You are on page 1of 20

FAKULTI SAINS SOSIAL dan KEMANUSIAAN

BAHASA dan SASTERA MELAYU


UNIVERSITI SIM
SINGAPURA

MLL 101

INTRODUCTION TO MALAY LINGUISTICS

PENGHANTAR LINGUISTIK MELAYU

SOALAN :
Huraikan mengenai proses morfologi yang terdapat dalam variasi
Bahasa Melayu yang anda tuturkan. Berikan contoh-contoh yang
relevan mengenainya.

NAMA CALON:
Julinda Binte Hassan
ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN 3

1.1 OBJEKTIF 3

1.2 SKOP 3

1.3 BAHAN KAJIAN 4

2.0 PROSES MORFOLOGI 4

2.1 PEMBENTUKAN KATA TUNGGAL 5

2.1 PENGIMBUHAN 5
2.1.1 AWALAN
2.1.2 AKHIRAN
2.1.3 APITAN
2.1.4 SISIPAN

2.2 PENGGANDAAN 9
2.2.1 PENGGANDAAN PENUH
2.2.2 PENGGANDAAN SEPARA
2.2.3 PENGGANDAAN BERENTAK

2.3 PEMAJMUKAN 12
2.3.1 PEMAJMUKAN RANGKAIAN BEBAS
2.3.2 PEMAJMUKAN ISTILAH KHUSUS
2.3.3 PEMAJMUKAN KIASAN

2.4 PENGAKRONIMAN 15

2.5 GABUNGAN PROSES PEMBENTUKAN KATA 16

3.0 PENUTUP 19

BIBLIOGRAFI 20

2
1.0 PENDAHULUAN

Morfologi merupakan satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji

perkataan dan cara-cara pembentukannya. Menurut Abdullah Hassan

(2007:117), morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana

perkataan dibina.

Hal ini merangkumi pengkajian struktur, bentuk serta golongan kata

dalam bahasa Melayu. Menurut Nik Safiah et. al. (2008:43), struktur kata

merupakan susunan bentuk bunyi dan ujaran atau lambang tulisan yang

menjadi unit bahasa yang bermakna. Sementara itu, bentuk kata pula

merujuk kepada rupa unit tatabahasa, baik dalam bentuk tunggal mahupun

yang terbina daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Golongan kata pula merupakan proses mengkategorikan perkataan

berdasarkan persamaan bentuk atau fungsi dengan anggota kata yang lain

dalam golongan yang sama.

1.1 OBJEKTIF

Maka berdasarkan apa yang telah diperkatakan di atas, matlamat

kertas kerja ini adalah untuk menghuraikan tentang proses morfologi yang

terdapat dalam variasi bahasa Melayu yang dituturkan iaitu, bahasa Melayu

Standard atau Baku.

1.2 SKOP

Dalam hal ini, proses pembentukan kata yang utama dalam bahasa

Melayu akan dihuraikan. Proses-proses tersebut termasuk pembentukan

3
kata tunggal, proses pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan

pengakroniman.

1.3 BAHAN KAJIAN

Bahan-bahan utama yang digunakan sebagai rujukan bagi

penghuraian terhadap proses morfologi ialah Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga

(2008), Nahu Melayu Mutakhir (Edisi Keempat) (1993), Siri Pendidikan Guru :

Bahasa Melayu I (2008), Morfologi : Siri Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa Melayu ( 2006) dan Linguistik AM (2007).

