You are on page 1of 90

Hakcipta © 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia

Semua hakcipta terpelihara. Semua maklumat daripada penerbitan ini tidak


boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi
semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun
termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa
mendapat keizinan daripada Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pendidikan Khas


Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, Blok E2, Presint 1
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Malaysia
Tel : +603-88849190
Fax : +603-88846670

Grafik/Ilustrasi Muka Depan: Adaptasi


dari grafik Vecteezy.com
MODUL
LATIHAN PEMBANGUNAN
PROFESIONAL GURU
(PENDIDIKAN INKLUSIF)

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2018
KANDUNGAN

KANDUNGAN................................................................................................... ii
SENARAI JADUAL ...........................................................................................v
SENARAI ILUSTRASI ......................................................................................v
SENARAI SINGKATAN ................................................................................... vi
BAB 1 ANALISIS ........................................................................................... 8
1.1Pengenalan..................................................................................... 8
1.2Faedah Pendidikan Inklusif............................................................. 9
3. Statistik dan Data Pelaksanaan Pendidikan Inklusif di
Malaysia ......................................................................................... 9
4. Isu Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di Malaysia ...........
11 1.4.1Kesedaran dan Penerimaan ..................................... 11

1.4.2Infrastruktur .............................................................. 11

1.4.3Sistem Sokongan dan Bantuan ................................ 12

1.4.4Pengurusan Bilik Darjah ........................................... 12

1.4.5Kelayakan Murid untuk Inklusif ................................. 12

1.5Kesimpulan ................................................................................... 13
BAB 2 REKA BENTUK
................................................................................ 14
5. Objektif 14
6. Sasaran 14
7. Kandungan Modul Latihan Pembangunan Profesional
Guru (Pendidikan Inklusif)............................................................. 15
BAB 3 PEMBANGUNAN MODUL ............................................................... 16
3.1TOPIK 1 : Program Pendidikan Inklusif ........................................ 16
3.1.1Dasar ........................................................................ 16

3.1.2Matlamat................................................................... 17

3.1.3Objektif ..................................................................... 18

3.1.4Definisi Program Pendidikan Inklusif ........................ 18

3.1.5Program Pendidikan Inklusif ..................................... 18

3.1.6Sokongan PPI Inklusif Penuh dan Inklusif Separa.... 20

2
3.1.7 Perekodan Data Murid dalam Aplikasi Pengurusan
Data Murid (APDM) ..................................................
20
3.1.8 Ujian Kendiri Topik 1 : Program Pendidikan Inklusif ............. 22

3.2TOPIK 2 : Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif ................... 23


3.2.1Pengenalan .............................................................. 23

3.2.2Pengajaran dan Pembelajaran PPI di Kelas Inklusif. 23

3.2.3Peranan Pentadbir Sekolah...................................... 25

3.2.4Peranan Guru Arus Perdana .................................... 27

3.2.5Setiausaha PPI ......................................................... 29

3.2.6Peranan Guru Pendidikan Khas ............................... 29

3.2.7Peranan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) ......... 30

3.2.8 Ujian Kendiri Topik 2 : Pelaksanaan Program


Pendidikan Inklusif.................................................... 31

3.3TOPIK 3: Strategi Khusus Pengajaran dan Pembelajaran ........... 32


3.3.1Masalah Pembelajaran ............................................. 32

3.3.2Kurang Upaya Penglihatan....................................... 47

3.3.3Kurang Upaya Pendengaran .................................... 55

3.3.4Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities (MD)... 58

3.3.5 Ujian Kendiri Topik 3 : Strategi Khusus Pengajaran


Dan Pembelajaran ....................................................
63
3.4TOPIK 4 : Strategi Pengurusan Tingkah Laku .............................. 65
3.4.1Penilaian Tingkah Laku Berfungsi ............................ 66

3.4.2Pelan Tindakan Tingkah Laku .................................. 69

3.4.3Strategi Modifikasi Tingkah Laku .............................. 71

3.4.4
Ujian Kendiri Topik 4 : Strategi Pengurusan Tingkah
Laku..........................................................................
74
BAB 4 PELAKSANAAN ............................................................................... 75
4.1TOPIK 1 : Program Pendidikan Inklusif ........................................ 75
4.2TOPIK 2 : Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif ................... 76

3
3. TOPIK 3 : Strategi Khusus Pengajaran dan
Pembelajaran................................................................................ 77
4.TOPIK 4 : Strategi Pengurusan Tingkah Laku .............................. 80
BAB 5 PENILAIAN....................................................................................... 81
5.1Pengenalan................................................................................... 81
5.2Ujian Kesedaran Program Pendidikan Inklusif.............................. 81
1.Ujian Pra................................................................... 81

2.Ujian Pasca .............................................................. 81

5.3Ujian kendiri .................................................................................. 81


BIBLIOGRAFI
................................................................................................ 82
LAMPIRAN ....................................................................................................
83 LAMPIRAN A : SOALAN UJIAN KESEDARAN PROGRAM
PENDIDIKAN INKLUSIF.............................................. 83
LAMPIRAN B : JADUAL PERANAN GURU DAN PENTADBIR ............ 84
LAMPIRAN C : JADUAL KEKERAPAN................................................. 85
LAMPIRAN D : BORANG PEMERHATIAN ABC................................... 87

4
SENARAI JADUAL

No Jadual Halaman

JADUAL 1: Kandungan Modul Latihan Pembangunan Profesional


15
Guru (PPI)

JADUAL 2: Teknik Multisensori 36

JADUAL 3: Perbezaan Definisi Umum dan Definisi Konkrit 66

SENARAI ILUSTRASI

No Ilustrasi Halaman

RAJAH 1: Matlamat peningkatan pencapaian enrolmen murid


berkeperluan khas dalam Program Pendidikan 9
Inklusif bermula pada tahun 2012 sehingga 2025

RAJAH 2: Program Pendidikan Inklusif (Model Holistik) 18

RAJAH 3: Contoh Helaian Kerja Yang Sesuai Untuk Murid 34


Disleksia

RAJAH 4: Contoh Penggunaan Mnemonic 41

RAJAH 5: Klasifikasi B1, Persatuan Sukan Orang Buta 47


Antarabangsa (IBSA)

RAJAH 6: Klasifikasi B2, Persatuan Sukan Orang Buta 47


Antarabangsa (IBSA)

RAJAH 7: Sentuh belakang tangan sebelum memberi bantuan 52


atau memperkenalkan diri

RAJAH 8: Alat Sokongan PdP bagi Murid Kurang Upaya 53


Penglihatan

RAJHA 9: Peralatan Sokongan Murid Kurang Upaya 57


Pendengaran

RAJAH 10:Perkaitan Tingkah Laku 66

RAJAH 11:Langkah-langkah Pelaksanaan Pelan Intervensi 70


Tingkah Laku

RAJAH 12:Peneguhan Positif Negatif 71

5
SENARAI SINGKATAN

APDM : Aplikasi Pengurusan Data Murid


EMK : Elaun Murid Khas
JPKS : Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS)
JPN : Jabatan Pendidikan Negeri
KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia
LDP : Latihan Dalam Perkhidmatan
MBK : MBK
MDT : Multi-Disiplinary Team (Pasukan Pelbagai Disiplin)
OKU : Orang Kurang Upaya
PCG : Bantuan Per Kapita
PdP : Pengajaran dan Pembelajaran
PdPc : Pengajaran dan Pemudahcaraan
PKP : Penolong Kanan Pentadbiran
PKPK : Penolong Kanan Pendidikan Khas
PPD : Pejabat Pendidikan Daerah
PPI : Program Pendidikan Inklusif
PPKI : Program Pendidikan Khas Integrasi
PPPM : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
RPH : Rancangan Pengajaran Harian
RPI : Rancangan Pendidikan Individu
SPK : Sekolah Pendidikan Khas
SSKI : Senarai Semak Kesediaan Inklusif (SSKI)
BPKhas : Bahagian Pendidikan Khas
BBB : Bahan Bantu Belajar
PPM : Pembantu Pengurusan Murid
RMT : Rancangan Makanan Tambahan
CBK : Calon Berkeperluan Khas
SPBT : Skim Pinjaman Buku Teks

6
3M : Mmbaca, menulis, mengira
PAK-21 : Pembelajaran Abad Ke-21
ASD : Autism Spectrum Disorder
PECS : Picture Exchange Communication System
ADHA : Attention Deficit Hyperactivity Disorder
WHO : World Health Organisation
IBSA : International Blind Sports Association
JAWS : Job Access With Speech
NVDA : NonVisual Desktop Access
CCTV : Closed Circuit Television System
ABP : Alat bantu pendengaran
FM : Frequency Modular
MD : Multiple Disabilities
AAC : Augmentative and Alternative Communication
ABC : Antecedent, Behaviour, Consequences

7
BAB 1

ANALISIS

1.1 Pengenalan

Modul ini digunakan sebagai panduan latihan kepada guru arus perdana, guru
pendidikan khas dan pentadbir barisan hadapan untuk pelaksanaan Program
Pendidikan Inklusif (PPI). Modul ini perlu dibaca bersama Garis Panduan Program
Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas (MBK). Modul ini berkuat kuasa pada
tarikh Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas
(MBK) dikeluarkan.

Modul ini menjadi panduan untuk semua guru bermula di peringkat pra
sekolah sehingga ke peringkat menengah bagi pelaksanaan PPI. Modul ini
mempunyai 4 topik utama yang dikupas dengan terperinci berserta aktiviti
sokongan yang menarik bagi meningkatkan kefahaman guru dalam PPI di
peringkat sekolah.

Kandungan topik tersebut adalah:

Topik 1 : Program Pendidikan Inklusif

Topik 2 : Pelaksanaan Program Pendidikan

Inklusif Topik 3 : Strategi Khusus Pengajaran dan

Pembelajaran Topik 4 : Strategi Pengurusan Tingkah

Laku

Modul Program Pendidikan Inklusif menerangkan tentang dasar, matlamat,


objektif, definisi dan pendekatan program pendidikan inklusif. Pelaksanaan
Program Pendidikan Inklusif (PPI) menghuraikan langkah pelaksanaan PPI serta
peranan guru pendidikan khas, guru arus perdana dan pentadbir barisan hadapan
dalam program ini. Strategi Khusus Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
menjelaskan pedagogi yang digunakan oleh guru mengikut kategori murid
berkeperluan khas. Strategi Pengurusan Tingkah Laku menceritakan tentang
aspek penilaian tingkah laku, pelan intervensi serta strategi modifikasi tingkah
laku dalam kelas inklusif.
8
Akhir sekali, bagi menilai keberkesanan modul ini, penilaian modul perlu
dilaksanakan sebelum dan selepas kursus/ bengkel dilaksanakan.

1.2 Faedah Pendidikan Inklusif


Pendidikan inklusif memberi peluang kepada murid berkeperluan khas
untuk menjalani PdP serta bergaul bersama murid arus perdana yang lain.
Pendidikan inklusif bertepatan dengan ‘Public Law 94-142 part B’ yang
menyatakan bahawa pendidikan inklusif memberi peluang pendidikan kepada
semua murid berkeperluan khas. Pendidikan inklusif membolehkan murid
berkeperluan khas mendapat hak mengikuti pendidikan dalam suasana yang tidak
terhad. Antara faedah pendidikan inklusif adalah:

i. Meningkatkan penerimaan murid berkeperluan khas dalam kalangan murid


arus perdana dan warga sekolah.
ii. Meningkatkan akses dan peluang murid berkeperluan untuk belajar dalam
persekitaran yang harmoni.
iii. Mengoptimumkan potensi murid berkeperluan dalam setiap
aspek perkembangan.
iv. Menggalakkan pelibatan ibu bapa dalam pendidikan murid berkeperluan
khas.
v. Menanam sikap hormat-menghormati dan menerima perbezaan antara
individu yang berbeza.
vi. Mewujudkan jalinan persahabatan antara murid untuk perkembangan
sosial dan emosi yang sihat.

1.3 Statistik dan Data Pelaksanaan Pendidikan Inklusif di Malaysia

Laporan daripada Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas), KPM (2012) menyebut


bahawa sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan
melaksanakan PPI adalah sebanyak 355 sekolah iaitu 161 sekolah rendah dan
194 sekolah menengah. Hal ini mencatatkan hanya 6% MBK yang diletakkan di
bawah PPI manakala 89% mengikuti PPKI dan 5% mendaftar di Sekolah
Pendidikan Khas (SPK). PPI yang dilaksanakan pula mempunyai pelbagai cara
pengurusan dan pelaksanaan bergantung kepada sekolah tanpa satu cara yang
seragam untuk semua PPI yang dilaksanakan.

9
Enrolmen murid berkeperluan khas dalam Program Pendidikan Inklusif
(PPI) direkodkan bermula pada tahun 2012 dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Peratusan enrolmen ini perlu
ditingkatkan sehingga mencapai 75% pada tahun 2025. Sehingga 2018,
peratusan enrolmen MBK dalam PPI adalah sebanyak 40.54% (data sehingga
Januari 2018).

Rajah 1 : Matlamat peningkatan pencapaian enrolmen murid


berkeperluan khas dalam Program Pendidikan Inklusif bermula
pada tahun 2012 sehingga 2025.

10
4. Isu Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di Malaysia
Terdapat pelbagai isu dalam pelaksanaan PPI di Malaysia.

1. Kesedaran dan Penerimaan


Terdapat segelintir pentadbir dan guru arus perdana belum bersedia
menerima kehadiran murid berkeperluan khas di kelas arus perdana kerana
mereka belum memahami pelaksanaan program pendidikan inklusif di
sekolah.

Mereka berpendapat kehadiran murid ini akan menyukarkan urusan


pentadbiran dan menjejaskan prestasi sekolah. Ini adalah kerana mereka
beranggapan semua MBK mempunyai kemampuan kognitif yang rendah
ekoran daripada masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan
penyelesaian masalah matematik serta ketidakupayaan fizikal dan
pancaindera. Disebabkan hal ini, ia menyebabkan pencapaian dalam
akademik MBK menjadi rendah dan memberi impak kepada pencapaian
keseluruhan prestasi akademik sekolah.

Penerimaan guru dan pentadbir terhadap PPI adalah berkait rapat


dengan kesediaan dan pengalaman mengendalikan murid berkeperluan
khas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kebanyakan guru
arus perdana yang terlibat dalam program inklusif didapati kurang
berpengalaman dan berkemahiran untuk mendidik dan mengajar MBK.

Selain itu, pergaulan antara rakan sebaya bersama MBK adalah


terhad disebabkan rakan sebaya tidak mengenali MBK serta kurangnya
penguasaan kemahiran sosial dan interaksi MBK itu sendiri. Murid
berkeperluan khas kebiasaannya mempunyai tahap keyakinan diri yang
rendah yang menyebabkan mereka tidak yakin untuk bergaul dan
berinteraksi dengan rakan dan guru.

2. Infrastruktur
Pelaksanaan PPI memerlukan infrastruktur yang baik secara fizikal seperti
kelas yang kondusif dan kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU).
Infrastruktur juga melibatkan peralatan sokongan PdP bagi membantu MBK
belajar dengan baik.

11
3. Sistem Sokongan dan Bantuan
Pelaksanaan PPI memerlukan sistem sokongan dan bantuan yang mantap.
Namun begitu, terdapat isu kekurangan bahan bantu belajar (BBB) yang
bersesuaian bagi memenuhi keperluan PdP MBK di kelas arus perdana.
BBB ini amat penting bagi memastikan penyampaian PdP lebih efektif bagi
memahami sesuatu konsep atau kemahiran dalam kurikulum kebangsaan.
Penggunaan BBB adalah berbeza bagi setiap kategori murid yang
mengikuti PPI. Kerjasama dan komunikasi dua hala antara guru pendidikan
khas, guru pendamping MBK dan guru arus perdana adalah amat penting
dalam memberikan bimbingan serta menyediakan BBB yang relevan.

