You are on page 1of 32

SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)

WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD


No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

Jangan lupa bekap dulu file 18

KERTAS KERJA PERMOHONAN


PINJAMAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

PENDAHULUAN

Pencapaian cemerlang memerlukan perubahan minda rakyat ke arah sikap dan nilai yang positif mencakupi
sikap keazaman , berkeyakinan, dan berdaya saing tinggi, berinovasi serta berdaya tahan.

SSBP.loan0916 1/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

Inovasi ini bermula dengan Dasar Pandang ke Timur sejak lebih 25 tahun dahulu yang mencontohi etika
dan budaya kerja rakyat Jepun dan Korea yang berdedikasi dan tabah dalam memajukan negaranya.
Seterusnya Dasar Pensyarikatan Malaysia dipraktikkan dari kesedaran kepentingan kerjasama erat di antara
sektor awam dan swasta dalam memesatkan pertumbuhan ekonomi Negara. Dasar Penswastaan pula
diperkenalkan sebagai memperluaskan perkhidmatan kemudahan infrastruktur awam, di samping
mengurangkan beban kewangan Kerajaan.

Melalui Wawasan 2020 berobjektifkan ke arah membina sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju
mengikut acuan sendiri. Keberhasilan melaksanakan transformasi menerusi kepelbagaian struktur ekonomi,
anjakan paradigma minda sebagai masyarakat yang berwibawa, moden dan progresif yang mempunyai
pemikiran tajam, bangga dengan kejayaan serta yakin kepada kebolehan kita sendiri, sesuai dengan era
teknologi maklumat adalah antara kesinabungan yang dapat dicapai kini.

Bertunjangkan martabat tersebut, Syarikat Security Bekas Polis (M) Sdn Bhd (SSBP) bertekad untuk
menjadi konglemerat Bumiputera moden yang mampu bersaing dengan bangsa asing untuk memakmurkan
Malaysia dan global seterusnya meningkatkan taraf ekonomi Negara.

Ternyata Syarikat Security Bekas Polis (M) Sdn Bhd (SSBP) mempunyai potensi serta sokongan yang
tinggi dalam pasaran kerana perkhidmatan yang diceburi adalah satu pekhidmatan yang amat berpotensi
maju kerana menjadi pemangkin kepada pelbagai sektor dan industri yang mewujudkan permintaan yang
sentiasa meningkat walau bagaimana bentuk kedudukan ekonomi global semasa sekalipun. Diyakini
memberi pulangan memberangsangkan serta membantu bersama-sama organisasi lain meningkatkan taraf
hidup bangsa dan hasil negara secara optimum.

OBJEKTIF

Organisasi Syarikat Security Bekas Polis (M) Sdn Bhd (SSBP) beralamat di WISMA KOPERASI
BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD, No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala
Lumpur MALAYSIA menjalankan perniagaan dalam sektor perkhidmatan kawalan keselamatan total
disamping bakal menjalankan akademi pengurusan bidang keselamatan bernama Kobpol Academy
International dalam melahirkan tenaga professional dan separa mahir dalam industry berkaitan.
(sila rujuk profil syarikat untuk keterangan lanjut)

Sehubungan itu. kertas kerja ini disediakan untuk mendapatkan pinjaman anggaran sebanyak Ringgit
Malaysia Lapan Belas Juta Dua Ratus Ribu (RM 18,200,000.00) bagi mengoptimumkan penstrukturan

SSBP.loan0916 2/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

semula syarikat menerusi penggunaan mesin berkapasiti dan teknologi tinggi, perolehan sekunder,
perbelanjaan operasi dan berkaitan.
(sila rujuk keterangan berkaitan di bawah untuk keterangan lanjut)

Pihak syarikat mensasarkan bayaran semula pinjaman menerusi ansuran bulanan secara berkala selama
sepuluh (10) tahun sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Tujuh Puluh Tiga Ribu (RM 273,000.00) sebulan
mencakupi prinsipal dan anggaran faedah purata sebanyak lapan peratus (8%) setahun.

Berdasarkan penstruktutan semula sistem perbankan global, peningkatan keprihatanan penduduk dunia
terhadap kesihatan dan keselamatan, permintaan yang berkait rapat dengan semua jenis industri dan
permasalahan kesihatan dan keselamatan global, pihak SSBP berkeyakinan penuh dapat mencapai sasaran
dan keperluan semasa.

PENGAMATAN DARI PENGALAMAN

Selepas kajian secara terperinci dilakukan, pihak syarikat berpendapat bahawa sektor perkhidmatan ini
adalah satu perniagaan yang berdaya maju dan mampu memberikan peluang yang baik. Ternyata
perniagaan ini mempunyai potensi yang tinggi dalam pasaran.

SSBP adalah sebuah syarikat yang berpengalaman di dalam bidang yang diceburi. Hal ini dapat dilihat dari
sudut penglibatan kumpulan pengurusan syarikat yang telah melibatkan diri antara tempoh 10-20 tahun
dalam pelbagai perniagaan sebelum menjalankan perniagaan berkaitan. Keazaman, minat dan yakin potensi
perniagaan ini sangat baik menyebabkan SSBP ditubuhkan serta mempunyai beberapa syarikat sokongan
lain semakin bertambah maju.

Sepanjang SSBP ini beroperasi, prestasi yang ditunjukkan amat memberangsangkan dari segi kualiti kerja
yang banyak mempengaruhi pendapatan syarikat. Syarikat juga mampu meningkatkan ekonomi setempat di
samping memberi peluang pekerjaan kepada lebih daripada 500 orang tenaga mahir yang terlatih di dalam

SSBP.loan0916 3/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

sektor perkhidmatan ini. Misi syarikat adalah untuk memajukan syarikat disamping memberi peluang
pendapatan kepada masyarakat Bumiputera setempat tanpa mengabaikan mutu dan kualiti syarikat.

Berdasarkan pengamatan dan bukti terperinci, pihak kami menegaskan sebab utama kegagalan Bumiputera
adalah disebabkan faktor modal dan kecairan kecil serta sistem pengurusan yang tidak berdaya maju.
Begitu juga dengan SSBP, pihak kami menghadapi kesulitan kewangan sejak hampir tiga (3) tahun lalu
walaupun mendapat kontrak yang secara dasarnya beroleh pulangan tinggi kerana pembayaran servis
perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak kami kepada pelanggan menghadapi tunggakan dalam tempoh
yang sederhana panjang samada pelanggan dari agensi kerajaan ataupun swasta disebabkan kegawatan
ekonomi Negara kini. Tunggakan tersebut menyebabkan pengurusan SSBP menghadapi kesulitan operasi
seharian yang bakal menjejaskan perkhidmatan terbaik dalam jangka masa panjang.

Tunggakan tersebut menyebabkan pihak SSBP mengalami masalah kecairan modal dalam mempelbagaikan
modul perniagaan baru sebagai sumber pendapatan kedua dengan pihak dalam Negara dan luar yang
memberi pulangan memberansangkan seperti mewujudkan akademi pusat latihan dan keselamatan
professional berskala antarabangsa yang telah dirancang sebelum ini.

