You are on page 1of 56

1.

0 ABSTRAK

BW Yee Seng Steel Industries Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat perindustrian logam di dalam
pembuatan perancah ‘scaffolding’, ‘ roll formed metal roofing and multi-truss systems’, dan ‘
total storage solution’ yang bertempat di Kawasan Perindustrian Valdor, Sungai Bakap Pulau
Pinang. Proses pemotongan gegelung logam ‘mother coil slit process’ dipilih sebagai tugasan
tempat kerja kerana proses ini adalah proses utama sebelum logam-logam dibentuk menjadi
sesuatu produk. Objektif utama di dalam tugasan ini adalah untuk mengenal pasti empat (4)
hazard keselamatan dan dua(2) hazard kesihatan bagi proses pemotongan gegelung logam
‘mother coil slit process’. Kaedah-kaedah yang proaktif digunakan pakai untuk mengenal
pasti Hazard seperti kaedah pemerhatian, pemeriksaan dan semak semula dokumen-dokumen
yang lepas. Hasil yang diperolehi daripada kaedah tersebut, terdapt tujuh(7) hazard
keselamatan iaitu terdedah kepada ‘Wire Rope Crane’ terputus, terdedah kepadalubang yang
terbuka, terdedah kepada logam ‘scrap’ yang tajam, terdedah kepada‘roller’ pemotong yang
berputar,terdedah kepada gegelung‘Baby Coil’ terlerai,terdedah kepada gegelung‘Baby Coil’
terbalik, dan terdedah kepada wire strap terputus.Terdapat empat(4) hazard kesihatan iaitu
menolak logam melebihi 20kg, mengankat ‘roller' pemotong melebihi 20kg berulang-
ulang,terdedah kepada bunyi bising yang berpanjangan melebihi 90db dan terdedah kepada
debu logam sebesar zarah terampai < 1mm . Hazard keselamatan dan kesihatan ini secara
tidak langsung memberi memberi impak yang negatif bagi pekerja dan juga organisasi.
Teknik yang digunakan di dalam penaksiran risiko adalah teknik semi-kuantitatif yang
merupakan teknik dua dimensi iaitu pengukuran terhadap kebarangkalian dan keterukan bagi
sesuatu Hazard. Teknik ini dijadikan sebagai Garis Panduan standard yang efectif untuk
membuat Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Pengawalan Risiko ‘HIRARC’.
Hazard keselamatan dan kesihatan yang terletak didalam hirarki yang berbahaya ialah
terdedah kepadah gegelung coil terbalik dan terdedah kepada debu logam sebesar zarah
terampai <1mm. Oleh itu, beberapa langkah kawalan risiko telah dicadangkan berteraskan
Hirarki Kawalan dengan menfokuskan kepada kaedah penghapusan, penggantian,
pengasingan, kawalan kejuruteraan, kawalan pentadbiran dan peralatan perlindungan diri
(PPE). Terdapat beberapa kaedah yang akan dibincangkan dalam laporan ini yang mana ia
boleh dilaksanakan bagi mengenalpasti ‘hazard’, dan seterusnya membuat dan melaksanakan
tindakan pembaikan bagi menghapuskan atau mengurangkan risiko tersebut. Bagi
memastikan pematuhan kepada keperluan perundangan dan mencapai amalan keselamatan
yang terbaik, penglibatan dan komitmen pihak pengurusan atasan dan semua kakitangan
sangatlah diperlukan. Kesemua kaedah kawalan ini perlu dikaji tahap keberkesanannya
melalui semakan semula yang bertujuan mengenalpasti sebarang kelemahan yang sedia ada
dan seterusnya membuat pindaan atau tindakan pembetulan agar terdapatnya peningkatan
berterusan dalam pengurusan pengawalan risiko di tempat kerja.

Page 1 of 56
2.0 PENGENALAN

2.1 Latar belakang syarikat

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun

2002 sebagai perniagaan milik keluarga

yang terlibat dalam perdagangan kecil-

kecilan dan sewa pemasangan perancah

kepada peruncit perkakasan ‘Hardware’dan

kontraktor. BW Yee Seng Hardware

Trading Sdn. Bhd, hari ini telah

berkembang dengan pesat dengan

mempelbagaikan dan mengembangkan

perniagaan utama iaitu pembuatan

pemasangan lengkap perancah , pembuatan bumbung dan pembuatan rak di bawah jenama

Metech . Pada tahun 2009, BWYS memulakan Program Transformasi Pengurusan (MTP ) di

mana satu kumpulan kakitangan profesional yang sangat dinamik telah diambil untuk

membawa syarikat kepada sumber pasaran yang memenuhi cabaran-cabaran global dengan

berkesan.

Program ini berjaya membuka peluang perniagaan yang lebih besar dan jangkauan

global yang lebih luas , yang membawa kepada pembukaan kilang di kawasan perindustrian

Valdor Sungai Bakap Pulau Pinang sebagai (Head Office ), Kuala Lumpur , Johor , Kota

Bharu ( Kelantan), Mentakab ( Pahang) , Kota Kinabalu (Sabah ) dan Kuching ( Sarawak).

Setakat ini , syarikat BWYS telah melabur lebih MYR 40 Juta dalam perindustrian dan

peralatan untuk kemudahan pengeluaran kami yang terletak di seluruh Malaysia. Hari ini,

syarikat mempunyai sebanyak 10 cawangan dan anak-anak syarikat di seluruh Malaysia

Page 2 of 56
disusuli rancangan progresif untuk menaik taraf kemudahan yang sedia ada serta mewujudkan

barisan produk baru untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat samaada pasaran

malaysia atau pasaran luar negara.

Syarikat juga telah menandatangani perjanjian dengan Universiti Sains Malaysia Fakulti

Perumahan, Bangunan & Perancangan untuk bekerjasama dan berkeupayaan untuk rangkaian

perniagaan bagi menjalankan program penyelidikan bersama untuk bahan bangunan keluli

dalam industri pembinaan. Pihak syarikat yakin bahawa kerjasama dengan pihak yang betul

adalah pemangkin untuk mencapai visi iaitu sebagai pengedar utama produk berasaskan

logam yang berkualiti di dalam pasaran dunia sepenuhnya.

Organisasi syarikat ini di terajui oleh En Kang Beng Hai selaku presiden yang mana

beliau berpengalaman lebih daripada 20 tahun di dalam pembuatan pemasangan perancah

‘scaffolding’ dan mengembangkan dengan mempelbagaikan perniagaan utama seperti

pembuatan bumbung dan pembuatan rak. Pada peringkat permulaan, beliau hanya

menjalankan process pembuatan perancah‘scaffolding’ di Kawasan Perindustrian Bukit

Mertajam yang mana bilangan perkerja kurang daripada 50 orang. Pada tahun 2009, BWYS

memulakan Program Transformasi Pengurusan (MTP ) di mana ahli lembaga pengarah

dilantik sebagai peneraju kumpulan anak syarikat bagi memastikan perjalanan yang lebih

memenuhi cabaran-cabaran global.Kini jumlah pekerja mencecah 300 orang di cawangan

utamaSungai Bakap Pulau Pinang. Carta 1 dan carta 2 dibawahmenunjukkancarta organisasi

bagi susun atur pentadbiran dan pengeluaran didalam syarikat ini.