4. Pengurusan Bilik Darjah


Pelaksanaan PPI memerlukan pengurusan bilik darjah yang efektif. Apabila
jumlah murid dalam kelas arus perdana terlalu ramai, guru kurang memberi
tumpuan kepada MBK dalam kelas tersebut. Ini menyebabkan MBK
ketinggalan dalam proses PdP. Di samping itu, guru arus perdana juga
belum menguasai kaedah atau teknik khusus dalam sesi PdP bagi
mengendali MBK. Selain daripada itu, susun atur bilik darjah juga didapati
kurang sesuai bagi memenuhi keperluan MBK di dalam kelas inklusif.

5. Kelayakan Murid untuk Inklusif


Kelayakan MBK untuk diinklusifkan melibatkan beberapa faktor seperti
pencapaian akademik dan tingkah laku yang positif. MBK juga perlu
bersedia dari segi kognitif, emosi dan sosial bagi mengikuti PdP arus
perdana.

6. Penyusunan Jadual Waktu Inklusif Separa


Penyusunan jadual waktu antara arus perdana dan Program Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI) yang tidak selaras mengakibatkan berlakunya
keciciran sesetengah mata pelajaran MBK di PPKI. Oleh yang demikian,
jadual waktu guru pendamping juga turut terjejas. Selain daripada itu,
kekerapan perubahan jadual waktu turut menjadi kekangan kepada
pelaksanaan PPI.

12
1.4.7 Kehendak Ibu Bapa
Sokongan dan kehendak ibu bapa yang tidak selari dengan kesediaan dan
keperluan MBK yang turut menjadi halangan kepada pentadbir, guru arus
perdana dan guru pendidikan khas dalam menempatkan MBK ke PPI.

1.5 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, pelaksanaan PPI diharapkan dapat dilaksana dengan baik
dan menepati garis panduan yang telah ditetapkan. Pentadbir sekolah dan guru
memainkan peranan penting dalam meningkatkan keberkesanan pelaksanaan
PPI. Tanggungjawab pentadbir dan guru berkaitan pelaksanaan pendidikan
inklusif adalah penting agar dapat membantu PPI dilaksanakan dengan baik dan
berkesan. Penghasilan modul ini diharapkan dapat menjelaskan kaedah
pelaksanaan dan peranan individu terlibat dalam PPI bagi meningkatkan akses
peluang pendidikan kepada MBK selaras dengan aspirasi Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dalam transformasi pendidikan negara seperti yang
termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

13
BAB 2

REKA BENTUK

2.1 Objektif

Objektif pelaksanaan modul ini adalah untuk:

1. Memberikan pendedahan kepada pentadbir dan guru tentang pendidikan


inklusif.

2. Meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penerimaan murid inklusif dalam


kalangan pentadbir dan guru.

3. Menyediakan modul latihan untuk pentadbir dan guru yang terlibat dalam
PPI.

2.2 Sasaran

Sasaran pelaksanaan modul ini adalah kepada:

1. Pentadbir sekolah

2. Guru arus perdana

3. Guru pendidikan khas

14
2.3 Kandungan Modul Latihan Pembangunan Profesional Guru (Pendidikan
Inklusif)

TOPIK ISI KANDUNGAN MASA

TOPIK 1 1. Dasar ± 15 min


Program Pendidikan 2. Matlamat
Inklusif 3. Objektif
4. Definisi
5. Program Pendidikan Inklusif
a. Inklusif penuh
b. Inklusif separa
6. Perekodan Data Murid dalam
Aplikasi Pengurusan Data Murid
(APDM)

TOPIK 2 1. Peranan guru arus perdana ± 40 minit


Pelaksanaan Program 2. Peranan guru pendidikan khas
Pendidikan Inklusif 3. Peranan Pembantu Pengurusan
Murid (PPM)
4. Tempoh Percubaan Tiga Bulan di
Kelas Inklusif
5. Transisi ke Program Pendidikan
Inklusif

TOPIK 3 1. Masalah Pembelajaran ± 45 minit

Strategi Khusus 2. Kurang Upaya Penglihatan


Pengajaran
3. Kurang Upaya Pendengaran
dan
Pembelajaran
TOPIK 4 1. Penilaian Tingkah Laku ± 20 minit

Strategi Pengurusan 2. Pelan Intervensi Tingkah Laku


Tingkah Laku
3. Strategi Modifikasi Tingkah Laku

Jadual 1: Kandungan Modul Latihan Pembangunan Profesional Guru (PPI)

15
BAB 3

PEMBANGUNAN MODUL

3.1 TOPIK 1 : Program Pendidikan Inklusif

3.1.1 Dasar

Dasar Pendidikan Inklusif adalah untuk memastikan MBK mendapatkan hak


yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa halangan dan
dapat menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi meningkatkan
kemahiran kehidupan harian mereka; membina keyakinan diri bagi
mencapai potensi yang optimum; seterusnya meningkatkan kesedaran dan
penerimaan warga sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian keupayaan
MBK.

Pelaksanaan PPI mengambil kira dasar dalam dan luar negara.


Deklarasi antarabangsa menyatakan bahawa PPI merupakan satu
pendekatan pendidikan yang terbaik bagi MBK.

Di Malaysia, dasar yang menyokong pelaksanaan PPI seperti yang


berikut:
i) Akta Orang Kurang Upaya 2008:

Akses kepada pendidikan yang sama rata bagi kanak-kanak


kurang upaya juga termaktub dalam Undang-undang Malaysia, Akta
685 di bawah Seksyen 28(1), yang menyatakan bahawa:

“orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan


umum atas asas ketidakupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh
dikecualikan daripada pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tinggi,
atas asas kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak upaya, termasuk latihan
vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat”

16
ii) Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013:

“Pendidikan Khas” ertinya pendidikan bagi murid berkeperluan khas di sekolah


khas atau di sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi
atau Program Pendidikan Inklusif pada peringkat:
(a) pendidikan prasekolah;
(b) pendidikan rendah;
(c) pendidikan menengah; dan
(d) pendidikan lepas menengah

iii) Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas (2015):

Pernyataan Dasar Pendidikan Khas KPM adalah seperti yang berikut:


(a) Memastikan MBK diberi peluang untuk mendapat akses kepada
pendidikan yang sesuai dan relevan.
(b) Memastikan program pendidikan bagi MBK sesuai dan relevan
dengan
kebolehan masing-masing agar dapat berdikari dan menjalani hidup yang
berkualiti.
(c) Memastikan MBK yang berpotensi diberi peluang untuk ditempatkan
secara inklusif di dalam kelas arus perdana selaras dengan prinsip
pendidikan untuk semua.

iv) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:

“Kementerian beriltizam menggalakkan lebih ramai MBK ke dalam program


pendidikan inklusif dan meningkatkan kualiti penyediaannya secara
keseluruhan”

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM)


menunjukkan bahawa komitmen KPM dalam memperkasakan pelaksanaan
PPI secara terancang dan berfokus.

3.1.2 Matlamat

Matlamat PPI adalah untuk meningkatkan akses kepada pendidikan bagi MBK
belajar bersama-sama murid arus perdana dalam persekitaran tanpa halangan.

17
3.1.3 Objektif

Objektif PPI adalah untuk:


i) Memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk belajar dalam
persekitaran tanpa halangan;
ii) membina keyakinan diri MBK bagi mencapai potensi yang optimum;
iii) memastikan MBK dapat menyesuaikan diri dengan murid arus
perdana bagi meningkatkan kemahiran kehidupan harian mereka; dan
iv) meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah
serta
komuniti tentang kepelbagaian keupayaan MBK.

3.1.4 Definisi Program Pendidikan Inklusif

Selaras dengan pernyataan dalam Peraturan-peraturan Pendidikan


(Pendidikan Khas) 2013, definisi PPI adalah seperti di bawah:

“Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid


berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan
khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah
kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

3.1.5 Program Pendidikan Inklusif

Pendidikan inklusif yang bersifat holistik atau menyeluruh bukan sahaja


menekankan kecemerlangan akademik semata-mata tetapi juga merangkumi
perkembangan dan pendekatan potensi lain dalam diri setiap MBK.
Pelaksanaan PPI menggunakan model holistik digambarkan seperti Rajah 2.

18
--- tidak ambil kira dalam
data inklusif

Rajah 2 : Program Pendidikan Inklusif (Model Holistik)

3.1.5.1 Inklusif penuh


MBK belajar bersama-sama murid arus perdana secara sepenuh masa dan
mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik berasaskan
kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubah suai. MBK
turut terlibat dalam aktiviti kokurikulum sebagaimana murid arus perdana
yang lain.

3.1.5.2 Inklusif separa


MBK belajar bersama-sama murid arus perdana dalam inklusif separa
akademik atau inklusif separa bukan akademik.

Inklusif Separa Akademik


MBK belajar di dalam kelas arus perdana bagi sekurang-kurangnya satu
mata pelajaran akademik seperti bahasa Inggeris, bahasa Melayu atau
mana-mana mata pelajaran yang lain.

Inklusif Separa Bukan Akademik


Inklusif separa bukan akademik mengambil kira pelibatan MBK dalam
aktiviti kokurikulum dan sosialisasi.
19
Kokurikulum
MBK yang mengikuti aktiviti kokurikulum berjadual diambil kira sebagai
pelibatan dalam inklusif separa bukan akademik dan data boleh direkodkan
dalam sistem Aplikasi Pengurusan Data Murid (APDM).

Sosialisasi
Merujuk kepada pelibatan MBK dalam aktiviti semasa waktu rehat sekolah,
sambutan Hari Guru, Hari Sukan Sekolah, Hari Kantin atau sebarang aktiviti
ekstra kurikulum yang memberikan peluang MBK berinteraksi dan
bersosial dengan murid arus perdana. Walau bagaimanapun, MBK yang
terlibat dalam inklusif separa sosialisasi tidak direkodkan dalam sistem
Aplikasi Pengurusan Data Murid (APDM).

6. Sokongan PPI Inklusif Penuh dan Inklusif Separa


PPI Inklusif Penuh dan Inklusif Separa dengan sokongan bermaksud MBK
memerlukan sokongan dari aspek:
• Sumber manusia (guru resos/guru pendamping)
• Peralatan Pendidikan Khas (kanta pembesar,
papan kekunci alternatif, pembaris
tetingkap)
• Bahan bantu belajar (BBB)
• Perabot dan infrastruktur
• Prasarana mengikut keperluan MBK

3.1.7 Perekodan Data Murid dalam Aplikasi Pengurusan Data Murid (APDM)

MBK Inklusif Penuh


a) MBK yang berdaftar di kelas arus perdana; dan
b) MBK PPKI yang belajar sepenuhnya di kelas arus perdana.

MBK Inklusif Separa


c) MBK yang berdaftar di kelas PPKI; dan
d)MBK yang belajar sekurang-kurangnya satu mata pelajaran akademik seperti
mata pelajaran bahasa Inggeris, bahasa Melayu atau mata pelajaran elektif
atau terlibat dalam kegiatan kokurikulum bersama-sama murid arus perdana
dan berjadual.

20
Perekodan Kehadiran
Rekod kehadiran MBK PPKI yang mengikuti inklusif penuh direkod di kelas
arus perdana, manakala kehadiran MBK yang mengikuti inklusif separa
dicatat pada kehadiran PPKI.

21
3.1.8 Ujian Kendiri Topik 1 : Program Pendidikan Inklusif

1. Apakah maksud Program Pendidikan Inklusif (PPI)?

Jawapan : Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013


mentakrifkan PPI ialah program pendidikan bagi MBK (MBK)
yang dihadiri oleh MBK bersama-sama murid lain dalam kelas
yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

2. Apakah pendekatan yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


dalam melaksanakan PPI?

Jawapan : Dua pendekatan PPI yang digunakan ialah inklusif penuh dan
inklusif separa.

3. Apakah objektif PPI?

Jawapan : Objektif PPI adalah seperti yang berikut:


i. Memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk
belajar dalam persekitaran tanpa halangan.
ii. Membina keyakinan diri MBK dalam menyesuaikan diri
bersama-sama murid arus perdana bagi mencapai potensi
yang optimum.
iii. Meningkatkan kemahiran kehidupan harian MBK supaya
mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang
dapat memberikan sumbangan kepada negara.
iv. Meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah
serta komuniti tentang kepelbagaian keupayaan MBK.

22
3.2 TOPIK 2 : Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif

1. Pengenalan

Bahagian ini memberi penekanan berkaitan pelaksanaan PPI pada


peringkat sekolah oleh pentadbir dan guru. Modul ini akan memberi fokus
kepada Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif, iaitu Pengajaran dan
Pembelajaran di Kelas Inklusif.

2. Pengajaran dan Pembelajaran PPI di Kelas Inklusif

3.2.2.1 Sekolah yang mempunyai PPKI


a) MBK dalam PPI belajar mengikuti kurikulum
serta
kokurikulum dan pentaksiran arus perdana;
b) laporan perubatan, profil murid, analisis ujian dan rekod
prestasi perlu diambil kira dalam merancang PdP murid;
c) guru arus perdana yang mengajar di kelas inklusif perlu
diberikan pendedahan dalam mengendali MBK;
d) guru pendidikan khas dan guru mata pelajaran perlu
bekerjasama untuk merancang PdP yang sesuai mengikut
keupayaan murid;
e) guru arus perdana menulis Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) seperti biasa dengan memasukkan keperluan
pengajaran khusus MBK;
f) Guru pendamping akan menyediakan RPH berdasarkan
RPH guru arus perdana bertujuan untuk merancang,
mengubah suai aktiviti pembelajaran dan penyediaan BBB
mengikut kesesuaian MBK (bagi guru pendamping yang
mempunyai jadual waktu persendirian atau jadual waktu
kelas PPI);
g) Guru pendamping yang waktu pendampingnya tiada dalam
jadual waktu persendirian atau dalam jadual waktu kelas PPI
akan menyediakan laporan berdasarkan RPH guru arus
perdana bertujuan untuk merancang, mengubah suai aktiviti
pembelajaran dan penyediaan BBB mengikut kesesuaian

23
MBK menggunakan Lampiran H1: Laporan Perkembangan
Prestasi MBK (PPI/MH/2018/LPPMBK/16)
h) guru pendidikan khas dan guru mata pelajaran perlu
bekerjasama untuk merancang dan melaksanakan PdP
(contoh: co-teaching, team teaching, collaborative teaching)
yang sesuai mengikut tahap keupayaan murid (Rujuk
Panduan Pelaksanaan Pedagogi Inklusif);
i) penulisan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi MBK
yang mengikuti PPI boleh dibuat bagi memastikan keperluan
intervensi yang bersesuaian dapat dilaksanakan;
j) MBK yang mengikuti inklusif penuh boleh dikecualikan
daripada penyediaan RPI (Rujuk Bab 5: Kod Amalan
Pendidikan MBK); dan
k) PKPK/ Penyelaras PPKI/ Guru pendamping menyediakan
Analisis Pencapaian MBK enam (6) bulan sekali.

