You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

Program Menaiktaraf Prasarana dan Keceriaan Bilik SAL 2023

Tuan Guru Besar,

SK Simpang Jeram, Muar (SeJeram)

Program Menaiktaraf Prasarana dan Keceriaan Bilik SAL 2023

_________________________________________________________________________________

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah kecemerlangan
akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang kondusif dapat menimbulkan rasa
minat murid-murid untuk belajar. Proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah juga
dapat menarik minat mereka untuk belajar Bahasa Inggeris dengan lebih baik. Salah satu cara yang
dapat dijalankan ialah dengan menambahbaik Bilik Self Access Learning (S.A.L).

3. RASIONAL

Mempelajari dan menguasai Bahasa Inggeris sebagai Bahasa kedua adalah salah satu subjek wajib di
semua peringkat persekolahan. Oleh itu, projek menaik taraf Bilik SAL ini dijalankan dengan hasrat
untuk menjadikan sekolah sebagai organisasi utama yang memberikan impak positif kepada murid-
murid dalam menguasai Bahasa Inggeris. Persekitaran yang ceria, menarik dan bermanfaat dapat
merangsang minat dan kencenderungan murid-murid untuk lebih menguasai Bahasa Inggeris

4. OBJEKTIF PROGRAM

4.1. Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran Bahasa Inggeris diluar bilik darjah

4.2. Menjadikan sekolah sebagai organisasi yang efektif dan kondusif bagi murid-murid dalam
meningkatkan pengetahuan dalam subjek Bahasa Inggeris

4.3. Membantu dan memudahkan sesi PdP guru

4.4. Menambahbaik, meceriakan dan mengoptimumkan fungsi Bilik SAL agar murid-murid dapat
mengakses bahan Bahasa Inggeris dengan lebih mudah.

5. KUMPULAN SASAR

5.1. 332 orang murid SeJeram

5.2. 4 orang guru Bahasa Inggeris


6. BUTIRAN PERLAKSANAAN PROGRAM

AKTIVITI CADANGAN PELAKSANAAN

Mengecat simen lantai bilik dengan cat epoxy

Menaiktaraf & menceriakan Bilik Mengecat keseluruhan bahagian dinding bilik yang telah
SAL rosak dan lusuh

Mengecat bahagian luar bilik yang lusuh dan kotor

7. JAWATANKUASA KERJA

Penasihat : En. Osman bin Ahmad (Guru Besar)

Pengerusi 1 : Pn. Salinah binti (GPK 1)

Pen. Pengerusi 1 : Pn. Zuraidah binti Mustafa

Setiausaha : Pn. Siti Anum binti Mohd Bakri

Ajk : Pn. Zanariah binti Paraman

: Pn. Umah A/P Validiner

8. IMPLIKASI KEWANGAN

8.1 Peruntukan dari SK. Simpang Jeram

8.2 : Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci

Bil ITEM UNIT ANGGARAN JUMLAH


HARGA SEUNIT
1 Cat lantai Epoxy 5 liter 2 unit RM145 RM 290
2 Cat dinding (indoor 3 bay) 5 liter 3 unit RM150 RM 450
3 Cat dinding ( outdoor) 5 liter 1 unit RM 150 RM150
3 Peralatan mengecat
- Berus cat 4 unit
- Roller cat 2 unit RM120 RM120
- Takung cat 2 unit

4 Plastik lutsinar 1 gulung 1 unit RM120 RM120

Jumlah RM 1130
9. ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu)

- Tiada

10. PENUTUP

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(PUAN SITI ANUM BINTI MOHD BAKRI) ( ENCIK OSMAN BIN AHMAD)

S/U Panitia Bahasa Inggeris, Guru Besar,

SK Simpang Jeram, Muar SK Simpang Jeram, Muar

Tarikh : Tarikh:
KERTAS CADANGAN PROGRAM MENAIKTARAF PRASARANA DAN KECERIAAN BILIK SAL
SK SIMPANG JERAM (SeJeram)
2023

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program Menaiktaraf Prasarana Dan Keceriaan Bilik


SAL Sk Simpang Jeram

atau

Tidak Meluluskan Kertas Cadangan Program Menaiktaraf Prasarana Dan Keceriaan


Bilik SAL Sk Simpang Jeram

Ulasan:

……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………

(ENCIK OSMAN BIN AHMAD)


Guru Besar,
SK Simpang Jeram, Muar.
Tarikh:

You might also like