You are on page 1of 489

PERSOALAN DALAM SOLAT 3

© Ustaz Mohd Dzul Khairi Mohd Noor 2020


Terbitan Pertama 2020

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang


mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku
ini dalam apa juga bentuk, dan dengan cara apa sekali pun,
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat keizinan daripada penulis.

Perpustakaan Negara Malaysia


Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Mohd Dzul Khairi, 1984-


PERSOALAN DALAM SOLAT 3 / Ustaz Mohd Dzul
Khairi Mohd Noor.
ISBN: 978-967-17575-1-2
1. Salat--Miscellanea.
2. Islam--Prayers and devotions--Miscellanea.
3. Pillars of Islam.
I. Judul.
297.3822

Reka Letak: Tie Maryam Tajuddin


Kulit Buku: Pojie & Tie Maryam Tajuddin

Penulis berusaha sedaya upaya memastikan buku yang


diterbitkan ini mengandungi maklumat tepat dan berautoriti
daripada segi subjek yang dibincangkan. Sekiranya nasihat
atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat dan
khidmat profesional daripada pakar yang berkelayakan.
Kandungan
Pengantar Vii
Kenapa Lafaz Iqamah Berbeza Dengan Azan? 1
Lafaz Al-Solah Khairun Min Al-Naum 6
Tarji’dalam Azan 10
Kaedah Berwudhu: Berkumur Dan Masukkan Air Ke Dalam Hidung 17
Mengambil Wudhu Melebihi 3 Kali Basuhan 24
Menyapu Kepala Ketika Berwudhu; Sekali Atau Tiga Kali? 28

Beberapa Catatan Tentang Takbir Dalam Solat Khasnya


Menurut Mazhab Al-Shafi‘i 32
Azan Untuk Solat Qadha? 47
Azan Walaupun Sudah Lewat? 51
Azan Untuk Solat Jamak 57
Menggabungkan Dua Doa Istiftah 60
Maksud Mendapat Takbir Pertama Bersama Imam (I) 68
Maksud Mendapat Takbir Al-Ihram Bersama Imam (Ii) 74
Imam Tidak Membaca Doa Istiftah 79
Bolehkah Saya Mengulang-Ulang Surah Al-Fatihah? 83

Makmum Belum Sempat Menghabiskan Doa Istiftah,


Imam Sudah Membaca Surah Al-Fatihah 87
Waktu Mengucapkan ‘Amin’ Bersamaan Dengan Malaikat 91
Apa Yang Imam Perlu Baca Selepas Membaca Al-Fatihah 96
Membaca Surah Jika Imam Terus Rukuk 101
Membaca Surah Menurut Tertib 104
Membaca Surah Pada Rakaat Ketiga Dan Keempat 108
Apabila Imam Agak Lama Ketika Qiyam Solat Sirriyyah 118
Hukum Membaca Surah Selepas Al-Fatihah 122
Masbuq Membaca Surah Pada Rakaat Ketiga Dan Keempat 126
Membaca Ayat Tidak Penuh Dalam Satu Rakaat 130
Membaca Dua Surah Dalam Satu Rakaat 136
Hukum Membilang Ayat Quran Dan Tasbih Dalam Solat 140
Kadar Rukuk Bersama Imam 144
Imam Rukuk Dan Sujud Agak Lama 147
Bacaan Duduk Antara Dua Sujud 154
Memanjangkan Duduk Antara Dua Sujud 158

Duduk Antara Sujud: Adakah Dipanjangkan


Ketika Solat Gerhana 164
Beza Antara Tasbih Dengan Taqdis 169
Membaca Ayat Sujud Tilawah Lebiih Daripada Sekali 173

Dua Rahsia Besar Di Sebalik Bacaan Tashahhud Yang


Harus Diketahui 176
Bacaan Ketika Sujud Sahwi, Sujud Tilawah Dan Sujud Syukur 181
Memanjangkan Tashahhud Awal 188
Mengubah Lafaz Salam Dalam Tsahahhud 191
Berapa Kali Salam Selepas Solat? 194
Adakah Wanita Menguatkan Suara Dalam Solat Sendirian? 198
Menguatkan Atau Merendahkan Bacaan Dalam Solat Malam 204

Beberapa Permasalahan Tentang Solat Seorang Diri


Di Belakang Saf 211
Benarkah Khusyuk Bermaksud Kita Lupakan Segala Sesuatu? 216
Berapa Kali Menyapu Kepala Ketika Berwuduk? 221
Berdoa Semasa Berdiri (Qiyam) Dalam Solat 225
Memanjangkan Sujud Akhir Untuk Berdoa 231
Membaca Kuat Ketika Solat Bersendirian 238
Imam Menguatkan Suara Ketika Doa Qunut 240
Hukum Makmum Tidak Sujud Tilawah Bersama Imam 248
Bolehkah Kita Medoakan Jin? 253
Kaedah Duduk Dalam Solat 258
Imam Memanjangkan Tashahhud Awal 262
Bilakah Makmum Memberikan Salam? 266
Kaedah Berpaling Ketika Memberikan Salam Keluar Solat 270
Kita Memberikan Salam Selepas Solat Kepada Siapa? 274
Makmum Lambat Memberikan Salam 281
Hukum Menjawab Salam Dalam Solat 286
Duduk Tashahhud Akhir Bersama Imam Atau Buat Jamaah Baru? 293
Bilakah Kita Berdiri Selepas Imam Memberikan Salam? 299

Bolehkah Makmum Tidak Mengikut Imam Berzikir


Selepas Solat? 307
Terjatuh Semasa Rukuk 312
Termakan Dalam Solat 316
Pahala Solat Sunat Isyraq 320
Bolehkah Sujud Tilawah Di Dalam Kereta? 325
Cara Doa Qunut Nazilah 329
Beza Antara Doa Allahumma Dengan Rabbana 336
Doa Abu Bakar Radhiyallah ‘Anh Di Dalam Tashahhud Akhir 342

Manakah Lebih Utama Antara Membaca Al-Quran


Dengan Berzikir Selepas Solat? 346
Bolehkah Mengubah Lafaz Doa? 352
Bilakah Bermulanya Takbir Muqayyad? 356
Persoalan Penting Tentang Solat Raya Di Rumah 360
Qadha Solat Sunat Subuh Selepas Isyak 366
Qadha Sola Twitir 373
Siapakah Paling Layak Menjadi Imam Solat Jenazah? 378
Solat Belakang Orang Berhadas 382
Solat Berimamkan Orang Yang Duduk 390
Dua Perkara Tentang Jamak Dan Qasar Yang Perlu Diketahui 394
Solat Mana Dahulu Dikerjakan Semasa Jamak Ta’khir? 399
Jamak Qasar Solat Di Rumah Suami 405
Ibu Menjadi Imam Kepada Anak Lelaki 410
Imam Memanjangkan Rukuk Untuk Menunggu Makmum 415
Kadar Panjang Bacaan Surah 420
Kaedah Solat Sunat 4 Rakaat 1 Salam 424
Kesilapan Berlaku Dalam Doa Antara Dua Khutbah 428
Terfikirkan Perkara Yang Haram Dalam Solat 433
Makmum Berdiri Di Sebelah Kanan Atau Kiri Imam? 437
Solat Orang Yang Belum Pandai Membaca Al-Quran 443
Solat Pada Waktu Terlarang Di Mekah 445
Sujud Untuk Berdoa Selepas Solat 453
Maksud Istighfar 457
Menangis Teringatkan Orang Tersayang Di Dalam Solat 463
Minum Air Semasa Khutbah Jumaat 471
Waktu Mustajab Doa 474
Pengantar
A lhamdulillah, selawat dan salam buat Rasulullah salla Allah
`alaih wa sallam, keluarga dan sahabat baginda, serta
seluruh ummah yang menuruti jalan yang telah diteroka
Baginda.

Setelah berjaya menghasilkan buku pertama yang


menyentuh isu permasalahan-permasalahan semasa di
dalam solat dan langkah penyelesaian praktis, saya dapat
juga menyiapkan buku kedua ini yang turut menyentuh isu
yang sama.

Saya mengira buku yang kedua ini lebih tersusun


daripada sudut ayat dibandingkan buku yang pertama.
Mungkin pengalaman ketika menulis buku pertama telah
mengajar saya untuk menyusun dengan lebih baik.

Sejujurnya, terlalu banyak persoalan yang saya


kumpulkan di dalam buku pertama dan kedua, yang saya
sendiri baru mengetahui jawapannya. Saya sendiri telah
belajar banyak benda dan terpaksa menelaah beberapa
pandangan ulama untuk mencari jawapan yang terbaik dan
sesuai.

Di dalam buku ini, saya banyak berpandukan jawapan


yang telah dipersetujui oleh Sheikh Muhammad Salih al-
Munajjid di dalam laman web yang dikendalikan oleh
beliau, iaitu Islamqa.info.
Namun, saya tidak mengambil bulat-bulat tanpa
dipadankan dengan beberapa pandangan ulama yang lain
terutamanya di dalam mazhab al-Shafi`i.

Sekali lagi di dalam buku ini, saya ingin mengucapkan


terima kasih dan penghargaan buat Bonda saya, Hajjah
Kamariah binti Ibrahim, isteri saya, Raihana binti Abdul
Wahab dan dua orang cahaya mata kami, Ustazah Nazirah
serta sahabat-sahabat saya yang banyak memberikan
sokongan, yang berbahagia Dr Kamil Abdul Majid sebagai
Pengerusi Yayasan Usuluddin Malaysia (YAUM), Tuan
Haji Hussin Othman dan rakan-rakan yang memberikan
sumbangan bagi penerbitan buku.

Terima kasih khusus buat orang yang paling berjasa di


dalam penyusunan buku ini, Cik Siti Maryam binti Ahmad
Tajuddin yang telah memberikan kerjasama yang terbaik
untuk menyiapkan buku yang pertama dan kedua.

Saya juga ingin mengambil kesempatan agar seluruh


pembaca dapat mendoakan kebaikan buat arwah ayah saya,
Mohd Noor bin Mohd Zain yang telah pergi meninggalkan
kami pada Mac 2019 yang lepas, arwah ayah mertua saya
Abdul Wahab bin Abu Bakar dan arwah abang ipar saya,
Huzail yang kedua-dua mereka meninggalkan kami pada
Februari 2019 yang lepas; agar Allah Taala memberikan
pengampunan dan rahmat kepada mereka semua.

Salam hormat daripada saya buat semua.

Mohd Dzul Khairi bin Mohd Noor


Kenapa

1 Lafaz Iqamah
Berbeza
Dengan
Azan?
S aya mahukan keterangan dan jawapan, mengapa lafaz
iqamah berbeza dengan azan?

Penjelasan:
Ulama berbeza-beza pandangan tentang cara iqamah. Apa yang
diamalkan oleh kita yang bermazhab al-Shafi‘i dipersetujui oleh
mazhab Hanbali dan ini merupakan pendapat jumhur ulama.

Kesemua lafaz iqamah disebut sekali sahaja kecuali:-

Lafaz pada permulaan dan akhir, disebut sebanyak


dua kali.

Lafaz disebut sebanyak dua kali. Jumlah


kesemuanya ialah 11 lafaz atau kalimah.

Cuma, qaul qadim (pendapat lama) Imam al-Shafi‘i sama


dengan mazhab Maliki, bahawa ucapan hanya
disebut sekali.

Bagi sesiapa yang biasa mendengar orang bermazhab


Hanafi (kebiasaannya masyarakat India, Pakistan, Bangladesh di
negara kita), cara iqamat mereka sangat berbeza.

Kesemuanya sama dengan cara azan. Kita jelaskan di sini.

÷ Lafaz empat kali.

÷ Lafaz dua kali.


÷ Lafaz dua kali.

÷ Lafaz dua kali.

÷ Lafaz dua kali.

÷ Lafaz dua kali.

÷ Lafaz dua kali.

÷ Lafaz sekali.

Kesemuanya berjumlah 17 kali. Melebihi jumlah azan sekalipun.


Al-Nawawi mengkritik mazhab Hanafi dengan menyatakan
pendapat ini sebagai shadh ( ) atau ganjil serta menyalahi
jumhur ulama.

Mengapakah azan diulang-ulang sebutannya, tidak


iqamah?

Dan mengapa lafaz diulang sebanyak dua


kali?

Terlebih dahulu, kita mesti memahami bahawa perbezaan


yang wujud antara azan dengan iqamah adalah berdasarkan
hadith Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam. Anas radhiyallah ‘ang
menceritakan,
َ َ َ ْ َ ُ َ َ ََْ َ َ َْ ْ َ ٌ َ َ ُ َ َ ََ ْ َ
‫القامة‬ِ ‫عن أن ٍس قال أمِر بِلل أن يشفع الذان ويوت ِر‬

3
Terjemahan: “Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam
memerintahkan Bilal untuk menggenapkan (bilangan)
lafaz azan dan mengganjilkan (bilangan) lafaz iqamah.”
(Muslim, kitab al-Solah, bab al-Amr bi Shaf‘ al-Adhan
wa Itar al-Iqamah)
Baik, apakah hikmahnya? Al-Nawawi menjelaskan dengan
berkata,
َ ْ َ َ َ ْ َّ َ َ َ ْ َ ْ َ َ َ َ ْ َ ْ ُ َ ْ ْ َ
‫ان أن الذان ِ ِلعل ِم‬ ِ ‫القام ِة وتثنِي ِة الذ‬ ِ ‫حكمة ف ِي إِفرا ِد‬ ِ ‫وال‬
َُ َ ْ َ
َ ،‫ون أبْل َغ ف ِي إ ْعلمِه ْم‬ َ َ َ ُ َ ُ ّ َ َُ َ َْ
‫القامة‬ ِ ‫و‬ ِ ِ ‫ك‬ ‫ِي‬ ‫ل‬ ‫ر‬ ‫ر‬
ِ ‫ك‬ ‫ي‬ ‫ف‬ . ‫ين‬ ِ ‫ب‬ِ ‫ئ‬ ‫ا‬ ‫غ‬ ‫ال‬
َ ُ ْ َ َ َ َ
ُ ‫ َول ِهذا قال العل َم‬،‫اجة إلى تك َرارها‬َ ْ َ َ َ َ َ َ َ َ ‫ل ِل َحاضر‬ ْ
:‫اء‬ ِ ِ ‫ فل ح‬،‫ين‬ ِ ِ
َ‫ َوإ َّن َما َك َّر ر‬،‫ام ِة ُدونَ ُه ف ِي ْالَ َذان‬ َ َ ْ
‫الق‬ ْ َّ ُ ْ َ ُ ُ َ
ِ َِ ِ ‫ت ف ِي‬ ِ ‫يكون رفع الصو‬
َُ ْ ُ َ َ َ ْ ُ ُ ْ َ ُ َّ َ ً َّ َ َ َ ْ َ ْ َ
‫ والل َّ أعلم‬.ِ‫القامة‬ ِ ‫القام ِة خاصة ِلنه مقصود‬ ِ ‫لفظ‬.
Terjemahan: “Dan hikmah kita iqamah sekali sahaja
dan mengulang dua kali dalam azan ialah, azan
bertujuan memaklumkan (masuknya waktu) kepada
orang yang tiada di dalam masjid. Oleh itu, azan
diulang-ulang agar seruannya sampai kepada mereka.
Manakala iqamah adalah untuk orang yang memang
berada di dalam masjid, maka tidak perlu diulang-
ulang. Disebabkan itu ulama berkata: Kita perlu
merendahkan sedikit suara ketika iqamah berbanding
suara ketika azan. Dan diulang 2 kali lafaz iqamah (
) kerana itulah maksud utama iqamah.
Wallah a‘lam.”

4
Jika ditanya, hadith menyuruh kita mengganjilkan bilangan
iqamah. Namun, mengapa kita mengucapkan lafaz
sebanyak 2 kali pada permulaan dan 2 kali pada akhirnya?

Jawabnya ialah, bilangan 2 kali itu dianggap ganjil jika


dinisbahkan kepada azan yang dilafazkan sebanyak 4 kali.
Bukanlah betul-betul ganjil daripada sudut bilangan.

Disebabkan itulah ulama mazhab al-Shafi‘i menyarankan


kita mengucapkan lafaz dengan satu lafaz,
bukan lafaz yang berbeza.

Rujukan utama:
Syarah Sahih Muslim oleh al-Nawawi.

5
Lafaz
2 al-solah
khairun min
al-naum
Persoalan:

S aya pernah mendengar orang azan subuh, namun tidak


menyebutkan lafaz al-solah khairun min al-naum. Adakah
azan itu sah?

Penjelasan:
Lafaz yang dimaksudkan ialah al-tathwib.
Ada kemungkinan muazzin tersebut terlupa. Jika dia
terlupa, azan itu sah insha Allah.

Lafaz itu merupakan sunnah berdasarkan hadith-hadith


Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam dan dipersetujui keempat-
empat mazhab.

Ibn ‘Uthaimin berkata,

‫األحاديث الواردة في التثويب في أذان الفجر ليس فيها‬


‫ لكن فيها أحاديث كثيرة ال تخلو من‬،‫حديث صحيح لذاته‬
‫ إال أنها بمجموعها ترتقي إلى درجة الصحة لكثرتها‬،‫مقال‬
،‫ وقد وردت في أذان بالل‬،‫وشهرتها وعمل المسلمين بها‬
‫وأذان أبي محذورة‬،
Terjemahan: “Hadith-hadith yang menceritakan
tentang tathwib dalam azan fajar tidak mencapai
kedudukan hadith sahih li dhatih. Tetapi, terdapat
banyak hadith menceritakannya, yang mana hadith-
hadith itu tidak terlepas daripada kritikan. Meskipun
begitu, gabungan-gabungan riwayat yang pelbagai
telah mengangkat taraf hadith tersebut menjadi sahih
-sahih li ghairih- kerana terdapat banyak riwayat dan
masyhur, dan diamalkan oleh kaum muslimin. Lafaz
ini terdapat dalam azan Bilal dan Abu Mahzurah
radhiyallah ‘anhuma.”
Namun, terdapat pandangan yang mengatakan tidak
disunnahkan untuk menyebutkan lafaz tersebut. Siapakah ulama
yang berpandangan demikian?

Ulama tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Imam al-
Shafi‘i menurut qaul jadid (pendapat baru) beliau.

Beliau menjelaskan,
َ َ َ ُ ْ َ َ َ َّ َ َ ْ َ َ َ ْ ُ ّ َ ‫الت ْثو‬ َّ ُ ّ ُ َ َ
‫ورة ل ْم‬ ‫يب ف ِي الصبحِ ول غي ِرها؛ ِلن أبا محذ‬ ِ ‫ول أحِب‬
ْ َّ َ َ َ ُ َّ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ َ َ ّ ْ َ ْ َ
‫يب‬ِ ‫ أنه أمر بِالتث ِو‬- ‫ صلى الل َّ علي ِه وسلم‬- ‫ك عن النبِ ِ ّي‬ ِ ‫يح‬
َّ ُ َ ْ َ َ َ َ ْ
َ ‫الت ْثو‬
ُ‫يب َب ْع َده‬ َ َ َ ّ َُ ْ ََ
ِ ‫ه‬‫ر‬ ‫ك‬ ‫أ‬ ‫و‬ ‫ان‬
ِ ‫ذ‬ ‫ال‬ ‫ِي‬ ‫ف‬ ‫ة‬ ‫الزياد‬
ِ ‫فأكره‬
Terjemahan: “Dan saya tidak menyukai al-tathwib dalam
azan subuh dan selainnya, disebabkan Abu Mahzurah
radhiyallah ‘anh tidak pernah menceritakan bahawa
Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam memerintahkan untuk
berbuat demikian. Oleh itu, saya tidak menyukai lafaz
tambahan dalam azan dan saya tidak menyukai al-
tathwib selepas itu.”

8
Meskipun begitu, saya ingin menjelaskan bahawa
kebanyakan ulama Shafi‘i lebih cenderung dengan qaul qadim
(pendapat lama). Antaranya Abu Ishaq al-Shirazi di dalam al-
Muhazzab dan al-Ruyani di dalam Bahr al-Mazhab.

Rumusan:
Oleh yang demikian, sesiapa yang menyebutkan lafaz al-solah
khairun min al-naum, tindakan itu bertepatan dengan pendapat
jumhur (kebanyakan) ulama.

