You are on page 1of 38

Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

Seksyen A: Soalan Lazim

S1. Saya adalah individu warganegara Malaysia. Bagaimanakah cara untuk saya
mendaftar eCCRIS?

a) Bagi individu warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad dan


kemudahan perbankan Internet, pendaftaran eCCRIS boleh dibuat secara
dalam talian melalui https://eccris.bnm.gov.my

b) Bagi individu warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad namun tidak


mempunyai kemudahan perbankan internet atau akaun bank, pendaftaran
eCCRIS boleh dibuat melalui:

(i) Kios CCRIS di pejabat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
di seluruh negara (sila rujuk laman web AKPK untuk butiran lokasi dan
waktu operasi di https://www.akpk.org.my); atau

(ii) eLINK (https://bnmlink.bnm.gov.my) dengan menghantar borang


permohonan yang lengkap dan dokumen sokongan. Borang boleh dimuat
turun dari https://www.bnm.gov.my/ccrisapplication

Nota: Bil Telco yang didaftarkan di bawah nama pemohon adalah wajib.

S2. Saya individu bukan warganegara Malaysia. Bagaimanakah cara untuk saya
mendaftar eCCRIS?

Bagi individu bukan warganegara Malaysia, pendaftaran eCCRIS boleh dibuat


melalui eLINK (https://bnmlink.bnm.gov.my) dengan menghantar borang
permohonan yang lengkap dan dokumen sokongan. Borang boleh dimuat turun
dari https://www.bnm.gov.my/ccrisapplication

Nota: Bil Telco yang didaftarkan di bawah nama pemohon adalah wajib.

S3. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar eCCRIS bagi syarikat saya?

Bagi syarikat, perniagaan atau bukan Individu, sila lantik wakil yang diberi kuasa
untuk mendaftar eCCRIS syarikat melalui eLINK (https://bnmlink.bnm.gov.my)
dengan menghantar borang permohonan yang lengkap dan dokumen sokongan.
Borang boleh dimuat turun dari https://www.bnm.gov.my/ccrisapplication

1
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

Nota: Sila pastikan wakil yang diberi kuasa sudah mendaftar eCCRIS terlebih
dahulu dan mempunyai akaun eCCRIS.

S4. Saya telah berjaya mendaftar sebagai pengguna eCCRIS. Bolehkah saya
mengaktifkan semula akaun / jana semula PIN (OTP) secara dalam talian melalui
laman web eCCRIS?

Jika anda adalah pengguna berdaftar eCCRIS, anda boleh mengaktifkan semula
akaun eCCRIS secara dalam talian melalui laman web eCCRIS. Sila rujuk Seksyen
B (S3) untuk pengaktifan semula akaun.

Walau bagaimanapun, sekiranya PIN (OTP) telah tamat tempoh, anda hanya boleh
menjana semula PIN (OTP) melalui kios CCRIS dan eLINK. Sila rujuk Seksyen A
(S6) untuk butiran lanjut.

S5. Bolehkah saya berikan kebenaran kepada orang lain untuk mendaftar eCCRIS dan
mendapatkan laporan CCRIS bagi pihak saya?

Tidak. Hanya pengguna eCCRIS berdaftar sahaja yang boleh mendapatkan


laporan CCRIS untuk diri sendiri.

S6. Saya telah membuat pendaftaran eCCRIS. Namun, saya tidak mengaktifkan akaun
eCCRIS selepas mendapat SMS dan e-mel yang mengandungi nombor PIN (OTP)
dalam tempoh tujuh (7) hari yang telah diarahkan dan menyebabkan PIN (OTP)
telah tamat tempoh. Bagaimanakah saya boleh memperolehi PIN (OTP) baharu?

Anda boleh menjana semula PIN (OTP) melalui saluran berikut:

(i) Kios CCRIS di pejabat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
di seluruh negara (sila rujuk laman web AKPK untuk butiran lokasi dan
waktu operasi mereka di https://www.akpk.org.my); atau

(ii) eLINK (https://bnmlink.bnm.gov.my) dengan menghantar borang


permohonan yang lengkap dan dokumen sokongan. Borang boleh dimuat
turun dari https://www.bnm.gov.my/ccrisapplication

2
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

S7. Mengapa perlu saya memindahkan RM1.00 bagi pendaftaran eCCRIS secara
dalam talian?

