You are on page 1of 1

MUAFAKAT ZON BIRU

SAUJANA UTAMA 3
SG. BULOH
Ruj. Kami : ZB.100-1/1 (01)
Tarikh : 01 Julai 2019

Pengerusi
Persatuan Penduduk Saujana Utama 3 (PPSU3)
Saujana Utama 3
47000 Sg. Buloh
Selangor.
(u.p. Tuan Azizul Fahmi)

Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN DANA UNTUK MAJLIS SILATURRAHIM DAN


AIDILFITRI PERINGKAT ZON BIRU 1440H/2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa warga Zon Biru, Saujana Utama 3 ingin


menganjurkan majlis di atas seperti maklumat berikut:

PROGRAM : Majlis Silaturrahim dan Aidilfitri Zon Biru 1440H/2019


TEMPAT : Padang Teratai
TARIKH : 06 Julai 2019 (Sabtu)
MASA : 8.00 malam
ACARA MENARIK : Cabutan Bertuah, Teka Coklat, Pakaian Beragam Kanak-
kanak, Anyaman Ketupat dan lain-lain

3. Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa Zon Biru ingin memohon sumbangan
atau peruntukan berbentuk tunai daripada pihak tuan bagi membiaya kos majlis berkenaan
yang bakal dimeriahkan oleh 300 orang warga Zon Biru dengan anggaran perbelanjaan
sebanyak RM 3,750 (Ringgit Malaysia: Tiga ribu tujuh ratus lima puluh ringgit sahaja.)

4. Segala sumbangan bolehlah disalurkan dengan menghubungi Bendahari Zon Biru,


iaitu En Azizan Sariman di talian 018-200 6871.

Semoga dengan sedikit bantuan dan keperihatinan pihak tuan, akan dapat memeriahkan
lagi majlis ini.

Sekian, terima kasih.

“JIRAN MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”

Yang benar,

………………………………………………………………
(MOHD KHAFIZ BIN MOHAMAD TODZAH)
Ketua Zon Biru
Sesi 2019/2020
(017-327 7423)

You might also like