2.0 PROSES MORFOLOGI

Proses morfologi merupakan proses-proses yang berlaku dalam

bahasa Melayu bagi menghasilkan kata-kata terbitan. Proses morfologi ini

menjelaskan apa yang berlaku terhadap unsur morfologi, iaitu morfem dan

kata dalam bahasa Melayu bagi menerbitkan perkataan baru. Empat proses

morfologi yang berlaku dalam bahasa Melayu ialah pengimbuhan,

penggandaan, pemajmukan, dan pengakroniman. Proses-proses tersebut

dilakukan ke atas kata dasar. Menurut Abdullah Hassan (2006 : 12), dasar

merujuk kepada bentuk yang menerima imbuhan dalam proses pengimbuhan

atau bentuk yang digabungkan dengan bentuk perkataan lain dalam proses

pemajmukan atau bentuk yang mengalami gandaan dalam proses

penggandaan. Bentuk dasar itu boleh terbina daripada satu kata akar atau

kata terbitan, dan kata terbitan itu pula boleh terdiri daripada kata

berimbuhan, kata ganda, kata majmuk atau kata akronim.

4
2.1 PEMBENTUKAN KATA TUNGGAL

Perkataan-perkataan yang tidak mengalami sebarang proses

pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan dapat dirujuk sebagai bentuk

kata tunggal. Menurut Siti Hajar (2008 : 137), kata tunggal merupakan bentuk

kata akar atau kata dasar dan bentuk inilah yang mendirikan perkataan itu

sendiri. Kebanyakan daripada jenis kata ini boleh diperluas untuk membentuk

kata terbitan. Meskipun demikian, terdapat sebilangan tunggal yang tidak

dapat menerima sebarang imbuhan. Contohnya seperti perkataan, ini, itu,

sini, sana dan situ.

Dalam bahasa Melayu, kata tunggal dalam bahasa Melayu boleh terdiri

daripada satu suku kata seperti yu, bom dan skru dan skrip. Kata tunggal

juga boleh terdiri daripada dua suku kata seperti ibu, akrab dan tunggal.

Dalam pada itu, terdapat juga kata tunggal yang terdiri daripada tiga atau

lebih suku kata seperti, almari, keluarga dan maharajalela. Penghasilan kata

tunggal ini merupakan gabungan susunan vokal dan konsonan yang pelbagai

seperti contoh berikut:

KV r + u = ru

KVK t + i + n + tin

VK + VK in + ti = inti

KVK + KV + VK man + fa + at = manfaat

2.2 PENGIMBUHAN

Proses ini merujuk kepada cara memperluaskan atau

mengembangkan suatu kata dasar dengan penggunaan satu atau lebih

penambah yang turut dikenali sebagai imbuhan. Ini dilakukan untuk

5
menghasilkan kata terbitan golongan tertentu seperti kata nama, kata kerja,

kata adjektif dan lain-lain.

Imbuhan merupakan jenis morfem terikat kerana tanpa adanya bentuk

lain sebagai dasar, ia tidak akan dapat berdiri dengan sendiri. Dalam bahasa

Melayu terdapat empat jenis imbuhan. Imbuhan yang diletakkan di hadapan

sesuatu kata dasar dikenali sebagai awalan, manakala akhiran pula

merupakan imbuhan yang diletakkan di belakang. Apitan merupakan

imbuhan yang diletakkan di hadapan dan di belakang sekaligus, sementara

sisipan pula ialah imbuhan yang disisipkan ke dalam sesuatu kata dasar itu.

2.2.1 AWALAN

Awalan ialah imbuhan yang diletakkan di hadapan kata dasar bagi

menghasilkan kata terbitan. Dalam bahasa Melayu, golongan kata dasar

yang terdiri daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif boleh menerima

pelbagai jenis awalan yang dapat menghasilkan pelbagai golongan kata.

Awalan yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah awalan peN-, pe-, peR-,

ke-, juru-, meN-, beR-, teR-, di-, mempeR-, dipeR- serta se-. Contohnya:

1. bertanjak

Kata Dasar Proses Morfologi

(a) tanjak (kata nama) pengimbuhan awalan ‘ber-‘


(kata tunggal)

bertanjak (kata kerja)


(kata terbitan)

6
2.2.2 AKHIRAN

Akhiran pula merupakan imbuhan yang ditambah pada bahagian akhir

sesuatu kata dasar. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis akhiran iaitu,

-an, -i dan –kan. Akhiran ini hanya wujud pada kata nama dan kata kerja.

