You are on page 1of 27

NOTA PERIBAHASA YANG LENGKAP

No. Peribahasa Maksud Ayat


1) Ada hati Ada keinginan Aiman ada hati untuk membuka restoran pada masa
akan datang.
2) Ada jalan Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara Tuan Zainal ada jalan untuk mengatasi masalah disiplin
atau masalah. dalam kalangan murid sekolah menengah.
3) Ada udang di sebalik batu Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di Ibu berasa curiga apabila adik memujinya secara tiba-
sebalik sesuatu perbuatan. tiba selepas pulang dari sekolah seolah-olah ada udang
di sebalik batu.

4) Air muka Maksud pertama : Maruah Ayat (Maksud pertama) : Ayah menasihati abang agar
Maksud kedua : Wajah berjaga-jaga semasa bercakap kerana tidak baik
menjatuhkan air muka orang di khalayak.

Ayat (Maksud kedua) : Air muka Aina menjadi muram


selepas dilarang oleh ibunya untuk bermain permainan
video.

5) Air seni Air kencing Sultan bertitah kepada rakyat agar membuang air seni
hanya di tandas-tandas yang disediakan untuk menjadi
marhaen yang mengutamakan kebersihan.
6) Akal yang sihat itu ada pada badan yang Orang yang memiliki badan yang sihat tentu Ayah saya amat mengutamakan aktiviti senaman dalam
cergas memiliki fikiran yang baik dan idea yang kehidupannya kerana beliau yakin bahawa akal yang
bernas. sihat itu ada pada badan yang cergas.

7) Akar umbi Keseluruhan asas yang kukuh Hakim itu telah memberikan keputusan yang muktamad
selepas meneliti dan mengkaji sehingga akar umbi.

8) Alah bisa tegal biasa Perkara atau pekerjaan yang sukar akan Pekerjaan sebagai penoreh getah memang sukar tetapi
menjadi mudah jika dilakukan secara akan menjadi mudah sekiranya dilakukan
berterusan . secara berterusan bak kata peribahasa alah bisa tegal
biasa.
9) Alah membeli menang memakai Walaupun berasa berat semasa membeli Lehsini sanggup membeli kasut yang mahal kerana dia
sesuatu barang yang mahal tetapi barang itu percaya alah membeli menang memakai.
bermutu dan tahan lama.

10) Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah Sesuatu pekerjaan hendaklah dilakukan Murid-murid mesti belajar bersungguh-sungguh
sampai ke pangkal lengan sehingga selesai ataupun berjaya. sehingga mencapai keputusan yang cemerlang dalam
SPM kerana alang-alang menyeluk pekasam, biarlah
Alang-alang mandi biar basah sampai ke pangkal lengan.

Alang-alang berdakwat, biarlah hitam


Alang-alang berminyak, biar sampai licin

11) Ambil Langkah Memulakan / Mengambil Tindakan Tuan Pengetua menasihati murid-murid agar
mengambil langkah dengan segera supaya tidak
menyesal pada masa hadapan.

12) Ambil berat Memberi perhatian Ibu bapa Suhaimi amat mengambil berat terhadap hal-
hal pelajaran anak-anak.
13) Anak emas Orang yang dikasihi oleh ibu bapa atau Mei Li dianggap sebagai anak emas oleh ibu bapanya
majikan. kerana bapanya menjadi seorang jutawan selepas
kelahiran Mei Li.

14) Asam garam Pengalaman Tuan Hasbul mempunyai banyak asam garam dalam
dunia perniagaan.

15) Ayam tambatan Orang yang menjadi harapan sesuatu pasukan Cristiano Ronaldo menjadi ayam tambatan bagi pasukan
bola sepak negara Portugal sejak beberapa tahun yang
lepas.

16) Bagaimana acuan begitulah kuihnya Anak-anak akan mengikuti tingkah laku dan Ibu bapa tidak patut menggunakan kata-kata kesat di
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke perbuatan ibu bapa. hadapan anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah
nasi kuihnya.
Bapa borek anak rintik
17) Bagai aur dengan tebing Saling menolong antara satu sama lain. Ibu bapa dan pihak sekolah harus bekerjasama bagai
aur dengan tebing untuk meningkatkan prestasi
akademik murid-murid.

18) Bagai ayam disambar helang Orang yang hilang secara tiba-tiba Seorang kanak-kanak yang sedang bermain di taman
permainan telah diculik dalam sekelip mata bagai ayam
disambar helang.

19) Bagai bulan dipagari bintang Wanita yang amat cantik Abang amat cinta akan gadis yang cantik bagai bulan
dipagari bintang itu.

20) Bagai kaca terhempas ke batu Perasaan sedih Kami berasa sedih bagai kaca terhempas ke batu
selepas mendapat berita bahawa datuk sudah
meninggal dunia.