2. Sekolah Tanpa PPKI

a) MBK dalam PPI belajar menggunakan kurikulum


kebangsaan;
b) pengubahsuaian kaedah pengajaran, penyediaan bahan dan
penyampaian boleh dilakukan bagi memudahkan MBK
menerima pembelajaran;
c) laporan perubatan, profil murid, analisis ujian dan rekod
prestasi hendaklah digunakan bagi merancang pengajaran
murid;
d) guru arus perdana yang mengajar di dalam kelas inklusif
perlu diberi pendedahan dalam mengendalikan MBK.
Pendedahan dalam mengendalikan MBK boleh diperoleh
dari JPN/ PPD/ Jurulatih Utama Pusat/ Jurulatih Utama
Negeri/ guru pendidikan pendidikan Khas di sekolah
berhampiran;
e) guru arus perdana menulis RPH seperti biasa dengan
memasukkan keperluan pengajaran khusus MBK; dan
f) guru arus perdana dan guru pendamping secara bersama-
sama menyediakan analisis pencapaian (jika perlu).
24
3. Laporan Prestasi MBK di dalam Kelas Inklusif

a) Cadangan laporan prestasi ialah sekali untuk setiap bulan


secara mingguan/ bulanan mengikut keperluan MBK.
b) MBK yang mengikuti PPI, guru pendamping hendaklah
menyediakan Analisis Pencapaian MBK enam (6) bulan
sekali.
c) laporan berkenaan hendaklah diserahkan kepada Penolong
Kanan Pendidikan Khas (PKPK)/ PKP sebagai rekod.
d) perkembangan prestasi MBK yang mengikuti PPI boleh
dibincangkan dari semasa ke semasa atau dibincangkan di
dalam Mesyuarat Panel Penempatan dan JPKS.
e) laporan berkenaan perlu disimpan di dalam fail sebagai
rekod.

3. Peranan Pentadbir Sekolah

Pengetua/ Guru Besar


i) Melaksanakan PPI mengikut garis panduan yang disediakan;
ii) merancang, menubuhkan dan mempengerusi JPKS; dan
iii) mengurus PCG bagi kegunaan MBK di PPI sama ada yang mengikuti
PPI secara inklusif penuh atau inklusif separa adalah mengikut
peraturan kewangan dan kelulusan kewangan semasa.
(*Mengikut perubahan peraturan kewangan dari semasa ke semasa)

Penolong Kanan (PK) Pentadbiran, PK Hal Ehwal


Murid, PK Kokurikulum, PK Petang (bagi sekolah yang
tiada PPKI)
i) Membantu menyelaras pelaksanaan PPI;
ii) membantu menguruskan mesyuarat JPKS;
iii) mengenal pasti MBK yang berpotensi untuk mengikuti PPI;
iv) memantau perkembangan pencapaian MBK di PPI;
v) membantu memastikan keperluan buku teks MBK disediakan dan
mencukupi untuk MBK di PPI;
vi) menyelaras permohonan Elaun Murid Khas (EMK) bersama-sama
Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah (JBPS) seperti pada
SPK2/2018; 25
vii) membantu merancang dan melaksanakan LDP kepada semua guru
yang berkaitan;
viii) memohon sokongan guru pendamping yang mempunyai PPKI dari
sekolah berhampiran melalui PPD atau JPN (bagi negeri yang tiada
PPD);
ix) merancang dan menyusun jadual waktu bagi guru pendidikan khas
yang berperanan sebagai guru pendamping (jika perlu);
x) membimbing (coaching and mentoring) guru-guru yang terlibat dalam
PPI; dan
xi) menyediakan dan menyelaras data MBK di PPI untuk keperluan JPN/
PPD.

Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras PPKI (Sekolah yang


ada PPKI)
i) Bekerjasama dengan PK Pentadbiran, PK HEM, PK Kokurikulum dan
Penyelia Petang dalam melaksanakan PPI di sekolah mengikut garis
panduan yang disediakan;
ii) membantu pihak pentadbiran menubuhkan dan menguruskan
mesyuarat JPKS;
iii) mengenal pasti MBK yang berpotensi untuk mengikuti PPI;
iv) memantau perkembangan pencapaian MBK di PPI;
v) mengenal pasti guru pendidikan khas yang boleh diberikan peranan
sebagai guru pendamping;
vi) bekerjasama dengan GPK Pentadbiran dalam merancang dan
menyelaras LDP kepada guru arus perdana dan guru pendidikan khas;
vii) merancang dan menetapkan jadual waktu bagi guru pendidikan khas
yang berperanan sebagai guru pendamping tanpa menambah
bilangan waktu pengajaran sedia ada.
viii) bekerjasama dengan PK Pentadbiran dalam menjalankan bimbingan
(coaching and mentoring) guru-guru yang terlibat dalam PPI;
ix) menyediakan dan menyelaras data MBK di PPI yang berkaitan
dengan PPI untuk keperluan JPN/ PPD;
x) menyedia dan membentangkan cadangan nama murid, maklumat
murid dan kelas yang terlibat untuk pelaksanaan PPI dalam Mesyuarat
JPKS;

26
xi) memastikan semua aktiviti berkaitan pelaksanaan pelaksanaan PPI di
sekolah didokumenkan;
memastikan
xii) keperluan murid di kelas inklusif disediakan;
melaksanakan
xiii) proses transisi dengan memperkenalkan murid ke kelas
inklusif;
menyediakan
xiv) Laporan Tempoh Percubaan Tiga (3) Bulan dengan
kerjasama guru arus perdana;
xv) menyediakan analisis prestasi dan pencapaian MBK di PPI; dan
xvi) PKPK/Penyelaras PPKI memastikan semua aktiviti
berkaitan pelaksanaan PPI di sekolah didokumentasikan.

4. Peranan Guru Arus Perdana


Semua guru arus perdana perlu membantu pihak pentadbir menjayakan
pelaksanaan PPI.

i) Guru Kelas
a) Menjadi ahli JPKS;
b) mengemas kini data dan profil MBK dalam APDM seperti Elaun
Murid Khas (EMK), Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan
yang berkaitan;
c) merekod kehadiran MBK di PPI;
d) memastikan kebajikan MBK dijaga;
e) bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan bagi membantu
MBK didaftarkan sebagai Calon Berkeperluan Khas (CBK);
f) menyediakan laporan prestasi MBK; dan
g) bekerjasama dengan guru mata pelajaran dan guru pendidikan
khas bagi membuat pemilihan “rakan inklusif” untuk MBK di PPI.

ii) Guru Mata Pelajaran yang Mengajar Kelas Inklusif


a) Menjadi ahli JPKS;
b) menerima kehadiran dan memastikan keberadaan MBK di kelas
inklusif;
c) bekerjasama dengan guru yang diberi peranan sebagai guru
pendamping dalam merancang RPH berpandukan kurikulum
kebangsaan;
27
d) melaksanakan PdP dengan menggunakan kaedah dan strategi
yang bersesuaian;
e) bekerjasama dengan guru yang diberikan peranan sebagai guru
pendamping untuk menjaga kebajikan MBK;
f) melaporkan perkembangan dan pencapaian akademik MBK; dan
g) meningkatkan pengetahuan dengan menghadiri latihan berkaitan
PPI.

iii) Guru Bimbingan dan Kaunseling


a) Memberikan khidmat bimbingan dan kaunseling kepada MBK
dan ibu bapa/ penjaga mereka;
b) menyediakan laporan tentang khidmat kaunseling untuk MBK;
c) bekerjasama dengan guru arus perdana/guru pendidikan khas
untuk menjaga kebajikan MBK; dan
d) merancang dan melaksanakan program bersama-sama guru
arus perdana/guru pendidikan khas untuk MBK.

iv) Guru Disiplin


a) Bekerjasama dengan pentadbir, guru arus perdana dan/atau guru
pendidikan khas berkaitan masalah tingkah laku MBK; dan
b) merekod dan menyediakan laporan atau maklumat berkaitan
disiplin bagi murid yang terlibat.

v) Guru Pemulihan Khas


a) Mengenal pasti MBK yang berada di kelas arus perdana
direkodkan sebagai murid inklusif; dan
b) mengenal pasti MBK yang berada dalam kelas Pemulihan Khas
bagi ditempatkan dalam PPI (bagi sekolah yang tiada PPKI).

vi) Guru Penyelaras SPBT Sekolah


a) Mengurus pesanan, pengagihan dan pemulangan buku teks Skim
Pinjaman Buku Teks (SPBT) MBK.

28
3.2.5 Setiausaha PPI
i. Bagi sekolah yang mempunyai PPKI perlu dilantik dalam kalangan guru
pendidikan khas. Keutamaan diberikan kepada guru pendidikan khas
yang telah menghadiri kursus PPI;
ii. bagi sekolah yang tiada PPKI, dicadangkan dilantik dalam kalangan
guru bimbingan dan kaunseling atau guru yang menguruskan kebajikan
murid;
iii. menyediakan urusan surat menyurat JPKS;
iv. membantu melaksanakan PPI mengikut garis panduan yang
disediakan; dan
v. membuat dokumentasi pelaksanaan PPI.

3.2.6 Peranan Guru Pendidikan Khas

i. Guru pendidikan khas yang ditempatkan di sekolah harian biasa yang


mempunyai PPKI berperanan sebagai guru pendamping kepada MBK di
kelas inklusif. Guru pendidikan khas boleh berperanan sebagai guru
pendamping berdasarkan keperluan MBK di PPI yang mengikuti inklusif
separa atau penuh. Guru pendamping hendaklah dilantik oleh pentadbir
sekolah.
ii. Bagi MBK penglihatan yang berada di PPI, guru resos hendaklah dilantik
bagi membantu MBK di kelas inklusif. (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil
6/2007: Garis Panduan Bidang dan Tanggungjawab Guru Resos
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan).
iii. Peranan guru pendidikan khas sebagai guru pendamping:
a) Mengenal pasti MBK dalam kelas masing-masing yang berpotensi
untuk diinklusifkan;
b) mentadbir Senarai Semak Kesediaan Inklusif (SSKI) berdasarkan
panduan yang disediakan;
c) melengkapkan borang pencapaian murid berdasarkan SSKI dan
menyediakan senarai nama MBK yang ‘bersedia’, ‘kurang bersedia’
dan ‘tidak bersedia’ untuk diinklusifkan;
d) melaksanakan pentaksiran akademik kepada MBK yang “bersedia”
dan MBK ‘kurang bersedia’ dirujuk kepada pasukan pelbagai
disiplin (MDT);

29
e) melengkapkan borang cadangan penempatan ke kelas inklusif bagi
setiap MBK yang layak;
f) guru melengkapkan surat penempatan MBK di PPI dan
menetapkan perjumpaan bersama ibu bapa/ penjaga;
g) mempunyai pengetahuan dalam mata pelajaran yang diikuti oleh
MBK di PPI;membimbing dan membantu MBK semasa PdP
h) menyediakan RPI dan pelaporan kepada MBK mengikut keperluan
i) membantu guru mata pelajaran merancang RPH dan bekerjasama
menjayakan PdP menggunakan pendekatan pengajaran bersama
(team teaching/ co-teaching dan lain-lain);
j) memantau perkembangan prestasi dan pencapaian MBK di PPI;
dan
k) bekerjasama dengan guru kelas dan guru mata pelajaran bagi
membuat pemilihan “rakan inklusif” untuk MBK di PPI.
l) Memantau perkembangan MBK di PPI.

7. Peranan Pembantu Pengurusan Murid (PPM)


i. Menghantar dan mengambil MBK yang mengikuti inklusif separa; dan
ii. membantu menyediakan keperluan MBK.

30
3.2.8 Ujian Kendiri Topik 2 : Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif

1. Apakah perbezaan peranan Guru Pendidikan Khas dan Guru Arus Perdana dalam
pelaksanaan PPI?

Jawapan :

Guru Pendidikan Khas Guru Arus Perdana


Peranan Guru Pendidikan Khas Guru kelas dan/atau guru mata
adalah sebagai Guru Resos/ guru pelajaran yang bertanggungjawab
pendamping (mana-mana yang untuk mendidik MBK menggunakan
berkaitan) kepada guru mata pendekatan PdP yang berkesan.
pelajaran.
Berusaha untuk menggalakkan
persekitaran inklusif dalam sesi PdP.

2. Berapa lamakah tempoh percubaan bagi MBK yang mengikuti PPI?

Jawapan : MBK yang mengikuti PPI perlu menjalani tempoh percubaan


tidak melebihi tiga (3) bulan.

3. Adakah pihak pentadbir sekolah boleh mengasingkan keputusan peperiksaan awam


MBK yang berada di PPI?

Jawapan : Ya. Pihak Pentadbir Sekolah boleh mengasingkan keputusan


peperiksaan awam MBK yang berada di PPI berdasarkan Surat
Pekeliling Iktisas Bil. 23/1998 Kebenaran Bagi Murid-murid
Menduduki Peperiksaan Awam.

31
3. TOPIK 3: Strategi Khusus Pengajaran dan Pembelajaran

Bahagian ini memberi fokus kepada strategi khusus PdP yang memaparkan serba
sedikit maklumat berkaitan MBK (MBK) seperti aspek ciri-ciri murid, panduan
pengajaran, amalan atau pendekatan khusus pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, MBK


bermaksud murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli
audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada
dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai
ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan
pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran atau mana-mana
kombinasi atau ketidakupayaan serta masalah yang telah dinyatakan di atas.
Murid ini mempunyai tahap kognitif yang pelbagai, atau berkemungkinan juga
mempunyai masalah tingkah laku, komunikasi serta masalah-masalah lain.

Strategi khusus PdP turut membincangkan keperluan PdP dan


mencadangkan sokongan secara spesifik untuk setiap kategori murid, namun guru
boleh menggunakan mana-mana strategi yang dicadangkan bagi kategori
ketidakupayaan berlainan yang mana difikirkan munasabah dan sesuai. Guru juga
digalakkan menggunakan kreativiti masing-masing dalam melaksanakan sesi PdP
bersama-sama MBK.

1. Masalah Pembelajaran

Masalah Pembelajaran Spesifik (Disleksia/Disgrafia/Diskalkulia)


a. Menggunakan arahan ringkas serta ayat yang pendek dan jelas, tulis atau
lukis gambar ketika memberi setiap penerangan atau arahan sekiranya perlu.
b. Kaedah pengulangan atau latih tubi boleh digunakan bagi mengukuhkan
penguasaan 3M dan keupayaan masteri.
c. Memastikan murid memberi perhatian semasa guru memberi penerangan
dan
arahan contohnya dengan menyebut nama murid tersebut.
d. Perkenalkan pasangan (buddy/rakan inklusif) dalam kalangan rakan sekelas
bagi membantu mereka membaca, memahami dan melaksanakan tugasan
dengan lebih baik. Pasangan buddy/rakan inklusif ini perlu terdiri daripada
seorang atau lebih murid yang bersedia untuk membantu rakannya.

32
e. Menyediakan aktiviti berbentuk langkah-langkah kecil dan rangka kerja untuk
menggalakkan pencapaian objektif pembelajaran.
f. Memeriksa pemahaman murid secara berkala dengan cara menggalakkan
murid menerangkan aktiviti yang sedang atau telah selesai dilakukan.
g. Menggalakkan murid mengaitkan objektif pembelajaran dengan pengetahuan
sedia ada (sebagai contoh, menggalakkan murid mengaitkan objektif
pembelajaran dengan aktiviti seharian atau pengalaman yang pernah dilalui).
h. Menggunakan minat dan kekuatan murid dalam merancang aktiviti atau
menentukan peneguhan positif yang sesuai untuk murid.
i. Mempamerkan objektif pembelajaran atau objektif aktiviti secara ringkas
sepanjang waktu (gunakan papan kenyataan dan visual yang jelas) selaras
dengan Pembelajaran Abad ke 21 (PAK-21).
j. Apabila menanda hasil tugasan murid, penandaan hendaklah dibuat awal
agar minda murid masih boleh mengingati dan mengikuti bimbingan guru.
k. Jalinan kerjasama yang kukuh antara ibu bapa dengan pihak sekolah amat
perlu bagi mewujudkan kesinambungan pembelajaran murid di rumah.
l. Penyediaan bahan bantu belajar yang kreatif, menarik perhatian dan pelbagai
adalah penting bagi meningkatkan minat murid.
m. Penggunaan peralatan teknologi atau peralatan pendidikan khas seperti kad
gambar, jadual visual atau menggunakan kaedah bercerita boleh
mewujudkan interaksi dua-hala dan situasi sosial di dalam kelas.
n. Membaca
• Menggunakan kaedah sight read words pada awal proses membaca.
• Murid hanya perlu mengetahui sesuatu perkataan berdasarkan
susunan atau bentuk abjad sebelum mengenal abjad satu persatu.
• Mengajar perkataan penting yang bermakna bagi murid terlebih
dahulu. Kemudian, bina ayat mudah dan seterusnya membuat buku
bacaan peribadi bagi murid.
• Menggunakan bahan berstruktur yang spesifik seperti story boards,
cloze activities dan rangka cerita bervisual bagi membantu
meningkatkan pemahaman
o. Matematik atau Nombor
• Gunakan bahan konkrit dan maujud dalam aktiviti praktikal (hands-
on).