Contohnya:

1. kipaskan

Kata Dasar Proses Morfologi


(a) kipas (kata nama) pengimbuhan akhiran ‘-kan’
(kata tunggal)

kipaskan (kata kerja)


(kata terbitan)

2. takluki
Kata Dasar Proses Morfologi
(a) takluk (kata kerja) pengimbuhan akhiran -i
(kata tunggal)

takluki (kata kerja)


(kata terbitan)

3. bulatan

Kata Dasar Proses Morfologi


(a) bulat (kata adjektif) pengimbuhan akhiran -an
(kata tunggal)

bulatan (kata nama)


(kata terbitan)

7
2.2.3 APITAN

Apitan ialah imbuhan yang dibubuh pada bahagian awal dan akhir

sesuatu kata dasar bagi membentuk sesuatu kata terbitan. Apitan dalam

bahasa Melayu boleh digabungkan dengan kata nama, kata kerja dan kata

adjektif. Antara apitan yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah, ke-...-an,

beR-...-kan, meN-...-i, peN-...-an, di-...-i dan sebagainya. Contohnya:

1. mensyariatkan
Kata Dasar Proses Morfologi
(a) syariat (kata nama) pengimbuhan apitan meN-...-kan
(kata tunggal)

mensyariatkan (kata kerja)


(kata terbitan)

2. kepergian

Kata Dasar Proses Morfologi


(a) pergi (kata kerja) pengimbuhan apitan ke-...-an
(kata tunggal)

kepergian (kata nama)


(kata terbitan)

2.2.4 SISIPAN

Sisipan merupakan imbuhan yang disisipkan ke dalam sesuatu kata

dasar. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat empat jenis sisipan iaitu, –el-, -

em-, -er- serta –in- dan fungsinya adalah untuk membentuk kata nama atau

kata adjektif sahaja. Contohnya:

8
1. kelopak

Kata Dasar Proses Morfologi

(a) kopak (kata adjektif) pengimbuhan sisipan –el-


(kata tunggal)

kelopak (kata nama)


(kata terbitan)

2. sinambung

Kata Dasar Proses Morfologi

(a) sambung (kata kerja) pengimbuhan apitan –in-


(kata tunggal)

sinambung (kata adjektif)


(kata terbitan)

2.3 PENGGANDAAN

Penggandaan merupakan suatu proses penerbitan kata yang dilakukan

dengan cara mengulang atau menggandakan sebahagian mahupun seluruh

perkataan. Proses ini kemudiannya akan menghasilkan suatu perkataan baru

yang boleh juga membawa pengertian atau konsep yang baru. Terdapat tiga

jenis penggandaan di dalam bahasa Melayu, yakni (i) penggandaan penuh,

(ii) penggandaan separa, dan (iii) penggandaan berentak. Penggandaan

lazimnya ditandai dengan simbol sempang ( - ) di antara kedua-dua kata

tersebut.

9
2.3.1 PENGGANDAAN PENUH

Penggandaan penuh berlaku apabila keseluruhan bentuk kata dasar,

sama ada yang mempunyai penambahan imbuhan ataupun tidak, diulang

tanpa sebarang perubahan. Kata nama, kata adjektif dan kata kerja boleh

digandakan. Contohnya:

1. indah-indah

Kata Dasar Proses Morfologi

(a) indah (kata adjektif) penggandaan penuh ‘indah’


(kata tunggal)

indah-indah (kata adjektif)


(kata ganda)

Penggandaan penuh yang dilakukan pada kata adjektif indah di atas ini

menunjukkan maksud kesangatan atau kesungguhan.

2.3.2 PENGGANDAAN SEPARA

Penggandaan separa pula merujuk kepada proses yang

mengulangkan hanya sebahagian daripada sesuatu bentuk dasar. Proses ini

boleh berlaku kepada kata tunggal mahupun kata terbitan.

