You are on page 1of 9

SEKOLAH SENI MALAYSIA

SOALAN LAZIM

BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM & KESENIAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1 | Soalan Lazim|eSSeM|2022
1. MAKLUMAT UMUM

1.1 Berapakah jumlah Sekolah Seni Malaysia dan di manakah lokasinya?

Empat (4) buah Sekolah Seni Malaysia adalah seperti berikut:


i. Sekolah Seni Malaysia Johor di Bandar Seri Alam, Masai;
ii. Sekolah Seni Malaysia Sarawak di Kuching;
iii. Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur di Pudu, K.L;
iv. Sekolah Seni Malaysia Perak di Sungai Siput Utara.

Sebuah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni iaitu:


i. SMK Elopura, Sandakan, Sabah

1.2 Apakah alamat serta nombor telefon sekolah-sekolah tersebut yang


boleh dihubungi
Alamat Nombor telefon dan faksimili
Sekolah Seni Malaysia Johor No. Tel.: 07 387 0215
Jalan Persiaran Sinaran Ilmu, Bandar Seri Alam No. Fak: 07 386 0215
81750 Masai
Johor Darul Takzim

E-mel: jea1091@moe.edu.my

Sekolah Seni Malaysia Sarawak No. Tel.: 082 536 185


Lot 7794, Blok 9, Salak Land District, No. Fak: 082 513 917
Jalan Sultan Tengah
93050 Kuching, Sarawak

Emel: yea1210@moe.edu.my

Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur No. Tel.: 03 9224 2046


Jalan Seladang off Jalan Pasar
55100 Pudu, Kuala Lumpur.

Emel: wea0258@moe.edu.my

Sekolah Seni Malaysia Perak No. Tel.: 05 595 1350


Jalan Simpang Jalong No. Fak: 05 595 1351
31100 Sungai Siput Utara, Perak Darul Ridzuan

Emel: aea4087@moe.edu.my

SMK Elopura (Program Pendidikan Seni) No. Tel.: 089 533 960
Peti Surat 1091 No. Fak: 089 532 036
90712 Sandakan, Sabah

E-mel: xea2071@moe.edu.my

2 | Soalan Lazim|eSSeM|2022
1.3 Apakah bidang kesenian yang ditawarkan di Sekolah Seni Malaysia
dan di sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni?
Bidang kesenian yang ditawarkan adalah seperti berikut:
a) Seni Muzik b) Seni Tari
c) Seni Teater d) Seni Visual

1.4 Apakah mata pelajaran yang ditawarkan di Sekolah Seni Malaysia dan
di sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni?

➢ Bagi tingkatan 1 – 3, mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut:


Teras Kesenian (WAJIB untuk semua)
i. Bahasa Melayu; i. Seni Visual
ii. Bahasa Inggeris; ii. Seni Muzik
iii. Matematik iii. Seni Tari
iv. Sains iv. Seni Teater
v. Sejarah Tambahan
vi. Pendidikan i. Bahasa Ibunda (Bahasa Cina/Bahasa
Islam/Pendidikan Moral Tamil/Bahasa Iban/Bahasa Kadazan
Wajib Dusun/Bahasa Semai)
i. Pendidikan Jasmani dan ii. Bahasa Antarabangsa (Bahasa
Pendidikan Kesihatan Arab/Bahasa Perancis/Bahasa Jerman/
Bahasa Jepun/Bahasa Korea)

➢ Bagi tingkatan 4 dan 5, mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti


berikut:
Teras Pengkhususan Kesenian (PILIH SATU sahaja)
i. Bahasa Melayu; i. Reka Bentuk
ii. Bahasa Inggeris; ii. Seni Halus
iii. Matematik iii. Komunikasi Visual
iv. Sains iv. Seni Muzik
v. Sejarah v. Seni Tari
vi. Pendidikan vi. Seni Teater
Islam/Pendidikan
Elektif
Moral
i. Bahasa Ibunda (Bahasa Cina/Bahasa Tamil)
Wajib ii. Bahasa Antarabangsa (Bahasa Arab/Bahasa
i. Pendidikan Jasmani dan Perancis/Bahasa Jerman/ Bahasa
Pendidikan Kesihatan Jepun/Bahasa Korea)

1.5 Bolehkah murid Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni
mengambil mata pelajaran elektif Sains seperti Kimia, Fizik dan
Biologi semasa di Tingkatan 4 dan 5?

