You are on page 1of 2

NEGERI SEMBILAN 2022 Soalan 2 (Struktur)

7.2 Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communitites Liason Committee (CLC)


ditubuhkan pada Januari 1949 yang menghimpunkan pemimpin utama masyarakat pelbagai
kaum.

(a) Jelaskan objektif pembentukan CLC. [2 markah]

Objektif pembentukan CLC ialah mengkaji hubungan antara kaum dengan


mendalam untuk membetulkan keadaan politik, ekonomi dan sosial supaya wujud
pembahagian yang lebih adil untuk semua kaum. Akhirnya untuk mewujudkan
suasana harmoni dan muhibbah dalam kalangan masyarakat.

(b) Huraikan kejayaan CLC dalam menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan pertikaian
antara kaum. [4 markah]

Antara kejayaan CLC ialah dari aspek politik, pilihan raya berjaya diadakan di
peringkat bandaran dan negeri. Kedudukan istimewa orang Melayu sebagai
penduduk asal juga diperakui dan kepentingan sah kaum lain turut diiktiraf.

Selain itu, agensi RIDA ditubuhkan untuk membantu ekonomi dan kemajuan luar
bandar bagi kaum Melayu.

Syarat kewarganegaraan juga dilonggarkan supaya kedudukan politik dapat


diberikan kepada kaum bukan Melayu. Ini dapat melahirkan semangat patriotik
dalam kalangan orang bukan Melayu terhadap tanah air.

(c) Semangat kerjasama antara kaum penting dalam memastikan keharmonian di


negara kita. Ulaskan pernyataan tersebut. [4
markah]
PERAK 2022 Soalan 6 (Esei)
7.3 Pembentukan Sistem Ahli

Tokoh berikut berkaitan dengan pelaksanaan Sistem Ahli.

(a) Terangkan apa yang anda faham tentang Sistem Ahli. [6 markah]

(b) Huraikan kepentingan sistem Ahli ke arah kemerdekaan negara. [6 markah]

(c) Sistem Ahli telah meyakinkan British bahawa rakyat Tanah Melayu mampu
mentadbir negara melalui kerjasama kaum.
Bagaimanakah prinsip kerjasama kaum dapat diteruskan untuk kemajuan negara?
[8 markah]

You might also like