Page 3 of 56
Carta 1: Carta Organisasi Syarikat BW YEE SENG STEEL INDUSTRIES SDN BHD

PRESIDENT
KANG BENG
HAI

ADVISOR PA
SONNY TAN LILIAN WOO

TECHNICAL
ASSIST
ALEX PHOON

MD SR GM MD GM BRANCH
CHUAH CL DANNY CHEE TH WHYTE
KEH

VISAGE BW

YS GP
BEKALAN
PIE
YS
SUCCESS
SABAH

SERAWAK

JOHOR

TIMUR

Page 4 of 56
Carta 2: Organisasi Pengeluaran YS SUCCESS INDUSTRIES SDN BHD

PRESIDENT
KANG BENG
HAI

FINANCIAL SR VP SR VP CAC SR VP SUPPLY


CONTROLLER DANIEL LARRY LIM CHAIN
TK LIM LIM CHUAH C L

FINANCE HR PURCHASING QA

SHO PMC
IT VISAGE

PRODUCTION MANAGER
CHEW LAI HUAT

LOGISTIC & PRODUCTION MAINTENANCE


WAREHOUSE

Slitting SAFETY

Box Beam

Welding

Up-Right

Stamping

Paint Line

Page 5 of 56
Organisasi syarikat ini telah dipertingkatkan dengan perlaksanaan piawaian bagi

pengurusan iaitu merangkumi ISO9001:2008 (Quality Management System), ISO 14001:2004

(Environmental Management System) dan OHSAS 18001:2007 (Health & Safety

Management System) di mana jabatan kawalan dokumen dipertanggungjawabkan bagi

mengendalikan pematuhan sistem piawaian ini. Pada tahun 2014 dan 2015 process pertukaran

nama dari BW Yee Seng Hardware Trading Sdn. Bhd kepadaBW Yee Seng Steel Industries

Sdn. Bhd telah berlaku. Pendaftaran kilangdan mesin di bawah Jabatan Kesihatan dan

Keselamatan Perkerja(JKKP) juga telah ditukar denganmenggunakannama anak syarikat iaitu

YS Success Industries Sdn Bhd berkuatkuasa tahun 2015.

2.2 Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan

Syarikat ini mempunyai seramai 307 orang pekerja yang terdiri daripada 95 orang

pekerja tempatan untuk bahagian pengurusan dan selebihnya adalah pekerja asing.

Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan syarikat didaftarkan dibawah YS Success Industries

Sdn Bhd kerana merujuk kepada pendaftaran kilang dan mesin peralatan yang didaftarkan di

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. Pengerusi ‘Chairman’ bagi ahli jawatankuasa

keselamatan dan kesihatan pekerja ialah Sr Vice President BW Yee Seng Steel Industries Sdn.

Bhd iaitu En Larry Lim, dibantu oleh setiausaha jawatankuasa atau pegawai keselamatan dan

kesihatan sementara iaitu En Mohd Shukri Bin Abd Rahim. Setiausaha mesyuarat iaitu Cik

NoorFatiehah diikuti lima wakil dari pihak pekerja dan lima wakil dari pihak majikan. Untuk

lebih jelas lagi, sila rujuk pada cartaOrganisasi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan

pada Gambar2.1di bawah.

Page 6 of 56
Gambar2.1:Organisasi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

Dengan adanya satu Jawatan Kuasa Kesihatan dan Keselamatan, Polisi Keselamatan dan

Kesihatan di bentuk merangkumi semua aspek termasuk persekitaran seperti Gambar 2.2

dibawah.

Page 7 of 56
Gambar 2.2:Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

Page 8 of 56
2.3 Aktiviti dan Proses Kerja

Aktiviti dan proses kerja yang dijalankan di kilang ini adalah pembutan perancah, rak,

bumbung, struktur bumbung dan juga pipe didalam pelbagai bentuk dan saiz. Bahagian

pemasaran akan mendapatkan tempahan daripada pelanggan. Setiap tempahan mempunyai

spesifikasi yang tertentu bergantung kepada lukisan dan permintaan pelanggan. Sebelum

dibentuk menjadi sesuatu objek, gegelung logam kecik‘baby coil’ akan dipotong oleh sebuah

macine iaitu mesin pemotong gegelung logam ‘slitter machine’ seperti Gambar 2.3 dibawah.

Gambar 2.3: Mesin pemotong gegelung logam ‘slitter machine’

Proses seterusnya ialah membentukan objek seperti paip, struktur rak dan lain-lain lagi

bergantung kepada tempahan seperti Gambar2.4 dan 2.5dibawah.

Page 9 of 56
Gambar 2.4: Struktur atap yang dibentuk
mengunakan mesin ‘section’.

Gambar 2.5: Struktur Rak yang sudah


dibentuk dan dicat untuk di pek.

Barang-barang yang telah dibentuk akan diperiksa untuk menepati piawai yang ditetapkan

oleh badan-badan yang mengukur kualiti dan ketahanan barang seperti SIRIM, JKR dan

CIDB seterusnya di pek untuk dihantar ke pasaran.

2.4 Aktiviti dan Proses Kerja Secara Terperinci

Untuk tugasan penilaian tempat kerja, aktiviti yang hendak dibincangkan adalah proses

pemotongan gegelung logam‘mother coil slit processed’. Bahagian pemotongan gegelung

logam‘mother coil slit processed’ di BW Yee Seng Steel Industries Sdn bhd merupakan satu

proses yang utama. Bagi menjalankan operasi ini, terdapat limaorang pekerja yang

dipertanggungjawabkan bagi mengendalikan jentera ini dan dipantau oleh seorang ketua

bahagian.

Page 10 of 56
Mesin ini adalah buatan Taiwan yang mempunyai tiga motor yang mengawal tiga

bahagian dan berkelajuan per minit 200-1000rpm untuk setiap motor. Gambar 2.6

menunjukkan reka bentuk keseluruhan mesin pemotong gegelung logam ‘slitter machine’.

Gambar 2.6:‘Slitter machine’

Proses yang pertama ialah proses memindahkan gegelung logam mengunakan mesin angkat

‘crane’ untuk dimasukkan didalam ‘uncoiler’ seperti Gambar 2.7 dan 2.8seperti dibawah.

Gambar 2.7: Gegelung Logam‘Coil’ Gambar 2.8: Gegelung Logam‘Coil’


diangkat oleh mesin angkat ‘crane’. dimasukkan didalam ‘uncoiler’

Page 11 of 56
Semasa proses memasukkan gegelung kedalam ‘uncoiler’, proses menukar atau memasang

‘roller’ pemotong dan ‘roller’ laluan juga dilakukan serentak oleh tiga orang pekerja seperti

Gambar 2.9, 2.10 dan 2.11dibawah. Saiz pemotong dan laluan bergantung kepada

permintaan pelanggan.

Gambar 2.9: Menukar ‘slit Gambar 2.10: Menukar Laluan Gambar 2.11
roller’ pisau pemotong ‘Coil’ 1 ‘route roller 1’ Laluan ‘Coil’ 2
2’ di ‘Re

Setelah ‘roller’ pemotong dipasang, suis utama dihidupkan dan kemudian diikuti dengan suis

mesin. Gegelung logam dibawa masuk kedalam ‘uncoiler’. Semua proses kawalan dilakukan

oleh mesin yang dikawal mengunakan sistem kawalan utama seperti Gambar 2.12.

Gambar 2.12: Pekerja sedang mengawal mesin untuk menarik


gegelung logam masuk kedalam mesin

Page 12 of 56
Gegelung dimasukkan didalam mesin dan dipotong perlahan-lahan semasa proses

pemotongan di peringkat permulaan. Proses pengasingan dilakukan secara manual dan akan

digulung oleh ‘recoiler’ seperti Gambar 2.13, 2.14dan 2.15 dibawah.