33
• Memaksimakan penggunaan visual untuk menyokong proses
pembelajaran.
• Membahagikan aktiviti kepada langkah-langkah kecil dan memberi
peluang untuk MBK berlatih secara berulang berserta dengan
peneguhan positif.
• Menggunakan pelbagai jenis aktiviti bagi mengasah kemahiran
yang telah dipelajari untuk konteks yang berbeza.
• Mengaitkan matematik dengan kehidupan sebenar dan kemahiran
hidup sebanyak yang mungkin.

Disleksia
a. Guru mengguna sekurang-kurangnya 2 warna kapur/ marker yang berlainan
semasa menulis pada papan hitam/putih dan selang selikan warna tersebut.
Kaedah ini boleh mengurangkan kekeliruan murid untuk membaca/menyalin
baris ayat dan membantu mereka membaca/menyalin dengan lebih baik.

b. Guru juga boleh menulis nombor pada setiap garisan tulisan pada awal atau
akhir tulisan tersebut.

c. Sedia helaian kerja/nota yang mesra disleksia dan mempunyai ciri-ciri berikut;
• Warna kertas: (Warna Cream/Beige) Sebilangan murid disleksia
tidak selesa dan berasa susah apabila membaca cetakan tulisan
hitam pada kertas berwarna putih. Bagi pandangan kebanyakan
murid disleksia, huruf-huruf pada kertas putih menjadi kabur dan
bergerak-gerak.
• Jenis tulisan: Comics San, Tahoma, dan Arial lebih mesra
disleksia dan mampu mengurangkan kekeliruan untuk murid
disleksia membaca. Elakkan menggunakan font jenis ‘Serifs’
kerana ia boleh mengelirukan.
• Saiz tulisan: 14pt atau lebih besar.
• Teks: Elakkan teks yang panjang, gunakan ‘bullet point’. Senggang
1.5 atau berganda bagi memudahkan pembacaan. Teks tidak perlu
‘justify’ kerana ruang memanjang antara perkataan boleh
membuatkan teks sukar untuk dibaca. Warnakan perkataan yang
ingin ditekankan atau penting.

34
Rajah 3 : Contoh Helaian Kerja Yang Sesuai Untuk Murid Disleksia

d. Sebilangan murid disleksia akan lebih mudah membaca dengan menggunakan


kad transparensi berwarna yang diletakkan di atas helaian teks. Cuba beberapa
warna yang berbeza untuk menentukan keserasian warna untuk murid dan
murid perlu diberikan pilihan untuk menggunakan kad transparensi atau tidak.
Selain kad trasparensi, guru juga boleh membuat kad fokus membaca.

e. Sediakan kata kunci yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran. Perkenalkan


kata kunci yang relevan sebelum memperkenalkan topik baharu. Ini boleh
mengurangkan tekanan dan kebimbangan murid disleksia. Kata kunci ini boleh
berbentuk kad flash, power point atau poster.

f. Latih murid menggunakan peta minda/ peta konsep/ carta alir/ bullet points.
Kaedah ini boleh membantu murid merancang penulisan atau memahami topik
pelajaran dengan lebih berkesan kerana penggunaan tulisan adalah minimal
dan gambaran lebih menyeluruh.

g. Gunakan teknik multisensori. Murid disleksia biasanya belajar dengan lebih baik
apabila pembelajaran menggabungkan beberapa kombinasi auditori, visual,
dan input sentuhan-kinestetik. Guru boleh cuba menggabungkan beberapa
teknik yang berbeza seperti berikut:

35
Visual Auditori Kinestatik
Pembelajaran melalui: Pembelajaran melalui: Pembelajaran melalui:
• Visual/pemerhatian • dengar/ cakap • perbuatan
 Peta minda  Nyanyian  Action songs
 Video  Arahan lisan  Guna bahan konkrit
 Carta alir  Mengeja dengan seperti plastesin

rentak/ intonasi untuk membentuk


 Gambar huruf
 Mendengar
 Diagram/ Rajah rakaman Suara  Guna abjad dalam
 bentuk konkrit untuk
mengeja perkataan

 Mengeja perkataan
pada pasir
menggunakan jari
 Guna bahan konkrit
untuk pengiraan

Jadual 2: Teknik Multisensori

h. Perkenalkan rakan membaca, ‘buddy’ atau rakan inklusif’ untuk murid disleksia
bagi tujuan membantu mereka membaca dengan lebih lancar. Teknik-teknik asas
adalah;
• Pasangan Membaca membantu membaca teks dengan suara yang boleh
didengari oleh murid disleksia.
• Pasangan dan murid disleksia membuat bacaan secara bergilir-gilir.
• Perkataan yang susah dibacakan oleh pasangan murid disleksia.
• Pasangan memberi komentar kepada murid disleksia secara positif serta
dorongan untuk membaca dengan lebih baik.

i. Apabila menanda hasil tugasan murid, guru perlu cuba menanda secara positif
berfokuskan hasil yang betul. Murid boleh menjadi kurang bemotivasi apabila
selalu menerima hasil tugasan yang mempunyai banyak tanda salah. Contoh
cara menanda hasil tugasan murid disleksia adalah seperti berikut:

36
• Minimakan bilangan kesalahan dengan memberikan tugasan yang mudah
agar murid bermotivasi untuk terus belajar. Tumpukan kepada tiga
kesalahan sahaja.
• Beri tips untuk mengelakkan kesalahan yang sama pada masa akan
datang.
• Kenal pasti tiga jawapan atau aspek positif dalam hasil kerja tersebut.

j. Guru juga boleh membantu murid untuk menyiapkan tugasan dengan cara;
• Memastikan murid menyalin tugasan atau kerja rumah dengan betul.
• Memastikan masa untuk menyiapkan tugasan adalah mencukupi.
• Kurangkan aras kesukaran dan bilangan kerja rumah berbanding murid
arus perdana.Elakkan penulisan soalan atau ayat yang tidak berkaitan
dengan topik.
• Format tugasan dalam bentuk audio atau oral lebih memudahkan murid
disleksia berbanding tulisan.
• Benarkan murid untuk menyiapkan tugasan atau kerja rumah dengan
komputer terutamanya subjek yang melibatkan bahasa Inggeris. Ini kerana
ejaan boleh dibetulkan secara auto correct melalui perisian Microsoft
Word.
• Benarkan murid menjawab soalan tugasan atau kerja rumah
menggunakan peta minda dan ilustrasi atau carta alir.
k. Penggunaan reader dan spellchecker boleh membantu murid disleksia membuat
tugasan secara kendiri.

37
Autisme
a. Kiu Masa (Jangkaan Masa)
• Ingatkan murid Autism Spectrum Disorder (ASD) mengenai setiap
perubahan yang akan berlaku dalam tempoh masa lima minit dan satu
minit lagi bagi mengurangkan rasa tidak selesa murid serta memberi
kesediaan kepada murid ASD apabila wujud proses transisi, sama ada
perubahan daripada satu subjek (matematik) kepada subjek (Bahasa)
yang seterusnya atau perubahan dalam aktiviti.
• Gunakan kiu visual atau “timer‟ untuk meningkatkan pemahaman dan
memudahkan transisi aktiviti.

b. Kiu Visual
i. Gunakan strategi yang berkesan bergantung kepada tahap dan keperluan
individu seperti mengajar murid menggunakan strategi menenangkan diri
jikalau dia tidak dapat mengawal perasaan marahnya.
ii. Banyakkan penggunaan strategi visual seperti penggunaan objek, gambar,
lukisan dan perkataan bertulis kerana majoriti murid ASD adalah lebih
cenderung kepada pembelajaran secara visual. Ini dapat memberi
maklumat dengan lebih jelas dan mudah difahami oleh murid. Misalnya
jadual visual, sistem kerja, susunan kerja dan sebagainya.

c. Modelling
Guru mesti menunjuk cara bagi membuat sesuatu kemahiran supaya murid
dapat melihat contoh dengan jelas. Misalnya, jika guru mahu murid
meletakkan kasut di satu tempat khusus sebelum masuk ke kelas, guru perlu
mendemonstrasikan perlakuan tersebut.

d. Sensory Break
Beri peluang untuk murid berehat seketika (instructional pause) setelah selesai
sesuatu tugasan. Ini adalah kerana sesetengah murid ASD perlu berjalan-
jalan di dalam kelas atau meregangkan badan.

38
e. Peneguhan
Gunakan minat, kekuatan, kemahiran, bidang kecenderungan dan ganjaran
sebagai sebahagian daripada alat pengajaran. Cara ini dapat membantu murid
berinteraksi dengan murid lain berdasarkan aktiviti tertentu.

f. Pembelajaran Berstruktur
Merancang, menyediakan dan memberi tugasan PdP secara berstruktur
seperti
memberi jangkaan susunan jadual aktiviti yang bakal dilaksanakan seharian di
dalam kelas.

g. Pembelajaran Mediatif
i. Pengajaran berbantukan komputer
ii. Penggunaan simbol-simbol grafik yang menarik bukan sahaja membantu
murid mengingat malah menyokong pemahaman mereka.

h. Guru pendamping, guru pendidikan khas atau ibu bapa (melalui modul ibu
bapa peringkat sekolah)
sebaik-baiknya merupakanboleh membantu
orang yang PdP murid ASD
memahami di dalam
tentang kelas.
murid ASD.
Individu ini yang kukuh antara ibu bapa dengan
Kolaboratif pihak sekolah
membolehkan kesinambungan pembelajaran berlaku. bagi

i. Pembantu Pengurusan Murid (bagi sekolah yang mempunyai Program


Pendidikan Khas Integrasi) atau rakan sekelas boleh menjadi penulis kepada
MBK Autism yang mengalami masalah pergerakan dan masalah motor.
Mereka boleh membantu mencatat jawapan, idea dan pemikiran murid.

j. Khidmat sokongan daripada pasukan pelbagai disiplin seperti Terapis


Pertuturan Bahasa, Terapis Carakerja, atau Psikologis Pendidikan diperlukan
untuk membentuk matlamat sosial dan akademik MBK Autism.

k. Penggunakan Picture Exchange Communication System (PECS), jadual visual


atau kaedah bercerita untuk meningkatkan interaksi sosial dua hala dan
pemahaman situasi sosial di dalam kelas.

39
Sindrom Down (Down Syndrome)

a. Guru menggalakkan kemahiran berinteraksi dengan murid dan memahami


pergaulan sosial melalui PdP yang tersusun seperti aktiviti dalam kumpulan
yang kecil (3-4 murid dalam satu kumpulan).

b. Sensory Break
• Mengadakan rutin semasa waktu rehat untuk menggalakkan pergaulan
dengan rakan sebaya sebagai contoh mengadakan aktiviti atau
permainan yang digemari oleh murid yang mengalami Sindrom Down.
• Mengadakan aktiviti yang pendek atau memastikan terdapat masa rehat
yang pendek tetapi kerap dalam aktiviti yang panjang.

c. Komunikasi Seluruh
• Tingkatkan kemahiran bertutur dengan penggunaan lebih dari satu
medium untuk berkomunikasi dengan MBK Sindrom Down, sebagai
contoh berkomunikasi dengan pertuturan yang dibantu dengan visual,
bahasa isyarat atau kiu bagi memastikan murid memahami maklumat
yang ingin disampaikan.

d. Kemahiran Motor dan Fizikal


• Gunakan kertas yang bersaiz sesuai dengan keupayaan motor halus
MBK Sindrom Down (jarak garisan, saiz petak dan sebagainya).
• Alat tulis yang diubah suai (bersaiz besar atau mempunyai grip).
• Membiasakan murid Sindrom Down memerhati cara penggunaan
alatan/ bahan sebelum murid mengendalikan alatan.
• Jika murid masih belum boleh menulis dengan baik tetapi boleh
menggunakan papan kekunci dan tetikus dengan kompeten,
penggunaan komputer adalah disyorkan bagi membantu aktiviti
menulis atau melukis.

e. Kiu Visual
Memberikan bantuan pemprosesan visual dan memori visual seperti:
• Mempamerkan objektif pembelajaran atau objektif aktiviti secara ringkas
sepanjang waktu (gunakan papan kenyataan dan visual yang jelas).

40
• Menyediakan jadual kelas dan jadual individu yang menggunakan visual
yang menarik untuk memastikan MBK Sindrom Down dapat
memberikan perhatian dan tumpuan kepada PdP.
• Memberikan murid contoh yang jelas untuk mencapai objektif aktiviti.
• Menggunakan visual dan tulisan untuk memastikan murid dapat
memberi perhatian dan memahami arahan atau objektif aktiviti.
• Menghasilkan buku panduan visual yang mengandungi maklumat
penting (contoh; peraturan sekolah, prosedur kecemasan) bagi murid.
• Menggunakan buku teks atau bahan bantu mengajar yang
mengandungi visual dan gambar rajah serta mengubah suai aktiviti
dengan menggunakan kiu visual dan tulisan.
• Memberi tumpuan kepada kata kunci atau maklumat penting di dalam
objektif pembelajaran.
• Menggunakan bahan maujud dan kiu visual secara meluas dalam
aktiviti pembelajaran.
• Menggabungkan teknologi dalam aktiviti terutamanya bagi murid yang
mempunyai kemahiran belajar menggunakan visual.

Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)

a. Memberi kiu atau signal melalui bunyi atau aktiviti untuk menandakan
permulaan sesi PdP atau aktiviti setiap kali sesi akan dimulakan.
b. Menyenaraikan aktiviti PdP di papan putih sebelum memulakan kelas.
c. Memberitahu murid apa yang perlu dicapai dan bahan yang diperlukan dalam
sesi PdP pada setiap permulaan sesi.
d. Sentiasa kekalkan pandangan mata dengan murid bagi mengekalkan
tumpuannya terhadap PdP.
e. Menggunakan lebih banyak bahan bantu belajar (BBB) secara visual seperti
carta, gambar dan kod warna.
f. Menyediakan ringkasan nota bagi memudahkan murid menyalin nota dengan
teratur semasa guru mengajar.
g. Pelbagaikan aktiviti PdP yang melibatkan pergerakan badan dan permainan.
h. Sentiasa ingatkan murid untuk tumpukan perhatian terhadap tugasan yang
diberikan seperti melalui sentuhan badan atau memberi murid nota kecil.
i. Memberi kelonggaran untuk murid berehat beberapa kali atau apabila perlu.

41
j. Jika murid melakukan pergerakan badan (fidgeting) di dalam kelas, minta
murid lakukan aktiviti mudah yang lain seperti memicit bola getah bagi
mengurangkan gangguan terhadap murid lain.
k. Mengelakkan daripada meminta murid menyelesaikan tugasan yang sukar
dihadapan murid lain.
l. Menyediakan kod warna bagi setiap bahan pengajaran mengikut subjek.
m. Memendekkan arahan dan jelaskan dengan terperinci tugasan yang perlu
diselesaikan di rumah.
n. Memberi masa kepada murid untuk menyusun bahan dan tugasan sebelum
meninggalkan kelas.
o. Menggunakan buku catatan, kalendar atau buku perancangan (planner) bagi
membantu MBK ADHD fokus pada tugasan yang diberikan secara sistematik.