Sesiapa yang tidak menyebutkan lafaz tersebut, maka


tindakannya bertepatan dengan qaul jadid Imam al-Shafi‘i. Azan
itu pasti sah tanpa syak lagi.

Rujukan:
1 Al-Muhazzab oleh al-Shirazi.

2 Al-Majmu‘ oleh al-Nawawi.

3 Bahr al-Mazhab oleh al-Ruyani.

4 Masa’il al-Fiqhiyyah oleh Ibn Kathir.

9
Tarji’
3 Dalam
Azan
Persoalan:

S aya inginkan penjelasan tentang hukum tarji‘ dalam


azan. Ini kerana, saya dapati kebanyakan muazzin tidak
melakukannya. Jika ada, bagaimanakah kaedahnya?

Penjelasan:
Tarji‘ yang dimaksudkan ialah, muazzin mengucapkan lafaz
kalimah al-shahadatain dengan suara perlahan sebelum
melaungkannya dengan suara yang kuat.

Ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukum


tarji‘.

Menurut mazhab al-Shafi‘i, disunnahkan tarji‘ dalam azan.


Imam al-Nawawi menjelaskan,

‫أما أحكام المسألة فمذهبنا أن األذان تسع عشرة كلمة كما‬


‫ذكر باثبات الترجيع وهو ذكر الشهادتين مرتين سرا قبل‬
‫الجهر وهذا الترجيع سنة على المذهب الصحيح الذي قاله‬
‫األكثرون فلو تركه سهوا أو عمدا صح أذانه وفاته الفضيلة‬
‫وفيه وجه حكاه الخراسانيون وبعضهم يحكيه قوال أنه ركن‬
‫ال يصح األذان اال به‬
Terjemahan: “Hukum masalah: Mazhab kami
berpendapat lafaz azan terdiri daripada 19 kalimah
sebagaimana dijelaskan -dengan menetapkan adanya
tarji‘-. Tarji‘ ialah mengucapkan dua kalimah shahadah
dua kali secara perlahan sebelum dilaungkan dengan
kuat. Tarji‘ ini adalah sunnah menurut mazhab yang
sahih sebagaimana disebutkan oleh kebanyakan ulama.
Jika kita meninggalkannya terlupa atau sengaja, maka
azannya sah, cuma hilang fadhilah. Terdapat satu
pandangan dikemukakan oleh ulama Shafi‘i aliran
Khurasan dan sebahagian mereka menyatakan tarji‘
adalah rukun dan azan tidak akan sah tanpanya.” (Al-
Majmu‘, 4:122)
Al-Nawawi menjelaskan lagi satu maklumat yang
dibawakan oleh al-Qadi Husain. Maklumat tersebut ialah seperti
berikut:

‫قال القاضي حسين نقل احمد البيهقي االمام عن الشافعي‬


‫أنه ان ترك الترجيع ال يصح أذانه‬
Terjemahan: Al-Qadi Husain berkata, bahawa Abu
Ahmad al-Baihaqi menukilkan pendapat Imam al-
Shafi‘i: Jika kita meninggalkan tarji‘, azan kita tidak
sah.”
Saya tiada kepastian apakah benar Imam al-Shafi‘i
berpendapat demikian, namun demikianlah maklumat yang
dibawakan oleh al-Baihaqi.

Meskipun demikian, al-Nawawi tidak menyetujui pendapat


tersebut. Menurut beliau, azan tetap sah meskipun tidak tarji‘.

12
Ini kerana, terdapat banyak hadith sahih menunjukkan azan
tanpa tarji‘. Antaranya hadith ‘Abdullah bin Zaid radhiyallah ‘anh.

Lagipun, menurut al-Nawawi, jika kita tidak menyebutkan


tarji‘, ia tidak memberikan apa-apa kesan kepada lafaz azan itu
sendiri. Tiada kekurangan.

Baik, sekarang kita teliti pula pendapat mazhab lain dalam


bab ini. Kita telah meneliti beberapa tulisan dalam bab ini, dan
secara umumnya telah dijelaskan oleh al-Nawawi di dalam al-
Majmu‘.

Sebelum itu, ada satu perkara perlu kita tekuni.

Menurut mazhab al-Shafi‘i, lafaz azan terdiri daripada 19


kalimah.

 Allahu akbar sebanyak 4 kali.

 Lafaz shahadah [ ] disebutkan


secara perlahan (tarji‘) sebanyak dua kali.

 Lafaz shahadah [ ] perlahan


(tarji‘) dua kali.

 Mengulang balik kalimah shahadah pertama dengan


suara kuat dua kali.

 Mengulang kalimah shahadah kedua sebanyak dua kali.

 Seruan solat [ ] dua kali.

 Seruan menuju kejayaan [ ] dua kali.

13
 Allah akbar dua kali.

 La ilaha illallah sekali.

Jumlah kesemuanya ialah 19 kali atau 19 kalimah.

Itu menurut mazhab al-Shafi‘i.

Mazhab Malik berpendapat lafaz azan ialah sebanyak


17 kali. Mereka sependapat dengan mazhab al-Shafi‘i dalam
bab tarji‘, namun mereka berpendapat lafaz Allah akbar pada
permulaan takbir hanyalah sebanyak dua kali, bukannya empat.

Imam Abu Hanifah dan Sufyan al-Thauri berpendapat


lafaz azan hanya terdiri daripada 15 kalimah. Perbeyaan antara
mazhab mereka dengan al-Shafi‘i ialah, mereka tidak bersetuju
adanya tarji‘.

Bagi Imam Ahmad dan Ishaq, kita diberikan pilihan sama


ada tarji‘ atau tidak. Kedua-duanya dianggap sunnah.

Saya merasakan al-Nawawi cenderung dengan pendapat


Imam Ahmad.

Ibn Baz berkata,

‫ علمه الرسول ﷺ‬،‫ وليس في أذان واحد‬،‫الترجيع في كل أذان‬


،‫ أشهد أن ال هلإ إال اهلل‬:‫ والترجيع يقول‬،‫أبا محذورة في مكة‬
ً
‫ أشهد أن‬،‫ أشهد أن محمدا رسول اهلل‬،‫أشهد أن ال هلإ إال اهلل‬
ً
،‫ ثم يعيدها بصوت أرفع‬،‫محمدا رسول اهلل بصوت ليس برفيع‬

14
ً
‫ ثم‬،‫هذا الترجيع يأتي بالشهادتين بصوت ليس بالرفيع جدا‬
‫يعيدها بصوت أرفع يقال له الترجيع‬.
‫وأما عدم الترجيع بأن يأتي بالشهادتين مثل أذان الناس اليوم‬
‫ هذا هو األفضل الذي فعله بالل بين يدي رسول‬،‫ال يكرر‬
‫ يؤذن بين يديه بالل‬،‫ حتى تويف النبي ﷺ‬،‫اهلل في المدينة‬
‫ أذان الناس اليوم يكفي هو األفضل‬،‫بدون ترجيع‬
Terjemahan: “Al-tarji‘ ada dalam setiap azan,
diajarkan oleh Rasul salla Allah ‘alaih wa sallam
kepada Abu Mahzurah radhiyallah ‘anh di Makkah.
Tarji‘ bermaksud, kita mengucapkan Ashhadu an la
ilaha illallah, ashhadu an la ilaha illah, ashhadu anna
Muhammadar rasulullah, ashhadu anna Muhammadar
rasulullah dengan suara perlahan. Kemudian kita
mengulangnya semula dengan suara kuat. Inilah tarji‘,
iaitu mengucap kalimah shahadatain dengan suara
yang tidak kuat, kemudian diulang dengan suara yang
kuat.

“Jika kita tidak tarji‘ seperti yang dilakukan oleh


muazzin pada masa sekarang, inilah yang afdhal
berdasarkan azan Bilal bin Rabah radhiyallah ‘anh di
Madinah, sehinggalah baginda wafat. Bilal telah azan
begitu sepanjang baginda hidup. Azan seperti zaman
sekarang adalah afdhal.”

15
Al-Nawawi berkata,
ْ ّ َ
‫التخيير بين ف ِعل‬
ِ ‫وغيرهم إلى‬
ِ ‫المحدثين‬
ِ ‫ذهب جماعة من‬
‫الترجيعِ وتركه‬
Terjemahan: “Sebahagian ulama hadith dan selain
mereka berpendapat kita boleh memilih antara ingin
tarji‘ atau meninggalkannya.” (Sharh Sahih Muslim)

Rumusan:
Sesiapa yang melakukan tarji‘, tindakan itu berdasarkan hadith
Abu Mahzurah radhiyallah ‘anh dan lebih menepati kehendak
dalam mazhab al-Shafi‘i dan Maliki. Tujuan tarji‘ menurut al-
Nawawi ialah untuk melahirkan penghayatan (tadabbur) dan
menerbitkan keikhlasan.

Sesiapa yang tidak melakukannya, tindakan itu berdasarkan


tindakan Bilal radhiyallah ‘anh dan menepati mazhab Hanbali
dan Hanafi.

Rujukan utama:
Al-Majmu‘ karya al-Nawawi.

16
4
Kaedah
berwudhu:
Berkumur dan
masukkan
air ke dalam
hidung
Persoalan:

S aya keliru apabila melihat pelbagai cara yang dilakukan


ketika berwudhu dan memasukkan air ke dalam hidung.
Mohon penjelasan.

Penjelasan:
Jika hendak dibahaskan secara ilmiah, perbahasan ini akan
menjadi panjang. Saya bercadang untuk meringkaskan
perbincangan ini.

1 Ada 3 istilah dalam bahasa arab yang elok kita


fahami.
ʈ Madhmadhah maksudnya berkumur.
ʈ Istinshaq maksudnya memasukkan air ke
dalam hidung.
ʈ Istinthar maksudnya mengeluarkan air daripada
hidung.

2 Ulama berbeza pendapat berkenaan cara


berkumur dan masukkan air ke dalam hidung.
Ada pendapat mengatakan berkumur dan
istinshaq disekalikan (al-jam‘). Ada pendapat
mengatakan mesti diasingkan.
Al-Nawawi menjelaskan,

‫ ونص في‬،‫فنص في األم ومختصر المزين أن الجمع أفضل‬


‫البويطي أن الفصل أفضل‬
Terjemahan: “Imam al-Shafi‘i menyatakan di dalam
kitab al-Um dan Mukhtasar al-Muzani, bahawa
menggabungkan air untuk berkumur dan istinshaq
lebih afdhal. Namun, di dalam kitab al-Buwaiti, beliau
menyatakan bahawa mengasingkannya lebih afdhal.”
(Al-Majmu‘, 2:162)

Pendapat menggabungkan antara berkumur dengan istinshaq


merupakan pendapat yang dipegang Ibn Rushd pengarang
Bidayah al-Mujtahid, al-‘Iraqi dan pendapat masyhur mazhab
Hanbali.

Guru saya memilih pendapat kedua, iaitu mengasingkan air


yang digunakan untuk berkumur dan instinshaq.

Ini pendapat mazhab Hanafi, salah satu pendapat mazhab


Maliki dan sebahagian ulama Shafi‘iyyah.

Antara hujjah yang digunakan oleh ulama yang menyokong


pendapat pertama ialah,

‫ حدثنا عمرو بن‬:‫ من طريق وهيب قال‬،‫ما رواه البخاري‬


‫ شهدت عمرو بن أبي حسن سأل عبداهلل‬:‫ عن أبيه قال‬،‫يحيى‬
‫ فدعا‬، - ‫صلى اهلل عليه وسلم‬- ‫بن زيد عن وضوء النبي‬

19
ً
‫ ثم‬،‫ فكفأ على يديه فغسلهما ثالثا‬،‫بتور من ماء فتوضأ لهم‬
ً
‫أدخل يده في اإلناء فمضمض واستنشق واستنثر ثالثا بثالث‬
‫غرفات من ماء‬
Terjemahan: “...lalu baginda berkumur dan istinshaq
serta istinthar sebanyak 3 kali dengan 3 cedokan air...”
(Sahih al-Bukhari)

Lafaz hadith menunjukkan, baginda berkumur DAN istinshaq.


Bukannya KEMUDIAN. Sedangkan ketika menceritakan tentang
anggota lain, disebutkan perkataan KEMUDIAN.

Al-Nawawi dan Ibn Qayyim menjelaskan, tidak ada satu


pun hadith yang sahih menerangkan Nabi salla Allah ‘alaih wa
sallam mengasingkan antara berkumur dan istinshaq.

Ibn Qayyim berkata,

‫لم يجئ الفصل بين المضمضة واالستنشاق في حديث صحيح‬


‫أ لبتة‬
Terjemahan: “Tidak ada satu pun hadith sahih
menerangkan perbuatan berkumur dan istinshaq
diasingkan.” (Zad al-Ma‘ad, 1:192)

Bagi ulama yang cenderung kepada pengasingan, selain


menggunakan hadith dhaif yang terdapat dalam Sunan Abu
Dawud, mereka turut melihat mulut dan hidung adalah anggota
berasingan.

20
Fadhilat juga berbeza. Perbuatan berkumur sedikit
sebanyak menghapuskan dosa kecil yang melibatkan lisan.

Perbuatan istinshaq sedikit sebanyak menghapuskan dosa


melibatkan hidung.

Sekarang, kita akan menerangkan kaifiat atau kaedah bagi


kedua-dua pendapat. Sebenarnya ada 5 kaedah menurut al-
Nawawi.

Satu: Bagi cara pertama; kita cedok air sekali. Kemudian,


kita berkumur dan terus memasukkan air ke dalam hidung
serentak. Selepas itu, kita buat lagi sehingga 3 kali. Kaedah ini
merupakan kaedah terbaik menurut mazhab al-Shafi‘i dengan
menggunakan hadith ‘Abdullah bin Zaid seperti di atas.

Antara ulama mazhab Shafi‘i yang menyokong pendapat


ini ialah al-Qadi Abu Hamid, Abu Ya‘qub al-Abiwardi ( )
al-Qadi Abu Tayyib, al-Mutawalli, al-Baghawi, al-Ruyani, al-Rafi‘i
dan selain mereka.

Dua: Bagi cara kedua; dengan kita mengasingkan berkumur


dan istinshaq. Al-Nawawi menjelaskan ada 2 kaedah.

i. (a) Kita ambil air 3 kali untuk berkumur sebanyak 3


kali. Selepas itu, kita ambil air 3 kali untuk istinshaq
3 kali.

Kebanyakan kita mungkin berbuat demikian. Menurut al-


Nawawi di dalam kitab al-Majmu‘, ini adalah kaedah yang paling
dhaif. Meskipun begitu, al-Nawawi memilih pendapat berbeza
di dalam kitab Minhaj al-Talibin. Jika di dalam al-Majmu‘, beliau

21
menyatakan kaedah ini paling lemah atau tidak diterima pakai.
Di dalam al-Minhaj sebaliknya, beliau menyatakan kaedah inilah
yang terbaik.

Beliau berkata,

“Yang jelasnya (al-azhar) ialah mengasingkan (antara


berkumur dengan istinshaq) itu yang afdhal. Kaedah
yang terbaik ialah berkumur dengan menggunakan
air sebanyak 3 cedok. Kemudian, istinshaq dengan
menggunakan air lain sebanyak 3 cedok juga.”

i. (b) Kita ambil air sekali atau satu cedok tangan.


Daripada air itu, kita berkumur sebanyak 3 kali.
Selepas itu, kita ambil air secedok lagi dengan
menggunakan tangan, dan kita istinshaq sebanyak
3 kali.

Kaedah ini lebih tepat menurut al-Nawawi jika kita ingin


mengasingkan antara perbuatan berkumur dengan istinshaq.

Lebih menjimatkan air. Semakin menjimatkan air, semakin


mendekati sunnah salla Allah ‘alaih wa sallam.

Rumusan:
Ulama berbeza pendapat tentang kaedah berkumur dan
istinshaq. Ada ulama mengatakan kita melakukannya serentak
dan ada mengatakan perlu diasingkan.

22
Kita bebas memilih mana-mana kaedah dengan 2 pesanan:

i. Yang penting ialah kita mesti berkumur dan


istinshaq walaupun hukumnya adalah sunat.
Meskipun hukumnya sunat, ia adalah sunnah Nabi
salla Allah ‘alaih wa sallam.

ii. Berjimatlah dalam penggunaan air.

Rujukan utama:
Al-Majmu‘. Minhaj al-Talibin.

23
Mengambil
5 wudhu
melebihi
3 kali
basuhan
Persoalan:

A pakah hukum seseorang membasuh anggota wudhu


melebihi 3 kali? Benarkah Imam al-Shafi‘ berpendapat
perbuatan itu tidak dimakruhkan.

Penjelasan:
Rumusan yang dibuat oleh al-Nawawi ialah, terdapat 3 pendapat
dalam mazhab al-Shafi‘i.

i. Haram. Pendapat ini ada dinyatakan oleh al-Ruyani


di dalam Bahr al-Madhhab fi Furu‘ al-Madhhab al-
Shafi‘i.

ii. Tidak haram dan tidak juga makruh, hanya khilaf


al-aula. Khilaf al-aula bermaksud, sebaiknya tidak
berbuat demikian. Abu Hamid al-Isfarayini adalah
antara ulama yang mengatakan tidak makruh.

iii. Yang sahih dan tepatnya ialah, makruh. Imam al-


Haramain berkata, “Basuhan keempat meskipun
makruh, namun tidaklah maksiat.”

Pada akhirnya, al-Nawawi menjelaskan,

‫إذا زاد على الثالث فقد ارتكب المكروه وال يبطل وضوءه‬
‫هذا مذهبنا ومذهب العلماء كافة وحكى الدارمي في‬
‫االستذكار عن قوم انه يبطل كما لو زاد في الصالة وهذا خطأ‬
‫ظاهر‬
Terjemahan: “Apabila kita menambah lebih daripada
3 kali, maka kita telah melakukan perbuatan yang
makruh namun tidaklah membatalkan wudhu. Inilah
mazhab kami dan mazhab kebanyakan ulama. Terdapat
pendapat yang disebutkan oleh al-Darimi di dalam al-
Istidhkar bahawa wudhu batal, sebagaimana hukum
jika kita menambah-nambah (rukun) di dalam solat.
Pendapat ini adalah silap.”
Baik, ini adalah keterangan mazhab al-Shafi‘i. Saya
menginsafi persoalan di atas ialah, benarkah Imam al-Shafi
berpendapat tidak makruh?

Baik, kita cuba menekuni kalam Imam al-Shafi‘i dan apakah


maksudnya.

‫ال أحب الزيادة على ثالث فان زاد لم أكرهه إن شاء اهلل‬
Terjemahan: “Saya tidak menyukai (membasuh dan
menyapu) melebihi 3 kali. Jika lebih, saya tidak
memakruhkannya. Insha Allah.” (Al-Um)
Perkataan “saya tidak memakruhkannya” perlu
dicermati. Sepanjang pembacaan saya, ulama al-Shafi‘
telah melakukan penelitian terhadap maksud “saya tidak
memakruhkannya” ataupun “saya memakruhkannya”; iaitu,
apakah maksud makruh?

Makruh boleh membawa maksud haram. Bererti, apabila


Imam al-Shafi‘i menyatakan “saya memakruhkannya”,
bermaksud “saya mengharamkannya.” Begitulah sebaliknya.

26
Ada juga di beberapa tempat, ia membawa maksud
memang “makruh”, bukannya haram.

Al-Nawawi menjelaskan pernyataan Imam al-Shafi‘i di atas


dengan maksud, “saya tidak mengharamkannya.”

Ertinya, basuhan melebihi 3 kali adalah makruh, namun


tidak haram. Itulah maksud sebenar Imam al-Shafi‘i.

Untuk mengukuhkan hujjah ini, cuba kita perhatian


pernyataan beliau berkenaan basuhan melebihi 3 kali di dalam
al-Um juga.

‫أحب أال يتجاوز الثالث فان جاوزها لم يضره‬


Terjemahan: “Saya suka jika basuhan tidak melebihi 3
kali. Jika lebih, ia tidaklah sampai memudharatkan.”

Maksud tidaklah sampai memudharatkan ialah, tidak berdosa.


Dosa atau tidak, bersangkut paut dengan hukum haram.

Wallah a‘lam.

Rumusan:
i. Basuhan atau sapuan anggota wudhu melebihi 3
kali adalah makruh.

ii. Imam al-Shafi‘i juga berpendapat hukumnya


adalah makruh.

