji.com
25

7 HURUF (‫اﺳﺘِﻌْ َﻼء‬


ْ isti’la) YANG SENTIASA
TEBAL DALAM SEBUTAN :

Tujuh huruf ini akan sentiasa ditebalkan sebutannya dalam semua


keadaan samada berbaris ataupun sukun (mati) .Sebahagian besar lidah
akan terangkat terutamanya pada pangkal lidah ke langit-langit. 7 huruf ini
juga dikenali sebagai huruf ‫اﺳﺘ ِْﻌ َﻼء‬
ْ .

5 HURUF (‫ َﻗ ْﻠ َﻘ َﻠﺔ‬Qolqolah)
YANG ADA UNSUR LANTUNAN :

Sifat ini lebih ketara ketika mana ianya dalam keadaan sukun
(mati).Qolqolah ini juga terdapat 3 tahapan yang perlu anda tahu.

QOLQOLAH SUGHRA (Kecil)


5 huruf qolqolah yang sukun di tengah perkataan.

Surah Al-Alaq, Ayat 1

Surah Al-Alaq, Ayat 6

www.easyngaji.com
26

QOLQOLAH KUBRO (Besar)


5 huruf qolqolah yang sukun diakhir perkataan

Surah Al-Alaq, Ayat 19

Surah Al Masad, Ayat 2

QOLQOLAH AKBAR (Paling Besar)


5 huruf qolqolah sukun diakhir perkataan dan bersabdu

Surah Al-Masad, Ayat 1

Surah Al Asr, Ayat 3

www.easyngaji.com
27

KUASAI ASAS SEBUTAN HURUF

www.easyngaji.com
28

KUASAI ASAS SEBUTAN HURUF

www.easyngaji.com
29

KUASAI ASAS SEBUTAN HURUF

www.easyngaji.com
30

KUASAI ASAS SEBUTAN HURUF

www.easyngaji.com

You might also like