Memenuhi keperluan kontrak keselamatan semasa dengan berdidikasi juga menjadi tunjang utama kepada
SSBP meneruskan perkhidmatan walaupun menyedari pihak pelanggan menghadapi kesulitan dalam
melakukan pembayaran secara berkala seperti kontrak yang ditandatangani. Menyedari pekerja dan rakan
perniagaan memerlukan sokongan tidak berbelah bagi kami dalam menghadapi era kemelesetan ini juga
menjadi dorongan terbesar SSBP mengenal pasti langkah terakhir ini dengan memohon pembiayaan
keperluan modal operasi syarikat secara jangka panjang.

Pihak SSBP percaya bahawa setiap pihak dalam Negara kita samada kerajaan dan pemain industri bersama
berusaha bagi mengembalikan kestabilan ekonomi demi kebaikan bersama untuk generasi masa depan
kelak.

SSBP.loan0916 4/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

KEPERLUAN PINJAMAN

Berikut dinyatakan ringkasan keperluan bagi sejumlah pinjaman yang telah dinyatakan di atas.

Cadangan Keperluan Pembelian Tambahan Bagi Aset Tetap dan Peralatan

- Modal pusingan tele ngan costing

BIL ASET/PERALATAN TAMBAHAN HARGA (RM)


Modal pusingan tujuh (7) bulan 9,800,000.00
1 6 unit kenderaan rasmi MPV (Toyota Innova & Hiace) 750,000.00
2 Infrastruktur prasarana Akademi 1,370,000.00
3 Bangunan Rumah Kedai (asrama dan operasi) 560,000.00
4 Penukaran 75 Laras Senjata Api (arahan PDRM) 600,000.00
5 Cadangan tambahan 100 Senjata api 860,000.00
6 Kenderaan bermotor untuk latihan dan escort VVIP 2,500,000.00
7 Kelengkapan pejabat (cawangan) 180,000.00
8 Peralatan dan ubahsuai bilik kebal 580,000.00
9 Peralatan keselamatan (pasif & operasi) 500,000.00
10 Kelengkapan sistem keselamatan (pasif & elektronik) 500,000.00
JUMLAH BESAR (RM) 18,200,000.00

PERINCIAN KEPERLUAN TAMBAHAN MENGIKUT KATEGORI

Kategori 2 – Infrastruktur Prasarana Akademi

SSBP.loan0916 5/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

BI KETERANGAN UNIT RM/UNIT JUMLAH


L (RM)
1 Pajakan tanah tapak latihan 1 60,000.00 60,000.00
2 Kerja pembersihan dan laluan tapak 1 150,000.00 150,000.00
3 Infrastruktur asas (utiliti, signage, keselamatan) 1 200,000.00 200,000.00
4 Kabin kontena lengkap (pejabat, bilik, dll) 8 20,000.00 160,000.00
5 Peralatan modul dan latihan 1 800,000.00 800,000.00
JUMLAH BESAR (RM) 1,370,000.00

Kategori 3 – Rumah Kedai (asrama dan operasi)


BI KETERANGAN UNIT RM/UNIT JUMLAH
L (RM)
1 Deposit dan sewaan (lokasi: Danau Kota) 2 30,000.00 60,000.00
2 Ubahsuai (pejabat, latihan, asrama) 2 100,000.00 200,000.00
3 Kelengkapan elektronik admin dan latihan 1 100,000.00 100,000.00
4 Kelengkapan perabot dan peralatan 1 100,000.00 100,000.00
5 Kelengkapan asrama transit 1 100,000.00 100,000.00
JUMLAH BESAR (RM) 560,000.00

Kategori 6 – Kenderaan bermotor untuk latihan dan escort VIP


BI KETERANGAN UNIT RM/UNIT JUMLAH
L (RM)
A Kenderaan untuk latihan
1 Proton Waja terpakai + penambahbaikan 4 25,000.00 100,000.00
2 Kawasaki XJ6 600cc + aksesori lengkap 2 45,000.00 90,000.00
B Kenderaan rasmi tugasan escort
1 Volvo XC90 2.5 lengkap + penambahbaikan 2 200,000.00 400,000.00
2 BMW 525i F10 + penambahbaikan 2 400,000.00 800,000.00
3 Perdana V6 2.4l + penambahbaikan 3 200,000.00 600,000.00
4 Kawasaki GTR 1400cc + aksesori lengkap 4 130,000.00 520,000.00
JUMLAH BESAR (RM) 2,510,000.00

BAYARAN PINJAMAN

SSBP.loan0916 6/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

Menerusi ansuran bulanan secara berkala selama sepuluh (10) tahun sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus
Tujuh Puluh Tiga Ribu (RM 273,000.00) sebulan mencakupi prinsipal dan anggaran faedah purata
sebanyak lapan peratus (8%) setahun.

KESAN PINJAMAN

1. Keperluan pengurusan kewangan semasa dan pendapatan serta segmen produk baru dapat
ditambahkan.

2. Permintaan pelanggan dapat diimbangi, di mana semakin meningkat dari semasa ke semasa.

3. Pembelian bahan dan keperluan secara tunai dan banyak akan menguntungkan dari segi kos, masa
serta melancarkan perjalanan perniagaan. Pemohon tidak akan mengalami kekurangan modal dan
stok barangan perniagaan.

4. Penambahan modal pusingan dapat menumpukan modal yang ada untuk pengurusan operasi supaya
tidak terhenti operasi perniagaan syarikat dan koperasi.

5. Pembelian barangan secara banyak atau pukal dapat mengurangkan kos pada kadar minima hampir
dua puluh lima peratus (25%) kerana ianya lebih murah daripada kos pembelian secara terhad.

6. Jualan bulanan aktiviti primer (khidmat kawalan keselamatan) akan bertambah sebanyak anggaran
minima lapan ratus peratus (8%) setahun dan ini akan meningkatkan pendapatan pemohon.

7. Pendapatan akan lebih meningkat sekiranya syarikat melakukan jenama produk identiti sendiri
(KOBPOL ACADEMY INTERNATIONAL) pada masa akan datang kerana harga produk dapat
ditingkatkan selaras dengan tangga edaran (distribution channel) yang terus kepada penjual akhir
(syarikat dan individu) kelak.

8. Keberhasilan sumber pendapatan sekunder (KOBPOL ACADEMY INTERNATIONAL) yang


mampu bersaing dengan aktiviti primer dimana mendapat permintaan tinggi terutama dari syarikat-
syarikat keselamatan dalam dan luar Negara serta pihak persendirian lain.

SSBP.loan0916 7/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

9. Kos operasi dapat dikurangkan menerusi penggunakan peralatan berteknologi tinggi terkini yang
mesra pengguna dan tahan lasak, mengurangkan pembiayaan servis dan pembaikan. Kewujudan
aktiviti perniagaan sekunder (KOBPOL ACADEMY INTERNATIONAL) yang berpotensi.

10. Dapat meluaskan rangkaian perniagaan hingga ke luar negara dengan lebih banyak dan dapat
menerokai pasaran baru tempatan.

11. Menolong kerajaan meningkatkan taraf ekonomi Negara dan mengurangkan kadar pengangguran.

SSBP.loan0916 8/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

MAKLUMAT PESAING

Pihak syarikat hanya menyenaraikan pesaing-pesaing tempatan yang terus kukuh menguasai pasaran global
selaras dengan kehendak syarikat yang ingin menguasai pasaran global yang selama ini dikuasai oleh
bangsa asing sahaja. Adalah dinyatakan bahawa SSBP adalah syarikat tunggal milikan penuh Bumiputera
dan Koperasi Bekas Polis Malaysia yang bersaing dalam industri dinyatakan.

