You are on page 1of 2

Diminta semua murid dan guru mengambil tempat…

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Pembuka majlis kita pada hari ini akan dimulakan bacaan doa yang akan dipimpin oleh
__________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada ____________________________ atas bacaan doa itu tadi.
Semoga majlis kita hari ini akan terus mendapat keberkatan.

Ceria wajah terserlah manis,


Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan hari Malaysia penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa

Yang dihormati,
Pn. Hajah Dayang Zukyanatusaniah Bt Awangku Abd Hamid
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Saint Thomas

Pn. Zalina Bt Othman


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Saint Thomas

En. Kamaruddin B Mat Ali


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Saint Thomas

Ahli jawatankuasa penyelaras Program Semarak Bulan Kebangsaan Sekolah Kebangsaan


Saint Thomas.

Para guru dan murid yang dihormati,

Sambutan Hari Malaysia dan penutupan program Semarak Bulan Kebangsaan pada
kali ini diadakan sebagai tanda semua guru dan anak didik di sekolah ini bersama melangkah
seiring memegang iltizam menjadi warganegara yang patriotik. Untuk pengetahuan semua
warga dewan, program Semarak Bulan Kebangsaan ini adalah anjuran Pusat Sumber Sekolah
dengan Kerjasama Panitia Sejarah, Panitia Pendidikan Moral, Panitia Pendidikan Seni dan
Panitia Pendidikan Muzik. Program ini berlansung selama sebulan iaitu dari bulan Ogos lagi
sehingga hari ini 19 September 2023. Pelbagai pertandingan telah diadakan iaitu
pertandingan melukis doodle merdeka, pertandingan Busana Kreatif Piala Seri Dayang,
Pertandingan Nyanyian lagu patriotik dan sebagainya.

Para hadirin yang dikasihi,


Majlis kita terus berlayar ke destinasi utamanya. Untuk itu, pihak majlis berbesar hati
menjemput dan mempersilakan Pn. Hajah Dayang Zukyanatusaniah Bt Awangku Abd Hamid
Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Saint Thomas untuk menyampaikan
ucapan. Majlis mempersilakan.
Begitulah tadi ucapan daripada __________________________________________

…………………………………………………………………………………………………..

Seterusnya, marilah kita bersama- sama menonton video.

…………………………………………………………………………………………………..

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang yang telah menyertai
beberapa pertandingan sempena Program Semarak Bulan Kebangsaan. Saya dengan ini
mempersilakan Pn. Hajah Dayang Zukyanatusaniah Bt Awangku Abd Hamid Guru Penolong
Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Saint Thomas bagi menyampaikan hadiah kepada
pemenang.

Dipersilakan … (senarai pemenang)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

……………………………………………………………………………………………

Majlis kita akan diteruskan dengan nyanyian lagu ‘Malaysia Berjaya’ dan ‘Sejahtera
Malaysia’. Hadirin dipersilakan berdiri sambal mengibarkan Jalur Gemilang.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian lagu patriotik yang penuh semangat
daripada para guru dan murid.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Majlis kita telah tiba di penghujungnya. Saya mewakili pihak majlis merakamkan
ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
merealisasikan majlis Sambutan Hari Malaysia dan penutupan Program Semarak Bulan
Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Saint Thomas edisi tahun 2023 ini.

Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum w.b.t.

You might also like