Gambar 2.13: Gegelung


melalui ‘Roller’ pemotong

Gambar 2.14: Gegelung yang sudah


dipotong akan digulung menjadikan
gegelung kecil ‘baby coil’

Gambar 2.15:
Proses memasukkan gegelung
untuk digulung oleh ‘recoiler’

Page 13 of 56
Lebihan ‘scrap’ logam ditarik secara ‘manual’ dan di ikat pada pengulung ‘scrap’ logam

seperti Gambar 2.16dibawah.

Gambar 2.16: Proces pergulungan


lebihan ‘scrap’ logam dilakukan.

Seterusnya gegelung logam kecil‘baby coil’ itu akan di keluarkan daripada ‘recoiler’ dan

akan dipindahkan dan disusun di store sperti Gambar 2.17 dibawah.

Gambar 2.17: Proses pemindahan ‘coil’

Lebihan logam-logam itu kemudian di kumpulkan dan dihantar ke tempat pengumpulan

logam lebihan‘scrap’ seperti Gambar 2.18 dan 2.19.

Page 14 of 56
Gambar 2.18: Lebihan Logam Gambar 2.19: Proses pemindahan lebihan
Logam
Aktiviti pemotongan logam di akhiri dengan proses kekemasan di kawasan tempat kerja

di mana sisa-sisa skrap logam dan debu logam akan di bersihkan dengan menggunakan angin

dari ‘compressor’ seperti Gambar 2.20.Carta 3 menunjukkan aliran proses sepenuhnya

pemotongan logam.

Gambar 2.20: Proses pembersihan


dengan mengunakan angin ‘compressor’.

Page 15 of 56
Carta 3: CARTA ALIRAN PROSES PEMOTONGAN LOGAM

Gegelung logam‘mother
coil’disediakan dikawasan logam
masuk

Roller pisau dan laluan gegelung


logam dipasang

Mesin dihidupkan

Gegelung logam dimasukkan


kedalam uncoiler

Gegelung logam dipotong


perlahan-lahan

Gegelung logam dimasukkan


kedalam recoiler

Gegelung logam kecil ‘baby coil’


digulung olehRecoiler

Produk siap dan dipindahkan ke


stor penyimpanan

Suis dimatikan

5 s atau kekemasan kawasan kerja


‘Housekeeping’

Page 16 of 56
2.5 Persekitaran Kerja

Keadaan dan suasana tempat kerja merupakan factor penting yang perlu dititikberatkan

bagi memastikan semua proses kerja berjalan dengan selamat. Persekitaran tempat kerja

banyak mempengaruhi tindakbalas mental dan fizikal orang yang bekerja.

Kilang BW Yee Seng Steel IndustriesSdn Bhd mempunyai kawasan pengeluaran yang

luas serta kedudukan mesin mempunyai ruang yang cukup untuk kerja-kerja pemprosesan.

Didalam kawasan kilang pengeluaran ini, para pekerja terdedah dengan persekitaran kerja

yang berdebu dan bunyi bising. Gambar 2.21 dan 2.22 dibawah menunjukkan kawasan

pemprosesan in terdedah kepada debu halus dan bunyi bising.

Gambar2.21: Kawasan yang berhabuk dan berdebu

Gambar2.22: Bacaan menunjukkan melebihi 90dB

Page 17 of 56
Selain daripada itu, sistem pengudaraan memainkan peranan penting dalam

mempengaruhi quality kerja. Walaupun persekitaran tempat kerja mempunyai ruang

pengudaraan yang luas tetapi para pekerja turut terdedah dengan keadaan persekitaran yang

panas kerana kilang menggunakan system pencahayaan terus iaitu ‘SunRoof’. Keadaan ini

menyebabkan para pekerja terdedah kepada tekanan haba “Heat Stress”.

Page 18 of 56
3.0 OBJEKTIF

3.1 Lima objektif utama dalam laporan ini ialah:

1. Mengenal pasti empat hazard keselamatan dan dua hazard kesihatan bagi

aktiviti kerja pemotongan gegelung logam ‘mother coil slit process’.

2. Mengenal pasti hazard kesihatan dan keselamatan yang paling kritikal.

3. Mentaksir nilai risiko bagi hazard yang dikenalpasti.

4. Mengenal pasti dan mencadangkan langkah-langkah kawalan bagi

menghapuskan atau mengurangkan risiko hazard.

5. Menyarankan program semakan semula terhadap langkah-langkah kawalan

untuk memastikan kecekapan pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat

kerja.

Page 19 of 56
4.0 KAEDAH

Dalam tugasan ini, kaedah HIRARC ‘Hazard Identification, Risk Assessment and Risk

Control’ digunakan bagi menghurai masalah daripada peringkat Mengenal Hazard ‘Hazard

Identification’dan Penilaian Risiko ‘Risk Assessment’ hinggalah ke peringkat dalam

Pengawalan Risiko ‘Risk Control’.Jadual1di bawah menunjukkan definasiistilah yang akan

digunakan didalam kaedah penaksiran risiko.

Perkataan Definasi

Hazard Situasi atau sumber yang berpotensi mendatangkan dalam bentuk kecederaan

atau penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda dan persekitaran.

Risiko Kombinasi kemungkinan berlakunya kejadian berbahaya dalam jangkamasa

atau situasi tertentu dan keterukan kecederaan atau penyakit kepada kesihatan

manusia, harta, persekitaran atau kombinasi akibat kejadian tersebut.

Bahaya Tahap pendedahan seseorang kepada hazard.

Penilaian Proses menilai risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang di sebabkan

Risiko hazard di tempat kerja.

Jadual1: Definasi Istilah

Page 20 of 56
4.1 Mengenal pasti Hazard

4.1.1 Pengenalan Hazard

Di dalam mengenalpasti hazard, hazard terbahagi kepada lima (5) kategori seperti

Kategori Hazard Huraian

Fizikal Terdiri daripada masalah suhu, radiasi, habuk, pengudaraan,

pengcahayaan, elektrik, jentera dan bunyi bising

Biologi Berlaku akibat masalah dariapda serangga atau persekitaran

kawasan kerja yang tidak bersih contohnya binatang berbisa,

kulat, virus, bacteria.

Kimia Terdedah kepada bahan kimia ditempat kerja yang

mengakibatkan kesan serta merta atau jangka panjang.

Ergonomik Berkaitan dengan peralatan yang digunakan dengan keupayaan

manusia mengendalikannya. Contohnya mengangkat logam

dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan berlakunya

hazard ergonomic seperti ‘awkward body posture’.

Psikologi Merupakan hazard yang memberi kesan kepada mental pekerja

seperti penderaan mental, tekanan perasaan atau stress.

Contohnya tekanan bekerja dalam keadaan yang tidak selesa

seperti panas.

Jadual 2 di bawah:

Page 21 of 56
Jadual 2: Kategori Hazard

Bagi memudahkan langkah-langkah kawalan hazard dilaksanakan, sumber-sumber

hazard perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Sumber-sumber berikut adalah seperti Jadual

3 di bawah:-

Page 22 of 56
Sumber Contoh

Manusia Sikap atau perilaku yang tidak selamat

Contohnya: melakukan kerja dengan kurang tumpuan, stress

semasa bekerja, bekerja dengan tidak mengiku prosedur kerja dan

sikap sambil lewa.

Mesin/Jentera Pemasangan dan pengubahsuaian.

Contohnya: kepingan perlindung ‘protection guard’ tidak

dipasang semasa kerja-kerja dilakukan.