Bil Nama Pesaing Kekuatan Kelemahan

SEJARAH SYARIKAT

SSBP.loan0916 9/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (SSBP) mula dikenali sebagai Setiawan Security
Sdn Bhd telah ditubuhkan mengikut Akta Syarikat pada 21 November 1995.

Syarikat ini adalah anak syarikat kepada KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD yang nama
asalnya adalah Syarikat Kerjasama Serbaguna Bekas-Bekas Polis pada penubuhan tanggal 27 April 1971
lalu di bawah Akta Koperasi. Nama ini pernah ditukar ke KOPERASI SETIAWAN BERHAD beberapa
tahun selepas penubuhannya sebelum menggunakan nama terkini sejak tahun 2000 dan kekal sehingga ke
hari ini.

Bertujuan menjadi pemangkin dengan memberi peluang pada para keahlian dapat meneroka bidang
perniagaan bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka setelah bersara dari sektor awam kelak. Perkhidmatan
kawalan keselamatan ini mulanya dijalankan dibawah Koperasi Bekas Polis Malaysia sejak tahun 1975 lalu.
Koperasi ini telah diberi Lesen Agensi Persendirian oleh Kementerian Dalam Negeri. Pada 1996 lesen ini
pula telah dipindahkan segala operasi nya kepada anak syarikatnya iatu SSBP atas arahan Kementerian
Dalam Negeri (KDN) sendiri.

Pengalaman perkhidmatan kawalan keselamatan bukanlah merupakan perkara baru bagi organisasi ini.
Peredaran zaman telah bertambah pesat dan arus ekonomi masa kini memerlukan pelbagai perubahan ke
arah globallisasi. Perkembangan dalam Industri Keselamatan juga tidak ketinggalan dalam memberi
sumbangan terhadap sistem keselamatan Negara, terutamanya dalam menjamin keharmonian bersama dan
mengurangkan kadar jenayah Negara.

Dalam menyahut cabaran serta terlibat dalam menaiktaraf industri ini, SSBP sentiasa meneroka pelbagai
pembaharuan bagi mengoptimumkan keputusan positif ini. SSBP beribu pejabat di Kuala Lumpur
menjalankan aktivitinya di seluruh negara termasuk Sabah , Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan
menerusi cawangan - cawangan yang ditadbir urus oleh anggota koperasi / waris anggota koperasi / bekas
pegawai polis dan tentera yang mempunyai pengalaman luas di dalam industri berkaitan dengan seliaan
lansung dari Ibu pejabat.

BLUM FINALIZE DARI SINI

MAKLUMAT SYARIKAT

PENDAFTARAN DAN ALAMAT


1. Nama : Syarikat Security Bekas Polis (M) Sdn Bhd (368106-U)
2. Tarikh Pendaftaran : 21 November 1995
3. Alamat : Wisma Koperasi Bekas Polis Malaysia Berhad

SSBP.loan0916 10/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

12-1 Jalan 5A/6 , Taman Setapak Indah


53100 Kuala Lumpur

4. Telefon : +603.4023.2131
5. Faks : +603.4022.6060
6. Emel : Sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

MODAL PERNIAGAAN
A. Modal Dibenarkan : RM 1,000,000.00
B. Modal Berbayar : RM 500,000.00

JAMINAN INSURANS
A. Institusi Penjamin : Hong Leong Assurance Berhad

B. Jenis Perlindungan :  Professional Indemnity (E&O)


 Fidelity Guarantee
 Public Liability
 Group Personal Accident

CARUMAN MAJIKAN
A. Perkeso : A3742400Z
B. Kwsp : 011794050

MAKLUMAT PERBANKAN
1. Affin Bank Berhad : Cawangan Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

2. Maybank Berhad :  Cawangan Jalan TAR, Kuala Lumpur


 Cawangan Setapak, Kuala Lumpur

3. BSN Berhad : Cawangan Jalan Ampang, Kuala Lumpur

LEGISTILASI DAN PERUNDANGAN


Setiausaha Syarikat : KNJ Corporate Services Sdn Bhd
Juruaudit Luar : TETUAN Azhar, Noriza Zainudin
Firma Guaman : TETUAN Lainah, Yaacob Zulkeply

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

SSBP.loan0916 11/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

KONSEP PENGLIBATAN ANGGOTA KOPERASI DAN WARIS DALAM PERNIAGAAN


KAWALAN
KESELAMATAN

Dalam merealisasikan matlamat berkoperasi serta menurut prinsip-prinsipnya bagi menaikkan taraf
ekonomi mereka, KOPERASI ini juga membuka luas peluang perniagaan di bawah bidang yang dijalankan
oleh anak syarikat iaitu SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD. Nama BERTANDA
MERAH dalam carta organisasi tertera adalah anggota atau waris anggota koperasi.

TABURAN JUMLAH PEKERJA PIHAK SYARIKAT MENGIKUT NEGERI OPERASI

SSBP.loan0916 12/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

BI
NEGERI LOKALITI PERSEKITARAN JUMLAH
L
1 WP Kuala Lumpur Pusat Bandar 200
2 Selangor Seluruh Selangor 60
3 Johor Pusat Bandar 62
4 Negeri Sembilan Pusat Bandar 20
5 Melaka Pusat Bandar 20
6 Pahang Temerloh 70
7 Terengganu Dungun, KualaTerengganu 160
8 Kelantan Seluruh Kelantan 50
9 Kedah Pusat Bandar 30
10 Pulau Pinang Butterworth, Goergetown 50
11 Perlis Kangar 100
12 Langkawi Pusat Bandar 15
13 Sabah Kota Kinabalu,Sandakan,Tawau 130
14 Sarawak Sibu,Miri 60
15 WP Labuan Pusat Bandar 40
JUMLAH BESAR PEKERJA 1067 *** Mengikut
anggaran akhir
pada Dis 2015

PROMOSI DAN PEMASARAN

Pihak SSBP berkeyakinan penuh dapat memenuhi keperluan semasa pasaran dan pelanggan kerana pihak
kami telah beroperasi di Semenanjung dan Borneo lebih dua (2) dekad yang lalu.

Melalui hubungan baik anggota koperasi yang penah bertugas di sektor keselamatan menambahkan lagi
nama baik kami kepada prospek. Disamping itu bakal mendapat kepercayaan tinggi dari prospek lantaran
pengalaman prospek bersama ahli-ahli koperasi yang pernah menawarkan khidmat bakti terpuji semasa

SSBP.loan0916 13/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

masih di dalam perkhidmatan awam dahulu. Kepercayaan bahawa wujudnya “silent trust relationship” dari
pelanggan serta prospek adalah antara penyebab SSBP dapat bertahan sehingga kini.

Kewujudan pusat-pusat operasi kami di setiap negeri juga memudahkan urusan di antara kami dan
pelanggan. Pihak prospek juga dapat menghubungi kami dengan mudah dan terperinci dalam mengenal
pasti khidmat yang diperlukan kelak. Secara langsung dapat mengurangkan kos jualan perkhidmatan tanpa
mengabaikan prestasi pada tahap terbaik.

