You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN

KELAB BAHASA INGGERIS SK NENASI

Tarikh : 23 March 2023


Masa : 2:00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SK Nenasi

Kehadiran:
1. AINIL FATIEHA BT ABDUL RAZAK
2. MOHD ADRI BIN ABDULLAH
3. NORAZURA BT ABDULLAH
4. THIVYA A/P ANBALAHAN
Agenda mesyuarat:
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam
mesyuarat penubuhan ini. Beliau menerangkan tujuan mengadakan mesyuarat
ini adalah untuk menubuhkan Kelab Bahasa Inggeris SK Nenasi.

2.0 Persetujuan menubuhkan Kelab Bahasa Inggeris


2.1 Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Kelab Bahasa Inggeris
yang bertujuan untuk pembangunan dan perpaduan murid di sekitar kampung ini.

3.0 Meluluskan Kelab Bahasa Inggeris


3.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan Kelab Bahasa Inggeris ini
dengan nama Kelab Bahasa Inggeris SK Nenasi.

4.0 Meluluskan Alamat tempat urusan dan Alamat pos


4.1 Mesyuarat bersetuju sebulat suara memilih alamat urusan di SK Nenasi dan
Alamat pos bagi kelab ini di SK Nenasi, 26680 Pekan, Pahang Darul Makmur.

5.0 Meluluskan perlembagaan dan kaedah-kaedah Kelab Bahasa Inggeris


5.1 Mesyuarat telah membentangkan perlembagaan kelab dan bersetuju dengan
perlembagaan.

6.0 Pelantikan Ahlil Jawatankuasa


6.1 Ahli-ahli jawatankuasa yang telah dipilih adalah seperti berikut:
6.1.1 Pengerusi :
6.1.2 Naib Pengerusi :
6.1.3 Setiausaha :
6.1.4 Naib Setiausaha :
6.1.5 Bendahari :
6.1.6 AJK Tahun 6:
6.1.7 AJK Tahun 5:
6.1.8 AJK Tahun 4:
7.0 Ucapan penangguhan
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran hari ini. Mesyuarat diakhiri
dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr.

Mesyuarat ditangguhkan pada 2:45 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_______________________ _______________________
(Thivya A/P Anbalahan) (Ainil Fatieha binti Abdul Razak)
Setiausaha Pengerusi
Kelab Bahasa Inngeris Kelab Bahasa Inggeris
SK Nenasi SK Nenasi

You might also like