Peralatan Alatan-alatan yang digunakan semasa kerja-kerja perlulah

disimpan ditempat yang selamat dan diselengarakan dengan baik.

Contohnya: mata pisau yang digunakan tidak mengalami

kerosakan.

Kaedah Cara pekerja melakukan kerja

Contohnya: Pekerja melakukan kerja mengikut prosedur yang

betul

Persekitaran Keadaan tempat kerja seperti pengcahayaan, kualiti udara, debu,

bunyi bising, suhu, dan susun atur barang.

Jadual 3: Sumber hazard

Page 23 of 56
4.1.2 Kaedah Mengenal Pasti Hazard

Mengenal pasti hazard adalah tindakan awal di dalam melaksanakan sistem

pengurusan risiko. Hal ini Bertujuan mengenal pasti hazard sama ada keadaan kerja atau

aktiviti yang dilakukan, kawasan kerja, suasana kerja atau peralatan yang digunakan.

Hazard terbahagi kepada 2 kumpulan utama iaitu hazard keselamatan dan hazard

kesihatan. Kaedah-kaedah berikut digunakan di dalam mengenal pasti hazard

keselamatan dan kesihatan adalah pemerhatian, pemeriksaan tempat kerja dan alatan,

semakan semula dokumen dan pemantauan.

4.1.2.1 Pemerhatian Di Tempat Kerja

Kaedah pemerhatian adalah langkah pertama yang dijalankan bagi

memahami secara keseluruhan proses pemotongan gegelung logam. Dengan

kaedah ini, pemerhatian boleh dilihat bagi mengenalpasi hazard yang wujud

semasa aktiviti pemotongan gegelung logam. Pemerhatian di jalankan dengan

melihat aktiviti pemotongan gegelung logam dan cara bagaimana akiviti itu

dijalankan. Dengan kaedah ini kita dapat membuat perbandingan prosedur kerja

yang sebenar dengan cara pekerja melakukan aktiviti tersebut seperti gambar 4.1

di bawah.

Gambar 4.1 : Salah seorang ahli


jawatankuasa keselamatan
memerhati proses kerja.

Page 24 of 56
Sekiranya terdapat percangahan atau langkauan proses kerja dengan

prosedur kerja asal, pernilaian semula proses perlu dilaksanakan dan mengkaji

semula di mana punca berlakunya langkauan proses kerja tersebut. Melalui

pemerhatian di dapati para pekerja sering batuk dan mengadu sakit di bahagian

dada. Kekerapan mengambil air minuman juga di sebabkan oleh terdedah kepada

haba yang terus dari atap lutsinar kilang. Pemaikaian sarung tangan dan pakaian

yang tidak sesuai menjadi punca kepada hazard geseran di antara bahan logam

bersentuhan dengan tangan pekerja yang terdedah seperti Gambar 4.2 dibawah.

Gambar 4.2: Tangan yang


terdedah serta PPE tidak
sesuai

Selain itu daripada pemerhatian mendapati pada awal permulaan untuk

pemotongan logam, para pekerja di bekalkan dengan topeng muka‘surgical mask’

bersama-sama dengan ‘earmuff’ tetapi daripada pemerhatian mendapati para

pekerja tidak memakai ‘earmuff’ yang di bekalkan seperti Gambar 4.3 dibawah.

Lampiran A menunjukkan senarai semak pengambilan PPE oleh para pekerja

yang membuktikan pihak syarikat menitik beratkan keselamatan dan kesihatan

pekerja.

Page 25 of 56
4.1.2.2 Pemeriksaan Di Sekitar Tempat Kerja
Gambar 4.3: Safety Helmet & Earmuff disimpan didalam store dan tidak dipakai.
Pemeriksaan keselamatan tempat kerja dijalankan sebulan sekali oleh 4

orang ahli jawatankuasa keselamatan syarikat seperti gambar 4.4 dibawah.

Gambar 4.4: Salah seorang ahli


jawatankuasa keselamatan sedang
memeriksa bekas pertolongan
cemas

Setiap ahli jawatankuasa keselamatan akan mengisi borang pemeriksaan

berdasarkan senarai pemeriksaan ‘safety inspection checklist’ seperti di

Lampiran B semasa pemeriksaan keselamatan dijalankan di semua kawasan

tempat kerja. Setelah selesai pemeriksaan di jalankan, borang tersebut akan

diserahkan pada ketua bahagian keselamatan & kesihatan dan akan di bentangkan

di dalam mesyuarat keselamatan bulanan yang dihadiri oleh jawatankuasa

keselamatan dan pihak pengurusan syarikat seperti gambar 4.5 dibawah.

Gambar 4.5: Mesyuarat bulanan


Ahli Keselamatan & Kesihatan
Pekerja

Page 26 of 56
Permasalahan yang dihadapi akan diselesaikan seberapa segera dan

direkodkan. Pemeriksaan dan pemerhatian akan membantu untuk mengenal pasti

hazard yang mungkin berlaku, tindakan yang tidak selamat, keadaan yang tidak

selamat dan tiada pematuhan terhadap peraturan-peraturan keselamatan. Sila rujuk

pada Lampiran Cbagi contoh borang pemeriksaan‘inspection form’ keselamatan

bulanan.

Sebelum memulakan tugas, pekerja yang berkenaan akan menjalankan

pemeriksaan terhadap mesin dan peralatan bagi proses pemotongan logam. Proses

tersebut terkandung di dalam senarai semak diLampiran D‘Mechine Daily

Checklist’ yang telah disediakan. Ini bagi mengelakkan sebarang bahaya yang

berlaku jika peralatan tidak berfungsi dengan baik. Sebagai contoh, sebelum

memulakan operasi, alatan jentera seperti ‘motor condition, blade condition,

hydraulic oil, hydraulic cylinder and air pressure’ akan di periksa dengan

menjalankannya terlebih dahulu bagi memastikan ia berfungsi secara normal.

Selepas di pastikan mesin dalam keadaan baik, operator tersebut akan menanda

senarai semak dan disahkan oleh penyelia sebelum memulakan tugas.

4.1.2.3 Semakan Semula Dokumen

Semakan terhadap rekod dan laporan kemalangan dan kesihatan juga amat

penting di dalam mengenalpasti bahaya di kawasan tempat kerja seperti contoh

kemalangan yang menyebabkan kematian, kemalangan nyaris dan juga rawatan

kesihatan sama ada dalam bentuk kecederaan, kecemasan, penyakit atau aduan

pekerja.

Semakan laporan kemalangan dan kesihatan disemak pada setiap 3 bulan

dimana ia adalah salah satu daripada agenda mesyuarat jawatankuasa keselamatan

Page 27 of 56
dan kesihatan pekerjaan yang akan dilaporkan di dalam minit mesyuarat untuk

pengetahuan pihak pengurusan dan pekerja bagi tindakan susulan. Sila rujuk

Lampiran Ebagi contoh minit mesyuarat perihal keselamatan dan kesihatan

pekerjaan.

4.2 Teknik Penaksiran Risiko

4.2.1 Kaedah menaksir dan menilai risiko

Penaksiran risiko merupakan satu sistem pengurusan keselamatan di mana

merupakan satu proses menilai risiko terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaaan

yang wujud pada hazard di tempat kerja. Tujuan utama penaksiran risiko ini adalah

untuk menentukan magnitud sesuatu risiko dan keterukan hazard yang telah

dikenalpasti. Langkah pengawalan dan pecegahan yang akan diambil dan dilaksanakan

adalah berdasarkan keputusan penaksiran risiko ini. Kaedah penaksiran risiko yang

digunakan didalam kajian ini adalah secara kuantitatif iaitu bersifat numerik dimana

satu nilai skala indeks vektor diberikan kepada kemungkinan dan tahap keterukan.

