You are on page 1of 23
tenbage Pepersaan SUIL PELAJARAN MALAYSIA EE ee Mutat anu 2021 SEJARAH (kop: 1249) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) (© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia Diterbitkan oleh: Lembage Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1,2,5 ~ 13, Blok E11, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 WP Putrajaya Tel: 03-8884 3785 Paks: 03-88895131 www.lp.moe.gov.my © Lembaga Peperiksaan 2020 Cetakan Pertama 2020 Hak Cipta Terpelihara. Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam buku Sijil Pelajaran Malaysia: Format Pentaksiran Mulai Tahun 2021 ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada: Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia ISBN 978-967-0889-13-9 FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH KATA PENGANTAR Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk menggubal dasardasar pentaksiran, peperiksaan dan pengujian pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum. Sehubungan dengan itu, perekaan bentuk format ppentaksiran baharu.Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan oleh LP sebaik sahaja Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan Empat den Tingkatan Lima mulai tahun 2020, Perekaan bentuk tersebut dilaksanakan dalam lima fasa ‘utama iaita pengkonsepsian, penentuan instrumen, pembinaan instrumen, kajian kesesuaian instrumen dan pemumian serta penyediaan dokumen pentaksiran. Hal yang demikian bertujuan untuk memastikan agar Kuali pentaksiran dan peperiksaankebangsaan mempunyei_suat standard atau piawai. Perekaan benfuk ini melibatkan semua mata _pelajaran, termasuklah ‘mata pelajaran Sejarah yang merupakan mata pelajaran teras pada peringkat SPM. Dalam perekaan bentuk format pentaksiran, aspek penjajaran dengan kurikulum kebangsaan sangat iberikan keutamaan, Oleh sebab itu, format pentaksiran direkabentuk —_berdasarkan ‘matlamat, objektif dan kandungan kurikulum standard seperti terkandung dalam = Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Prinsip-prinsip _asws—penfaksiran—_terutama dan aspek-aspek yang ditaksir, jiaitu bidang pengetahuan, Kemahirm dan nilai_ di samping — memastikan keseluruhan pentaksiran mempunyai kerelevanan dan kecukupcakupan dari aspek standard kandungan dan standard pembelajaran, Melalui perekaan bentuk, LP beyjaya ‘menghasilkan format pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut. Format pentaksiran ini telah diluluskan pada 21 Februari 2020 oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsean (MIKK) dan digunakan sepenubnya dalam SPM mulai tahun 2021. Buku format —pentaksiran ini diterbitkan dengan hasrat_ «untuk ——mendekatkan pentaksiran dengan masyarakat, terutama semua guru, ibu bapa, murid dan calon peperiksaan. Harapan LP agar semua maklumat yang terkandung dalam buku ini dapat memberikan huraian yang jelas tentang Kebangsaan serta mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan, DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALT Kementerian Pendidikan Malaysia (© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 10.0 10.0 ISI KANDUNGAN Pengenalan Asas Pertimbangan Dalam Pentaksiran Punea Kuasa ‘Matlamat Mata Pelajaran Objektif Mata Pelajaran (OM) Objektif Pentaksiran (OP) Konstruk dan Aspek Yang Ditaksir ‘Aras Kesukaran Item Format Pentaksiran Contoh Item Lampiran 1 Lampiran 2 ‘© 2020 Hak Cipta Kerajan Malaysia 3 FORMAT PENTAKSIRAN SEIARAH 10 2.0 FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH PENGENALAN Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan bentuk format pentaksiran menjadi asas kepada pembinaan instrumen pentaksiran, ASAS PERTIMBANGAN DALAM PENTAKSIRAN Beberapa prinsip yang menjadi asas pertimbangan dalam proses perekaan bentuk format pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah: 2.1 KESAHAN Kesahan merujuk ciri ujian dan melibatkan dua perkara, iaitu kerelevanan dan kecukupcakupan, Perekaan bent instramen pentaksiran ini telah ‘memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksit) dijelmakan berdasarkan objektif’ mata pelajaran. Ttem-item yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum standard dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukeran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan oleh kurikulum standard. 