Bagi penggandaan kata dasar tunggal, suku kata yang pertama

biasanya diulangkan dan bunyi vokal yang terdapat dalam suku kata tersebut

digantikan menjadi ‘e’ pepet.

Bagi kata dasar berimbuhan pula, penggandaan separa hanya berlaku

kepada bentuk dasar yang utama dan tidak pula melibatkan imbuhan.

Penggandaan jenis ini boleh berlaku kepada kata kerja serta kata adjektif.

10
Contoh penggandaan separa kata tunggal:

1. jejentik

Kata Dasar Proses Morfologi


(a) jentik (kata kerja) penggandaan separa ‘jentik’
(kata tunggal)

jejentik (kata nama)


(kata ganda)

2.3.3 PENGGANDAAN BERENTAK

Satu lagi proses dinamakan penggandaan berentak yang seterusnya

terbahagi kepada (i) penggandaan berentak pengulangan konsonan,

(ii) penggandaan berentak pengulangan vokal, dan (iii) penggandaan

berentak bebas. Penggandaan berentak merujuk kepada proses

mengulangkan bentuk dasar mengikut rentak bunyi tertentu yang terdapat

dalam bentuk dasar tadi. Kata dasar yang digandakan tadi boleh mengalami

pengulangan mahupun perubahan bunyi. Contohnya:

Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal merupakan

penggandaan yang memiliki ciri-ciri persamaan atau keharmonian pada

bunyi-bunyi vokal. Contohnya:

1. herot-berot

Kata Dasar Proses Morfologi

(a) herot (kata adjektif) penggandaan berentak pengulangan


(kata tunggal) vokal ‘e’ dan ‘o’

herot-berot (kata adjektif)


(kata ganda)

11
Penggandaan Berentak Pengulangan konsonan menyaksikan
pengulangan konsonan sahaja sementara vokal di dalam sesuatu kata itu
akan berubah. Kadangkala boleh timbul juga, misalnya, penambahan
konsonan di akhir kata gandaan. Contohnya:

2. kopak-kapik
Kata Dasar Proses Morfologi
(a) kopak (kata adjektif) penggandaan berentak
(kata tunggal) pengulangangan konsonan ‘k’, ‘p’

kopak-kapik (kata adjektif)


(kata ganda)

Penggandaan Berentak Bebas bermaksud bahawa bentuk kata

gandanya berlainan sekali daripada bentuk kata dasar. Namun, maksudnya

sama dengan maksud penggandaan. Kata ganda jenis ini tidak menunjukkan

ciri-ciri persamaan yang begitu ketara pada bunyi vokal atau konsonan

Contohnya:

3. rempah-pawah

Kata Dasar Proses Morfologi


(a) rempah (kata nama) penggandaan berentak bebas
(kata tunggal)

rempah-pawah (kata nama)


(kata ganda)

2.4 PEMAJMUKAN

Pemajmukan berlaku apabila dua atau lebih kata dasar digabungkan

menjadi satu perkataan. Hal ini bermaksud pemajmukan merupakan proses

yang merangkaikan dua atau lebih kata dasar dan bentuk yang terhasil itu

12
membawa maksud yang tertentu, misalnya, rumah api, cermin mata, Perdana

Menteri dan sebagainya. Meskipun demikian, terdapat sebilangan kata

majmuk yang tidak membawa makna rujukan dan kata ini lazimnya digunakan

sebagai kata penghubung seperti, ‘bagaimana’, ‘manakala’ dan ‘apabila’.

Walaupun kata majmuk kelihatan seperti frasa, namun hakikatnya kata

ini tidak frasa kerana sebarang unsur tidak dapat disisipkan di antara unit-

unitnya. Contohnya, di tengah-tengah perkataan ‘terang hati’, ‘setiausaha’,

‘bunga api’, tidak boleh disisipkan sebarang unsur lain kerana hal itu akan

mengubah pengertiannya yang asal.