21) Badan cergas otak cerdas Badan yang bertenaga dan sihat dapat Kita harus bersenam setiap hari untuk melahirkan
melahirkan pemikiran yang sempurna akalnya. badan yang sihat kerana badan cergas otak cerdas.
22) Bagai melupakan kulit Seseorang yang melupakan jasa orang lain. Sikap Amirul yang bagai kacang melupakan kulit selepas
menjadi orang kaya menyebabkan dia dibenci oleh
kawan-kawannya.
23) Bagai minyak dengan air Orang yang bermusuhan dan tidak sehaluan Kedua-dua pemimpin itu bagai minyak dengan air
kerana mempunyai ideologi yang berbeza-beza.
24) Bagai murai dicabut ekor Orang yang banyak bercakap Murid yang banyak bercakap bagai murai dicabut ekor
telah dihukum oleh guru kelas.
25) Bagai cincin dengan permata Pasangan yang sama padan Pasangan pengantin di majlis perkahwinan ini sama
padan bagai cincin dengan permata.
Bagai pinang dibelah dua
26) Bagai menatang minyak yang penuh Menjaga anak dengan penuh kasih sayang Ibu bapa harus menjaga anak-anak mereka dengan
penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang
penuh.

27) Baik sangka Mempunyai pendapat yang baik terhadap Kita hendaklah sentiasa bersikap baik sangka terhadap
orang lain semua orang.
28) Banyak makan garam Banyak pengalaman Kita mesti menghormati orang yang banyak makan
garam dalam kehidupan.
29) Batu loncatan Sesuatu yang dijadikan sebagai permulaan Kursus usahawan ini akan menjadi batu locatan kepada
untuk mencapai hajat yang lebih besar. saya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya
pada masa akan datang.

30) Belut kena ranjau Sepandai-pandai orang, kadang-kadang salah Kesalahan ejaan yang dilakukan oleh Guru Bahasa
juga. Melayu semasa mengajar menunjukkan bahawa orang
Sepandai-pandai tupai melompat, yang pandai juga boleh melakukan kesilapan ibarat
akhirnya jatuh ke tanah juga. belut kena ranjau.
31) Beradu nasib Mencuba sesuatu dengan harapan untuk Seseorang harus membuat perancangan yang tepat
memperoleh kejayaan. sebelum melibatkan diri dalam perniagaan dan perlu
mengelakkan daripada beradu nasib.

32) Beradu tenaga Bertanding untuk menentukan siapa lebih Kedua-dua ahli tinju itu beradu tenaga kerana ahli tinju
kuat. yang terbaik akan dipilih untuk mewakili negara.

33) Berakit-rakit ke hulu, berenang renang Bersusah payah dahulu supaya dapat Generasi muda perlu menerima hakikat bahawa mereka
ke tepian, bersakit-sakit dahulu, menikmati kehidupan yang senang pada masa mesti bersusah payah semasa usia muda agar dapat
bersenang-senang kemudian hadapan. menjalani kehidupan yang selesa pada masa hadapan
bak kata peribahasa berakit-rakit ke hulu, berenang-
renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-
senang kemudian.

34) Berat mulut Pendiam Azri selalu mendapat markah yang cemerlang walaupun
berat mulut orangnya.
35) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Kesusahan dan kesenangan dinikmati Penduduk kampung perlu menghadapi masalah banjir
bersama-sama kilat bersama-sama kerana berat sama dipikul ringan
sama dijinjing.

36) Berat tulang Malas Sikap Karim yang berat tulang menyebabkan dia sering
dimarahi oleh ayah dan ibunya.
37) Berbalik hati Berubah hati Adik berbalik hati dan mengambil keputusan untuk
menjadi manusia yang mulia selepas menjalani sesi
kaunseling.

38) Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah Kedudukan yang sama taraf Malaysia perlu mencapai kemajuan yang pesat agar
dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara-negara maju yang lain.

39) Beri jalan Memberikan idea Ibu meminta abang agar beri jalan kepada adik untuk
masalah yang dihadapi dalam perniagaan.
40) Berkata benarlah walaupun pahit Berterus terang demi kebenaran walaupun Kita perlu berterus terang dengan orang lain sekiranya
mungkin menyakiti hati seseorang. ada sesuatu masalah ibarat peribahasa berkata
benarlah walaupun pahit.

41) Berkayuh sambil bertimba Melakukan dua pekerjaan serentak Ibu suka menjahit pakaian sambil menonton televisyen
ibarat berkayuh sambil bertimba.

42) Murah hati Orang yang suka menderma / Tidak kedekut Sikap Encik Zainal yang murah hati menyebabkan beliau
disanjung tinggi oleh penduduk kampung.

43) Berpeluk tubuh Malas berusaha Kami benci akan sikap adik yang berpeluk tubuh dan
suka menyalahkan ibu bapa dan orang di sekelilingnya.
44) Berputih mata Sangat kecewa Kami sekeluarga berputih mata setelah ditipu oleh
saudara sendiri.
45) Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh / Persefahaman dalam sesebuah masyarakat Seluruh rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan
Bersatu teguh, bercerai roboh akan membuahkan kejayaan manakala perpaduan kaum kerana bersatu teguh, bercerai roboh.
perbalahan (permasalahan) akan
menyebabkan perpecahan.
46) Bersekutu bertambah mutu Bekerjasama antara satu sama lain dalam Setiap ahli pasukan mesti memberikan sumbangan
melaksanakan sesuatu akan menghasilkan untuk berjaya dalam perlawanan kerana bersekutu
kejayaan yang cemerlang. bertambah mutu.

