You are on page 1of 1

学会导师职务范围

BIDANG TUGAS GURU PENASIHAT PERSATUAN/KELAB


1. Merancang dan menyediakan Program Tahunan.
2. Mendaftar keahlian di kalangan murid menggunakan Borang
Permohonan Keahlian semasa Mesyuarat Penubuhan.
3. Menulis surat permohonan Penubuhan kepada Guru Besar
dengan menyertakan :
a. Senarai Jawatankuasa
b. Perlembagaan
c. Cadangan Program Tahunan
4. Mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhan dan melantik
Jawatankuasa pengurusan di kalangan murid dan menghantar
satu salinan Minit Mesyuarat serta senarai Jawatankuasa kepada
Penolong Kanan Kokurikulum satu minggu selepas mesyuarat
diadakan.
5. Mengadakan dan mengendalikan Mesyuarat Jawatankuasa kecil
sekurang-kurangnya satu kali setiap separuh tahun.
6. Menjadi penasihat, pengurus dan mengendalikan semua aktiviti
yang dirancang pada masa aktiviti yang dijadualkan.
7. Merekod kehadiran semua murid dalam setiap aktiviti yang
dijalankan.
8. Memastikan laporan kegiatan mingguan dihantar kepada
Penolong Kanan Kokurikulum tiga hari selepas aktiviti.
9. Menyediakan satu laporan tahunan yang lengkap dan dihantar
kepada Penolong Kanan Kokurikulum pada akhir bulan Disember.
10. Memastikan surat kebenaran penjaga diedarkan kepada murid-
murid sebelum aktiviti luar sekolah dijalankan.
11. Mengurus dan menyimpan segala rekod penglibatan, pencapaian
dan salinan sijil penghargaan murid dalam aktiviti luar.
12. Mengurus segala surat menyurat tentang kelab yang dipimpin.
13. Memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancar sebagaimana
kurikulum dan perancangan tahunan yang disediakan.
14. Menyediakan laporan untuk penyediaan sijil kokurikulum murid-
murid pada akhir tahun.
15. Melengkapkan semua maklumat dalam sistem PAJSK online pada
bulan Disember atau tarikh yang akan ditetapkan oleh PKKK.

KK 23

You might also like