You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SIARAN AKHBAR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (PSR) 2017

Selasa, 28 November 2017 – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan


Peperiksaan pada hari ini mengeluarkan keputusan Peperiksaan Penilaian Sekolah
Rendah 2017 dengan rumusan seperti berikut:

1. Daripada 6,413 calon yang mendududki peperiksaan ini, seramai 5,497


calon atau 85.72`% memperoelehi Gred A-D bagi ke lima-lima mata
pelajaran dengan pencapaian seperti tahun 2016. Bagi pencapaian pada
Gred A-C bagi ke lima-lima mata pelajaran adalah sebanyak 70.75%
meningkat sebanyak 2.52%.

2. Sebanyak 11 buah sekolah mencapai keputusan 100% lulus Gred A-C ke


lima-lima mata pelajaran yang terdiri dari 8 buah sekolah kerajaan dan 3
buah sekolah swasta. Manakala 79 buah sekolah telah menunjukkan
peningkatan dalam lingkungan 0.28% hingga 80.00% termasuk 56 buah
sekolah Kerajaan dan 23 buah sekolah swasta, manakala 5 buah sekolah
lagi sebanding pencapaiannya dengan tahun lepas. Sebanyak 43 buah
sekolah keseluruhan telah mencapai 80.00% ke atas pada Gred A-C bagi
kelima-lima mata pelajaran.

3. Bagi pencapaian calon yang memperolehi Gred A-D bagi kelima-lima


mata pelajaran seramai 5497 atau 85.72% calon yang terdiri dari 3848 atau
83.45% calon sekolah kerajaan dan 1649 atau 91.51% calon sekolah
swasta. Pencapaian bagi sekolah kerajaan telah menunjukan peningkatan
iaitu 0.60%. Sebanyak 28 buah sekolah kerajaan (termasuk sekolah Arab
dan sekolah swasta) telah mencapai 100%. Manakala sebanyak 64 buah
sekolah telah menunjukkan peningkatan berbanding dengan pencapaian
pada tahun 2016. Manakala 20 buah sekolah lagi sebanding dengan
pencapaian pada tahun lepas.

Jumlah dan peratus calon memperolehi gred A-C dan gred A-D dalam 5
mata pelajaran adalah seperti berikut:

Page 1 of 3
Jumlah dan peratus calon yang
memperolehi sekurang-
Jumlah kurangnya
Peringkat Tahun calon
duduk Gred A - C Gred A - D
Jumla Jumla
% %
h h
70.75 85.72
2017 6413 4537 5497
% %
National 68.23 85.72
2016 6541 4463 5607
% %
Perbandingan 2.52% 0.00%
66.95 83.45
2017 4611 3087 3848
% %
Sekolah
64.57 82.85
Kerajaan 2016 4665 3012 3866
% %
Perbandingan 2.38% 0.60%
80.47 91.51
2017 1802 1450 1649
% %
Sekolah 77.35 92.86
2016 1876 1451 1742
Swasta % %
-
Perbandingan 3.12%
1.35%

4. Seramai 793 calon atau 12.37% telah dapat menunjukkan keputusan yang
cemerlang dengan mendapat Gred A dalam 5 mata pelajaran. Daripada
jumlah tersebut seramai 414 calon adalah terdiri dari calon-calon sekolah
kerajaan. Secara keseluruhan seramai 683 daripada 793 calon yang
mendapat 5 Gred A adalah terdiri dari rakyat Brunei. 400 orang calon
terdiri daripada calon-calon sekolah kerajaan telah berjaya memperolehi 4
Gred A dan 1 Gred B.

Jumlah calon mendapat 5A, 4A + 1B dan 4A + 1C

PERBANDINGA
TAHUN 2017 2016
N
793 809
Calon mendapat 5A
12.36% 12.36% 0.01%
Calon mendapat 4A + 1B 575 722

Page 2 of 3
8.97% 11.04% -2.07%
135 112
Calon mendapat 4A + 1C
2.11% 1.71% 0.40%

5. Pencapaian calon dalam mata pelajaran, empat mata pelajaran mencapai


90% ke atas dalam Gred A-D iaitu Melayu Islam Beraja sebanyak
99.49%, Bahasa Melayu 97.13%, Science 95.41% dan English 95.09%
manakala bagi mata pelajaran Mathematics mencapai 86.84% lulus Gred
A-D. Bagi Gred A-C, Bahasa Melayu 93.84%, English Language
86.08%, Melayu Islam Beraja 98.69% dan Science 88.35% dan bagi
mata pelajaran Mathematics 73.51% dengan peningkatan sebanyak
2.83%.

6. Dari segi kualiti pencapaian calon yang memperolehi Gred A bagi setiap
mata pelajaran, secara keseluruhan dalam Bahasa Melayu ialah 50.52%
meningkat sebanyak 6.28%, Melayu Islam Beraja 70.90% meningkat
sebanyak 8.91%, English Language 29.70% meningkat sebanyak 0.59%,
Mathematics 18.87%, dan Science 48.30%.

7. Dimaklumkan kepada murid-murid yang menduduki peperiksaan tersebut


bolehlah mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah masing-masing
dan bagi calon-calon persendirian bolehlah mendapatkannya di Jabatan
Peperiksaan pada waktu pejabat dibuka mulai esok 29 November 2017.

-TAMAT-

Dikeluarkan oleh:
Unit Perhubungan Awam
Kementerian Pendidikan
Lapangan Terbang Lama, Berakas
Negara Brunei Darussalam BB3510
No. Tel. : 2381301 / 2381133 samb. 1214
No. Faks : 2380703

Page 3 of 3

You might also like