2.2 KEBOLEHPERCAYAAN Kebolehpereayaan merujuk citi skor ujian dan melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan. Di peringkat pembinaan, satu spesifikasi ujian direka bentuk bagi setiap instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian, Hal ini adalah untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran yang dihasilkan setiap tahun, Analisis data peperiksaan juga dapat menunjukkan tahap kebolehpercayaan sesuatu instrumen pengukuran, (© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 4 FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH 23 KEOBJEKTIFAN Keobjektifan merujuk kejelasan fungsi setiap instrumen yang dibina. Setiap instrumen pentaksiran dibina dengan tujuan khusus mengikut spesifikasi ujian tertentu. Jadual Spesifikasi Ujian berfungsi mengawal kefungsian instrumen yang dibina, Setiap pembina harus jelas dengan kehendak setiap instrumen pentaksiran yang dibina. Antaranya, konstruk yang ditaksir dan inferens boleh dibuat daripada skor yang akan diperoleh. Dalam item berbentuk subjektif, keobjektifan juga merujuk ketepatan sescorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan sescorang pentaksir memberikan skor calon. Dalam konteks ini, citi keobjektifan pemberian markah atau skor boleh dipertingkatkan dengan menyediakan skema penskoran yang objektif serta markah atau skor yang diselaraskan melalui mesyuarat penyelarasan. Hal ini dapat mengurangkan perselisihan dalam pemberian markah alau skor dalam kalangan pemeriksa atau pentaksir bagi menjamin kebolehpercayaan skor. 2.4 KEBOLEHTADBIRAN Kebolehtadbiran merujuk kebolehlaksanaan sesuatu program pentaksiran dari segi kos, masa dan personel sama ada program berpusat atau pentaksiran berasaskan sekolah. 2.5 | KEMUDAHTAFSIRAN Kemudahtafsiran merujuk keupayaan skor daripada proses pentaksiran dalam memberikan maklumat tentang seseorang murid dalam perkara yang ditaksir. Skor yang baik berupaya untuk mendiskriminasikan murid yang mempunyai kepelbagaian keupayaan. Di samping itu, kemudahtafsiran dapat memberi sebab serta tujuan sesuatu ujian dan pentaksiran itu diadakan, (© 2020 Hak Cota Kerajaan Malaysia 5 FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH 2.6 | KEKOMPREHENSIFAN Kekomprehensifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk sejauh mana sesuatu ujian itu mengandungi item yang mewakili semua objektif yang penting dalam kurikulum. Jelasnya, prinsip-prinsip pentaksiran yang dinyatakan itu merupakan Jandasan penting dalam menjalankan pentaksiran. Justeru, mereka yang_terlibat dengan proses pentaksiran dalam pendidikan sewajamya akur prinsip-prinsip pentaksiran yang telah ditetapkan itu agar matlamat dan objektif pentaksiran dapat dicapai dengan jayanya. 3.0 PUNCA KUASA Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan format pentaksiran bagi mata pelajaran Sejarah SPM mulai tahun 2021. Format tersebut telah dibentangkan dan dipersetujui dalam = Mesyuarat Jawatankuasa _Kurikulum Kebangssan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bil. 1/2020 pada 21 Februari 2020. (© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 6 FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH 4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN KSSM Sejarah bermatiamat memberi kefhaman mengenai masyarakat, negara Malaysia dan dunia. Usaha ini, dapat memupuk dan memperkukuh identiti diri serta semangat setia negara sebagai warganegara Malaysia yang arif dan peka sejarah. KSSM Sejarah juga dapat mewujudkan semangat perpaduan, perasaan kekitaan, kesedaran kebangsaan dan memperkukuh perasaan cinta akan negara. 5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM) Kurikulum Standard Sekolah Menengah Sejarah bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut: OM1: om: M3: oma: OMs: OMe: Om7: Ms: Menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan seharian dengan mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah; Menerangkan kepentingan mengamalkan semangat perpaduan dalam usaha pembangunan dan kemajuan negara; ‘Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam kalangan murid melalui PaP Sejarah dalam memahami peristiwa sejarah; Menjelaskan pencapaian dan kemajuan negara dalam melahirkan murid untuk bersaing di peringkat global; Menghuraikan usaha dan sumbangan tokoh tanah air dalam memperjuang dan mempertahankan kedaulatan negara; Menghuraikan perkembangan sejerah masyarakat dan negara bagi membina Jjati diris Menilai Kepentingan dan peranan kepelbagaian kaum serta etnik dalam pembentukan negara bangsa; ‘Mengaplikasikan dan meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi melalui fakta sejarah yang tepat. (© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 7 FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH OM9: Membina minat terhadap sejarah sebagai satu disiplin imu yang dinamik; dan OM10: Membina semangat patriotisme dalam mempertahankan kedaulatan negara. Sumber: DSKP KSSM Sejarah, 2018, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia 6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) Objektif Pentaksiran (OP) Sejarah adalah seperti