Rujukan:
Al-Majmu‘.
27
Menyapu
6 kepala ketika
berwudhu;
Sekali atau
tiga kali?
Persoalan:
Saya agak keliru, ketika berwudhu, adakah kita menyapu kepala
sebanyak sekali sahaja atau 3 kali?

Penjelasan:
Ada khilaf kalangan ulama. Hatta, menurut maklumat yang
dibawakan oleh Ibn al-Mundhir dan Ibn Hazm, menunjukkan
Muhammad bin Sirin menyapu kepala hanya 2 kali.

Rasanya, memadailah kita membawa kupasan al-Nawawi


dalam bab ini. Jika kita membawa sekali perbahasan ulama lain
terutamanya Hanafi, kelak perbahasan ini akan menjadi panjang
lebar.

Kita ringkaskan sahaja keterangan al-Nawawi.

Pandangan pertama: Menyapu kepala 3 kali.

Ini merupakan pendapat mazhab al-Shafi‘i, Dawud al-Zahiri, dan


salah satu pendapat Imam Ahmad. Dikatakan ini merupakan
pendapat Anas bin Malik radhiyallah ‘anh, Sa‘id bin Jubair, ‘Ata’,
Zadhan dan Maisarah.

Pandangan kedua: Menyapu kepala hanya sekali.

Ini merupakan pendapat kebanyakan ulama. Ibn al-Mundhir


berkata,

“Antara ahli ilmu yang memilih pendapat ini ialah


‘Abdullah bin ‘Umar, Talhah bin Musarrif, al-Hakam,
Hammad, al-Nakha‘i, Mujahid, Salim bin ‘Abdillah, al-
Hasan al-Basri, ulama-ulama ra’y (yang menggunakan
logika akal), Ahmad, dan Abu Thaur radhiyallah
‘anhum.”
Ini juga merupakan pilihan mazhab Hanafi dan Maliki, juga
pilihan Sufyan al-Thauri dan Ishaq bin Rahawaih.

Ibn al-Mundhir yang bermazhab Shafi‘i juga memilih


padangan ini.

Mereka masing-masing berhujjahkan hadith.

Cuma hujjah Ibn Sirin yang mengatakan sapuan 2 kali yang


dikritik kerana bersumberkan hadith dhaif.

Malah, jika sahih sekalipun, lebih baik kita mempraktikkan


hadith sapuan 3 kali.

Al-Nawawi dalam menjawab penghujahan ulama yang


berpandangan sapuan sekali berkata,

‫وأما دليل القائلين بمسحة واحدة فأجاب أصحابنا عنها‬


‫بأجوبة كثيرة من أحسنها أنه نقل عن رواتها المسح ثالثا‬
‫وواحدة كما سبق فوجب الجمع بينها فيقال الواحدة لبيان‬
‫الجواز والثنتان لبيان الجواز وزيادة الفضيلة على الواحدة‬
‫والثالث للكمال والفضيلة‬

30
Terjemahan: “Adapun dalil menyatakan sapuan sekali,
ulama mazhab kami telah memberikan beberapa
jawapan balas. Jawapan yang terbaik ialah, ada riwayat
menunjukkan sapuan 3 kali dan sekali seperti yang telah
kita bahaskan. Maka kita mesti mengggabung-jalinkan
kedua-dua hadith dengan mengatakan: Hadith sapuan
sekali menunjukkan harus kita berbuat demikian. Begitu
juga sapuan 2 kali, malah lebih baik berbanding sapuan
sekali. Sapuan 3 kali adalah yang paling sempurna dan
afdhal.” (Al-Majmu‘, 2,241)

Rumusan:
Jika diperbahaskan, pasti panjanglah penghujahan yang perlu
kita bawakan. saya dengan rendah diri merumuskan berdasarkan
pengetahuan saya yang amat cetek, bahawa,

“Kita boleh memilih antara salah satu, sama ada


menyapu kepala sebanyak sekali atau 3 kali. Menyapu
sekali adalah mazhab jumhur, manakala menyapu 3
kali adalah mazhab al-Shafi‘i.”

Rujukan:
Al-Majmu‘.

31
Beberapa

7
catatan tentang
takbir dalam
solat khasnya
menurut
mazhab
al-Shafi‘i
T akbir terbahagi kepada 2; fardhu dan sunat. Takbirah
al-ihram adalah fardhu yang wajib dikerjakan. Takbir al-
intiqalat (yang berlaku setiap kali perpindahan rukun)
adalah sunat.

1 Ibn al-Munzir berkata,

‫وبهذا قال أبو بكر الصديق وعمر وابن مسعود وابن عمر‬
‫وابن جابر وقيس بن عباد وشعيب واألوزاعي وسعيد بن‬
‫عبدالعزيز وعوام أهل العلم‬
Terjemahan: “Inilah pendapat yang diutarakan oleh
Abu Bakar al-Siddiq, ‘Umar, Ibn Mas‘ud, Ibn ‘Umar,
Ibn Jabir, Qais, Shu‘aib, al-Auza‘i, Sa‘id bin ‘Abd al-
‘Aziz dan kebanyakan ahli ilmu.”

2 Imam al-Nawawi pula berkata,

.‫وأما فعله صلى اهلل عليه وسلم فمحمول على االستحباب‬


‫جمعا بين األدلة‬
Terjemahan: “Dan perbuatan salla Allah ‘alaih wa
sallam -merujuk hadith baginda menegur orang yang
tersilap mengerjakan solat atau dikenali hadith al-
musi’-, menunjukkan takbir al-intiqalat adalah sunat
berdasarkan gabungan-gabungan dalil.”
3 Imam Ahmad memiliki 2 pendapat dalam bab ini.
ʈ TAKBIR AL-INTIQALAT adalah wajib namun tidak
batal solat jika tertinggal tanpa sengaja. Pandangan ini
selari dengan Ishaq.
ʈ Takbir itu wajib dan solat akan terbatal meskipun
tertinggal dengan tidak sengaja. Pendapat ini selari
dengan Ibn Hazm.

4 Perbahasan tentang takbir al-intiqalat menurut Hanbali


sebenarmya masih sangat panjang, seperti makmum
dimaafkan jika terlupa. Maksudnya, bacaan makmum
masih boleh ditampung oleh imam.

5 Ibn Rajab yang bermazhab Hanbali merumuskan


perbahasan ini dengan mengatakan,

‫غير تكبيرة‬- ‫وأكثر الفقهاء على أن التكبير في الصالة‬


‫ ال تبطل الصالة بتركه عمدا وال سهوا‬, ‫ سنة‬-‫اإلحرام‬.
Terjemahan: “Dan kebanyakan fuqaha’ berpendapat
takbir dalam solat selain takbirah al-ihram adalah
sunat, yang mana solat tidak batal jika ditinggalkan
sengaja atau terlupa.”

6 Mazhab Hanafi menganggap takbirah al-ihram adalah


syarat, bukannya rukun. Sedangkan jumhur ulama
mengatakan ia adalah rukun.

34
7 Apakah beza antara takbirah al-ihram sebagai rukun dan
syarat? Syarat adalah sesuatu yang perkara yang wujud
sebelum, seperti wudhu, pakaian bersih, dan juga meng
hadap ke arah kiblat. Menurut jumhur, takbirah al-ihram
itu sendiri sebahagian daripada solat. Sedangkan Hanafi
berpendapat ia adalah perbuatan di luar solat.

8 Abu Bakr bin Mas‘ud al-Kasani menyatakan, “Dan antara


syarat solat ialah al-tahrimah; iaitu takbirah al-iftitah. Ia
adalah syarat sah solat menurut ulama secara umumnya.”
(Al-Bada’i‘ al-Sana’i‘, 1:194)

9 Namun, bagi Ibn ‘Ulayyah dan Abu Bakar al-Asam,


takbirah al-ihram bukan syarat pun. Solat dianggap sah
dengan niat meskipun tidak takbir. Mereka berpendapat
solat itu merujuk kepada perbuatan bukannya bacaan.
Sehingga mereka mendakwa tidak wajib sebarang
bacaan dalam solat.

10 Bermakna, kita wajib takbirah al-ihram setelah diyakini


waktu solat telah masuk. Sedangkan bagi Hanafi, solat
mereka dianggap sah meskipun mereka takbir sebelum
masuk waktu.

11 Jika kita tertinggal takbirah al-ihram sama ada sengaja


atau terlupa, merangkumi imam dan makmum juga
orang solat sendirian, maka solat kita terbatal. Ini adalah
pendapat jumhur ulama termasuk Dawud al-Zahiri.

12 Ada ulama menyatakan tidak batal solat jika terlupa.


Takbirah al-ihram itu boleh diganti dengan takbir turun
rukuk. Pendapat ini menurut Ibn al-Munzir diutarakan

35
oleh Sa‘id bin al-Musayyib, al-Hasan al-Basri, al-Zuhri,
Qatadah, al-Hakam, al-Auza‘i dan Hammad bin Abi
Sulaiman.

13 Mazhab al-Shafi‘i mengharuskan bacaan takbir dengan


menambah huruf alif dan lama pada akbar. Jadilah
seperti berikut, “Allahul akbar.” Hujjah mereka ialah,
pertambahan alif dan lam tidak mengubah maksud
takbir.

14 Mazhab Malik, Ahmad dan Dawud tidak bersetuju


dengan takbir Allahul akbar.

15 Meskipun demikian, terdapat beberapa ulama


Hanbali yang agak “longgar” dalam bab ini. Ada yang
mengharuskan lafaz “Allahul akbar”, “Allahul a‘zam”, “Al-
akbarullah”, “Al-kabirullah” dan “Allahul kabir.” Namun,
pendapat yang paling kuat dalam mazhab Hanbali
ialah, hanya dibolehkan lafaz “Allahu akbar.” Namun,
masih dibolehkan jika ada lafaz tambahan di belakang
seperti “Allahu akbaru kabiran.” Meskipun demikian,
bacaan tersebut dihukum makruh atau tidak disukai oleh
sebahagian mereka. (Al-Insaf oleh al-Mardawi)

16 Mazhab al-Shafi‘ juga mengharuskan tambahan lafaz


antara lafaz Allah dengan akbar. Seperti contoh “Allahu
ta‘ala akbar” atau “Allahu ‘azza wa jalla akbar.”

17 Namun, jika tambahan itu terlalu panjang seperti “Allahu


la ilaha illa huwa al-malikul al-quddus akbar”, tidak
dibolehkan.

36
18 Jika ditambah belakang pun dibolehkan seperti “Allahu
akbaru kabiran” atau “Allahu akbaru min kulli shai’.”

19 Mazhab Hanafi membenarkan bacaan dengan lafaz


apa pun asalkan mengagungkan Allah Taala seperti “Al-
Rahmanu akbar” atau “Allahu a‘zam.” Malah, dibolehkan
bacaan Subhanallah, Alhamdulillah dan La ilaha illallah.

20 Takbir akan batal jika kita membacanya dengan cara tidak


betul apa lagi mengubah maksud. Seperti kita membaca
“Aallahu akbar” yang bermaksud “Adakah Allah besar?”
Juga tidak boleh membaca dengan lafaz “Allahu akbaar.”
Akbaar bermaksud gendang.

21 Sheikh Abu Hamid al-Juwaini berkata,

‫وال يجوز المد إال على األلف التي بسن الالم والهاء وال‬
‫يخرجها بالمد عن حد االقتصار لإلفراط‬
Terjemahan: “Tidak harus memanjangkan bacaan
kecuali pada huruf alif yang terletak antara alif dengan
ha’, dan tidak boleh memanjang-manjangkannya
secara keterlaluan melebihi kadarnya.”

22 Bolehkah kita membaca “Akbarullah”, ertinya secara


terbalik? Terdapat 2 pendapat ulama menurut al-
Shirazi. Pendapat pertana membolehkan seperti
kita mengucapkan lafaz salam keluar solat secara
terbalik, “ ‘alaikum al-salam.” Pendapat kedua tidak
membolehkannya seperti diterangkan oleh Imam al-
Shafi‘i di dalam kitab al-Um.

37
23 Al-Nawawi menjelaskan, kita diharuskan membaca
‘alaikum al-salam bukannya al-salamu ‘alaikum, kerana
bacaan terbalik itu tetap dinamakan sebagai salam.
Berbeza dengan takbir. Jika kita membaca “Akbarullah”
atau ”Al-akbarullah”, bacaan itu tidak dianggap sebagai
“takbir.”

24 Sebenarnya, apakah dalil kita wajib memulakan solat


dengan takbir? Dalilnya, Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam
bersabda,

‫إذا قمت إلى الصالة فكبر‬


Terjemahan: “Apabila kamu berdiri untuk solat, maka
bertakbirlah.” (Muttafaq ‘alaih)

25 Imam al-Shafi‘i menjelaskan, jika lafaz takbir kita


kekurangan walau 1 huruf, maka takbir tersebut dianggap
batal, sekaligus menjejaskan kesahihan solat kita.

26 Kita disukai untuk tidak memanjangkan lafaz takbirah


al-ihram, dan mana-mana takbir perpindahan yang tidak
melibatkan pergerakan yang panjang seperti bangun
untuk duduk antara dua sujud dan bangun untuk
tashahhud.

27 Berbeza dengan al-Mutawalli (ulama Shafi‘i) yang


berpandangan disukai memanjangkan takbirah al-ihram.
Al-Nawawi tidak setuju dengan pendapat al-Mutawalli.

38
28 Jika ia melibatkan pergerakan yang panjang seperti turun
sujud dan bangun ke rakaat kedua atau keempat, maka
kita disunatkan memanjangkan bacaan lafaz takbir.

29 Lafaz takbir bermula apabila bermulanya pergerakan,


dan berakhir apabila tamatnya pergerakan.

30 Imam al-Shafi‘i menyatakan,


‫يرفع اإلمام صوته بالتكبير ويمده من غير تمطيط وال‬
‫تحر يف‬
Terjemahan: “Imam menguatkan suaranya untuk takbir
dan memanjangkannya tanpa tamtit dan tahrif.” (Al-
Um)

31 Maksud tamtit ialah (berlebih-lebih) memanjangkannya


dan maksud tahrif ialah, menggugurkan sebahagian
huruf seperti ra’ pada lafaz akbar.

32 Semua orang wajib belajar cara takbir dalam bahasa


arab.

33 Bagi orang bukan arab yang baru memeluk Islam dan


langsung tidak boleh bertakbir dalam bahasa arab, maka
mereka boleh membaca dalam bahasa sendiri; begitu
juga dengan bacaan tashahhud dan selawat dalam
tashahhud akhir. Dalam masa yang sama, mereka mesti
belajar sehingga pandai.

39
34 Jika seseorang itu mampu menyebut sebahagian takbir
dengan baik dan sebahagian lagi tidak, maka dimaafkan
selama mana dia berusaha melakukan yang terbaik.
Sebagai contoh, dia membaca “Allahu acbar.” Atau, jika
tidak mampu menyebutkan kalimah Allah dengan baik.

35 Adakah kita digalakkan membaca apa-apa doa dan


zikir sebelum takbirah al-ihram? Imam Ahmad bin
Hanbal menegaskan, “Tidak. Iaitu, tiada sebarang
doa disunnahkan sebelumnya. Kerana tidak pernah
dinukilkan daripada Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam dan
para sahabt baginda. (Al-Sharh al-Kabir)

36 Kita mesti bertakbir dalam keadaan berdiri sepenuhnya.


Jika kita menyebut lafaz “Allah” dalam keadaan berdiri
sedangkan “akbar” dalam keadaan duduk, maka solat
fardhu kita dianggap batal.

37 Namun begitu, jika sebahagian takbir dibaca dalam


keadaan kita turun rukuk tetapi belum mencapai had
minimum rukuk, maka takbirah al-ihram tersebut dikira.

38 Had minimum rukuk yang dimaksudkan ialah, kita


tunduk sedikit dan tangan kita sudah mencecah lutut.

39 Jika keadaan itu berlaku dalam solat sunat, maka ada


khilaf kalangan ulama. Menurut pendapat yang sahih
dalam mazhab Hanbali, takbir itu dikira. Lagipun, kita
dibolehkan solat sunat dalam keadaan duduk.

40 Bagi orang yang masbuq dan ingin solat ketika imam


sedang rukuk, maka dia wajib takbirah al-ihram dalam

40
keadaan berdiri, kemudian baru takbir untuk rukuk. Jika
dia hanya takbirah al-ihram, sudah mencukupi. Sekiranya
dia takbirah al-ihram dalam keadaan terus turun rukuk
seperti dilakukan segelintir orang, maka solat tersebut
tidak sah.

41 Kita wajib bertakbir sehingga kita sendiri mendengar


lafaz tersebut. Kecuali kita ada penyakit seperti kurang
pendengaran. Kewajipan ini sama antara imam dan
makmum, lelaki dan perempuan.

42 Apakah maksud Allahu akbar? Jika kita meneliti maksud


akbar, ia merujuk kepada unsur perbandingan, iaitu
“lebih besar.” Pandangan pertama menyatakan, kita tidak
boleh membandingkan Allah Taala dengan sesiapa.
Justeru, Allahu akbar bermaksud Allahu kabir iaitu
Allah Maha Besar. Atau, pandangan kedua menjelaskan,
“Allahu akbaru kabir,” yang bermaksud “Allah betul-betul
paling besar.”

43 Meskipun demikian, ada ulama setuju dengan tafsiran


Allahu akbar sebagai “Allah lebih besar daripada segala
sesuatu.”

44 Imam hendaklah menguatkan bacaan takbir agar


didengari oleh makmum. Jika suara imam perlahan,
maka bolehlah orang di belakang imam sama ada bilal
atau naib imam menguatkan suara, sama ad re aa dengan
izin imam atau tidak. Hadith riwayat Jabir radhiyallah
‘anh ada menyatakan,

41
‫ فإذا كبر رسول اهلل‬،‫صلى بنا رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم‬
‫صلى اهلل عليه وسلم كبر أبو بكر ليسمعنا‬
Terjemahan: “Rasulullah salla Allah ‘alaih wa sallam
mengimami solat kaki. Abu Bakar di belakang baginda.
Apabila Rasulullah takbir, Abu Bakar turut bertakbir
agar kami mendengarnya.” (Muttafaq ‘alaih)

45 Ibn Qudamah menyatakan,


‫ويجهر اإلمام بالتكبير كله‬
Terjemahan: “Dan imam menguatkan bacaan takbir
keseluruhannya.” (Al-Muqni‘)

Ini bermaksud, tindakan sebahagian imam yang hanya


menguatkan bacaan Allah namun perlahan pada lafaz akbar,
adalah kurang tepat.

46 Makmum hendaklah memulakan takbir setelah imam


selesai bertakbir. Berbeza dengan mazhab Hanafi yang
menyarankan makmum bertakbir dan rukuk serentak
dengan imam.

47 Dalil kita perlu takbir selepas imam selesai ialah hadith


yang berbunyi,

‫ فإذا كبر فكبروا‬.‫إنما جعل اإلمام ليؤتم به‬


Terjemahan: “Sesungguhnya imam dijadikan untuk
diikuti. Apabila imam takbir, maka hendaklah kita pun
turut bertakbir.”
42
48 Kita disunnahkan mengangkat tangan ketika takbirah al-
ihram berdasarkan hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Ibn al-Munzir dan ulama selain beliau menyatakan
kesunnahan mengangkat tangan adalah pendapat
keseluruhan ummah.

49 Mazhab Zaidiyyah menyatakan tidak perlu mengangkat


tangan. Kita tidak menilai pendapat mazhab Syiah dalam
isu ini.

50 Terdapat ulama mewajibkan kita mengangkat tangan


dan kesannya, solat akan batal jika kita tidak mengangkat
tangan semasa takbirah al-ihram. Ini adalah pendapat
Abu al-Hasan Ahmad bin Sayyar al-Marwazi yang
sezaman dengan al-Muzani namun pendapat ini ditolak.

51 Ada ulama mengatakan kita mengangkat tangan


setentang dengan bahu. Ada mengatakan sampai ke
telinga; ibu jari di cuping telinga dan hujung jari di
telinga bahagian atas. Ada juga pendapat mengatakan
kita mengangkat tangan antara bahu dan telinga.