Kurang Upaya Intelektual

p. Bagi murid yang mempunyai masalah kurang upaya intelektual, pendekatan


PdP perlu berfokus kepada memberi akomodasi dan strategi instruksional
yang sesuai dengan kelemahan murid.

q. Antara contoh pendekatan yang boleh digunakan adalah:


• Graphic Organiser
Penggunaan graphic organiser dalam bentuk tulisan dan gambar
memudahkan murid untuk mengikuti PdP. Sebagai contoh, graphic
organiser yang biasa digunakan adalah carta alir, peta pemahaman dan
peta minda. Guru boleh menyediakan lembaran kerja dan murid boleh
mengisi tempat kosong semasa PdP berlangsung.
• Chunking
Kaedah ini melibatkan pengumpulan elemen yang berkaitan dalam satu
unit kecil. Unit-unit ini memudahkan proses mengingat dan
meningkatkan perhatian murid. Kaedah ini lebih efektif jika digunakan
bersama dengan kiu visual dan teknologi.
• Mnemonic
Kaedah ini meliputi prosedur sistematik bertujuan untuk menggalakkan
ingatan melalui pemberian kiu yang efektif (contoh: perkataan, ayat atau
gambar).

42
Michael = merah Kawan = Kos
Jackson = jingga
Kena = Saya = Sin
kuning
Halau = hijau Takut = Tan
Balik =
biru Hantu =
India = Hypotenus
Indigo Rajah 4: Contoh Penggunaan Mnemonic
Utara = Ungu
• Penetapan Matlamat
Pendekatan menetapkan matlamat berdasarkan
minat dan
kecenderungan murid boleh meningkatkan motivasi untuk murid
belajar dan mengambil bahagian dalam aktiviti di kelas.
• Penyelesaian Masalah
Pendekatan PdP yang menggalakkan
penyelesaian masalah menggunakan contoh sebenar
seperti situasi rutin kehidupan harian
murid. Ini boleh membantu mereka agar lebih berdikari dan
meningkatkan keyakinan diri.

Kurang Upaya Fizikal

a. Murid kurang upaya fizikal yang mempunyai aras kognitif normal dan boleh
mengikuti pembelajaran seperti murid arus perdana dengan bantuan
sokongan serta peralatan pendidikan khas yang sesuai dengan keperluan
murid berkenaan.
b. Cadangan aktiviti adalah mengambil kira keupayaan murid.
c. Pastikan murid mempunyai peluang untuk terlibat dengan aktiviti pendidikan
jasmani atau ko-kurikulum dengan mengubahsuai alatan seperti penggunaan
basikal tiga roda, kerusi roda dan sebagainya.
d. Menyediakan kemudahan penggunaan alat berbantu seperti komputer untuk
PdP murid.
e. Dalam memastikan murid memperolehi kemahiran menulis, guru boleh
• Menggunakan saiz tulisan yang sesuai untuk tujuan memudahkan
murid untuk mengecam huruf, perkataan atau nombor.
43
• Menggunakan saiz dan ruang garisan yang lebih besar bagi
memudahkan murid menulis.
• Menggunakan papan kekunci alternatif bagi MBK yang sangat sukar
untuk memegang pensel atau lemah motor halus untuk menulis.
• Menggunakan pelekat serbaguna (“blu-tack”) untuk membantu
menetapkan kedudukan kertas supaya tidak bergerak.
• Gunakan papan bermagnet, pembaris dan alatan geometri yang
berpelekat magnet bagi membantu murid melukis atau membuat
rajah.
• Menggunakan helaian kertas yang dikepilkan pada papan berklip
untuk menggantikan buku nota sekolah.
• Menyediakan rajah terlebih dahulu supaya murid dapat mengisi
maklumat sahaja.
• Memberi tugasan yang mencukupi untuk masa yang pendek dan
bersesuaian dengan keupayaan murid.

f. Bagi aktiviti praktikal seperti eksperimen sains, kemahiran hidup, keselamatan


dalam bilik darjah dan sekolah, guru boleh
• Dapatkan bantuan rakan sekelas atau menggunakan sistem ‘buddy’
atau rakan inklusif.
• Modifikasi alatan supaya lebih sesuai dengan keadaan murid.
Contohnya ialah modifikasi meja dan kerusi.
• Tugasan dipecahkan kepada unit-unit kecil yang lebih mudah dan
senang dilakukan oleh murid.

g. Daya ingatan murid yang lemah boleh dikurangkan atau diatasi dengan
• Memberi arahan yang jelas dan tulis atau lukis arahan jika perlu.
• Berikan matlamat yang jelas untuk setiap tugasan. Pada masa yang
sama, bantu murid untuk mengembangkan kemahiran menyusun.
• Galakkan mereka untuk membuat pelan kerja bagi setiap tugasan
(untuk murid menengah yang mampu merancang).

h. Persepsi visual dan spatial yang lemah boleh dibantu dengan


• Melatih murid mengetahui lokasi objek (contohnya: buku itu di atas meja
bersebelahan pasu bunga).

44
• Melatih murid mencari barang-barang di dalam kelas dan memberikan
arahan untuk mencari barang tersebut.
• Bincang dengan murid berkenaan objek yang
jauh atau dekat menggunakan bahan maujud sebelum
bahan abstrak.
• Membina model menggunakan gambar sebagai panduan.

i. Penglibatan guru pendamping, guru pendidikan khas atau ibu bapa (melalui
sarana ibu bapa peringkat sekolah) yang boleh membantu semasa PdP.

j. Khidmat sokongan daripada pasukan pelbagai disiplin diperlukan untuk


membentuk matlamat sosial dan akademik murid kurang upaya fizikal seperti
Terapis Carakerja dan Terapis Fisio. Mereka berupaya membantu
mengembangkan kemahiran fizikal melalui alatan permainan khas dan bahan
bantu mengajar yang mudah untuk dihasilkan.

k. Fokus bahan-bahan dari segi meningkatkan penggunaan jari-jemari yang boleh


mengoptimumkan fungsi tangan dan seterusnya anggota badan yang lain untuk
membantu dalam aspek pembelajaran.

l. Dapatkan khidmat nasihat berkaitan keperluan mobiliti seperti penggunaan kerusi


roda. Murid perlu dilatih untuk membiasakan diri dengan pergerakan di dalam kelas
dan tempat-tempat lain di dalam kawasan sekolah. Ia bertujuan untuk meningkatkan
kemahiran berdikari murid agar hanya memerlukan bantuan pada tahap yang
minima.

m. Dapatkan khidmat nasihat tentang alatan atau bantuan untuk membantu murid
mencapai kejayaan dalam aktiviti PdP di dalam kelas terutamanya yang berkaitan
dengan postur, ketinggian kerusi dan meja yang sesuai serta kemahiran-kemahiran
asas yang diperlukan.

n. Penggunaan alatan seperti gunting yang diadaptasi dan pencengkam pensel


sangat membantu murid kurang upaya fizikal menulis dengan baik.

o. Perakam audio atau salinan pendua nota kepada murid boleh membantu murid
memahami sesi PdP dan menjalankan aktiviti dengan mudah tanpa perlu menyalin
45
nota yang diminta guru.
p. Penggunaan komputer ‘touch screen’ memudahkan murid memilih opsyen pada
skrin.

q. Penggunaan ‘keyboard’ yang sesuai dengan pergerakan tangan murid (contoh:


‘keyboard’ yang besar bagi yang mempunyai pergerakan tangan yang
besar). Selain itu sokongan lain seperti penggunaan papan condong, atau ‘easel’
dapat membantu murid untuk membaca buku dan menulis dengan lebih baik.

r. Komunikasi alternatif digunakan untuk murid yang tidak mempunyai komunikasi


verbal seperti bahasa isyarat, simbol, visual atau alat komunikasi yang lain.

s. Menggunakan teknologi seperti komputer dan papan kekunci bagi membantu murid:
• Lemah dalam kemahiran menulis.
• Berupaya untuk menunjukkan kerja yang telah dilakukan dengan lebih
efektif.
• Mengembangkan kemahiran menyusun.
• Mengeja dengan betul (bantuan spell checker atau kamus).

46
2. Kurang Upaya Penglihatan

MBK kurang upaya penglihatan boleh dikategorikan kepada dua keadaan


iaitu:

• Penglihatan terhad atau kehilangan penglihatan separa atau


rabun
• Buta (kehilangan penglihatan sepenuhnya)

Dari aspek perkembangan kognitif, murid kurang upaya penglihatan


akan menggunakan deria sentuhan dan pendengaran untuk meneroka
stimuli yang terdapat di persekitarannya serta membolehkan mereka
mengecapi kejayaan sepertimana rakan sebaya yang lain. Murid yang
mengalami kebutaan sejak lahir berisiko untuk mengalami kelewatan
perkembangan kognitif, khususnya pada peringkat umur 3 hingga 5 tahun
berbanding dengan rakan sebaya yang arus perdana. Walau
bagaimanapun, kebanyakan ciri-ciri kelewatan perkembangan minda akan
bertambah baik menjelang peringkat umur 7 tahun.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengklasifikasikan


masalah penglihatan berdasarkan tahap gangguan visual yang dihadapi
oleh seseorang individu. Gangguan visual tersebut diukur berdasarkan
ketajaman atau kurangnya visual yang dapat diukur secara kuantitatif oleh
pakar oftalmologi. Secara umumnya, murid penglihatan diklasifikasikan
kepada tiga kategori utama, namun kategori keempat diamalkan di
beberapa negara maju seperti negara Amerika Syarikat, New Zealand,
United Kingdom dan Kanada. Antara kategori masalah penglihatan
termasuk.

47
i. Buta (Totally Blind)

Kategori B1 didefinisikan sebagai individu yang tidak dapat membaca


cetakan biasa di samping tidak mempunyai persepsi cahaya pada mata
sehingga tidak berkemampuan untuk mengenali bentuk tangan pada mana-
mana jarak atau arah. Braille merupakan perantara literasi bagi kategori
kecacatan ini. Rajah 5 menunjukkan klasifikasi B1 berdasarkan definisi
Persatuan Sukan Orang Buta Antarabangsa (IBSA).

Rajah 5: Klasifikasi B1, Persatuan Sukan Orang


Buta Antarabangsa (IBSA)

ii. Cacat Penglihatan Kefungsian

Murid yang mengalami kecacatan penglihatan kefungsian atau kategori B2


mempunyai daya penglihatan yang terhad. Kategori B2 mempunyai
keupayaan untuk mengenal pasti bentuk tangan dengan ketajaman
penglihatan 20/600 dan/atau medan penglihatan kurang dari 5 darjah pada
mata yang telah dibetulkan dengan cermin mata, serta mempunyai sisa-sisa
penglihatan lebih kurang 3% hingga 5%. Murid B2 boleh membaca teks
dengan jarak yang sangat dekat iaitu 4 sentimeter atau 1.6 inci. Lazimnya
murid B2 memerlukan peralatan pendidikan khas untuk membantu
pembacaan mereka, penggunaan braille agak ketara dalam populasi ini.

Rajah 6 : Klasifikasi B2, Persatuan Sukan


Orang Buta Antarabangsa (IBSA)

48
iii. Penglihatan Terhad (Rabun) Teruk

Murid yang mengalami masalah ini, masih menggunakan penglihatan


mereka untuk membaca. Secara amnya, bahan cetakan yang diadaptasikan
mengikut keperluan khas individu amat membantu dalam aktiviti literasi
mereka. Murid penglihatan terhad teruk turut dikenali sebagai kategori B3.
Kategori B3 adalah klasifikasi bagi mereka yang masih mempunyai separa
penglihatan dengan ketajaman penglihatan lebih baik dari 20/600 dan boleh
melihat objek sedekat 20/200 dan/atau medan penglihatan lebih baik dari 5
darjah tetapi kurang dari 20 darjah. Anggaran penglihatan berfungsi bagi
kategori ini adalah kira-kira 10% dan boleh mengenal bentuk tangan dengan
bantuan cermin mata. Jarak membaca teks adalah sejauh 10 sentimeter
atau 3.9 inci.

iv. Buta atau Kurang Upaya Penglihatan di Sebelah Mata

Bagi kecacatan kategori B4 yang hanya digunakan di beberapa buah negara


maju, diklasifikasikan sebagai mempunyai ketajaman penglihatan lebih baik
dari 20/200, ketajaman penglihatan boleh mencecah 20/70 dan medan
penglihatan yang lebih daripada 20 darjah. Lazimnya, ia melibatkan individu
yang mengalami masalah penglihatan di sebelah mata dan kategori ini masih
boleh membaca cetakan biasa dengan bantuan cermin mata.

Tanda-tanda Murid Kurang Upaya Penglihatan

v. Ciri Fizikal Mata:


• mata merah yang kronik
• sangat sensitif kepada cahaya
• inflamasi yang teruk pada pelupuk mata
• mata berair dengan teruk
• anak mata berwarna putih
• mata kelihatan normal tetapi tidak bertindak balas terhadap
persekitaran
• tidak berupaya mengesan objek dengan mata walaupun pada
jarak dekat

vi. Perlakuan
• kerap menggosok mata
• mengecilkan dan49
mengedipkan mata
• melihat objek dan membaca pada jarak dekat
• tidak berminat kepada aktiviti PdP yang berbentuk tulisan
• resah kecewa apabila melakukan aktiviti yang memerlukan
umpuan penglihatan
• selalu terlanggar objek/benda ketika berjalan
• keliru dengan huruf yang dibaca
• kerap menukar jarak antara bahan bacaan dengan mata
• mempunyai tabiat menggeleng-gelengkan kepala
• suka menekan kelopak mata dengan jari

Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011) telah menyatakan
bahawa MBK penglihatan lazimnya akan mengalami masalah dalam
membina pengalaman, keupayaan untuk bergerak bebas dan interaksi
dengan alam persekitaran. Antara ciri dan limitasi murid bermasalah
penglihatan termasuklah:

i. Perkembangan Bahasa
a. Mengalami masalah bahasa pada peringkat awal (sebelum 7
tahun) apabila perkembangan bahasa pada peringkat awal
literasi lebih tertumpu pada pengalaman visual dan bersifat
egosentrik.

jj. Keupayaan Intelek (IQ)


a. MBK penglihatan mempunyai keupayaan kognitif yang sama
seperti rakan sebaya yang lain sekiranya
mereka tidak mengalami masalah kognitif.

iv. Keupayaan Konseptual


a. Terdapat perbezaan yang ketara dalam aspek pemahaman
konsep visual. Ia amat bergantung kepada keadaan murid
sama ada pernah mempunyai pengalaman melihat ataupun
murid tersebut telah mengalami masalah kebutaan secara
kongenital (sejak lahir).
b. Bergantung kepada deria lain untuk bertindak balas terhadap
rangsangan.

50
c. Amat menggemari aktiviti yang melibatkan pergerakan motor,
audio serta deria rangsangan yang lain.

v. Keadaan Fizikal dan Pergerakan/Mobiliti


a. Kebanyakan MBK penglihatan tidak mempunyai postur badan
yang betul, kelihatan kaku dan tegak apabila berdiri atau
berjalan.
b. Bergerak dengan perlahan kerana takut terlanggar objek di
sekeliling mereka.
c. Pada peringkat awal, kesedaran tentang ruang dan jarak perlu
diterapkan dalam sesi PdP bagi meningkatkan kemahiran untuk
menyesuaikan diri dengan persekitarannya.

vi. Kemahiran Visual


a. Menggalakkan murid menggunakan sisa-sisa penglihatan yang
masih ada sepenuhnya dengan berkesan.
b. Latihan awal stimulasi visual dapat merangsang dan
meningkatkan perkembangan psikomotor dan perkembangan
kognitif.
c. Persekitaran dan peralatan yang sering digunakan oleh MBK
penglihatan boleh diadaptasi bagi membolehkan mereka
melihat dengan lebih jelas, contohnya mengawal pencahayaan
atau kontras warna, taktil dan saiz pada sesuatu objek.
d. Menyediakan pelbagai pengalaman sedia ada murid dengan
objek maujud.

vii. Deria Halangan (Obstacles sense)


a. MBK kurang upaya penglihatan sentiasa mengoptimumkan
penggunaan deria ransangan yang lain untuk memahami
perkara yang berlaku di sekeliling mereka.
b. Mereka amat sensitif terhadap perubahan-perubahan kecil
dalam persekitaran yakni menerusi gema berfrekuensi tinggi
atau nada ketika mereka mendekati sesuatu objek – Doppler
effect.

