You are on page 1of 2

Isu Kekurangan Dana Untuk Membangunkan Tanah Wakaf

Kekurangan dana merupakan salah satu kekangan yang dihadapi untuk memajukan
tanah wakaf. Pemilik tunggal harta tanah wakaf mempunyai masalah untuk memajukan tanah
wakaf kerana kekurangan dana. Kerjasama daripada pihak luar memungkinkan tanah wakaf
tersebut dimajukan untuk pembinaan institusi wakaf pendidikan seperti sekolah agama atau
pusat tahfiz, rumah anak yatim dan surau-surau. Meskipun Malaysia merupakan antara
negara Islam yang mempunyai persekitaran kewangan Islam yang dinamik bertaraf
antarabangsa pembangunan harta wakaf yang menggunakan instrumen kewangan
kontemporari berada pada tahap yang kurang memberangsangkan. Keadaan ini jelas
menggambarkan bahawa pembangunan wakaf tidak berkembang sepantas pertumbuhan
sistem kewangan Islam. Malaysia mempunyai harta wakaf yang banyak terutamanya tanah
dan sekiranya dibangunkan ia pasti dapat memberi sumbangan yang positif kepada
pembangunan ekonomi umat Islam. Namun, kekurangan dana merupakan satu kekangan
utama bagi tujuan pembangunan harta wakaf.

Penyelesaiannya, pihak korporat perlu digalakkan untuk terbabit secara langsung


dalam pembangunan aset wakaf di seluruh negara. Sebagai contoh, melalui usaha sama
dengan syarikat perladangan, tanah wakaf terbiar boleh diusahakan dengan pelbagai projek
pertanian yang menjana pendapatan kepada golongan B40 di kawasan luar bandar. Demi
menggalakkan pembabitan korporat, kerajaan boleh memberi insentif kepada syarikat swasta
menjayakan kegiatan ekonomi seumpama ini. Sebelum ini, melalui Pelan Rancangan
Malaysia (RMK) kerajaan Pusat menyalurkan suntikan dana kepada dua entiti ditubuhkan,
iaitu Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)
untuk menyelaraskan segala usaha pembangunan aset wakaf di seluruh negara. Hasilnya, tiga
hotel di Terengganu, Melaka dan Perak serta lebih 200 rumah kedai berjaya dibina di seluruh
negara yang kekal memberi impak kepada masyarakat setempat. Namun, dalam keadaan
ekonomi sekarang, wakaf tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan.
Sebaliknya, peranan pihak swasta amat diperlukan. YWM sedia menjadi pemudah cara bagi
menjayakan sebarang usaha sama yang memberi pulangan kepada pihak korporat dan Majlis
Agama Islam Negeri (MAIN).
Seterusnya, penyelesaian kepada isu kekurangan dana untuk membangunkan tanah
wakaf ialah kutipan wakaf tunai berskala besar. Seperti disebutkan, buat masa ini dana tunai
untuk tujuan pembangunan tanah wakaf terbiar lebih diperlukan. Sebagai contoh,
Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan mempunyai tapak tanah untuk sekolah
dan hospital baharu. Namun, pembinaan projek ditangguhkan kerana kekurangan dana
pembangunan. Oleh itu, sumbangan wakaf tunai oleh semua anggota masyarakat boleh
digemblengkan untuk tujuan ini. Demi menjayakan kutipan wakaf tunai dalam skala besar
sebegini, kerjasama dengan institusi perbankan Islam sangat penting. Bank Islam mempunyai
pelbagai kemudahan perbankan internet yang memudahkan orang awam membuat
sumbangan. Selain itu, kaedah potongan gaji penjawat awam dan swasta boleh diperluaskan
untuk mengisi tabung wakaf dengan lebih cepat. Melalui perbincangan ini, kejayaan sesuatu
projek pembangunan aset wakaf bergantung kepada keterlibatan pihak korporat dan orang
ramai. Penglibatan mereka pula bergantung kepada keyakinan dan kepercayaan kepada
pengurusan dana dan aset wakaf dikumpul.

Akhir sekali, penyelesain terakhir ialah kawal selia lebih ketat kepada aktiviti
pengumpulan dana wakaf tidak bertauliah. Kini, wujud ramai individu atau kumpulan yang
membuat kutipan dana wakaf tunai dari orang ramai. Mereka mengambil kesempatan
daripada kemurahan hati orang awam untuk menderma dan menghulurkan bantuan. Namun,
sejauh mana hasil sumbangan itu disalurkan untuk tujuan kebajikan dan manfaat umum tidak
dapat dipastikan. Individu dan kumpulan membuat kutipan wakaf tunai akan mengambil
komisen daripada setiap sumbangan wakaf. Setakat ini, berapa banyak komisen diambil tidak
dipantau mana-mana pihak. Oleh itu, sudah sampai masanya untuk pihak berkuasa melalui
enakmen wakaf yang sedia ada membuat penguatkuasaan terhadap perkara ini supaya
penyelewengan dana wakaf dapat dibendung.

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/09/733919/pertingkat-strategi-manfaatkan-
dana-wakaf

You might also like