Identiti pengguna baharu akan disahkan secara digital. Pemindahan RM1.00 ke


akaun Bank Negara Malaysia diperlukan bagi mengesahkan hanya pengguna
eCCRIS yang berdaftar sahaja yang memohon bagi pendaftaran akaun eCCRIS
tersebut. RM1.00 tersebut akan dipulangkan secara automatik dalam tempoh dua
hari bekerja selepas pendaftaran.

S8. Saya telah memindahkan RM1.00 bagi pendaftaran eCCRIS melalui bank saya dan
pemindahan tersebut telah berjaya. Namun, saya tidak menerima PIN (OTP). Saya
telah menghubungi bank saya dan telah mendapatkan pengesahan mengenai
pembayaran tersebut. Siapakah yang boleh saya rujuk untuk pertanyaan lanjut?

Anda boleh menghubungi pusat perhubungan BNMLINK melalui Live Chat di


https://bnm.gov.my/livechat atau di talian 1-300-88-5465 atau 603-2174 1717
(panggilan luar negara). Waktu operasi BNMLINK adalah antara jam 9.00 pagi
hingga 5:00 petang, Isnin hingga Jumaat (tidak termasuk cuti umum).

S9. Saya tidak menerima pemulangan RM1.00 selepas 2 hari bekerja. Siapakah yang
boleh saya rujuk untuk pertanyaan lanjut?

Anda boleh menghubungi pusat perhubungan BNMLINK melalui Live Chat di


https://bnm.gov.my/livechat atau di talian 1-300-88-5465 atau 603-2174 1717
(panggilan luar negara). Waktu operasi BNMLINK adalah antara jam 9.00 pagi
hingga 5:00 petang, Isnin hingga Jumaat (tidak termasuk cuti umum).

S10. Saya tidak menerima PIN (OTP) melalui SMS dan e-mel. Apa yang perlu saya
lakukan?

Sila pastikan anda menggunakan nombor telefon bimbit dan e-mel yang sama
semasa proses pendaftaran eCCRIS. Anda juga boleh menyemak dengan syarikat
telekomunikasi bagi memastikan nombor telefon bimbit yang didaftarkan tidak
mempunyai masalah atau sekatan untuk menerima SMS.

S11. Saya telah mencuba untuk log masuk ke eCCRIS tetapi sesi OTP (PIN) telah tamat
tempoh. Bolehkah saya memohon OTP baharu?

3
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

Ya. Anda boleh memohon OTP (PIN) baru. Sila klik pada pautan untuk memohon
OTP baharu di portal eCCRIS.

S12. Berapa banyak percubaan untuk saya memasukkan OTP? Apa yang berlaku jika
saya melebihi percubaan?

Anda mempunyai 5 percubaan untuk setiap sesi log masuk. Sebaik sahaja anda
melebihi percubaan, akaun anda akan disekat. Untuk mengaktifkan semula akaun
yang disekat, sila rujuk Seksyen B (S3).

S13. Bagaimanakah saya boleh mengemas kini nombor telefon bimbit dalam eCCRIS?

Anda boleh menukar nombor telefon bimbit berdaftar terkini anda melalui saluran
berikut:

a) eCCRIS (jika anda pengguna eCCRIS sedia ada). Rujuk Seksyen B (Q2)
untuk maklumat lanjut.

b) Kios CCRIS di cawangan AKPK di seluruh negara.

Rujuk laman sesawang AKPK untuk maklumat lanjut mengenai lokasi dan
waktu operasi mereka: https://www.akpk.org.my; atau

c) eLINK melalui https://bnmlink.bnm.gov.my dengan mengemukakan borang


permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap. Borang ini boleh dimuat
turun dari https://www.bnm.gov.my/ccrisapplication.

S14. Saya terlupa soalan keselamatan pilihan saya, dan/atau jawapan kepada soalan
keselamatan dan akaun eCCRIS saya telah disekat. Bagaimanakah saya boleh
mengaktifkan semula akaun eCCRIS saya?

Anda boleh mengaktifkan semula akaun eCCRIS melalui saluran berikut:

4
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

a) Kios CCRIS di cawangan AKPK di seluruh negara.

Rujuk laman sesawang AKPK untuk maklumat lanjut mengenai lokasi dan
waktu operasi mereka: https://www.akpk.org.my; atau

b) eLINK melalui https://bnmlink.bnm.gov.my dengan mengemukakan borang


permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap. Borang ini boleh dimuat
turun dari https://www.bnm.gov.my/ccrisapplication.