52 Menurut Ibn Qudamah, jari-jemari kita dirapatkan ketika


takbir. Ada ulama Hambali mengatakan, jari-jemari
sedikit direnggangkan. Al-Nawawi cenderung agar
direnggangkan sedikit.

53 Perut tangan kita hendaklah dihadapkan ke arah kiblat,


iaitu ketika mengangkat tangan semasa bertakbir. (Al-
Majmu‘ dan al-Insaf)

43
54 Ada ulama mengatakan, kita mengangkat tangan terlebih
dahulu, barulah bertakbir. Pendapat yang mungkin lebih
tepat seperti dijelaskan oleh Imam al-Shafi‘i di dalam al-
Um ialah, kita bertakbir apabila kita mula mengangkat
tangan. Sebetulnya, ada 5 kaedah dalam bab ini menurut
perbahasan ulama mazhab al-Shafi‘i.

55 Jika kita terlupa mengangkat tangan dan teringat


ketika lafaz takbir belum selesai, maka kita segerakan
mengangkat tangan.

56 Apakah hikmah kita mengangkat tangan ketika takbir?


Al-Baihaqi di dalam Manaqib al-Shafi‘i membawakan kisah
Imam al-Shafi‘ solat di sebelah Imam Muhammad bin Hasan
al-Shaibani. Al-Shaibani ialah murid kanan Imam Abu Hanifah
dan guru Imam al-Shafi‘i; yang mana mazhab Hanafi hanya
mengangkat tangan ketika takbirah al-ihram. Imam al-Shafi‘i
pula mengangkat tangan ketika turun rukuk dan bangun
daripada rukuk. Al-Shaibani bertanyakan Imam al-Shafi’i kenapa
beliau berbuat demikian.

Imam al-Shafi‘i menjawab,

‫ ورجاء لثواب‬،‫ واتباعا لسنة رسوله‬،‫إعظاما لجالل اهلل تعالى‬


‫اهلل‬
Terjemahan: “Mengagungkan ketinggian Allah Taala,
menuruti sunnah rasul-Nya dan mengharapkan pahala
daripada-Nya.”

44
57 Al-Tamimi ulama mazhab al-Shafi‘i di dalam al-Tahrir fi
Sharh Sahih Muslim berkata,

“Sebahagian orang beranggapan perbuatan


mengangkat tangan adalah semata-mata ta‘abbud
(mengikut apa yang dilakukan Nabi salla Allah ‘alaih
wa sallam) yang tidak difahani maksudnya. Sebahagian
pula mengatakan ia adalah isyarat ketauhidan.”

58 Al-Nawawi menjelaskan pendapat al-Muhallab.


‫وقال المهلب بن أبي صفرة المالكي في شرح صحيح البخاري‬
‫حكمة الرفع عند االحرام أن يراه من ال يسمع التكبير فيعلم‬
‫دخوله في الصالة فيقتدى به وقيل هو استسالم وانقياد واكن‬
‫األسير إذا غلب مد يديه عالمة الستسالمه وقيل هو إشارة‬
‫إلى طرح أمور الدنيا واالقبال بكليته على صالته‬
Terjemahan: “Al-Muhallab (bin Ahmad) bin Abi
Safrah al-Maliki di dalam Sharh al-Bukhari berkata,
“Hikmah mengangkat tangan ketika takbirah al-ihram
ialah, (a) agar orang yang tidak mendengar takbirnya,
melihatnya. Maka orang mengetahui bahawa dia sedang
mengerjakan solat. Bolehlah orang mengikutinya.
-terutamanya untuk imam-. (b) Dikatakan bahawa
mengangkat tangan adalah tanda berserah diri dan
tunduk kepada Allah Taala. Sebagaimana apabila orang
kalah, merema mengangkat tangan tanda menyerah. (c)

45
Dikatakan ia adalah isyarat kita ingin mencampakkan
segala urusan keduniaan dan ingin memasuki daerah
solat sepenuhnya.

59 Dr Kamil Abdul Majid yang merupakan pengasas NGO


Yayasan Usuluddin Malaysia (YaUM) menegaskan,
apabila kita takbirah al-ihram, segala benda menjadi
kecil pada pandangan hati kita. Solat sebegini menurut
syarahan beliau, akan berfungsi menjauhkan kita
daripada kemungkaran dan maksiat.

60 Kupasan Ibn Qayyim tentang rahsia takbir pada


permulaan dan taslim pada pengakhiran agak panjang
dan terlalu berfalsafah. Banyak kebaikan yang boleh
ditekuni daripada syarahan beliau.

Barakallahu fikum.

Jumaat sayyidul ayyam, 13/3/2020, jam 11.07 minit.

Rujukan utama:
i. Al-Majmu‘ oleh Nawawi.

ii. Al-Muqni‘ oleh Muwaffaq al-Din Ibn Qudamah al-


Maqdisi.

iii. Al-Sharh al-Kabir oleh Shams al-Din Ibn Qudamah


al-Maqdisi.

iv. Al-Insaf oleh al-Mardawi.

v. Bada’i‘ al-Sana’i‘ oleh al-Kasani.

46
8
Azan
untuk
solat
qadha?
Persoalan:

J ika saya ingin qadha solat, apakah saya perlu melaungkan


azan?

Penjelasan:
Barakallahu fikum.

Menurut mazhab al-Shafi‘i, terdapat 3 tujuan azan. Ulama


al-Shafi‘i mengatakan, “Tujuan azan menurut qaul jadid
(pandangan baru Imam al-Shafi‘i) ialah kerana ia merupakan
hak waktu tersebut. Menurut qaul qadim (pandangan lama)
ialah kerana ia merupakan solat tersebut. Menurut kitab al-
Imla’ ialah kerana mengumpulkan jamaah.”

Menurut al-Shirazi, selari dengan pandangan Imam al-


Shafi‘i di dalam al-Imla’, “Jika kita ingin mengumpulkan
jamaah, maka hendaklah kita azan dan iqamah. Jika tidak,
cukuplah kita iqamah.”

Al-Nawawi menjelaskan, jika ada beberapa solat yang ingin


diqadha, maka menurut pandangan yang sahih, kita hanya azan
untuk solat yang pertama sahaja. Selebihnya, hanya iqamah.

Pendapat ini selari dengan tindakan Nabi Muhammad salla


Allah ‘alaih wa sallam ketika perang Khandaq.

Baginda terlepas solat Zohor, Asar dan Maghrib. Apabila


masuk waktu Isyak, azan hanya dikumandangkan sekali sahaja.
Selebihnya, iqamah pada setiap solat; zohor, asar, maghrib dan
isyak.

Begitu juga ketika Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam


menjamakkan solat maghrib dan isyak ketika berada
di Muzdalifah. Azan hanya sekali sahaja, manakala
iqamah dilafazkan ketika mengerjakan solat maghrib
dan isyak. (Sahih Muslim)

Berdasarkan dua hadith tersebut, kita memahami bahawa


memadailah azan sekali sahaja.

Meskipun demikian, ada satu permasalahan yang mesti kita


teliti. Menurut al-Nawawi, ada dua keadaan membuatkan kita
perlu azan sebanyak 2 kali.

1 Keadaan pertama:

Kita melewatkan solat zohor sebagai contoh ke pukul 4 pm.


Selepas mengerjakan solat zohor, tidak lama kemudian akan
masuk solat asar. Justeru, kita perlu azan pula untuk solat asar.

Perhatian, jangan pula kita azan menggunakan pembesar


suara jika berada di masjid awam.

2 Keadaan kedua:

Kita ingin solat subuh berdekatan zohor. Sebagai contoh, solat


subuh pada jam 12.50. Maka, kita kena azan terlebih dahulu.
Selepas itu, kita azan pula untuk solat zohor.

49
Inilah pendapat mazhab al-Shafi‘i.

Pendapat ini selaras dengan mazhab Hanafi, Maliki, Ahmad


dan Abu Thaur.

Cuma, Abu Hanifah mengatakan azan perlu untuk setiap


solat yang diqadha.

Panjang lagi perbahasan berkenaan perkara ini, namun


rasanya cukuplah dengan penjelasan ringkas yang kita
kongsikan.

Rumusan:
Kita disunnahkan azan untuk solat yang diqadha.

Rujukan:
Al-Majmu‘, 4:110-111.

50
9
Azan
Walaupun
Sudah
Lewat?
Persoalan:

A da sebuah surau di sekitar Bangi, tetap azan isyak


walaupun sudah lewat sekitar 15 minit. Bukankah kita
sepatutnya terus iqamah?

Penjelasan:
Kita ada menulis 3 tujuan azan sebelum ini. Satu, azan adalah
hal waktu. Maka kita perlu azan untuk memaklumkan masuknya
waktu solat.

Dua, azan adalah hak solat itu. Maka, oleh kerana kita ingin
mengerjakan solat, sewajarnya kita azan.

Tiga, azan bertujuan mengumpulkan ahli jamaah.

Sehingga, al-Nawawi menjelaskan,

‫المنفرد في صحراء أو بلد يؤذن على المذهب والمنصوص‬


‫في الجديد والقديم الطالق األحاديث‬
Terjemahan: “Orang yang duduk bersendirian di
padang pasir atau sesebuah tempat, hendaklah azan
menurut mazhab dan mansus (benda yang dinaskan),
qaul jadid dan qadim, berdasarkan keumuman hadith.”
(Al-Majmu‘, 4:113)
Selepas itu, al-Nawawi melanjutkan perbahasan ulama
mazhab al-Shafi‘i.
‫ان صلى في مسجد قد صليت فيه جماعة لم يرفع لئال يوهم‬
‫دخول وقت صالة أخرى نص عليه في األم واتفقوا عليه‬
Terjemahan: “Jika kita ingin solat di masjid yang telah
didirikan jamaah, maka kita tidak perlu meninggikan
suara untuk azan agar tidak mengelirukan orang lain,
sebagaimana dinaskan di dalam kitab al-Um dan ulama
bersepakat tentangnya.”

‫وإن لم يكن كذلك فوجهان األصح يرفع لعموم األحاديث في‬


‫رفع الصوت باألذان والثاني ان رجا جماعة رفع وإال فال‬
Terjemahan: “Jika tidak mengelirukan, maka ada 2
pendapat. Yang paling sahih, kita meninggikan suara
berdasarkan keumuman hadith yang menyarankannya.
Pendapat kedua, jika kita berhajat mengumpulkan
jamaah, maka kita kuatkan suara. Jika tidak, tidak
perlu.”

Namun, bukanlah dengan menggunakan pembesar suara,


kerana tindakan itu pasti akan mengelirukan.

‫ولو أقيمت جماعة في مسجد فحضر قوم لم يصلوا فهل يسن‬


‫لهم األذان قوالن الصحيح نعم وبه قطع البغوي وغيره وال‬
‫يرفع الصوت لخوف اللبس سواء كان المسجد مطروقا أو‬
‫غير مطروق‬

53
Terjemahan: “Jika jamaah telah didirikan di masjid,
lalu datanglah kemudiannya satu kumpulan yang belum
solat, adakah mereka disunnahkan untuk azan? Ada 2
pendapat. Yang paling sahih, ya disunnahkan seperti
diputuskan oleh al-Baghawi dan selain beliau. Dan
jangan meninggikan suara agar tidak mengelirukan,
sama ada kita berada di masjid persinggahan ataupun
tidak.”
Al-Hattab ulama Maliki dalam Mawahib al-Jalil syarah
Mukhtasar al-Khalil berkata,

‫وفهم من قول المصنف وقتي أن األذان مطلوب ولو صليت‬


،‫ وانظر هل يشمل الوقت الضروري‬،‫الصالة في آخر الوقت‬
‫أو يختص بالمختار؟ صرح صاحب الطراز بأنه إنما يتعلق‬
‫ ويف مسائل الشيخ إبراهيم بن هالل من‬:‫ قال‬.‫بالوقت المختار‬
،‫ ال بأس باألذان ما لم يخرج الوقت المستحب‬:‫المتأخرين‬
‫وأول الوقت أوىل‬
Terjemahan: “Dan difahami menurut musannif,
bahawa azan dituntut walaupun kita mengerjakan solat
pada akhir waktu. Cuma perlu ditekuni, adakah azan
dibenarkan dalam tempoh waktu dharuri (waktu sangat
lewat) atau hanya dalam waktu mukhtar (tidak sampai
terlalu lewat). Pengarang al-Taraz menyatakan bahawa
kita hanya azan dalam tempoh waktu al-mukhtar. Beliau
berkata: Dalam perbahasan Sheikh Ibrahim bin Hilal

54
daripada ulama mutaakhirin Maliki: Tidak mengapa
azan selagi mana tidak keluar daripada waktu yang
mustahab. Apa lagi pada awal waktu.”
Sheikh Khudair juga ditanyakan hukum azan selepas sejam
daripada waktu. Beliau menjawab,

‫ إذا أدى ذلك إلى التشويش بأن كان داخل المدن‬،‫نعم‬


‫ األذان اإلعالم‬،‫واألحياء فإنه ال يجوز التشويش على الناس‬
ُّ
‫ لكن لو ق ِد َر أن جماعة انفردوا في مكان ال‬،‫بدخول الوقت‬
‫يسمعهم غيرهم وفاتتهم الصالة وتأخروا في أدائها في وقتها‬
ً
‫قضاء فالسنة أن يؤذنوا للصالة ولو خرج وقتها‬ ‫أو بعد وقتها‬.
Terjemahan: “Ya, jika boleh mengelirukan orang
ramai sekiranya kita berada di sesebuah penempatan,
maka tidak harus kita mengumandangkan azan. Azan
bertujuan menyatakan masuknya waktu. Namun, jika
sekumpulan orang itu berada di satu tempat yang
tiada orang sekeliling selain mereka, solat telah
pun selesai dikerjakan sedangkan mereka terlambat
mengerjakannya sama ada masih dalam waktu atau
waktu telah tamat, maka yang sunnahnya ialah mereka
azan, walaupun waktunya telah tamat.”
Pada akhirnya, kita ingin berkongsi pendapat Imam al-
Shafi‘i yang sangat mementingkan soal azan.

55
‫وأذان الرجل في بيته وإقامته كهما في غير بيته سواء سمع‬
‫المؤذنين حوله أم ال‬
Terjemahan: “Kita mesti azan dan iqamah di rumah
kita sama seperti keadaan di luar rumah (seperti
masjid), sama ada suara muazzin didengari mahupun
tidak.” (Al-Um)

Rumusan:
Kita disunnahkan untuk azan walaupun sudah terlewat, malah
untuk solat qadha dan jamak ta’khir.

Jika kita datang ke masjid pada jam 3 sebagai contoh,


maka sebaiknya kita azan terlebih dahulu tanpa menggunakan
pembesar suara.

Jika kita dan rakan-rakan datang dalam jam 2 dan


masih ramai orang yang berada di dalam masjid, maka kita
disunnahkan azan dengan suara perlahan, sekadar didengari
rakan-rakan kita.

Rujukan utama:
Al-Majmu‘.

56
10
Azan
untuk
solat
Jamak
Persoalan:

K etika saya bermusafir, adakah saya perlu azan untuk solat


jamak?

Penjelasan:
Untuk memahami lebih lanjut, boleh baca tulisan kita yang lepas
berkenaan hukum azan dan iqamah dalam solat qadha.

Kedudukannya sama sebenarnya.

Namun, kita akan terangkan secara khusus seringkas


mungkin.

Al-Nawawi berkata,

‫قال أصحابنا ان جمع بينهما في وقت األويل اذن لألوىل بال‬


‫خالف وأقام لكل واحدة للحديث المذكور وان جمع في وقت‬
‫الثانية وبدأ باألوىل كما هو المشروع لم يؤذن للثانية وهل‬
‫يؤذن لألوىل فيه األقوال الثالثة التي في الفوائت هكذا قاله‬
‫األصحاب في كل الطريق‬
Terjemahan: “Ulama-ulama kami berkata: Jika kita
mengerjakan solat jamak taqdim, maka kita perlu azan
-tanpa khilaf- dan iqamah bagi setiap solat.
Jika kita jamak ta’khir, dan kita memulakan solat yang
pertama (zohor dan maghrib) -sebagaimana disyariatkan-, maka
kita tidak perlu azan untuk solat kedua. Persoalannya, adakah
kita perlu azan untuk solat pertama?

Terdapat 3 pandangan sebagaimana dalam kes solat


qadha. Demikianlah yang disebutkan oleh ulama-ulama
mazhab kami dalam setiap jalur.” (Al-Majmu‘, 4:114)

Pada akhirnya, al-Nawawi menyatakan pendapat yang paling


sahih, kita mesti azan.

Rumusan:
Dalam perbahasan yang lepas, kita ada nyatakan 4 tujuan
azan. Antaranya, azan adalah hak untuk solat itu. Tanpa
mengira bilakah solat itu diadakan, kita perlu azan. Selain
daripada itu, azan bertujuan memaklumkan masuknya waktu,
mengumpulkan jamaah dan melambangkan syiar Islam.

Maka, kita disunnahkan untuk azan sama ada dalam solat


jamak taqdim mahupun jamak ta’khir.

Rujukan:
Al-Majmu’ karya al-Nawawi.

59
Menggabung-

11 kan
dua doa
istiftah
Persoalan:

B olehkah kita menggabungkan dua atau tiga doa istiftah


dalam satu solat?

Penjelasan:
Setelah saya meneliti kepada beberapa hadith Nabi salla Allah
`alaih wa sallam, kita memahami bahawa terdapat beberapa doa
istiftah yang diamalkan dan diterima oleh baginda. Berkenaan
persoalan yang diajukan di atas, sebenarnya kebanyakan rakyat
Malaysia menggabungkan dua doa istiftah di dalam solat
mereka; satu doa yang diamalkan oleh Nabi salla Allah `alaih
wa sallam dan satu lagi dibacakan oleh sahabat dan diakui oleh
baginda.

Doa yang dibacakan oleh baginda ialah


ََ َ ً َ َ َْ َ َ َّ َ َ َ َّ ْ َ ُ ْ َّ
‫ َوما أنا‬، ‫ات َوال ْرض حنِيفا‬ ِ ‫وجهت وج ِه َي ل ِلذِي فطر السماو‬
ََ
ّ َِ ‫ َوممات ِي ِل‬، ‫اي‬ َ ‫ َو َم ْح َي‬، ‫ َون ُ ُسكِي‬، ‫ إ َّن َص َلت ِي‬، ‫ِين‬ َ ‫م َِن ال ْ ُم ْشرك‬
ِ ِ
َ‫ َوب َذل َِك ُأم ِْر ُت َو َأنَا م َِن ال ْ ُم ْسلمين‬، ‫يك لَ ُه‬
َ َ َ َ َ َْ ّ َ
‫ ل ش ِر‬، ‫ر ِب العال ِمين‬
ِِ ِ

Doa ini diriwayatkan oleh Muslim dan al-Nasaie. Lafaz sebenar


doa ini lebih panjang. Sebahagian ulama seperti Ibn Hajar dan
Ibn Qayyim berpendapat doa ini dibaca khusus untuk solat
malam (tahajjud). Ibn Qayyim menjelaskan,
ُ ُ ُ َ َ َ َ َّ َ َْ ْ َ َ َّ َ َ ُ ْ َ ْ
‫ إِنما كان يقوله – عليه الصالة‬، ‫المحفوظ أن هذا ِالستِفتاح‬
ْ َّ َ
ِ ‫ ف ِي قِي‬- ‫والسالم‬
‫ام اللي ِل‬
Terjemahan: “Yang tepatnya doa istiftah ini dibaca oleh
Nabi salla Allah `alaih wa sallam dalam solat malam.”
(Zad al-Ma`ad, 1:196)

Manakala doa yang diacakan oleh sahabat dan


diterima oleh Nabi salla Allah `alaih wa sallam pula ialah,

(Muslim) Kebanyakan ini di Malaysia menggabungkan antara


kedua-dua ini dan inilah yang diajar di sekolah-sekolah.

ADAKAH KITA DIBOLEHKAN UNTUK


MENGGABUNGKAN DUA ATAU TIGA DOA ISTIFTAH?

1 Pandangan pertama: Tidak boleh. Ibn `Uthaimin


menjawab persoalan ini dengan berkata,

‫ال يجمع بين نوعين من دعاء االستفتاح ؛ لما ثبت في‬


‫الصحيحين من حديث أبي هريرة رضي اهلل عنه‬
Terjemahan: “Tidak boleh menggabungkan antara dua
bentuk doa istiftah berdasarkan perbuatan Nabi salla
Allah `alaih wa sallam seperti dinyatakan di dalam al-
Bukhari dan Muslim melalui Abu Huraira radhiyallah
`anh.”