NILAI SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENGIKUT KADAR SEMASA

BI JENIS PERKHIDMATAN NILAI (RM)


L
1 Kawalan Pengawal Statik Biasa (static guard ) 7.00 - 8.50 per hrs
2 Kawalan Pengawal Statik Elite ( elite guard ) 9.00 above
2 Kawalan Bersenjatapi (armed guard ) 18.00 - 21.00 per hrs
3 Kawalan rondaan (patrolling) 80 per trip above
4 Kawalan Pengiring (Escort ) Base on assignment
5 Cash And Transit Special Quotation
6 Penyiasat Persendirian (Private Investigator) Min 5,000/kes
7 Pengawal Peribadi (unarmed /armed) Min 4,000/kes
8 Body guard Training Min 2,500/org
9 Security ICT System Special Quotation
10 Patrolling Management system (CCTV, Clocking dll) Special Quotation
11 Armed Guard Training Special Quotation
12 Supplying & Trading Equipmen &Uniform Special Quotation
13 Advisor & Security Consultation Management Special Quotation
14 Dog Guarding & Handler Services Special Quotation

MENGENAL PASTI KUMPULAN SASARAN

Pihak SSBP mengenal pasti golongan sasaran dan memberikan perkhidmatan spesifik yang berbeza sama
sekali dari setiap golongan sasaran tersebut. Pendapatan dari peningkatan kepelrluan perkhidmatan kawalan
keselamatan dari golongan tersebut dapat menjamin keupayaan kami membayar pembiayaan pinjaman
berkaitan.

1. Sektor Kerajaan yang memerlukan perkhidmatan keselamatan


2. Syarikat berkaitan kerajaan dan swasta
3. Pertubuhan social dan persatuan penduduk
4. Dif-dif kenamaan yang memerlukan jagaan rapi

SSBP.loan0916 14/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Bidang yang diceburi oleh syarikat adalah mengikut Syarat & Peraturan Pengendalian Serta Pengurusan
Agensi Persendirian Di bawah AKTA AGENSI PERSENDIRIAN 1971 . Skop di bawah bidang ini
adalah meliputi tugas-tugas keselamatan seperti berikut dan juga tertakluk pada Undang-undang Kecil
seksyen 9(1)(a) Menjalankan aktiviti kawalan keselamatan; bertepatan juga sebagai anak syarikat ini milik
penuh Koperasi Bekas Polis Malaysia Bhd.

Berikut disenaraikan servis yang ditawarkan oleh SSBP merangkumi berbentuk operasi, pendidikan,
pembekalan dan khidmat perunding :

OPERASI
Kawalan Pengawal Statik
Kawalan Bersenjatapi
Kawalan Rondaan
Kawalan Pengiring (Escort)
Kawalan Dog Guarding & Handler Services
Cash and Transit
Pengawal Peribadi/Pegawai Pengiring Kenamaan (Dalam/Luar Negeri)

PENDIDIKAN
Sijil Kejurulatihan Pengawal Peribadi Professional
Sijil Kejurulatihan Pengawalan Bersenjata (Armed Guard Training)
Sistem Sekuriti Keselamatan Total (Security ICT System)

SSBP.loan0916 15/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

Patrolling Management System

PEMBEKALAN
Pengedar keperluan kelengkapan keselamatan
Pembekal uniform korporat

JURUPERUNDING
Perkhidmatan Pengurusan Keselamatan
Penyiasat Persendirian (Private Investigator)

KELENGKAPAN SEMASA OPERASI SYARIKAT

Peralatan dan kelengkapan sedia ada dengan nilai semasa

Bil Aset / Peralatan milik Syarikat Belian (RM) Semasa (RM)


1 3 Kenderaan MPV – Toyota 280,000.00 220,000.00
2 75 Laras Senjata Api 200,000.00 120,000.00
3 Kelengakapan Pejabat 300,000.00 250,000.00
4 Peralatan Pejabat 150,000.00 80,000.00
5 Peralatan Keselamatan 200,000.00 180,000.00
6 Kelengkapan Keselamatan 200,000.00 180,000.00
JUMALAH BESAR (RM) 1,330,000-00 1,030,000.00

WAKTU OPERASI

Sistem waktu operasi pihak syarikat dibahagikan kepada dua (2) waktu puncak dan satu (1) waktu bergerak
merangkumi 24 jam sehari setiap hari

Bil Jenis Waktu MASA


1 Pengurusan (Isnin – Jumaat) kecuali hari kelepasan am 0900 – 1700 hrs
2 Operasi puncak (setiap hari) kecuali hari kelepasan am 0700 – 1900 hrs
3 Unit Operasi bergerak (24 jam oncall) 0000 – 0000 hrs

SSBP.loan0916 16/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN - PERNIAGAAN SEKUNDER

Syarikat kini melalui Koperasi dalam tempoh penyusunan membangunkan satu Akademi dikenali sebagai
Kobpol Academy International kelak.

Satu MOU telah ditandatangani bagi tujuan gabungan antara pusat pengajian luar negara bagi tujuan
pendidikan tinggi membuka peluang pelajar luar di negara Islam yang sedang bergolak agar tidak
ketinggalan menerima pendidikan sejajar dengan pembangunan dunia masa kini.

Manakala program lain bertumpu dengan pembangunan dan pengajian bidang keselamatan bertujuan
melahirkan kumpulan pegawai keselamatan mahir dalam pelbagai lapisan dan mempunyai kemahiran
bertaraf antarabangsa.

Program yang akan ditawarkan mengikut kriteria spesifikasi IPS-PSMB 2015 seperti berikut, dimana pihak
kami telah mendapat akreditasi dari Kementerian Sumber Manusia bagi perkara berkaitan:

1. IGCSE
2. GCE O Level
3. A.LEVEL
4. I.B Diploma
5. City & Guild
6. Executive Diploma

PSMB/IPS/OPEN UNIVERSITY/UNISA/DUT/UPH/EAC

1. Executive Training Criminology Certificate


2. Executive Training Criminology Higher Certificate
3. Executive Training Criminology Diploma
4. Executive Training Criminology Higher Diploma

SSBP.loan0916 17/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

ANALISA PESAING DAN STRATEGI PEMASARAN

ANALISA KEKUATAN - Daya Maju Projek :

Imej syarikat dimana nama syarikat “BEKAS POLIS” menjadi daya tarikan serta pandangan masyarakat
akan lebih berfikiran positif dan percaya. Melalui tender mahupun sebutharga, syarikat ini menjadi pilihan

SSBP.loan0916 18/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

dalam senarai pendek lima (5) syarikat berpotensi kerana nama yang diwakili adalah melambangkan
kekuatan dan pengalaman selama hampir 45 tahun yang dibawa dalam Industri keselamatan.

Pengurusan dan operasi dikawal selia oleh ahli-ahli anggota koperasi sendiri yang berpengalaman luas
dalam industri keselamatan dalam pelbagai peringkat.

Kerja semasa atau kontrak yang sedang dijalankan sentiasa dipantau dan susun atur dengan baik supaya
pandangan masyarakat dan persekitaran nampak berbeza dari pesaing lain seterusnya mempengaruhi
prospek untuk melanggan khidmat SSBP kelak.