47) Bertepuk sebelah tangan, tidak akan Percintaan dan perselisihan tidak mungkin Selepas cintanya ditolak oleh Aminah berkali-kali,
berbunyi terjadi daripada satu pihak sahaja. Akhirnya Ali sedar bahawa bertepuk sebelah tangan
tidak akan berbunyi.

48) Bertikam lidah Berbantah atau bertengkar Ibu menasihati kedua-dua orang anaknya agar tidak
bertikam lidah kerana cara ini tidak mampu
memberikan penyelesaian kepada masalah.

49) Besar pasak daripada tiang Perbelanjaan yang lebih besar daripada Sikap Siti yang suka membeli barang-barang yang tidak
pendapatan penting menyebabkan perbelanjaannya melebihi
pendapatan sehingga terpaksa mengeluarkan wang
simpanan daripada bank ibarat besar pasak daripada
tiang.

50) Biar mati anak, jangan mati adat Berpegang kuat pada adat. Kita mesti mengutamakan adat dan budaya bangsa
masing-masing kerana biar mati anak, jangan mati adat.

51) Bidan terjun Seseorang yang diminta untuk mengambil alih Encik Kasim menjadi bidan terjun bagi menggantikan
sesuatu tugas secara mendadak tanpa Encik Dollah sebagai pengerusi majlis kerana Encik
dirancang. Dollah lambat sampai kerana kemalangan.

52) Buah fikiran Pendapat Ketua kampung memberitahu para penduduk agar
menyuarakan buah fikiran mereka secara terbuka.

53) Cahaya mata Anak Puan Kamsinar telah melahirkan cahaya mata yang
kedua.
54) Cakap besar Meninggi diri Sikap Raju yang suka bercakap besar menyebabkan dia
dijauhi rakan-rakannya.
55) Campur tangan Melibatkan diri dalam urusan orang lain Kita tidak patut mencampur tangan dalam urusan
keluarga orang lain.
56) Carik-carik bulu ayam, akhirnya Hubungan antara adik-beradik akan berbaik- Permasalahan antara Aiman dan adik- adiknya telah
bercantum juga baik semula walaupun berlaku permasalahan. berakhir selepas mereka berjumpa di rumah ayah
semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri kerana carik-carik
Air dicencang tidak akan putus bulu ayam, akhirnya bercantum juga.
57) Celik komputer Arif dalam hal-hal berkenaan komputer. Alia menjadi seorang yang celik computer selepas
melanjutkan pelajaran ke universiti.
58) Dalam tangan Sudah tentu mencapai sesuatu. Adik mengatakan bahawa keputusan yang cemerlang
dalam SPM dalam tangannya.

59) Dapat sama laba, cicir sama rugi Keuntungan dan kerugian harus dibahagikan Ali dan Abu selalu membahagikan segala keuntungan
secara sama rata. dan kerugian secara sama rata bak kata pepatah dapat
sama laba, cicir sama rugi.

60) Darah daging Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri. Ayah memarahi anaknya yang sanggup mengkhianati
darah daging sendiri.
61) Darah panas Cepat marah Zainal menasihati abangnya agar berhati-hati semasa
bercakap dengan ayah kerana dia ialah seorang yang
darah panas.

62) Darah Seni Orang yang mempunyai bakat secara semula Orang yang berdarah seni harus menggilap bakat
jadi dalam bidang seni. mereka untuk mencapai kejayaan yang luar biasa
dalam kehidupan.

63) Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi Diam orang berilmu berfikir, Diam orang Cikgu Anand memberitahu murid-murid supaya
berkarat bodoh sia-sia sahaja. bertanya soalan sekiranya ada pertanyaan dan tidak
berdiam sahaja kerana diam-diam ubi berisi, diam-diam
besi berkarat.

64) Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Seseorang yang mempunyai keinginan dan Murid-murid yang ingin mencapai keputusan yang
bersungguh-sungguh tentu akan mencapai cemerlang tentu berusaha untuk mengambil
kejayaan. bahagian dalam kelas atas talian kerana di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan.

65) Di mana bumi dipijak, di situ langit Seseorang harus mematuhi peraturan dan Setiap individu yang tinggal di Malaysia harus mematuhi
dijunjung adat tempat yang mereka berada. undang-undang yang ditetapkan kerana di mana bumi
dipijak, di situ langit dijunjung.

66) Disangka panas sampai petang, rupanya Disangka baik selama-lamanya, tiba-tiba Kumar menyesal kerana perniagaan yang dianggap akan
hujan di tengah hari ditimpa kesusahan. memberi keuntungan yang berterusan telah mengalami
kemunduran selepas 2 tahun ibarat disangka panas
sampai petang, rupanya hujan ditengah hari.

