You are on page 1of 14

KESEJAHTERAAN PENDIDIKAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

(Title in English)

Nadzirah Omar1, Fatini Ramli2, Farahana Abdullah3, Sumaiyah Mohd Noor4


1,2,3,4 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia

Email: - nadzirahomar12@gmail.com

Diterima: 11 Nov 2023 • Accepted: 08 Dis 2023 • Diterbitkan: 2023

Abstract

This study aims to see the level of well-being of students at a secondary school in Batu Pahat district. The
study uses qualitative and quantitative methods as many as 87 students can be gathered to answer the
questionnaire that has been prepared and Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) has been used
to analyze the results of the study. The findings of the study found that the level of well-being of students in
terms of health at school is at a high level, as well as the safety and also the feeling of fun in students while
at school. The study found that 3S elements contribute to well-being in education. These three elements
received positive feedback and students accepted that safe, fun and healthy elements are important elements
in achieving a prosperous education.

Keywords: fun, health, philosophy, perception, safe, secure

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kesejahteraan pelajar di sebuah sekolah menengah dalam daerah
Batu Pahat. Kajian menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif seramai 87 pelajar dapat dikumpulkan
untuk menjawab soal selidik yang telah disediakan dan Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS)
telah digunakan untuk menganalisis keputusan kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap kesejahteraan
pelajar dalam aspek kesihatan di sekolah adalah berada di tahap yang tinggi, begitu juga dengan keselamatan
dan juga perasaan seronok pada pelajar ketika di sekolah. kajian mendapati elemen 3S menyumbang kepada
kesejahteraan dalam Pendidikan. Ketiga-tiga elemen ini mendapat maklum balas yang positif dan diterima
oleh pelajar bahawa elemen selamat, seronok dan sihat merupakan elemen yang penting dalam mencapai
pendidikan yang sejahtera.

Kata kunci: falsafah, persepsi, sejahtera, selamat, seronok, sihat, sekolah


PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.
Pelan Pembangunan Pendiidkan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pula dibangunkan bagi mendukung hasrat FPK
untuk memupuk etika dan kerohanian diri dalam setiap diri pelajar. Manakala Anjakan 3 pula dibina bagi
melahirkan rakyat yang Menghayati Nilai dalam PPPM, iaitu menekankan kepada pembudayaan amalan baik
supaya dapat mewujudkan ekosistem pembelajaran yang kondusif di samping melahirkan insan yang bernilai
positif. Kemudian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mula melaksanakan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan bermula pada tahun 2019 melalui pendekatan bersepadu iaitu menerusi perhimpunan sekolah,
kurikulum, kokurikulum dan program sekolah. Sehubungan dengan itu, kandungan Pendidikan Sivik disampaikan
secara pembelajaran bersepadu melalui mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral.
Bagi menyokong aspirasi FPK, PPPM dan Anjakan 3 PPPM tersebut, pihak kementerian telah memutuskan
pelaksanaan Konsep Sekolahku SEJAHTERA di semua institusi pendidikan melalui mesyuarat Profesional
Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2022 di bawah KPM yang bertarikh pada 11 Januari 2022.
Konsep Sekolahku SEJAHTERA bermatlamat untuk melahirkan insan sejahtera dan digagaskan bagi
memperkenal, mempromosi serta meningkatkan pemahaman terhadap elemen-elemen sejahtera sekaligus dapat
diterapkan sehingga menjadi budaya bagi semua warga institusi pendidikan bermula dari peringkat prasekolah
sehingga sekolah pasca menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2022).

Pada sambutan hari guru 2022 (yang ke-51), tema dipilih ialah Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA.
Relevannya, tema ini dipilih adalah disebabkan guru menjadi tunjang terpenting dalam pembentukan sistem
pendidikan negara. Peranan dan kefungsian guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, bahkan untuk
memastikan pelajar lahir daripada sistem pendidikan negara yang mempunyai sahsiah serta daya saing tinggi
melalui penjiwaan amalan baik diterapkan di sekolah secara semula jadi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2022)

Dalam hal ini, guru perlu berperanan ke arah mewujudkan persekitaran pembelajaran dengan menerapkan
14 elemen SEJAHTERA di dalam dan luar kelas untuk dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan murid di sekolah
dan luar sekolah secara berkesan Akronim menggabungkan 14 elemen nilai murni, iaitu S membawa maksud
khusus iaitu selamat, seronok, sihat; E (etika & empati); J (jati diri); A (adab sopan); H (harmoni); T (tekun, teliti
& terampil); E (eksplorasi); R (rasional) dan A (artikulasi) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2022).

Walaubagaimanapun, konteks kajian ini melihat kepada nilai kefahaman kesejahteraan kanak-kanak
khususnya di sekolah. Terdapat tiga perkara yang akan ditekankan dalam kelompok kesejahteraan sekolah. Tiga
perkara tersebut adalah keadaan persekitaran sekolah, hubungan sosial dan tahap kesihatan murid. Kesemua aspek
kesejahteraan sekolah ini diambil sebagai instrumen dalam soal selidik kajian. Bagi mengukuhkan instrumen,
pengkaji telah menjalankan kajian rintis dan analisis deskriptif. Hasil analisis ini akan membuktikan tahap
kebolehpercayaan soal selidik sebagai instrumen dalam kajian. Bagi memastikan dapatan kajian adalah empririkal,
pengkaji menjadikan murid-murid sebagai skop responden kajian bagi mendapatkan nilai dapatan yang lebih tepat.