berikut: OPI: Keupayaan menguasai pengetahuan dan kefahaman tentang kepentingan sejarah dalam kehidupan seharian, fakta sejarah tentang perkembangan masyarakat, sumbangan tokoh-tokoh dalam = mempertahankan kedaulatan dan pencapaian negara; OP2: Keupayaan mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah untuk menghuraikan fakta sejarah yang berkaitan dengan negara dan negara luar kepada suatu situasi baharu dalam usaha_ memupuk perpaduan, mempertahankan kedaulatan negara dan membina jati diri; dan OP3: Keupayaan menjana idea berdasarkan pelbagai fakta sejarah dan isu-isu sejarah semasa dan sejarah silam agar melahirkan pemikiran yang matang serta berupaya memberikan pendapat yang rasional untuk membuat pertimbangan dalam usaha mempertahankan perpaduan, kemerdekaan, kedaulatan, maruah, pembangunan dan kemajuan negara. (©2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 8 FORMAT PENTAKSIRAN SEIARAH 7.0 | KONSTRUK DAN ASPEK YANG DITAKSIR ma 72 13 14 15 Mengetahui dan Memahami Mengukur sejauh mana murid faham tentang fakta sejarah, istilah, konsep dan teori sejarah dan berupaya melakukan sesuatu selepas melalui proses pembelajaran, Mengaplikasi Menggunakan maklumat dan memberi penjelasan secara relevan dan tepat tentang fakta sejarah, istilah, konsep dan teori sejarah kepada suatu situasi baharu. Menganalisis ‘Mencerakinkan atau mengumpul maklumat pelbagai fakta, maklumat dan sesuatu peristiwa yang berlaku berkaitan dengan sejarah secara rasional, tepat dan bersesuaian dalam konteks yang lazim dan bukan lazim. Menilai Menilai pelbagai fakta, maklumat, peristiwa sejarah secara kritis, kreatif dan matang serta membuat justifikasi berdasarkan kriteria yang spesifik untuk dijadikan iktibar dalam usaha mempertahan kemerdekaan, kedaulatan, maruah serta pembangunan negara. Mencipta Menggabungkan pelbagai elemen untuk merancang, mencipta bagi menghasilkan sesuatu perkara atau idea yang kreatif. (© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 9 FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH 8.0 ARAS KESUKARAN ITEM. Item yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada aras kesukaran rendah (R), sederhana (S) atau tinggi (T). 81 ArasR Item yang mempunyai aras kesukaran rendah, boleh dijawab betul oleh lebih 60% calon (sebahagian besar calon). 82 Aras S. Item yang mempunyai aras kesukaran sederhana, boleh dijawab betul oleh 40% - 60% calon. 83 Aras T Item yang mempunyai aras kesukaran tinggi, boleh dijawab betul oleh Kurang 40% calon (sebahagian kecil calon). 9.0 FORMAT PENTAKSIRAN Pentaksiran mata pelajaran Sejarah menggunakan dua instrumen iaitu: 9.1 1249/1 —Sejarah Kertas 1 (Objektif) 1249/2 ~Sejarah Kertas 2 (Subjektif) Format Pentaksiran ini ditunjukkan pada halaman 11. (© 2020 Hak Cipa Kerajaan Malaysia 10 FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2021 MATA PELAJARAN SEJARAH (1249) Kertas 1 Kertas 2 Ujian Bertulis Ujian Bertulis ‘© Subjektif Respons Tethad 2 | Jenis Item | Objektif Aneka Pilihan © SubjektifResvone Terboka Bahagian A 4 Soalan Respons Terhad (40 markah) Gawab semua soalan) 40 soalan 3 | Ganga | (lawab semua soalan) Bahagian B a 5 Soalan Respons Terbuka (60 markah) (Jawab 3 soalan) Tumlah 4 Markab 40 markah 100 markah © Mengingat * Mengingat © Memahami ©) Memahami © Mengaplikasi 5 | Konstruk © Mengaplikasi © Menganalisis © Menganalisis, © Menilai © Mencipta Tem . . ni | 6 ote 1 jam 2 jam 30 minit ea Standard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen Standard 7 Ee Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM. (Tingkatan 4 dan 5) Aras Rendah : Sederhana : Tinggi 8 | Kesukaran $:3:2 Kaedah . @ Analitik 9 | Penskoran | ° Pikotomus Holistik Alatan . : 10 | rtbatan | Tada Tiada (© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia. 1 FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH 10.0 CONTOH ITEM 10.1. Contoh item ialah item yang telah disediakan untuk memberikan idea kepada pengguna tentang kepelbagaian konstruk, konteks dan aras yang ditaburkan pada keseluruhan kertas peperiksaan berdasarkan piawaian spesifikasiujian. Rujuk Lampiran 1 dan 2. 