67) Durian runtuh Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak Keuntungan yang diterima oleh abang secara tiba-tiba
disangka-sangka ibarat durian runtuh menjadikannya amat gembira.
68) Enggang lalu ranting patah Kesilapan berlalu dengan tidak sengaja Pihak polis mengesyaki Ravi yang berlalu di tempat
meninggalkan kesan buruk / Orang jahat akan rompakan ibarat enggang lalu ranting patah
selalu dituduh apabila berlaku sesuatu menyebabkan keluarganya amat marah terhadap pihak
musibah berkuasa.

69) Genggam bara api biar sampai menjadi Sesuatu pekerjaan yang sukar haruslah Kita haruslah berani menghadapi cabaran dan
arang dilakukan dengan tabah sehingga berjaya. melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar sehingga
berjaya ibarat genggam bara api biar sampai menjadi
arang.

70) Goyang kaki Bersenang-senang tanpa perlu bekerja Neetish boleh bergoyang kaki kerana ayahnya
merupakan seorang hartawan yang mempunyai
empayar perniagaan yang besar di Asia.

71) Gunting makan di hujung Mencapai sesuatu secara diam-diam Kami terharu apabila mendapat tahu bahawa Johari
telah menjadi seorang juruterbang yang berjaya ibarat
gunting makan di hujung kerana dia ialah seorang yang
pendiam.
72) Habis madu sepah dibuang Menggunakan sesuatu sewaktu ada Janganlah kita menjadi manusia yang meninggalkan
keperluannya, selepas itu ditinggalkan. sahabat atau orang yang dikasihi selepas habis
Membuang sesuatu atau meninggalkan keperluan ibarat habis madu sepah dibuang
seseorang selepas habis kegunaannya.
73) Hancur hati Sangat sedih Jasitaran hancur hati selepas ditinggalkan oleh
kekasihnya setelah kehilangan pekerjaan.
74) Harimau mati meninggalkan belang, Jasa orang baik akan diingati dan dikenang Kita haruslah menyumbangkan jasa dan bakti kepada
Manusia mati meninggalkan nama sampai bila-bila. bangsa dan negara kerana harimau mati meninggalkan
belang, manusia mati meninggalkan nama.

75) Hati gajah sama dilapah, hati kuman Pengagihan yang sama rata dan adil. Peluang pekerjaan haruslah diagihkan secara adil dan
sama dicecah. sama rata kepada rakyat ibarat hati gajah sama dilapah,
hati kuman sama dicecah.

76) Hati kecil Perasaan dalam hati Hati kecil ibu berasa amat sedih apabila Aiman iaitu
anak sulungnya berpisah daripadanya kerana
melanjutkan pelajaran ke universiti.

77) Hendak seribu daya, tak hendak seribu Seseorang yang berikhtiar untuk melakukan Ayah menegur sikap adik yang asyik memberi pelbagai
dalih sesuatu perkara akan mencari bermacam- alasan apabila tidak mendapat pekerjaan kerana
macam jalan manakala seseorang yang tidak hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.
berhasrat untuk melakukan sesuatu perkara
akan memberi pelbagai alasan.
78) Hidup segan mati tidak mahu Orang yang hidup melarat Terdapat banyak organisasi yang sanggup membantu
individu-individu yang hidup segan mati tak mahu
akibat pandemik Covid-19.

79) Hujan emas di negeri orang, hujan batu Walaupun ada banyak kelebihan di negeri Encik Karim menasihati anaknya agar tidak bermigrasi
di negeri sendiri, lebih baik di negeri orang, tetap negeri sendiri lebih baik. ke Australia kerana hujan emas di negeri orang, hujan
sendiri. batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

80) Ibarat burung, mata terlepas, badan Tiada kemerdekaan atau kebebasan Kehidupan rakyat pada zaman penjajahan Jepun ibarat
terkurung burung mata terlepas, badan terkurung.
81) Ibarat melukut di tepi gantang Seseorang yang tidak dihiraukan atau Kehadiran Zamri dan keluarganya tidak dihiraukan oleh
dipedulikan saudara-mara ibarat melukut di tepi gantang kerana
pekerjaan Zamri sebagai petani.

82) Ilmu pelita hidup Ilmu merupakan cahaya yang boleh menerangi Generasi muda harus rajin menimba ilmu kerana ilmu
hidup seseorang. pelita hidup.
83) Jantung hati Orang yang disayangi Alia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan
jantung hatinya yang bekerja di Singapura.
84) Jauhari yang mengenal manikam Hanya orang yang pakar dan bijaksana boleh Encik Amri iaitu seorang pesilat yang handal telah
menilai sesuatu dengan tepat. membantu untuk mengeluarkan bakat anak-anak
muridnya kerana jauhari yang mengenal manikam.
85) Jauh perjalanan luas pemandangan Orang yang banyak merantau akan Mei Li suka melancong ke luar negara bersama rakan-
memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman. rakan kerana dia sedar bahawa jauh perjalanan, luas
pemandangan.

