You are on page 1of 1

I I U MC Hantar Artikel

-36%

Shocking Sale on Shopee


Shopee

Bajet Kahwin RM15,000

ANONYMOUS / 30/01/2019 / CONFESSION

Hello semua, harini saya nak share ape yang


boleh dibuat dengan bajet kawen 15k. Sambil2
nak senaraikan item yang perlu di ambil kira
untuk majlis perkahwinan melayu – perempuan.

Sebenarnya banyak je pakej yang “All-In” boleh


dapat dengan 15k, but most of the time pakej2 ni
cume set catering + andaman sahaja. Kadang
adalah yang included dj & photographer, tapi
jarang yang termasuk dengan kad kahwin,
goodies, etc.. Usually typical malay wedding akan
habiskan 30-40k, this is the idea to reduce the
budget.

1. Makan : 7k

Selalunya pakej makan ni dah siap dengan


khemah berscallop, kerusi bersarung & meja
beralas. Boleh bajet makanan standard
RM14/pax untuk 500pax, or downgrade menu
(contohnya nasi ayam) dengan harga yang lebih
rendah with more pax. Survey baik2, kadang2
ada caterer yang makanan best tapi harga
murah2 di kawasan anda.

2. Bridal : 2k

Bridal bajet ni selalunya masih dapat untuk


pelamin rumah. Kalau pelamin dewan kena
tambah bajet lagi 1-3k kot. Untuk bridal pakej,
selalunya die pakejkan skali dengan mekap, baju
L/P with accessories, pelamin, hiasan meja
beradap + meja kek. Kalau rajin & banyak masa,
untuk bridal ni kita boleh plan asing2 contoh
MUA RM300 + Pelamin rumah RM600 + hiasan
meja beradap RM400 + Baju sepasang RM500.
Puas hati sebab boleh pilih satu2 yang betul2 kita
nak, tapi pening jugak kena deal dengan banyak
orang. Ikut preference masing2.

3. Photographer : 1k

Photographer 1k masih boleh dapat yang


standard. Nikah+Sanding+Outdoor+Album &
frames. Boleh survey slow2 yang hasil kerja
memuaskan tapi range harga 1k. Kalau nak cut
bajet, boleh amek shoot&burn dalam RM500.
Album & frame tu tunggu ada bajet bile2 boleh
print out, or buat photobook je cukup. Yang
penting ada softcopy pic cantik satu dua untuk
update profile picture..kikiki.

4. Goodies : 1k

Kadang bab goodies ni ramai sdara mara &


kawan2 nak sponsor. So dah untung kat situ.
Kalau xde orang sponsor pun bajet dalam 1k
cukup la kot, sebab total wedding kita stakat 15k
kan.

5. Dulang + barang hantaran : 1k

Dulang hantaran boleh sewa yang nampak grand


or with the same budget boleh buat sendiri
simple2. Barang hataran pun kalau bajet total 1k
tak boleh la nak letak barang semua berjenama
macam Coach, MK, Kate Spade, Fossil. Burberry
jauh sekali. Tapi kalau stakat satu je berjenama
tu lepas lagi rasa.

6. Lain2 : 1k

-Homestay (kalau pihak lagi satu orang jauh) :


300

-Kad kahwin (kad sahaja, 200-300pcs +


banner/bunting) : 150

-Inai (pengantin + kawan2 yg datang teman


berinai) : 150

-Kompang/ DJ/ bunga mangga etc (terpulang) :


400

7. Barang kemas / honeymoon : 2k

Barang kemas selalu tak masuk bajet ni sebab


pihak laki yang akan hadiahkan. So, 2k bolehla g
honeymoon. 2k dapat g oversea dah..kalau
setakat Krabi siap hotel 4* cukup lagi. Tapi ikut
individual preference la. Kalau tak minat
honeymoon, maybe boleh upgrade barang2
hantaran. Upgrade goodies, makanan or bridal.
Up to you :)

Tu je nak share. Kalau nak jimat lagi contoh nak


buat bajet 10k ke korang boleh la guna list kat
atas ni untuk kira2 bajet. Macam nak jadikan 10k
tu boleh downgrade makan or goodies,
photographer, tak payah honeymoon, etc. Kalau
nak tambah jadi bajet contoh jadi 20k pun boleh
upgrade2 list yang sama. Semoga bermanfaat.

– Pengantin Baru

Hantar confession anda di sini -


> https://iiumc.com/submit

Confession
Hantar Artikel

PREVIOUS NEXT

What do you think?


47 Responses

Upvote Funny Love

Surprised Angry Sad

0 Comments 
1 Login

Start the discussion…

LOG IN WITH

OR SIGN UP WITH DISQUS ?

Name

 Share

Best Newest Oldest

Be the >rst to comment.

Subscribe Privacy

Do Not Sell My Data

Copyright © 2023 IIUM Confessions

You might also like