10.2 Pembinaan instrumen bagi setiap tahun berdasarkan satu spesifikasi ujian yang piawai, Wajaran konstruk dan aras kesukaran mengikut spesifikasi ujian tersebut tetapi boleh diukur pada konteks yang berbeza. © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia R FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH LAMPIRAN 1 S{JIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021 SEJARAH (1249) CONTOH-CONTOH ITEM 1249/1 —- SEJARAH KERTAS 1 (© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 13 FORMAT PENTAKSIRAN SEIARAH 1 Gambar berikut merujuk kepada alat kebesaran diraja. Apakah kepentingan alat kebesaran tersebut? A B c D Identiti permuafakatan bangsa ‘Tanda kemakmuran negara Lambang kesetiaan rakyat Simbol kedaulatan 2 Pasangan manakah yang betul tentang tugas pembesar pada zaman Kesultanan Melayu Melaka? BENDAHARA TEMENGGUNG A _| Ketua Pentadbir Panglima Angkatan Laut B Ketua Turus Angkatan Tentera Ketua Keselamatan kota | Menguras kutipan cukai ‘Menjaga keamanan kawasan pegangan D | Melindungi kebajikan pedagang ‘Mengurus perbendaharaan negara 3 Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan di Indonesia. Tokoh Nasion: Hasil Karya ‘© Habis Gelap Terbitlah Terang Raden Adjeng Kartini © Penulisan Seorang Puteri Jawa nasionalisme melalui karya penulisan Apakah mesej yang terkandung dalam karya tersebut? A B c D Ketidakadilan sistem perundangan Kelemahan sistem pemerintahan Kemunduran rakyat tempatan Kemelesetan ekonomi negara (© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 14 FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH 4 Gambar berikut menunjukkan peristiwa kekejaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Apakah tindakan penduduk tempatan dalam menghadapi kekejaman tersebut? A B Cc D ‘Mengadakan tunjuk perasaan Menyokong gerakan Islah Melibatkan diri dalam persatuan Memberi kerjasama dengan British 5 Pemyataan berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran di Malaysia. Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan negara sejak merdeka terbukti berkesan mewujudkan kestabilan dan kemakmuran kepada negara. Sumber: Bernama, 30 Januari 2013 Bagaimanakah sistem tersebut dapat mewujudkan kestabilan dan kemakmuran negara? eowraeae Rakyat berkuasa membentuk kerajaan Pandangan rakyat biasa diambil kira Hak rakyat untuk bersuara disekat Kebebasan mutlak rakyat terjamin Idan I Idan 1V Ui dan IL MI dan 1V (©2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 15 FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH LAMPIRAN 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021 SEJARAH (1249) CONTOH-CONTOH ITEM 1249/2 - SEJARAH KERTAS 2 © 2020 Hek Cipta Kerajaan Malaysia 16 FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH Bahagian A 1 Gambar berikut berkaitan dengan peristiwa Rundingan Baling. Rundingan Baling, 28 — 29 Disember 1955 di Sekolah Inggeris Baling (@) Nyatakan pihak yang terlibat dalam rundingan tersebut? @ Gi) [2 markah] (b) Mengapakah rundingan tersebut diadakan? (4 markah] (© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 7 FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH (©) Langkah-langkah untuk menghalang perkembangan ideologi yang boleh menggugat keselamatan negara perlu dipertingkatkan. Beri ulasan anda, (©2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 18 FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH 2 Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan, (@) Jelaskan maksud perlembagaan. (b) Berikut adalah prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuran Perlembagaan Jelaskan maksud prinsip Rukun Negara tersebut [2 markah] (©) Dalam Perlembagaan Malaysia terdapat perkara sensitif yang tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak. ‘Nyatakan dua perkara sensitif tersebut. @ (i). [2 markah] (@) Mengapakah perkara-perkara dalam 2(c) tidak boleh dipersoalkan? [4 marke] (© 2020 Hak Cipta Kerajean Malaysia 19 FORMAT PENTAKSIRAN SEIARAH Bahagian B 1 Rajah berikut berkaitan Sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka, Sultan x Bendahara Penghul Fengin Temenggung Laksamana (@) Berdasarkan rajah di atas, jelaskan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. [6 markah] (b) Maklumat berikut berkaitan sistem perundangan dalam Kesultanan Melayu Melaka. © Hukum Kanun Melaka * Undang-undang Laut Melaka Bagaimanakah undang-undang tersebut dapat memantapkan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka? [6 markah] (©) Kesultanan Melayu Melaka merupakan asas kepada pembinaan negara bangsa kita. Berikan ulasan anda. [8 markah] (©2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 20 FORMAT PENTAKSIRAN SEIARAH 2 Peta 1 menunjukkan negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). (a) Berdasarkan Peta 1 dan pengetahuan sejarah anda, jelaskan tentang sejarah penubuhan ASEAN. [4 markah) (b) Pernyataan berikut berkaitan dengan matlamat ASEAN. .. untuk mengekalkan dan meningkatkan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau. Sumber:pmr. penerangan.gov.my Bagaimanakah Malaysia berperanan membantu ASEAN mencapai matlamat tersebut? [8 markah] (¢) Berjayakah ASEAN mencapai matlamat di 2(b)? Beri penjelasan anda. [8 markah] TAMAT ‘© 2020 Hak Cpta Kerjaan Malaysia 21 ISBN 978-967-0869-13-9 == == lll Malays

You might also like