PERNYATAAN MASALAH
Kajian menunjukkan kebanyakan sistem pendidikan sama ada dari dalam negara atau luar negara sangat
mementingkan nlai-nilai murni terutamanya dalam aspek pendidikan. Terdapat banyak kajian berkenaan faktor -
faktor pencapaian dan impak bagi kemajuan sistem pendidikan di Malaysia.

Menurut Sire Etum et,al (2021) menyatakan bahawa kualiti kehidupan murid dapat dilihat melalui tingkah
laku seseorang murid di dalam bilik darjah. Murid akan rasa lebih bermotivasi dan berkeyakinan tinggi dalam
mengharungi sesi pembelajaran apabila mementingkan kepuasan diri secara lebih sihat. Kepuasan secara sihat turut
membantu murid untuk menerima apa jua peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh pihak sekolah, tidak
melakukan sebarang salah laku disiplin dan memastikan hala tuju yang jelas. Realitinya, semua murid ke sekolah
mahukan suasana yang tenteram, perasaan yang gembira, berasa sejahtera dan memastikan diri mereka sentiasa
dalam keadaan terjaga. Hal ini dapat dicapai sekiranya guru dan ibu bapa berperanan memastikan murid dan anak-
anak tidak melakukan sebarang masalah disiplin ketika berada di persekitaran sekolah. Oleh itu, pendedahan
terhadap aspek-aspek seperti definisi dan konsep kesejahteraan dalam pendidikan, elemen Selamat, Seronok &
Sihat (3S) serta persepsi pelajar terhadap tahap kesejahteraan sekolah mereka akan dibincang dan diperjelaskan.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan berdasarkan dua objektif iaitu:

1. Mengenal pasti konsep pendidikan kesejahteraan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia.
2. Mengkaji persepsi pelajar terhadap tahap kesejahteraan sekolah berdasarkan elemen 3S ‘Selamat, Seronok
& Sihat’.

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian dihuraikan berdasarkan jenis kajian yang dilakukan bagi mencapai objektif kajian. Terdapat dua
bentuk metodologi kajian yang digunakan iaitu jenis kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisisan
data.

Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif yang berbentuk kajian
tinjauan. Lokasi kajian ini ialah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn yang terletak di sekitar Batu Pahat.
Sampel kajian terdiri daripada 87 responden golongan murid di sekolah menengah tersebut untuk mendapatkan
hasil kajian iaitu persepsi mereka terhadap tahap kesejahteraan sekolah berdasarkan elemen 3S. Kajian ini
menggunakan Skala Likert lima matayang mengandungi lima aras seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1.

Aras No.
Sangat Tidak Setuju 1
Tidak Setuju 2
Kurang Setuju 3
Setuju 4
Sangat Setuju 5
Jadual 1 Skala Likert 5 Aras

Intrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan data adalah menggunakan perisian SPSS atau nama
penuhnya iaitu Statistical Package for Social Science. SPSS merupakan perisian yang digunakan untuk menganalisi
kesahan dan kebolehpercayaan soalan dan data kuantitatif responden. Kami menggunakan SPSS versi 29.0.0.
Dalam kajian ini, data-data kuantitatif diperoleh dari alat pengukur iaitu borang soal selidik daripada responden.
Analisis Kesahan (Validity)

Menurut kamus dewan edisi keempat, kesahan didefinisikan sebagai perihal sah. Dari segi statistik dalam artikel
yang ditulis oleh (Nor Adrina Elani Hashim, 2023), kesahan membawa maksud kejituan kandungan dalam bidang
kajian yang berlandaskan instrumen yang mewakili pembinaan sesuatu soalan ataupun item. Ujian ini adalah
penting untuk mengetahui sejauh mana soalan yang dibina itu menepati dalam kajian. Berdasarkan jadual 2
dibawah ialah hasil analisis untuk mendapatkan kesahan.

Nilai Kesahan (Validity)

Nombor Nilai Korelasi Pearson Nilai Korelasi Pearson Berdasarkan Nilai Signifikasi
Item dalam SPSS Jadual (R) (0.05)
(Dipilih Berdasarkan Jumlah Sampel)
N=85
1 0.234 0.231 0.029
2 0.293 0.231 0.006
3 0.303 0.231 0.004
4 0.417 0.231 0.001
5 0.228 0.231 0.034
6 0.281 0.231 0.008
7 0.309 0.231 0.004
8 0.489 0.231 0.001
9 0.314 0.231 0.003
10 0.454 0.231 0.001
11 0.375 0.231 0.001
12 0.378 0.231 0.001
13 0.434 0.231 0.001
14 0.234 0.231 0.029
15 0.293 0.231 0.006
Jadual 2 Analisis terhadap Nilai Kesahan Item