51
vii. Penyesuaian Sosial
a. Mudah berinteraksi dengan sesiapa sahaja, namun tidak
menguasai komunikasi seluruh dengan berkesan kerana tidak
dapat melihat ekspresi sosial seperti senyuman, mimik muka,
gerak badan dan sebagainya.
b. Kurang keyakinan diri apabila tidak dapat melibatkan diri dalam
semua aktiviti yang dijalankan.
c. Suka mencelah dalam suatu perbualan, dan tidak menyedari
telah menyinggung perasaan orang lain secara tidak langsung.
d. Memerlukan bantuan daripada orang di sekeliling untuk
melakukan sesuatu aktiviti apabila berada di tempat baharu.
Sebagai contoh, melintas jalan, mengambil makanan, membaca
apabila teks Braille tidak disediakan dan sebagainya.
e. Suka meniru gaya percakapan orang lain.

viii. Perlakuan Stereotaip


Pergerakan yang berulang-ulang seperti suka menggoyang-goyang
badan (body rocking), menggosok-gosok mata, menggeleng-geleng
kepala, menepuk-nepuk tangan, mengetuk-ngetuk meja dan
seumpamanya.

Pendekatan PdP Spesifik


a. Sebelum memulakan sesi PdP bagi MBK penglihatan, guru perlu mempunyai
kefahaman tentang gaya pembelajaran murid melalui maklumat;
• Latar belakang dan budaya belajar
• Kategori dan tahap ketidakupayaan penglihatan
• Tahap kompetensi MBK menggunakan peralatan Braille
• Potensi, bakat dan minat MBK
• Keberdikarian murid dalam orientasi dan mobiliti

b. Apabila bertemu dengan MBK kurang upaya penglihatan, guru seharusnya


memperkenalkan diri terlebih dahulu, kemudian menghulurkan tangan dan
menyentuh bahagian belakang tapak tangan murid tersebut sebagai tanda
menawarkan pertolongan kepada mereka untuk bergerak.

52
Rajah 7 : Sentuh belakang tangan sebelum memberi bantuan
atau memperkenalkan diri

(Sumber: Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran


Orientasi dan Mobiliti)

c. Menggunakan sukatan pelajaran yang sama dengan murid arus perdana.


d. Apabila mengulang arahan, gunakan ayat yang sama dan secara spesifik.
Elakkan penggunaan perkataan seperti “di sana‟ atau “di situ‟ kerana ia
memberi gambaran abstrak dan sukar difahami oleh MBK penglihatan.
e. Merancang aktiviti yang melibatkan rangsangan pembelajaran multi-sensori
seperti pendengaran, sentuhan dan bau.
f. Konsep visual dan ruang perlu diberi penjelasan yang lebih, seperti konsep
lebih terang, lebih gelap, dekat atau lebih jauh serta sempit dan lebih luas.
g. Guru resos perlu mengubah suai bahan pembelajaran setelah diperoleh
daripada guru mata pelajaran mengikut keperluan murid, seperti tulisan yang
lebih besar atau warna kontras dengan latar belakang untuk murid rabun dan
grafik taktil serta bahan braille untuk murid buta.
h. Guru mata pelajaran perlu menyerahkan BBB (bertulis, rajah atau kertas
peperiksaan) lebih awal kepada guru resos untuk dipindah tulis dalam bentuk
tulisan braille dan rajah timbul.
i. Guru boleh mengamalkan tactile approach (sentuhan) bagi meningkatkan
rangsangan murid terhadap objek yang wujud di sekeliling mereka.
Kemahiran ini membolehkan murid mengenal bahan maujud menerusi
sentuhan, dan dikukuhkan dengan penjelasan.
j. Apabila memberitahu MBK kurang upaya penglihatan tentang arah, guru
seharusnya merujuk kepada kiri atau kanan murid tersebut. Penerangan
tentang jarak, klu, bau, bunyi serta tanda (landmark) amat berguna untuk
53
meningkatkan ingatan semasa menjalankan aktiviti orientasi dan pergerakan
di dalam kelas. Guru juga boleh menggunakan arah sistem muka jam (seperti
pukul 3 bermaksud kanan) dalam pelbagai aktiviti seperti ketika
memberitahu posisi makanan di pinggan dan kedudukan alat tulis di atas
k. meja.
Pelibatan guru resos, guru pendidikan khas atau ibu bapa (melalui sarana ibu
bapa peringkat sekolah) boleh membantu proses PdP MBK penglihatan.
Kolaborasi dengan Pasukan Pelbagai Disiplin khususnya Terapis Carakerja
l. bagi mendapatkan khidmat sokongan berhubung dengan PdP mereka.
Menyediakan bahan cetakan Braille atau cetakan besar bagi sumber bahan
pembelajaran, ruang dan sudut pembelajaran khusus bagi MBK penglihatan.
m. Sebaiknya guru mempunyai pengetahuan untuk menggunakan peralatan
pendidikan khas seperti mesin Braille, kanta pembesar, komputer yang
dilengkapi dengan perisian pembaca skrin/command seperti Job Access With
Speech (JAWS), NonVisual Desktop Access (NVDA), Open Book, Zoom
Text, Duxburry dan seumpamanya bagi membolehkan MBK penglihatan
mengakses maklumat secara atas talian dan melakukan pembelajaran
n. kendiri.
Penggunaan bahan cetakan besar atau fon tulisan rumi serta alat bantuan
khas seperti kanta pembesar elektronik seperti “Closed Circuit Television
System‟ (CCTV) amat membantu murid dalam aktiviti literasi.

Mesin Braille Kanta Pembesar Closed Circuit Television


System‟(CCTV)

Rajah 8: Alat Sokongan PdP bagi Murid Kurang Upaya Penglihatan

54
3. Kurang Upaya Pendengaran
Kurang upaya pendengaran berlaku apabila deria pendengaran seseorang
terganggu atau terhalang daripada menerima atau mengamati sesuatu
bunyi, perbualan atau bisikan orang lain. Dengan erti kata, deria
pendengaran tidak boleh berfungsi untuk pendengaran biasa dalam
kehidupan seharian. Kurang upaya pendengaran menjadi penghalang
besar dalam mewujudkan perhubungan yang sempurna dengan orang
lain.

Kurang upaya pendengaran boleh dikategorikan kepada dua keadaan


iaitu;

i. Kurang pendengaran (kehilangan pendengaran separa) atau


ii. Pekak (kehilangan pendengaran sepenuhnya)

Cabaran utama bagi MBK dalam kategori ini ialah kesukaran


berkomunikasi, keupayaan untuk bertutur dan mendengar bahasa
pertuturan. Mereka menghadapi kesukaran untuk menyampaikan apa yang
difikirkan atau yang ingin diperkatakan serta sukar memahami apa yang
diperkatakan oleh orang lain. Walaupun kebanyakan daripada MBK
pendengaran ini mempunyai tahap kecerdasan yang normal, tetapi mereka
sering terjejas dalam aspek sosial dan emosi. Ini memberi kesan yang
sangat signifikan terhadap pembelajaran mereka. Keupayaan
pendengaran seseorang murid bergantung kepada beberapa faktor,
seperti;

i. Tahap kehilangan pendengaran;


• Ringan (Mild)
• Sederhana (Moderate)
• Teruk (Severe)
• Sangat teruk (Profound)

ii. Jenis kehilangan pendengaran bergantung kepada ketidakfungsian dan


halangan yang berlaku sama ada di telinga luar, tengah atau dalam.

iii. Kehilangan pendengaran kekal mahupun tidak tekal (fluctuating).

55
iv. Kehilangan pendengaran sama ada sebelah telinga (unilateral) atau
kedua-duanya sekali (bilateral).

v. Kehilangan pendengaran selepas memperoleh bahasa (acquired


hearing loss).

Kurang Upaya Pendengaran dengan Implan Koklea (Pacakan Koklea)

Murid yang mengalami kehilangan pendengaran di peringkat sangat teruk


(profound) biasanya tidak akan memperolehi faedah daripada pemakaian Alat
Bantu Pendengaran (ABP). Murid kategori ini merupakan calon yang sesuai untuk
menjalani Implan Koklea.

Implan koklea merupakan alat elektronik yang ditanam di bawah kulit di belakang
telinga melalui pembedahan bagi membolehkan murid mendengar bunyi. Murid
dengan implan koklea perlu diinklusifkan bagi menggalakkan perkembangan
bahasa dan pertuturan mereka. Namun begitu, selepas dua hingga tiga minggu
menjalani pembedahan, pemulihan intensif yang melibatkan proses kemahiran
mendengar dan bertutur adalah kritikal dan sangat diperlukan. Guru perlu ambil
maklum bahawa murid yang telah menjalani pembedahan implan koklea tidak
boleh terus berkomunikasi secara lancar atau normal selepas pembedahan.
Mereka memerlukan masa dan bimbingan untuk menguasai kemahiran mendengar,
dan memperolehi kemahiran berbahasa dan berkomunikasi.

Pendekatan PdP Spesifik

a. Semasa PdP dijalankan guru seharusnya menggunakan pendekatan


komunikasi seluruh yang merangkumi komponen;
• Bahasa Lisan
• Mimik Muka
• Gerak Badan
• Isyarat Tangan
• Gerak Bibir
• Kiu Visual (gambar/lukisan)

56
Kesemua komponen ini perlu digunakan secara serentak apabila
berkomunikasi dengan murid.

b. Pengajaran dijalankan menggunakan sukatan yang sama dengan murid


arus perdana namun sebaik-baiknya kandungan pengajaran
dipermudahkan.

c. Bercakap atau memberi penerangan seperti biasa, tanpa meninggikan


suara.

d. Mengenal pasti tahap pendengaran murid melalui keputusan Audiogram


(Ujian Pendengaran) daripada maklumat yang diberikan oleh ibu bapa/guru
pendidikan khas/ahli audiologis yang memberikan sokongan kepada MBK.

e. Mengenal pasti keadaan telinga murid melalui pemerhatian cara murid


memalingkan kepala ke arah punca bunyi. Letakkan posisi kedudukan
murid mengikut telinga yang lebih baik atau dominan menghadap guru.

f. Meletakkan kedudukan MBK pendengaran mengikut susun atur di tengah


kelas.

g. Memastikan murid memakai ABP yang berfungsi dengan baik. Sekiranya


guru kurang mahir mengendalikan ABP murid, guru boleh meminta murid
memeriksa sendiri peralatan tersebut sebelum kelas bermula atau guru
memohon bantuan dengan menghubungi audiologis, guru pendidikan khas
pendengaran atau ibu bapa.

g. Tanda-tanda yang menunjukkan peralatan atau ABP tidak berfungsi


dengan baik adalah;
• Terdengar bunyi yang nyaring (whistling) daripada ABP
• Tiada bateri atau jangka hayat bateri habis
• Tiub penyambung dan acuan telinga (earmold) ABP retak atau
longgar.

57
h. Penglibatan guru pendamping, guru pendidikan khas atau ibu bapa
(melalui sarana ibu bapa peringkat sekolah) membantu meningkatkan
PdP murid khusus sebagai penterjemah bahasa isyarat.

i. Pelbagai jenis bantuan teknologi seperti ABP, FM Unit/Sistem (Sistem


Frekuensi Modular yang merangkumi Transmitter untuk guru dan Receiver
untuk murid berfungsi menguatkan suara guru supaya dapat menyokong
PdP MBK pendengaran.

Alat Bantu Pendengaran FM Unit/ FM Sistem Koklea Implan

Rajah 9: Peralatan Sokongan Murid Kurang Upaya Pendengaran

4. Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities (MD)

Kurang upaya pelbagai terdiri daripada mana-mana kombinasi ketidakupayaan


seperti yang dinyatakan dalam Kod Amalan Pendidikan MBK, 2014, contohnya:
i. Kurang Upaya Pendengaran dan Kurang Upaya Penglihatan
ii. Kurang Upaya Penglihatan dan Masalah Pembelajaran (Autisme)
iii. Kurang Upaya Pendengaran dan Masalah Pembelajaran (ADHD)

58
Pendekatan Khusus PdP bagi MBK MD adalah seperti berikut:

a. Guru perlu memberi tumpuan kepada jenis ketidakupayaan yang lebih


dominan yang ada pada murid MD berkenaan terlebih dahulu. Ciri ini boleh
diperoleh melalui laporan kesihatan murid, perbincangan bersama guru
pendidikan khas dan ibu bapa serta melalui pemerhatian guru sendiri.

b. Gunakan Komunikasi Tambahan atau Alternatif - Terdapat murid MD yang


mengalami masalah pertuturan dan komunikasi yang serius dan tidak dapat
menyampaikan keperluannya melalui lisan (verbal). Komunikasi tambahan
atau alternative boleh digunakan seperti Bahasa Isyarat, Kod Braille, Finger
Spell, Tactile Sign, Morse Code, mimik muka, bahasa badan dan
seumpamanya.

c. Memendekkan arahan dan menggunakan kiu visual bagi memudahkan


proses pemahaman murid.

d. Rancang aktiviti PdP berfokuskan kepada minat murid MD. Gunakan


pendekatan pembelajaran kontekstual yang menghubung kait isi pelajaran
dengan keupayaan dan pengalaman sebenar serta bersesuaian dengan
umur kronologi murid MD.

e. Beri masa kepada murid MD untuk memproseskan maklumat dan


memikirkan respons kepada soalan yang diberikan.

f. Ulang arahan atau maklumat penting kepada murid MD.

g. Pastikan guru mengadap murid MD apabila memberi penerangan.

59
h. Beri bimbingan dengan menulis kata kunci kepada maklumat yang telah
diajar di dalam kelas kepada murid setiap kali tamat PdP.

j. Beri penekanan yang lebih terhadap aspek kandungan hasil tulisan murid,
berbanding tatabahasa.

k. Beri latihan atau tugasan secara berkala dan berperingkat mengikut tahap
murid MD.

l. Gunakan bahan bantu belajar (BBB) yang bersifat maujud.

m. Beri galakan kepada rakan sekelas untuk membantu atau membimbing


murid MD. Beri peneguhan yang relevan dengan tingkah laku murid.

n. Guru pendamping, guru pendidikan khas atau ibu bapa (melalui sarana ibu
bapa peringkat sekolah) boleh membantu PdP murid MD di dalam kelas.
Individu ini sebaik-baiknya merupakan orang yang memahami tentang
murid MD.

o. Pembantu pengurusan murid (sekiranya ada Program Pendidikan Khas


Integrasi) atau rakan sekelas boleh membantu menjadi penulis kepada
murid yang mengalami masalah pergerakan dan masalah motor. Mereka
boleh membantu mencatat jawapan, idea dan pemikiran murid berkenaan.

p. Kerjasama yang kukuh antara ibu bapa dengan pihak sekolah amat
diperlukan bagi membolehkan kesinambungan pembelajaran berlaku di
rumah.

q. Penyediaan teknologi peralatan khas dalam bilik darjah seperti


Augmentative Alternative Communication (AAC) dan penggunakan Picture
Exchange Communication System (PECS), jadual visual dan kaedah

60
bercerita boleh meningkatkan interaksi sosial dua-hala dan pemahaman
situasi sosial di dalam kelas.

r. Guru boleh merujuk kepada penggunaan sokongan khusus bagi MBK


kategori Masalah Pembelajaran yang lain.