86) Jinak-jinak merpati Seseorang yang kelihatan senang diperdaya Zainurah jinak-jinak merpati tetapi tidak mudah
tetapi sebenarnya tidak. dipengaruhi orang lain.
87) Kacang hantu Orang jahat Pemuda-pemuda kacang hantu di kampung itu telah
ditangkap oleh pihak polis.
88) Kais pagi makan pagi, kais petang makan Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup Anggota masyarakat yang kais pagi makan pagi, kais
petang sahaja / Kehidupan yang serba kekurangan. petang makan petang telah mengalami kesukaran
semasa pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan.

89) Kaki joli Orang yang suka berfoya-foya Golongan remaja yang kaki joli akan mengalami
kesukaran untuk berjaya dalam kehidupan.

90) Melentur buluh, biarlah dari rebungnya Anak-anak perlu dididik sejak kecil lagi. Ibu bapa patut menanam amalan membaca dalam
kalangan anak sejak kecil lagi bak kata pepatah kalau
hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

91) Kalau kail panjang sejengkal, jangan Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan cuba Ayah menasihati adik agar tidak menceburi bidang yang
lautan hendak diduga untuk melakukan sesuatu yang lebih besar. baharu itu kerana adik tidak mempunyai ilmu luas
tentang bidang tersebut ibarat kalau kail panjang
sejengkal, jangan lautan hendak diduga.

92) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan Cita-cita tidak boleh dicapai tanpa usaha yang Kita mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan
dapat sagunya gigih kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya
93) Kalau takut dilambung ombak, jangan Jangan mendekati bahaya sekiranya takut akan Sesiapa yang tidak berani mengalami kerugian patut
berumah di tepi pantai. risiko. menjauhi dunia perniagaan kerana kalau takut
dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

94) Kata-kata lebih tajam daripada mata Perkataan yang dituturkan boleh Kita mesti berjaga-jaga semasa bercakap dengan orang
pedang menyebabkan kesakitan. lain kerana kata-kata lebih tajam daripada mata
pedang.

95) Ke bukit sama didaki, ke lurah sama Kesusahan dan kesenangan dihadapi bersama- Masyarakat setempat mesti menghadapi segala-gala
dituruni sama cabaran bersama-sama ibarat ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni.

96) Kecil hati Berasa tersinggung Aini kecil hati kerana dimarahi oleh abangnya sebentar
tadi.
97) Kecil jangan disangka anak, besar jangan Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus Faizal dilantik sebagai Pegawai Eksekutif syarikat
disangka bapa pada orang-orang tua sahaja. walaupun baru berusia 26 tahun kerana kecil jangan
disangka anak, besar jangan disangka bapa.

98) Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan Orang yang sangat mengharapkan Keadaan individu-individu yang mengalami kehilangan
pertolongan, sangat gembira apabila ada orang pekerjaan ibarat kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
ingin membantu. apabila mendapat bantuan bekalan makanan.

99) Keras lidah Susah menyebut perkataan dengan betul. Ibu mengajar adik yang keras lidah untuk menyebut
perkataan dengan betul.
100) Lain lubuk lain ikannya Setiap negara mempunyai adat resam yang Aini mengalami kejutan budaya selepas pergi ke
berlainan. Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran kerana
lain lubuk lain ikannya.

101) Lemak manis jangan terus ditelan, pahit Yang nampaknya baik itu jangan terus diterima Ustaz menasihati penganut agama Islam agar berhati-
jangan terus dimuntahkan dan yang nampak buruk itu jangan terus hati semasa mendengar kata-kata orang lain dan tidak
ditolak. / Seseorang harus melakukan terus mengikutinya ibarat lemak manis jangan terus
pertimbangan secara mendalam sebelum ditelan, pahit jangan terus dimuntahkan.
menerima atau menolak sesuatu perkara.

102) Lidah tidak bertulang Mudah berjanji dan mudah pula mengubah Janji majikan saya tidak boleh dipercayai kerana dia
janjinya. ialah seorang yang lidah tidak bertulang.
103) Lupa daratan Melakukan sesuatu yang melampai batasan Aiman menjadi lupa daratan selepas menjadi seorang
dan hilang pertimbangan. hartawan.
104) Lintah darat Peniaga yang mengambil keuntungan yang Beberapa orang pelanggan berasa marah terhadap
terlalu tinggi. lintah darat di kawasan perumahan mereka.
105) Makan angin Bersiar-siar Encik Ali pergi ke Langkawi bersama keluarganya untuk
makan angin.
106) Malu bertanya sesat jalan, malu Seseorang yang tidak mahu berusaha tidak Cikgu Anand menasihati murid-muridnya agar rajin
berdayung perahu hanyut boleh mencapai kejayaan. berusaha untuk mencapai cita-cita kerana malu
bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut.

107) Masuk kandang kambing mengembek, Menyesuaikan diri dengan tempat dan Sikap abang yang pandai menyesuaikan diri dengan
masuk kandang lembu menguak keadaan. tempat dan keadaan ibarat masuk kandang kambing
mengembek, masuk kandang lembu menguak
menyebabkan dia disukai dan digemari oleh ahli
keluarga dan saudara mara.