Berdasarkan jadual 2, sebanyak 15 soalan yang dibina berdasarkan tiga elemen yang dinyatakan pada objektif
kajian iaitu “Selamat, Seronok & Sihat. Untuk mengetahui sama ada soalan yang dibina itu memiliki kesahan
adalah dengan mengetahui tentang nilai korelasi dan nilai signifikasi dan bandingkan dengan nilai yang terdapat
dalam jadual Korelasi Pearson. Pertama, nilai korelasi Pearson yang didapati daripada perisian SPSS perlu lebih
tinggi dari nilai korelasi Pearson berdasarkan jadual statistik. Kedua, membuat perbandingan antara nilai signifikasi
yang diperoleh dari keputusan SPSS dengan nilai aras signifikan iaitu 0.05. Dalam analisis ini, kesemua 15 soalan
yang dibina mempunyai nilai kolerasi r yang lebih tinggi dari nilai kolerasi dan mempunyai nilai signifikasi kurang
dari 0.05. Maka, item yang dibina ini mempunyai kesahan yang baik dan sesuai untuk kajian soal selidik.
Analisis Kebolehpercayaan (Reability)

Kebolehpercayaan pula membawa maksud ketepatan sesuatu alat pengukuran dalam mengukur konsep kajian (Nor
Adrina Elani Hashim, 2023). Nilai Cronbach’s Alpha akan digunakan untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan
dalam setiap pembinaan soalan dalam borang soal selidik (Mohd Syaubari Othman, 2019). Menurut artikel ini juga,
terdapat tahap-tahap yang berbeza dalam menentukan soalan yang dibina itu memiliki kebolehpercayaan rendah,
tinggi dan sangat tinggi. Bagi nilai Cronbach Alpha di antara 0.60 hingga 0.80, ia memiliki kebolehpercayaan yang
tinggi dan nilai yang melebihi 0.80 dianggap sangat tinggi dan boleh digunakan (Mohd Syaubari Othman, 2019).
Berdasarkan jadual 3, dibawah menunjukkan analisis kebolehpercayaan soalan yang dibina.

Alat pengukur Cronbach’s Alpha Jumlah bilangan soalan


Soal Selidik Responden 0.866 15
Jadual 3 Tahap Kebolehpercayaan Terhadap Pembinaan Item Pada Borang Soal Selidik

Formula untuk mengesan kebolehpercayaan soalan ialah nilai Cronbach’s Alpha harus lebih tinggi dari nilai 0.6
atau Alpha > 0.6. Dalam analisis ini, nilai alpha yang diperolehi ialah 0.866 yang mana nilainya adalah lebih besar
dari 0.6. Maka, soalan-soalan yang dibina ini memiliki tahap kebolehpercayaan yang sangat tinggi dan boleh
digunakan. Hal ini memberi makna bahawa alat pengukur soal selidik ini memenuhi keperluan kebolehpercayaan
dalam kajian statistik ini.

SOROTAN LITERASI

Sepanjang pemerhatian penulis dan pembacaan dalam kajian-kajian lepas, kajian kepustakaan ini akan dipecahkan
kepada tiga tema iaitu pengkajian elemen selamat, pengkajian elemen seronok dan pengkajian elemen sihat. Tiga
elemen ini dipilih kerana paling dominan dan memberi signifikan yang besar terhadap kajian yang dilakukan.
Perbahasan dimulai dengan kajian tentang elemen selamat dalam konsep pendidikan kesejahteraan.

Kajian-kajian berkenaan elemen selamat amat banyak dilakukan oleh para sarjana dalam negara. Terdapat
beberapa jurnal yang menyentuh secara langsung mengenai elemen selamat iaitu jurnal “Pengurusan Risiko dalam
Pelaksanaan Kokurikulum Murid Sekolah Rendah Daerah Sepang”, penulisan daripada Pirontha Kalaiselvan &
Megat Kamaluddin (2021). Jurnal ini membincangkan mengenai isu keselamatan di kawasan persekitaran sekolah
merupakan perkara yang sangat sensitif kerana keadaan sekolah yang tidak selamat boleh mengakibatkan
kecederaan nyawa, harta benda, serta memberi kesan kepada kualiti pendidikan sesebuah organisasi.

Manakala menurut Marinah dan Rainica (2020) dalam jurnalnya “Keselamatan dan Kesejahteraan Pelajar
Sekolah Menengah di Daerah Kanowit, Sarawak” menerangkan bahawa keselamatan dan kesejahteraan juga
merupakan dua konstruk utama dalam kajian. Hasil kajian menegaskan bahawa terdapat hubungan yang positif
antara konstruk keselamatan dengan kesejahteraan pelajar. Tahap keselamatan sekolah yang tinggi mampu
mempengaruhi rasa sejahtera dalam kalangan pelajar. Kelemahan struktur ruang fizikal sekolah boleh mengundang
kepada berlakunya jenayah.

Rosdiana & Nor-Ina (2021) telah menulis sebuah jurnal dengan tajuk “Persepsi Guru Tentang Kelemahan
Struktur Ruang Fizikal Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya Terhadap Insiden Jenayah dalam Kawasan Sekolah”.
Beliau mendapati persepsi implikasi kelemahan struktur ruang fizikal terhadap insiden jenayah dalam ruang bilik
darjah, bilik guru dan persekitaran sekolah adalah sangat membimbangkan.
Selain itu, pengkajian terhadap elemen seronok dalam pendidikan kesejahteraan secara umum telah banyak
dibuat oleh beberapa sarjana dalam negara. Menurut Farah Osman & Suziyani Mohamed (2023) dalam jurnal
bertajuk “Pelaksanaan Pendekatan Bermain dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Awal” menjelaskan
bahawa kebolehan guru dalam menggunakan pendekatan bermain dapat mewujudkan keadaan pembelajaran yang
menyeronokkan, ceria dan kondusif sekalgus mendorong kepada membantu kanak-kanak dalam membina
pengalaman pembelajaran yang konkrit.