S15. Saya merupakan wakil yang diberi kuasa oleh syarikat. Bagaimanakah cara untuk
saya mendapatkan laporan CCRIS syarikat?

Sila ikuti garis panduan yang sama seperti proses untuk mendapatkan laporan
CCRIS carian sendiri.

S16. Bagaimanakah cara untuk saya membaca laporan CCRIS? Saya ingin
mendapatkan penjelasan lanjut mengenai beberapa penyertaan dalam laporan
CCRIS saya. Bolehkah BNM membantu saya?

Maklumat lanjut mengenai cara membaca laporan CCRIS boleh didapati di:
https://www.bnm.gov.my/ccris. Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut
mengenai maklumat yang dilaporkan berkaitan dengan kemudahan pembiayaan,
sila berhubung terus dengan institusi kewangan masing-masing melalui Unit
Aduan mereka. Maklumat perhubungan Unit Aduan boleh didapati melalui pautan
5
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

berikut:

 https://www.bnm.gov.my/regulations/fsp-directory

Sekiranya anda mendapati maklumat peribadi yang dilaporkan adalah salah / tidak
lengkap (nama, IC, dll), anda boleh memohon pengesahan data terhadap
maklumat peribadi yang dipertikaikan di laman web eCCRIS. Sila rujuk Seksyen
B (S8) untuk maklumat lanjut.

S17. Siapakah yang boleh saya rujuk untuk pertanyaan lanjut berkaitan penggunaan
eCCRIS?

Anda boleh merujuk laman sesawang CCRIS: https://www.bnm.gov.my/ccris untuk


penjelasan lanjut mengenai CCRIS / eCCRIS.

Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi pusat perhubungan BNMLINK


melalui Live Chat di bnm.gov.my/livechat atau di talian 1-300-88-5465 atau 603-2174
1717 (panggilan luar negara). Waktu operasi BNMLINK adalah antara jam 9.00 pagi
hingga 5:00 petang, Isnin hingga Jumaat (tidak termasuk cuti umum).

S18. Bagaimanakah cara untuk saya mengemukakan pertikaian/permohonan pengesahan


data kepada institusi kewangan melalui eCCRIS. Bilakah institusi kewangan akan
memberi maklum balas berhubung kes tersebut?
Fungsi untuk mengemukakan pertikaian/permohonan pengesahan data kepada
institusi kewangan melalui eCCRIS tidak tersedia buat sementara waktu disebabkan
oleh penyelenggaraan sistem.

Sebarang pertikaian/permohonan pengesahan data boleh dikemukakan secara terus


kepada institusi kewangan anda melalui:
 Institusi perbankan: https://www.bnm.gov.my/list-of-licensed-financial-
institutions
 Institusi pembangunan kewangan: https://www.bnm.gov.my/list-of-
development-financial-institutions
 Lain-lain: Sila rujuk kepada laman web institusi berkenaan.

6
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

Kebiasaannya, institusi kewangan akan mengambil masa sehingga 14 hari bekerja


untuk memberikan maklum balas mengenai pertikaian yang dikemukakan oleh
pengguna.

S19. Saya adalah wakil sah sebuah syarikat. Bagaimana untuk mengemukakan
pertikaian/pengesahan data profil syarikat (cth. ejaan nama, tarikh pendaftaran)/rekod
seperti yang dinyatakan dalam laporan CCRIS?
Sila ikuti langkah-langkah yang sama seperti pengesahan data mengenai laporan
CCRIS carian sendiri (self-enquiry) . Sila rujuk Bahagian B (8).

S20. Adakah kios CCRIS masih disediakan untuk individu mendaftar eCCRIS?
Ya, kios CCRIS yang terdapat di pejabat/cawangan AKPK di seluruh negara masih
tersedia/disediakan untuk individu mendaftar akaun eCCRIS.

S21. Adakah CCRIS itu laporan senarai hitam?


Tidak. Laporan CCRIS ialah laporan kredit yang menyenaraikan data semasa dan
masa lalu bagi pembiayaan dan pembayaran balik peminjam untuk tempoh 12
bulan. Data ini adalah seperti yang dilaporkan oleh institusi kewangan peserta.
Laporan CCRIS juga tidak memberikan sebarang pendapat/penarafan dan ia tidak
menyenaraihitamkan mana-mana peminjam.

S22. Apakah waktu operasi eCCRIS?


eCCRIS boleh dilayari dari jam 6:00 pagi - 12.00 tengah malam, Isnin hingga Jumaat
(tidak termasuk cuti umum).