Kaedah ini adalah merupakan kaedah yang terbaik iaitu kaedah semi-kuantitatif. Bagi

mendapatkan ketepatan dalam menilai risiko, cara yang digunakan untuk mengira

adalah dengan mengunakan formula berikut:

Kaedah-kaedah pentaksiran risko mempunyai lima (5) langkah kesemuanya dan berikut

adalah langkah-langkah tersebut:- Risiko = Kebarangkalian X Keterukan

Page 28 of 56
4.2.1.1 Penaksiran Kebarangkalian

a Kebarangkalian Huraian Penilaian


Kerap Banyak berlaku dan hazard banyak dikesan 5
d
Berkemungkinan Sedikit berlaku dan berkemunkinan besar 4
u
akan berlaku
a
Mungkin Jarang-jarang berlaku berkemungkinan 3
l berlaku pada masa hadapan
Terpencil Kadang-kadang sekian tahun berlaku 2
Tidak mungkin Mustahil dan tidak pernah berlaku 1
4
Jadual 4: Kebarangkalian
dibawah menunjukkan nilai yang digunakan bagi setiap kebarangkalian

4.2.1.2 Penaksiran Keterukan

Jadual 5 dibawah menunjukkan nilai yang digunakan bagi setiap tahap keterukan.

Page 29 of 56
Keterukan Huraian Penilaian

Bencana Beberapa kematian,kerosakan harta benda dan 5

tidak dapat dipulihkan

Kematian Satu kematian,kesan kesihatan kronik dan sirius, 4

hilang upaya kekal dan kerosakan harta benda

yang teruk sekiranya hazard dikesan

Serius Tiada Kematian ,hilang upaya sementara serius 3

atau kesan kesihatan sementara sirius

Ringan Hilang upaya sementara atau sakit yang 2

memerlukan cuti daripada bekerja

Diabaikan Kecederaan yang memerlukan rawatan awal 1

D (first aid) atau kemalangan nyaris

e Jadual 5: Keterukan
Risiko
ngan menggunakan kaedah = Kebarangkalian
penaksiran risiko secaraXkuantitatif,
Keterukan risiko bagi setiap

bahaya yang telah dikenalpasti dapat diketahui dengan menggunakan formula

seperti dibawah:

4.2.1.3 Jadual Matrik Dua Dimensi Penaksiran Risiko

Jadual 6 di bawah menujukkan jadual teknik semi-kuantitatif iaitu teknik

matrik dua dimensi yang merumuskan nilaian risiko berdasarkan kemungkinan

dan tahap keterukan.

Page 30 of 56
KETERUKAN KEBARANGKALIAN

Kerap Berkemun Mungkin Terpencil Tidak

(5) gkinan (4) (3) (2) Mungkin (1)

Bencana (5) (25) (20) (15) (10) (5)

Kematian (4) (20) (16) (12) (8) (4)

Serius (3) (15) (12) (9) (6) (3)

Ringan (2) (10) (8) (6) (4) (2)

Diabaikan (1) (5) (4) (3) (2) (1)

Penunjuk Aras

Tinggi

Sederhana

Rendah

Jadual 6: Jadual Matrik Dua Dimensi Penaksiran Risiko

Dari jadual risiko matrik 2 dimensi, nilai risiko yang melebihi nilai 12 dianggap

sebagai berbahaya dan memudaratkan. Oleh itu langkah kawalan dan tindakan

pembaikan segera perlu diambil mengikut urutan nilaian yang tertinggi.

4.2.1.4 Jadual Skor Risiko

Risiko sesuatu proses dapat ditentukan dengan mudah berdasarkan Jadual 7 skor

r
Kadar Tahap Risiko
i
15-25 Risiko Tinggi
s
5-12 Risiko Sederhana
i
1-4 Risiko Rendah
k

Page 31 of 56
o dibawah.

Jadual 7: Kadar dan Tahap Risiko

4.2.1.5 Jadual Tindakan Risiko

Setiap risiko perlu dikaji tindakan yang perlu diambil seperti Jadual 8 dibawah.

Tahap Risiko Tindakan

Risiko Tinggi Memerlukan tindakan segera untuk mengawal hazard

tersebut. Pengawalan dilakukan berdasarkan kepada hiraki

pengawalan. Tindakan pengawalan yang diambil mestilah

didocumenkan di dalam borang penaksiran risiko kerja.

Risiko Memerlukan satu perancangan untuk mengawal hazard

Sederhana tersebut dan mestilah dilakukan pengawalan sementara

sekiranya diperlukan. Tindakan pengawalan yang diambil

mestilah didokumenkan didalam borang penaksiran risiko

kerja.

Risiko Rendah Mungkin boleh diterima dan tindakan selanjutnya mungkin

tidak diperlukan. Bagaimanapun, sekiranya risiko tersebut

boleh dihapuskan dengan segera dan effisien, maka langkah

kawalan perlu dilakukan dan kawalan tersebut perlu direkod.

4.2.2 Pengiraan Risiko Jadual 8: Jadual tindakan risiko


4.2.2.1 Contoh Hazard Keselamatan

Terdedah kepada coil terbalik

Risiko = Keterukan x Kebarangkalian

= 4 (Kematian) x 4(Berkemungkinan)

= 16 (Tinggi)

Page 32 of 56
4.2.2.2 Contoh Hazard Kesihatan

Tededah pada debu logam <1mm saiz

5.0 HASIL DAN=PERBINCANGAN


Risiko Kebarangkalian x keterukan

Dalam kajian =ini, borangKesihatan


4 (Kesan penaksirankronik
risikodan
digunakan
Sirius)x untuk memudahkan penaksiran
5 (Kerap)

risiko kesemua hazard (keselamatan


= 20 (Tinggi) dan kesihatan) yang telah disenaraikan dan di kenal pasti

dan menentukan hazard yang paling kritikal.

5.1 Senarai Hazard

Berdasarkan kepada pengenalpastian hazard yang telah dijalankan dalam proses

pemotongan gegelung logam ‘mother coil’, terdapat 11 hazard yang dikenalpasti dan

dicatatkan didalam borang penaksiran risiko.

5.1.1 Hazard Keselamatan

1. ‘Wire Rope Crane’ terputus.

2. Lubang yang terdedah

3. Terdedah kepada logam scrap yang tajam

4. Terdedah kepada ‘roller’ pemotong

5. Terdedah kepada gegelung‘Baby Coil’ terlerai

6. Terdedah kepada gegelung‘Baby Coil’ terbalik

7. Terdedah kepada wire strap terputus

5.1.2 Hazard Kesihatan

1. Menolak logam melebihi 20kg

2. Mengankat ‘roller' pemotong melebihi 20kg berulang-ulang

3. Terdedah kepada bunyi bising yang berpanjangan melebihi 90db

4. Terdedah kepada debu logam sebesar zarah terampai < 1mm

Page 33 of 56
5.2 Kedudukan ‘rating’ dalam Penilaian Risiko

5.2.1 Hazard Keselamatan

5.2.1.1 Jadual Penilaian Risiko

B
Keterukan X
I Kategori Hazard Risiko Rating risiko
Kebarangkalian
L

Terdedah
1 Fizikal kepada ‘Baby 4x4 16 Tinggi

Coil’ terbalik
‘Wire Rope
2 Fizikal 5x3 15 Tinggi
Crane’ terputus
Lubang yang
3 Fizikal 4x3 12 Sederhana
terdedah
Terdedah
4 Fizikal kepada logam 1x5 5 Sederhana

scrap yang tajam


Terdedah
5 Fizikal kepada ‘roller’ 2x2 4 Rendah

pemotong
Terdedah
6 Fizikal kepada ‘wire 1x4 4 Rendah

strap’ terputus
Terdedah
7 Fizikal kepada gegelung 1 x 3 3
Rendah
terlerai

Jadual 9: Jadual Penilaian risiko di kawasan pemotongan gegelung ‘coil’bagi

Hazard keselamatan
Page 34 of 56
Hazard Rating Kesan/Akibat Penyebab kebarangkalian
risiko Keterukan