Tidak.

3 | Soalan Lazim|eSSeM|2022
1.6 Adakah murid akan mempelajari kesemua bidang kesenian ini
semasa tingkatan 1 hingga tingkatan 5?

Semasa di tingkatan 1 – tingkatan 3, murid akan mempelajari keempat- empat


bidang kesenian iaitu
a. Muzik;
b. Tari;
c. Teater;
d. Seni Visual

Bagi tingkatan 4 – tingkatan 5, murid akan memilih hanya satu (1) bidang
pengkhususan kesenian daripada enam (6) mata pelajaran berikut:
a. Reka Bentuk
b. Seni Halus
c. Komunikasi Visual
d. Seni Muzik
e. Seni Tari
f. Seni Teater

1.7 Adakah Sekolah Seni Malaysia adalah Sekolah Berasrama Penuh?

Tidak. Hanya pengoperasian sahaja yang berkonsepkan sekolah berasrama


penuh (semua murid wajib tinggal di asrama).

1.8 Ke manakah murid lepasan Sekolah Seni Malaysia dapat melanjutkan


pengajian dalam bidang kesenian di Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA)?

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menawarkan pengajian dalam


bidang kesenian adalah seperti berikut:

a. Universiti Teknologi MARA;


b. Universiti Malaya;
c. Universiti Perguruan Sultan Idris;
d. Universiti Malaysia Kelantan;
e. Universiti Malaysia Sarawak;
f. Universiti Malaysia Sabah;
g. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang;
h. Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

2. PENGAMBILAN MURID

2.1 Siapakah yang layak memohon ke Sekolah Seni Malaysia atau


Program Pendidikan Seni?

Murid yang layak memohon adalah:


a. Murid Tahun Enam sahaja;
b. Bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan serta
berdaftar dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
c. Warganegara Malaysia;

4 | Soalan Lazim|eSSeM|2022
d. Sihat tubuh badan;
e. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian;

2.2 Adakah murid sekolah swasta diterima masuk ke Sekolah Seni


Malaysia atau Program Pendidikan Seni?

Tidak. Pengambilan murid hanya terbuka kepada semua murid sekolah


kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sahaja.

2.3 Bagaimanakah cara membuat permohonan ke Sekolah Seni Malaysia


atau Program Pendidikan Seni?

Permohonan mestilah dibuat secara dalam talian (online) melalui laman


sesawang https://essem.moe.gov.my.

Pemohon boleh mendaftar masuk dengan menggunakan No. Kad Pengenalan


calon. Hanya permohonan secara dalam talian (online) dan permohonan yang
lengkap sahaja akan dipanggil untuk uji bakat.

Pemohon perlu malalui proses uji bakat (Sesi Serlahan Seni) sama ada secara
bersemuka atau secara dalam talian (rakaman video). Hanya pemohon yang
melalui proses uji bakat sahaja akan disenarai pendek untuk pemilihan.

2.4 Bilakah permohonan ke Sekolah Seni Malaysia atau Program


Pendidikan Seni dibuka untuk kemasukan bagi sesi persekolahan
tahun 2023/2024?

Sistem Permohonan ke Sekolah Seni Malaysia dibuka mulai 20 Julai sehingga


30 September 2022.

2.5 Apakah syarat kemasukan murid ke Sekolah Seni Malaysia atau


Program Pendidikan Seni?

Syarat kemasukan murid yang ke Sekolah Seni Malaysia atau Program


Pendidikan Seni adalah seperti berikut:
a. Lulus dalam Sesi Serlahan Seni iaitu uji bakat pemilihan murid (sama ada
secara bersemuka atau melalui rakaman video);
b. Bersetuju menerima kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia atau Program
Pendidikan Seni yang ditawarkan mengikut bidang dan sekolah yang
ditetapkan;
c. Murid yang berjaya, wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan
yang ditetapkan;
d. Mengemukakan rekod kesihatan murid;
e. Mengemukakan semua dokumen asal semasa temu duga atau uji bakat;
f. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen
semasa temu duga atau uji bakat.

