You are on page 1of 4

Channel PA 900 STPM @CNM

Nota PA Sem 1
Bil Subtopik Perincian

PERLEMBAGAAN 1. Sumber undang-undang tertinggi jadi panduan kepada


1 pemerintah beri perlindungan dan jaminan kepada rakyat
2. Perlembagaan bertulis/tidak bertulis
3. Ada ciri-ciri keluhuran, ada sifat ketertinggiannya dan
boleh dipinda tapi bersebab.

Perlembagaan 1. Dokumen rasmi yang mengandungi segala peraturan


2 Malaysia menjadi panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara
dan melaksanakan kuasa.
2. Ada 15 bahagian,183 perkara peruntukkan kuasa kepada
kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, dan kerajaan
tempatan.

Perlembagaan 1. Kebal
3 Bertulis 2. Sukar dipinda
3. Undang-undang digubal di parlimen
4. Mahkamah ada kuasa untuk tafsir undang-undang dan
melindungi perlembagaan contohnya perlembagaan
Malaysia
5. Perlembagaan Malaysia ialah model Westminster dari
Britain

Keluhuran 1. Bermaksud ketertinggian dan keagungan perlembagaan


4 Perlembagaan

Ciri-Ciri Keluhuran 1. Mengatasi kuasa YDPA


5 Perlembagaan 2. Mengatasi kuasa parlimen
3. Mengatasi kuasa Jemaah Menteri
4. Mengatasi mahkamah
5. Undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan
Malaysia adalah tidak sah dan terbatal
6. Undang-undang negeri mesti selaras dengan
perlembagaan Malaysia
7. Mahkamah ada kuasa untuk batalkan akta yang
bercanggah dengan perlembagaan Malaysia

Ketertinggian 1. Merupakan undang-undang tertinggi


6 Perlembagaan 2. Undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan
Malaysia dianggap terbatal
3. Parlimen tidak boleh meluluskan undang-undang yang
bercanggah
Channel PA 900 STPM @CNM

4. Mahkamah berkuasa membatalkan undang-undang yang


bercanggah
5. YDPA tidak boleh mengatasi perlembagaan Malaysia

Cara pindaan 1. Mendapat pungutan suara majoriti biasa Majlis Parlimen


7 perlembagaan 2. Mendapat suara 2/3 Majlis Parlimen
dalam parlimen 3. Mendapat suara 2/3 Majlis Parlimen dan mendapat
keizinan Majlis raja-raja
4. Perkara yang menyentuh Sabah dan Sarawak memerlukan
pungutan suara 2/3 Majlis Parlimen dan persetujuan Yang
diPertua Negeri.
5. Pindaan Perlembagaan Malaysia juga boleh berlaku
melalui Perkara 150 iaitu melalui deklarasi Darurat.

KEWARGANEGARA 1. Kuat kuasa undang-undang


8 AN 2. Pendaftaran isteri dan anak warganegara
Jenis-jenis 3. Naturalisasi
Kewarganegaraan 4. Penggabungan wilayah

Kewarganegaraan 1. Lahir di Malaysia selepas Hari Malaysia


9 Melalui Kuat 2. Ibubapa lahir di Malaysia / pemastautin tetap
Kuasa 3. bapanya bekerja dengan kerajaan Malaysia di luar negara
Undang-undang dan kelahirannya didaftarkan dengan Pejabat Konsul
Persekutuan atau didaftarkan dengan kerajaan Malaysia
jika lahir di Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei dalam
tempoh 1tahun

Kewarganegaraan 1. Ibu atau bapanya warganegara Malaysia, dia berumur


10 Secara Pendaftaran kurang 21 tahun didaftarkan jadi warganegara
2. Suaminya warganegara Malaysia, jika isterinya ingin jadi
warganegara Malaysia, dia mesti bermastautin di Malaysia
selama 2 tahun, kelakuan baik, masih berkahwin,
perkahwinannya didaftarkan di Malaysia
3. Individu yang berumur 18 tahun atau lebih yang lahir di
Malaysia sebelum Hari Merdeka, jika ingin jadi
warganegara Malaysia mesti berpengetahuan dalam
Bahasa Melayu, kelakuan baik , ingin tinggal tetap di
Malaysia

