You are on page 1of 2

USUL PENDIDIKAN

MESYUARAT AGUNG PERKASA 2023


ASSOC. PROFESSOR DR. AMINI AMIR ABDULLAH
NAIB PRESIDEN PERKASA
MERANGKAP PENGERUSI BIRO HAL EHWAL ISLAM PERKASA (BIHALIM)
WISMA SEJARAH, KUALA LUMPUR
30 Disember 2023

1. PERKASA menyokong usaha kerajaan dalam memperkenalkan Modul Penghayatan Hadis 40


Imam Nawawi di sekolah-sekolah bagi memastikan penghayatan hadis itu bermula pada
peringkat awal kanak-kanak sekolah, memupuk semangat cintakan Islam dan mendalami
ajaran Islam yang syumul.

2. PERKASA menggesa kerajaan agar memperkasa Program Jawi, Quran dan Fardu Ain (JQAF) di
sekolah sekolah rendah dan menengah agar anak-anak orang Islam mempunyai ilmu
pengetahuan yang mencukupi untuk keperluan jasmani, emosi, Rohani, intelektual dan
sosialnya.

3. PERKASA menggesa kerajaan agar memperkasa Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutamanya


di sekolah-sekolah vernakular agar potensi insan dapat diperkembangkan secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, jasmani dan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Di
samping itu, PERKASA menyokong sebarang usaha melahirkan rakyat Malaysia pelbagai
bangsa yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, rakyat dan negara serta mengenepikan
pandangan ultra kiasu dan chauvinisme yang sempit.

4. PERKASA menggesa kerajaan mengambil langkah-langkah drastik untuk mengembalikan


kegemilangan tulisan Jawi mengikut Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan sebagai tradisi dan
warisan peradaban Melayu-Islam dalam negara ini. Di samping itu, penggunaan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu diperkasakan dalam semua segi kerana bahasa
Melayu adalah bahasa Kebangsaan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan.

5. PERKASA menggesa kerajaan menilai semula kedudukan sekolah vernakular dan digantikan
dengan satu jenis sekolah wawasan berintegrasi nasional untuk membina perpaduan
nasional, pergaulan erat pelajar pelbagai kaum serta menyatukan kanak-kanak semua kaum
di bawah sistem pendidikan kebangsaan dengan bahasa kebangsaan adalah bahasa pengantar
utama dan bukannya bahasa-bahasa ibunda yang lain. Perkasa juga menyeru kepada kerajaan
persekutuan memartabatkan penguasaan bahasa Melayu dan meningkatkan mutu
pendidikan bahasa Inggeris.

6. PERKASA menggesa kerajaan menjamin kesinambungan institusi pengajian pondok di


Malaysia agar berada dalam kedudukan kewangan yang kukuh dengan mendapat bantuan
kewangan dan kepakaran yang sewajarnya daripada pihak pemerintah, Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada peringkat
persekutuan dan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri pada peringkat negeri.

You might also like