7
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

Seksyen B: Panduan Pengguna

S1. Saya adalah individu warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad dan
kemudahan perbankan Internet. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar
eCCRIS secara dalam talian?

a) Sila ikuti langkah berikut:

(i) Log masuk ke alamat https://eccris.bnm.gov.my melalui MS Edge atau


Google Chrome

(ii) Klik “Daftar Sekarang”

b) Pada laman “Daftar Sekarang”

(i) Sila isi maklumat:

 Nama penuh (mengikut MyKad)

 Alamat e-mel

 MyKad (12-digit MyKad/nombor Kad Pengenalan)

 Tarikh Lahir
 Nombor telefon bimbit
8
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

- kod 6 digit akan dihantar ke nombor telefon bimbit ini untuk pengaktifan
akaun eCCRIS
- nombor telefon bimbit mestilah daripada pembekal Telco tempatan
sahaja
(ii) Sila leret captcha dari kiri ke kanan untuk pengesahan
(iii) Klik “Hantar”

c) Sahkan maklumat yang diisi dan hantar

(i) Pastikan maklumat yang diisi adalah tepat.


(ii) Baca Terma & Syarat.
(iii) Tandakan kotak semak sekiranya bersetuju dengan Terma & Syarat.
(iv) Klik “Hantar”.

9
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

d) Pada laman “Hantar”

(i) Baca butiran dengan teliti dan ambil perhatian bahawa pengesahan digital
bagi pemindahan sekali sahaja sebanyak RM1.00 ke akaun Bank Negara
Malaysia yang ditetapkan akan dicaj dan ia akan dipulangkan secara
automatik dalam masa dua (2) hari bekerja.

(ii) Pilih bank pilihan untuk meneruskan dan menyelesaikan proses


pembayaran.

(iii) Setelah pembayaran untuk pemindahan RM1.00 selesai, halaman


transaksi yang berjaya akan dipaparkan.

10
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

(iv) 6-digit OTP (nombor PIN) akan dihantar melalui SMS dan e-mel ke
nombor telefon bimbit dan e-mel yang didaftarkan

11
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

Nota: 6-digit OTP (nombor PIN) hanya sah selama 7 hari. Selepas tamat
tempoh, pengguna dikehendaki menjana semula 6-digit OTP. Sila rujuk
Seksyen A (S6) untuk butiran lanjut.

(v) Klik "Teruskan ke Log Masuk Kali Pertama" dan gunakan 6-digit OTP
seperti yang dijelaskan dalam Seksyen B (5).

S2. Bagaimana cara untuk mengemas kini nombor telefon mudah alih terkini saya
dalam eCCRIS?
a) Pilih “PROFIL SAYA”. Klik "Tukar Nombor Telefon Mudah Alih"

b) Masukkan nombor telefon mudah alih baharu. Klik “Hantar”

12
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

c) Jawab soalan keselamatan. Klik “Hantar”

d) Klik “Memohon TAC”. TAC akan dihantar ke nombor telefon mudah alih baharu
melalui SMS. Masukkan TAC dan klik "Hantar"

13
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

e) Nombor telefon mudah alih berjaya ditukar.

14
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

S3. Akaun saya telah disekat. Bagaimanakah cara untuk saya mengaktifkan semula
akaun?

a) Klik ‘Mengaktifkan Semula Akaun’

15
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

b) Skrin berikut akan dipaparkan.


i. Masukkan ID pengguna (seperti yang anda pilih)
ii. Klik butang “Hantar”

c. Skrin berikut akan dipaparkan. Masukkan jawapan dan klik butang ‘Hantar’

Nota:
Sekiranya pengguna tidak menjawab soalan keselamatan dengan betul,
terdapat tiga (3) percubaan untuk menjawab dengan betul tiga (3) soalan
keselamatan yang berbeza.

16
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

S4. Saya terlupa ID Pengguna dan kata laluan. Bagaimanakah saya boleh akses

semula ke eCCRIS?

a) Pilih “Lupa ID Pengguna atau Kata Laluan?”

b) Skrin di bawah akan dipaparkan

(i) Pilih “Kewarganegaraan” anda (contoh: Malaysia)

(ii) Sila masukkan nombor ID (12-digit Mykad/nombor Kad Pengenalan atau


nombor pasport)

(iii) Klik butang “Hantar

17
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

c) Skrin berikut akan dipaparkan. Sila jawab “Soalan Keselamatan”. Kemudian


klik butang “Hantar”.

