You are on page 1of 9

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) MUKUNDAN,

BUKIT PELANDOK, 71960 SEREMBAN,


NEGERI SEMBILAN.

_________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KE- 1 / 2020

Tarikh : 28 Disember 2019 (Sabtu)


Masa : 8.00am – 10.00am
Tempat : Bilik Muafakat

Bil.Guru yang hadir:


1. En.Ramasamy Rengasamy (Guru Besar)
2. Pn.Kamalam Sangaran Nair (GPK 1)
3. Pn.Bavani Muthiah
4. Pn.Sitha Suriakalan
5. Pn.Paruvathi Munusamy

Bil. Guru Yang Tidak Hadir : -

AGENDA :

1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Pembentangan Kertas Kerja / Isu
5. Hal-hal lain
6. Penangguhan Mesyuarat

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat
meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat Panitia Sains yang pertama
bagi sesi persekolahan 2020.

1.2 Guru Besar mengucapkan syabas kepada semua guru yang telah menyumbang
kepada pencapaian UPSR yang cemerlang pada tahun ini.

1.3 Semua program panitia yang dirancang haruslah berlandaskan misi dan visi
sekolah yang telah ditetapkan bersama.

1
1.4 Beliau memuji kecemerlangan dan usaha yang sentiasa ditunjukkan oleh guru-
guru dalam mengorak langkah bagi meningkatkan pencapaian murid-murid
dalam mata pelajaran Sains.

1.5 Guru-guru juga harus memburu ilmu bagi mempertingkatkan diri dalam semua
aspek yang berkaitan dengan professional keguruan agar tidak ketinggalan.

1.6 Peranan panitia adalah tidak terhingga dalam membekalkan maklumat yang idea
bagi meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains

1.7 Kandungan pekeliling perlu diteliti dari semasa ke semasa supaya kita sentiasa
celik dengan perubahan semasa.

1.8 Nilai murni perlu diterapkan dalam jiwa anak-anak didik kita secara langsung
atau pun secara tidak langsung sepanjang masa oleh guru-guru.

1.9 Guru-guru perlu mengenal pasti keupayaan murid dan kelebihan murid dalam
Menangani masalah kerana setiap murid adalah berbeza dan mempunyai bakat
masing-masing yang perlu dicungkil.

1.10 Guru perlu bertindak sebagai ajen penjana minda untuk menjana minda murid-
murid di samping menyerlahkan bakat mereka yang terpendam.

Makluman

2.0 Pengesahkan minit mesyuarat yang lalu

2.1 Minit mesyuarat yang keempat 2019 telah dibentangkan oleh Pn.M.Bavani. Minit ini
dicadangkan oleh Pn.M.Paruvathi dan disokong oleh Pn.S.Sitha

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit

2
4.0 Pembentangan Kertas Kerja / Isu

4.1 Pelantikan Jawatankuasa Panitia Sains 2020

4.1.1 Jawatankuasa Panitia Sains bagi tahun 2020 telah dilantik seperti
berikut :

Pengerusi : En.R.Ramasamy ( Guru Besar )


Naib Pengerusi : Pn.Kamalam Sangaran Nair (GPK 1)
Setiausaha : Pn.Bavani Muthiah (Ketua Panitia)
AJK : Pn.Sitha Suriakalan
Pn.Paruvathi Munusamy

4.2 Analisa Ujian dan Peperiksaan

4.2.1 Guru Besar telah meminta semua guru meneliti analisa pencapaian murid tahun
4 dan 5 dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2019.

4.2.2 Beliau telah membuat perbandingan pencapaian murid dalam peperiksaan


pertengahan tahun dan akhir tahun. (Rujuk lampiran)

4.2.3 Beliau telah menyatakan bahawa bilangan murid yang mendapat A dalam
peperiksaan akhir tahun meningkat jika dibandingkan dengan peperiksaan
pertengahan tahun. Tetapi bilangan yang mendapat B dan C juga meningkat
dalam peperiksaan akhir tahun.

4.2.4 Bilangan yang mendapat E juga meningkat. Peratus Lulus dalam peperiksaan
akhir tahun telah menurun jika dibandingkan dengan peperiksaan pertengahan
tahun.

4.2.5 Beliau telah menyatakan bahawa beliau akan mengambil alih tahun 4 pada
tahan 2020. Jika merujuk keputusan tahun 4, murid – murid memerlukan
latihan yang banyak supaya murid tahun 4 dapat mencapai pencapaian yang
baik.

Tindakan :- En.R.Ramasamy

4.2.6 Apabila Tuan Guru Besar menganalisa keputusan tahun 5, beliau telah
meluahkan ketidakpuasan beliau dengan pencapaian murid tahun 5 dalam
peperiksaan akhir tahun.

4.2.7 Beliau juga menyatakan pencapaian murid tahun 5 dalam peperiksaan akhir
tahun amat merosot kerana tiada A dan bilangan yang mendapat E juga
meningkat.

