You are on page 1of 1

制服团体导师职务范围

BIDANG TUGAS GURU PENASIHAT UNIT BERUNIFORM

1. Merancang dan menyediakan Program Tahunan.


2. Mendaftar keahlian di kalangan murid menggunakan Borang
Permohonan Keahlian semasa Mesyuarat Penubuhan.
3. Menulis surat permohonan Penubuhan kepada Guru Besar dengan
menyertakan; a. Senarai Jawatankuasa
b. Perlembagaan
c. Cadangan Program Tahunan
4. Mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhan dan melantik Jawatankuasa
Pengurusan di kalangan murid dan menghantar satu salinan Minit
Mesyuarat serta senarai Jawatankuasa kepada Penolong Kanan
Kokurikulum satu minggu selepas mesyuarat.
5. Mengadakan dan mengendalikan Mesyuarat Jawatankuasa kecil
sekurang-kurangnya dua kali setahun.
6. Menjadi penasihat, pengurus dan mengendalikan semua aktiviti yang
dirancang pada masa aktiviti yang dijadualkan.
7. Merekod kehadiran semua murid dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
8. Memastikan salinan laporan kegiatan mingguan dihantar kepada
Penolong Kanan Kokurikulum tiga hari selepas aktiviti.
9. Menyediakan satu laporan tahunan yang lengkap dan dihantar kepada
Penolong Kanan Kokurikulum pada akhir bulan Disember.
10. Memastikan surat kebenaran penjaga diedarkan kepada murid-murid
sebelum aktiviti luar sekolah dijalankan.
11. Mengurus dan menyimpan segala rekod penglibatan, pencapaian dan
salinan sijil penghargaan murid dalam aktiviti luar.
12. Mengurus segala surat menyurat tentang unit beruniform yang
dipimpin.
13. Memastikan semua aktiviti berjalan lancar sebagaimana perancangan
kurikulum tahunan yang telah disediakan.
14. Menyediakan laporan untuk penyediaan sijil kokurikulum murid-murid
pada akhir tahun.
15. Melengkapkan semua maklumat dalam sistem PAJSK online pada
bulan Disember atau tarikh yang akan ditetapkan oleh PKKK.

KK 22

You might also like