You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2023

Bismilllahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana


di bawah rahmat dan inayahNYA, kita semua dapat sama-sama hadir dalam Majlis
Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah pada hari ini.

Yang Berusaha, Tuan Guru Besar ( Tuan Haji Zulkifli bin Hassan ), Yang dihormati Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, (Pn Fauzalina binti Ahmad), Guru Penolong Kanan
Pentadbiran (Pn Siti Norani binti Salleh ), Guru penolong Kanan Kokurikulum (Pn Suraida
binti Mohd Jani, En Syariffudeen bin Dayan, YDP PIBG SK Tasek Permai. Ahli PIBG,
barisan guru-guru ,pembantu murid seterusnya murid-murid yang dirahmati sekalian.

Hari ini menanam jagung,


Di bawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan Majlis Hari Kanak-kanak penuh ceria.

Saya amat teruja kerana dapat bersama-sama seramai hampir 400 orang kanak-kanak dari
SK Tasek Permai bagi menyambut Hari Kanak-Kanak pada tahun ini yang bertemakan”
MASQUERADE”

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada unit Hal Ehwal
Murid dan semua anak-anak yang telah bersama-sama meraikan sambutan hari kanak-
kanak pada hari ini.

Negara kita menyambut Hari Kanak-Kanak pada setiap tahun bagi meraikan kebersamaan
dan memberikan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak tentang hak-hak mereka, secara
tak langsung kebajikan kanak-kanak akan sentiasa mendapat perhatian dalam masyarakat.
Sambutan ini juga merupakan bukti komitmen sekolah untuk merealisasikan hasrat dalam
memastikan kesejahteraan kanak-kanak sentiasa terpelihara secara menyeluruh.

Kanak-kanak adalah waris dan penentu masa hadapan negara. Melalui mereka, kita
menaruh harapan, aspirasi, impian dan janji Malaysia yang lebih baik

Buat anak-anak Malaysia yang ada di hadapan saya ini, tempuhilah zaman kanak-kanak
anda dengan pengalaman indah mencuba dan melakukan perkara-perkara yang membawa
manfaat kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Sentiasa beringat, dapatkanlah nasihat dan
panduan daripada ibu bapa, ahli keluarga dan mereka yang sesuai jika memerlukannya.
Malu bertanya sesat jalan.
Saya sudahkan dengan serangkap pantun.

Anak Cina bakar setanggi,


Bakar dalam periuk kera,
Kanak-kanak perlu disayangi,
Agar hidup aman bahagia

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanak-


Kanak Peringkat Sekolah Kebangsaan Tasek Permai bagi tahun 2023.

Saya sudahi dengan Wabillah hi taufik Wal Hidayah Wassalam Mualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh

SEKIAN TERIMA KASIH.

You might also like