Kebarangkalian projek yang diperolehi akan menandatangani perjanjian sekurang-kurangnya satu (1) tahun
tempoh kerja

Syarikat milikan penuh Bumiputera dan Koperasi bekas polis tunggal yang menceburi industri tersebut
sehingga kini memudahkan pihak syarikat mendapat sokongan pihak pemerintah dalam memenangi tender
dan sebutharga agensi kerajaan.

Spesifikasi perkhidmatan yang dihasilkan memenuhi permintaan antarabangsa kerana perlu menurut
standard semasa yang tinggi ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana anggota kumpulan
pengurusan dan operasi adalah bekas penguatkuasa undang-undang.

Teknik pemasaran yang tidak melakukan pembayaran gaji bulanan tetapi melalui pembayaran terus
komisen kepada agen dan pengenal (introducer) apabila mendapat pengesahan bertulis dari pihak pelanggan
selaras dengan syarat. Keadaan ini mengakibatkan pihak tersebut termasuk individu dari syarikat pesaing
lain menjadi agen langsung dan tidak langsung kepada pihak SSBP akibat dari skim insentif yang menarik.

Saiz permintaan yang tinggi terhadap syarikat kawalan keselamatan professional dimana SSBP antara 10
terbaik dan syarikat-syarikat ini hanya mampu menawarkan hanya sekitar dua belas peratus (12%) dari
permintaan yang diinginkan oleh pelanggan tempatan sedia ada sahaja.

Keupayaan pihak syarikat untuk bersaing di peringkat global menerusi pengalaman masa kini walaupun
melalui peruntukan kewangan yang terhad dan ketat melalui kontrak perjanjian menjalankan kolej Kobpol
International Academy yang memberi pengkhukusan dalam sector keselamatan secara total.

Bilangan ahli koperasi sebanyak tiga ribu (3000) orang yang boleh digunakan oleh pihak syarikat sebagai
agen pemasaran pasif.

Perkhidmatan senjata api syarikat ini menjadi pilihan organisasi besar bagi menjaga aset bernilai tinggi
dan membuat kawalan iringan (bodyguard ) dif-dif kenamaan berprofil tinggi kerana syarikat ini memberi
perkhidmatan kawalan bersenjata disamping profil pengurusan induk dan syarikat berkaliber dan
berpengalaman luas. Jumlah senjata yang diberi lesen adalah sebanyak 75 laras sehingga kini.

SSBP.loan0916 19/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

Kontrak bersenjata menjadi jaminan dan cagaran bagi membuktikan keupayaan membayar pinjaman ini ,
kerana perkhidmatan bersenjata menjadi pilihan dan perhatian pelanggan dan pandangan masyarakat.

Kewangan & Keupayaan bayaran balik

Jaminan terhadap terimaan Kontrak – kontrak kerajaan dan swasta (tanpa senjata & bersenjata) yang
sediada memberi petunjuk keupayaan syarikat ini membayar balik pinjaman ini .

Syarikat ini menjadi pilihan organisasi besar bagi menjaga asset bernilai tinggi dan membuat kawalan
iringan (bodyguard) dif-dif kenamaan kerana syarikat ini memberi perkhidmatan kawalan bersenjata.

Pengurusan

Lapisan Pengurusan bermula dari Pengarah sehingga kakitangan dan bahagian operasi diuruskan oleh
anggota Koperasi sendiri yang berpengalaman luas dalam selok belok aspek keselamatan. Mereka ini terdiri
daripada pesara PDRM, komando VAD 69 dan UTK (Unit Tindakan Khas) khasnya.

Pengalaman

Syarikat menjalankan perniagaan ini semenjak lesen diberi atas nama Koperasi sehingga KDN
mengarahkan agar diuruskan oleh anak syarikatnya. Pengalaman selama hampir 45 tahun dalam Industri
keselamatan tidak boleh disangkalkan lagi sehingga ada dikalangan Pengarah menjadi penasihat pada
jawatakuasa di Kementerian sendiri.

Golongan pengurusan dari Pengarah, kakitangan operasi dan kejurulatihan mengguna pakai anggota
Koperasi dan waris berpengalaman luas dalam aspek keselamtan terdiri dari bekas pesara PDRM, komando
VAD 69 Commando dan Unit Tindakan Khas (UTK).

Spesifikasi Pihak Pelanggan

1. Pihak syarikat mampu membekalkan keperluan dan perkhidmatan mengikut spesifikasi kehendak
pelanggan (custom made) mengikut masa yang ditetapkan.

2. Memberi hak kepada pelanggan untuk menggunapakai produk menggunakan jenama pelanggan
seperti khidmat pengiring dif-dif kenamaan yang memakai pakaian korporat serta penggunaan
kenderaan institusi pelanggan.

SSBP.loan0916 20/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

ANALISA KELEMAHAN

Aspek syarikat pesaing yang mempunyai lessen yang sama dalam menjalani perkhidmatan kawalan
keselamatan. Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan lesen tersebut sebanyak 715 yang dibenarkan
beroperasi seluruh Malaysia. Oleh yang demikian kelemahan dari segi pesaingan sedikit sebanyak boleh
menjejaskan strategi pemasaran syarikat ini . Walau bagaimanapun isu ini boleh di atasi dengan
mempertengahkan pengalaman dan kelengkapan bersenjata yang kami ada , yang mana hanya syarikat
yang tertentu mempunyai lesen bersenjata ini.

Keperluan tenaga kerja yang bertepatan, baik dan setia menjadi masalah dan kelemahan yang dihadapi
bukan sahaja dalam syarikat ini bahkan semua syarikat keselamatan. Tindakan pekerja berhenti mengejut,
lari, tidak lulus tapisan, tidak cukup umur serta diambil pesaing menjadi kelemahan pokok dalam industri
keselamatan ini.

ANALISA PELUANG

Perkhidmatan senjata api syarikat ini menjadi pilihan organisasi besar bagi menjaga aset bernilai tinggi
dan membuat kawalan iringan (bodyguard) dif-dif kenamaan berprofil tinggi kerana syarikat ini memberi
perkhidmatan kawalan bersenjata disamping profil pengurusan induk dan syarikat berkaliber dan
berpengalaman luas.

Oleh yang demikian, penambahan senjata api dan kelengkapan petugas yang sofistikated sekaligus
dapat menambahkan potensi perkhidmatan berkaitan yang memberi pulangan berbaloi serta mempunyai
impak perlindungan nyawa dan asset yang tinggi kepada syarikat, petugas dan pelanggan

Akademi pendidikan yang spesifik kepada pengkhususan pengurusan, operasi dan selok belok keselamatan
secara total bakal menjamin penambahan pendapatan yang bakal menjadi penyumbang sekunder kelak.
Sehingga kini, hanya beberapa institusi pengajian tinggi sahaja mula yang menawarkan kursus sedemikian
tetapi pra syarat memasuki IPT adalah selaras dengan kehendak semasa kemasukan ipt oleh kementerian
pengajian tinggi.

Oleh yang demikian, pihak kami menawarkan kursus berkaitan yang selaras dengan akreditasi Kementerian
Sumber Manusia kepada pihak berminat tanpa memerlukan kelayakan akademik yang spesifik. Disamping
itu, pihak kami juga menawarkan pengkhususan kursus intensif bagi keperluan professional seperti kursus
kejurulatihan keselamatan mngikut modul-modul menarik dan terperinci serta yuran yang ekonomi.

