You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK)

BIL.3/2018
SEKOLAH MENENGAH (LKTP) CHINI, 26690 CHINI, PAHANG

Tarikh : 7.8.2018
Masa : 2.30-3.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran :
1. Puan A’bidah bt Ibrahim (Pengerusi)
2. En Borhan bin Hassan (Naib Pengerusi 1 )
3. En Zaki bin Yusof (Naib Pengerusi 2 )
4. En Norman Fared bin Abd Razak (Naib Pengerusi 3 )
5. En Zulafzanizahrin bin Mohammad (Pegawai Pengurusan Aset/Setiausaha)
6. En Mohd Nizam b Halipah (Pegawai Pemeriksa Harta Modal)
7. En Roslan bin Ibrahim (Pegawai Pemeriksa Harta Modal)
8. En Zuharizam bin Abd Halim (Lembaga Pemeriksa Pelupusan)
9. Pn Salmi bt Mohd Noor (AJK)
10. Pn Fazla Anira bt Musa (AJK)

Agenda:

1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Perkara Berbangkit
4. Hal-hal lain
5. Penangguhan

AGENDA 1: UCAPAN PENGERUSI

1.1. Mesyuarat dimulakan dengan surah al-Fatihah dan bacaan doa oleh En Roslan bin Ibrahim

1.2. Pengerusi memaklumkan bahawa pengurusan Aset Alih Kerajaan terikat dengan arahan-arahan
dan peraturan-peraturan perbendaharaan. Oleh itu, aset perlu diuruskan oleh semua individu
dengan rasa amanah dan tanggungjawab

AGENDA 2: PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1. Minit dibentangkan oleh En Zulafzanizahrin bin Mohammad


2.2. Dicadang oleh En Mohd Nizam b Halipah
3.3. Disokong oleh Pn Fazla Anira bt Musa

AGENDA 3: PERKARA BERBANGKIT


3.1 En Roslan bin Ibrahim Pelupusan menyatakan barangan ict masih tidak dilupuskan.
3.2 Pengerusi menyarankan tindakan lanjut diambil oleh Pegawai Aset sekolah.

AGENDA 4: HAL-HAL LAIN

4.1 Pengerusi mencadangkan agar kursus pengurusan aset alih kerajaan dilaksanakan dengan
kadar segera kepada guru-guru agar mereka mendapat pendedahan cara bagaimana
menguruskan aset di sekolah dengan lebih efektif dan sistematik supaya tidak dikenakan
tindakan surcaj.
4.2 Perlantikan En Zaki bin Yusof sebagai Naib Pengerusi 2 bagi jawatankuasa
pengurusan aset 2018

Tindakan: Peg. Aset

AGENDA 5: UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat dan berharap Pengurusan Aset Alih
Kerajaan bagi SMK (LKTP) CHINI dapat diuruskan dengan cekap dan cemerlang. Mesyuarat
ditangguhkan pada jam 3.30 petang

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(ZULAFZANIZAHRIN BIN MOHAMMAD (PUAN A’BIDAH BINTI IBRAHIM)


Setiausaha,JKPAK SMK (LKTP) CHINI Pengetua, SMK (LKTP) CHINI

You might also like