4. PERKHIDMATAN SOKONGAN

Khidmat sokongan daripada pasukan pelbagai disiplin diperlukan untuk membentuk


matlamat sosial dan akademik bagi murid seperti;

Psikologi (Klinikal/Pendidikan)
• Melaksanakan ujian atau penilaian kognitif.
• Mengenal pasti dan membuat diagnosis ketidakupayaan kognitif dan
mental MBK.
• Melaksanakan intervensi berkaitan dengan pengurusan tingkah laku,
emosi dan sosial MBK.
• Memberikan khidmat nasihat kepada guru dan ibu bapa berkaitan
pengurusan emosi dan tingkah laku MBK.

Terapis Carakerja
• Membantu mengembangkan kemahiran fizikal melalui alatan
permainan dan bahan terapi yang mudah. Bahan-bahan tersebut
biasanya bertujuan untuk meningkatkan fungsi tangan yang
seterusnya mengoptimumkan penggunaan anggota badan yang lain.
• Khidmat nasihat tentang alatan atau bantuan yang boleh membantu
pelajar mencapai kejayaan dalam aktiviti PdP di dalam kelas
khususnya yang berkaitan dengan aspek menulis, menggunting,
mewarna serta memahami konsep asas untuk
kemahiran kognitif pelajar. meningkatkan
• Memberi penekanan terhadap isu yang berkaitan dengan persepi
visual serta mencadangkan senarai latihan yang sesuai untuk
mengatasi masalah tersebut.

61
Terapis Pertuturan
• Membantu MBK yang mempunyai masalah pertuturan, bahasa dan
komunikasi seperti MBK yang mempunyai kesukaran untuk bertutur
atau lewat bertutur.

Terapis Fisio
• Membantu MBK yang mengalami kekejangan otot supaya dapat
mengurangkan kadar kekejangan dengan melakukan aktiviti fizikal,
senaman dan penggunaan splint.
Audiologis
• Membantu MBK kurang upaya pendengaran di kelas inklusif
menggunakan alat bantu pendengaran dengan sepenuhnya dengan
memberikan khidmat konsultasi kepada guru arus perdana dan guru
pendamping.

62
3.3.5 Ujian Kendiri Topik 3 : Strategi Khusus Pengajaran Dan
Pembelajaran

Masalah Pembelajaran
1. Senaraikan dua strategi khusus pengajaran yang boleh diaplikasi kepada murid
bermasalah pembelajaran autisme.

Jawapan : memberi jangkaan masa dan menggunakan kiu visual

2. Senaraikan 3 alat sokongan pengajaran yang diperlukan oleh murid disleksia.

Jawapan : kertas bewarna, perakam suara dan pembaris tetingkap

Kurang Upaya Penglihatan


3. Senaraikan dua alat sokongan yang diperlukan oleh murid kurang upaya
penglihatan terhad (rabun).

Jawapan :

i. Kanta pembesar

ii. CCTV

2. Nyatakan dua modifikasi yang boleh dilakukan oleh guru kepada lembaran kerja
murid kurang upaya penglihatan.

Jawapan :

i. Cetakan besar

ii. Rajah timbul

iii. Cetakan braille

Kurang Upaya Pendengaran


1. Bagaimana posisi guru ketika bercakap dengan MBK kurang upaya
pendengaran yang memakai alat bantu pendengaran?

Jawapan : Bercakap pada telinga yang lebih baik (yang memakai alat
pendengaran)

63
2. Bagaimana kedudukan meja dan kerusi murid kurang upaya pendengaran
dalam kelas?

Jawapan : Di barisan tengah kelas

3. Murid kurang upaya pendengaran mungkin mempunyai kesukaran mendengar


arahan guru di dalam kelas, bagaimana guru boleh membantu murid memahami
arahan yang diberi?

Jawapan :

i. Memendekkan arahan dan menggunakan kiu visual

ii. Menyemak semula kefahaman murid

iii. Bercakap dengan jelas dan tempo perlahan

64
4. TOPIK 4 : Strategi Pengurusan Tingkah Laku

Perkara yang menjadi kebimbangan guru apabila melibatkan MBK adalah


aspek mengawal tingkah laku murid di dalam kelas. Keadaan ini berlaku
kerana sering kali wujud tingkah laku MBK yang tidak sesuai seperti
mengganggu murid lain, memberontak dan sebagainya akan memberi kesan
kepada pelaksanaan PdP. Dalam keadaan ini, guru perlu mengetahui cara
untuk mengendali tingkah laku tersebut.

Antara perkara yang menyebabkan masalah tingkah laku di dalam kelas


adalah;

i. Tugasan atau aktiviti yang diberikan terlalu sukar atau terlalu mudah
berbanding tahap kemahiran MBK.

ii. Tugasan atau aktiviti kurang menarik dan menyebabkan MBK berasa
bosan.

iii. Kaedah pengajaran yang tidak sesuai dengan gaya pembelajaran MBK.

iv. MBK masih belum bersedia dari segi kognitif, emosi dan sosial.

v. MBK mempunyai kemahiran sosial yang lemah, tidak boleh berkomunikasi


dengan baik bersama guru dan rakan sebaya serta mempunyai
keyakinan diri yang rendah.

65
1. Penilaian Tingkah Laku Berfungsi

Penilaian Tingkah Laku Berfungsi merupakan satu pendekatan menggunakan


pelbagai teknik dan strategi bagi mengenal pasti sebab atau punca wujudnya
tingkah laku yang bermasalah.

Ini membolehkan tindakan yang sesuai dilakukan bagi mengatasi tingkah laku
tersebut. Melalui proses penilaian ini, guru merangka pelan tindakan bagi
mengawal/mengubah tingkah laku murid.

Guru pendamping, guru kelas atau guru mata pelajaran perlu berbincang
bersama-sama bagi melaksanakan penilaian Tingkah Laku Berfungsi di dalam
kelas.

Langkah-langkah penilaian Tingkah Laku Berfungsi adalah:

i. Memberi definisi dan menerangkan secara spesifik tingkah laku yang


bermasalah.
a. Langkah ini adalah penting kerana definisi tingkah laku yang
kurang jelas akan menyukarkan tindakan yang patut dilakukan.
b. Jadual 3 menunjukkan perbezaan antara definisi yang kurang
jelas dengan definisi tingkah laku yang konkrit.

Definisi Umum Definisi Konkrit

Murid A bertindak Murid A memukul murid lain di dalam kelas Bahasa


agresif Melayu apabila tidak mendapat apa yang diingini.

Murid B mengganggu Murid B bercakap dengan suara yang kuat dan memberi
murid lain komen yang tidak sesuai semasa perbincangan di dalam
kelas.

Murid C sering bangun dari tempat duduk tanpa


kebenaran.
Murid C hiperaktif
Menyiapkan hanya separuh kerja sekolah yang diberi serta
sering menjawab soalan sebelum soalan habis dibaca.

Jadual 3: Perbezaan Definisi Umum dan Definisi Konkrit

66
ii. Mengumpul maklumat berkenaan fungsi atau penyebab bagi tingkah laku
yang bermasalah.
a. Maklumat boleh dikumpul secara langsung atau tidak langsung, dari
pelbagai sudut dan sumber.
b. Antara maklumat yang perlu dikumpulkan adalah:
• Penyebab: Peristiwa sebelum tingkah laku bermasalah.
• Akibat: Peristiwa selepas tingkah laku bermasalah.
• Konteks sosial dan persekitaran: Bila, mana, siapa atau kondisi
spesifik yang mengurang atau meningkatkan frekuensi tingkah laku
bermasalah.

Rajah 10: Perkaitan Tingkah Laku

c. Guru boleh mengumpul maklumat dengan menggunakan jadual


kekerapan dan Borang Pemerhatian ABC (Antecedent-Behaviour-
Consequences).

• Melalui jadual kekerapan (seperti di Lampiran C), guru akan dapat


mengenal pasti pola tingkah laku yang berkait dengan situasi atau
konteks yang spesifik.
• Penggunaan Borang Pemerhatian ABC (seperti di Lampiran D),
pula membolehkan pemerhati menyusun dan melihat secara jelas
perkaitan antara penyebab, tingkah laku dan akibat.

67
iii. Menentukan kategori tingkah laku.

a. Terdapat tiga cara untuk mengkategorikan sebab kenapa sesuatu tingkah


laku itu berlaku iaitu berdasarkan:
• Fungsi tingkah laku: Untuk mendapatkan/ mencari sesuatu yang
diingini atau untuk mengelak/ melepaskan diri daripada sesuatu yang
tidak diingini/disukai. Sebagai contoh, untuk mendapatkan perhatian
orang lain atau mengelak daripada membuat aktiviti.

• Kekurangan dari segi kemahiran: Murid tidak mengetahui cara


untuk melaksanakan sesuatu kemahiran tingkah laku atau akademik.
Sebagai contoh: Dalam pertelingkahan, murid memukul rakannya
kerana dia tidak mengetahui cara yang betul untuk menyelesaikan
konflik.

• Kekurangan dari segi pencapaian: Murid mengetahui cara untuk


melaksanakan sesuatu kemahiran tingkah laku atau akademik tetapi
tidak melakukannya secara konsisten.

• Kekurangan dari segi domain perkembangan: Murid mempunyai


kelewatan dalam perkembangan serta masalah sensori.

• Kekurangan dari segi kesihatan: Murid mempunyai masalah


kesihatan sehingga memberi kesan kepada tingkah laku murid di
dalam kelas.

iv. Menganalisis maklumat yang diperolehi untuk membentuk hipotesis.


a. Hipotesis merupakan satu penyataan yang menerangkan dapatan
mengenai sebab-sebab, pola, situasi pencetus dan kekurangan yang
menyebabkan murid menunjukkan sesuatu tingkah laku.

68
b. Antara contoh penyataan hipotesis yang boleh digunakan adalah seperti:
• Tingkah laku menjerit (W) dalam kelas sentiasa berlaku ketika sesi
perbincangan berkumpulan (X) disebabkan oleh Adam ingin
memberikan pendapatnya tetapi kawan tidak mendengarnya (Y) lalu
cikgu pergi ke meja Adam untuk bertanya kenapa (Z).
• Akibat daripada tingkah laku W, murid mendapat respon Z.

3.4.2 Pelan Tindakan Tingkah Laku

Pelan tindakan tingkah laku mengambil kira maklumat dan hipotesis yang telah
dibentuk untuk merancang strategi yang akan digunakan bagi mengubah tingkah
laku yang tidak diingini. Elemen-elemen yang perlu ada dalam pelan ini adalah:

i. Penerangan tentang tingkah laku sasaran (yang hendak diubah).

a. Nyatakan dengan terperinci tingkah laku sasaran termasuk


kekerapan, keterukan dan tempoh ia terjadi.

ii. Data yang diperoleh melalui penilaian tingkah laku berfungsi.


a. Nyatakan keadaan atau situasi di mana tingkah laku sasaran terjadi.
b. Nyatakan apa yang berlaku sejurus sebelum tingkah laku sasaran terjadi.
c. Nyatakan matlamat yang cuba dicapai oleh murid melalui tingkah laku
tersebut.

iii. Tingkah laku alternatif (analisis kerja).


a. Kenal pasti tingkah laku positif yang akan diajar untuk menggantikan
tingkah
laku yang disasarkan. Tingkah laku alternatif ini perlu berkaitan dengan
fungsi/ matlamat tingkah laku yang disasarkan.

iv. Strategi proaktif.


a. Senaraikan sokongan positif yang akan digunakan untuk menggalakkan
tingkah laku alternatif.

69
v. Strategi positif melalui modifikasi persekitaran.
a. Senaraikan sokongan persekitaran yang akan digunakan untuk menyokong
tingkah laku alternatif termasuklah kedudukan, susunan di dalam kelas dan
papan tanda.

vi. Strategi reaktif.


a. Nyatakan strategi yang akan digunakan apabila tingkah laku yang
disasarkan terjadi.

vii. Pemantauan kemajuan.


a. Menentukan kaedah untuk memantau kemajuan dan kumpul data bagi
melihat kerberkesanan pelan tindakan yang dilaksanakan.
b. Memantau kekerapan tingkah laku yang terjadi untuk pengumpulan data.
c. Menentukan cara dan masa untuk menyemak data seperti melalui
perjumpaan tidak formal dan perbualan telefon.

viii. Proses keberhasilan Pelan Tindakan


a. Mengenal pasti tarikh mula dan tarikh semakan data kemajuan tingkah laku
murid.
b. Membuat rumusan data.
c. Menentukan sama ada tindakan yang telah dijalankan dapat mencapai
matlamat serta menentukan langkah penambahbaikan terhadap pelan
tindakan sekiranya perlu.

70
LANGKAH 1 LANGKAH 2 LANGKAH 3
• Kenal pasti • Ukur tahap asas • Analisis punca
tingkah laku yang tingkah laku dan hasil daripada
hendak diubah tingkah laku

LANGKAH 4 LANGKAH 5
• Laksanakan pelan • Buat penilaian
tindakan dan
penambahbaikan

Rajah 11: Langkah-langkah Pelaksanaan Pelan Intervensi Tingkah Laku

3.4.3 Strategi Modifikasi Tingkah Laku

Modifikasi tingkah laku boleh dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti punca
tingkah laku yang kurang sesuai dan seterusnya mencari kaedah terbaik untuk
mengubah tingkah laku tersebut.

Terdapat beberapa strategi dan prosedur yang boleh digunakan untuk


meningkatkan tingkah laku positif atau mengurangkan tingkah laku yang tidak
diingini. Pemilihan strategi bergantung kepada maklumat yang telah
dikumpulkan dan pelan tindakan yang dirancang. Berikut adalah contoh
strategi modifikasi tingkah laku yang berkesan:

Peneguhan

i. Pemilihan peneguhan yang sesuai adalah penting kerana ia mampu


meningkatkan motivasi MBK untuk melakukan sesuatu tingkah laku.

ii. Terdapat dua jenis peneguhan yang biasa digunakan oleh guru iaitu
peneguhan sosial seperti pujian, tepukan, nyanyian, masa bermain; dan
peneguhan tangible seperti penggunaan komputer, bermain alat permainan,
makanan kegemaran, menonton video.

71
iii. Guru boleh menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual bagi
mengenal pasti peneguhan yang paling disukai murid.

iv. Peneguhan perlu diberikan sejurus selepas tingkah laku yang diingini dilihat.
Antara prosedur yang boleh digunakan untuk strategi peneguhan adalah:
a. Peneguhan bagi tingkah laku alternative

• Prosedur ini digunakan untuk meningkatkan kekerapan tingkah laku


yang diingini dan mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini.
Peneguhan diberikan setiap kali tingkah laku yang diingini
ditunjukkan sahaja. Tiada peneguhan diberikan untuk tingkah laku
yang tidak diingini.

b. Peneguhan bagi tingkah laku lain


• Peneguhan akan diberikan apabila tingkah laku bermasalah tidak
berlaku dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Rajah 12 : Peneguhan Positif Negatif

72
Prosedur Kawalan Penyebab (Antecedent)

i. Dalam prosedur ini, stimuli penyebab (antecedent) seperti aspek persekitaran


fizikal dan sosial, dimanipulasikan bagi menggalakkan tingkah laku yang
diingini. Sebagai contoh, mengubah tempat duduk MBK kepada tempat duduk
berhampiran rakan yang boleh mengubah tingkah lakunya.

ii. Melalui manipulasi penyebab, peneguhan dapat diberikan sekaligus


meningkatkan kekerapan tingkah laku positif. Sebagai contoh, untuk
menggalakkan murid A yang mempunyai masalah untuk mengambil perhatian
guru dengan cara yang betul, guru boleh menyediakan satu kad peringatan
bergambar ‘angkat tangan’ dan meletakkannya di atas meja. Dengan cara ini,
stimuli penyebab (kad gambar) membolehkan murid A melakukan tingkah laku
yang diingini, iaitu mengangkat tangan untuk menarik perhatian guru.