SSBP.loan0916 21/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

Barisan lembaga pengarah yang amat komited dan bersungguh untuk membangunkan semula ekonomi
syarikat dan koperasi demi legasi menambah baik taraf kehidupan anggota. Mereka ini tidak sama sekali
menderhaka dan berpaling dari Kerajaan dalam memberi sepenuh pengorbanan jiwa raga mereka dalam
mempertahankan agama, bangsa dan Negara.

ANALISA ANCAMAN

Aspek syarikat pesaing yang mempunyai lesen yang sama dalam menjalani perkhidmatan kawalan
keselamatan sedikit sebanyak menyumbang ancaman terhadap syarikat ini.

Keperluan tenaga kerja yang bertepatan, baik dan setia menjadi masalah dan kelemahan yang dihadapi
bukan sahaja dalam syarikat ini bahkan semua syarikat keselamatan. Tindakan pekerja berhenti mengejut,
lari, tidak lulus tapisan, tidak cukup umur serta diambil pesaing menjadi kelemahan pokok dalam industri
keselamatan.

STRATEGI PENGUASAAN PASARAN

SSBP.loan0916 22/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

1. Harga
 Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan kualiti juga adalah yang terbaik. Syarikat
menitikberatkan ketepatan masa bagi menjamin hubungan perniagaan berkekalan.

 Pengenalan harga yang berbeza dari kategori yang bakal diperkenalkan.

2. Pemasaran

Strategi melalui pemasaran kelompok

 Fasa 1: Mewujudkan pakej perkhidmatan keselamatan total berjenama sendiri bagi pasaran
tempatan dan pembekalan secara pukal bagi pasaran luar Negara melalui kerjasama dengan
entiti dalam industri berkaitan diluar Negara. Pakej ini telah bermula dengan jalinan
kerjasama bagi mewujudkan kolej Kobpol Academy International.

 Fasa 2: Penjenamaan semula menerusi pasaran antarabangsa terutama lingkungan ASEAN


melalui kerjasama yang dinyatakan pada Fasa 1 tersebut

 Fasa 3: Mengimport semula ke pasaran ASEAN setelah Fasa terdahulu berjaya seterusnya
merubah definasi sektor berkaitan dan dapat mengawal pasaran harga semasa permintaan
sumber dan produk akhir (end product) .

Strategi melalui agen dan hubungan terus (direct customer)

 Memantapkan skim insentif yang sedia ada disamping menggalakkan penerokaan pasaran
baru dan keupayaan mengeluarkan output yang tinggi bagi pelanggan sedia ada melalui
penggunaan berteknologi tinggi dan perkhidmatan yang berkualiti, teratur serta mesra.

 Merancang sistem jualan secara maya (online) di mana pelanggan dapat berhubung terus
dengan pihak SSBP kelak.

 Pengenalan sistem perkhidmatan ala multi level marketing dimana lebih mudah dan cepat
untuk mendapatkan pelanggan sasaran bagi jangka masa pendek melalui ahli-ahli koperasi
yang berminat menjalankan perniagaan kawalan keselamatan dimana ahli-ahli ini menjadi
pengurus untuk kontrak yang mereka berjaya perolehi dan pihak SSBP hanya
menyediakan keperluan berkaitan.

 Seterusnya pada masa jangka panjang, pihak pelanggan dapat berhubung terus dengan
pihak SSBP menerusi capaian maklumat dan ahli koperasi berkaitan akan lebih proaktif
dalam bersama memajukan taraf hidup anggota lain.

3. Pajakan/pembekalan Pekerja Mahir

SSBP.loan0916 23/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

 Pemajakan/pembekalan pekerja sekuriti warga tempatan yang telah dilatih di akademi milik
koperasi secara kontrak kepada syarikat lain yang diusahakan secara persendirian dan
berkelompok melalui kontrak secara harian dan berkala dan memansuhkan peranan orang
tengah yang seringkali memainkan harga pasaran.

 Bekerjasama sama secara erat dengan agensi kerajaan berkaitan seperti Pembangunan Sumber
Manusia Berhad (PSMB) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) khasnya dalam
merealisasikan perkara di atas dan yang berkaitan.

4. Depoh Simpanan

 Mewujudkan pusat pengumpulan tenaga mahir dalam industri sekuriti melalui pembangunan
akademi berkaitan sebagai simpanan untuk digunakan semula menerusi penawaran kontrak
kerja atau agensi mencari pekerjaan dalam bidang berkaitan.

 Mewujudkan asrama transit yang mesra pengguna di mana petugas dapat mengalami suasana
yang positif sekaligus menjadi nadi pihak syarikat yang setia dan berkaliber. Kemudahan ini
juga bakal diguna pakai untuk peserta kursus yang berdaftar dengan Akademi Kobpol
International kelak.

5. Lokasi

 Kedudukan pusat pentadbiran yang strategik iaitu berada di kawasan Setapak, Kuala Lumpur
serta pusat operasi di setiap negeri di kawasan perindustrian dan komersil yang sedang
membangun dan maju.

 Kedudukan Polis DiRaja Malaysia sebagai antara penguatkuasa keselamatan terbaik di dunia
menjadi sumber asas kepada anggota koperasi dan syarikat yang merupakan pesara organisasi
tersebut.

6. Pembangunan Penyelidikan

 Mengendalikan akademi KOBPOL pada masa akan datang kerana dapat bekerjasama dan
mendapat maklumat terperinci dan sokongan terkini dalam aspek berkaitan.

 Sebagai batu loncatan melalui kos penyelidikan yang murah dan mendapat rujukan bagi pihak
kerajaan kepada masyarakat luar.

 Bekerjasama erat dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

7. Politik

 Nama Koperasi dan syarikat sendiri melambangkan ‘sesuatu yang pakar” dalam industry
berkaitan. Mengekalkan nama tersebut sebagai rujukan untuk pelanggan sasaran. Seterusnya

SSBP.loan0916 24/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

mendapat lebih kepercayaan dari pihak pelanggan sasaran kerana beroperasi di bawah koperasi
disamping itu menjadi rujukan berkaitan kepada pihak kerajaan mengenai perkara-perkara
berkaitan seperti dalam kes Lahad Datu dahulu.

 Berpeluang mendapat pelanggan berkualiti melalui peranan tidak langsung pihak kerajaan yang
menjadikan syarikat sebagai rujukan kepada pelanggan terbaik dan berkualiti.

8. Perniagaan Sampingan

 Menjalankan perkhidmatan sampingan yang bermodal kecil dan sumber sedia ada tetapi
pulangan yang tinggi seperti khidmat juru perunding berkaitan keselamatan. Keadaan ini juga
sekaligus menjadikan pihak syarikat sebagai pakar dalam bidang tersebut dan membuka
peluang yang lebih jitu dalam menguasai pasaran mewah.

 Bekerjasama dengan kementerian berkaitan seperti Pembangunan Sumber Manusia Berhad


(PSMB) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menganjurkan seminar, latihan dan
pembangunan modul ekonomi bagi pesara kepada prospek dalam dan luar negara. Program ini
dapat membantu peningkatan masyarakat luar Bandar yang majoritinya adalah Bumiputera
berpendapatan rendah.

