You are on page 1of 5

JPNPP

BAB 1 : KEDAULATAN NEGARA

1.1 KONSEP KEDAULATAN

Ø Kedaulatan – kuasa tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas


Ø Mempunyai hak melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara.
Ø Kedaulatan negara kita sejak daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Ø Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada
16 September 1963 mengukuhkan dan memantapkan kedaulatan negara kita yang
bebas dan berdaulat.

KEDAULATAN NEGARA

TAKRIF KEDAULATAN

BAHASA YUNANI
Ø Supernuus atau superanus – agung atau tertinggi.
Ø Merujuk negara bebas & merdeka.

BAHASA INGGERIS
Ø Sovereignty-negara berkuasa penuh terhadap pemerintahan.

BAHASA ARAB
Ø Berasal daripada daulah –kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan.

BAHASA MELAYU
Ø Kuasa tertinggi terhadap pemerintahan negara

PANDANGAN TOKOH

ARISTOTLE(AHLI FALSAFAH YUNANI)


Ø Kuasa tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara
Ø Kerajaan terikat oleh undang-undang.

IBNU KHALDUN(ILMUWAN ISLAM)


Ø Kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat kekitaan
bangsanya.
Ø Kekuatan semangat kekitaan diiringi dengan kekuatan semangat beragama
menyebabkan sesuatu bangsa rela untuk berkorban demi mencapai cita-cita yang
sama.

JEAN BODIN(AHLI FALSAFAH POLITIK PERANCIS)


Ø Kuasa tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara
Ø Bersifat kekal dan tidak terbatas membuat undang-undang, mentafsir dan
melaksanakannya

TUNKU ABDUL RAHMAN(PM MALAYSIA PERTAMA)


Ø Kedaulatan dibina berdasarkan kebebasan dan keadilan yang sentiasa
memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

TUN DR MOHAMED SALLEH ABAS(MANTAN KETUA HAKIM NEGARA)


Ø Kedaulatan asas negara yang merdeka, kebebasan peringkat antarabangsa bersama
dengan hak dan kuasa mengatur urusan dalam negeri tanpa telunjuk asing

1
JPNPP

KESIMPULANYA
Ø Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara merdeka
untuk menjalankan pemerintahan & melaksanakan undang-undang. Kedaulatan
penting demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Kedaulatan ini diterima
dan diiktiraf oleh negara lain.

JENIS KEDAULATAN

KEDAULATAN TRADISIONAL
Ø Pemerintahan berkuasa mutlak menguasai sepenuhnya urusan negara.
Ø Berteraskan pada kedaulatan Raja-raja Melayu.
Ø Terletak pada kekuasaan & kewibawaan raja.
Ø Raja – pemerintah yang mempunyai kuasa tertinggi.
Ø Kedudukan dan kedaulatan raja diperkukuh oleh taat setia rakyat.

KEDAULATAN MODEN
Ø Dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa selepas Revolusi Keagungan di
England dan Revolusi Perancis.
Ø Hak rakyat dan raja berperlembagaan.
Ø Selepas PD1, kedaulatan dikaitkan dengan nasionalisme iaitu rumpun bangsa dan
bahasa untuk membentuk negara bangsa masing-masing.
Ø Kedaulatan negara kita hasil gabungan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan
Persekutuan Malaysia 1963.

1..2 CIRI NEGARA BERDAULAT

PEMERINTAHAN
Ø Pemerintahan negara berdaulat untuk kestabilan politik, keamanan, pertahanan dan
ekonomi.
Ø Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
Ø Ketua Negara-Yang di-Pertuan Agong
Ø Ketua kerajaan-Perdana Menteri dibantu oleh Jemaah Menteri.
Ø Raja Berperlembagaan-raja memerintah mengikut peruntukan Perlembagaan
Persekutuan.
Ø 3 Institusi Beraja-Yang di-Pertuan Agong di peringkat Persekutuan, Institusi beraja
peringkat negeri dan Majlis Raja-Raja.
Ø Demokrasi Berparlimen-perwakilan dipilih melalui Pilihan Raya.

SEMPADAN
Ø Garis pemisah antara negeri atau negara.
Ø Malaysia berkongsi sempadan darat, air dan udara dengan negara jiran –Singapura,
Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina.
Ø Sempadan negara diakui oleh PBB.
Ø Penetapan sempadan memudahkan urusan pemerintahan, pentadbiran, pertahanan
dan pembangunan ekonomi.

PERUNDANGAN
Ø Perundangan asas peraturan negara.
Ø Memelihara kesejahteraan, menjamin keadilan dan melindungi rakyat.
Ø Asas perundangan negara kita-Perlembagaan Persekutuan.
Ø Parlimen menggubal dan menentukan perundangan negara kita.

2
JPNPP

RAKYAT
Ø Penduduk di sesebuah negara.
Ø Rakyat terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh
pemerintah.
Ø Terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan adat resam
Ø Disatukan melalui satu bahasa dan kebudayaan, Rukun Negara serta identiti nasional
yang sama.