5 | Soalan Lazim|eSSeM|2022
2.6 Bilakah sesi uji bakat pemilihan murid diadakan?

Uji bakat dilaksanakan melalui Sesi Serlahan Seni secara bersemuka di lokasi
yang akan ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

Calon yang telah membuat permohonan secara dalam talian melalui


https://essem.moe.gov.my boleh menyemak tarikh dan lokasi uji bakat serta
mencetak surat panggilan melalui sistem tersebut mengikut tarikh yang akan
dimaklumkan kemudian melalui emel. Sila pastikan alamat emel yang diberikan
semasa permohonan adalah emel yang aktif.

Calon diminta untuk membawa bersama cetakan borang permohonan yang


telah disahkan oleh Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Kokurikulum
semasa menghadiri sesi uji bakat.

Bagi calon yang tidak dapat hadir ke Sesi Serlahan Seni secara bersemuka
untuk uji bakat atas sebab-sebab yang tidak dapat dielak, calon dibenarkan
untuk menghantar rakaman persembahan melalui CD/emel (muat naik
rakaman ke dalam google drive atau youtube) dalam tempoh yang ditetapkan
sahaja. Rakaman yang lewat dihantar tidak akan diproses.

Calon dikehendaki berpakaian kemas dan bersesuaian semasa menghadiri Sesi


Serlahan Seni / membuat rakaman. Bagi calon bidang seni persembahan, calon
diminta memakai tshirt berkolar hitam, seluar trek hitam, tudung hitam/rambut
disanggul kemas (calon perempuan).

Hanya calon yang telah membuat permohonan secara dalam talian dan melalui
sesi uji bakat sahaja yang akan dipertimbangkan untuk pemilihan.

2.7 Bilakah semakan status permohonan masuk ke Sekolah Seni Malaysia


atau Program Pendidikan Seni dapat dibuat?

Status permohonan masuk ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan


Seni, boleh disemak pada bulan Disember 2022/Januari 2023 (tarikh adalah
tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).

2.8 Bagaimanakah pengumuman keputusan tawaran ke Sekolah Seni


Malaysia atau Program Pendidikan Seni dapat diketahui?

Semakan keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia atau Program


Pendidikan Seni, boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman
sesawang https://essem.moe.gov.my.

6 | Soalan Lazim|eSSeM|2022
2.9 Dalam sistem permohonan dalam talian (online), saya telah diterima
masuk ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni.
Apakah langkah seterusnya yang perlu saya buat?

Pada sistem permohonan atas talian (online), sekiranya permohonan anda


BERJAYA,
a. klik butang “TERIMA” sebagai pengesahan penerimaan;
b. klik butang “CETAK” untuk mendapatkan surat tawaran, borang-borang
berkaitan dan senarai keperluan pendaftaran.

2.10 Adakah surat tawaran dihantar kepada calon yang berjaya masuk ke
Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni?

Tidak. Pastikan surat dan dokumen lain yang dipaparkan dimuat turun,
disimpan dan dicetak untuk kegunaan dan rujukan semasa hari pendaftaran.
Calon diberikan tempoh selama dua (2) minggu sahaja untuk muat turun surat
dan dokumen tersebut.

2.11 Bilakah pendaftaran murid ke tingkatan satu di Sekolah Seni Malaysia


atau Program Pendidikan Seni dibuat?

Pendaftaran murid tingkatan satu Sekolah Seni Malaysia atau Program


Pendidikan Seni, adalah tertakluk kepada takwim persekolahan. Tarikh
pendaftaran akan dinyatakan dalam surat tawaran.

2.12 Adakah Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni juga
mengambil murid selain daripada tingkatan satu?

Tidak. Pengambilan murid hanya untuk tingkatan satu sahaja.