Terdedah Tinggi Kecederaan Sedikit berlaku (terdapat


kepada Sirius, Kematian, beberapa gegelung terbalik)
‘Baby Coil’ Mesin Rosak dan berkemunkinan besar akan
terbalik berlaku.
‘Wire Rope Tinggi Mesin Rosak, Jarang-jarang berlaku
Crane’ Kecederaan berkemungkinan berlaku pada
Terputus Sirius, Beberapa masa hadapan(Tiada rekod
Kematian wayar terputus tetapi beberapa
helai wayar kecil terputus dan
wayar ditukar)
Lubang yang Sederhana Kecederaan Jarang-jarang berlaku
terdedah Sirius, Kematian, berkemungkinan berlaku pada
Mesin Rosak masa hadapan(Tiada rekod
tetapi terdapat kes nyaris)

Terdedah Sederhana Luka , Terhiris Banyak berlaku dan hazard


kepada banyak dikesan (Terdapat
logam scrap rekod terhiris)
yang tajam

Terdedah Rendah Anggota Kadang-kadang sekian tahun


kepada terputus(jari), berlaku (Tiada Rekod)
‘roller’ Terhiris
pemotong

Page 35 of 56
5Terdedah Rendah Luka , Terhiris Sedikit berlaku dan
kepada ‘wire berkemunkinan besar akan
.
strap’ berlaku (Terdapat rekod
2
terputus terhiris)
Terdedah . Rendah Luka , Terhiris Jarang-jarang berlaku
kepada 1 berkemungkinan berlaku pada
gegelung masa hadapan ( Terdapat
.
‘Baby Coil’ rekod terlerai)
terlerai 2

Jadual Kesan Keterukan dan Penyebab Kebarangkalian

5.2.2 Hazard Kesihatan

5.2.2.1 Jadual Penilaian Risiko

B
Keterukan X Rating
i Kategori Hazard Risiko
Jadual 10: Kesan keterukan dan penyebab kebarangkalian bagi Hazard keselamatan
Kebarangkalian Risiko
l

Terdedah kepada
1 Fizikal 4x5 20 Tinggi
debu logam

Terdedah kepada

bunyi bising yang


2 Fizikal 3x5 15 Tinggi
berpanjangan

melebihi 95db

Menolak ‘mother Sederha


3 Ergonomik 3x4 12
coil’ melebihi 20kg na

4 Ergonomic Mengankat ‘Roller’ 2x5 10 Sederha

Page 36 of 56
pemotong melebihi na

20kg berulang-

ulang

Jadual 11:Jadual Penilaian risiko di kawasan pemotongan gegelung ‘coil’bagi

Hazard kesihatan
5.2.2.2 Jadual Kesan Keterukan dan Sebab Kebarangkalian Penilaian

Risiko

Kesan/Akibat Sebab
Hazard Risk Rating
keterukan kebarangakalian

Terdedah kepada Kesan Kesihatan Tidak memakai


Tinggi
debu logam kronik & sirius topeng

Terdedah kepada

bunyi bising yang Terdapat data


Tinggi Hilang Pendengaran
berpanjangan penaksiran bunyi

melebihi 95db

Menolak ‘mother kecederan pada


Kerja yang
coil’ melebihi Sederhana tulang belakang /
berulang-ulang
20kg otot

Mengankat

‘Roller’
Kerja yang
pemotong Sederhana Sakit Pinggang
berulang-ulang
melebihi 20kg

berulang-ulang

Jadual 12: Kesan keterukan dan sebab kebarangkalian bagi Hazard kesihatan

Page 37 of 56
5.3 Hazard Yang Paling Kritikal

Semua bahaya yang disenaraikan dalam subseksyen sebelum ini telah dinilai dengan

menggunakan Jadual Matriks Risiko 2 Dimensi kuantitatif bagi mengetahui tahap serius

risiko tersebut. Untuk itu, bahaya yang paling kritikal telah dikenal pasti bagi kedua-dua

kategori. Bahaya keselamatan yang paling kritikal adalah terdedah pada gegelung‘Baby Coil’

terbalik dan bahaya kesihatan yang paling kritikal adalah terdedah kepada debu logam sebesar

zarah terampai < 1mm.

5.3.1 Hazard Keselamatan

Hazard terdedah pada gegelung kecil‘Baby Coil’ terbalik adalah hazard

keselamatan paling kritikal. Hal ini kerana terdapat beberapa ‘coil’ terbalik dan

memecahkan semen lantai kilang seperti gambar 5.1 dibawah. Oleh itu hazard ini

merupakan hazard keselamatan paling kritikal kerana kemungkinan pekerja terkena atau

terhempap oleh ‘coil’ yang terbalik sangat tinggi.

Page 38 of 56
Gambar 5.1: Keadaan lantai yang pecah dan gegelung kecil ‘Baby Coil’terbalik

5.3.2 Hazard Kesihatan

Berdasarkan kepada penilaian risiko yang telah dijalankan, hazard terdedah

kepada debu logam merupakan hazard kesihatan yang paling kritikal. Ini kerana semasa

aktiviti pemotongan logam dijalankan, pekerja terdedah kepada debu halus bersaiz

sebesar zarah terampai < 1mm. Hal ini boleh menyebabkan jangkitan pada rongga

pernafasan seperti batuk, asma atau sesak nafas. Selain itu juga pemaikaian alat

pelindung keselamatan PPE yang tidak sesuai di mana pekerja di bekalkan dengan

topeng muka perubatan (surgical mask) daripada topeng muka N95 yang sesuai untuk

menghalang debu logam yang halus masuk.

Sehubungan dengan itu, merujuk kepada pemantauan debu yang telah dilakukan

pada kawasan pengeluaran mendapati tahap pendedahan adalah di bawah limit yang

dibenarkan iaitu di bawah 10 mg/m3 bagi zarah tersedutkan ‘Inhalable

Particulate’mengikut Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan)

2000 Jadual Satu (1) .

Ditambah pula dengan sikap sambil lewa pekerja yang tidak mengunakan alat

perlindungan Keselamatan (PPE) dan juga pemakaian yang tidak sempurna semasa

bekerja mengundang kepada pendedahan kepada debu logam ini. (OSHA Seksyen 24(1)

(c) Kewajipan Am Pekerja).

Page 39 of 56
5.4 Kesan Risiko Terhadap Organiasi

Bahaya yang dikenal pasti bukan sahaja memberi kesan kepada pekerja tetapi ia juga

akan memberi kesan kepada pihak syarikat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Pihak syarikat akan mengalami kerugian masa operasi, produktiviti dan wang ringgit

disebabkan kemalangan yang terjadi tanpa mengira tahap keseriusan kemalangan itu. Lebih

serius sesuatu kemalangan maka lebih tinggi kerugian yang dialami oleh pihak syarikat. Imej

dan reputasi syarikat juga boleh menurun dan merosot sekiranya kemalangan ini melibatkan

kematian. Sekiranya imej dan reputasi syarikat menurun, tahap keyakinan pihak pelanggan

terhadap kebolehan syarikat juga menurun dan ini boleh mengurangkan peluang perniagaan

dimasa akan datang.

