You are on page 1of 1

Rujukan kami :

Tarikh :

<NAMA>

Puan,
PENTAKSIRAN PUSAT MATA PELAJARAN AKADEMIK ALIRAN KEMAHIRAN (MPAK) 2023
PELANTIKAN SEBAGAI PENYELARAS / SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

Perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa puan telah dilantik sebagai PENYELARAS / SETIAUSAHA
PEPERIKSAAN pentaksiran Pusat MPAK. Sehubungan itu puan bertanggungjawab memastikan pelaksanaan
pentaksiran Pusat MPAK tahun <tahun> dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan seperti berikut:

2.1 Memuat turun instrument pentaksiran dari aplikasi yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan
2.2 Memastikan instrument pentaksiran mencukupi bagi semua calon mengikut jadual yang ditetapkan
2.3 Membantu pentadbir menyimpan instrument pentaksiran dalam almari / bilik berkunci sehingga hari
pelaksanaan pentaksiran
2.4 Menyerahkan dokumen pentaksiran kepada petugas pentaksiran mengikut jadual yang telah
ditetapkan
2.5 Menyediakan dewan / bilik peperiksaan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan
2.6 Menyediakan Jadual Kehadiran Calon, Pelan Kedudukan Calon serta Jadual Guru Bertugas
2.7 Menyediakan slip meja calon dan ditampal di penjuru kanan atas meja calon
2.8 Mengurus pentadbiran pentaksiran bagi kes-kes khas
2.9 Menerima kata laluan untuk memuat turun peraturan pemarkahan mengikut tarikh yang ditetapkan,
memperbanyakkan dan menyerahkan kepada pentaksir
2.10 Memasukkan, mencetak dan menghantar markah dan dokumen yang telah disahkan kepada
Lembaga Peperiksaan
2.11 Mengumpul semula skrip jawapan peperiksaan, peraturan pemarkahan dan menyimpannya selama
(6) enam bulan selepas keputusan dikeluarkan
2.12 Melupuskan dokumen pentaksiran selepas tamat tempoh penyimpanan yang telah ditetapkan

3. Diharapkan puan dapat melaksanakan tugas tersebut dengan sebaiknya dan penuh dedikasi serta
bertanggungjawab mengikut panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

...................................................
<PENGETUA>

You might also like