Dalam penulisan, kata majmuk bertindak sebagai satu unit, tetapi dieja

terpisah melainkan bagi bentuk-bentuk yang telah mantap seperti

‘jawatankuasa’, ‘antarabangsa’ dan ‘sukarela’.

Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis kata majmuk iaitu, kata

majmuk rangkai kata bebas, kata majmuk istilah khusus dan kata majmuk

kiasan atau simpulan bahasa.

2.4.1 KATA MAJMUK RANGKAI BEBAS

Kata majmuk jenis ini terdiri daripada rangkaian kata bebas yang

boleh dibentuk daripada gabungan kata nama, kata kerja dan kata sifat.

Setelah menjadi kata dengan maksud yang baru, perkataan ini boleh

digunakan di dalam ayat sebagai unsur yang menamakan sesuatu objek atau

konsep, yang merujuk kepada perbuatan, yang menjelaskan sifat serta yang

memberi keterangan. Contohnya:

13
1. minyak masak

Kata Dasar Kata Dasar Proses Morfologi


(a) minyak (kata nama) masak (kata kerja) pemajmukan
(kata tunggal) (kata tunggal)

minyak masak (kata nama)


(kata majmuk rangkai bebas)

2.4.2 KATA MAJMUK ISTILAH KHUSUS

Kata majmuk jenis ini pula terbina kerana penggunaanya dalam bidang

ilmiah dan bidang-bidang tertentu. Contohnya:

1. radioaktif

Kata Dasar Kata Dasar Proses Morfologi


(a) radio (kata nama) aktif (kata adjektif) pemajmukan
(kata tunggal) (kata tunggal)

radioaktif (kata nama)


(kata majmuk istilah khusus)

2.4.3 KATA MAJMUK KIASAN

Kata majmuk kiasan terdiri daripada simpulan bahasa yang membawa

maksud kiasan. Contohnya:

1. berat mulut

Kata Dasar Kata Dasar Proses Morfologi

(a) berat (kata adjektif) mulut (kata nama) pemajmukan


(kata tunggal) (kata tunggal)

berat mulut (kata adjektif)


(kata majmuk kiasan)

14
2.5 PENGAKRONIMAN

Proses di mana perkataan-perkataan dibentuk dengan

menggabungkan atau memendekkan bahagian perkataan-perkataan lain bagi

mencipta perkataan baru dikenali sebagai pengakroniman. Akronim

tergolong dalam jenis kata tunggal. Terdapat dua cara penciptaan perkataan

sebegini.

Pertama, suku kata daripada dua atau tiga perkataan digabungkan.

Contoh:

1. pukul rata

Kata Dasar Kata Dasar Proses Morfologi


(a) pukul (kata kerja) rata (kata adjektif) pengakroniman ‘pu’
(kata tunggal) (kata tunggal) dan ‘rata’

purata (kata nama)


(kata tunggal / akronim)

Kedua, kata akronim juga dapat dibentuk dengan menggabungkan

huruf pangkal dan suku kata beberapa kata. Contohnya:

1. MUIS

Kata Dasar Kata Dasar Kata Dasar Kata Dasar Proses


Morfologi
(a) majlis (KN*) ugama (KN) Islam (KN) Singapura (KN) pengakroniman
(KT*) (KT) (KT) (KT) huruf ‘M’, ‘U’,
‘I’, ‘S’

MUIS (kata nama)


(kata tunggal / akronim)
* KN – kata nama
* KT – kata tunggal

15
2.6 GABUNGAN PROSES PEMBENTUKAN KATA

2.6.1 PENGIMBUHAN KATA MAJMUK

Dari segi penggunaan dalam ayat pula, kata majmuk tidak dapat

berfungsi sebagai kata kerja. Jika kata majmuk digunakan sebagai kata

kerja, kata tersebut hendaklah diubah menjadi kata terbitan, iaitu dengan

menggabungkannya dengan imbuhan kata kerja tertentu seperti contoh yang

berikut:

