You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN

PROJEK LALUAN SINAR LESTARI


NAMA SEKOLAH : SK PULAU INDAH
JALAN DATO HARUN
42920 PELABUHAN KLANG

TAJUK AKTIVITI : PROJEK LALUAN SINAR LESTARI


PEGAWAI MEJA : EN MOHD HAFIZUL BIN MOHD DON

1. TUJUAN
Kertas cadangan ini bertujuan memohon pihak tuan untuk menimbang dan bersetuju:
a. Mengadakan Laluan Sinar Lestari dan
b. Dengan perbelanjaan anggaran sebanyak RM5800.00

2. LATAR BELAKANG
a. Merujuk kepada mesyuarat, Panitia Sains telah memutuskan untuk membina laluan
berterowong gelap dengan nama Laluan Sinar Lestari.
b. Panitia Sains telah dipertanggungjawabkan sebagai urus setia untuk melaksanakan
pembinaan laluan tersebut sehingga selesai
c. Panitia Sains juga dipertanggungjawab bagi memastikan laluan tersebut bermanfaat dalam
membantu murid memahami tajuk berkaitan cahaya.

3. OBJEKTIF
a. Meningkatkan minat murid-murid dalam subjek sains terutama tajuk Cahaya.
b. Menggalakkan penyertaan semua murid SK Pulau Indah dalam semua aktiviti melibatkan
tajuk Cahaya.
c. Memberi peluang kepada murid untuk meneroka sendiri dalam aktiviti berkaitan tajuk
Cahaya.

4. ASAS PERTIMBANGAN
a. Peningkatan peratusan subjek Sains pada setiap tahun.
b. Kerjasama murid yang menggalakkan dalam aktiviti PdPC melibatkan tajuk Cahaya.
c. Memberi pendedahan kepada murid dalam pelbagai aktiviti yang menarik dalam subjek
sains.

5. KUMPULAN SASARAN
Semua murid Sekolah Kebangsaan Pulau Indah.
6. IMPLIKASI KEWANGAN
a. Peruntukan kewangan bagi membina Laluan Sinar Lestari berjumlah RM5800.00
b. Sumber kewangan: Mewah Oils Sdn Bhd

i. Pembelian Bahan Binaan


(RUJUK LAMPIRAN 1)

7. JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROJEK


Pengerusi : En Hazi bin Kadir (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi I : Hj Ahmad Ubaidillah bin Hairon (PK Pentadbiran)
Timbalan Pengerusi II : Hj Mohd Amirul Hakim bin Abdullah (PK HEM)
Timbalan Pengerusi III : En Mohammad Haris bin Halim (PK Kokurikulum)
Timbalan Pengerusi IV : En Ruslan bin Lah (PK Petang)
Penyelaras Projek : En Mohd Hafizul bin Mohd Don
AJK : Pn Muslaimi binti Mohd Sharif
: En Mohd Mu’az bin Shukri
: Pn Rosnani binti Nawang
: Pn Umi Kalsom binti Abdul Wahab
: Pn Fadilah binti Mat Tamin
: Cik Asmirah binti Ani

8. PENUTUP
Kertas cadangan untuk pembinaan Projek Laluan Sinar Lestari dikemukakan untuk pertimbangan
dan kelulusan sumbangan dana dari pihak tuan. Kami amat berharap dengan sumbangan ini
murid-murid di Sekolah Kebangsaan Pulau Indah mendapat manfaat yang sewajarnya melalui
Laluan Sinar Lestari seterusnya menambahkan minat murid dalam matapelajaran Sains.
9. SYOR
Pihak Mewah Oils Sdn Bhd dipohon menimbang dan bersetuju:
a. Pembinaan Laluan Sinar Lestari dan
b. Anggaran peruntukan sebanyak RM5800.00

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………………….. …………………………………………
(MOHD HAFIZUL BIN MOHD DON) (MUSLAIMI BINTI MOHD SHARIF)
Penyelaras STEM Panitia Sains, SKPI Ketua Panitia Sains, SKPI

Disahkan oleh:

………………………………………..
(EN. HAZI BIN KADIR)
Guru besar
SK Pulau Indah
LAMPIRAN 1

KOS PELAKSANAAN PROGRAM

BIL KETERANGAN KUANTITI HARGA (RM)

1 BAHAN PEMBINAAN, C CHANNEL, 9MM KESELURUHAN BAHAN 5800


CEMENT BOARD SAIZ 10FT X 20FT X BINAAN
8FT(H)

JUMLAH 5800

You might also like