Banyak organisasi tidak menyedari insiden atau kemalangan boleh menyebabkan

banyak kosterhasil. Ini digambarkan sepertiketulan ais ‘iceberg’ dipermukaan lautan.

Bahagian yang boleh dilihat adalah bilangan kecilkos yang digunakan untuk melaksanakan

system keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, sementara bahagian yang tersembunyi

adalah bilangan besar kos yang digunakan jika berlaku kemalangan di tempat kerja.

5.3.1 Kesan Risiko Keselamatan

1. Mengalami kerugian dalam produktiviti dan kualiti akibat daripada coil yang

terbalik dan rosak.

Page 40 of 56
2. Perbelanjaan lebih masa mungkin kerana kerja-kerja untuk membetulkan coil

yang rosak dan memjatuhkan imej syarikat kerana produk yang dihasilkan

daripada coil yang rosak.

3. Kos pengambilan pekerja baru dan juga latihanmeningkat.

4. Kos perubatan atau pampasan dari keluarga yang tinggi.

5. Kehilangan tenaga kerja serta kepakaran dan pengalaman.

6. Peningkatan kadar kos pembaikan mesin dan kilang.

7. Kos untuk membayar denda daripada tuntutan undang-undang.

8. Kos untuk pemberhentian perjalanan kerja ‘stop work costs’ atau perjalanan

kilang jika berlaku kematian.

5.3.2 Kesan Risiko Kesihatan

1. Kos perubatan meningkat, insuran serta menjejaskan produktiviti syarikat.

2. Kos pengambilan pekerja baru dan juga kos latihan untuk mengantikan pekerja

mahir.

3. Menganggu aktiviti kerja yang lain apabila aktiviti tergendala akibat masalah

kesihatan serta menanggung kos-kos kelewatan tersebut untuk membayar kos

lebih masa pada pekerja lain.

4. Rekod kehadiran dan rekod cuti sakit pekerja yang semakin meningkat boleh

menyebabkan kerugian pada syarikat.

Page 41 of 56
6.0 SARANAN

Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk menyediakan pelan yang sesuai dan

berkesan bagi menangani segala risiko yang telah dikenal pasti dalam usaha untuk

menguruskan risiko sehingga tahap risiko jatuh ke tahap serendah yang mungkin dan

terkawal. Majikan juga perlu mengikut hierarki apabila mempertimbangkan langkah-langkah

kawalan tersebut sehingga boleh dianggap selamat. Keputusan dalam memilih langkah

kawalan perlu mengikut hirarki langkah kawalan seperti berikut:

Penghapusan

Penggantian
Pengasingan

Kawalan kejuruteraan

Kawalan pentadbiran

Peralatan perlindungan diri

6.1 Langkah Kawalan Hazad Keselamatan

Hazard keselamatan yang paling kritikal di dalam kajian ini adalah terdedah kepada gegelung

‘Baby Coil’ terbalik.Kesan daripada hazard ini ialah kematian. Berikut jadual

13merupakancadangan bagi langkah-langkah kawalan hazard keselamatan:-

Bil Kawalan Ada/ Tiada Saranan

Page 42 of 56
1 Penghapusan Tiada Gegelung tidak boleh dihapuskan kerana sumber

utama yang digunakan dalam pembentukan atau

pembutaan di kilang.

2 Penggantian Tiada Gegelung tidak boleh digantikan dengan plastik

ataupun kertas kerana barangan yang dihasilkan

adalah rak yang digunakan untuk industry berat.

3 Pengasingan Ada Pengasingan sementara boleh dilakukan di dalam

stor yang jauh dari pekerja bahagian pengeluaran,

tetapi pengasingan hanya dapat mengurangkan

risiko daripada pekerja bahagian pengeluaran

sahaja tetapi terdedah kepada pekerja dibahagian

stor.

4 Kawalan Ada Kawalan kejuruteraan boleh dilakukan dengan

Kejuruteraan memenjangkan ‘stopper’. Stopper yang

dipasangkan bertujuan untuk mengelakkan

daripada ‘coil’ terbalik dan terjatuh.Gambar 6.1

dibawah menunjukkan ‘stopper’ yang digunakan

tetapi pendek.

Gambar6.1: Stopper Coil yang


pendek
Page 43 of 56
5 Kawalan Ada Kawalan pengurusan boleh di lakukan dengan

Pentadbiran merangka plan kerja yang merangkumi :-

• Menyediakan Prosedur Kerja Selamat (Safe

Work Instruction) semasa melakukan

pemotongan gegelung logam. Prosedur ini

perlu disediakan oleh kakitangan di

peringkat pengurusan dan diajar kepada

orang yang mengendalikan proses tersebut.

• Menyediakan latihan pengendalian mesin

‘slitter’ dan mesin angkat ‘crane’ dan juga

memberi pendedahan tentang kesan dan

akibat jika berlaku kemalangn melalui

contoh-contoh kemalangan yang lepas atau

di tempat lain.

6 Peralatan Ada Pihak majikan mestilah memastikan peralatan

Perlindungan perlindungan diri bersesuaian dengan kerja-kerja

diri ‘PPE’ yang dilakukan oleh pekerja seperti sarung tangan ,

‘safety helmet’ dan juga ‘safety shoe’ bagi

mengurangkan risiko kemalangan.

Jadual 13: Langkah-langkah kawalan yang sesuai bagi Hazard Keselamatan

6.2 Langkah Kawalan Hazard Kesihatan

Page 44 of 56
Hazard kesihatan yang paling kritikal ialah terdedah pada debu logam bersaiz <1mm yang

mengandungi serbuk besi di dalamnya. Hazard ini perlu ditangani dengan berkesan kerana

boleh mengakibatkan kesan jangka masa panjang seperti pekerja boleh mendapat

penyakitseperti asma, kesan pada paru-paru dan juga penyakit-penyakit lain.Jadual 14

menujukkan saranan langkah-langkah kawalan risiko bagi hazard kesihatan.

Bil Kawalan Ada/ Saranan

Tiada

1 Penghapusan Tiada Kaedah ini tidak praktikal untuk diaplikasikan

memandang logam yang dipotong tetap

menghasilkan debu logam yang

berterbangansebesar (<1mm).

Penghapusan mesin tidak boleh kerana kerja-kerja

pemotongan logam perlu dilakukan oleh mesin.

2 Penggantian Tiada Proses pengantian juga tidak boleh dilakukan

kerana saiz logam dan kuantiti pemotongan perlu

dilakukan oleh mesin dan tidak boleh dilakukan

secara manual menggunakan gunting logam.

Tetapi penggantian cara pembersihan debu logam

di atas lantai dan mesin, daripada mengunakan

mesin tekanan ‘compressor’ kepada mesin

penyedut hampagas berkuasa tinggi.

3 Pengasingan Tiada Pengasingan juga tidak boleh dilakukan kerana

memerlu kos yang tinggi bagi membina bilik mesin

dan dikawal melalui luar.

Page 45 of 56
4 Kawalan Tiada Kawalan kejuruteraan tidak praktikal kerana untuk

Kejuruteraan mengubah suai mesin memerlukan kos yang

tinggikerana memerlukan pemasangan pengumpul

debu‘dust collector’ secara automatik disetiap sudut

mesin pemotong.

