You are on page 1of 1

Kesejahteraan sekolah juga merangkumi aspek keselamatan (Kamaruddin, 2020).

Selamat merupakan
elemen pertama daripada 14 elemen yang terkandung dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA. Menurut
Kementerian Pendidikan Malaysia (2022), elemen selamat ini berfokus kepada persekiran institusi pendidikan
yang aman dan tenteram serta terpeliharaan daripada ancaman dan bahaya. Pada masa kini, isu keselamatan di
kawasan persekitaran sekolah merupakan perkara yang sangat sensitif kerana keadaan sekolah yang tidak selamat
boleh mengakibatkan kecederaan nyawa, harta benda, serta memberi kesan kepada kualiti pendidikan sesebuah
organisasi (Pirontha & Megat, 2021). Nor Shela et al. (2022) juga mengambil keadaan persekitaran sekolah
sebagai salah satu elemen dalam pembinaan instrumen kajian mereka yang berkaiatan kesejahteraan sekolah.
Keselamatan dan kesejahteraan juga merupakan dua konstruk utama dalam kajian oleh Marinah dan Rainica
(2020). Hasil kajian menegaskan bahawa terdapat hubungan yang positif antara konstruk keselamatan dengan
kesejahteraan pelajar. Tahap keselamatan sekolah yang tinggi mampu mempengaruhi rasa sejahtera dalam
kalangan pelajar. Kelemahan struktur ruang fizikal sekolah boleh mengundang kepada berlakunya jenayah.
Kajian oleh Rosdiana & Nor-Ina (2021) di Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya mendapati persepsi implikasi
kelemahan struktur ruang fizikal terhadap insiden jenayah dalam ruang bilik darjah, bilik guru dan persekitaran
sekolah adalah sangat membimbangkan.

Kamaruddin, I. (2020). Kesejahteraan Pelajar dan Pencapaian Akademik dalam Kalangan Pelajar Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 18(2), 105-115.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2022). Surat Siaran Kementarian Pendidikan Malaysia Bilangan 4 Tahun
2022, Pelaksanaan Konsep Sekolahku Sejahtera di Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia. Putrajaya: Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Marina, A., & Rainica, C. S. (2020). Keselamatan dan Kesejahteraan Pelajar Sekolah Menengah di Daerah
Kanowit, Sarawak. Management Research Journal, 9, 25-35.

Nor Shela, S., Khairunesa, I., Muhaymin Hakim, A., Sarala, P., & Hazila, K. (2022). Pembangunan dan
Kebolehpercayaan Item Kesejahteraan Sekolah Rendah dalam Kalangan Murid, Guru dan Ibu Bapa.
Jurnal Psikologi Malaysia, 36(1), 13-28.

Pirontha, K., & Megat Ahmad Kamaluddin, M. D. (2021). Pengurusan Risiko dalam Pelaksanaan Kokurikulum
Murid Sekolah Rendah Daerah Sepang. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 8(1), 1-19.

Rosdiana, B., & Nor-Ina, K. (2021). Persepsi Guru Tentang Kelemahan Struktur Ruang Fizikal Sekolah
Kebangsaan Pulau Gaya Terhadap Insiden Jenayah dalam Kawasan Sekolah. Jurnal Kinabalu, 27(1),
119-131.

You might also like