You are on page 1of 4

PROGRAM SYARIAH

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM


DIPLOMA PASCASISWAZAH PENTADBIRAN KEHAKIMAN DAN GUAMAN ISLAM

SEMESTER 1 SESI 2022-2023

MAKLUMAT KURSUS

1. Kod Kursus : PPPK5443

2. Nama Kursus : Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia

3. Kredit : 3

4. Taraf Kursus : Wajib Jabatan (WJ)

5. Pensyarah : Dr. Wafaa’ Yusof ( Ketua)


Tuan Zulfikri Yasoa
Mohd Nahar Mohamad

6. Masa & Tempat : 11.00 a.m – 1.00 p.m. (Ahad)

7. Sinopsis:

Kursus ini bertujuan untuk membincangkan tentang kesalahan jenayah Syariah negeri-negeri di
Malaysia. Perbincangan bermula dengan teori dan konsep kesalahan jenayah dalam fiqh jinayah
Islam dan aplikasinya dalam konteks Malaysia. Antara kesalahan jenayah yang diberikan
penekanan ialah kesalahan berhubungan akidah (contoh: pemujaan salah, doktrin palsu, ajaran
sesat, dakwaan palsu), kesalahan berkaitan kesucian Islam dan institusinya (menghina atau
menyebabkan dipandang hina agama Islam, mempersendakan ayat al-Quran dan hadith),
kesalahan berhubungan dengan kesusilaan (contoh: sumbang mahram, pelacuran, muncikari,
persetubuhan luar nikah, perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar
nikah, liwat, musahaqah, khalwat, orang lelaki berlagak seperti perempuan dan perbuatan tidak
sopan di tempat awam), dan kesalahan pelbagai (contoh: minum arak, takfir, memusnahkan
rumah ibadah, pungutan zakat tanpa kuasa, menggalakkan maksiat, memujuklari perempuan
bersuami, qazaf, penyalahgunaan tanda halal).

This course aims to discuss the Sharia criminal offenses of the states in Malaysia. The discussion
begins with the theory and concept of criminal offenses in Islamic criminal fiqh and its application
in the Malaysian context. Among the criminal offenses that are emphasized are offenses related to
faith (examples: false worship, false doctrine, heresy, false allegations), offenses related to the
sanctity of Islam and its institutions (insulting or causing contempt for Islam, ridiculing Quranic
verses and hadith), offenses related to decency (examples: incest, prostitution, muncikari,
extramarital intercourse, acts in preparation for extramarital intercourse, sodomy, musahaqah,
khalwat, men acting like women and indecent acts in public), and miscellaneous offenses
(examples: drinking alcohol, takfir, destroying houses of worship, collection of zakat without
authority, encouraging immorality, persuading married women, qazaf, abuse of halal marks).

8. Pra-Keperluan:
Tiada.

9. Keperluan Kursus untuk Menduduki Peperiksaan:


(Rujuk Peraturan-Peraturan UKM (Pengajian Diploma Pascasiswazah) 2021).
Pelajar perlu memenuhi 70% keperluan kursus yang merujuk kepada keperluan kertas kerja dan
ujian tidak termasuk pentaksiran/peperiksaan akhir.

10. Rujukan:

Abū Zahrah, Mohammad. t.th. Al-Jarīmah wa al-cUqūbah. Jilid 2. Kaherah: Dār al-Fikr.

Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).

cAwdah cAbd. Al-Qādir. 1985/1405. al-Tashric el-Jināῑy al-Islāmῑ. Beirut: Muassasah al-Risālah.

Mohamad Ismail Mohamad Yunus. 2020. Criminal responsibility and its exceptions: harmonization
between Islamic Criminal Law (al-Jinaei Islami) and Malaysian Penal Code. Penerbit.
Batu Pahat, Johor: UTHM.

Zulfakar Ramlee Saad. 2019. Prosecuting shariah offences in Malaysia: evidentiary issues.
PETITA, Vol. 4 No. 2. Banda Aceh: Lembaga Kajian Konstitusi Indonesia (LKKI) Fakultas
Syariah dan Hukum Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry Banda Aceh.

11. Senarai Hasil Pembelajaran Kursus:

Pada akhir kursus ini, pelajar seharusnya berkebolehan untuk:


At the end of this course, students should be able to:

HPK1 : Menilai teori dan konsep kesalahan jenayah Syariah dalam fiqh jinayah dan aplikasinya
di Malaysia.
Evaluate the theory and concept of Sharia criminal offences in fiqh jinayah and its application in
Malaysia.

HPK2 : Membandingkan teori fiqh dengan aplikasi jenayah Syariah negeri-negeri di Malaysia.
Comparing the theory of fiqh with the application of Sharia crimes in the states in Malaysia

HPK3 : Membina hujah perundangan berdasarkan kes-kes jenayah Syariah yang dirujuk.
Construct legal arguments based on the Sharia criminal cases referred

HPK4 : Menyelesaikan kajian kes berasaskan peruntukan undang-undang jenayah Syariah di


Malaysia.
Resolve case studies based on Sharia criminal law provisions in Malaysia.
12. Pelan Pentaksiran

Kaedah Pentaksiran (%)

Tahap Taksonomi

Pemboleh (1) /

Peperiksaan Akhir
Penentu (2)
PPPK5443: Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia Jumlah Jam

HPP/HPD
Kaedah

Kertas kerja
Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, pelajar seharusnya berkebolehan untuk: Penyampaian

Ujian
Pelajar, SLT (Jam)

1. Menilai teori dan konsep kesalahan jenayah Syariah dalam C5 HPP1 2 Kuliah
fiqh jinayah dan aplikasinya di Malaysia.
30 39

2. Membandingkan teori fiqh dengan aplikasi jenayah Syariah C5 HPP1 2 Kuliah


negeri-negeri di Malaysia.
30 39

3. Membina hujah perundangan berdasarkan kes-kes jenayah P7 HPP4 2 Kuliah dan PBL
Syariah yang dirujuk. 20 22.5

4. Menyelesaikan kajian kes berasaskan peruntukan undang- A5 HPP6 2 Kuliah dan PBL
undang jenayah Syariah di Malaysia.
20 20

JUMLAH MARKAH 30 30 40

JAM PEMBELAJARAN 120.5

You might also like