You are on page 1of 26

Pengajian Am

Bencana Alam

Wong Sek Yau 6AK1


Definisi
• Bencana alam adalah kesan buruk daripada
kejadian atau gabungan aktiviti semula jadi,
seperti letusan gunung berapi, gempa bumi,
tanah runtuh, banjir dan aktiviti manusia.
Objektif
• Mempunyai panduan yang betul dan berkesan
menangani bencana alam yang berlaku di
kawasan sekolah.
• Menimbulkan kesedaran kepada warga
sekolah tentang pentingnya berhati-hati
terhadap ancaman bencana alam.
Gempa Bumi
• salah satu daripada fenomena alam yang
paling menggerunkan dan mengakibatkan
kemusnahan. Ini adalah kerana kejadiannya
tanpa amaran, menakutkan ramai penduduk
dan menjadikan mereka kurang bijak serta
berkelakuan yang boleh memudaratkan.
Gempa Bumi di Jepun
Gunung Berapi
• bukaan atau rekahan pada permukaan atau
kerak bumi yang membenarkan gas, abu, dan
batu cair yang panas bebas jauh di dalam
bawah permukaan bumi.
Gunung berapi di Indonesia
Tanah Runtuh
• salah satu tragedi yang berkaitan dengan
kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan
kematian.
• Kejadian geologi yang termasuk sebahagian
besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh,
kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah
cetek.
Tanah Runtuh
MANILA 7 Sept. -
Sekurang-kurangnya
enam terbunuh dan
tujuh lagi dilaporkan
masih hilang dalam
kejadian tanah runtuh
yang menimpa
berpuluh-puluh buah
rumah di pekan Maco,
Lembah Compostela,
di selatan negara ini.
Tindakan perlu diambil:
• Sentiasa berwaspada terhadap bencana alam
yang mungkin berlaku.
• Melaporkan serta merta kepada pihak
berkenaan jika berlaku bencana alam.
• Mematuhi arahan pihak berkenaan.
• Mematuhi amaran pada papan tanda.
• Membantu menyelamatkan mangsa yang
terlibat dalam kemalangan bencana alam jika
berkemampuan.
Langkah Pencegahan
o Memantau dan mengenalpasti kawasan berisiko
bencana alam.
o Papan tanda amaran kawasan yang berbahaya.
Contoh: tanah runtuh.
o Menyediakan pelan laluan keselamatan sebelum
berlaku bencana alam.
o Taklimat tentang perlunya berwaspada terhadap
ancaman bencana alam serta langkah
keselamatan jika berlaku bencana alam.
• Di Malaysia, bencana alam jarang berlaku.
Bencana alam yang direkodkan di negara ini
ialah banjir kilat dan tanah runtuh. Sepanjang
10 tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa
peristiwa bencana alam yang mendapat liputan
meluas seperti Tragedi Highland Tower pada
tahun 1993, kejadian tanah runtuh di Gombak
pada tahun 2004 dan banyak lagi. Namun,
tragedi hempasan ombak besar Tsunami pada
26 Disember 2004, dan gempa bumi di Sichuan
pada 12 Mei 2008 merupakan kejadian-kejadian
yang berlaku dan tidak dapat dilupakan.
Faktor-faktor
• Perubahan cuaca
• Kegiatan ekonomi manusia
• Pembangunan tidak terancang dengan
sempurna
Faktor - Perubahan Cuaca

• Perubahan cuaca yang dialami oleh kebanyakan negara di dunia ini


merupakan salah satu isu yang tidak boleh dipandang remeh. Misalnya,
peningkatan suhu panas, peningkatan suhu sejuk, dan banjir kilat.
Pengeluaran gas rumah hijau merupakan punca utama kepada terjadinya
perubahan cuaca. Gas yang dihasilkan seperti karbon monoksida
daripada aktiviti manusia telah memudaratkan lapisan ozon yang
semakin menipis yang menyebabkan suhu panas meningkat dari setahun
ke setahun.
• Banjir kilat yang melanda negara-negara bertanah rendah merupakan
impak akibat daripada isu perubahan cuaca. Suhu panas yang semakin
meningkat termasuk peningkatan suhu di bahagian kutub utara yang
menyebabkan pencairan ais. Pencairan ais ini telah menyebabkan paras
air laut yang naik yang menyebabkan terjadinya banjir kilat yang telah
banyak meragut nyawa dan tempat tinggal.
Kegiatan Ekonomi Manusia

 Tindakan manusia seperti aktiviti perindustrian yang membebaskan gas


kloroflorokarbon (CFCs) menyebabkan suhu meningkat. Industri yang
menyebabkan fenomena ini ialah industri pendingin udara. Industri ini
menggunakan CFCs melibatkan pendinginan kenderaan, bangunan,
perumahan dan juga penggunaan peti sejuk.
 Aktiviti penghutanan dan pembalakan secara tidak terancang akan
menyebabkan lebihan CO2 dalam udara di samping kehilangan kawasan
tadahan air dan berlakunya banjir.
 Selain itu, pembukaan bandar baru seperti Bandar Muadzam Shah dan
bandar-bandar baru yang lain menyaksikan pembersihan hutan dan
pemotongan bukit. Perancangan ini memberi kesan kepada hakisan tanah
bertambah kerana air dan tanah tidak dapat dihalang.
Pembangunan tidak terancang dengan sempurna

