You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA ENGKAMOP,

D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JULAU,


96600 JULAU, SARAWAK.

Kertas Kerja
Perolehan Aset ICT bagi Kelengkapan
Pusat HIPERS & Makmal Komputer
SK Nanga Engkamop

Disediakan oleh :
Penyelaras HIPERS,
SK Nanga Engkamop, Julau.

1
Kertas Kerja Membaik Pulih Makmal Komputer Sebagai Pusat Gerakan HIPERS SKNE
1.0 PENGENALAN

SK Nanga Engkamop merupakan salah sebuah sekolah kategori Pedalaman 1 yang


terdapat di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Julau, Sarawak. Sekolah ini yang
mempunyai seramai 16 orang guru dan 10 orang ahli kumpulan pelaksana yang dipimpin oleh
Encik Jantan Anak Mit selaku Guru Besar SK Nanga Engkamop. Sekolah ini merupakan salah
sebuah sekolah Program HIPERS di bawah tajaan Yayasan Sarawak. Melalui program ini,
setiap pihak digembleng tenaga dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah dalam segenap
aspek terutamanya aspek akademik.

Lantas, pihak sekolah telah menjadi Makmal Komputer SK Nanga Engkamop sebagai
Pusat Gerakan HIPERS. Pusat Gerakan HIPERS yang diwujudkan ini dijadikan sebagai tempat
bermesyuarat hal ehwal HIPERS dan seterusnya menjadi penggerak dalam melaksanakan
pelbagai aktiviti serta perancangan yang telah ditetapkan. Makmal Komputer SK Nanga
Engkamop kini turut digunakan sebagai kelas sementera bagi murid-murid Tahun 6 untuk
proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) sementara menanti bangunan baharu yang akan
siap pembinaannya.

2.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

Berikut merupakan beberapa asas pertimbangan bagi pelaksanaan perolehan aset ICT makmal
komputer ini, iaitu :
2.1 Dijadikan sebagai Pusat Gerakan HIPERS SK Nanga Engkamop kerana
kemudahan yang terdapat di dalamnya berbanding bangunan lain di sekolah ini
2.2 Pelbagai mesyuarat dan taklimat program HIPERS dilaksanakan di pusat
gerakan
2.3 Kemudahan ICT yang terdapat di dalamnya masih perlu dipertingkatkan bagi
memberi kelengkapan yang lebih sempurna dan sentiasa dapat digunakan pada
setiap masa.
2.4 Persekitaran makmal komputer yang panas dan tidak selesa disebabkan projek
pembinaan bangunan baharu sekolah yang menghalang pengudaraan di
kawasana ini
2.5 Dijadikan sebagai tempat pelaksaan kelas bimbingan HIPERS kepada murid-
murid Tahun 6.

2
Kertas Kerja Membaik Pulih Makmal Komputer Sebagai Pusat Gerakan HIPERS SKNE
2.6 Meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pemudahcaraan
dengan kelengakapan ICT yang diperolehi hasil sumbangan dana HIPERS ini.

3.0 OBJEKTIF

Berikut merupakan beberapa objektif dalam perolehan aset ICT Makmal Komputer SK Nanga
Engkamop ini, iaitu :
3.1 Menjadikan Makmal Komputer sebagai Pusat ICT bagi SK Nanga Engkamop
dengan pelbagai kelengkapan dan kemudahan yang terdapat di dalamnya.
3.2 Proses PdPc akan menjadi lebih lancar dan bermakna serta seterusnya
meningkatkan pembudayaan ICT dalam pembelajaran.
3.3 Aktiviti kemasyarakatan dan komuniti turut dapat memanfaatkan kemudahan
ICT yang diperolehi.
3.4 Kemudahan ICT yang terdapat di dalamnya dapat dimanfaatkan dalam jangka
masa yang panjang di samping menyediakan suasana yang kondusif kepada
guru dan murid menjalankan pelbagai sesi PdPc.

4.0 CADANGAN PEROLEHAN ASET ICT MAKMAL KOMPUTER

Berikut merupakan cadangan-cadangan dalam perolehan aset ICT makmal komputer ini, iaitu
:
4.1 Pembelian sebuah LCD Projector EPSON EB-X41 XGA PROJECTOR ( 3600
LUMEN,6000 LAMP HOUR,HDMI PORT )

4.2 Pembelian tiga buah AVR dan UPS

3
Kertas Kerja Membaik Pulih Makmal Komputer Sebagai Pusat Gerakan HIPERS SKNE
4.3 Pembelian VGA cable 20 m
4.4 Pembelian sebuah Printer

4.5 Pembelian sebuah set speaker

4
Kertas Kerja Membaik Pulih Makmal Komputer Sebagai Pusat Gerakan HIPERS SKNE
5.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

Bil Perkara Kos seunit Jumlah


1 1 unit LCD Projector EPSON EB-X41 XGA RM2 500.00 RM 2500.00
PROJECTOR ( 3600 LUMEN,6000 LAMP
HOUR,HDMI PORT )
2 1 unit Canon Pixma G1010 Ink Efficient RM 550.00 RM 550.00
(HD) Printer
3 1 unit KARMANZ 12” inch Portable Trolley RM 400.00 RM 400.00
Speaker Amplifier Karaoke + 2 Wireless Mic
4 3 unit Right Power 1200VA UPS (Powertank RM 500.00 RM 1 500.00
F1200P) AVR AVS Automatic Voltage
Stabilizer Regulator – 4 British UK Output &
1 USB
5 1 unit 20m VGA/RGB Display Cable 15pin RM 50.00 RM 50.00
Male to Male 3C+4
JUMLAH RM 5 000.00

5
Kertas Kerja Membaik Pulih Makmal Komputer Sebagai Pusat Gerakan HIPERS SKNE
6.0 PENUTUP
Pihak sekolah amat berharap cadangan kertas perolehan aset ICT ini dapat dipertimbangkan
sewajarnya dan seterusnya mampu menjadi salah satu usaha menjulang prestasi SK Nanga
Engkamop dalam segenap aspek.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(BARAN ANAK NILLIE) (JOHNNY ANAK BLO)


Guru ICT, Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Nanga Engkamop, SK Nanga Engkamop,
96600 Julau, Sarawak. 96600 Julau, Sarawak.

Tarikh : Tarikh :

Diluluskan oleh,

(JANTAN ANAK MIT)


Guru Besar,
SK Nanga Engkamop,
96600 Julau, Sarawak.

Tarikh :

6
Kertas Kerja Membaik Pulih Makmal Komputer Sebagai Pusat Gerakan HIPERS SKNE

You might also like