9. Keupayaan Pasaran

 Berdasarkan kajian pada bulan Mei tahun lalu, Kerajaan telah mengumumkan Strategi Baru Ke
Arah Merangsang Pertumbuhan Ekonomi Negara yang memberikan tumpuan kepada empat
strategi utama iaitu menggalakkan pelaburan swasta, memperkukuhkan daya saing Negara,
membangun punca pertumbuhan baru dan meningkatkan keberkesanan sistem penghantaran.
Sebanyak 90 langkah telah digubal di bawah pakej tersebut. Kesemua sektor ekonomi
meningkat lebih kukuh dengan sektor pembuatan menerajui pertumbuhan sebanyak 6.5%,
diikuti oleh sektor perlombongan 4.5% dan sektor perkhidmatan 4.2%.

 Dari segi perbelanjaan pula, penggunaan oleh swasta meningkat sebanyak 3.9% dalam tempoh
separuh pertama tahun ini. Pelaburan sektor swasta telah menunjukkan respon positif kepada
insentif di bawah Pakej Strategi Baru. Pelaburan sektor swasta dijangka mencatatkan
pertumbuhan sebanyak 2% setelah merosot teruk dalam beberapa tahun berikutan krisis
kewangan.

10. Peranan Proaktif Ahli Koperasi sebagai Mediator

 Jumlah keanggotaan koperasi terkini adalah sebanyak tiga ribu (3,000) orang. Oleh yang
demikian, syarikat bakal melaksanakan program terbaru melalui inisiatif pembiayaan pakej
komisen menarik kepada ahli koperasi yang Berjaya mendapatkan projek bagi pihak SSBP
kelak.

SSBP.loan0916 25/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

 Jika hanya sepuluh peratus (10%) ahli berjumlah tiga ratus (300) orang berjaya mendapatkan
kontrak keselamatan yang asas iaitu kawalan statik sahaja pada kadar harga RM 24,000
setahun @ kawalan asas pengawal keselamatan selama 12 jam sehari; pihak syarikat telah
meningkatkan sumber pendapatan pasif sampingan sebanyak RM Tujuh Juta Dua Ratus
Ribu (7,200,000.00) setahun tidak termasuk penerokaan pasaran baru yang dijalankan oleh
pengurusan syarikat sendiri.

KESIMPULAN

Berdasarkan pelunjuran yang dibuat, perniagaan SSBP yakin bahawa prestasi perniagaan sehingga akhir
tahun dijangka akan menunjukkan satu perkembangan yang berdaya maju. Dengan perkembangan ini pihak
syarikat berharap pihak bank dapat membantu merealisasikan segala perancangan agar dapat bersama-sama
dengan kerajaan memangkin ekonomi Negara.

Syarikat juga berharap dengan perkembangan ini dapatlah membantu golongan-golongan yang
berpendapatan rendah dan sederhana menambah pendapatan mereka di samping mengurangkan jumlah
pengangguran di kawasan sekitarnya serta memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan terbaik.

Sistem perbankan terus teguh dengan beberapa institusi utama perbankan mencatatkan keuntungan baik.
Kedudukan kecairan yang tinggi dalam ekonomi negara membolehkan kerajaan terus mengamalkan dasar
kewangan yang akomodatif, dengan regim kadar faedah yang rendah. Kedudukan ini juga telah
membolehkan kerajaan menggembleng ‘non-inflationary domestic resources’ tanpa menjejaskan sektor
swasta.

Syarikat juga berharap dapat berkembang sejajar dengan saranan kerajaan untuk melahirkan usahawan
bumiputera yang berjaya dan setanding dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia. Perancangan teratur pihak
syarikat pada masa hadapan memerlukan tambahan modal bagi merealisasikannya. Adalah menjadi harapan
agar pihak berkaitan dapat membantu menterjemahkan hasrat murni tersebut.

Dengan adanya barisan Lembaga Pengarah yang amat komited untuk membangunkan semula ekonomi
syarikat dan Koperasi , kami berharap agar Institusi Kewangan dapat melihat dan juga mengenangkan
jasa-jasa mereka pesara POLIS ini yang bukan semuanya menerima nasib yang baik ada yang masih merana
akibat zaman darurat dulu , dan ada yang masih menagih bantuan kebajikan . Mereka ini tidak sama sekali
menderhaka dan berpaling dari Kerajaan dalam memberi sepenuh pengorbanan jiwa raga mereka dalam
mempertahankan Negara sehingga kehari ini .

Kami di SSBP percaya dan yakin, Institusi Kewangan dapatlah membela nasib dan menjana semula
ekonomi agar lebih baik. Pihak kami menaruh harapan yang teramat tinggi dari pihak Institusi Kewangan
untuk meluluskan permohonan ini.

SSBP.loan0916 26/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

ANGGARAN PENDAPATAN DAYA MAJU PROJEK

Pendapatan Utama

Berdasarkan unjuran pendapatan dari beberapa tahun semasa sebelum ini, pihak syarikat telah mengalami
penurunan mendadak akibat dari ketidakupayaan menampung kos operasi semasa disebabkan oleh
kekurangan cairan akibat dari bayaran semasa oleh pelanggan yang tidak mengikut fasa bersesuaian akibat
dari kejatuhan nilai ekonomi Negara. Walaupun begitu, pihak syarikat masih lagi mendapat tempat
dikalangan pelanggan sekiranya kembali mendapat suntikan dana.

Perkara ini jelas kelihatan berdasarkan kontrak semasa pihak syarikat bagi setiap tahun kewangan yang
dinyatakan.

Bil Keterangan Hasil (RM) Peratus


1 Pendapatan tahun 2012 17,177,468.00 100%
2 Pendapatan tahun 2013 15,669,273.00 -8.78%

SSBP.loan0916 27/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

3 Pendapatan tahun 2014 9,491,704.00 -44.74%


4 Pendapatan tahun 2015 8,600,000.00 -49.93
Pendapatan tahun 2016 8,600,000.00 -49.93

Oleh yang demikian, pihak syarikat menganggarkan pendapatan utama syarikat kembali meningkat pada
kadar minima tiga peratus (3%) setahun secara berkala bermula dari pendapatan pada tahun 2015 secara
purata selama sepuluh (10) tahun berikutnya sehingga mencapai kontrak minima tahunan sebanyak Ringgit
Malaysia Tujuh Belas Juta (17,000,000.00) setahun menjelang tahun kesepuluh.

Pendapatan Sekunder

Pendapatan sector ini bakal mengalami perubahan mendadak dengan pembiayaan yang dinyatakan. Sektor
perkhidmatan kawalan keselamatan VVIP dan akademi pendidikan keselamatan total dapat dijalankan
dengan lebih sempurna.

Perniagaan keselamatan VVIP dianggarkan beroleh pendapatan tahunan sekitar Ringgit Malaysia Empat
Ratus Ribu (RM 400,000.00) setahun dengan kenaikan minima berkala secara tahunan dari tahun ke tahun
adalah sebanyak tiga peratus (3%) sahaja.

Manakala akademi pula dianggarkan memperolehi pendapatan sekitar Ringgit Malaysia Empat Ratus Ribu
(RM 400,000.00) juga setahun dengan kenaikan minima berkala secara tahunan dari tahun ke tahun adalah
sebanyak tiga peratus (3%) sahaja.