• Projek pembinaan empangan yang tidak dirancang dengan sempurna,


pembinaannya dijalankan secara tergesa-gesa dan membancuh simen
dalam cuaca hujan akan mengakibatkan benteng atau dinding
empangan yang dibina itu tidak kukuh. Empangan yang dibina senang
pecah dan mengakibatkan berlakunya banjir. Selain itu, sistem
perparitan yang tidak dibina dengan sempurna juga akan
menyebabkan banjir. Perancangan dan pemilihan kawasan pembinaan
perumahan juga tidak harus berdekatan dengan kilang. Rumah yang
dibina di bukit atau kawasan tinggi juga menyebabkan tanah runtuh
seperti Highland Tower runtuh berlaku pada tahun 1993. Jurutera
Perunding Geoteknikal telah mengenal pasti bahawa faktor utama
kejadian Highland Tower runtuh adalah disebabkan sistem perparitan
di lereng bukit yang tidak dikendalikan dengan sistematik.
Kesan-kesan
• Kemusnahan harta benda dan nyawa
• Masalah psikologi dan emosi mangsa
• Ekonomi Negara terjejas
• Masalah kesihatan
Kemusnahan harta benda dan nyawa
• Banjir yang besar akan menggelamkan rumah kediaman dan merosakkan
barang-barang seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya.
Kejadian ini membawa kerugian kepada semua pemangsa. Kemarau yang
berlaku berpunca apabila sesuatu kawasan mengalami kekurangan air
untuk masa yang panjang. Ini menyebabkan tumbuhan dan haiwan mati
kerana kekurangan air. Selain itu, Kejadian gempa bumi boleh membawa
kemusnahan persekitaran dan kehilangan nyawa. Contohnya, tragedi
gempa bumi di Sichuan telah meragut 70,000 nyawa dan beratus orang
masih belum dijumpai. Gempa bumi tersebut juga menyebabkan
kerugian sebanyak 6 bilion di kawasan pertanian. Oleh itu, Kerajaan
terpaksa menanggung perbelanjaan membaiki kerosakan dan membiayai
kelengkapan perubatan. Kerajaan juga perlu menyediakan pelbagai
keperluan asas seperti makanan, minuman, ubat-ubatan di samping
menyediakan petempatan sementara untuk mangsa bencana alam.
Masalah psikologi dan emosi mangsa
• Mangsa bencana alam menghadapi masalah trauma.
Contohnya, mangsa tsunami di Acheh, Indonesia
berjaya menyelamatkan diri ke kawasan tinggi telah
mengalami trauma yang teruk sehingga takut turun ke
kawasan rendah untuk mendapatkan bantuan kerana
bimbang bencana alam akan berulang. Tragedi gempa
bumi di Sichuan, mangsa menghadapi kesedihan dan
kesusahan kerana kehilangan ibu bapa atau anak yang
disayangi. Mereka fobia akan suasana bencana alam
sehingga mereka sanggup membunuh diri di tempat
perkemahan sementara waktu.
Ekonomi Negara terjejas
• Kejadian bencana alam yang berlaku menyebabkan sesebuah
negara mengalami kesusahan dalam pertumbuhan ekonomi.
Contohnya, tragedi gempa bumi yang berlaku di Sichuan telah
menyebabkan 20% pengeluaran padi tersebut terhancur di
samping mengalami kerugian yang banyak. Sesebuah negara
yang menghadapi bencana alam seperti banjir dan gempa bumi
terpaksa menghadapi banyak masalah. Contohnya, pelabur asing
tidak yakin melabur, hasil pertanian terhancur, bursa saham
tutup, syarikat korporat tutup dan lain-lain. Kesannya, kadar
pengangguran semakin meningkat kerana tiadanya peluang
pekerjaan. Oleh itu, bencana alam yang berlaku di sesebuah
negara akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.
Masalah Kesihatan
• Banjir merupakan bencana alam yang sering berlaku di kebanyakan
negara. Kesan yang paling teruk adalah menjejaskan kesihatan
manusia. Ini menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama
lumpahan air. Najis ini juga akan bertaburan di merata-rata tempat
sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan
malaria. Perkembangan Industri dan teknologi meningkat sejajar
dengan pertambahan penduduk dan menimbulkan pencemaran di
dalam udara. Aktiviti-aktiviti manusia termasuklah pembakaran terbuka,
asap kenderaan bermotor, kegiatan pertanian dan perindustrian telah
menyebabkan gas-gas yang bahaya kepada kesihatan manusia hadir di
dalam udara. Contohnya gas karbon monosida boleh menyebabkan
kematian, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida boleh menyebabkan
kesan di bahagian saluran pernafasan serta kesan kerosakan kepada
paru-paru dan sesak nafas dan sebagainya.
Malaria = penyakit demam yg disebabkan oleh kuman melalui gigitan nyamuk
Taun = penyakit muntah-muntah dan selalu buang air
Kesimpulan
• Bencana alam merupakan petanda semula jadi
ekoran daripada perubahan ekosistem alam.
Walaupun berlakunya bencana alam tetapi
langkah-langkah perlu disediakan untuk
menghadapi bencana alam. Amalan “Sediakan
payung sebelum hujan” perlu diamalkan untuk
mengelakkan nyawa manusia terkorban. Semua
pihak perlu bersedia memberi bantuan kecemasan
kepada pihak yang memerlukan. Usaha murni ini
berupaya meringankan kesengsaran mangsa.
Soalan-soalan
Bencana alam turut berlaku di negara ini.
Banjir, gempa bumi, tanah runtuh, dan gunung
berapi merupakan antara bencana alam
tersebut. Nyatakan punca-punca dan usaha-
usaha menangani masalah ini.
Terima Kasih

Disediakan oleh : Wong Sek Yau

You might also like