You are on page 1of 6

MUKA DEPAN TUGASAN

DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD PROGRAM (DECE)


Sila sertakan Muka Depan pada setiap tugasan untuk diserahkan kepada pensyarah.
Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan lengkap dan betul dan membubuh
tandatangan di ruang yang disediakan di bawah.

Anda diingatkan untuk membuat salinan setiap tugasan yang telah anda hasilkan.

NAMA SUBJEK: ECD1533 BIMBINGAN DAN PENGASUHAN AKK

KOD SUBJEK: E C D 1 5 3 3

TAJUK TUGASAN: TUGASAN 1

DIHASILKAN OLEH
NAMA PELAJAR: NOMBOR MATRIK:

1 NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI S C 2 2 0 3 1 0 0 9

SIR MOHAMAD ISMADI


UNTUK PERHATIAN (NAMA PENSYARAH):

TARIKH SERAHAN: 1 0 / 0 8 / 2 0 2 3

AKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan ini dihasilkan oleh saya sendiri dan tidak melibatkan
ciplakan atau peniruan.

……………………………………
(NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI)

PENGENALAN
Taska merupakan singkatan daripada “Taman Asuhan Kanak-Kanak”. Mengikut Akta
Taman Asuhan Kanak- Kanak 1984 seksyen 2 mentakrifkan Pengurusan Taska sebagai mana-
mana premis yang menerima masuk 4 orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur 4 tahun,
lebih dari satu isi rumah untuk dijaga dengan upah. Manakala di bawah Seksyen 5 akta yang
sama membahagikan taska kepada 2 kategori iaitu Taska di rumah yang menerima kurang
dari 10 orang kanak-kanak dan Taska di institusi pula menerima lebih dari 10 orang kanak-
kanak di bawah jagaan mereka.

Dasar asuhan dan didikan awal kanak kanak kebangsaan ialah dasar yang
komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak kanak dari
lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak kanak
berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada dasar
pendidikan kebangsaan yang sedia ada. Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak
Permata ialah merupakan satu program yang menekankan program pembelajaran yang
holistik dan berbeza dari corak pembelajaran yang sedia ada. Maklamat bagi program
Permata adalah untuk menyediakan program asuhan dan didikan awal yang bersepadu untuk
kanak-kanak yang berumur 0 hingga 4 tahun. Kurikulum ini juga menyediakan peluang
kepada kanak-kanak untuk mendapat pengalaman pembelajaran awal yang berkualiti, untuk
melahirkan modal insan negara yg mempunyai sahsiah mulia, kerohanian yang mantap,
kecerdasan intelek yang tinggi, menghargai kepelbagaian budaya, patriotik serta
mengamalkan gaya hidup sihat.

Disamping itu, objektif yang terkandung dalam program Permata ini ialah membina
kemahiran bersosial, interpersonal dan intrapersonal yang baik untuk membolehkan kanak-
kanak bergaul dalam masyarakat yang pelbagai budaya. Contohnya, kanak-kanak dapat
mengenali budaya yang berbeza dari rakan-rakan mereka. Selain itu, membimbing kanak-
kanak menguasai kemahiran awal berbahasa, berkomunikasi dan literasi dalam bahasa
Melayu, bahasa ibunda dan bahasa Inggeris. Seterusnya, mendidik kanak-kanak
mengamalkan pemakanan sihat, kebersihan, keselamatan diri dan gaya hidup sihat. Oleh itu,
membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor kasar dan motor halus serta
perkembangan fizikal. Contohnya, dengan aktiviti mewarna, menulis, bersukan dan lain-lain.

ASUHAN DAN BIMBINGAN


Definisi penjagaan adalah hasil perbuatan yang berkait dengan peranan menjaga yang
membimbing perkembangan kognitif kanak-kanak. Manakala asuhan bermaksud mendidik,
peliharaan, penjagaan, tunjuk ajar dan bimbingan. Seseorang pengasuh dan pendidik perlulah
berkualiti dalam mengasuh serta membimbing kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu yang
baru. Sebagai pengasuh dan pendidik yang berkualiti, mereka hendaklah mempunyai ilmu
pengetahuan dan kemahiran dalam mengasuh dan membimbing. Mereka juga perlu
memastikan ruang pembelajaran yang selamat, selesa dan kondusif untuk kanak-kanak.
Seterusnya, sentiasa menggunakan pendekatan berdasarkan kurikulum yang dilaksanakan
oleh kementerian serta memperbanyakkan penglibatan ibu bapa dalam semua program dan
aktiviti.

Selain itu, antara perkara penjagaan dan pengasuhan yang berkualiti ialah memastikan
perwujudan dan pelaksanaan sistem pemantauan dan penilaian keberkesanan program asuhan
dan didikan awal kanak kanak dan menggalakkan kanak kanak di bawah 4 tahun mendapat
asuhan dan didikan yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai
mengikut kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam
persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan. Kepentingan dari perkara penjagaan
dan pengasuhan yang berkualiti tersebut adalah dapat melahirkan kanak-kanak yang
pembentukkan modal insan berkualiti dan mencegah masalah sosial. Seterusnya,
meningkatkan sikap berdaya saing bermula dari usia kecil sehingga dewasa. Selain itu, dapat
meningkatkan peranan semua pihak serta memastikan potensi intelek, rohani, sosioemosi,
bahasa dan komunikasi, estetika dan kreativiti serta jasmani mereka dapat dikenal pasti dan
diperkembangkan hingga ke tahap optimum.

