You are on page 1of 2

Doktrin kehakiman mengikat

Doktrin kehakiman mengikat ataupun nama keduanya iaitu doktrin duluan mengikat yang
bermaksud sekiranya tidak terdapat sebarang peruntukan undang-undang bertulis mengenai
sesuatu perkara , mahkamah hendaklah memakai keputusan mahkamah yang lebih tinggi
kedudukannya sebagai suatu prinsip undang-undang terpakai.

Doktrin duluan mengikat diterjemahkah sebagai satu doktrin yang menuntut para hakim
untuk menggunakan kaedah yang sama dalam suatu tuntutan undang-undang seperti yang
telah digunakan dalam kes-kes yang sama sebelum ini. Selain dari itu, duluan mengikat
ditakrifkan sebagai suatu kaedah yang menggunakan prinsip keputusan sesuatu mahkamah
yang lebih tinggi terpaksa diikut oleh mahkamah bawahan tanpa mengambil kira sama ada
keputusan tersebut itu betul atau tidak. Stare decisis (duluan mengikat) adalah berasal dari
istilah latin yang secara harfiahnya bermakna mematuhi atau mematuhi kepada kes-kes yang
telah diputuskan. Mahkamah secara amnya mematuhi stare decisis apabila mahkamah telah
meletak prinsip undang-undang yang terpakai dalam satu fakta bagi suatu set tertentu.oleh
itu keputusan akan mengikut prinsip itu dan diguna pakai kepada semua kes-kes pada masa
akan datang yang mana sama fakta dan hal keadaannya. Amalan kehakiman stare decisis ini
membawa kepada duluan kehakiman yang bermaksud bahawa keputusan mahkamah
mempunyai nilai sebagai duluan bagi kes-kes akan datang dan juga bergantung kepada hal
keadaan tertentu. Istilah ini juga sering digunakan secara berganti kerana mereka berbeza
hanya sedikit sahaja dalam makna. Prinsip stare decisis ini memastikan kebolehramalan
keputusan yang akan dikeluarkan oleh mahkamah, di mana kehakiman terdahulu
berkemungkinan juga dibuat melalui stare decisis. Oleh yang demikian dapat disimpulkan
bahawa doktrin duluan mengikat adalah satu doktrin dalam tradisi undang-undang inggeris
yang dikembangkan untuk menerangkan amalan yang mahkamah-mahkamah ikuti
berhubung dengan duluan mengikat. Doktrin ini memerlukan seorang hakim itu menghormati
duluan malah hakim juga dalam keadaan tertentu terikat untuk mengikut duluan dalam kes-
kes yang telah diputuskan semasa memutuskan isu yang sama atau yang berkaitan. Hakim
dekehendaki menerima dan mengikut prinsip dalam duluan yang berkenaan walaupun beliau
tidak bersetuju dengan prinsip tersebut.
Prinsip doktrin kehakiman mengikat boleh dibahagikan mengikut dua komponen , bagi
komponen pertamanya merupakan peraturan bahawa satu keputusan yang dibuat oleh
mahkamah tinggi adalah duluan mengikat yang mahkamah rendah tidak boleh batalkan.
Komponen keduanya merupakan prinsip yang satu mahkamah tidak seharusnya
membatalkan suatu keputusan yang dibuat oleh dirinya sendiri pada suatu ketika dahulu
kecualilah apabila terdapat satu alasan kuat untuk berbuat demikian. Prinsip kedua ini lebih
berbentuk nasihat yang boleh dan sememangnya diketepikan mahkamah dari masa ke
semasa.
Kesimpulanya , doktrin duluan mengikat merupakan salah satu daripada sumber undang-
undang yang digunapakai dalam sistem kehakiman Malaysia. Melalui persoalan yang
pertama mengenai mahkamah-mahkamah dan sumber undang-undang di Malaysia maka jika
kembali kepada tajuk perbincangan mengenai doktrin duluan mengikat, maka huraian
mengenainya dapat membantu kita mengenalpasti cara pengaplikasian doktrin duluan
mengikat di mahkamah-mahkamah serta dapat mengetahui autoritinya dalam sumber
undang-undang di Malaysia. Seterusnya mengenai isu kedua membincangkan berkenaan
pengertian, perkembangan dan fungsi dari pengamalan doktrin duluan mengikat yang
terbentuk dalam mahkamah di Malaysia. Hasil yang dapat dilihat dalam huraian mengenai isu
kedua ini dapat mengenalpasti bahawa doktrin duluan mengikat sebenarnya berasal dari
tradisi undang-undang Inggeris yang dikembangkan untuk menerangkan amalan yang
mahkamah-mahkamah ikuti berhubung dengan duluan mengikat. Doktrin ini memerlukan
seorang hakim menghormati duluan malah hakim juga dalam keadaan tertentu terikat untuk
mengikut duluan dalam kes-kes yang telah diputuskan semasa memutuskan isu yang sama
atau yang berkaitan. Persoalan ketiga berkenaan justifikasi terhadap pemakaian dan
penolakan doktrin duluan mengikat. Huraian isu tersebut telah memberikan pengetahuan
tentang apakah alasan-alasan terhadap penerimaan dan penolakan kepada doktrin duluan
mengikat ini yang mana mereka berusaha memperkuatkan pendapat tersebut secara
munasabah dengan memberikan contoh-contoh yang releven. Manakala dalam isu yang
keempat adalah berkenaan cadangan terhadap pemakaian doktrin duluan mengikat yang
mana cadangan tersebut dinyatakan adalah untuk penambahbaikan dalam sistem kehakiman
di Malaysia. Oleh itu penulis berpendapat bahawa doktrin ini boleh dijadikan dalam rujukan
undang-undang namun tidaklah mengikat mahkamah yang lebih rendah secara pengertian
yang menyeluruh. Hal ini bermaksud para hakim boleh merujuk kes-kes terdahulu. Namun
pada yang sama para hakim tidak terikat dengan keputusan-keputusan yang telah diputuskan
dalam kes-kes yang terdahulu. Kedudukan sebagai hakim sebenarnya memegang
tanggungjawab yang besar terutamanya dalam memastikan keputusan yang diputuskan
adalah bersifat saksama. Meskipun kadangkala hakim tersilap membuat perhitungan tetapi
usaha beliau untuk mencari kebenaran dalam sesuatu kes itu adalah lebih utama.

You might also like