You are on page 1of 1

FAKULTI PENDIDIKAN• FACULTY OF EDUCATION

Rujukan : GGGB5683
Tarikh : 4 September 2023
KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

YBhg. Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan

TUGASAN BAGI MELENGKAPKAN KURSUS SE ME ST E R 2 GGGB5683 ASAS KAUNSELING DAN PENGURUSAN


BAKAT PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)

Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa bagi melengkapkan kursus GGGB5683 Asas Kaunseling Dan
Pengurusan Bakat, pelajar-pelajar berkenaan diminta untuk melakukan tugasan iaitu perlu mengikuti tiga (3) sesi
kaunseling sebagai klien dan pelajar hendaklah menyerahkan bukti (borang temujanji). Tugasan ini adalah sebahagian
penilaian untuk melengkapkan kursus tersebut.

3. Justeru, pihak Fakulti Pendidikan UKM memohon kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan bagi
membolehkan para pelajar dapat melakukan tugasan tersebut dengan sempurna.

Kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Salam hormat.

Sekian,

Yang benar,

PROF. MADYA DR. MOHD IZWAN MAHMUD


Pensyarah
Kursus GGGB5683 Asas Kaunseling Dan Pengurusan Bakat

Nota: Pelajar kursus GGGB5683 Asas Kaunseling Dan Pengurusan Bakat


Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)

CERTIFIED TO MS ISO 9001:2015 Cert. No. QMS 02549

FAKULTI PENDIDIKAN
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Telefon: +603-8921 6235/6461/6238 Faksimili: +603-8925 4372 E-mel: izwan@ukm.edu.my Laman Web: http://www.ukm.my/fpend
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities

You might also like