62
Beliau menjelaskan lagi,

‫فالنبي عليه الصالة والسالم ما أجابه عندما سأله ما يقول‬


‫ فدل هذا على أنه ليس من المشروع الجمع‬، ‫إال بواحد فقط‬
‫بين األنواع‬
Terjemahan: “Nabi salla Allah `alaih wa sallam hanya
akan menjelaskan satu bentuk doa istiftah apabila
ditanyakan. Hal ini menunjukkan bahawa tindakan
membaca banyak bentuk doa istiftah adalah tidak
disyariatkan.” (Majmu` Fatawi Ibn `Uthaimin, 13:112)

Ibn Baz pula menerangkan,

‫ ولم يكن النبي يجمعها عليه‬، ‫السنة أن ينوع في االستفتاح‬


( : ‫ تارة يستفتح بما جاء في حديث عمر‬، ‫الصالة والسالم‬
‫ وال‬،‫ وتعالى جدك‬، ‫ وتبارك اسمك‬، ‫سبحانك امهلل وبحمدك‬
‫ ( امهلل‬: ‫ وتارة ما جاء في حديث أبي هريرة‬، ) ‫هلإ غيرك‬
‫ وهو في‬، )‫ إلى آخر الحديث‬..... ‫باعد بيني وبين خطاياي‬
‫ا لصحيحين‬
Terjemahan: “Sunnahnya kita mempelbagaikan bacaan
doa istiftah, namun Nabi salla Allah `alaih wa sallam
tidak pernah menggabungkannya. Kadang-kadang kita
bacalah doa istiftah riwayat `Umar radhiyallah `anh.
Dan kadang-kadang kita membaca doa istiftah riwayat

63
Abu Hurairah radhyallah `anh. Hadith ini ada di dalam
al-Bukhari dan Muslim.”

2 Pandangan kedua: Kita boleh menggabungkan dua


atau lebih bentuk doa istiftah.
َّ َّ ْ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ُ ُ َ ُ َ ْ َ
‫ َوجماع ٍة مِن الشاف ِ ِعي ِة‬, ‫ِب أبِي حنِيفة‬ ِ ‫ح‬ ‫ا‬‫ص‬ ‫مذهب أبِي يوسف‬
ُ ‫اخت َي‬ْ َُ َ ُ َ َ ْ ُّ ْ َ َ َ ْ ُ َ ْ ُ ْ
ْ
‫ار‬ ِ ‫ َوهو‬, ‫اضي أبو حام ٍِد‬ ِ ‫ َوالق‬, ‫ مِنهم أبو إسحاق المر َو زِي‬,
َْ َ َ ْ َ ْ َ َ َ ْ َ َ ْ َ ْ َ ْ َََُْ ْ َْ
‫ أن يجمع بي َن‬: ‫ام أحمد‬ ِ ‫الم‬
ِ ِ ‫ير اب ِن هبيرة مِن أص‬
‫اب‬ ‫ح‬ ِ ‫الو ِز‬
ْ َ ُ َّ َ َ ُْ َْ َ َْ ََْ ّ
« « . . . ‫اردتي ِن « سبحانك الله َّم َوبِحم ِدك‬ ِ ‫الصيغتي ِن الو‬ ِ
ْ َ ُ ْ َّ َ َ
‫و وجهت وج ِهي‬...
ُ َ ْْ َ ُ َ ْ َ ً ْ َ َّ َ َ ْ َْ
‫وع‬ ِ ‫اح ب ِ َم ْج ُم‬ ‫َوقد استح َّب الن َو وِ ُّي أيضا أن يكون ِالستِفت‬
َُ َ َ َ ْ ً َْ َّ َّ ُ َ َْ َ ّ
‫ام إذا أذِن له‬ ِ ‫ َول ِِل َم‬, ‫ ل َِم ْن َصلى ُمنف ِردا‬، ‫اردة ِ كلِها‬ ِ ‫الصيغِ الو‬ ِ
َ ُ ُ َْ ْ
‫المأ مومون‬
Terjemahan: “Mazhab Abu Yusuf murid Abu Hanifah
dan sebahagian ulama al-Shafi`iyyah antaranya Abu
Ishaq al-Marwazi, al-Qadi Abu Hamid dan pendapat
yang dipilih oleh al-Wazir bin Hubairah ialah tidak
dibolehkan untuk menggabungkan dua bentuk doa
istiftah. Namun al-Nawawi berpendapat sunat kita
menggabungan kesemua bentuk doa istiftah bagi
sesiapa yang solat bersendirian, atau bagi imam
jika dibenarkan oleh makmum.” (Al-Mausu`ah al-
Fiqhiyyah, 4:52)

64
‫‪Apabila kita perhatikan kepada kupasan al-Nawawi di‬‬
‫‪dalam al-Majmu`, ternyata doa istiftah yang diperakukan oleh‬‬
‫‪mazhab al-Shafi`i agak panjang -hasil gabungan beberapa‬‬
‫‪bentuk doa istiftah-.‬‬

‫‪Sheikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Shanqiti‬‬


‫‪merumuskan perbahasan ini seperti berikut,‬‬
‫ً‬ ‫َُ‬ ‫ٌ‬
‫الذي اختاره جمع من المحققين أنه ين ّ ِو ع ‪ ،‬فيدعو بهذا تارة‬
‫ويدعو بهذا تارة ؛ ألن الخالف هنا خالف تنوع ‪ ،‬وليس‬
‫وبناء على ذلك ينوع ‪ ،‬فيصلي بهذا تارة‬ ‫ً‬ ‫بخالف تضاد ‪،‬‬
‫ويصلي بهذا تارة ؛ ألنه هدي رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم‬
‫‪ .‬أما لو جمع الجميع في موضع واحد ‪ ،‬فللعلماء وجهان ‪:‬‬
‫الوجه األول ‪ :‬اختار اإلمام النووي رحمه اهلل أنه ال حرج في‬
‫الجمع بين هذه األدعية ‪ .‬والوجه الثاني ‪ :‬اختار شيخ اإلسالم‬
‫وغيره ‪ :‬أن الجمع بينهما لم يرد ‪ ،‬فلذلك يقتصر على الوارد‪.‬‬
‫واألوىل واألحوط أن اإلنسان يقتصر على الوارد ‪ ،‬فيصلي بهذا‬
‫تارة وبهذا تارة ‪ ،‬كما ورد عن النبي صلى اهلل عليه وسلم ‪،‬‬
‫واهلل تعالى أعلم‬
‫‪Terjemahan: “Kaedah yang dipersetujui oleh‬‬
‫‪sekumpulan ulama ialah kita perlbagaikan bacaan‬‬
‫‪doa istiftah. Kadang-kadang kita membaca doa ini,‬‬
‫‪dan di waktu lain kita membaca doa yang lain. Kerana‬‬

‫‪65‬‬
perbezaan yang wujud ialah perbezaan tanawwu`
(kepelbagaian lafaz), bukannya percanggahan antara
yang betul atau salah. Berdasarkan kepelbagaian ini,
maka kadang-kadang kita membaca doa ini dan kadang-
kadang membaca doa yang lain. Ini adalah petunjuk
daripada Nabi salla Allah `alaih wa sallam sendiri.
Sekiranya kita menggabungkan doa di dalam satu solat,
maka ada dua pendapat ulama. Pertama, pendapat
yang dipilih oleh Imam al-Nawawi rahimahullah,
bahawa boleh menggabungkan pelbagai bentuk doa.
Pendapat kedua, yang dipilih oleh Sheikh al-Islam -Ibn
Taimiyyah- dan selain beliau, bahawa menggabungkan
doa tidak sunnah. Maka hendaklah kadang-kadang kita
membaca doa ini dan di masa lain membaca doa lain
sebagaimana dipraktikkan oleh Nabi salla Allah `alaih
wa sallam. Allah Taala lebih mengetahuinya.” (Sharh
Zad al-Mustaqi`)

Rumusan:
1 Disebabkan wujud khilaf kalangan ulama
dalam bab ini, maka terpulanglah kepada kita
untuk mengamalkan yang mana satu. Namun,
biarlah kita berpegang dengan pendapat yang
lebih kukuh hujjahnya dalam keadaan kita
menghormati pendapat yang lain.

2 Sekiranya kita menjadi imam, elakkan daripada


membaca doa istiftah dalam kadar yang lama
agar tidak menyusahkan makmum.

66
3 Sekiranya kita menjadi makmum di dalam solat
jahriyyah (bacaan kuat) seperti Maghrib dan
Isyak, bolehlah kita menggabungkan dua atau
tiga bentuk doa istiftah selagi imam belum
memulakan bacaan surah al-Fatihah. Namun,
sekiranya imam sudah memulakan bacaan
al-Fatihah, maka langkah yang terbaik ialah
kita mendiamkan diri dan memberikan fokus
kepada bacaan imam.

4 Hendaklah kita berusaha menghafaz beberapa


lafaz doa istiftah dan bukannya berpada dengan
satu bentuk sahaja dalam usaha mengamalkan
sunnah Nabi salla Allah `alaih wa sallam.

Rujukan utama:
Tulisan Sheikh Muhammad bin Salih al-Munajjid yang berjudul

67
Maksud

12 Mendapat
Takbir
Pertama
Bersama
Imam (i)
Persoalan:

S aya sering mendengar galakan untuk mendapat takbir


pertama bersama imam. Apakah yang dimaksudkan takbir
pertama itu dan apakah yang dimaksudkan “mendapat
takbir pertama bersama imam”?

Penjelasan:
Takbir pertama itu atau al-takbir al-ula ialah takbir al-ihram;
iaitu takbir memulakan solat.

Saya telah memerhatikan beberapa kajian ulama. Saya kira


Sheikh Muhammad bin Salih al-Munajjid telah membuat satu
penulisan yang sangat baik dalam bab ini.

Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam bersabda,


َّ َ ُ ُ َ َ َ َ َ ْ ََ ْ َ
‫ قال َرسول الل َِ ّ صلى‬: ‫عن أن ِس ب ِن مال ٍِك رضي اهلل عنه قال‬
ُ ُْ َ َ َ ً َ َ ََْ َّ َ ْ َ َّ َ ْ َ َ ُ
‫ين ي ْوما ف ِي جماع ٍة يد ِرك‬ ‫ (من صلى ِل َِ ّ أرب ِع‬: ‫الل َّ علي ِه َوسل َم‬
ٌَ َََ َّ ْ ٌ َ َ َ ََ ََ َُ ْ َ ُ َ ُ ْ َ َ ْ َّ
‫اءة‬ ‫ وبر‬، ‫ار‬
ِ ‫الن‬ ‫ِن‬
‫م‬ ‫ة‬ ‫اء‬‫ر‬ ‫ب‬ : ‫ان‬
ِ ‫ت‬ ‫اء‬ ‫ر‬ ‫ب‬ ‫ه‬ ‫ل‬ ‫ت‬ ‫ب‬ِ ‫ت‬ ‫ك‬ ، ‫ول‬ ‫التكبِيرة ال‬
َّ ْ
‫اق‬
ِ ‫مِن النِف‬
Terjemahan: “Sesiapa yang solat ikhlas kerana Allah
Taala selama 40 hari bersama jamaah dengan mendapat
takbir pertama, dicatit baginya 2 pelepasan. Pelepasan
daripada neraka dan pelepasan daripada sifat nifaq.”
(al-Tirmidhi).
Bilakah yang dimaksudkan dengan mendapat takbir
pertama bersama imam? Terdapat beberapa pandangan.

1 Pertama: Dikira mendapat takbir pertama bersama imam


jika imam belum memulakan bacaan surah al-Fatihah.
Menurut al-Shanqiti di dalam syarah Zad al-Mustaqni‘,

‫وأما الضابط في إدراك تكبيرة اإلحرام فالصحيح أن الضابط‬


‫هو أن يدركها قبل أن يبدأ بقراءة الفاتحة فإذا كبر اإلمام‬
‫وأدركت التكبيرة قبل أن يبدأ اإلمام بقراءة الفاتحة فأنت‬
‫ فإذا كانت الصالة سرية كصالة‬،‫مدرك لفضل هذه التكبيرة‬
‫الظهر والعصر فإنهم قالوا يقدر الزمان فإن قدر زمنا يقرأ فيه‬
‫اإلمام بدعاء االستفتاح فإنه حينئذ إذا وقع تكبيرة في ذلك‬
‫الزمان أدرك وإال فال‬
Terjemahan: “Maksud mendapat takbir al-ihram
(bersama imam), yang sahih ialah jika kita bertakbir
sebelum imam memulakan bacaan surah al-Fatihah.
Apabila imam bertakbir, hendaklah saudara segera
bertakbir sebelum imam memulakan bacaan surah al-
Fatihah. Jika di dalam solat bacaan perlahan seperti
zohor dan asar, kita dikira mendapatnya dalam kadar
imam membaca doa istiftah. Jika kita sempat takbir
pada masa itu, kita dikira mendapatnya.”

2 Kedua: Sebelum imam menamatkan bacaan surah al-


Fatihah. Ini merupakan pendapat Waki‘.

70
“ »‫ «طبقات المحدثين‬. « ‫ما لم يختم اإلمام بفاتحة الكتاب‬
3/219( ‫)لألصبهاني‬
Terjemahan: “Selama mana imam belum menghabiskan
surah al-Fatihah.” (Rujuk Tabaqat al-Muhaddithin
karya al-Asbahani, 3:219)

3 Ketiga: Selama mana imam berdiri.

4 Keempat: Selewatnya, jika dapat rukuk rakaat pertama


bersama imam. Ini merupakan pendapat mazhab Hanafi.

5 Kelima: Dikira mendapatnya jika kita sudah hadir di dalam


solat ketika imam bertakbir, dan kita terus bertakbir
sejurus imam selesai takbir. Ini adalah pendapat terbaik
yang dipegang kebanyakan ulama.

Imam al-Nawawi berkata,

“ ‫يستحب المحافظة على إدراك التكبيرة األوىل مع اإلمام‬


‫ أصحها بأن يشهد تكبيرة اإلمام‬: ‫ وفيما يدركها به أوجه‬،
‫ «روضة‬. »...‫ فإن أخر لم يدركها‬، ‫ويشتغل عقبها بعقد صالته‬
446/ 1( ”‫)الطالبين وعمدة المفتين‬.
Terjemahan: “Disukai menjaga takbir pertama
bersama imam. Maksud mendapat takbir bersama
imam ada beberapa pendapat: yang paling sahih
ialah hadir ketika imam bertakbir, kita terus bertakbir

71
selepas itu, jika kita melengahkannya, kita tidak dikira
mendapatnya.” (Rujuk Rawdah al-Talibin, 1:446)
Ibn Muflih berkata,
ُ ُ َّ ُ ُ ْ َ َ َ ُ ْ َ ْ َّ ُ َ َ َ ٌ َ َ َ َ َ
“ ‫يرة ِ الول ل تحصل إل بِشهو ِد‬ِ‫ وف ِضيلة التكب‬: ‫قال جماعة‬
ْ ْ َ
1/521( ‫ «الفروع» البن مفلح‬.« ‫ام‬ِ ‫ال َم‬
ِ ‫يم‬
ِ ‫)تح ِر‬
Terjemahan: “Sekumpulan ulama berkata: Dan fadhilat
takbir pertama tidak terhasil melainkan dengan kita
ada ketika imam bertakbir.” (Rukuk al-Furu‘, 1:521)

Rumusan:
i. Terdapat beberapa pendapat ulama berkenaan
maksud mendapat takbir pertama bersama
imam. Semakin cepat kita mendapatnya, semakin
banyaklah pahala kita insha Allah.

ii. Imam sepatutnya “mewajibkan” diri sendiri untuk


membaca doa istiftah dalam semua solat termasuk
solat tarawih agar membuka peluang kepada
makmum mendapat takbir pertama bersama
imam. (Merujuk pendapat pertama).

iii. Sekiranya kita sedikit terlewat, berjalanlah dengan


tenang menuju ke dalam saf. Memang betul
sunnah nabi salla Allah ‘alaih wa sallam untuk
mendapat takbir pertama, namun ada sunnah lain
agar kita bergerak dengan tenang. Imam al-Ramli
berkata,

72
ْ َ ُ ْ ْ ُ َ ُ ّ َ ُ ْ َ ْ ْ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َّ َ ْ َ َ َ ْ َ َ
‫الس َراع بل‬ ِ ‫ولو خاف فوت التكبِيرة ِ لو لم يس ِر ع لم يسن له‬
ُ َّ َ ْ َ ُ َ َ َ ََ َ َ َ ََ َ َ َْ
‫يم ِشي بِسكِين ٍة كما ل ْو أم َِن ف ْوتها ل ِخب ِر { إذا أقِيمت الصلة‬
َ َّ ْ ُ ْ َ َ َ َ ُ ْ َ َ ُ ْ َ َ ْ َ ْ َ َ ُ ْ َ َ َ
ُ ‫ِين ُة َوال ْ َو َق‬
، ‫ار‬ ‫فل تأتوها تسعون وأتوها تمشون وعليكم السك‬
ُّ َ َ ُ َ َ َ ُّ َ َ ُ ْ ْ َ َ َ
‫} فما أد َركت ْم فصلوا َوما فاتك ْم فأت ِموا‬
Terjemahan: “Meskipun kita bimbang terlepas takbir
jika tidak berjalan laju, kita tetap tidak disunnahkan
berjalan laju. Bahkan, berjalanlah dengan tenang ...”
(Rujuk Nihayah al-Muhtaj)
Walaupun demikian, ahli ilmu berbeza pendapat dalam
menentukan takrifan dan had ketenangan itu.

iv. Tidak bercakap-cakap dengan orang sebelah


selepas imam bertakbir dan tidak menyibukkan
diri dengan sebarang bacaan seperti surah al-nas
dan mana-mana doa. Sebaliknya terus bertakbir
selepas imam bertakbir. (Rujuk Ibn ‘Uthaimin di
dalam Liqa’ al-Bab al-Maftuh, 2:192)

Rujukan:
i. Tulisan Sheikh al-Munajjid yang berjudul

i. Nihayah al-Muhtaj sharh al-Minhaj oleh Imam al-


Ramli.

73
Maksud

13 Mendapat
Takbir
Al-Ihram
Bersama
Imam (iI)
Persoalan:

S aya selalu mendengar para asatizah menggalakkan kita


untuk mendapat takbir pertama bersama imam. Apakah
maksud mendapat takbir pertama bersama imam?

Penjelasan:
Saya pernah menjelaskan perkara ini di dalam satu tulisan.
Namun ada eloknya saya mengulang penjelasan ini dengan
membawa maklumat tambahan; dengan memetik kupasan
Imam al-Nawawi pula.

Ada baiknya kita merenung hadith Nabi salla ‘alaih wa


sallam yang berbunyi,
َّ َ ُ ُ َ َ َ َ َ ْ ََ ْ َ
‫ قال َرسول الل َِ ّ صلى‬: ‫عن أن ِس ب ِن مال ٍِك رضي اهلل عنه قال‬
ُ ُْ َ َ َ ً َ َ ََْ َّ َ ْ َ َّ َ ْ َ َ ُ
‫ين ي ْوما ف ِي جماع ٍة يد ِرك‬ ‫ (من صلى ِل َِ ّ أرب ِع‬: ‫الل َّ علي ِه َوسل َم‬
ٌَ َََ َّ ْ ٌ َ َ َ ََ ََ َُ ْ َ ُ َ ُ ْ َ َ ْ َّ
‫اءة‬ ‫ وبر‬، ِ‫اءة مِن النار‬ ‫ بر‬: ‫ان‬ِ ‫ كتِبت له براءت‬، ‫التكبِيرة الول‬
َّ ْ
‫اق‬
ِ ‫مِن النِف‬
Terjemahan: “Sesiapa yang solat kerana Allah Taala
selama 40 hari bersama jamaah dengan mendapat
takbirah al-ula, maka dicatit baginya perlepasan
daripada 2 perkara; terlepas daripada neraka dan
terlepas daripada sifat nifaq.” (Al-Tirmidhi, 242)
Al-Nawawi membahaskan perihal mendapat takbir al-
ihram atau takbir al-ula (pertama) bersama imam berdasarkan
hadith [ ] maksudnya, “Apabila imam takbir,
maka hendaklah kamu bertakbir.” (Al-Bukhari dan Muslim)

Menurut al-Nawawi, ada 5 pendapat ulama mazhab al-


Shafi‘i dalam menjelaskan jawapannya.
ʈ Sempat bersama imam ketika imam takbir al-ihram.
Selepas sahaja imam bertakbir, kita terus takbir al-ihram
tanpa ada gangguan (waswas zahirah).
ʈ Sempat takbir sebelum imam memulakan bacaan surah
al-Fatihah. Maksudnya, ketika imam sedang membaca
doa istiftah.
ʈ Sempat rukuk bersama imam pada rakaat yang pertama.
ʈ Sempat bersama imam ketika imam masih qiyam
(berdiri) pada rakaat pertama. Maksudnya, kita tetap
dikira mendapat takbir al-ula walaupun ketika imam
baru menamatkan bacaan surah, namun sebelum imam
rukuk.