108) Mata hati Perasaan dalam hati Rumah tangga Encik Zamri amat bahagia kerana dia
pandai memahami mata hati isterinya.
109) Mata kutu Tidak dapat melakukan sesuatu kerana Amran dilabelkan sebagai mata kutu oleh sahabat-
ketiadaan idea. sahabat kerana tidak pandai menjalankan perniagaan
akibat ketiadaan idea.
110) Membaca jambatan ilmu Amalan membaca dapat membantu kita untuk Murid-murid digalakkan untuk melibatkan diri dalam
menambahkan pengetahuan. program Nilam kerana membaca jambatan ilmu.

111) Membanting tulang Bekerja keras Ayah sanggup membanting tulang demi menyara
keluarga.
112) Membuka pekung di dada Mendedahkan keburukan diri. Kita tidak patut membuka pekung di dada kerana boleh
menjejaskan imej diri
113) Menapak baru setapak, mendaki baru Baru hendak belajar sesuatu. Ayah menyuruh adik agar berhati-hati semasa bekerja
sekaki di bengkel kerana dia menapak baru setapak, mendaki
baru sekaki.

114) Menangguk di air keruh Cuba mengambil kesempatan terhadap Pihak berkuasa harus mengambil tindakan ke atas para
kesusahan orang lain demi kepentingan dan peniaga yang menaikkan harga barang semasa
keuntungan diri sendiri. pemintaan meningkat ibarat menangguk di air keruh.

115) Mencolok mata Menyakitkan pandangan Golongan wanita tidak patut memakai pakaian yang
mencolok mata.
116) Mencari jalan Berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu Tuan Haimi mencari jalan untuk mengembangkan
perkara. perniagaannya ke luar negara.
117) Mengangkat bendera putih Menyerah kalah Pihak lawan Suhaimi mengangkat bendera putih selepas
menerima tumbukan maut daripadanya.
118) Menunggu buah yang tidak gugur Mengharapkan sesuatu yang tidak jelas. Lebih baik awak melupakannya kerana menunggu untuk
dia kembali hanyalah ibarat menunggu buah yang tidak
gugur.

119) Nafas baru Semangat baharu / Sumber kekuatan yang Pasukan bola sepak negeri Kedah seolah-olah mendapat
baharu nafas baru selepas Tuan Akmal dipilih sebagai jurulatih.
120) Naik darah Menjadi marah Cikgu Aimi naik darah kerana semua murid tidak
menghabiskan kerja rumah yang diberikan.
121) Nasi sudah menjadi bubur Perbuatan yang sudah terlanjur (Tidak boleh Aiman menyesal kerana sikapnya yang malas belajar
diubah) menyebabkan dia gagal dalam peperiksaan, namun nasi
sudah menjadi bubur.
122) Orang mengantuk disorongkan bantal Memperoleh perkara yang benar-benar Amirul mendapat sebuah kereta berjenama BMW yang
diingini. diminatinya sebagai hadiah ibarat orang mengantuk
disorongkan bantal
123) Otak batu Bodoh Murid itu digelar sebagai otak batu kerana gagal dalam
semua mata pelajaran.
124) Otak cair Pandai Aizat merupakan seorang yang otak cair kerana mampu
menjawab semua soalan Matematik dengan tepat.

125) Padang jarak padang tekukur Padang atau tanah luas yang kosong. Padang jarak padang tekukur itu sesuai untuk menjalani
latihan sukan kriket.
126) Panas baran Cepat marah Ali merupakan seorang yang panas baran sejak kecil
lagi.
127) Pandai makan, Pandailah simpan Jika ada perkara yang rahsia, pandailah Perbuatan Jamil menyembunyikan rahsia dirinya
menjaganya agar tidak diketahui orang. umpama pandai makan, pandailah simpan.
128) Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Anak muda menjadi orang yang diharapkan Generasi mudah harus berusaha untuk mengharumkan
negara untuk membangunkan negara pada masa nama negara di persada dunia kerana pemuda harapan
hadapan. bangsa, pemudi tiang negara.

