You are on page 1of 7

PATTUPAVADAI

Pattupavadai merupakan
pakaian tradisional kaum India
yang dipakai oleh budak
perempuan. Pattupavadai
sering dipakai oleh golongan
kanak-kanak yang berumur 3
hingga 12 tahun. Pattupavadai
boleh didapati dalam pelbagai
warna dan corak.
PAVADAI THAVANI

Pavadai thavani merupakan


pakaian tradisional kaum India yang
dipakai oleh kaum perempuan.
Pavadai thavani sering dipakai oleh
kaum perempuan yang berumur 13
hingga 18. Pavadai thavani juga
boleh didapati dalam pelbagai warna
dan corak.
SAREE

Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan


ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim
perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang
berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya
pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz
pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut.
Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak
baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari
pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang
sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan
supaya tidak terurai.Dari segi pemilihan warna,
kebanyakan s ari yang dipakai berwarna gelap seperti
merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik
untuk sari yang dipakai pada musim perayaan. Pemilihan
corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih
suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih
suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai
kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang
mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan
menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala
apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan
corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai.
DHOTI

Dhoti merupakan pakaian untuk kamum


lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain
yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya
boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja
kerana generasi muda hari ini tidak berminat
dengan pakaian tersebut.

Dhoti diperbuat daripada lembaran kain


putih yang panjang. Kain tersebut dililit di
bahagian pinggang dan diikat pada celah paha
dan kemudian disangkukan pada bahu.
Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-
manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada
juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau
kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh
golongan ceti.
KURTA

Kurta merupakan pakaian tradisional untuk


lelaki kaum India iaitu sehelai kemeja yang
longgar dan panjang sampai lutut. Pembuatan
pakaian Kurta adalahlebih kepada
menyediakan keselesaan kepada para
pemakai. Oleh itu, kain yang digunakan dalam
pembuatan pakaian tradisional ini adalah
sangat ringan seperti kain kapas dan sutera.
Lengan kurta pula jatuh lurus ke pergelangan
tangan dan tidak menyempitkan. Ia
mempunyai potongan kecil di kedua-dua belah
sisi kurta untuk memudahkan pergerakan
pemakainya. Pada bahagian leher kurta
pula,biasanya ia berbentuk bulat dan tidak
mempunyai kolar. Kurta biasanya dipakai
bersama dengan salwar longgar atau
Churidar. Apabila kurta dipakai bersama
pijama, ia dikenali sebagai kurta pijama. Di
mana kurta pijama ini biasa dipakai ketika
majlis-majlis rasmi. Selain daripada itu, kurta
juga boleh dipakai bersama dengan Dhoti.
PUNJABI

Pakaian salwar kameez atau baju


Punjabi, yang juga popular di
kalangan wanita di utara India,
terdiri daripada blaus panjang
yang dipadankan dengan seluar
panjang yang longgar, serta
tudung kepala yang sesuai
warnanya. Wanita India juga
gemar memakai dupatta di bahu
mereka ketika memakai salwar
kameez.

You might also like