18
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

Nota:

Sekiranya pengguna tidak dapat menjawab soalan keselamatan dengan betul,


sila pergi ke soalan berikutnya sehingga pengguna dapat menjawab soalan
keselamatan dengan betul atau sehingga semua soalan keselamatan telah
dipaparkan (maksimum tiga (3) soalan keselamatan).

d) Setelah pengesahan berjaya, skrin di bawah akan dipaparkan. Klik butang


“Memohon TAC”. Nombor TAC akan dihantar ke telefon mudah alih anda yang
telah didaftarkan.

19
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

e) Mesej pengesahan penerimaan akan dipaparkan.

(i) Sila masukkan nombor TAC yang telah dihantar ke telefon mudah alih
anda
(ii) Klik butang “Hantar”

f) Sekiranya jawapan kepada semua soalan keselamatan adalah salah, skrin


berikut akan dipaparkan.

20
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

5. Bagaimanakah cara untuk saya mengakses eCCRIS selepas mendaftar dan


setelah menerima nombor PIN melalui telefon bimbit?

a) Sila ikuti arahan berikut:


i. Log masuk ke alamat https://eccris.bnm.gov.my menggunakan MS Edge
atau Google Chrome
ii. Klik “Log Masuk Kali Pertama”

b) Pada laman “Log Masuk Kali Pertama”

21
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

(i) Pilih “Kewarganegaraan” daripada senarai yang disediakan

(ii) Sila isi maklumat:

 Nombor ID (12-digit MyKad/nombor kad pengenalan atau nombor


pasport)
 Nombor PIN (6-digit kod yang dihantar ke nombor telefon mudah
alih pengguna yang didaftarkan untuk pengaktifan akaun eCCRIS)

22
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

(iii) Klik butang “Hantar”

c) Tetapkan ID Pengguna/Kata Laluan

(i) Masukkan ID Pengguna anda untuk mengakses eCCRIS, alamat e-mel


yang digunakan dan tukar Kata Laluan [panjang kata laluan hendaklah
mininum 10 karakter, yang mengandungi gabungan huruf besar (A-Z),
huruf kecil (a-z), angka (0-9) dan karakter istimewa ”~!@#$%^&*()_+”
(ii) Klik butang “Hantar”

23
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

d) Pada skrin “Tetapan Keselamatan”


(i) Pilih satu imej keselamatan dan masukkan frasa keselamatan. Pilih
soalan keselamatan dan berikan jawapan bagi setiap soalan keselamatan
yang dipilih
(ii) Klik butang “Hantar”

24
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

e) Setelah mengisi semua maklumat yang diminta, satu mesej pengesahan


penerimaan akan dipaparkan

25
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

S6. Saya telah mengaktifkan eCCRIS saya. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan
laporan CCRIS saya?
a) Sila ikuti arahan berikut:

(i) Log masuk ke alamat https://eccris.bnm.gov.my

(ii) Masukkan ID Pengguna (seperti yang dipilih oleh pengguna)


(iii) Klik butang “Seterusnya”

26
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

b) Sekiranya imej dan frasa keselamatan sama seperti imej dan frasa keselamatan
yang dipilih oleh pengguna, klik butang “Ya” untuk langkah seterusnya.

c) Masukkan kata laluan dan klik butang “Log Masuk”

27
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

d) OTP akan di hantar melalui SMS ke telefon bimbit yang telah didaftarkan.

e) Masukkan 6-digit OTP dan klik butang ‘Sahkan’.

28
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

f) Sekiranya berjaya log masuk, laman utama eCCRIS akan dipaparkan

g) Untuk mendapatkan laporan CCRIS, pilih “CARIAN”, kemudian klik


“Carian Sendiri – Individu”

29
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

h) Nyatakan persetujuan anda terhadap kenyataan Penafian, dengan


menanda kotak “Saya Setuju”. Seterusnya, klik butang “Carian Laporan”

30
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

S7. Bagaimanakah cara untuk saya muat turun/simpan salinan laporan CCRIS?
a) Semasa laporan tersebut dipaparkan pada skrin, klik butang “Muat turun”
b) Kotak mesej akan dipaparkan. Klik butang “Muat turun” untuk memulakan
muat turun laporan tersebut

c) Klik “Open” untuk melihat laporan atau Klik “Save” untuk menyimpan
salinan laporan di tempat simpanan anda sendiri