Pendapatan Pasif - Dwi Sekunder

Perkenalan program insentif kepada ahli koperasi sebagai agen dan mediator yang dinyakan sebelum ini
bakal memberi pulangan lumayan kepada pihak syarikat dengan mengoptimumkan sumber-sumber yang
sedia ada dan kos tambahan yang minima.

Bagaimanapun, pihak syarikat menganggarkan pendapatan ini adalah mendatar padar kadar kenaikan
kosong (0%) peratus sahaja selama sepuluh tahun. Ini adalah berdasarkan kepada faktor motivasi di
kalangan ahli koperasi sebagai pesara wajib.

Jika hanya sepuluh peratus (10%) ahli berjumlah tiga ratus (300) orang daripada jumlah keseluruhan ahli
sebanyak 3000 orang berjaya mendapatkan kontrak keselamatan yang asas iaitu kawalan statik sahaja
pada kadar harga RM 24,000 setahun @ kawalan asas pengawal keselamatan selama 12 jam sehari;
pihak syarikat telah meningkatkan sumber pendapatan pasif sampingan sebanyak RM Tujuh Juta Dua
Ratus Ribu (7,200,000.00) setahun tidak termasuk penerokaan pasaran baru yang dijalankan oleh
pengurusan syarikat sendiri.

SSBP.loan0916 28/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

7. ASPEK KEWANGAN – Margin Kasar Perniagaan

DAYA MAJU PROJEK - DI BAWAH KONTRAK – KONTRAK KERAJAAN


Penyata Anggaran Untung Rugi Projek : Senarai kontrak – kontrak berikut
adalah dengan penglibatan sepenuhnya oleh Anggota Koperasi :

BI PENDAPATAN SEBULAN SETAHUN KONTRAK


L PERKARA (RM) (RM) 1-3 TAHUN
1 KEM.PELAJARAN MALAYSIA- SEKOLAH JOHOR 122,362.58 1,468,350.96 4,405,052.88
MUAR
2 KEM.PELAJARAN MALAYSIA- SEKOLAH JOHOR 94,274.28 1,131,291.36 3,393,874.08
BATU PAHAT
3 KEM.PELAJARAN- SEKOLAH SARAWAK 48,751.20 585,014.40 1,755,043.20
4 KEM.PENGAJIAN TINGGI- UNIVERSITI 156,282.00 1,875,384.00 1,875,384.00
MALAYSIA PERLIS
5 JABATAN PENGANGKUTAN JALAN SABAH- JPJ 113,400.00 1,360,800.00 2,721,600.00
SANDAKAN, TAWAU, LAHAD DATU,SEMPORNA
6 JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH- 40,606.48 487,277.76 974,555.52
HOSPITAL PAPAR
7 JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH- 33,946.50 407,358.00 814,716.00
HOSPITAL KOTA BELUD
8 JABATAN PENGANGKUTAN JALAN SABAH- JPJ 24,729.80 308,757.60 617,515.20

SSBP.loan0916 29/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

WP LABUAN
9 DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH 22,692.00 272,304.00 544,608.00
10 JABATAN LAUT MALAYSIA – SABAH 9,344.00 112,128.00 224,256.00
11 MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH 15,476.00 185,712.00 185,712.00
PERSEKUTUAN
12 JABATAN PELABUHAN DAN DERMAGA SABAH 6,070.11 72,841.32 72,841.32
13 MY EG SERVICES SDN BHD 8,500.00 102,000.00 306,000.00
14 DE’NEST PALACE SDN BHD 7,844.00 94,128.00 282,384.00
TOTAL : 704,278.95 8,463,347.40 18,173,542.20
PERBELANJAAN
PERKARA
1 GAJI PENGAWAL PROJEK SEKOLAH JOHOR 73,886.48 886,637.76 2,659,913.28
MUAR
2 GAJI PENGAWAL PROJEK SEKOLAH JOHOR 55,151.85 661,822.20 1,985,466.60
BATU PAHAT
3 GAJI PENGAWAL SEKOLAH SARAWAK 14,400.00 172,800.00 518,400.00
4 GAJI PENGAWAL UNIVERSITI MALAYSIA
PERLIS
5 JABATAN PENGANGKUTAN JALAN SABAH- JPJ 31,357.90 376,294.80 752,589.60
SANDAKAN, TAWAU, LAHAD
DATU,SEMPORNA,BT 32,SILAM, SEGAMA
6 JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH-
HOSPITAL PAPAR
7 JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH-
HOSPITAL KOTA BELUD
8 JABATAN PENGANGKUTAN JALAN SABAH- JPJ
WP LABUAN
9 DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH
10 JABATAN LAUT MALAYSIA – SABAH
11 MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH
PERSEKUTUAN
12 JABATAN PELABUHAN DAN DERMAGA SABAH
13 MY EG SERVICES SDN BHD 6,000.00 72,000.00 216,000.00
14 DE’NEST PALACE SDN BHD 4,800.00 57,600.00 172,800.00
15 KWSP / SOCSO 25,800.00 309,600.00 928,800.00
16 KELENGKAPAN PENGAWAL / OPERASI 55,000.00 - -
17 PETROL RONDAAN 8,800.00 105,600.00 316,800.00
18 KOS PENGURUSAN 20,000.00 240,000.00 720,000.00
19 KOS LUAR JANGKA / BENCANA / DLL 3,000.00 36,000.00 108,000.00
TOTAL
KEUNTUNGAN / KERUGIAN

SSBP.loan0916 30/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

16

7.3 KOS PROJEK

PERBELANJAAN JUMLAH
PERKARA
1 GAJI BERSENJATA BIASA 220,000-
00
2 GAJI IRINGAN ORANG KENAMAAN 80,000-00
(BODYGUARD)
3 GAJI KAWALAN BERSENJATA IRINGAN V VIP 85,000-00
4 GAJI KAWALAN BERSENJATA IRINGAN V VIP 95,000-00
BERKENDERAAN
5 GAJI KAWALAN BERSENJATA IRINGAN 70,000-00
(ESCORT) SAHAJA
6 GAJI KAWALAN BERSENJATA IRINGAN 80,000-00
BARANGAN BERNILAI
7 GAJI KAWALAN BERSENJATA MAJLIS 80,000-00
KENAMAAN (EVENT)
8 KWSP / SOCSO 12800-00
9 KELENGKAPAN SERAGAM ELITE / OPERASI 25,000-00 -
10 PETROL KENDERAAN IRINGAN 12,000-00
11 KOS PENGURUSAN / LESEN 20,000-00
12 KOS SELENGGARAAN SENJATA 15,000-00
13 KOS LUAR JANGKA / BENCANA / DLL 5,000-00 60,000-00
TOTAL 799,800-
00
KEUNTUNGAN / KERUGIAN

SSBP.loan0916 31/32
SYARIKAT SECURITY BEKAS POLIS (M) SDN BHD (368106-U)
WISMA KOPERASI BEKAS POLIS MALAYSIA BERHAD
No. 12- 1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA
T: +603.4022.8775 F: +603.4022.6060 E: sykt_bekaspolis@yahoo.com.my

17

8.

SSBP.loan0916 32/32

You might also like