You are on page 1of 4

KERTAS KERJA MESYUARAT PENUH

MAJLIS DAERAH MARAN


BIL 9 TAHUN 2023

TARIKH : 27 DISEMBER 2023 (RABU)


MASA : 9.30 pg
TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA,
MAJLIS DAERAH MARAN

Kerta Kerja MDM : Bil. 1/9/2023

PEMAKLUMAN HASIL KUTIPAN, PERBELANJAAN DAN SASARAN UNIT


TEMPAT LETAK KERETA MAJLIS DAERAH MARAN BAGI TAHUN 2022 DAN
2023 DAN CADANGAN MEKANISMA PENINGKATAN HASIL

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini disediakan sebagai pemakluman hasil kutipan,


perbelanjaan dan sasaran unit tempat letak kereta Majlis Daerah Maran
bagi tahun 2022 dan 2023 dan cadangan mekanisma peningkatan hasil.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Unit Tempat Kereta Majlis Daerah Maran (MDM) mula menjalankan
operasi mulai Septemebr 2021. Tahun 2021 merupakan tempoh
pendidikan kepada orang awam dengan kaedah memberi nasihat serta
teguran bagi penguatkuasaan kupon tempat letak kenderaan serta
keperluannya untuk dipamerkan pada kenderaan masing – masing.

2.2 Bagi tempoh 2021 sehingga 2023, kadar caj parking yang
dikuatkuasakan adalah pada kadar RM 0.40/jam. Kawasan – kawasan
yang dikuatkuasakan penggunaan kupon tempat letak kenderaan
adalah di Bandar Maran dan Bandar Tun Abdul Razak Jengka dengan
jumlah tempat parkir masing - masing ialah 1,274 petak dan 3,359 parkir.

2.3 Pelaksanan penggunaan kupon letak kereta adalah berdasarkan


Perintah Pengangkutan Jalan (peruntukan mengenai tempat letak
kereta Majlis Daerah Maran 2020) seperti berikut:-

1
i. 4 – meletak kenderaan bukan di petak yang disediakan / ditanda
ii. 8 – Gagal membayar caj tempat letak kereta
iii. 30 (a) – Gagal mempamerkan kupon letak kereta yang sah
iv. 30 (b) – Mempamerkan kupon telah tamat tempoh
v. 30 (c) – Mempamerkan kupon yang gagal dikenalpasti
kesahihannya
vi. 46 – membaiki/membenarkan kerja membaiki kenderaan di atas
petak letak kereta tanpa permit

2.4 Unit Tempat Letak Kenderaan (UTLK) MDM mempunyai kekuatan 12


pegawai dan anggota penguatkuasa dengan masing – masing
diperuntukkan 5 anggota di Bandar Maran dan Bandar Tun Abdul Razak
Jengka bagi kerja – kerja pemantauan dan penguatkuasaan. Terdapat
2 kakitangan berjawatan tetap, 1 kakitangan contrat of service, dan 9
kakitangan contract for service.

3.0 KUTIPAN HASIL, PERBELANJAAN OPERASI DAN SASARAN BAJET


UTLK

3.1 Ringkasan kutipan hasil, perbelanjaan operasi dan sasaran bajet


mengikut tahun adalah seperti berikut:
2023
2022
Bil. Perkara (Jan –
(Jan – Disember)
November)
1. Kutipan Hasil* RM 442,358.70 RM 316,790.90
2. Perbelanjaan Operasi** RM 311,491.68 RM 311,491.68
3. Kutipan Hasil Bersih RM 130,867.02 RM 5,299.22
4. Sasaran Bajet RM 400,000.00 RM 470,000.00
Peratus Pencapaian Kutipan
5. 110% 67.4%
Hasil berbanding Sasaran
Nota:
* kutipan hasil merangkumi jualan kupon jam, kupon harian, pas bulanan, petak
bermusim, kompaun, dan bayaran melalui PahangGo.
** perbelanjaan meliputi gaji/upah, sewaan handheld, pembelian stok kupon parkir, elaun
perjalanan, elaun lebih masa, insentif kewangan, dan elaun gantian pemandu.

(perincian bagi kutipan hasil bagi tahun 2022 & 2023 di Lampiran 1 dan
perincian perbelanjaan operasi UTLK MDM adalah seperti di Lampiran 2)

2
3.2 Bagi tahun 2023, jumlah kutipan adalah RM 316,790.90 berkurang
sebanyak RM 125,567.80 berbanding tahun 2022 yang mencatatkan
kutipan hasil RM 442,358.70. Hal ini kerana berlaku trend penurunan
bagi pembelian kupon jam, kupon harian, pas bulanan, petak bermusim,
dan pembayaran melalui sistem PahangGo. Trend penurunan terbesar
direkodkan pada pembelian kupon jam parkir di Bandar Jengka dengan
penurunan sebanyak RM 49,178,50 dengan tahun 2022 mencatatkan
jualan kupon harian berjumlah RM 75,131.00 dan hanya RM 25,952.50
bagi tahun 2023.

3.3 Walaubagaimanapun, jumlah kutipan kompaun menunjukkan


peningkatan dengan hanya RM 52,134.00 pada tahun 2022 dan RM
55,301.00 bagi tahun 2023 iaitu peningkatan sebanyak RM 3,167.00.

4.0 CADANGAN PENINGKATAN HASIL UTLK MDM TAHUN 2024

4.1 Bagi tahun 2024, pihak UTLK MDM menyasarkan kutipan hasil
sebanyak RM 430,000.00.

4.2 Bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan, pihak UTLK MDM telah
mengariskan 3 mekanisma utama yang akan dilaksanakan iaitu:

i. Peningkatan kadar parkir daripada RM 0.40/jam kepada RM


0.50/jam.

ii. Peningkatan kadar kompaun seperti berikut:

Kadar Dalam Tempoh Selepas 14 Selepas 30


Kompaun 14 hari hari hari

2023 RM 10 RM 20 RM 30

2024 RM 10 RM 30 RM 50

iii. Penyediaan kertas siasatam dan pelaksaan pendakwaan ke


mahkamah bagi pesalah kompaun berulang untuk memberi

3
kesedaran kepada orang awam kepentingan menjelaskan
kompaun yang telah diterima dan keperluan mempamerkan kupon
parkir pada kenderaan masing – masing.

5.0 IMPLIKASI KEWANGAN

5.1 Tiada implikasi kewangan yang diunjurkan kerana pelaksanaan


mekanisma ini adalah menggunakan sumber–sumber Majlis Daerah
Maran sedia ada.

6.0 SYOR

6.1 Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Maran yang bersidang pada hari ini
dimohon untuk memberikan pandangan dan menerima maklum Hasil
Kutipan, Perbelanjaan Dan Sasaran Unit Tempat Letak Kereta
Majlis Daerah Maran Bagi Tahun 2022 Dan 2023 Dan Cadangan
Mekanisma Peningkatan Hasil

7.0 PENUTUP

7.1 Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Maran yang bersidang pada hari ini
dimohon untuk memberikan keputusan berkenaan syor seperti di para
6.0

You might also like