You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

USRAH NURANI KEMAS


PARLIMEN TEBRAU

1. TUJUAN

Usrah Nurani ini adalah satu aktiviti yang diperkenalkan oleh Bahagian
Pembangunan Komuniti, KEMAS Ibu Pejabat kepada masyarakat
bertujuan untuk menyediakan satu platform, membincangkan 1 topik /
tajuk yang diberikan oleh naqib atau naqibah (pembimbing) dan
dikembangkan tajuk tersebut melalui idea-idea daripada peserta.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w.


bersabda maksudnya :

“Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu


pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan baginya suatu
jalan untuk menuju ke syurga”.

2. OBJEKTIF

2.1 Memberi pendedahkan dan medan percambahan ilmu


pengetahuan yang boleh dijadikan amalan dalam kehidupan.

2.2 Berkongsi idea dan pandangan daripada masyarakat berkaitan


topic yang dibincangkan yang diketuai oleh naqib atau naqibah
(pembimbing.

2.3 Mempelbagai corak perkongsian ilmu kepada masyarakat


dengan mewujudkan kemesraan dan tegur-menegur selain
aktiviti yang dilaksanakan dalam kelas-kelas pembangunan insan
yang sedia ada.

3. KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasar adalah seperti berikut:-
i. Peserta kelas Pembangunan Insan
ii. Masyarakat Setempat
iii. Belia/remaja
4. KONSEP PELAKSANAAN

4.1 Pelaksanaan Program Usrah ini akan dikendalikan oleh naqib


atau naqibah (pembimbing).
4.2 Naqib atau naqibah (pembimbing) akan memperkenalkam diri
serta memberikan topik / tajuk dan peserta akan melontarkan
idea-idea dari tajuk yang dibincangkan.
4.3 Tajuk perkongsian adalah mengikut kesesuaian semasa.

5. PELAKSANA / TEMPAT.
i. TARIKH : 24 JUN 2022 (JUMAAT)
ii. TEMPAT : MASJID JAMIK KAMPUNG TANJUNG LANGSAT PASIR
GUDANG
iii. MASA : 3.00 PETANG – 5.00 PETANG

6. ANGGARAN PERUNTUKAN
6.1 Peruntukan yang diperuntukan bagi mengadakan program ini
adalah sebanyak RM 1,000.00 bagi satu siri.

BIL PERKARA KUANTITI KOS JUMLAH


SEUNIT (RM)
(RM)

1 Makan minum berbungkus 30 orang x 1 RM


i) Peserta 30 orang hari 510.00
ii) Sarapan pagi RM 5.00 30 org X
iii) Makan tengah hari RM 12.00 RM17

2. - Bayaran 1 orang RM120.00 RM


Penceramah x 2 jam 220.00

3 Kit Pendidikan Peserta 30 orang RM 9.00 x RM270.00


- Pen 30 orang
- Fail
- Buku Nota

JUMLAH KESELURUHAN 1,000.00

PENUTUP
Pelaksanaan program Halaqah/Usrah ini diharap akan dapat
menyemarakkan lagi perkongsian ilmu melalui idea-idea yang
dilontarkan dalam kalangan masyarakat seterusnya membentuk
masyarakat yang lebih berilmu serta seimbang dalam mengendalikan
urusan duniawi dan ukhrawi.

Disediakan Oleh:

( ANISAH BINTI TAMBY )


Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan
Pembangunan Masyarakat Parlimen Tebrau

Disemak Oleh :

( HAFIZAH BINTI MOHAMAD )

Disahkan Oleh :

( MUSTAFA BIN MOHD NOR )


Pegawai KEMAS Daerah
JOHOR BAHRU

You might also like