You are on page 1of 1

Pejabat KWSP Kulim

33 & 34, Persiaran 7,


Kulim Avenue, Persiaran 2,
Kulim Hi –tech Park, 09000
Kulim Kedah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Manotradevi Mallnaidu
35, Lorong 6 Alam Sutera Aquila,
Taman Alam Sutera , 42300
Puncak Alam, Selangor 18 Mei 2020.

Kepada pegawai berkenaaan,


Rayuan untuk pengeluaran membeli /membina rumah
Merujuk perkara di atas, nama saya telah menandatangani perjanjian jual beli pangsapuri Saujana
pada 17 May 2017.Maka, saya merancang untuk mengeluarkan 10% daripada jumlah harga
pangsapuri daripada akaun KWSP kedua saya.
Disebabkan oleh, bencana Pandemic Covid -19, kerajaan kita telah mengumumkan
perkawalan pergerakan sejak 18 Mac dan insiden ini menyebabkan saya tersangkut di rumah
saudara saya di Kulim, manakala semua borang perjanjian saya pula di Pulau Pinang.
Untuk pengetahuan Tuan/Puan, saya berkerja di salah satu pejabat yang terletak dalam
Menara KWSP di Pulau Pinang. Sehubungan dengan insiden ini, saya tidak dapat pulang ke Pulau
Pinang untuk mengambil borang –borang tersebut, kerana kerajaan telah mengumumkan Kawalan
Pergerakan (PKP) untuk merentasi negeri sampai 9 Jun. Selain itu, saya terlepas pandang akan
tarikh yang dikeluarkan oleh pihak KWSP dan tidak peka akan tentang waktu perkhidmatan pejabat.
Saya juga menghubungi pejabat KWSP beberapa kali dan telah meninggalkan pesanan dalam
Facebook KWSP yang rasmi (Lampiran 1) pada 5 haribulan Mei, tetapi tidak mendapat sebarang
maklum balas berkaitan tarikh perkhidmatan daripada pihak tertentu.
Oleh sebab perkara – perkara ini, saya terlambat dua hari dalam penyerahan borang bagi
Pengeluaran Membeli/Membina Rumah. Saya hanya mengharapkan duit itu untuk meringankan
beban saya. Saya juga meminta maaf atas kelambatan dua hari ini, dan berharap agar Tuan/ Puan
akan memberi peluang kepada saya untuk mengeluarkan jumlah tertentu daripada akaun kedua
KWSP saya.
Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan antara negeri saya tidak dapat membuat
penyerahan dalam masa yang ditetapkan. Saya berharap agar, pihak KWSP akan
mempertimbangkan surat rayuan saya dan akan menerima penjelasan saya yang kukuh dan
munasabah.
Sekian Terima Kasih,

Yang Benar,
_________________________
(MANOTRADEVI MALLNAIDU)
890927-07-5276

You might also like