Dapatan kajian oleh penulis Norlela Ahmad & Shamsudin Othman (2020) dalam jurnal “Penggunaan
Kaedah Didik Hibur dalam Pengajaran Kemahiran Membaca Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah” membuktikan
bahawa guru-guru bersetuju kaedah didik hibur dalam kemahiran membaca adalah pembelajaran yang
menyeronokkan. Daripada peratusan tersebut, pendidik mengakui bahawa memahami dan mengaplikasi peranan
mereka sebagai perancang adalah sebanyak (98.9%), pelaksana (93.2%), pembimbing (92.15%) mankala
pendorong emosi murid pula adalah sebanyak (97.7%).

Seterusnya, pengkajian berkenaan elemen sihat dalam pendidikan antaranya adalah kajian yang dibuat oleh
Hazelena Ariffin (2019) dalam jurnalnya “Hubungkait antara Gaya Hidup dengan Prestasi Akademik dalam
Kalangan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor”. Beliau berpendapat bahawa elemen sihat
sangat penting dalam pembentukan modal insan kelas pertama sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam
meningkatkan ilmu pengetahuan, gaya hidup menjadi penyumbang kepada pencapaian akademik dan kesihatan
mental serta fizikal.

Nor Anisa Musa (2022) dalam jurnalnya “Pembentukan Sahsiah Murid Melalui Program Sahsiah Unggul
Murid (SUMUR) di Malaysia”. Beliau menyatakan bahawa jika elemen kesihatan tidak dipandang serius, maka
kesejahteraan dalam pendidikan tidak dapat dicapai dengan baik dan tidak selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Kesedaran tentang kesihatan fizikal adalah perlu kerana fizikal yang sihat dan cergas dapat
mengembangkan bakat dan potensi. Beliau memberi contoh berkenaan Program Sekolah Unggul Murid (SUMUR),
iaitu salah satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2009 dan
memperkenalkan Modul 5C iaitu Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan Murid Ceria.
Matlamatnya adalah adalah untuk mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang mana boleh mempengaruhi
kecemerlangan sahsiah seseorang pelajar.

Semasa sesi Pengajaran dan Pemebelajaran dalam bilik darjah, Pendidikan tidak akan dapat dijalankan jika
ada pelajar yang kurang sihat. Hal ini demikian kerana kesihatan jasmani merupakan salah satu elemen yang
penting dalam mewujudkan keberkesanan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta
merealisasikan Pendidikan yang Sejahtera. Menurut Syahirah Rosli (2022) dalam jurnalnya “Mengintegrasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Membangunkan Modal Insan Bersepadu” menyatakan bahawa aktiviti
yang melibatkan jasmani dapat mengelakkan sebarang tekanan kepada pelajar semasa proses pembelajaran. Oleh
itu, kesihatan fizikal dan mental merupakan faktor penting dalam mencapai pendidikan yang sejahtera.
DAPATAN KAJIAN

Kajian akan membincangkan berkenaan konsep kesejahteraan dalam pendidikan. Konsep ini akan dijadikan
sebagai landasan untuk meneruskan perbincangan selanjutnya. Tanpa pengertian yang jelas, kesukaran akan timbul
apabila terdapat kesukaran yang dihadapi disebabkan oleh luasnya makna kesejahteraan, selamat, seronok, dan
sihat itu sendiri. Bagi tujuan menjelaskan konsep kesejahteraan dalam pendidikan, definisi tersebut perlu dikenal
pasti kemudian konsep elemen 3S akan dibincangkan secara khusus. Seterusnya, bagi tujuan kajian konsep
kesejahteraan dalam pendidikan pula perbincangan akan merangkumi penerapan nilai SEJAHTERA melalui
elemen 3S di dalam sekolah.

Konsep Kesejahteraan dalam Pendidikan

World Health Organisation mentakrifkan kesejahteraan adalah keadaan fizikal dan mental yang sempurna serta
kesejahteraan sosial yang tidak mempunyai sebarang penyakit atau keuzuran. Kesejahteraan juga merujuk kepada
satu konsep yang memberi tumpuan kepada mewujudkan gaya hidup yang sempurna dan seimbang iaitu
merangkumi aspek fizikal, mental dan spriritual (Marinah & Norhazwani, 2023).

Dalam konteks pendidikan guru merupakan individu yang berperanan penting dalam memastikan
kesejahteraan sekolah. Antara aspek yang dikategorikan sebagai sejahtera adalah infrastruktur dan kualiti peralatan
dalam bilik darjah yang baik. Terdapat lima dimensi kesejahteraan iaitu kesejahteraan kognitif berasaskan
(pemikiran & pengetahuan), kesejahteraan psikologi iaitu menekankan emosi dan dalaman murid melalui hubungan
interaksi yang baik bersama rakan, guru dan keluarga khususnya ibu bapa. Hubungan dan komunikasi dua hala
yang positif juga merupakan antara salah satu dimensi kesejahteraan sosial di mana wujud perbincangan dan
rundingan sekiranya ada berlaku konflik dan kelemahan.