Amalan asuhan dan bimbingan merupakan perbuatan yang dilakukan secara


berterusan dan kerap sehingga akhirnya menjadi kebiasaan. Pendidik bertanggungjawab
melaksanakan amalan asuhan yang dapat memberi kesan positif kepada kanak-kanak. Antara,
amalan asuhan dan bimbingan yang baik semasa kanak-kanak tiba di Taska ialah pengasuh
atau pendidik digalakkan memberi salam dan mengucapkan selamat datang dengan senyuman
serta penuh kemesraan. Dengan itu, kanak-kanak akan merasa gembira dan ceria sebelum
memulakan sesi yang seterusnya.

Sementara itu, amalan asuhan dan bimbingan ketika waktu makan ialah pengasuh atau
pendidik digalakkan untuk memuji kanak-kanak setelah mereka dapat menghabiskan
makanan. Hal ini dilakukan kerana kanak-kanak menyukai pujian dan dengan itu mereka juga
akan dapat membiasakan diri mereka untuk menghabiskan makanan semata-mata ingin
pujian. Oleh itu, amalan asuhan dan bimbingan ketika bermain dan menjalankan aktiviti ialah
memberi galakkan dan dorongan kepada kanak-kanak untuk mencuba sesuatu. Dengan itu,
dapat memberi masa untuk kanak-kanak meneroka dan mendapatkan pengetahuan yang baru
melalui pengalaman mereka sendiri.

Seterusnya, amalan asuhan dan bimbingan ketika mandi. Mengalakkan kanak-kanak


untuk mengelap badan mereka sendiri serta memakai pakaian sendiri. Pada masa yang sama,
mereka akan mempelajari dan membiasakan diri dengan sikap berdikari. Oleh itu, amalan
asuhan dan bimbingan ketika tidur. Mengalakkan kanak-kanak untuk bekerjasama
menyediakan tempat tidur sendiri dan rakan-rakan. Dengan itu, dapat mengembangkan
kemahiran sosial dan berkomunikasi pada setiap kanak-kanak. Selain itu, amalan asuhan dan
bimbingan ketika pulang. Mengalakkan kanak-kanak untuk menyimpan dan mengemas
semula barang mainan serta peralatan ke tempat asal sebelum mereka pulang. Dengan itu,
kanak-kanak dapat membiasakan diri setiap hari dengan sikap mengemas sehingga mereka
mengemas tanpa disuruh oleh guru.

Disamping itu, sebagai seorang pengasuh dan pendidik mestilah mempunyai ciri-ciri
amalan asuhan dan bimbingan yang berkesan seperti berlaku adil terhadap kanak-kanak atau
erti kata lain tidak pilih kasih. Pengasuh dan pendidik hendaklah berlaku adil kepada kanak-
kanak tanpa mengira latar belakang, jantina, rupa paras, kaum, agama, mahupun warna kulit.
Hal ini kerana, setiap kanak-kanak mempunyai hak yang sama. Seterusnya, menunjukkan
rasa kasih melalui sentuhan dan belaian. Dengan itu, kanak-kanak akan merasa diri mereka
disayangi dan dihargai oleh guru mereka. Selain itu, menghormati kepercayaan, cara hidup
dan identiti kanak-kanak. Pengasuh dan pendidik perlulah memahami dan dapat menerima
semua kanak-kanak walaupun berasal daripada latar belakang keluarga yang berbeza.

Oleh itu, menerima kanak-kanak seadanya. Setiap kanak-kanak mempunyai


kebolehan, kekuatan dan kelemahan yang berbeza. Sebagai pendidik dan pengasuh perlulah
menerima apa adanya kanak-kanak itu tanpa menilai dan membandingkan dengan kanak-
kanak lain. Akhir Sekali, menunjukkan empati terhadap keadaan kanak-kanak. Dengan itu,
dapat memudahkan kanak-kanak bercerita dengan bebas tentang keperluan dan kehendaknya.
Dan kanak-kanak akan merasa diri mereka dihargai dan diberi perhatian oleh guru mereka.
PENUTUP
Sebagai kesimpulan, bagi mencapai maklamat untuk melahirkan insan yang
mempunyai sahsiah mulia, tingkah laku serta ciri-ciri yang baik, bukanlah perkara yang
mudah. Dengan wujudnya penjagaan dan pengasuhan yang berkualiti dalam kalangan
pengasuh dan pendidik dapat melahirkan kanak-kanak yang pembentukkan modal insan
berkualiti. Selain itu, dengan adanya amalan asuhan dan bimbingan yang telah diterangkan
juga dapat mencapai objektif utama dalam program Permata iaitu dari segi kemahiran
bersosial, emosi, kemahiran awal berbahasa, kemahiran pengurusan diri sendiri serta
kemahiran motor halus dan motor kasar.

Asuhan dan bimbingan awal kanak-kanak dapat menghuraikan dan menjelaskan


pelbagai amalan yang perlu dilakukan oleh seseorang pengasuh dan pendidik dari tibanya
kanak-kanak di Taska dan Tadika sehingga waktu pulang. Sebagai seorang pengasuh dan
pendidik perlulah melaksanakan amalan-amalan tersebut agar berkembangan serta kemahiran
kanak-kanak berkembang dengan baik. Seterusnya, salah satu yang telah dijelaskan ialah ciri-
ciri yang perlu ada dalam diri seseorang pengasuh dan pendidik ketika mengasuh serta
membimbing kanak-kanak. Sebagai contoh, pengasuh dan pendidik hendaklah berlaku adil
atau kata lainnya tidak pilih kasih terhadap kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, kanak-
kanak akan merasa terpinggir sehingga dapat memberi kesan dan impak yang besar kepada
kehidupan serta akan membentuk perilaku mereka di masa akan datang.
LAMPIRAN

You might also like