31
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

32
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

(i) Laporan yang telah dimuat turun akan disimpan dalam Portable
Document Format (PDF) dan dilindungi oleh kata laluan seperti
berikut:
(ii) Tarikh carian laporan (contoh: 30Oct2018, 10Okt2018)
(iii) Tiga (3) aksara pertama ID Pengguna anda (Ahmad, Hanafi)
- Contoh: 30Jan2018Ahm, 10Feb2018Han
(iv) Selepas memasukkan kata laluan, klik butang OK untuk membuka
laporan. Anda memerlukan perisian yang boleh membuka fail
PDF, untuk melihat semula laporan yang telah disimpan.

Contoh: Laporan CCRIS yang telah disimpan yang dilihat


menggunakan perisian Adobe Reader

33
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

S8. Saya mendapati terdapat kesilapan maklumat dalam laporan kredit (contoh: ejaan
nama, tarikh lahir) seperti yang dilaporkan oleh institusi kewangan.
Bagaimanakah cara untuk saya membuat pengesahan data melalui eCCRIS?
a) Untuk mengesahkan profil dan melaporkan pertikaian, klik butang “Sahkan”

b) Pilih maklumat yang dipertikaikan dan klik butang “Seterusnya”

34
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

c) Pada skrin “Pengesahan Data – Permohonan”, sila lengkapkan maklumat


yang dipertikaikan dan klik butang “Simpan” untuk disimpan sebagai draf
atau klik butang “Hantar” untuk menghantar pertikaian tersebut bagi
tindakan lanjut.
(i) Pengesahan Data – Profil Peminjam
Penting: Sila kemukakan maklumat lengkap/dokumen sokongan seperti
salinan Mykad, surat daripada Jabatan Pendaftaran Negara yang
berkaitan dan sebagainya (Kotak – Tambah Lampiran). Maklumat yang
tidak lengkap boleh menyebabkan kelewatan mendapat maklum balas.

(ii) Pengesahan data – Maklumat akaun (Kredit Belum Jelas/Akaun Di


bawah Pemerhatian Khas/Permohonan Untuk Kredit)
Dimaklumkan bahawa fungsi untuk mengemukakan pengesahan data
berkaitan permohonan pinjaman/akaun secara terus kepada institusi
kewangan tidak boleh diakses buat sementara waktu berikutan kerja
menaik taraf sistem.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan/pertikaian berhubung dengan


maklumat permohonan pinjaman/akaun (Tunggakan Kredit/Akaun

35
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

Perhatian Khas/Permohonan Kredit), pengguna eCCRIS dinasihatkan


untuk menghubungi bank peminjam dengan segera. Maklumat pihak
untuk dihubungi disediakan melalui pautan yang berikut:
 Institusi perbankan: https://www.bnm.gov.my/list-of-licensed-financial-
institutions ;
 Institusi kewangan pembangunan: https://www.bnm.gov.my/list-of-
development-financial-institutions ; atau
 Layari laman sesawang rasmi institusi kewangan di mana anda
membuat pinjaman.

d) (i) Mesej pengesahan penerimaan akan dipaparkan


(ii) Anda akan diberitahu melalui E-mel Pemberitahuan –
Permohonan Pengesahan Data telah dihantar

36
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

e) Untuk menyemak status pengesahan data, sila pilih “PERMOHONAN


SAYA”. Skrin berikut akan dipaparkan:

f) Sila isi maklumat dan klik butang “Carian”

Nota:
Kebiasaannya, pengguna akan mendapat maklum balas dalam masa 14
hari.
37
Panduan Pengguna eCCRIS & Soalan Lazim

S9. Saya menerima maklum balas sebagai respons kepada pertanyaan saya.
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut atau menutup
pertanyaan?

a) Klik ikon kanta pembesar di bawah lajur "Tindakan"

b) Klik “Seterusnya”

c) Skrin di bawah akan dipaparkan

(i) Sekiranya pengguna ingin mendapatkan penjelasan lanjut, sila masukkan


butiran di bahagian "Catatan" dan klik "Serah"; ATAU

(ii) Sekiranya pengguna berpuas hati, pengguna boleh menutup permintaan


dengan menekan butang "Padam". Sebagai alternatif, jika pengguna tidak
melakukan sebarang tindakan, sistem akan menutup permohonan tersebut
secara automatik selepas 30 hari

38

You might also like