You are on page 1of 3

KADET REMAJA SEKOLAH

ISTIADAT PERHIMPUNAN

1. PANGGILAN:
i. Semua Jurulatih dipanggil ‘Tuan/Puan’. Rakan- rakan dipanggil nama atau jika tidak tahu
nama dipanggil 'Skuad'.
ii. Semua adalah sama ada Tuan atau Skuad sahaja. Tiada Cikgu, Pensyarah, , Ustaz atau lain-
lain.
iii. Ketua KRS dipanggil KOMANDAN.
iv. Gagal bermakna denda.

2. NAMA KUMPULAN:
KUMPULAN PLATUN JURULATIH
1 A SAK
2 B AFS
3 C SOR
4 D ZAG
5 E NAM

3. SKUAD BERTUGAS:
i. Ketua KRS dipanggil Komandan.
ii. Skuad Bertugas dilantik di kalangan peserta KRS.
iii. Skuad Bertugas Hari Pertama adalah Komandan.
iv. Bertugas dari Minggu 1 hingga menyerahkan tugasnya kepada Skuad Bertugas Minggu 2
hari seterusnya.
v. Satu fail bertugas disediakan untuk menyediakan laporan bertugas.
vi. Laporan bertugas termasuk keselamatan, perjalanan aktiviti, peserta yang sakit dll.

4. KETUA AKTIVITI:
i. Setiap aktiviti dilantik ketua- ketua yang berbeza.
ii. Contohnya: M1, M2, M3, M4, M5, M6, M7, M8, M9, M10, M11, M12
iii. Ketua Aktiviti memastikan segala keperluan aktiviti telah disiapkan awal.

5. PEMERIKSAAN PAGI & ISTIADAT:


A. MELAPOR KEKUATAN:
(Ketua Platun kepada Komandan)
1. Komandan beri arahan kepada semua, 'Skuad...Skuad Sedia!'
2. Dari belakang nombor.
3. Komandan beri arahan, “Platun, Lapor!”
4. Semua Ketua Platun melapor:
i. JIKA CUKUP:
" Platun Alpha seramai 7 anggota cukup, Skuad!

ii. JIKA TIADA DALAM BARISAN:


"Platun Alpha seramai 6 anggota.1 tidak dapat dikesan, Skuad!"

iii. Komandan mengarahkan Kumpulan yang tidak cukup keluar baris dan mencari.

B. KOMANDAN KEPADA KETUA JURULATIH


"Assallammualaikum/Selamat Pagi Tuan,..Kami Kumpulan KRS PISMP AMB JUN 2021/2026
seramai 32 anggota, siap sedia menjalankan aktiviti Pemeriksaan Pagi & Istiadat, tuan! (tunggu
Ketua Jurulatih angguk) Terimakasih Tuan!"
i. Komandan berpusing menghadap tiang bendera.
a. Lagu Negaraku
b. Lagu Sabah Tanah Airku
c. Lagu KRS
d. Doa
ii. Komandan Kepada Skuad Bertugas: Skuad Bertugas…Laporan!
iii. Skuad Bertugas keluar ke hadapan dan membacakan laporan.
iv. Skuad Bertugas memberi laporan ( 5 – 7 minit).
v. Skuad Bertugas Menyerahkan Fail kepada Komandan.
vi. Komandan mengumumkan nama Skuad Bertugas baharu, Skuad Bertugas yang baharu
keluar menerima Fail dan berdiri sebelah Komandan.
vii. Komandan menjemput Ketua Jurulatih membuat Pemeriksaan Pagi & Istiadat.
viii. Ketua Jurulatih akan memeriksa pakaian, cara pemasangan lencana dan kebersihan
khemah dan gajet peserta diiringi oleh Komandan.
ix. Komandan menjemput Ketua Jurulatih menyampaikan Taklimat Pagi.
x. Komandan menjemput jika ada jurulatih lain memberikan taklimat.
xi. Komandan mengumumkan Taklimat Pagi telah selesai.
xii. Komandan melapor keluar kepada Ketua Jurulatih:
xiii. "Assallammualaikum/Selamat Pagi Tuan,..Kami Kumpulan KRS PISMP AMB JUN
2021/2026 seramai 32 anggota, telah selesai aktiviti Pemeriksaan Pagi & Istiadat,
mohon jalankan aktiviti lain, tuan! (tunggu Ketua Jurulatih mengangguk)
....Terimakasih Tuan!"
xiv. Komandan berpusing kepada peserta dan memberi arahan: Skuad, aktiviti selepas ini
ialah……………
xv. Skuad akan keluar baris…Keluar Baris.

6. MELAPOR MASUK DEWAN:


a. (Sebelum aktiviti jika peserta telah sedia duduk.)
b. Ketua berdiri menghadap dewan.
c. Ketua Aktiviti beri arahan kepada semua, 'Dewan...........Duduk Sedia!'_
d. Dari belakang nombor.
e. Ketua kump melapor jumlah anggota:
f. " Kumpulan Alpha seramai 7 anggota, cukup, Skuad!
g. Ketua Aktiviti memanggil Bacaan Doa.
h. Ketua Aktiviti kepada Jurulatih:
"Assallammualaikum/Selamat Petang tuan,..Kami Kumpulan KRS PISMP AMB JUN
2021/2026 seramai 32 anggota, siap sedia menjalankan aktiviti......................., tuan! (tunggu
jurulatih angguk).......Terimakasih Tuan!"
i. Kemudian menghadap dewan:
*DEWAN. .DUDUK SENANG!

7. MELAPOR KELUAR DEWAN:


(Selesai aktiviti)

a. Ketua Aktiviti menghadap Dewan.‘DEWAN…DUDUK SEDIA!.

"Assallammualaikum/Selamat Pagi Tuan,..Kami dari Kumpulan KRS PISMP AMB JUN


2021/2026 seramai 32 anggota, telah selesai menjalankan aktiviti..................tuan, mohon
menjalankan aktiviti lain, tuan!. (tunggu jurulatih angguk)................ Terimakasih
Tuan!"
b. Bergerak menghadap dewan dan memberi arahan. Skuad…Skuad akan Keluar Dewan,
Keluar Dewan.

ARAHAN BOLEH BERUBAH DARI MASA KE MASA JIKA PERLU


BERGANTUNG KEPADA KEPUTUSAN KETUA JURULATIH DAN
PARA JURULATIH.

Ketua Jurulatih,
KRS 2024,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah.
30092022

You might also like