3. RAYUAN KEMASUKAN MURID

3.1 Bolehkah rayuan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia atau Program


Pendidikan Seni dibuat?

Boleh. Rayuan boleh dibuat dalam tempoh dua (2) minggu semasa keputusan
tawaran ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni diumumkan
secara rasmi melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my.

3.2 Bagaimanakah cara membuat rayuan kemasukan ke Sekolah Seni


Malaysia atau Program Pendidikan Seni?

Rayuan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni,


boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang
https://essem.moe.gov.my sepanjang tempoh semakan keputusan dibuka.

7 | Soalan Lazim|eSSeM|2022
3.3 Bilakah keputusan rayuan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia atau
Program Pendidikan Seni dapat diketahui?

Semakan keputusan rayuan boleh dibuat selewat-lewatnya dua minggu


sebelum sesi persekolahan bermula.

3.4 Bagaimanakah saya dapat mengetahui keputusan rayuan saya?

Semakan keputusan permohonan rayuan ke Sekolah Seni Malaysia atau


Program Pendidikan Seni, boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui
laman sesawang https://essem.moe.gov.my.

4. HAL EHWAL MURID

4.1 Saya telah berhubung dengan pihak Sekolah Seni Malaysia Johor dan
dimaklumkan ada kekosongan di sana. Bolehkah saya daftarkan anak
saya di sekolah tersebut?

Tidak. Penempatan murid di Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan


Seni, dibuat oleh pihak Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK)
dengan kelulusan Pengarah. Ibu bapa/penjaga hanya boleh membuat
permohonan melalui sekolah tersebut, namun keputusan untuk ditawarkan
atau tidak adalah berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh BSKK.

4.2 Adakah murid Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni,
berpeluang menerima mana-mana biasiswa atau bantuan kewangan?

Murid Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni yang layak,
berpeluang menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Kumpulan
Wang Pelajar Miskin (KWAPM) atau lain-lain bentuk bantuan yang disediakan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mahupun pihak Badan Bukan Kerajaan
(NGO).

4.3 Adakah murid Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni
boleh pergi ke kelas tambahan kesenian di luar sekolah?

Tidak. Kebenaran ke kelas tambahan kesenian bergantung kepada


pertimbangan dan kelulusan Pengetua.

4.4 Adakah murid Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni
boleh melibatkan diri dengan program atau aktiviti yang dianjurkan
oleh agensi luar atau Kementerian lain?

Murid boleh melibatkan diri dalam program atau aktiviti yang dianjurkan oleh
agensi luar atau Kementerian lain dengan kebenaran Pengetua.

8 | Soalan Lazim|eSSeM|2022
4.5 Bolehkah murid Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni
memohon berpindah keluar sekolah pada bila-bila masa sepanjang
tempoh pengajian (tingkatan 1– 5)?

Boleh, namun tidak digalakkan.

4.6 Bagaimanakah cara permohonan berpindah keluar sekolah dibuat?

Ibu bapa atau penjaga perlu mengemukakan surat permohonan pertukaran


sekolah kepada Pengetua.

4.7 Bolehkah murid-murid Sekolah Seni Malaysia atau Program


Pendidikan Seni berpindah ke sekolah seni yang lain?

Tidak boleh.

4.8 Bolehkah murid-murid Sekolah Seni Malaysia atau Program


Pendidikan Seni pulang ke rumah setiap minggu?

Tidak boleh. Murid-murid hanya dibenarkan pulang bermalam di rumah hanya


sekali dalam sebulan.

4.9 Siapakah yang dapat dihubungi sekiranya saya perlukan maklumat


lanjut berkaitan Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan
Seni?

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Sistem Aplikasi Dalam Talian
di talian 03 8872 1616 / 03 8872 1760 atau emel ke mohonssem@moe.gov.my
atau secara terus ke Sekolah Seni Malaysia melalui nombor telefon dan alamat
emel yang diberikan seperti dalam Soalan 1.

-TAMAT-

9 | Soalan Lazim|eSSeM|2022

You might also like