129) Perang dingin Bergaduh dengan tidak bercakap Perselisihan faham boleh menyebabkan perang dingin
antara suami isteri.
130) Pijak semut tak mati Seorang wanita yang baik lagi teratur Sifat Aina yang bagai pijak semut tak mati
menyebabkan dia disayangi dan dihormati oleh
saudara-mara.
131) Pilih kasih Berat sebelah Ibu bapa tidak patut mengamalkan sikap pilih kasih
ketika membesarkan anak-anak.
132) Pucuk dicita ulam mendatang Memperoleh sesuatu yang dihajati Harapan Wei Hong untuk memenangi pingat Emas
dalam sukan Olimpik telah menjadi kenyataan ibarat
pucuk dicita ulam mendatang.
133) Ringan tulang Orang yang rajin Sikap Kavitha yang ringan tulang menyebabkan dia
disenangi oleh orang lain.
134) Ringan mulut Suka bercakap Orang yang ringan mulut boleh menjalinkan
persahabatan dengan mudah.
135) Ringan tulang berat perut Orang yang rajin berusaha akan mendapat Zamri menjadi orang kaya dalam jangka masa yang
rezeki. singkat kerana usahanya yang bersungguh-sungguh
ibarat ringan tulang berat perut.
136) Rupa tidak dapat diubah, perangai dapat Perangai seseorang boleh diubah tetapi Ayah menasihati adik agar cepat insaf dan menjadi
diubah penampilan seseorang tidak boleh diubah. manusia yang baik dan mulia kerana rupa tidak dapat
diubah, perangi dapat diubah.
137) Sambil menyelam minum air Dua atau tiga perkara tercapai dengan Kejayaan Faizal boleh diumpamakan sebagai sambil
mengambil satu usaha. menyelam minum air kerana dia telah dinaikkan
pangkat dan juga dihadiahkan sebuah kereta baharu.
138) Sayangkan anak tangan-tangankan, Anak dan isteri yang terlalu dimanjakan akan Ibu bapa dinasihati menjadi lebih tegas terhadap anak-
sayangkan isteri tinggal-tinggalkan menjadi sombong. anak mereka kerana sayangkan anak tangan-tangankan,
sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.
139) Sediakan payung sebelum hujan Berhati-hati sebelum menghadapi kesusahan. Puan Siti menasihati anak-anaknya agar berjimat
cermat untuk kegunaan pada masa hadapan ibarat
sediakan payung sebelum hujan.
140) Seperti api dalam sekam Kejahatan yang tersembunyi Keluarga Pak Aizat menyesal kerana mempercayai
Zainal yang sebenar mempunyai niat yang jahat
walaupun berpura-pura seperti orang baik selama ini
seperti api dalam sekam.
141) Seperti enau dalam belukar melepaskan Mementingkan diri sendiri , tidak bersepakat Negara Malaysia tidak boleh mencapai kemajuan jika
pucuk masing-masing para pemimpin mengamalkan sikap seperti enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing.
142) Seperti kera sumbang Tidak suka bergaul dengan orang lain. Sikapnya yang suka mengasingkan diri tanpa bergaul
dengan orang lain seperti kera sumbang menyebabkan
dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan orang
lain.
143) Tajam akal Pintar Azmi merupakan seorang murid yang tajam akal kerana
mampu mencapai keputusan yang cemerlang dalam
semua mata pelajaran.
144) Sudah terhantuk, baru tengadah Sesudah mendapat kesusahan, baru hendak Jeoh Hui baru mengalami keinsafan selepas disaman
beringat-ingat oleh pihak polis ibarat sudah terhantuk baru tengadah.
145) Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek Adat yang tidak berubah, sesuatu yang tetap Budaya dan adat istiadat masyarakat Melayu yang
panas utuh. terpelihara sejak zaman datuk dan nenek moyang ibarat
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas perlu
dipertahankan agar tidak mengalami kepupusan.
146) Tangan kosong Tidak membawa apa-apa Kita tidak patut pergi ke rumah orang dengan tangan
kosong.
147) Tangan yang menghayun buaian mampu Walaupun bersifat lemah-lembut dan keibuan, Kebolehan golongan dalam memajukan ekonomi
mengoncang dunia Wanita mampu menyumbangkan tenaga dan negara tidak patut dipandang enteng kerana tangan
idea untuk membangunkan negara. yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia.
148) Tangkai jering Kedekut Seseorang harus menjauhi sikap tangkai jering dalam
kehidupan.
149) Terdengar guruh di langit, air di Seseorang yang mengharapkan keuntungan Encik Akmal menyesal kerana meletakkan jawatan di
tempayan dicurahkan besar yang tidak tentu, keuntungan kecil pula syarikat lama sebelum menerima pekerjaan di syarikat
dilepaskan. baharu ibarat terdengar guruh di langit, air di tempayan
dicurahkan.
150) Tulang belakang Orang yang menjadi sumber kekuatan Ibu bapa saya merupakan tulang belakang kejayaan
saya dalam kehidupan.
151) Ukur baju di badan sendiri Tiap-tiap pekerjaan dan perbelanjaan Ayah menasihati Aizat agar tidak membeli kereta yang
hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan mahal itu kerana ukur baju di badan sendiri.
kita.
152) Umpama biawak bercabang lidah Tidak boleh mempercayai kata-kata seseorang Para pekerja tidak lagi mempercayai janji pengurus yang
umpama biawak bercabang lidah.
153) Umpama lebah membuang sengat Orang yang suka mengata atau mengeji orang Sikap segelintir orang kaya suka memandang rendah