Manakala Kesejahteraan fizikal dan kebendaan melibatkan perkara dan material. Antara perkara yang
berkaitan dengan kesejahteraan fizikal adalah kesihatan murid. Guru dan ibu bapa perlu memastikan persekitaran
sekolah dan rumah selesa serta menjamin kualiti kesihatan murid. Dalam aspek kebendaan pula, lebih banyak
bergantung kepada komitmen ibu bapa dan guru terhadap murid. Mereks perlu menyediakan keperluan
pembelajaran yang optimum bagi memastikan murid mampu mengikuti sistem pembelajaran (Nor Shela Saleh, et
al., 2022).

Elemen Selamat, Seronok & Sihat (3S)

Keselamatan dalam konteks sekolah meliputi aspek keselamatan bangunan, peralatan dan kemudahan sekolah iaitu
terhindar daripada kemalangan yang disebabkan oleh kerosakan bangunan dan prasarana, Kesejehteraan sekolah
juga merangkumi aspek keselamatan yang memastikan murid tidak mendapat kemudaratan dan kecederaan fizikal
(Marinah & Norhazwani, 2017). Manakala aspek keseronokan dan kesihatan dalam konteks pembelajaran meliputi
aspek kegiatan kokurikulum. Kegiatan kokurikulum yang dibangunkan adalah sebahagian proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Oleh itu, kesihatan yang baik dan otak yang cerdas di kalangan murid-murid di dapat
menyihatkan badan kerana aktiviti yang bersifat fizikal akan meningkatkan daya tahan yang tinggi. Kebanyakan
pelajar di sekolah lebih suka menyertai kegiatan sukan atau permainan kerana mereka lebih cenderung untuk
melakukan aktiviti yang menyeronokkan.
Persepsi Pelajar Terhadap Tahap Kesejahteraan Sekolah Berdasarkan Elemen 3S

Kajian akan membincangkan tahap kesejahteraan pelajar di sekolah melalui hasil dapatan kajian daripada borang
soal selidik.

Analisis Deksriptif

Menurut kamus dewan edisi keempat, deksriptif membawa maksud penjelasan. Pada pandangan statistik, kajian
deskriptif ialah proses mengumpulkan, menggabungkan dan menyediakan data sebagai pengiraan hasil dari
maklum balas yang didapati dari lembaran kajian soal selidik (Haizvanie Muhamed Ganasan, 2021). Jadi, dalam
analisis ini terdapat data yang dianalisa berdasarkan pembolehubah hasil dari jumlah skor oleh sampel responden.
Dalam kajian ini juga melibatkan pengiraan min dan sisihan piawai. Jadual 1 dibawah menunjukkan skor min dan
sisihan piawai bagi analisis deskriptif untuk ketiga-tiga pembolehubah yang digunakan dalam kajian ini iaitu
Elemen Selamat, Elemen Seronok dan Elemen Sihat.

Pembolehubah Min Sisihan Piawai Tahap


Elemen Selamat 4.462 0.445 Tinggi
Elemen Seronok 4.528 0.393 Tinggi
Elemen Sihat 4.563 0.418 Tinggi
Jadual 1 Keputusan Min & Sisihan Piawai untuk Jumlah Skor Bagi Pembolehubah

Dalam artikel yang ditulis oleh (Latifah Abdul Latiff, 2021), beliau ada menggunakan jadual tentang interpretasi
tahap skor min bermula dengan skala 1.00 sehingga 5.00 yang mana mempunyai tahap yang berbeza iaitu rendah,
sederhana dan tinggi. Jika skor min berada di antara 1.00 hingga 2.33 maka ia berada di tahap yang “rendah”. Skor
min 2.34 hingga 3.66 merupakan kategori tahap yang “sederhana” dan skor min 3.66 hingga 5.00 merupakan tahap
yang “tinggi”.

Dalam kajian ini, skor min yang dinyatakan pada jadual 1 iaitu Elemen Selamat memperolehi nilai min
sebanyak 4.462. Elemen Seronok pula memperoleh nilai min sebanyak 4.528 dan Elemen Sihat mendapat skor min
sebanyak 4.563. Dalam kenyataan data ini, dapat disimpulkan bahawa Elemen Sihat mendapat paling banyak
maklum balas yang positif. Hal ini bermakna persepsi pelajar terhadap Elemen Sihat ini sangat memuaskan.
Seterusnya nilai skor min untuk Elemen Selamat merupakan paling rendah iaitu 4.462. Hal ini dapat dijelaskan ada
faktor seperti kekurangan kelengkapan prasarana dan tahap keselamatan di sekolah. Faktor ini juga merupakan
perkara yang boleh diperbaiki dan ditambahbaik dalam usaha mencapai kesejahteraan dalam pendidikan. Graf Graf
dibawah menunjukkan skor min tentang persepsi pelajar terhadap elemen 3S ini.

Konklusinya, tahap skor min untuk kesemua elemen dalam kajian ini berada di tahap yang tinggi. Jadi,
hasil intepretasi ini selari dengan objektif kajian iaitu ketiga-tiga elemen ini menyumbang kepada kesejahteraan
dalam pendidikan.
Analisis Frekuensi

Nilai frekuensi dan peratusan pelajar untuk setiap soalan mengikut skala diringkaskan dalam jadual dibawah.