Imam al-Ghazali di dalam kitab al-Basit memberikan penjelasan


berkenaan pendapat ketiga dan keempat,

‫ هما فيمن‬: ‫قال الغزالي في البسيط في الوجه الثالث والرابع‬


‫ فأما من حضر فقد فاته فضيلة‬، ‫لم يحضر إحرام اإلمام‬
‫ واهلل أعلم‬، ‫ وإن أدرك الركعة‬، ‫ التكبيرة‬.
Terjemahan: “Kedua-dua keadaan ini hanya untuk

76
orang yang tidak hadir ketika imam takbir al-ihram.
Bagi orang yang hadir -namun mereka sengaja
melewatkan-lewatkan takbir sehingga imam berada
di penghujung qiyam atau rukuk-, maka mereka dikira
tidak mendapat fadhilat takbir al-ula bersama imam.
Wallah a‘lam.”
Sehubungan itu, saya dengan rendah diri berpesan kepada
sesiapa yang datang awal, agar tidak melewat-lewatkan takbir
al-ihram bersama imam.

 Jika seseorang terlewat takbir disebabkan urusan


keduniaan seperti sibuk melihat facebook, maka dia
dikira tidak mendapat fadhilat takbir al-ula bersama
imam jika dia sempat rukuk bersama imam.

Jika dia takbir ketika imam masih berdiri walaupun terlewat,


dia masih dikira mendapat fadhilat takbir al-ula bersama imam.

Walaupun demikian, jika dia terlewat disebabkan ada


keuzuran atau taharah seperti mengambil wudhu, maka dia
dikira mendapat takbir al-ula meskipun hanya sempat ketika
rukuk.

Pada akhirnya, al-Nawawi berpesan,

‫ أن السنة لقاصد الجماعة أن يمشي‬: ‫قد ذكرنا أن مذهبنا‬


‫بسكينة سواء خاف فوت تكبيرة اإلحرام أم ال‬

77
Terjemahan: “Telah kami jelaskan menurut mazhab
kami: Bahawa sunnahnya bagi orang yang ingin solat
jamaah agar berjalan dengan tenang sama ada kita
khuatir terlepas takbir al-ihram bersama imam atau
tidak.” (Al-Majmu‘)
Namun, beliau tidak nafikan ada ulama termasuk sahabat
nabi seperti Ibn Mas‘ud dan Ibn ‘Umar radhiyallah ‘anhum yang
mengharuskan untuk berjalan laju bagi mendapat takbir al-ula
bersama imam.

Rumusan:
Walau apapun pendapat ulama, kita boleh bersetuju bahawa
yang terbaik ialah, kita sempat bersama imam ketika takbir al-
ihram, dan kita terus bertakbir selepas imam bertakbir.

Rujukan:
Al-Majmu‘ karya al-Nawawi, 5:234-235.

78
14
Imam
tidak
membaca
doa
istiftah
Persoalan:

K ebiasaannya dalam solat tarawih, imam akan terus


membaca surah al-Fatihah tanpa dimulakan dengan doa
istiftah? Apa yang sepatutnya dilakukan oleh imam dan
makmum?

Penjelasan:
Sebenarnya masalah ini bukan sahaja berlaku di dalam solat
tarawih, malah di dalam solat lain terutamanya solat sunat.
Sebahagian daripada kita terus membaca al-Fatihah di dalam
solat sunat. Saya akan nyatakan pandangan-pandangan ulama
berkenaan perkara ini.

1 Pertama: Doa ini boleh disebut sebagai doa istiftah atau


iftitah.

2 Kedua: Menurut al-Nawawi semua ulama menyatakan


doa istiftah adalah sunat dibaca melainkan mazhab
Maliki (rujuk al-Majmu`). Menurut mereka, tidak sunat
membaca doa istiftah. Di samping itu, ada satu pendapat
menyatakan Imam Ahmad mewajibkannya. Namun
pendapat ini bercanggah dengan pendapat muktamad
dalam mazhab mereka. Ibn Baz berkata,

‫ ال تبطل الصالة‬،‫دعاء االستفتاح ليس بواجب سنة مستحب‬


‫ ولكنه مستحب‬،‫بتركه ال في النافلة وال في الفريضة‬
Terjemahan: “Doa istiftah tidaklah wajib namun ia
sunat yang disukai untuk diamalkan. Solat tidak batal
jika kita meninggalkannya, sama ada solat sunat atau
solat fardhu. Namun disukai untuk membacanya.”1

Rumusan:
1 Solat tidak batal jika kita meninggalkan doa
istiftah.

2 Walaupun begitu, kita tidak boleh melihat


daripada aspek hukum sah dan batal semakat-
mata. Kita mesti memahami bahawa doa
istiftah adalah sunnah Nabi salla Allah `alaih
wa sallam dan muqaddimah solat itu sendiri.
Maka, sebaik-baiknya kita membaca doa
istiftah sebagai menurut sunnah baginda tanpa
mengira hukumnya sunat.

3 Meskipun kita tidak perlu sujud sahwi sekiranya


terlupa membaca doa istiftah, namun Ibn
`Uthaimin mengecualikan orang yang selalu
mengamalkannya. Menurut fatwa beliau,

1 Rujuk fatwa Ibn Baz di bawah judul di


dalam https://binbaz.org.sa.

81
‫ وال تبطل‬،‫ال يجب عليه سجود السهو؛ ألنه تعمد تركه‬
ً
‫ ولكن إذا تركه ناسيا وهو من عادته أن‬،‫صالته؛ ألنه سنة‬
‫ فإنه يسن له سجود السهو؛ ألنه قول مشروع نسيه‬،‫يفعله‬
‫فيجبره بسجود السهو‬
Terjemahan: “Tidak wajib sujud sahwi bagi sesiapa
yang sengaja meninggalkan doa istiftah. Solatnya tidak
batal. Namun, jika dia terlupa sedangkan dia selalu
membacanya, maka disunatkan baginya untuk sujud
sahwi. Ini disebabkan doa istiftah merupakan doa yang
disyariatkan namun terlupa untuk dibaca, maka boleh
sujud sahwi.”

82
Bolehkah

15 Saya
Mengulang-
Ulang
Surah
Al-Fatihah?
Persoalan:

B olehkah saya mengulang semula bacaan Surah al-Fatihah


di dalam solat?

Penjelasan:
Perkara ini ada dikupas oleh Fahd bin Yahya dalam tulisan yang
berjudul al-Ijabah al-Wadihah fi Hukm Tikrar al-Fatihah.2

Soalan 1: Apakah hukum mengulang ayat dalam al-Fatihah


kerana berlaku kesilapan?
ʈ Mengulang balik ayat yang dibaca tersilap sehingga
kesilapan itu boleh membatalkan solat, hukumnya
adalah wajib.
ʈ Jika kita mengulang ayat yang dibaca tersilap namun
kesilapan itu tidak sampai membatalkan solat,
hukumnya adalah disukai.
Soalan 2: Apakah hukum mengulang Surah al-Fatihah secara
penuh?

ʈ Mengulang tanpa ada sebab dan faedah tidak


dibolehkan.
ʈ Mengulang kerana waswas dimaafkan.
2 Rujuk http://almoslim.net/node/275226 . Terdapat beberapa penjelasan
beliau yang kurang memuaskan. Sehubungan itu, saya tidak memasukkan kesemua kajian
beliau, sebaliknya saya menapisnya terlebih dahulu dengan merujuk beberapa pendapat
ulama yang lain.
ʈ Mengulang semula kerana kita terlupa untuk membaca
dengan suara kuat dalam 2 rakaat pertama solat
jahriyah adalah disukai. Sebagai contoh, Amin menjadi
Imam dalam Solat Maghrib. Beliau terlupa lalu
membaca Surah al-Fatihah secara perlahan. Maka, Amin
dibolehkan untuk membaca semula surah tersebut
dengan suara yang kuat, malah itulah tindakan yang
terbaik untuk memberikan panduan kepada makmum.

Soalan 3: Jika kita terlupa, adakah kita membaca Surah al-


Fatihah ataupun tidak. Apakah yang harus kita lakukan?
ʈ Jawapannya ialah, kita wajib membacanya.

Soalan 4: Berhubung kait persoalan pertama, adakah kita perlu


Sujud Sahwi kerana kita mengulang semula bacaan Surah al-
Fatihah kerana terlupa?
ʈ Jawapannya ialah,

i. Kita mesti Sujud Sahwi menurut Mazhab Hanafi


dan Maliki.

ii. Namun tidak perlu menurut Mazhab al-Shafi`i dan


Hanbali. Pendapat ini dipilih oleh Ibn Baz.

Soalan 5: Apakah hukumnya kita mengulang bacaan al-Fatihah


tanpa sebarang sebab?
ʈ Jawapannya ialah,

1 Batal solat menurut pendapat sebahagian ulama


Malikiyyah, sebahagian ulama al-Shafi`iiyyah dan

85
sebahagian ulama Hanabilah. Ini kerana perbuatan
mengulang surah tersebut tanpa sebab bererti
menambah rukun di dalam solat.

2 Menurut kebanyakan ulama al-Shafi`iyyah termasuk


Imam al-Nawawi dan ulama Hanabilah, solat
tersebut tidak batal namun perbuatan tersebut
adalah makruh. Inilah pendapat Ibn Baz dan Ibn
`Uthaymin.

3 Haram namun tidak membatalkan solat menurut


Mazhab Maliki.

4 Makruh berbuat demikian di dalam solat fardhu


namun diharuskan di dalam solat sunat.

Soalan 6: Adakah kita dibolehkan mengulang semula bacaan


al-Fatihah kerana bacaan sebelumnya tidak khusyuk?
ʈ Jawapannya ialah, meskipun khusyuk merupakan satu
tuntutan di dalam solat, sebaik-baiknya kita tidak perlu
mengulang semula bacaan tersebut kerana dibimbangi
akan menerbitkan penyakit waswas dalam diri kita.3

3 Rujuk kupasan Sheikh Muhammad Solih al-Munajjid yang berjudul


di dalam Islamqa.info.

86
Makmum

16
belum sempat
menghabiskan
doa istiftah,
imam sudah
membaca
surah
al-Fatihah
Persoalan:

A l-Quran meminta kita agar mendengar bacaan al-Quran


terutamanya ketika imam membaca surah al-Fatihah.
Sekiranya saya belum menamatkan bacaan doa istiftah
sedangkan imam sudah memulakan bacaan surah al-Fatihah,
adakah saya perlu berhenti untuk mendengar bacaan imam?

Penjelasan:
Situasi yang dialami oleh saudara turut dialami oleh orang lain.
Kadang-kadang imam tidak membaca pun doa istiftah -keadaan
ini biasa berlaku dalam solat tarawih-, atau kadang-kadang
imam membaca doa pendek sedangkan makmum membaca doa
panjang.

Rasanya cukuplah saya datangkan pandangan Sheikh


‘Abdullah bin ‘Abd al-Rahman al-Jibrin dan penjelasan al-Nawawi
dengan sedikit kupasan.

Menurut Sheikh al-Jibrin,

i. Kita hendaklah menghabiskan secepat mungkin


bacaan doa istiftah. Insha Allah kita akan sempat
menghabiskannya ketika imam baru membaca
ayat pertama atau kedua surah al-Fatihah. Dalam
bab ini, amat penting untuk kita mengetahui lafaz-
lafaz doa istiftah; ada yang panjang dan ada yang
pendek.

ii. Sekiranya imam terus membaca al-Fatihah dan


kita belum mula membaca doa, maka kita tidak
perlu membaca doa lagi. Berikan fokus sepenuhnya
kepada bacaan imam dan hayati doa yang
terkandung dalam ayat ke-6 dan ke-7.

iii. Jika kita masbuq (terlewat) dan takbir al-ihram


ketika imam sedang membaca surah al-Fatihah,
maka bolehlah kita membaca doa istiftah
sependek mungkin.

Secara peribadi, saya tidak memilih pendapat


Sheikh dalam isu ini. Sebaliknya saya lebih setuju
dengan Sheikh Profesor Doktor ‘Abd al-Hay (Jabatan
al-Thaqafah al-Islamiyyah di Universiti al-Khurtum,
Sudan), bahawa kita mesti mendiamkan diri dan
fokus kepada bacaan imam. (Rujuk meshkat.net/
fatwas/8104/)

iv. Jika kita masuk ketika imam sudah hampir


menamatkan surah al-Fatihah, maka bolehlah kita
membaca doa istiftah pendek tadi selepas surah
al-Fatihah. Meskipun begitu, kita perlu berhati-
hati. Jika imam membaca surah pendek, maka
tinggalkan doa istiftah dan bacalah surah al-
Fatihah terus.

Rujukan:
(cms.ibn-jebreen.com/fatwa/home/section/446)

Al-Baghawi (mazhab al-Shafi‘i) menjelaskan, jika kita baru takbir


al-ihram, berkebetulan dengan imam yang baru menamatkan
surah al-Fatihah, maka kita membaca amin dahulu. Selepas

89
itu, barulah kita membaca doa istiftah. Seperti kita terangkan
sebelum ini, bacalah doa istiftah yang ringkas.

Bagaimana jika kita datang sedikit lewat ketika solat


sirriyyah (bacaan perlahan) seperti zohor dam asar? Dalam kes
ini, jika kita yakin sempat membaca doa istiftah (yang pendek),
ta‘awudh dan sempat membaca surah al-Fatihah, maka bolehlah
kita membaca kesemuanya. Jika tidak yakin, maka teruskan
dengan bacaan surah al-Fatihah.

Rujukan:
Al-Majmu‘ al-Nawawi, 4:336-337.

90
Waktu

17
Mengucapkan
‘Amin’
Bersamaan
Dengan
Malaikat
Persoalan:

H adith ada menyatakan kelebihan mengucapkan lafaz amin


selepas surah al-Fatihah, jika lafaz tersebut bersamaan
dengan ucapan malaikat di langit. Masalahnya, kita tidak
mengetahui bilakah malaikat mengucapkan lafaz amin.

Penjelasan:
Hadith ini telah disampaikan oleh Abu Hurairah radhiyallah ‘anh,
bahawa Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam bersabda,
َ َ َ ْ َ ْ َ ُ ُ ْ َ َ َ َ ْ َ ُ َّ َ ُ ّ َ َ ُ َ ْ َ َّ َ َ
‫ فإِنه من وافق تأمِينه تأمِين الملئ ِك ِة‬، ‫ فأمِنوا‬، ‫المام‬ ِ ‫إِذا أمن‬
ْ َ ْ َ َّ َ َ َ ُ َ َ ُ
‫ غ ِفر له ما تقدم مِن ذنبِ ِه‬،
Terjemahan: “Apabila imam membaca amin, maka
hendaklah kamu pun membaca amin. Maka sesiapa
yang bacaan amin bersamaan dengan amin para
malaikat, diampuni dosanya yang lepas.” (Muslim,
kitab al-Solah, bab al-Tasmi‘ wa al-Tahmid wa al-
Ta’min)
Berdasarkan hadith ini, kita memahami bahawa:-

 Satu: Disunnahkan membaca amin bagi imam, makmum


dan orang yang solat sendirian. Tidak dinafikan Imam
Malik berpendapat imam tidak perlu membacanya di
dalam rakaat pertama dan kedua solat bacaan kuat.
 Dua: Disunnahkan membaca amin bersamaan
dengan imam, tanpa menafikan terdapat pandangan
mengatakan imam membaca amin terlebih dahulu,
barulah makmum menyusulinya berdasarkan zahir
hadith di atas.

 Tiga: Terdapat khilaf ulama tentang bacaan amin,


adakah dikuatkan atau diperlahankan. Kebanyakan
ulama menyatakan imam dan makmum melafazkannya
dengan kuat.

Mazhab Hanafi dan salah satu pendapat yang dikaitkan


dengan Imam Malik menyatakan perlahan. Boleh rujuk syarahan
luar biasa yang disampaikan oleh Maulana Shabbir al-‘Uthmani
di dalam Fath al-Muslim syarah Sahih Muslim.

Imam al-Shafi‘i dalam qaul jadid (pandangan baru)


menyatakan imam sahaja yang membaca dengan suara kuat,
sedangkan makmum melafazkannya dengan perlahan.

Itu asasnya. Sekarang, saya ingin menjawab persoalan yang


diajukan. Apakah maksud bacaan amin bersamaan dengan
malaikat, dan bilakah masanya?

Menurut al-Nawawi, jika kita mengucapkan amin selepas


al-Fatihah bersama imam, itulah waktu yang bersamaan dengan
malaikat. Inilah pendapat yang sahih dan tepat.

Al-Qadi ‘Iyad ada membawakan pandangan lain.


Maksudnya, bacaan amin kita bersamaan dengan malaikat
daripada sudut sifatnya (sebutan yang betul), khusyuk dan
ikhlas.

93
Walaupun saya secara peribadi tidak menyetujui pendapat
al-Qadi ‘Iyad, namun ada benarnya pendapaf beliau.

Ini kerana, terdapat orang yang:

1 Sekadar membaca amin tanpa memahami


maksud perkataan amin.

2 Membaca amin dengan maksud


“perkenankanlah”, namun mereka sendiri tidak
mengetahui perkenankan itu merujuk kepada
ayat ke-6 dan ke-7 surah al-Fatihah, iaitu doa
memohon jalan yang lurus.

3 Mereka membaca amin dengan menjerit


sehingga hilang adab sopan. Jumhur
menyatakan suara kuat, bukan menjerit.

4 Ada kalangan kita yang berlengah-lengah untuk


segera bersolat, seperti, ada yang sibuk dengan
telefon dan sebagainya, sehingga mereka
terlepas peluang melafazkan amin bersaman
imam. Bermaksud, mereka terlepas peluang
untuk mendapat pengampunan terhadap dosa-
dosa kecil yang telah mereka lakukan.

Pastilah ini merupakan satu kerugian yang teramat besar.

Alim ulama sendiri begitu mensyukuri nikmat Allah Taala;


bagaimana dengan amalan sekecil dan semudah amin, namun
ganjarannya teramat besar.

94
Rujukan utama:
Syarah Sahih Muslim oleh al-Nawawi.

sFath al-Mulhim syarah Sahih Muslim oleh Maulana Shabbir.

95
Apa Yang

18 Imam Perlu
baca Selepas
Membaca
Al-Fatihah
Persoalan:

S epanjang pengetahuan saya, imam perlu berdiam diri buat


seketika selepas membaca surah al-Fatihah untuk memberi
ruang kepada makmum menghabiskan bacaan surah al-
Fatihah. Persoalannya, apa yang imam perlu lakukan dalam
tempoh itu?

Penjelasan:
Terlebih dahulu, ulama berbeza pandangan tentang perkara ini.
Bagi sebahagian ulama terutamanya ulama yang berpendirian
makmum tidak wajib membaca surah al-Fatihah dalam rakaat
pertama dan kedua solat bacaan kuat (jahriyah), menyatakan
imam hanya perlu berdiam diri dalam tempoh yang sekejap
sahaja.

Bolehlah imam mengatur nafas untuk memulakan bacaan


baru setelah surah al-Fatihah.

Namun, memang terdapat ulama yang mencadangkan


imam berdiam diri dalam tempoh yang agak panjang, sehingga
memungkinkan makmum menghabiskan surah al-Fatihah.

