You are on page 1of 2

KERTAS KERJA SEMINAR TEKNIK MENJAWAB

MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS 2 SVM

PENGENALAN
Unit Bahasa Inggeris KV Sungai Buloh berusaha untuk membantu pelajar memperbaiki dan
mempertingkatkan pencapaian mereka untuk kertas Bahasa Inggeris. Seminar Teknik
Menjawab ini merupakan satu program melibatkan tunjuk ajar berfokus kepada setiap
bahagian dalam Penilaian Akhir kertas Bahasa Inggeris yang membawa markah yang agak
tinggi iaitu 70%. Dalam usaha pelajar membantu pelajar untuk mencapai hasil yang
dihasratkan, pelajar didedahkan dengan tekinik menjawab yang sesuai dengan tahap mereka
memandangkan pelajar diasingkan kepada tiga kumpulan; Kumpulan Berlian (cemerlang) ,
Kumpulan Permata (sederhana) dan Kumpulan Mutiara (galus).

RASIONAL
Pelajar mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan pencapaian
dalam subjek Bahasa Inggeris melalui teknik menjawab yang betul dan sesuai dengan tahap
mereka. Pelajar mempunyai tahap pencapaian yang berbeza, oleh itu teknik menjawab yang
berbeza diperlukan untuk membantu mereka mencapai sekurangnya tahap minimum bagi
pelajar galus.

OBJEKTIF
1. Menjawab soalan dengan teknik yang paling berkesan.
2. Meningkatkan tahap penguasaan terhadap topik yang membawa markah yang besar.

ANJURAN
Unit Bahasa Inggeris KV Sungai Buloh

KUMPULAN SASARAN
i. Kumpulan Berlian (Cemerlang) Bahasa Inggeris
ii. Kumpulan Permata (Sederhana) Bahasa Inggeris
iii. Kumpulan Mutiara (Galus) Bahasa Inggeris

MASA PELAKSANAAN
Tarikh : 8 November 2023 (RABU)
Masa : 9.00– 11.00 tghari
PELAKSANAAN
Program dilaksanakan kepada semua pelajar 2 SVM Kohort 2022
Kumpulan Berlian (Cemerlang) dan Permata (Sederhana) - Dewan Inovatif (173 orang)
Kumpulan Mutiara (Galus) – Bilik Seminar ( 82 orang)

KOS

BIL PERKARA KOS JUMLAH

BAYARAN RM3 X 255 ORANG RM 765


MAKANAN, PELAJAR
MINUMAN, DAN
ALATULIS PELAJAR

DANA : PCG UNIT BAHASA INGGERIS

KESIMPULAN
Program ini diharap akan dapat memberi impak kepada pelajar dalam mempelajari teknik
menjawab yang berkesan seterusnya meningkatkan pencapain mereka bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

--------------------------- ---------------------------

Disahkan oleh, Diluluskan oleh,

--------------------------- ---------------------------

You might also like