KESIMPULANYA
Ø Malaysia mempunyai ciri negara berdaulat yang unik. Kita perlu memahami, menjiwai
dan mempertahankan identiti negara agar dihormati oleh negara luar.

KEPENTINGAN NEGARA BERDAULAT

KEBERKESANAN PENTADBIRAN
Ø Keberkesanan untuk menjalankan pentadbiran tanpa campur tangan pihak luar.
Ø Pelaksanaan pentadbiran berkesan melalui Jemaah Menteri dan kementerian yang
berkaitan.
Ø Pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Ø Sistem pentadbiran diperkukuh melalui undang-undang dalam Perlembagaan
Persekutuan.

KEMAKMURAN EKONOMI
Ø Kedaulatan penting untuk melaksanakan dasar kemakmuran ekonomi
Ø Pembangunan ekonomi meliputi bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan
melalui dasar pembangunan ekonomi negara.

KESEJAHTERAAN SOSIAL
Ø Kedaulatan penting untuk melaksanakan dasar sosial bagi kesejahteraan rakyat.
Ø Melahirkan generasi berilmu dan berkemahiran melalui pendidikan.
Ø Bahasa kebangsaan, kebudayaan, sukan dan Rukun Negara diperkenalkan untuk
memupuk perasaan muhibah dan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum
di Malaysia.

KECEMERLANGAN HUBUNGAN LUAR NEGARA


Ø Kedaulatan penting untuk menjalinkan hubungan dengan negara lain.
Ø Dibentuk melalui penggubalan dasar luar negara, perjanjian dan kerjasama dalam
pelbagai bidang.
Ø Keanggotaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa meningkatkan
imej negara.
Ø Masyarakat antarabangsa mengakui peranan dan kebolehan negara kita setaraf
dengan negara lain di dunia.

LANGKAH MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN

KESTABILAN POLITIK DAN KEMAKMURAN EKONOMI

PEMERINTAH
Ø Pentadbiran yang cekap
Ø Elakkan rasuah
Ø Agihan sumber kekayaan secara adil kepada semua kaum melalui dasar
pembangunan ekonomi. Melaksanakan undang-undang negara menurut
perlembagaan secara berkesan.

3
JPNPP

RAKYAT
Ø Kesetiaan kepada raja dan negara
Ø Sokong segala dasar dan usaha kerajaan bagi mewujudkan kestabilan politik.
Ø Memupuk kerjasama kaum supaya agihan kekayaan negara dinikmati semua.
Ø Mematuhi undang-undang negara.

MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM

PEMERINTAH
Ø Gubal dasar dan undang-undang berkaitan perpaduan kaum dan integrasi nasional.
Ø Dasar berkaitan bahasa, pendidikan dan kebudayaan oleh kementerian serta agensi
berkaitan.
Ø Program/kempen memupuk perpaduan dan integrasi nasional.
Ø Peruntukkan perbelanjaan yang mencukupi untuk program memupuk perpaduan.

RAKYAT
Ø Guna bahasa kebangsaan dan menghayati prinsip Rukun Negara.
Ø Hormati agama dan budaya pelbagai kaum.
Ø Semangat perkongsian, bertoleransi dan saling menghormati.
Ø Melibatkan diri dalam program kemasyarakatan.

MEMUPUK PATRIOTISME

PEMERINTAH
Ø Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Pahlawan menimbulkan kecintaan kepada negara.
Ø Mewajibkan mata pelajaran Sejarah melahirkan generasi peka sejarah negara.
Ø Kempen atau terbitkan rencana memupuk patriotisme melalui media.
Ø Pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang banyak berjasa kepada negara-abdikan
nama pada bangunan atau jalan.

RAKYAT
Ø Hormat lambang negara-Jalur Gemilang, Jata Negara, lagu Negaraku
Ø Sanjung dan hargai adat dan warisan negara.
Ø Tingkatkan imej negara melakar kejayaan-pendidikan, sukan dan ekonomi.
Ø Hargai tokoh pelbagai kaum yang berjuang untuk kemerdekaan dan kedaulatan
negara.

MENGUKUHKAN PERTAHANAN NEGARA

PEMERINTAH
Ø Gubal dasar dan undang-undang melindungi keselamatan negara.
Ø Perjanjian pertahanan serta latihan ketenteraan bersama-sama negara serantau dan
antarabangsa.
Ø Modenkan aset ketenteraan untuk kukuhkan pasukan pertahanan negara.
Ø Pastikan pasukan keselamatan bersiap siaga hadapi cabaran semasa.

RAKYAT
Ø Peka isu keselamatan negara.
Ø Elakkan kolaborasi dengan pihak luar yang ancam keselamatan dan kedaulatan
negara.
Ø Menganggotai pasukan keselamatan dan sukarelawan untuk pertahankan negara
Ø Sanggup berkorban demi pertahankan kedaulatan negara.

4
JPNPP

RUMUSAN
Ø Kedaulatan kuasa tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara melaksanakan
pemerintahan dan pentadbiran.
Ø Kedaulatan negara diperkukuh melalui pemerintahan dan pentadbiran berlandaskan
perlembagaan.

You might also like