lain. and menghina orang lain umpama lebah membuang
sengat.
154) Yang bulat tidak datang bergolek, yang Rezeki dan kejayaan perlu diusahakan dan Seseorang murid harus belajar bersungguh-sungguh
pipih tidak datang melayang tidak akan datang dengan sendiri. untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan kerana yang bulat tidak datang bergolek,
yang pipih tidak datang melayang.
155) Yang dikejar tak dapat, yang dikendong Kehilangan keuntungan yang diharapkan dan Keadaan Encik Aminuddin ibarat yang dikejar tak dapat,
keciciran keuntungan sedia ada. yang dikendong keciciran setelah diceraikan oleh
isterinya dan ditinggalkan oleh kekasihnya juga.
156) Air beriak tanda tak dalam Banyak bercakap tanda tidak berilmu Janganlah kita banyak bercakap kerana air beriak tanda
tak dalam.
157) Alang-alang berminyak biar licin Sesuatu pekerjaan perlu dilakukan sehingga Cikgu Siti memarahi murid-murid yang tidak
sempurna. melengkapkan kerja rumah sekolah yang diberikan
kerana alang-alang berminyak biar licin.
158) Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air Sangat menderita kesusahan walaupun bergaji Kehidupan Rakyat Malaysia yang bekerja di Amerika
mati kehausan tinggi Syarikat ibarat ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air
mati kehausan kerana ditindas oleh majikan-majikan
yang mementingkan diri sendiri.
159) Bagai air mencari jenisnya Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak Aimin suka membaca buku di perpustakaan bagai air
berhenti-henti mencari jenisnya untuk menjadi manusia yang
berpengetahuan luas.
160) Bagai cendawan tumbuh selepas hujan Terlalu banyak pada suatu masa Kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin
meningkat secara mendadak bagai cendawan tumbuh
selepas hujan.
161) Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup Kehidupan seseorang yang sentiasa susah dan Kehidupan Pak Ali bagai kerakap tumbuh di batu, hidup
segan mati tak mahu menderita segan mati tak mahu selepas perniagaan mengalami
kerugian yang teruk akibat pendemik virus Covid 19.
162) Bagai layang-layang putus tali Hilang harapan Kehidupan Zainal bagai layang-layang putus tali selepas
ditinggalkan oleh kekasihnya.
163) Bagai murai dicabut ekor Orang yang suka bercakap Sikap Aini yang suka bercakap bagai murai dicabut ekor
menyebabkan dia dimarahi oleh guru-gurunya.
164) Bagi pucuk dilancarkan Amat cepat Kemajuan Akil dalam bidang perniagaan dalam jangka
masa yang singkat bagai pucuk dilancarkan
menyebabkan dia menerima pujian orang ramai.
165) Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke Anak-anak akan mengikuti tingkah laku ibu Ibu bapa perlu mengelakkan tabiat buruk seperti tabiat
nasi bapa merokok kerana anak-anak akan meniru tingkah laku
ibu bapa ibarat ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke
nasi
166) Baik membawa resmi padi daripada Tidak sombong dan rendah diri Kita perlulah menjadi manusia yang rendah diri bagai
resmi lalang baik membawa resmi padi daripada resmi lalang.
167) Belayar sambil memapan, merapat Sekali melakukan kerja, dua tiga hasil tercapai. Aiman bukan sahaja dapat berkahwin dengan gadis
sambil belayar yang cantik itu tetapi juga dapat mewarisi segala harta
pusaka bapa mentuanya ibarat belayar sambil
memapan, merapat sambil belayar.
168) Belum duduk sudah berlunjur Belum mendapat sesuatu yang dihajati tetapi Ayah menegur sikap abang yang berasa terlalu gembira
sudah bergembira terlebih dahulu. dan yakin bahawa dia akan mendapat keputusan yang
cemerlang dalam SPM ibarat belum duduk sudah
berlunjur.
169) Berat mata memandang, berat lagi bahu Betapa susah kita melihat kesusahan orang Rakyat Malaysia berasa sedih dan kasihan akan
memikul lain, lebih susah orang yang menanggung kesusahan yang dialami oleh golongan doktor dan
kesusahan itu. jururawat kerana berat mata memandang, berat lagi
bahu memikul.
170) Berjagung-jagung dahulu sementara Sementara menunggu sesuatu perkara baik, Neetish bekerja di pasar raya sementara menunggu
menunggu padi memasak lakukan perkara berfaedah yang lain. keputusan peperiksaan SPM ibarat berjagung-jagung
dahulu sementara menunggu padi memasak.
171) Biar jatuh terletak, jangan jatuh Lebih baik menarik diri dahulu daripada Jasrizal mengambil keputusan untuk meletak jawatan di
terhempas. diperhentikan dengan tidak hormat. syarikat itu kerana tidak mendapat layanan yang baik
kerana biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas.
173) Biar mati anak, jangan mati adat Berpegang kuat pada adat. Tuan Hakim ialah seorang yang amat mengutamakan
adat kerana berpegang pada peribahasa biar mati anak,
jangan mati adat.
174) Biar putih tulang, jangan putih mata Lebih baik mati daripada tidak mendapat Gunalan berusaha bersungguh-sungguh dan sanggup
sesuatu yang diidamkan. mengorbankan waktu bersama keluarga untuk menjadi
seorang saintis yang berjaya kerana baginya biar putih
tulang, jangan putih mata.

You might also like