No. Elemen Selamat Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat Min Sisihan
Tidak Setuju Pasti (%) Setuju Piawai
Setuju (%) (%) (%)
1 Keadaan fizikal sekolah adalah
dalam keadaan yang selamat. 0 1 3 24 59
4.62 0.615
(0) (1.1) (3.4) (27.6%) (67.8)

2 Saya berasa selamat semasa


berada di dalam bilik darjah. 0 1 10 30 46
4.39 0.737
(0) (1.1) (11.5) (34.5) (52.9)

3 Saya berasa selamat melakukan


aktiviti di kawasan persekitaran
sekolah (padang sekolah, 0 0 4 27 56
4.60 0.580
(0) (0) (4.6) (31.0) (64.4)
gelanggang permainan, kawasan
pagar, sistem perparitan).
4 Saya berasa selamat melakukan
aktiviti di makmal sekolah 0 0 1 25 61
4.69 0.490
(makmal sains, bengkel (0) (0) (1.1) (28.7) (70.1)
kemahiran hidup)
5 Saya berasa selamat
menggunakan tandas yang 0 2 15 50 20
4.01 0.707
(0) (2.3) (17.2) (57.5) (23.0)
disediakan di sekolah.
Jadual 2 Skor Frekuensi Dan Nilai Peratusan bagi Elemen Selamat

Jadual di atas merupakan skor frekuensi dan nilai peratusan bagi elemen selamat dalam kalangan pelajar sekolah
di SMK Dato’ Onn. Seramai 59 pelajar iaitu 67.8% sangat bersetuju bahawa keadaan fizikal sekolah berada dalam
keadaan yang selamat. Seterusnya 46 pelajar (52.9%) sangat setuju bahawa mereka berasa selamat semasa berada
didalam bilik darjah. Selain itu, bilangan pelajar yang sangat bersetuju bahawa mereka berasa selamat melakukan
aktiviti di kawasan persekitaran sekolah adalah sebanyak 56 pelajar (64.4%). 61 pelajar atau 70.1% berasa selamat
melakukan aktiviti di makmal sekolah seperti makmal sains dan bengkel kemahiran hidup. Daripada 87 pelajar
hanya 20 pelajar (23.0%) sahaja sangat bersetuju tentang keselamatan penggunaan tandas disekolah.

No. Elemen Seronok Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat Min Sisihan
Tidak Setuju Pasti (%) Setuju Piawai
Setuju (%) (%) (%)
1 Saya seronok jika dapat
0 0 3 35 49 0.567
melakukan aktiviti yang 4.53
(0) (0) (3.4) (40.2) (56.3)
dianjurkan oleh pihak sekolah.
2 Saya seronok di sekolah kerana
0 0 4 33 50
guru mengajar dalam keadaan 4.53 0.587
(0) (0) (4.6) (37.9) (57.5)
ceria dan semangat.
3 Saya seronok dapat memahami
0 0 5 24 58
dengan baik sesuatu tajuk yang 4.61 0.598
(0) (0) (5.7) (27.6) (66.7)
diajar oleh guru.
4 Saya seronok ke sekolah
kerana guru sangat baik dan 0 1 1 39 46
4.49 0.588
selalu memberi motivasi di (0) (1.1) (1.1) (44.8) (52.9)
dalam kelas.
5 Aktiviti pembelajaran di
dalam kelas memberi 0 1 1 40 45
4.48 0.588
keseronokan kepada (0) (1.1) (1.1) (46.0) (51.7)
saya.
Jadual 3 Skor Frekuensi & Nilai Peratusan bagi Elemen Seronok

Data pada jadual 3 ini menyatakan seramai 49 orang (56.3%) pelajar sangat setuju bahawa mereka seronok jika
dapat melakukan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Selain tu, 50 pelajar (57.5%) sangat bersetuju yang
mana mereka berasa seronok di sekolah kerana guru mengajar dalam keadaan ceria dan semangat. Pelajar juga
sangat setuju tentang kepuasan hati dan perasaan seronok itu jika dapat memahami dengan baik sesuatu tajuk yang
diajar oleh guru mereka iaitu seramai 58 pelajar (66.7%). Seterusnya, seramai 46 pelajar (52.9%) sangat setuju
bahawa mereka seronok pergi ke sekolah kerana guru mereka sangat baik dan selalu memberi motivasi ketika
berada di dalam kelas. Akhir sekali, seramai 45 pelajar (51.7%) menyatakan sangat setuju bahawa aktiviti
pembelajaran di dalam kelas memberi keseronokan kepada mereka.

No. Elemen Seronok Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat Min Sisihan
Tidak Setuju Pasti (%) Setuju Piawai
Setuju (%) (%) (%)
1 Saya berada dalam keadaan sihat
0 1 11 32 43
sepanjang proses menimba ilmu di 4.34 0.744
(0) (1.1) (12.6) (36.8) (49.4)
sekolah.
2 Saya berasa sihat untuk melakukan 0 1 6 28 52
4.51 0.680
aktiviti yang dianjurkan di sekolah. (0) (1.1) (6.9) (32.2) (59.8)
3 Potensi dan bakat saya dapat
0 5 32 50
diserlahkan jika saya berada dalam 0 4.52 0.607
(0) (5.7) (36.8) (57.5)
keadaan sihat. (0)
4 Kefahaman dalam pembelajaran 0 0 2 19 66
4.74 0.493
datang dari tubuh badan yang sihat. (0) (0) (2.3) (21.8) (75.9)
5 Amalan penjagaan kesihatan
yang baik dapat melahirkan 0 0 3 19 65
4.71 0.526
pelajar yang baik dari segi (0) (0) (3.4) (21.8) (74.7)
akademik dan sahsiah diri.
Jadual 4 menunjukkan skor frekuensi dan nilai peratusan bagi elemen sihat