Mereka menggabungkan antara dua nilai penting;


kewajipan makmum membaca surah al-Fatihah dan kesunnahan
makmum untuk mendengar dan memberikan perhatian
sepenuhnya kepada bacaab imam.

Antaranya, ulama mazhab al-Shafi‘i.


Al-Nawawi menjelaskan,
َّ ْ َ ْ َ َّ ْ ََ َ ََُْ َ َْ ُّ َ َ ْ ُ
‫ام ف ِي الصلة ِ الجه ِري ِة‬ ِ ‫ات ل ِِل َم‬ ٍ ‫يستحب عِندنا أربع سكت‬
ْ َ ُ َُ َ ْ ْ َ ْ َ َ َ َ ُْ
‫اح‬ ِ ‫اء ِال ْستِف َت‬
َ ‫ِيها ُد َع‬ ‫الحر ِام يقول ف‬ ِ ِ ‫ة‬ ‫ير‬ِ ‫ب‬ ‫ك‬ ‫ت‬ ‫ب‬ ‫ق‬ِ ‫ع‬ : ) ‫ول‬ ‫(ال‬
ٌ َ َ ٌ َ ْ َ َ َ َ ّ َّ ََ َْ َ ْ َ ُ َ َّ َ
‫ ول الضال ِين وآمِين سكتة ل ِطيفة‬: ‫ بين قول ِ ِه‬: )‫(والثانِية‬
ُ ُ َْْ ُ َْ ُ ْ َ ٌَ َ ٌَ ْ َ َ َ َْ ُ َ َّ
‫ِين سكتة ط ِويلة بِحيث يق َرأ المأموم‬ ‫ بعد آم‬: )‫(الثال ِثة‬
ًّ ٌ َ َ ٌ َ ْ َ َ ُّ ْ ََ َ َْ ُ َ َّ َ َ َ ْ
‫جدا‬ ِ ‫ بعد فرا ِغ ِه مِن السورة ِ سكتة ل ِطيفة‬: )‫الفات ِحة (الرابِعة‬
ُ ُّ َ ْ َ َ َ َ ْ َ ْ َ َ َ ْ َ
‫وع‬ِ ‫الرك‬ ِ ‫ل ِيف ِصل بِها بين ال ِقراءة ِ وتكبِيرة‬
Terjemahan: “Disukai menurut kami, imam berdiam
diri sebanyak 4 kali dalam solat jahriyah:-

Satu: Selepas takbirah al-ihram, untuk membaca doa


istiftah.

Dua: Antara bacaan [ ] dengan amin; iaitu


diam sekejap.

Tiga: Selepas amin, diam panjang bagi membolehkan


makmum membaca surah al-Fatihah.

Empat: Selesai membaca surah, diam sangat sekejap


bagi membezakan antara bacaan dengan takbir rukuk.”

98
Ibn Qudamah al-Hanbali menjelaskan,

‫يستحب أن يسكت اإلمام عقيب قراءة الفاتحة سكتة‬


‫ كي ال‬،‫ ويقرأ فيها من خلفه الفاتحة‬،‫يستريح فيها‬
‫ وإسحاق‬،‫ والشافعي‬،‫ وهذا مذهب األوزاعي‬.‫ينازعوه فيها‬.
‫ وأصحاب الرأي‬،‫وكرهه مالك‬.
Terjemahan: “Disukai bagi imam untuk berdiam diri
selepas membaca surah al-Fatihah, dalam kadar
imam boleh berehat, dan makmum sempat membaca
al-Fatihah, agar tidak bertembung bacaan (Fatihah)
makmum dengan bacaan (surah) imam. Inilah mazhab
al-Auza‘i, al-Shafi‘i dan Ishaq. Malik dan ulama ra’y
-iaitu ulama yang banyak menggunakan logik akal-
menganggap perbuatan itu makruh.” (Al-Mughni)
Persoalannya, apa yang perlu imam lakukan dalam tempoh
tersebut? Mendiamkan diri pastilah bukan langkah yang tepat.

Al-Nawawi menjelaskan pendapat al-Sarakhsi bahawa,


ْ َ َ ُ َ ْ َ ُّ َ َ ْ ُ
ً ‫ِيها ُد َع‬
.‫اء َوذِك ًرا‬ ‫يستحب أن يقول ف‬
Terjemahan: “Disukai imam untuk berdoa dan berzikir.”

Selain itu, menurut kita, imam juga boleh membaca mana-


mana surah seperti surah al-Ikhlas. Hal ini berdasarkan tindakan
sahabat Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam yang sentiasa membaca
surah al-Ikhlas selepas membaca al-Fatihah ketika beliau
menjadi imam.
99
Jika sahabat nabi membaca dengan suara yang kuat, kita
bolehlah membaca surah al-Ikhlas dengan suara yang perlahan.

Wallah a‘lam.

Rujukan:
Al-Majmu‘, 4:440-441.

100
Membaca

19 Surah
Jika Imam
Terus
Rukuk
Persoalan:

S ekiranya saya telah habis membaca surah al-Fatihah dalam


rakaat ketiga dan keempat, namun Imam masih berdiri, apa
yang harus saya lakukan?

Penjelasan:
Menurut pandangan kebanyakan ulama termasuk ulama al-
Shafi`iyyah, kita tidak disunnahkan untuk membaca surah pada
rakaat ketiga dan keempat. Namun menjawab persoalan ini, kita
mesti memahami satu kaedah yang digariskan ulama termasuk
al-Nawawi di dalam kitab al-Majmu`, kita tidak digalakkan
berdiam diri di dalam solat kecuali ketika mendegngar bacaan
imam semasa qiyam.

Menjawab persoalan ini, Ibn Baz berkata,

‫ فقد كان‬،‫ هو القراءة‬-‫واهلل أعلم‬- ‫ واألفضل‬،‫إن قرأ ال بأس‬


َ َ ُ ُ ْ ُ َ َ َّ ُ
‫ َربنا ل ت ِز غ قلوبنا [آل‬:‫الصديق يقرأ بعد الثالثة في المغرب‬
ّ ُ ُ
‫ أنه إذا سكت إمامه ولم يكبِر يقرأ ما‬:‫ المقصود‬،]8:‫عمران‬
‫تيسر‬.
Terjemahan: “Jika kita membaca surah ketika itu,
tiada masalah. Yang afdhal -hanya Allah Taala
yang mengetahui kebenaran- ialah membaca surah.
Sesungguhnya Abu Bakar al-Siddiq radhiyallah `anh
membaca ayat selepas surah al-Fatihah dalam rakaat
ketiga solat maghrib, iaitu ayat ke-8 surah Ali `Imran
. Maksudnya, jika imam masih belum
rukuk, maka bacalah mana-mana ayat yang ringan.”4

Rumusan:
1 Kita diharuskan membaca surah pada rakaat ketiga atau
keempat sekiranya imam belum rukuk supaya setiap
masa solat kita terisi dengan zikir.

2 Sebaik-baiknya kita membaca ayat yang ringan (simple)


atau surah yang pendek supaya kita dapat menamatkan
bacaannya jika tiba-tiba imam turun untuk rukuk.

4 Rujuk fatwa Ibn Baz yang berjudul


di dalam https://binbaz.org.sa.

103
Membaca

20 Surah
Menurut
Tertib
Persoalan:

A dakah saya perlu membaca surah menurut tertib di


dalam solat? Sebagai contoh, dalam rakaat pertama saya
membaca surah al-Fatihah dan al-Sharh. Adakah selepas
itu saya perlu membaca Surah al-Tin atau boleh saya membaca
Surah al-Dhuha?

Penjelasan:
Sheikh Muhammad Solih al-Munajjid menjelaskan antaranya,5
ʈ Bagi ulama yang menyatakan susunan surah dalam al-
Quran hanyalah ijtihad sahabat dan bukannya datang
daripada Nabi salla Allah `alaih wa sallam, mereka
berpendapat tidak mengapa membaca al-Quran tanpa
menurut tertib. Nabi salla Allah `alaih wa sallam
pernah mengerjakan Solat Sunat Tahajjud pada satu
malam; baginda memulakan dengan Surah al-Baqarah,
disusuli Surah al-Nisa’ dan kemudian barulah Surah Ali
`Imran. Walhal Surah Ali `Imran dahulu menurut tertib
berbanding Surah al-Nisa’. (Riwayat Muslim) Antara
ulama yang menyatakan susunan al-Quran hanyalah
ijtihad ialah al-Qadi Abu Bakar al-Baqillani.

Bermakna, jika pada rakaat pertama kita membaca


Surah al-Falaq, maka harus kita kita membaca Surah
al-`Asr pada rakaat kedua.

5 Rujuk tulisan beliau di dalam Islamqa.info yang berjudul


ʈ Menurut hadith yang sahih, Kulthum bin al-Hidam
al-Ansari radhiyallah `ah pernah mengimami solat di
Masjid Quba’, dan beliau membaca Surah al-Ikhlas setiap
kali selepas membaca Surah al-Fatihah. Selepas itu,
barulah beliau membaca surah lain. Seorang sahabat
yang pernah memimpin ekspedisi pengintipan (sariyah)
mengimami solat dengan membaca Surah al-Ikhlas
setelah menamatkan bacaan surah pada setiap rakaat.
Kedua-dua kaedah ini diperakukan oleh Nabi salla Allah
`alaih wa sallam. (Rujuk Fath al-Bari Ibn Hajr)

Imam Nawawi berkata, maksudnya,

[‫سورة ثم قرأ التي قبلها أو خالف‬


ً
]‫ واكن تاراك لألفضل‬، ‫الموالة فقرأ قبلها ما ال يليها جاز‬
“Sekiranya tidak mengikut tertib; dia membaca surah,
kemudian membaca surah sebelumnya, atau tidak
membaca surah berikutnya sebaliknya membaca surah-
surah sebelumnya, maka ia diharuskan. Namun sebaik-
baiknya tidak berbuat demikian.”
Meskipun demikian, sebaiknya menurut tertib dan
dipastikan surah pada rakaat kedua lebih pendek daripada rakaat
pertama. Namun sekiranya kita membaca surah sebelumnya,
diharuskan. Cuma itu bukanlah pilihan yang terbaik. (Rujuk
fatwa al-Lajnah al-Da’imah, 6:390)

106
Ibn Qudamah menjelaskan di dalam al-Mughni,

[‫ والمستحب أن يقرأ في الركعة الثانية بسورة بعد‬: ‫فصل‬


‫السورة التي قرأها في الركعة األوىل في النظم ألن ذلك هو‬
‫]المنقول عن النبي صلى اهلل عليه و سلم‬
Maksudnya, “Fasal: Dan disukai pada rakaat kedua
untuk membaca surah yang datang selepas surah
yang dibaca pada rakaat pertama, kerana inilah yang
dipraktikkan oleh Nabi salla Allah `alaih wa sallam.”

Dalam hal ini, sebaiknya kita membina “mood” solat dengan


sebaik-baiknya. Yang penting, bagaimana kita menguruskan
solat dengan sebaik-baiknya. Sebagai contoh, pada rakaat
pertama kita membaca Surah al-Dhuha. Pada rakaat kedua
bacalah Surah al-Sharh yang dianggap sebagai “kembar siam”
kepada Surah al-Dhuha.

Sunnah nabi salla Allah `alaih wa sallam ialah membaca


Surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan Surah al-Ikhlas pada
rakaat kedua dalam Solat Sunat Subuh dan Solat Sunat Maghrib.
Surah al-Kafirun menafikan Tuhan selain Allah taala, manakala
Surah al-Ikhlas pula surah yang menetapkan keesaan-Nya.
Kedua-dua surah itu dipanggil surah Ikhlas; kerana menyucikan
Allah taala.

107
Membaca

21 Surah
Pada Rakaat
Ketiga
Dan
Keempat
Persoalan:

A pakah dibolehkan saya membaca surah pada rakaat ketiga


dan keempat?

Penjelasan:
Terdapat 3 pendapat ulama.

1 Pertama: Tidak disunnahkan membaca surah atau mana-


mana ayat al-Quran selepas surah al-Fatihah pada rakaat
ketiga dan keempat. Ini merupakan pendapat jumhur
ulama mewakili Hanafiyyah, Malikiyyah, pandangan
lama Imam al-Shafi`i dan dipegang oleh kebanyakan
ulama mazhab beliau termasuk al-Nawawi dan
merupakan salah satu pendapat Imam Ahmad. Sheikh
Salih bin Fauzan al-Fauzan berkata,

‫أما في الركعتين األخيرتين؛ فال يشرع أن يقرأ بعد الفاتحة‬


‫ بل يقتصر على قراءة الفاتحة في الركعتين‬،‫بشيء من القرآن‬
‫ كما في‬،‫األخيرتين؛ هذه سنة النبي صلى اهلل عليه وسلم‬
‫‏ أنه صلى اهلل عليه وسلم لم يكن‬:‫حديث أبي قتادة وغيره‏‬
‫يقرأ في الركعتين األخيرتين من الرباعية والثالثة من‬
ً
‫ وإنما كان يقتصر على‬،‫المغرب شيئا من القرآن بعد الفاتحة‬
‫الفاتحة‬.
Terjemahan: “Adapun dalam 2 rakaat yang terakhir;
maka tidak disyariatkan untuk membaca mana-
mana ayat selepas bacaan al-Fatihah. Sebaliknya
cukuplah dengan bacaan surah al-Fatuhah sahaja. Ini
merupakan sunnah Nabi salla Allah `alaih wa sallam,
sebagaimana disebutkan di dalam hadith riwayat Abu
Qatadah radhiyallah `anh dan selain beliau; bahawa
Nabi salla Allah `alaih wa sallam tidak membaca mana-
mana ayat selepas al-Fatihah dalam rakaat ketiga dan
keempat, atau rakaat ketiga solat maghrib. Baginda
hanya membaca surah al-Fatihah.”6
Ibn Sirin berkata,

‫ال أعلمهم يختلفون في أنه يقرأ في الركعتين األوليين‬


‫ ويف األخريين بفاتحة الكتاب‬، ‫بفاتحة الكتاب وسورة‬
Terjemahan: “Saya tidak mengetahui jika ada ulama
berbeza pandangan; bahawa kita mesti membaca surah
al-Fatihah dan surah pada 2 rakaat pertama, dan hanya
membaca al-Fatihah dalam 2 rakaat berikutnya.” (Al-
Mughni, 2:281)
Masih banyak penghujahan yang digunakan oleh jumhur
ulama untuk menegakkan pendapat mereka dan menolak
penghujahan Imam al-Shafi`i.

6 Rujuk fatwa beliau yang berjudul


:
http://iswy.co/e3ied di dalam https://ar.islamway.net.

110
2 Kedua: Disunnahkan untuk membacanya. Ini merupakan
pendapat baru Imam al-Shafi`i seperti dijelaskan oleh
al-Nawawi di dalam sharah Sahih Muslim dan juga
merupakan salah satu pendapat Imam Ahmad. Al-Shirazi
berkata,
ََْ ََْ ْ َ َ ُ َ ُ َ َّ ْ َ َ َ
‫ فهل يقرأ السورة فيما‬.‫َوإِذا كانت الصلة ت ِزيد على َركعتي ِن‬
َ َ ُْ َ َْ َ َ ََْ ْ َ َ ْ َّ َ َ َ َ
‫ ل يستح ُّب؛‬:‫يم‬ ِ ‫ قال ف ِي الق ِد‬.‫الركعتي ِن؟ فِي ِه قول ِن‬ ‫زاد على‬
ُ ‫ول الل ّ َصلَّى‬ َ ُ َ َّ َ ُ ْ َ ُ َ ‫اد َة‬ َ ََ َُ َ َ َ
َّ ‫الل‬ َِ ‫ أن رس‬-‫ر ِض َي الل َّ عنه‬- ‫ل ِما ر وى أبو قت‬
ْ َ َ ُ ْ ْ َ َ ْ َّ ْ ُّ َ َ ُ َ ْ َ َ َ َ َّ َ َ ْ َ َ
‫علي ِه وسلم كان يقرأ ف ِي صلة ِ الظه ِر ف ِي الركعتي ِن الوليي ِن‬
ََ ْ َُ ُْ َ َ َ ْ ُّ َ ‫ب َفات َِح ِة الْك َِتاب َو ُس‬
‫ َوكن يس ِمعنا الية‬،‫ور ٍة ف ِي ك ِل َركع ٍة‬ ِ ِ
َ َ َ َ َّ ُ ُ َ َ َ ُْ ُ ُ َ ََ ً َ ْ َ
‫ وكن‬.ِ‫ وكن ي ِطيل ف ِي الول ما ل ي ِطيل ف ِي الثانِية‬،‫أحيانا‬
ْ َ َ َ ْ ْ َ َ ْ َّ ُ َْ
:‫وقال في األم‬. ‫ِيرتي ِن بفاتحة الكتاب‬ ‫يق َرأ ف ِي الركعتي ِن الخ‬
َ َّ َ ّ ْ ُ ْ َ َ َ ْ
‫ َو ِلنها‬،‫يد الخد ِر ِي‬ ٍ ‫يث أبِي س ِع‬ ِ ‫يستحب؛ لما روينا مِن ح ِد‬
ْ َ َ ُ ْ َ ُ َ ُّ َ ُ َ ْ ُ َ ُ َ َ ْ َ ُ َ ْ ُ ٌ َ ْ َ
‫ورة كالوليي ِن‬ ‫ فيشر ع فِيها الس‬،‫ركعة يشر ع فِيها الفات ِحة‬
Terjemahan: “Jika solat itu lebih daripada 2 rakaat,
adakah kita perlu membaca surah dalam dua rakaat
terakhir? Menurut pandangan lama Imam al-Shafi`i,
tidak disunatkan, berdasarkan hadith riwayat Abu
Qatadah radhiyallah `anh, bahawa Rasulullah salla
Allah `alaih wa sallam biasanya membaca al-Fatihah
dan surah dalam 2 rakaat pertama solat zohor. Ada masa,
Nabi memperdengarkan bacaan baginda. Baginda
biasanya memanjangkan rakaat pertama melebihi

111
rakaat yang kedua. Baginda juga hanya membaca surah
al-Fatihah dalam 2 rakaat berikutnya. Namun menurut
beliau di dalam al-Um (pandangan baru), disunatkan
membaca surah. Pandangan ini berdasarkan hadith
riwayat Abu Sa`id al-Khudri radhiyallah `anh. Dan juga
kerana setiap rakaat disyariatkan membaca al-Fatihah,
maka disyariatkan juga membaca surah sebagaimana 2
rakaat yang pertama.” (al-Muhadhab)
Imam al-Shafi`i sebenarnya memiliki beberapa hujjah
untuk menegakkan pendapat beliau. Antaranya ialah hadith
riwayat Abu Sa`id al-Khudri radhiyallah `anh yang berbunyi,
ْ ُّ َ َ ُ ْ َ َ َ َّ َ َْ َ ُ َّ َ َّ َّ َ
‫اهلل علي ِه َوسل َم كان يق َرأ ف ِي صلة ِ الظه ِر‬ ‫أن النبِ َّي صلى‬
ًَ َ ََ َ َْ َ ْ َ ُّ ْ َ َ ُ ْ ْ َ َ ْ َّ
‫ َو ِف‬، ‫ِين آية‬ ‫الركعتي ِن الوليي ِن ف ِي ك ِل ركع ٍة قدر ثلث‬ ‫ف ِي‬
َ َ َ ْ َ َ َ ً َ َ ْ َ َ ْ َ ْ َ ْ َ ْ ُْ
‫ َو ِف‬- ‫الخ َريي ِن قد َر خمس عش َرة آية أ ْو قال ن ِصف ذل ِك‬
َ ْ َ َ َ َ َْ َ َْ ُّ ْ َ َ ُ ْ ْ َ َ ْ َّ ْ َْ
‫اءة ِ خمس‬ ‫الركعتي ِن الوليي ِن ف ِي ك ِل ركع ٍة قدر ق ِر‬ ‫العص ِر ف ِي‬
َ َ ْ َْ َْ ْ ُ ْ ًَ َ ْ َ
‫عش َرة آية َو ِف الخ َريي ِن قد َر ن ِص ِف ذل ِك‬
Terjemahan: “Sesungguhnya Nabi salla Allah `alaih wa
sallam biasa membaca ayat -selepas al-Fatihah- dalam
2 rakaat pertama solat zohor dalam kadar 30 ayat. Dan
baginda membaca dalam kadar 15 ayat pada 2 rakaat
berikutnya, atau separuh daripada rakaat pertama.
Dalam solat asar, baginda membaca dalam kadar 15
ayat bagi 2 rakaat pertama dan separuh daripada itu
dalam 2 rakaat berikutya.” (Muslim, 452)

112
Selain daripada itu, terdapat maklumat menyatakan
bahawa Abu Bakar al-Siddiq radhiyallah `anh juga membaca
ayat ringkas iaitu ayat ke-8 surah Ali `Imran di dalam rakaat
ketiga solat maghrib.