3
4.2.8 Tahun 5 akan menduduki UPSR pada tahun 2020. Oleh yang demikian beliau
minta guru sains tahun 5 untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk
meningkatkan keputusan. Beliau juga meminta Pn.M.Bavani supaya pastikan
tiada E.

Tindakan :- Pn.M.Bavani

4.3 Ujian dan Peperiksaan

4.3.1 Ujian dan peperiksaan akan diadakan untuk murid-murid tahap 2 seperti yang
dijadualkan.

4.3.2 Ianya meliputi ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir
tahun.

4.3.3 Guru-guru diminta menyediakan soalan berdasarkan kemahiran-kemahiran yang


telah diajar supaya dapat mengukur pemahaman murid.

Tindakan :- Semua Guru

4.3.4 Guru-guru juga diminta mematuhi tarikh penyediaan dan penyerahan kertas
soalan serta JSU kepada ketua panitia seperti yang dijadualkan dalam takwim.

Tindakan :- Semua Guru

4.4 Headcount

4.4.1 Headcount harus disediakan untuk Tahun 5 dan 6.

Tindakan :- Guru Sains Tahun 5 dan 6

4.4.2 Manakala untuk Tahun 4 pula boleh disediakan selepas menjalankan ujian
1 / 2020.

Tindakan :- Guru Sains Tahun 4

4.4.3 Guru harus masukkan TOV dan ETR dalam headcount.

4
4.5 Pengajaran dan Pembelajaran

4.5.1 Guru Besar juga meminta semua guru supaya menggunakan elemen – elemen
abad ke – 21 dalam PdPC mereka.

4.5.2 Ketua Panitia telah memaklumkan bahawa ujikaji dan eksperimen adalah
berbeza. Guru - guru harus menjalankan kedua – dua kaedah dalam Pdpc
mereka.

Tindakan :- Semua Guru

4.5.3 Murid juga harus digalakan membuat ujikaji di rumah dengan bantuan ibu bapa.

4.5.4 Guru – guru diminta menjalankan aktiviti yang menarik minat murid.

4.5.5 Laman You tube dan CD Etems boleh digunakan dalam Pdpc .

4.5.6 Guru Besar juga meminta semua guru sains supaya mengabungjalinkan
kehidupan harian dengan sains.

4.5.7 Guru Besar memberi cadangan supaya tiga bulan sekali membuat nota ringkas
tentang semua topic dalam tiga bulan tersebut dan memastikan semua murid
membuat ulangkaji nota tersebut.

4.5.8 Ketua panitia telah memaklumkan bahawa murid – murid tahun 6 akan
dibekalkan buku nota sains Yall.

4.6 Pencerapan

4.6.1 Ahli panitia telah dimaklumkan tentang pencerapan yang akan dijalankan oleh
Pihak pentadbir seperti yang dijadualkan.

4.6.2 Pihak pentadbir meminta guru-guru supaya sentiasa bersedia untuk


menjalankan pdpc yang terbaik untuk dicerap.

4.6.3 Guru-guru juga perlu mematuhi aspek-aspek yang akan dinilai semasa
pencerapan supaya dapat menunjukkan kecemerlangan.

4.6.4 Elemen yang tersenarai dalam SKPM G2 perlu dijadikan sebagai pedoman untuk
membuat persediaan semasa pencerapan.

Tindakan :- Semua Guru

4.6.5 Guru – guru diminta membuat Lesson Study dari masa ke semasa.

5
4.7 Amali sains

4.7.1 Ketua Panitia telah memaklumkam bahawa Amali sains wajib dijalankan untuk
murid – murid dari tahun 1 hingga tahun 6.

Berikut adalah jumlah amali yang wajib dijalankan :

Amali wajib – 10 amali (Dari buku teks sains SK)


Amali tambahan – 10 – 15 (Dari buku teks SJK T)

Tindakan :- Semua Guru

4.7.2 Murid – murid Tahap 1 akan menggunakan buku nota sains panjang untuk
menulis laporan amali. Manakala murid – murid tahap 2 akan diberikan buku
laporan yang berformat untuk menulis laporan amali.

4.7.3 Guru – guru harus masukan data amali yang diajar di website yang baru.

Tindakan :- Semua Guru

4.7.4 Murid juga boleh menjalankan amali di perhimpunan sekolah.

4.8 Makmal sains

4.8.1 Guru besar telah meminta semua guru sains supaya membawa murid-murid ke
makmal sains.

Tindakan :- Semua Guru

4.8.2 Ketua Panitia telah memaklumkan bahawa, beliau akan menampalkan jadual
penggunaan makmal.

4.8.3 Beliau juga telah meminta semua guru sains supaya scan QR code makmal
semasa masuk dalam makmal. QR code telah dilekatkan di atas pintu masuk
makmal.