73
3.4.4 Ujian Kendiri Topik 4 : Strategi Pengurusan Tingkah Laku

1. Apakah faktor yang menyebabkan masalah tingkah laku dalam kelas?

Jawapan :
i. Pengajaran terlalu sukar.
ii. Kemahiran bersosial yang lemah.
iii. Masalah kefahaman, kemahiran bahasa dan komunikasi.
iv. Masalah sensori.
v. Masalah kesihatan.
vi. Pembelajaran kurang menarik minat MBK

2. Bagaimanakah guru boleh mengenal pasti tingkah laku berfungsi murid dalam
kelas?

Jawapan :
i. Mengumpul maklumat peribadi murid.
ii. Melalui pemerhatian.
iii. Membuat jadual kekerapan.

3. Nyatakan 2 strategi modifikasi tingkah laku yang guru boleh aplikasi dalam
kelas.

Jawapan :
i. Melakukan prosedur kawalan penyebab seperti memudahkan
lembaran kerja mengikut tahap murid.
ii. Aplikasi peneguhan seperti pujian, token dan lain-lain
bersesuaian.

74
BAB 4

PELAKSANAAN

4.1 TOPIK 1 : Program Pendidikan Inklusif

Topik Program Pendidikan Inklusif

Masa ±15 minit

Objektif Pada akhir sesi, guru dapat:

1. Menerangkan dasar, matlamat dan objektif


Program Pendidikan Inklusif.

2. Menyatakan definisi Program Pendidikan


Inklusif.

3. Menjelaskan model Program Pendidikan


Inklusif.
Kaedah Penyampaian Ceramah interaktif

Video

Aktiviti dalam kumpulan

Langkah-langkah 1. Tayangan video – Video aspirasi PPPM


menerangkan tentang pendidikan inklusif

2. Ceramah interaktif (10 minit)

3. Penilaian/ refleksi (5 minit)

75
4.2 TOPIK 2 : Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif

Topik Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif

Masa ±40 minit

Objektif Pada akhir sesi, guru dapat:

1. Menyenaraikan peranan guru arus perdana


dalam pendidikan inklusif.

2. Menyenaraikan peranan guru pendidikan khas


dalam pendidikan inklusif.

3. Menyenaraikan peranan pentadbir dalam


pendidikan inklusif.

Kaedah Penyampaian Tayangan video

Ceramah interaktif

Aktiviti dalam kumpulan

Langkah-langkah 1. Tayangan video (5 minit):

a. Video anak murid (MBK) inklusif yang tidak


mendapat sokongan di sekolah: Video
Murid Disleksia dalam kelas.

2. Ceramah interaktif (20 minit):

a. Sumbang saran: risiko yang akan dihadapi


oleh MBK jika semua pihak tidak
memainkan peranan yang sepatutnya
(mind map).

3. Aktiviti: (10 minit):

Selepas mengenal pasti risiko MBK dalam aktiviti


sumbang saran, peserta menggunakan Jadual

76
Analisis Peranan Guru (Lampiran B) bagi
membincangkan peranan setiap individu yang
terlibat.

4. Penilaian/ refleksi (5 minit)

4.3 TOPIK 3 : Strategi Khusus Pengajaran dan Pembelajaran

Topik Strategi Khusus PdP

Masa ±45 minit

Objektif Pada akhir sesi, guru dapat:

1. Menjelaskan strategi khusus yang sesuai untuk


MBK masalah pembelajaran dalam kelas inklusif
atau;

2. Menjelaskan strategi khusus yang sesuai untuk


MBK kurang upaya penglihatan dalam kelas
inklusif atau;

3. Menjelaskan strategi khusus yang sesuai untuk


MBK kurang upaya pendengaran dalam kelas
inklusif.

Kaedah Penyampaian Ceramah interaktif

Video

Aktiviti dalam kumpulan

Langkah-langkah 1. Tayangan video – Video Strategi khusus PdP

2. Ceramah interaktif (15 minit)

3. Aktiviti Simulasi (30 minit)

• Aktiviti 1: Simulasi Masalah Pembelajaran

77
o Nama Aktiviti: Simon’s says
o Bahan: pembesar suara dan lagu (atau
bunyi bising)

• Langkah-langkah:
o Penceramah meberi arahan kepada
peserta bahawa “kita semua mendengar
arahan Simon”
o Penceramah akan memasang lagu di
pembesar suara. Penceramah akan
memberikan arahan yang kompleks dan
panjang.
o Peserta perlu mendengar dan melakukan
arahan yang diberi
o Bincangkan dalam kumpulan apakah
teknik/strategi yang perlu dilakukan bagi
membantu mereka memproses maklumat
dengan lebih berkesan?

• Aktiviti 2: Simulasi Kurang Upaya Pendengaran


o Nama Aktiviti : “Ulang semula”
o Bahan: Speaker, mikrofon, ABP (jika ada)

• Langkah-langkah:
o Penceramah perlu menyediakan
persekitaran yang hingar dan bising
dengan memasang bunyi/lagu yang kuat.
o Peserta perlu mengeja 10 perkataan
yang
diberikan oleh penceramah tanpa
menggunakan mikrofon.
o Peserta mengulangi semula aktiviti dengan
menggunakan mikrofon.

78
o Nota: Fasilitator boleh menggunakan ABP
untuk menerangkan kegunaan ABP (jika
ada)

• Aktiviti 3: Simulasi Masalah Penglihatan


o Alamak! Saya tidak nampak!
o Bahan: Slaid

• Langkah-langkah:
o Penceramah menunjukkan slaid aktiviti
atau menampal poster dengan fon bersaiz
kecil.
o Peserta dikehendaki mencari jumlah
bilangan perkataan “inklusif” di dalam slaid
tersebut.
o Peserta mengulangi semula aktiviti
menggunakan slaid aktiviti atau
menggunakan poster dengan fon bersaiz
besar.
o Nota: Fasilitator juga boleh meminta
peserta menggunakan kanta pembesar
sekiranya fasilitator menggunakan kertas
(jika ada)

Perbincangan berkumpulan: senaraikan strategi khusus


yang boleh dilakukan guru dalam sesi PdP atau di
persekitaran sekolah.

4. Penilaian/ refleksi: Perbincangan dilaksanakan


dalam kumpulan. (5 minit)

79
4.4 TOPIK 4 : Strategi Pengurusan Tingkah Laku

Topik Strategi Pengurusan Tingkah Laku

Masa ±20 minit

Objektif Pada akhir sesi, guru dapat:

1. Menerangkan aspek penilaian tingkah laku untuk


MBK dalam kelas inklusif.

2. Menjelaskan pelan tindakan tingkah laku untuk


MBK dalam kelas inklusif.

3. Menyatakan strategi modifikasi tingkah laku untuk


MBK dalam kelas inklusif.

Kaedah Penyampaian Ceramah interaktif

Video

Aktiviti dalam kumpulan

Langkah-langkah 1. Tayangan video: Tingkah Laku Disruptif dalam


Kelas
2. Ceramah interaktif

3. Aktiviti 1: Perbincangan
Bahan: Kertas Mahjung, Pen Marker
• Perbincangan dan pembentangan dalam
kumpulan untuk mengenalpasti modifikasi yang
boleh dilaksanakan:
o Sebelum
o Semasa
o Selepas sesuatu tingkah laku disruptif
berlaku
4. Penilaian/ refleksi

80
BAB 5

PENILAIAN

5.1 Pengenalan

Penilaian dilaksana untuk mengetahui keberkesanan penyampaian


maklumat kursus ini kepada guru yang bakal terlibat dalam Program
Pendidikan Inklusif. Terdapat dua jenis ujian yang perlu dilakukan kepada
peserta sebelum dan selepas kursus.

2. Ujian Kesedaran Program Pendidikan Inklusif

1. Ujian Pra
Satu set soalan ini diberi kepada guru yang mengikuti modul ini sebelum
kursus/ bengkel bermula.

2. Ujian Pasca
Satu set soalan yang sama diberi kepada guru yang mengikuti modul ini
selepas kursus/ bengkel selesai.

Ujian Pra dan Pasca boleh diperolehi pada link berikut:


https://goo.gl/forms/AkQQIQkuxM922P373

3. Ujian kendiri

Ujian kendiri perlu dilakukan oleh setiap peserta mengikut topik yang telah
diikuti.

81
BIBLIOGRAFI

American Psychiatric Association (APA), (2013).Diagnostic and Statistical Manual of


Mental Disorders Fifth Edition (DSM-5). England: American Psychiatic Publishing.

Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Kod Amalan


Pendidikan MBK. Putrajaya.

Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Panduan


Pelaksanaan Pedagogi Inklusif. Kajang

British Columbia Ministry of Education. (2015) Teaching Students with Attention-


Deficit/Hyperactivity Disorder: A Resource Guide for Teachers . (British Columbia Ministry of
Education) http://www.bced.gov.bc.ca/specialed/adhd

Bui., E. L. (2007). Exceptional Children in Today's Schools: What Teachers Need to Know.
USA: Love Publishing Company.

Diane Pedrotty, Deborah Smith and Brian Bryant, (2008).Teaching Students with
Special Needs in Inclusive Classrooms, Pearson, US.

Sindrom Down Victoria. (2009). Learners with Sindrom Down: A handbook for
teaching professionals. VIC, AUS: Author.

Florian, L dan Black-Hawkins, K., (2011). Exploring inclusive pedagogy.British


Educational Research Journal, Vol.37, (5), hlm 813-828.
Florian, L. dan Linklater, H. (2011).Preparing teachers for inclusive education: using
inclusive pedagogy to enhance teaching and learning for all.Cambridge Journal of
Education.http://www.tandfonline.com/loi/ccje20
Hinchcliffe, A. (2007). Children with Cerebral Palsy: A Manual for Therapists, Parents
and Community Workers. New Delhi: Sage Publications
Little, A.W.(2006). Education for All and Multigrade Teaching: Challenges and
Opportunities. Netherlands: Springer.

Rix. J., Hall K., Nind, M., Sheehy K., Wearmouth, J. (2006) A systematic review of
interactions in pedagogical approaches with reported outcomes for the academic and
social inclusion of pupils with special educational needs in mainstream classrooms.
Dlm: Research Evidence in Education Library. London: EPPI-Centre, Social Science
Research Unit, Institute of Education.

82
LAMPIRAN

LAMPIRAN A : SOALAN UJIAN KESEDARAN PROGRAM PENDIDIKAN


INKLUSIF

1. Apakah perbezaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) dengan


Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)?

PPI ertinya suatu program pendidikan bagi MBK yang dihadiri oleh MBK
bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah
kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
PPKI ertinya suatu program pendidikan bagi MBK di kelas khas di sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan.

2. Apakah kategori murid yang layak mengikuti PPI?


Semua kategori MBK layak mengikuti PPI.

3. Adakah MBK arus perdana dikira sebagai murid PPI?


Ya. Semua MBK arus perdana dikira sebagai murid PPI.

4. Adakah PPI akan menambah beban guru arus perdana?


Tidak. PPI tidak menambah beban guru jika setiap pihak berkepentingan
melaksanakan tangungjawab masing-masing.

5. Berapakah bilangan MBK yang boleh diinklusifkan dalam satu kelas pada satu
masa?
MBK boleh diinklusifkan tidak melebihi lima (5) orang dalam satu kelas
pada satu masa.

6. Adakah guru perlu menyediakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) untuk


MBK PPI?
Ya. Guru perlu menyediakan RPI untuk MBK PPI mengikut keperluan.
(Rujuk perkara 5.20 Kod Amalan Pendidikan MBK).

7. Apakah bentuk latihan yang disediakan kepada guru dalam menjayakan PPI?
Latihan berkaitan pendidikan inklusif kepada guru arus perdana dan guru
pendidikan khas.

8. Apakah bentuk kemudahan prasarana/ peralatan yang perlu disediakan untuk


MBK di PPI?
Prasarana/ peralatan yang perlu disediakan mengikut ketidakupayaan
murid berdasarkan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidkan Khas)
2013.

83
LAMPIRAN B : JADUAL PERANAN GURU DAN PENTADBIR

PERANAN PERANAN
PERANAN GURU
RISIKO MURID GURU PENTADBIR
ARUS
PERDANA PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH
• Gagal mengikuti
PdP
• Ketinggalan
dalam pelajaran
• Dibuli rakan
sekelas
• Tiada/kurang
keyakinan diri
• Tidak gemar ke
sekolah
• Kemurungan
• Tiada kawan
• Keresahan
• Terasing

84
LAMPIRAN C : JADUAL KEKERAPAN
JADUAL KEKERAPAN
Nama Murid : Murid A Kelas : Tahun 5K

Tarikh : 15/08- Nama Pemerhati : Cikgu Z


19/08/2016

Tingkah laku yang merisaukan:


Sering meninggalkan tempat duduk tanpa kebenaran semasa PdP berlangsung.

Masa Hari/ Hari/ Hari/ Hari/ Hari/ Kekerapan

WAKTU atau Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh tingkah

interval 15/08/16 16/08/16 17/08/16 18/08/16 19/08/16 laku dilihat


KELAS

8:45-
Bahasa Inggeris // /// / / /// 10
9:45

Matematik 9:45- / // 3

10:45

Rehat 10.45- / / 2

11.00

Sains 11.00- / 1

12.00

Pemulihan 12.00- / 1

1.00

85
Nota Pemerhatian:

Murid A meninggalkan tempat duduk tanpa kebenaran lebih kerap semasa mata
pelajaran Bahasa Inggeris dan pada waktu pagi sebelum masa rehat. Tingkah
lakunya mungkin adalah reaksi kepada subjek, guru atau waktu tertentu.

Tindakan Susulan:

Bagi menentukan penyebab tingkah laku dengan lebih spesifik, pemerhatian


dilakukan apabila guru lain mengajar waktu Bahasa Inggeris atau apabila waktu
Bahasa Inggeris ditukarkan ke waktu selepas rehat.

Jadual 6: Contoh Jadual Kekerapan

86
LAMPIRAN D : BORANG PEMERHATIAN ABC

BORANG PEMERHATIAN ABC

Nama Murid: Murid A Kelas : Tahun 2 M

Tarikh : 07/08/2016 Nama Pemerhati: Cikgu Z

Tingkah laku yang merisaukan:

Merosakkan barang peribadi dan barang di dalam kelas

Tarikh/Masa 07 Ogos 2016 07 Ogos 2016

Perkara 9:25 - 10:10 pagi 12:05 - 1:05 tengah hari

A berada di dalam kumpulan A berada di dalam kelas


membaca dari pukul 9:25- Matematik. Guru sedang
KONTEKS ATAU
9:45pagi. Kemudian dia membuat memberi contoh operasi tolak
KEADAAN
aktiviti dengan dua orang rakan, dua digit di papan putih.
tanpa bantuan guru.

Murid mengambil buku dan Guru meminta murid untuk

PENYEBAB bahan-bahan ke mejanya. Murid- menyelesaikan soalan di papan


(Apa yang berlaku
murid dikehendaki berkongsi putih. A dan beberapa orang
sejurus sebelum)
krayon. murid lain mengangkat tangan,

namun guru memilih murid lain.

A mengambil krayon dan A menyatakan kemarahan dan

menulis satu huruf di atas buku membaling buku matematik ke

sebelum menconteng meja. lantai. Beberapa helai muka


TINGKAH LAKU
surat terkoyak.

87
Guru menghentikan PdP, dan Guru menunjukkan ekspresi

AKIBAT pergi ke meja A dan bertanya muka yang garang kepada A

(Apa yang berlaku Kepada A sebab kenapa dia tetapi tetap meneruskan PdP.

sejurus selepas) menconteng meja. A menjawab

tidak tahu.

Walaupun ditegur oleh guru, A A tidak dapat mengawal emosi


CATATAN berasa seronok kerana mendapat apabila guru tidak memberi
TAMBAHA perhatian daripada guru. perhatian kepadanya.
N

88

You might also like