5 Kawalan Ada Kawalan pengurusan boleh di lakukan dengan

Pentadbiran merangka plan kerja yang merangkumi :-

• Menyediakan Prosedur Kerja Selamat (Safe

Work Instruction) semasa melakukan

pemotongan gegelung logam. Prosedur ini

perlu disediakan oleh kakitangan di

peringkat pengurusan dan diajar kepada

orang yang mengendalikan proses tersebut.

• Mengadakan latihan dan ceramah untuk

memberi kesedaran, pengetahuan dan

peringatan kepada pekerja mengenai kesan

kesihatan terhadap debu logam.

• Membuat pergiliran waktu kerja supaya

boleh mengurangkan pekerja terdedah

kepada debu logam dalam pada masa yang

lama selama 8 jam sehari. Contoh

pertukaran pekerja setiap empat jam.

6 Peralatan Ada Pihak majikan mestilah memastikan peralatan

Perlindungan perlindungan diri bersesuaian dengan kerja-kerja

Page 46 of 56
diri ‘PPE’ yang dilakukan oleh pekerja yang terdedah kepada

debu logam.

• Penggunaan topeng muka (face mask,

respirator) di cadangkan bagi mengurangkan

pendedahan dengan hazard debu.

• Segala kelengkapan perlindungan haruslah

mematuhi standard NIOSH yang diluluskan

terutamanya respirator yang berfungsi

untuk menapis debu halus daripada

memasuki ke paru-paru.

Jadual 14: Langkah-langkah kawalan yang sesuai bagi Hazard Kesihatan

6.3 Langkah-langkah Semakan Semula.

Semua langkah-langkah kawalan yang telah dibincangkan haruslah dikaji semula bagi

memastikan keberkesanannya di dalam mengawal risiko. Proses penilaian akan dikemukakan

dan dianggap sebagai program peningkatan. Antara langkah-langkah semakan semula yang di

ambil adalah sepertijadual 15 di bawah:

Bil Langkah-langkah Penerangan

1 Laporan Audit dan Menjalankan audit keselamatan berkala dan pemeriksaan di

Pemeriksaan tempat kerja untuk memantau tahap pematuhan dan

keberkesanannya. Audit dalaman berjadual setahun sekali

yang di buat oleh pihak pengurusan boleh di gunakan dan

hasil audit tersebut harus disusuli dengan tindakan

pembetulan. Merujuk pada Akta Keselamatan dan Kesihatan

Page 47 of 56
Pekerjaan 1994 di dalam peraturan 12 Jawatan Kuasa

Keselamatan Dan Kesihatan, 1996 iaitu memeriksa tempat

kerja sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali. Ia perlu di

laksanakan secara berkala bagi memantau tahap pematuhan

dan keberkesanan terhadap langkah kawalan yang telah di

ambil.

2 Penambahan Proses Jika terdapat sebarang perubahan yang melibatkan proses

Kerja, Jentera dan kerja, pekerja dan persekitaran tempat kerja, Prosedur Kerja

Bahan Selamat ‘safe operating procedure’ dan Amalan Kerja

Selamat ‘safe work practice’ perlu dikaji semula bagi

menentukan keberkesanannya.

3 Laporan Keberkesanan langkah-langkah kawalan juga boleh

Kemalangan ditentukan dengan mengkaji laporan kejadian kemalangan.

Sekiranya berlaku kemalangan, HIRARC Hazard

Identification, Risk Assessment And Risk bagi aktiviti

tersebut perlu dikaji semula, di mana semua langkah-

langkah kawalan yang sedia ada akan disemak semula.

4 Laporan Kesihatan Selain itu, pemantauan status kesihatan setiap kakitangan

dalam kawasan yang terlibat haruslah dilaksanakan bagi

mencari kemungkinan sebarang penyakit pekerjaan. Jika

terdapat tanda-tanda sebarang penyakit pekerjaan akibat

daripada aktiviti-aktiviti dalam seksyen ini, beberapa

langkah-langkah kawalan yang dibincangkan mungkin tidak

berkesan.

Page 48 of 56
5 Laporan Temubual Temubual di jalankan terhadap pekerja yang terlibat bagi

mendapatkan maklum balas dan maklumat yang tepat

berkaitan langkah kawalan yang telah diambil. Dengan ini

dapat membantu pihak pengurusan memperbaiki sistem

kerja supaya lebih efektif.

6 Semakan Pihak pengurusan hendaklah dalam setiap tahun

Pengurusan menguruskan sistem Semakan Pengurusan bagi mengkaji

(Management Riview) semula perlaksanaan peraturan di tempat kerja dan

keberkesanan langkah kawalan mencapai objektif dalam

mengurangkan hazard di tempat kerja.

Jadual 15: Langkah-langkah semakan semula bagi langkah kawalan yang dibuat

6.4 Keuntungan daripada saranan dalam sub-seksyen 6.1 dan 6.2 Kepada Organisasi

Seperti yang dinyatakan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

(Akta 514), majikan hendaklah meletakkan penjagaan yang menyeluruh mengenai

'keselamatan, kesihatan dan juga kebajikan kepada pihak pekerja. Tugas dan tanggungjawab

kepada pihak majikan untuk memelihara keselamatan dan kesihatan pihak pekerja telah

menjadi satu kemestian. Ini adalah penting bagi majikan untuk memenuhi keperluan

keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya kerana mereka adalah aset syarikat yang

terbesar yang menjalankan operasi dan menyumbang kepada keuntungan syarikat.

Pelbagai langkah-langkah kawalan telah ditekankan untuk mengelakkan kemalangan

daripada berlaku. Sesungguhnya, kerjasama daripada majikan dan pekerja sangat penting bagi

memastikan segala langkah-langkah kawalan dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.

Banyak faedah yang boleh diperolehi oleh syarikat jika dapat melaksanakan langkah-langkah

kawalan tersebut antara seperti berikut:

Page 49 of 56
1. Tempat kerja yang bersih dan selamat

2. Tidak perlu membuat ulangan kerja ‘rework’

3. Mengurangkan kos perubatan

4. Zero kos ganti rugi dan ulang kerja ‘rework’

5. Zero kos kerosakan kilang atau mesin

6. Kerja dapat dilaksanakan menepati masa

7. Zero kos penggantian pekerja baru

8. Zero kos latihan semula

9. Kualiti dan produktiviti kerja meningkat

10. Mewujudkan keyakinan kepada pelabur, pelanggan dan meningkatkan imej

syarikat.

Page 50 of 56
RUJUKAN/SUMBER

1. Occupational Safety and Health Act & Regulations, MDC Publisher Printer Sdn Bhd,

Twenty Second Edition 2015 (August 2015)

2. Factory and Machinery Act & Regulations, MDC Publisher Printer Sdn Bhd, Twenty

sixth Edition 2015 (October 2015)

3. Slide Pembentangan Bengkel Pengurusan Risiko (HIRARC) bagi perusahan kecil dan

sederhana 2015, terbitan JKKP Pulau Pinang.

4. Website Company BW Yee Seng - webhttp://www.bwysgroup.com/profile.html

Page 51 of 56
8.0 LAMPIRAN

Lampiran A

Senarai semak pengambilan PPE.

Page 52 of 56
Lampiran B

Senarai pemeriksaan ‘safety inspection checklist’

Page 53 of 56
Lampiran C

Borang pemeriksaan ‘safety inspection form’

Page 54 of 56
Lampiran D

Senarai semak harian mesin ‘Mechine Daily Checklist’

Page 55 of 56
Lampiran E

Minit Mesyuarat

Page 56 of 56

You might also like