4.8.4 Guru besar juga telah memaklumkan bahawa makmal sains akan dinaik taraf
secepat mungkin.

4.8.5 Alatan atau bahan yang diperlukan boleh dibeli.

6
4.8.6 Guru besar juga telah meminta untuk mewujudkan satu sudut untuk pamerkan
radas atau alatan sains. Ini akan memudahkan murud – murid untuk mengenali
radas atau alatan sains. Guru sains juga boleh kenalkan radas atau alat
semasa Pdpc mereka.

Tindakan :- Ketua Panitia

4.8.7 Murid juga harus mengetahui cara penggunaan radas atau alatan sains.

4.8.8 Guru juga harus memastikan keselamatan murid semasa berada di makmal. Jika
ada berlaku kecemasan diminta supay mengambil tindakan segera.

Tindakan :- Semua Guru

4.9 PBD

4.9.1 Tahap 1 boleh menggunakan buku BLA untuk membuat pentaksiran PBD.

4.9.2 Catitkan TP yang dinilai dan bilangan murid yang ditaksir dalam RPH

4.9.3 Gunakan pensel untuk merekodakan pencapaian TP dalam borang Transit.

4.9.4 Catitkan tarikh menjalankan pentaksiran.

4.9.5 Pastikan semua maklumat lengkap dalam fail PBD seperti :-

- DSKP untuk setiap matapelajaran yang diajar.

- Borang Transit

4.9.6 Selepas meneliti rumusan data PBD Matapelajaran Sains, Guru Besar telah
memasitkan semua guru sains supaya memberika TP 6. Tetapi sebelum
memberikan TP 6 buat perbincangan di antara guru – guru.

Tindakan :- Guru Tahap 1

4.10 Buku Rekod Mengajar

4.10.1 Pihak sekolah telah bersepakat yang mengambil keputusan untuk menggunakan
sistem fail sebagai buku rekod mengajar bagi tahun 2020.

4.10.2 Bahagian-bahagian yang perlu direkodkan dalam fail rekod mengajar telah
dibincang bersama dan akan diselaraskan untuk semua guru.

4.10.3 Bahagian-bahagian dalam fail rekod mengajar perlu dilengkapkan sebelum sesi
persekolahan 2020 bermula.

4.10.4 Fail rekod mengajar perlu dihantar pada hari Jumaat setiap minggu bersama
7
rph hari Isnin bagi minggu seterusnya.

4.10.5 Semua dokumen yang dikehendaki perlu didiletakkan dalam fail rekod mengajar
sebelum dihantar untuk disemak oleh guru besar.

4.10.6 Format RPH diselaraskan dan pastikan elemen PBD dicatatkan dalam RPH.

Tindakan :- Semua Guru

4.11 Perancangan Strategik

4.11.1 Beberapa program akan dijalankan untuk guru dan juga murid-murid sepanjang
tahun.

4.11.2 Bengkel dan klinik UPSR akan dijalankan untuk murid-murid Tahun 6 sebagai
persediaan untuk UPSR.

4.12 Buku Latihan

4.12.1 Pengagihan latihan telah dibuat untuk murid-murid tahap 1 dan tahap 2.

4.12.2 Guru-guru perlu memberi latihan kepada murid mengikut keupayaan murid
untuk mengelakkan masalah tidak menyiapkan kerja rumah.

4.12.3 Latihan-latihan bagi murid-murid tahap 1 haruslah berdasarkan kepada


pentaksiran.

4.12.4 Guru-guru harus memastikan murid-murid melengkapkan latihan-latihan yang


diberi.

4.12.5 Guru-guru perlu menyemak latihan murid sekurang-kurangnya tiga hari selepas
latihan diberi.

Tindakan :- Semua Guru

4.13 Aktiviti Panitia

4.13.1 Ketua Panitia telah menyenaraikan semua aktiviti yang akan dijalankan
sepanjang tahun 2020

a. Karnival STEM
b. School level science fair
c. State level science fair
d. Bengkel sains – En.Saravanan GB SJK T Tun Sambathan
e. Klinik Sains

8
f. Kelas Tambahan

4.13.2 Ketua Panitia berharap semua aktiviti yang dirancang akan dijalankan dengan
baik.

Tindakan :- Pn.M.Bavani

4.14 Agihan Kewangan

4.14.1 Guru-guru boleh menyenaraikan bahan bantu mengajar yang diperlukan untuk
menjalankan pdpc.

4.14.2 Peruntukan kewangan untuk panitia boleh digunakan untuk membeli barang-
barang tersebut.

Tindakan : Semua Guru

5.0 Hal – hal lain

5.1.1 Selain itu, buku latihan perlu dicop dan dihantar untuk perhatian ibu bapa

sebelum ujian dan peperiksaan.

5.1.2 Guru-guru juga perlu menghantar buku latihan murid-murid untuk disemak

oleh pihak pentadbir seperti yang dijadualkan.

Tindakan :- Semua Guru

6.0 Penangguhan Mesyuarat

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00am dengan ucapan terima kasih daripada
pengerusi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

____________________ _______________________
(Pn.Bavani Muthiah) (Pn.Kamalam Sangaran Nair)
Ketua Panitia Sains Guru Penolong Kanan 1

You might also like