Berpandukan kepada jadual 4, dapat dinyatakan seramai 43 pelajar (49.4%) sangat setuju bahawa mereka berada
dalam keadaan sihat sepanjang proses menimba ilmu disekolah. Selain itu, seramai 52 pelajar (59.8%) sangat
bersetuju bahawa mereka berasa sihat untuk melakukan aktiviti yang dianjurkan disekolah. Sejumlah 50 pelajar
(57.5%) sangat setuju dengan pernyataan bahawa potensi dan bakat dapat diserlahkan jika berada dalam keadaan
sihat. Seterusnya, 66 pelajar (75.9%) sangat bersetuju bahawa kefahaman dalam pembelajaran datang dari tubuh
badan yang sihat. Akhir sekali, seramai 65 pelajar (74.7%) sangat setuju bahawa amalan penjagaan kesihatan yang
baik dapat melahirkan pelajar yang baik dari segi akademik dan sahsiah diri.

Peratusan Mengikut Skala Persepsi Pelajar Terhadap Elemen 3S


70
63.45

60 55.6357.01

50

39.31
Peratus (%)

40 35.86
29.89
30 Selamat
Seronok
20
Sihat

10 7.57 6.21
3.22
0 0 0 0.92 0.46 0.46
0
Sangat Tidak setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

Tahap Kebersetujuan

Graf diatas menunjukkan peratusan mengikut skala 1-5. Ketiga-tiga elemen yang dinyatakan mendapat respon atau
maklum balas yang positif. Hal ini dapat dilihat pada skala soal selidik “Setuju” dan “Sangat Setuju” mendapat
skor peratusan yang tinggi iaitu julat 30% hingga 60%. Skor kepada pernyataan soalan dalam Elemen Sihat pada
skala “Sangat Setuju” mendapat peratusan yang paling tinggi iaitu 63.45%. Melalui analisis kesahan pada
metodologi kajian juga mendapati kesemua 15 soalan yang dibina mempunyai kesahan yang baik dan sesuai untuk
kajian soal selidik. Selain itu, pada analisis kebolehpercayaan pula yang mana nilai Cronbach’s Alpha ialah
sebanyak 0.866 juga berada dalam kategori indeks kebolehpercayaan yang tinggi.

Ketiga-tiga Elemen 3S ini sebagai suatu yang penting untuk mencapai kesejahteraan. Keselamatan di
sekolah amat penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan baik tanpa sebarang
kebimbangan. Selain itu, sekolah juga boleh dijadikan tempat untuk keseronokan itu bermula, seronok bersama
guru-guru dan rakan-rakan tanpa ada pergaduhan. Seterusnya, kesihatan tidak hanya tertumpu kepada jasmani
semata-mata, mental dan emosi turut diambil kira dalam usaha untuk mencapai kesejahteraan khususnya dalam
pendidikan.

Melalui dapatan kajian ini, persepsi pelajar terhadap Elemen 3S memberi suatu gambaran tentang tahap
kesejahteraan dalam pendidikan. Hal ini kerana elemen ini mampu menjadi salah faktor untuk pendidikan di
Malaysia mencapai tahap yang membanggakan serta mampu melahirkan insan kelas pertama, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan merupakan tapak yang perlu dikekalkan kerana ia ibarat jalan yang membawa negara untuk
memajukan sistem pendidikan.

Impak yang positif sudah tentu dapat memberi suatu gambaran kejayaan bukan sahaja kepada sekolah
bahkan semua pihak seperti ibu bapa khususnya. Banyak program yang bersesuaian dengan visi dan misi
pendidikan negara seperti 1 Murid 1 Sukan, Sekolahku Sejahtera dan Program Artis di Sekolah Cendana (AISC)
merupakan salah satu cara untuk melahirkan pelajar yang bersifat holistik dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran
yang diajar di sekolah.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Ketiga-tiga Elemen 3S ini sebagai suatu yang penting untuk mencapai kesejahteraan. Keselamatan
di sekolah amat penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan baik tanpa sebarang
kebimbangan. Selain itu, sekolah juga boleh dijadikan tempat untuk keseronokan itu bermula, seronok bersama
guru-guru dan rakan-rakan tanpa ada pergaduhan. Seterusnya, kesihatan tidak hanya tertumpu kepada jasmani
semata-mata, mental dan emosi turut diambil kira dalam usaha untuk mencapai kesejahteraan khususnya dalam
pendidikan.

Melalui dapatan kajian ini, persepsi pelajar terhadap Elemen 3S memberi suatu gambaran tentang tahap
kesejahteraan dalam pendidikan. Hal ini kerana elemen ini mampu menjadi salah faktor untuk pendidikan di
Malaysia mencapai tahap yang membanggakan serta mampu melahirkan insan kelas pertama, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan merupakan tapak yang perlu dikekalkan kerana ia ibarat jalan yang membawa negara untuk
memajukan sistem pendidikan.

Impak yang positif sudah tentu dapat memberi suatu gambaran kejayaan bukan sahaja kepada sekolah
bahkan semua pihak seperti ibu bapa khususnya. Banyak program yang bersesuaian dengan visi dan misi
pendidikan negara seperti 1 Murid 1 Sukan, Sekolahku Sejahtera dan Program Artis di Sekolah Cendana (AISC)
merupakan salah satu cara untuk melahirkan pelajar yang bersifat holistik dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran
yang diajar di sekolah.

