You are on page 1of 4

SK KUALA LINGGI, KUALA SUNGAI BARU, MELAKA

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM


Nama Program : Program Kesedaran Tentang Pendidikan Inklusif (Ibu Bapa)
: LADAP Perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif
Model Holistik (Guru)
Tema Program : Ke Arah Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti
Bertaraf Antarabangsa
Kos Keseluruhan (RM) : OS29000 : RM2000.00
Tarikh : 13 Oktober 2018 (Seminar Ibu Bapa)
16 Oktober 2018 (LADAP Guru)
Tempat : SK Kuala Linggi

1.0 LATAR BELAKANG


Bertunjangkan kepada Anjakan 1 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM 2013-2025), murid berkeperluan khas (MBK) tidak boleh dipinggirkan
daripada menikmati akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
sebagaimana murid arus perdana. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) menerusi Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) dalam proses
melaksanakan Program Pendidikan Inklusif (Model Holistik) MBK mulai tahun 2017.
PPI (Model Holistik) diadaptasi daripada projek rintis tahun 2015-2016 yang
menetapkan penglibatan keseluruhan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) di
sekolah dalam melaksanakan PPI. Penglibatan keseluruhan pihak berkepentingan
memastikan PPI menjadi amalan dan budaya pendidikan yang positif dalam memberi
hak sama rata kepada MBK untuk dididik bersama-sama murid arus perdana secara
inklusif separa mahupun inklusif penuh
Sehubungan itu, Program Kesedaran tentang Pendidikan Inklusif ini
dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran serta menyebar luas maklumat berkaitan
pendidikan khas umumnya serta PPI. Secara khususnya bermula pada peringkat
sekolah. Program ini bukan sahaja melibatkan murid sekolah, malah turut melibatkan
semua guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa serta penjaga murid.
2.0 TUJUAN PROGRAM

Secara umumnya program kesedaran ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan
pemahaman kepada keseluruhan pihak yang berkepentingan mengenai pendidikan
khas umumnya serta peranan warga sekolah dalam menjayakan Program Pendidikan
Inklusif secara khususnya.

3.0 OBJEKTIF

Di akhir program:

3.1 Guru dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang


pelaksanaan PPI (Model Holistik) di sekolah;
3.2 Guru melaksanakan PPI (Model Holistik) berdasarkan Garis Panduan PPI
MBK dan Modul Pelaksanaan PPI;
3.3 Ibu bapa atau penjaga mendapat pengetahuan tentang peluang
pendidikan anak-anak berkeperluan khas;
3.4 murid mendapat pengetahuan tentang pendidikan khas serta boleh
memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan PPI (Model Holistik).

4.0 PERLAKSANAAN AKTIVITI

TARIKH MASA LOKASI TAJUK TINDAKAN


JUP/JUN
13 Oktober 8.00 pagi – Dewan Terbuka, Seminar Kesedaran Ibu Bapa
2018 2.00 petang SK Kuala Linggi Program Pendidikan Inklusif JUN
(Sabtu) Model Holistik
16 Oktober 2.00 – 4.30 Makmal LADAP Perlaksanaan
2018 petang Komputer, SK Program Pendidikan Inklusif JUN
(Selasa) Kuala Linggi Model Holistik
18 Oktober 8.00 – Dewan Terbuka Seminar Kesedaran Rakan
2018 10.00 pagi SK Kuala Linggi Inklusif Program Pendidikan JUN
(Jumaat) Inklusif Model Holistik
5.0 SENARAI KEHADIRAN KUMPULAN SASARAN YANG TERLIBAT

5.1 Penceramah

Bil Nama Jawatan Bidang Tugas


1. EN. MOHD HADI BIN MOHD NOR JURULATIH UTAMA, PPI MENYAMPAIKAN INFO
NEGERI MELAKA BERKAITAN PPI

5.2 Peserta Guru

Bil Nama Guru Arus Mata pelajaran yang


Perdana /Guru diajar di sekolah
Pendidikan Khas

- SILA RUJUK LAMPIRAN -

5.3 Peserta Ibu Bapa / Penjaga

Bil Nama Ibu Bapa Arus Perdana /Ibu Bapa Pendidikan


Khas

- SILA RUJUK LAMPIRAN -

6.0 RUMUSAN

Program Kesedaran Tentang Pendidikan Inklusif telah dapat dilaksanakan mengikut


jadual dan 150 peserta program dapat memahami tugas dan peranan masing-masing
dalam menyokong dan menjayakan perlaksanaan PPI.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

........................................................ …………………………………..
(MOHD HADI BIN MOHD NOR)
JURULATIH UTAMA,
PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF,
NEGERI MELAKA
7.0 AKTIVITI (BERGAMBAR)

7.1 Seminar Kesedaran Ibu Bapa Program Pendidikan Inklusif Model Holistik

7.2 LADAP perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif Model Holistik

You might also like