Kewarganegaraan 1. Untuk warganegara asing yang ingin jadi warganegara


11 Secara Malaysia mesti berumur lebih 21 tahun, telah tinggal
Naturalisasi/ tetap di Malaysia selama 10 tahun, kelakuan baik, tahu
Masukan berbahasa Melayu
Channel PA 900 STPM @CNM

Kewarganegaraan 1. Mereka yang jadi warganegara Malaysia cara begini ialah


12 Secara penduduk Sabah, penduduk Sarawak, penduduk Wilayah
Percantuman Singapura, penduduk United Kingdom dan tanah
jajahannya serta pemastautin tetap di Sabah dan Sarawak

Cara-Cara 1. Secara sukarela


13 Penamatan 2. Secara paksa
Kewarganegaraan

Penamatan 1. Umurnya lebih 21 tahun


14 Kewarganegaraan 2. Waras fikirannya
Cara Sukarela 3. Tidak mahu jadi warganegara Malaysia

Penamatan 1. ada kerakyatan negara lain


15 Kewarganegaraan 2. untuk warganegara cara masukan dan pendaftaran shj
Cara Paksa 3. tidak setia kepada negara Malaysia
4. derhaka kepada Malaysia ketika peperangan
5. derhaka ketika berniaga
6. menjalankan aktiviti dengan musuh Malaysia
7. dipenjara lebih 12 bulan
8. didenda lebih RM5000
9. tinggal di negara lain lebih 5 tahun secara berterusan
10. tinggal di negara asing tetapi tidak mendaftar dengan
Pejabat konsulat Persekutuan

HAK ASASI 1. Dia tidak boleh dibunuh kecuali menurut undang-undang


16 WARGANEGARA 2. Dia tidak boleh ditahan polis > 24 jam jika tiada perintah
MALAYSIA tahanan daripada majistret/pegawai daerah
3. Dia perlu diberitahu sebab-sebab dia ditangkap oleh pihak
berkuasa
4. Jika dia ditangkap, dia berhak dibela oleh peguam
5. Dia tidak boleh dijadikan hamba abdi
6. Dia boleh diberi kerja paksa mengikut undang-undang
7. Dia berhak mendapat perlindungan undang-undang
8. Jika dia dibebaskan, dia tidak boleh didakwa atas
kesalahan yang sama
9. Dia berhak memohon habeas corpus jika dia ditahan
secara tidak sah
10. Dia berhak menikmati kesamarataan
11. Dia tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama,
keturunan, tempat lahir atau jantina
12. Dia bebas bergerak di mana-mana bahagian Malaysia
13. Dia berhak bermastautin di mana-mana bahagian Malaysia
14. Dia bebas bercakap
15. Dia bebas berhimpun secara aman
16. Dia bebas menubuhkan persatuan
Channel PA 900 STPM @CNM

17. Dia bebas beragama


18. Dia bebas memiliki harta

Sekatan-Sekatan 1. Kerajaan berkuasa untuk menahan dan menghukum


17 Terhadap sesiapa yang mengancam keselamatan negara
Kebebasan Hak (undang-undang subversif)
Asasi 2. Kerajaan berkuasa untuk mengenakan perintah berkurung
dan menembak serta membunuh sesiapa yang
mengingkari
3. undang-undang darurat tanpa perbicaraan
(Undang-undang Darurat)
4. Para pelajar dilarang bergerak aktif dalam politik (Akta
Universiti dan Kolej Universiti) AUKU
5. Tidak boleh membocorkan rahsia kerajaan(Akta Rahsia
Rasmi)
6. Badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada
kebebasan untuk membangkitkan isu-isu sensitif yang
boleh mengancam keselamatan negara (Akta Mesin Cetak
dan Penerbitan)
7. Rakyat dilarang menabur fitnah dan membangkitkan isu
sensitif, iaitu hak istimewa orang Melayu, bahasa, kuasa
raja dan kewarganegaraan
8. Berkuasa untuk mengawal kemasukan rakyat dari
Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak (Hak
Istimewa Sabah dan Sarawak)

You might also like