Justeru, ketiga-tiga elemen ini menyumbang kepada kesejahteraan dalam pendidikan. Pendidikan yang
sejahtera dapat melahirkan modal insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
seperti yang tertulis dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ibarat kata pepatah dayung sudah ditangan, sampan
sudah di air, segala perkara sudah tersedia hanya tinggal tekad dan keinginan agar kesejahteraan dalam pendidikan
dapat dicapai dengan baik.
RUJUKAN

Farah Najwa Osman, Suziyani Mohamed. 2023. Pelaksanaan Pendekatan Bermain dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(3), 2504-
8562.

Haizvanie Muhamed Ganasan, N. A. 2021. Kesihatan Mental dan Motivasi Pelajar Semasa Pembelajaran Dalam
Talian Sepanjang Pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 25-
40.

Hazelena Dewi Fatahul Ariffin, M. A. 2019. hubungkait antara Gaya Hidup dengan Prestasi Akademik dalam
Kalangan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Journal of Management &
Muamalah, 17-26.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2022. Surat Siaran Kementarian Pendidikan Malaysia Bilangan 4 Tahun
2022, Pelaksanaan Konsep Sekolahku Sejahtera di Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia. Putrajaya: Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2022. Tema Hari Guru Tahun 2022: Guru Tunjang Sekolah Sejahtera.
Latifah Abdul Latiff, R. A. 2021. Tahap Kecenderungan Minat Pelajar USIM Terhadap Kursus TITA. International
Journal of Islamic and Civilizational Studies, 123-131.

Marina Awang, Mohd Ezrizal Zakaria & Ramlee Ismail. 2018. Hubungan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah dan
Kesejahteraan dan Keselesaan Pembelajaran dan Pengajaran. Management Research Journal, 8(1), 86-89.

Marinah Awang & Rainica Charles Singka. 2020. Keselamatan dan Kesejahteraan Murid Sekolah Menengah di
Daerah Kanowit, Sarawak. Management Research Journal, 9 (Special Issue), 25-35.

Marinah Awanga & Norhazwani Suyanto. 2017. Pendekatan Keselamatan dan Kesejahteraan Pelajar untuk
Sekolah-Sekolah di Malaysia. Management Research Journal, 7(1), 139-175.

Mohd Syaubari Othman, A. Y. 2019. Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Amalan Pengajaran Guru
Pendidikan Islam Sekolah Rendah di dalam Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Menerusi Pengajaran Akidah. The Online Journal of Islamic Education, 15-26.

Nor Adrina Elani Hashim, S. S. 2023. Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran dalam Talian Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah. BITARA International Journal of
Civilizational Studies and Human Sciences, 124-140.

Nor Anisa Musa, N. A. 2022. Pembentukan Sahsiah Murid Melalui Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) di
Malaysia. Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, 109-134.

Nor Shela Saleh, Khairunesa Isa, Muhaymin Hakim Abdullah, Sarala @ Thulasi Palpanadan & Hazila Kadir @
Sahar. 2022. Pembangunan dan Kebolehpercayaan Item Kesejahteraan Sekolah Rendah dalam Kalangan
Murid, Guru dan Ibu Bapa. Jurnal Psikologi Malaysia, 36 (1), 13-28.

Nor Shela Saleh, Khairunesa Isa, Muhaymin Hakim Abdullah, Sarala @ Thulasi Palpanadan & Hazila Kadir @
Sahar. 2022. Pembangunan Kebolehpercayaan Item Kesejahteraan Sekolah Rendah Dalam Kalangan Murid,
Guru dan Ibu Bapa. Jurnal Psikologi Malaysia, 36(1):13-28, ISSN-2289-8174.

Norlela Ahmad & Shamsudin Othman. 2020. Penggunaan Kaedah Didik Hibur dalam Pengajaran Kemahiran
Membaca Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah. International Journal of Education and Training (InjET)
6(2), 1-11.

Pirontha, K., & Megat Ahmad Kamaluddin, M. D. 2021. Pengurusan Risiko dalam Pelaksanaan Kokurikulum
Murid Sekolah Rendah Daerah Sepang. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 8(1), 1-19.

Rosdiana, B., & Nor-Ina, K. 2021. Persepsi Guru Tentang Kelemahan Struktur Ruang Fizikal Sekolah
Kebangsaan Pulau Gaya Terhadap Insiden Jenayah dalam Kawasan Sekolah. Jurnal Kinabalu, 27(1),
119-131.

Rosidi Fahlid MD. Isa. 2022. Faktor yang mempengaruhi amalan, pelaksanaan, pematuhan dan budaya
keselamatan & kesihatan pekerjaan bidang teknologi di institut pendidikan teknikal dan vokasional di
Malaysia, Tesis Fakulti Teknikal Dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sire Etum, Al Amin Mydin & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. 2021. Hubungan Pengurusan Disiplin Sekolah dan
Kualiti Kehidupan Murid di Semanjung Utara Malaysia. Malaysian Journal of Society Sciences and
Humanities, 6(8), 173-182.

Syahirah Rosli, S. F. 2022. Mengintegrasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Membangunkan Modal
Insan Bersepadu. Asian Scholar Network, 93-94.

You might also like