You are on page 1of 2

SENARAI BORANG YANG PERLU DIISI DAN DIHANTAR BAGI PESARA

a) Borang JPA. BP. SPPP. B04 – Notis Pelepasan Caruman Kerajaan Di KWSP.
b) Kenyataan Cuti (Lampiran A2) termasuk cuti sakit, cuti rehat (Khas), cuti perperiksaan, cuti sambilan, cuti
tanpa gaji, cuti separuh gaji, cuti tanpa rekod, cuti haji, cuti bersalin, kursus lebih 3 bulan, cuti belajar dan
lain-lain lagi. (Sepanjang tempoh perkhidmatan)
c) Borang JPA. BP. SPPP. B01a – Maklumat persara (Cop jari berwarna hitam)
d) Borang JPA. BP. SPPP. B03 – Maklumat Tanggungan. (setiap seorang anak, satu borang)
e) Borang JPA. BP. UMUM. B01 – Sijil Akuan Berhutang / Tidak Berhutang.
f) Borang JPA. BP. UMUM B02 – Pengiraan Cuti Rehat (Khas) Yang Boleh Dikumpulkan Di Bawah Peraturan
21, Peraturan Pencen 1980.
g) Borang JPA. BP. UMUM. B04 – Laporan Pengesahan Pakar Perubahan Mengenai Anak Cacat (Jika
Berkenaan)
h) Borang permohonan Surat/Sijil Penyelesaian Cukai Pendapatan (Bahagian A). Pusat Tanggungjawab perlu
kemukakan borang yang telah dilengkapi terus kepada Jabatan Hasil Dalam Negeri yang berkenaan.
Sesalinan sijil hendaklah dihantarkan ke jabatan ini bersama borang JPA selepas menerima.
(Borang/dokumen (a) hingga (h) mesti sampai di Jabatan ini 6 bulan sebelum bersara)
i) Surat Pengesahan Kewangan, (Bakal Pesara perlu hantar terus ke Bahagian Kewangan, Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam 2 salinan dengan sampul surat Bersetem dan beralamat sendiri. (Maklumat
dari KPM mesti hantar ke Jabatan ini apabila menerimanya)
j) Borang Pinjaman Perumahan/Pemberitahu Persaraan Peminjam (B2); Pusat Tanggungjawab perlu
mengemukakan borang yang telah dilengkapi terus kepada Bahagian Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan Malaysia, Putrajaya. Jika telah selesai pembayaran pinjaman, kemukakan surat arahan
berhenti potongan gaji ke jabatan ini.
k) Borang penyata bagi pengiraan faedah tamat perkhidmatan (B4)
Borang A – (GEPF) Kumpula Wang Simpanan Pekerja-pekerja Kerajaan.
Borang B - (TPF) Kumpulan Wang Simpanan Guru.
Borang C – (LAEPF) Kumpulan Wang Simpanan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan.
(Borang/dokumen (i) Hingga (k) mesti sampai di Jabatan ini 10 bulan sebelum bersara)
(Isikan nama serta nombor kad pengenalan dan tulis “TIADA” pada borang tidak berkenaan)

TINDAKAN BAGI PEGAWAI YANG BERSARA


4. Pihak tuan juga dikehendaki untuk menyertakan bersama-sama dokumen-dokumen sokongan seperti
berikut:
a) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Pegawai. (SALINAN SIJIL LAHIR SUAMI/ISTERI)
b) Salinan Kad Pengenalan pasangan pegawai, salinan sijil kahwin atau surat akuan nikah. (JIka pasangan
telah meninggal, sila kemukakan sijil kematian/bercerai)
c) Salinan Sijil Lahir dan Kad Pengenalan anak di bawah 21 tahun atau sijil anak angkat yang di keluarkan
oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Residen. (Jika berkenaan)
d) Salinan Sijil Lahir, Kad Pengenalan, gambar penuh 3R dan sijil doktor bagi anak cacat. Jika berkenaan)
e) Salinan dokumen bank terkini yang menunjukkan nama, nombor Kad Pengenalan dan nombor Akaun
Bank (Perseorangan)
f) Surat keputusan pergerakan gaji tiga tahun terakhir. CONTOH (PGT 2021, 2020 DAN 2019)
g) Penyata Perubahan Kew-8 gaji terakhir.
h) Surat kelulusan Gantian Cuti Rehat atau Surat Pengesahan Tidak Mahu Mengumpul Cuti rehat untuk
pengetua/guru besar/staf sokongan. Untuk guru kemukakan surat pengesahan Gantian cuti Rehat Khas
atau surat yang menyatakan akan menggunakan cuti (Khas) sebelum bersara.(Penjualan CRK mulai
tahun 2004 hingga sekarang sekiranya ada menjual crk)
i) Salinan surat lantikan pertama, pengesahan jawatan, pemberian taraf berpencen, naik pangkat,
opsyen Sistem Saraan Baru, Sistem Saraan Malaysia, Opsyen Umur 55/56 tahun. (OPSYEN 55/56/58)
Opsyen tahun 2008 dan Opsyen 2011.
j) Lampiran E perakuan untuk ditandatangani apabila meninggalkan perkhidmatan kerajaan.
(Borang/dokumen 4(a) hingga 4(i) mesti sampai di Jabatan ini 6 bulan sebelum bersara)

You might also like