You are on page 1of 5

LAPORAN TAHUNAN PROGRAM MOTIVASI 2014

Kelab Motivasi merupakan sebuah kelab yang berurusan di bawah Hal Ehwal Murid.
Banyak aktiviti telah dirancang dan dijalankan di bawah kelab.ini pada tahun 2014. Di antara
aktiviti yang telah dijalankan ialah:
a) Ceramah motivasi tingkah laku
b) Pameran mengenai dadah
c) Ceramah kesihatan pergigian
d) Ceramah motivasi untuk murid-murid tahun 6

Ceramah motivasi tingkah laku telah dijalankan pada 27.02.2014. Tajuk ceramah ialah
“Kesedaran berkaitan kejadian jenayah dan juga Narkotik di kalangan remaja dan pelajar”.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Sarjan Shamini Ganesan, Bahagian Siasatan Jenayah
Komersil, Ibu Pejabat Polis daerah Dang Wangi. Beliau telah menjelaskan mengenai pelbagai
aspek jenayah dan Narkotik.

Penjelasan oleh Sarjan Shamini Ganesan


Sesi gambar bersama murid

Cenderahati oleh GPK HEM

Pameran mengenai dadah telah dijalankan pada minggu PPDa dengan bimbingan guru
PPDa Pn.Thilagawathi. Pameran ini telah dijalankan oleh bahagian anti dadah Ibu Pejabat
daerah Dang Wangi. Banyak informasi telah disalurkan kepada murid-murid mengenai jenis-
jenis dadah dan hukuman bagi setiap jenis kesalahan.

Penjelasan sedang diberi kepada murid

Jenis-jenis dadah yang dipamerkan


Ceramah kesihatan pergigian telah diberikan pada 22.01.2014. Ceramah ini telah
diberikan oleh jururawat dari Klinik Pergigian Cahaya Suria. Mereka telah menjelaskan
mengenai pelbagai aspek berkaitan dengan kesihatan gigi. Seterusnya, mereka telah
melaksanakan latihan memberus gigi kepada semua murid.

Ceramah kesihatan gigi

Latihan memberus gigi untuk tahun 5

Ceramah motivasi untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR
telah dijalankan 15.08.2014. Ceramah ini bertujuan mendorong murid-murid tahun 6
bersemangat menduduki peperiksaan UPSR. Murid-murid ini telah menunjukkan penglibatan
yang aktif semasa ceramah diberi.
Penjelasan mengenai ceramah sedang diberi.

Laporan disediakan oleh,

………………….
(PN.G.PADMANY)
Penyelaras Kelab Motivasi

Disemak oleh,

……………………….

Disahkan oleh,

…………………………….

You might also like