1. dikuatkuasakan

Kata Dasar Kata Dasar Proses Morfologi

(a) kuat (kata adjektif) kuasa (kata nama) pemajmukan


(kata tunggal) (kata tunggal)

(b) kuat kuasa (kata kerja) pengimbuhan apitan


(kata majmuk) ‘di-...-kan’

dikuatkuasakan (kata kerja)


(kata terbitan)

2.6.2 PENGGANDAAN KATA MAJMUK

Menurut Asmah Haji Omar (1993:219), apabila kata majmuk

digandakan, dua proses pembentukan kata kemungkinan berlaku iaitu:

(a) penggandaan seluruh kata majmuk

(b) penggandaan unsur pertama sahaja (separa)

Contohnya:

16
1. bumiputera-bumiputera

Kata Dasar Kata Dasar Proses Morfologi

(a) bumi (kata nama) putera (kata nama) pemajmukan

(kata tunggal) (kata tunggal)

(b) bumiputera (kata nama) penggandaan penuh

(kata majmuk)

bumiputera-bumiputera (kata nama)

(kata ganda)

Contohnya:

1. surat-surat khabar

Kata Dasar Kata Dasar Proses Morfologi

(a) surat (kata nama) khabar (kata nama) pemajmukan

(kata tunggal) (kata tunggal)

(b) surat khabar (kata nama) penggandaan separa

(kata majmuk)

surat-surat khabar (kata nama)

(kata ganda)

17
2.6.3 PENGIMBUHAN KATA GANDA

contoh:

1. keanak-anakan

Kata Dasar Proses Morfologi

(a) anak (kata nama) penggandaan penuh ‘anak’


(kata tunggal)

(b) anak-anak (kata nama) pengimbuhan apitan ‘ke-...-an‘


(kata ganda)

keanak-anakan (kata adjektif)


(kata terbitan)

2.6.4 PENGIMBUHAN KATA TERBITAN

Pengimbuhan boleh berlaku dalam beberapa lapis. Pengimbuhan

selapis berlaku apabila kata dasarnya bukan hasil kata terbitan. Sementara

itu, pengimbuhan dua lapis pula terjadi apabila kata dasarnya sudah

mengalami selapis pengimbuhan. Lazimnya, dalam bahasa Melayu

pengimbuhan tidak berlaku lebih daripada tiga lapis. Contohnya:

1. memperhambakan

Kata Dasar Proses Morfologi


(a) hamba (kata nama) pengimbuhan awalan per-
(kata tunggal)

(b) perhamba (kata kerja) pengimbuhan apitan ‘mem-...-kan‘


(kata terbitan)

memperhambakan (kata kerja)


(kata terbitan)

18
PENUTUP

Daripada apa yang telah dihuraikan di atas, maka dapatlah kita

merumuskan bahawa morfologi merupakan satu aspek yang penting dalam

pembelajaran dan pengajaran tatabahasa, yang merupakan perkara asas

bagi sesuatu bahasa. Proses morfologi bahasa Melayu ini merangkumi

pelbagai syarat dan ketelitian. Namun sifat bahasa Melayu yang agak

terbuka kepada pembaharuan dan pengaruh asing turut menjadikannya

dinamik mengikut peredaran masa.

****************************************************

19
RUJUKAN

Buku

Abdullah Hassan, 2006. Morfologi : Siri Pengajaran dan Pembelajaran


Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Abdullah Hassan, 2007. Linguistik Am : Siri Pengajaran dan Pembelajaran


Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Asmah Haji Omar, 1993. Nahu Melayu Mutakhir (Edisi Keempat). Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Nik Safiah Karim et. al., 2008. Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz, 2008. Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu I. Selangor
Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Kamus

Kamus Dewan (Edisi Keempat), 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Kamus Linguistik, 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

20

You might also like