You are on page 1of 3

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

SIDANG AKADEMIK 2022/2023

HGT 101

TEKNIK DALAM GEOGRAFI

TAJUK TUGASAN:

LAKARKAN PETA DARIPADA KAWASAN SUNGAI YANG DIPILIH.


SETERUSNYA, BINCANGKAN JENIS SALIRAN YANG TERDAPAT DI KAWASAN
TERSEBUT

NAMA NOMBOR MATRIK

162467
AHMAD KHAIRUL EHSAN BIN DANIEL SHAM

DISEDIAKAN UNTUK :

GS. DR. MOHD AMIRUL BIN MAHAMUD


1.0 Saliran Pola Ranting

Berikut merupakan contoh lakaran sungai yang telah dipilih oleh pengkaji iaitu Sungai

Bangau. Sungai Bangau merupakan sebuah sungai yang terletak di Belawai Sarawak. Belawai

merupakan sebuah daerah yang bertempat di Mukah Sarawak. Sungai Bangau ini mempunyai

saliran pola ranting. Saliran Pola Ranting juga dikenali sebagai pola dendritik.

2.0 Ciri-Ciri Saliran Pola Ranting

Terdapat beberapa ciri-ciri saliran pola ranting. Ciri-ciri inilah yang membezakan pola saliran

ini dengan pola-pola saliran yang lain. Antara ciri-ciri saliran pola ranting ialah

 Mempunyai cabang-cabang sungai yang menyerupai ranting pokok.

Pola saliran ranting melibatkan sungai utama yang mengalir dan berhubung dengan

anak-anak sungai yang lain. Anak-anak sungai pula akan berhubung lalu membentuk

jaringan saliran air yang menyerupai cabang-cabang reranting pokok.

 Pola Simetri Yang Seragam

Aliran sungai utama akan bercantum dengan anak sungai pada sudut kurang daripada

sudut tepat. Biasanya pada sudut hampir 90 darjah. Hal ini disebabkan oleh struktur

geologi dan topografi setempat yang mempengaruhi arah aliran air. Pola simetri sungai

inilah yang menyebabkan saliran ini kelihatan seperti cabangan ranting pohon.
 Terdapat Di Kawasan Yang Berbatuan Keras

Kawasan dengan pola saliran ranting mempunyai bentuk topografi yang berbukit-

bukau serta mempunyai batuan dengan kekerasan yang sama. Ini membolehkan air

hujan mengalir melalui saluran yang lebih rendah di kawasan tersebut dan membentuk

sungai dan anak sungai yang bercabang-cabang seperti ranting pohon.

3.0 Kebaikan Sungai Saliran Berpola Ranting

Sungai dengan pola saliran ranting mempunyai beberapa kebaikan dan manfaat yang

penting. Sungai berpola saliran reranting ini memberikan beberapa manfaat kepada

persekitaran serta kepada kelompok manusia itu sendiri.

 Mengurangkan Penghakisan Tanah

Pola saliran ranting membantu dalam mengurangkan hakisan tanah. Hal ini kerana,

saluran dan cabangan sungai yang banyak maka ia akan membantu dalam

mengurangkan kederasan arus air. Tekanan arus air juga dapat dikurangkan. Dengan

ini bencana alam seperti banjir kilat dan tanah runtuh dapat dielakkan.

 Mewujudkan Saliran Air Yang Baik

Pola saliran ranting membolehkan sungai dan anak sungai mengumpulkan air dari

kawasan yang luas. Ini membantu meningkatkan penyebaran air secara menyeluruh

kepada sesebuah tempat sekaligus dapat menyediakan bekalan air yang mencukupi

untuk kehidupan manusia dan ekosistem.

You might also like