Abu Ja`far al-Tahawi, ulama besar mazhab Hanafi

‫ففي ذلك ما قد دل على أنه قد كان يقرأ في الركعتين‬


: ‫ ويف الركعتين األخريين من العصر‬، ‫األخريين من الظهر‬
‫ التي هي سبع آيات ال غير‬، ‫زيادة على فاتحة الكتاب‬
Terjemahan: “Hadith ini menunjukkan bahawa Nabi
salla Allah `alaih wa sallam membaca (surah atau
ayat) dalam 2 rakaat terakhir solat zohor. Begitu juga
2 rakaat terakhir solat asar. Iaitu bacaan tambahan
selepas surah al-Fathihah yang terdiri daripada 7
ayat.” (Sharh Mushkil al-Athar, 11:212)

3 Ketiga: Hanya disunnahkan membaca surah pada rakaat


ketiga dan keempat solat zohor. Pendapat ini ada
diutarakan oleh Ibn Hazm di dalam al-Muhalla (4:101).

Rumusan:
Mungkin berpegang dengan pandangan jumhur lebih
meyakinkan dalam bab ini. Apa lagi penghujahan hadith Abu
Sa`id al-Khudri radhiyallah `anh dipertikaikan oleh sebilangan
ulama. Namun, terdapat pandangan lain yang menggabungkan
pendapat pertama dan kedua. Dalam rumusan ini, kita akan

113
kongsikan beberapa pendapat ulama yang menggabungkan
antara kedua-dua pandangan tersebut.

i. Pendapat al-Amir al-San`ani.


َ َ َّ َ َْ َ ُ َّ َ ُ َّ َ َ ُ َ ْ َ َ َ ْ ُ ْ َ ُ َ ْ َ
‫الل َّ علي ِه َوسل َم كان‬ ‫َويحت ِمل أن يجمع بينهما بِأنه صلى‬
َ َ َ َ َْ ْ َ َْ ْ ُ ْ ُ ََْ ًَ َ َ َ َُ ْ َ
، ‫ فيق َرأ ف ِي الخ َريي ِن غي َر الفات ِح ِة معها‬، ‫ارة‬ ‫يصنع هذا ت‬
ُ َ ْ ُ ً َّ ُ َ ََْ َ ُ َ َ ّ ُ ُ ََ ً َ ْ َ َ ُ َ َْ َ
‫ِيهما سنة تفعل‬ ِ ‫الزيادة عليها ف‬ ِ ‫ فتكون‬، ‫ِيهما أ َحيانا‬ ِ ‫ويقت ِصر ف‬
ً َ ْ ُ ُْ ً َْ َ
‫ َوتت َرك أحيانا‬، ‫أحيانا‬
Terjemahan: “Dan boleh jadi kita menggabungkan
kedua-dua pendapat, bahawa kadang-kadang Nabi
salla Allah `alaih wa sallam membaca surah selepas
al-Fatihah dalam 2 rakaat terakhir, dan kadang-
kadang baginda hanya membaca surah al-Fatihah.
Ini bermakna, membaca surah pada 2 rakaat terakhir
adalah sunnah yang dilakukan pada satu masa, dan
sunnah ditinggalkan pada satu masa.” Subul al-Salam,
2:118
ii. Pendapat Ibn al-Qayyim.
ْ َ ْ َ َ َ َّ َ َ ُ ْ َ َُْ َ َ َ َ
‫ إِن هذا أكث ُر ف ِعلِ ِه [يعني العمل‬:‫ك ُن أن يقال‬ ِ ‫َوعلى هذا فيم‬
ْ َ ْ ُ ْ ْ َ َ ْ َّ َ َ َ َّ
‫الركعتي ِن الخ َريي ِن‬ ‫ َو ُربما ق َرأ ف ِي‬، ]‫بما في حديث أبي قتادة‬
ُ َ ْ َ َ َّ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ
‫بِش ْي ٍء ف ْوق الفات ِح ِة كما دل علي ِه ح ِديث أبي سعيد‬
Terjemahan: “Rumusannya, mungkin boleh kita
katakan, bahawa dalam banyak masa Nabi salla Allah

114
`alaih wa sallam hany membaca surah al-Fatihah pada
2 rakaat terakhir seperti dinyatakan dalam hadith
riwayat Abu Qatadah. Dan ada masa baginda membaca
ayat tambahan berdasarkan hadith riwayat Abu Sa`id
al-Khudri radhiyallah `anh.” (Zad al-Ma`ad, 1:239)
iii. Pendapat Ibn Baz.

‫ فلو زاد اإلنسان سواء كان في الثالثة‬،‫فاألمر في هذا واسع‬


‫ أو في الثالثة في المغرب فال‬،‫ والعشاء‬،‫أو الرابعة في العصر‬
،‫ لكن ترك ذلك أفضل‬،‫حرج في ذلك وليس عليه سجود سهو‬
‫ في الظهر في الثالثة والرابعة‬،‫أما في الظهر فاألمر فيها واسع‬
ً
،‫إن زادها بعض األحيان عمل بحديث أبي سعيد فذلك حسن‬
ً
‫ عمل بحديث أبي قتادة في‬،‫ويكون في األغلب ال يزيد‬
‫الصحيحين أنه ﷺ كان يقرأ في األخريين من الظهر والعصر‬
‫ نعم‬،‫بفاتحة الكتاب‬.
Terjemahan: “Amalan dalam bab ini adalah luas.
Sesiapa yang ingin menambah bacaan dalam rakaat
ketiga dan keempat solat asar, atau isyak, atau rakaat
ketiga solat maghrib, maka tidak ada masalah untuk
berbuat demikian dan tidak perlu sujud sahu. Namun
meninggalkan amalan itu lebih baik. Dalam bab solat
zohor, konsepnya lebih luas. Sesiapa yang kadang-
kadang ingin membaca surah atau ayat tambahan
berpandukan hadith riwayat Abu Sa`id radhiyallah

115
`anh, maka ini adalah amalan yang baik. Cuma pastikan
dalam banyak keadaan, cukuplah dengan surah al-
Fatihah berpandukan hadith riwayat Abu Qatadah
radhiyallah `anh; bahawa Nabi salla Allah `alaih wa
sallam hanya membaca surah al-Fatihah dalam 2
rakaat terakhir solat zohor dan asar. Ya.”7
iv. Pendapat al-Albani

‫ويف الحديث دليل على أن الزيادة على الفاتحة في الركعتين‬


‫ منهم أبو بكر‬، ‫ وعليه جمع من الصحابة‬، ‫األخيرتين سنة‬
‫ وهو قول اإلمام الشافعي سواء كان‬، ‫الصديق رضي اهلل عنه‬
‫ وأخذ به من علمائنا المتأخرين‬، ‫ذلك في الظهر أو غيرها‬
‫أبو الحسنات اللكنوي‬
Terjemahan: “Dan di dalam hadith ada dalil
menunjukkan bahawa membaca surah selepas al-
Fatihah dalam 2 rakaat terakhir adalah sunnah. Hal ini
diamalkan oleh beberapa orang sahabat antaranya Abu
Bakar al-Siddiq radhiyallah `anh. Ini juga merupakan
pendapat Imam al-Shafi`i, sama ada di daam solat zohor
atau selainnya. Antara ulama terkini yang memegang
pendapat ini ialah Abu al-Hasanat al-Laknawi.” (Sifah
al-Solah, 113)

7 Fatwa Ibn Baz yang berjudul


di dalam https://binbaz.org.sa.

116
v. Pendapat Ibn `Uthaimin
ُ ٌ ْ َ
:‫ فيقال‬، ‫الذي يظهر أن إمكان الجمعِ حاصل بين الحديثين‬
ُّ ً ّ ّ َ َّ
‫الرسول صلى اهلل عليه وسلم أحيانا يفعل ما يدل عليه‬ ‫إن‬
ُّ ً
‫ وأحيانا يفعل ما يدل عليه حديث أبي‬، ‫حديث أبي سعيد‬
‫قتادة‬
Terjemahan: “Yang jelasnya ialah, menggabungkan
kedua-dua hadith. Kita katakan, ada masa Nabi salla
Allah `alaih wa sallam membaca surah dalam 2
rakaat terakhir seperti disebutkan dalam hadith Abu
Sa`id radhiyallah `anh, dan ada masa baginda tidak
mmebacanya seperti disebutkan dalam hadith Abu
Qatadah radhiyallah `anh.” (Al-Sharh al-Mumti`,
3:215)

Rujukan utama:
1 Sharh Sahih Muslim karya al-Nawawi.

2 Al-Ahkam al-Fiqhiyyah al-Khassah bi al-Qur’an al-Karim


karya Profesor Doktor `Abd al-`Aziz bin Muhammad.

3 Tulisan Sheikh al-Munajjid yang berjudul

di dalam https://islamqa.info

117
Apabila

22
Imam
Agak Lama
Ketika
Qiyam
Solat
Sirriyyah
Persoalan:

S aya pernah solat zohor bersama imam. Setelah membaca


al-Fatihah, saya membaca surah Quraisy. Setelah tamat,
imam belum lagi rukuk. Apa yang saya perlu lakukan
sementara menunggu imam rukuk?

Penjelasan:
Perkara asas yang perlu kita fahami, seperti yang kita tegaskan
beberapa kali, bahawa orang yang solat tidak digalakkan
berdiam diri di dalam solat melainkan ketika mendengar bacaan
al-Quran oleh imam dalam 2 rakaat pertama solat jahriyyah.

Antara kesilapan yang biasa dilakukan oleh sebahagian


makmum ialah, mereka mendiamkan diri selepas membaca
surah al-fatihah. Tindakan ini bersalahan dengan sunnah seperti
diperihalkan oleh Jabir bin `Abdillah radhiyallah `anhum,
ْ َ َ ْ َّ َْ َ ْ َ ْ َ ْ ُّ ُ ْ َ َّ ُ
‫الركعتي ِن‬ ‫ام ف ِي‬ ِ ‫اإل َم‬
ِ ‫ف‬ ‫ل‬‫خ‬ ‫ر‬ِ ‫ف ِي الظه ِر والع‬
‫ص‬ ‫كنا نق َرأ‬
َ َ ْ َ ْ ُ َ ‫ب َفات َِح ِة الْك َِتاب َو ُس‬ ََْ ُ
‫ َو ِف األخ َريي ِن بِفات ِح ِة‬, ‫ور ٍة‬ ِ ِ ‫األوليي ِن‬
َ ْ
‫اب‬
ِ ‫الكِت‬
Terjemahan: “Kami membaca surah al-Fatihah dan
surah ketika solat zohor dan asar di belakang imam.
Dalam 2 rakaat terakhir, kami hanya membaca surah
al-Fatihah.” (Ibn Majjah, 843)
Maka, saudara perlu menambah bacaan mana-mana surah
atau ayat al-Quran sehinggalah imam rukuk. Ibn `Uthaimin
menjelaskan perkara ini,

‫ال يسكت المأموم إذا فرغ من قراءة الفاتحة وسورة قبل أن‬
‫ حتى لو كان في‬،‫ بل يقرأ حتى يركع اإلمام‬, ‫يركع اإلمام‬
‫الركعتين اللتين بعد التشهد األول وانتهى من الفاتحة ولم‬
‫يركع اإلمام فإنه يقرأ سورة أخرى حتى يركع اإلمام ؛ ألنه‬
‫ليس في الصالة سكوت إال في حال استماع المأموم لقراءة‬
‫إمامه‬
Terjemahan: “Makmum tidak boleh berdiam diri
selepas selesai membaca al-Fatihah dan surah sebelum
imam rukuk. Malah, makmum perlu membaca lagi
sehinggalah imam rukuk. Begitu juga dalam 2 rakaat
berikutnya selepas tashahhud awal, jika imam belum
rukuk setelah kita menamatkan bacaan al-Fatihah,
maka makmum perlu membaca mana-mana surah
sehinggalah imam rukuk. Kerana tidak boleh berdiam
diri di dalam solat melainkan ketika kita mendengar
bacaan al-Quran imam (ketika qiyam).” (Majmu`
Fatawi Ibn `Uthaimin, 15:108)

120
Rumusan:
1 Saudara teruskan bacaan mana-mana surah
atau ayat sehinggalah imam rukuk.

2 Sebaik-baiknya saudara membaca surah secara


tertib. Selepas Quraisy, bacalah surah al-Ma`un.

3 Namun, jika saudara bimbang surah berikutnya


adalah surah panjang seperti al-`Alaq, maka
saudara boleh memilih surah yang datang
berikutnya lagi seperti al-Qadar, atau mana-
mana surah yang mudah buat saudara.

4 Bagi orang yang baru memeluk Islam atau baru


berubah, sekiranya baru menghafal sedikit
surah, maka boleh membaca surah yang sama
berkali-kali sehinggalah imam rukuk. Bagi
orang yang langsung tidak menghafaz al-
Quran, maka boleh berzikir Subhanallah wa
alhamdulillah wa la ilaha illallah wa Allah akbar
atau mana-mana zikir yang diingati banyak kali
sehinggalah rukuk.

121
Hukum

23 Membaca
Surah
Selepas
Al-Fatihah
Persoalan:

A pakah hukum membaca surah selepas al-Fatihah? Biasanya


kalau saya solat seorang diri, saya tidak akan membaca
surah atau ayat al-Quran selepas membaca surah al-
Fatihah.

Penjelasan:
Saya akan bahaskan tentang hukum membaca surah terlebih
dahulu. Membaca surah selepas al-Fatihah adalah sunat seperti
dijelaskan oleh al-Nawawi.

‫ فيه‬: « ‫ ومن زاد فهو أفضل‬، ‫ومن قرأ بأم الكتاب أجزأت عنه‬
‫وفيه استحباب‬. ‫ وأنه ال يجزى غيرها‬، ‫دليل لوجوب الفاتحة‬
‫ وهذا مجمع عليه في الصبح والجمعة‬،‫السورة بعدها‬
ْ
، ‫واألوليين من كل الصلوات وهو سنة عند جميع العلماء‬
‫وحكى القاضي عياض رحمه اهلل تعالى عن بعض أصحاب‬
‫وأما السورة في الثالثة‬. ‫مالك وجوب السورة وهو شاذ مردود‬
‫والرابعة فاختلف العلماء هل تستحب أم ال وكره ذلك مالك‬
‫رحمه اهلل تعالى واستحبه الشافعي رضي اهلل عنه في قوله‬
‫ الجديد دون القديم والقديم هنا أصح‬.
Terjemahan: “Pernyataan Abu Hurairah radhiyallah
`anh yang berbunyi [Sesiapa yang membaca Um al-
Kitab sahaja, saya berpandangan ia adalah harus.
Namun sesiapa yang membaca surah selepas itu,
itulah yang sebaik-baiknya]. Hadith ini menunjukkan
kita wajib membaca al-Fatihah, dan tidak boleh
digantikan dengan bacaan surah lain. Ia juga menjadi
dalil disukai untuk kita membaca surah selepasnya.
Hal ini telah disepakati untuk diamalkan di dalam
solat subuh, jumaat dan 2 rakaat pertama mana-mana
solat. Hukumnya adalah sunat menurut semua ulama.
Al-Qadi `Iyad rahimahullah menjelaskan terdapat
pandangan sebahagian ulama Malikiyyah yang
berpandangan wajib membaca surah. Pandangan ini
ganjil dan tertolak. Ulama juga berbeza pandangan
tentang hukum membaca surah pada rakaat ketiga
dan keempat. Malik rahimahullah menghukumnya
sebagai makruh, sebaiknya al-Shafi`i rahimahullah
menghukumnya sebagai sunat menurut pandangan
terbaru beliau. Pandangan lama -tidak sunat membaca
surah pada rakaat ketiga dan keempat- lebih tepat.”
(Sharh Sahih Muslim, 4:105-106)
Ibn `Uthaimin menjelaskan,

‫وقراءة السورة ( بعد الفاتحة ) على قول جمهور أهل العلم‬


‫سنة و ليست واجبة ألنه ال يجب إال قراءة الفاتحة‬.
Terjemahan: “Dan membaca surah selepas al-Fatihah
menurut pandangan jumhur ahli ilmu ialah sunat
bukannya wajib. Ini kerana kita tidak wajib melainkan
hanya membaca surah al-Fatihah.” (Al-Sharh al-
Mumti`, 3:103)
124
Berdasarkan dua pandangan ulama ini, kita memahami
bahawa membaca surah selepas al-Fatihah adalah sunat
bukannya wajib. Lebih besar daripada itu ialah amalan membaca
surah adalah sunnah Nabi salla Allah `alaih wa sallam. Apabila
kita meletakkan pada kedudukan sunnah baginda, barulah kita
akan berasa malu untuk tidak membacanya.

Rumusan:
1 Digalakkan kita membaca surah selepas
membaca surah al-Fatihah untuk mencapai
kesempurnaan solat. Kesempurnaan solat
antaranya terletak pada “menurut sunnah.”

2 Kesemua orang merangkumi imam dan orang


yang solat sendirian disunnahkan membaca
surah selepas membaca al-Fatihah pada rakaat
pertama dan kedua.

3 Makmum disunnahkan membaca surah pada


rakaat pertama dan kedua hanya di dalam
solat sirriyyah (bacaan perlahan) seperti solat
zohor dan asar, namun tidak sunnah di dalam
solat jahriyyah (bacaan kuat) seperti maghrib.
Makmum mesti memberikan fokus kepada
bacaan imam.

Rujukan utama:
i. Sharh Sahih Muslim oleh al-Nawawi.
ii. Tulisan Sheikh al-Munajjid yang berjudul
di dalam
https://islamqa.info.

125
Masbuq

24 Membaca
Surah Pada
Rakaat
Ketiga Dan
Keempat
Persoalan:

B enarkah mazhab al-Shafi`i menyarankan orang yang


masbuq untuk membaca surah pada baki rakaat yang ada?

Penjelasan:
Persoalan ini ada kaitan dengan perbahasan-perbahasan yang
lepas, cuma persoalan ini lebih spesifik. Sebagai perincian, kes
ini merujuk kepada orang yang terlepas 2 rakaat pertama. Atau,
mereka sempat bersama dengan imam ketika rukuk pada rakaat
kedua.

Pada kebiasaannya, kita akan menambah rakaat dengan


hanya membaca al-Fatihah tanpa membaca surah. Dalam isu ini,
persoalan yang ditimbulkan ialah, jika kita hanya membaca al-
Fatihah pada baki rakaat seterusnya, bermakna solat kita kosong
daripada bacaan surah.

Ulama-ulama mazhab al-Shafi`i antara al-Nawawi di dalam


sharah Sahih Muslim dan Imam al-Ramli di dalam fatwa beliau
menegaskan pendapat Imam al-Shafi`i, bahawa masbuq yang
terlepas qiyam pada rakaat pertama dan kedua, perlu membaca
surah pada rakaat yang berbaki. Tujuannya adalah supaya solat
tidak sunyi daripada bacaan surah.

Namun, jika kita sempat selewat-lewatnya rukuk pada


rakaat kedua bersama imam, maka hendaklah kita berusaha
untuk membaca surah pada rakaat ketiga bersama imam. Al-
Nawawi menjelaskan perkara ini,

‫لو كان اإلمام بطيء القراءة وأمكن المأموم المسبوق أن يقرأ‬


‫السورة فيما أدرك فقرأها لم يعدها في األخيرتين إذا قلنا‬
‫تختص القراءة باألوليين‬
Terjemahan: “Jika bacaan imam perlahan dan
memungkinkan makmum masbuq untuk membaca
surah setakat termampu, maka hendaklah mereka
membacanya ketika itu dan tidak perlu membacanya
pada 2 rakaat yang berbaki. ini kerana kita berpendapat
bacaan surah hanya disunnahkan pada 2 rakaat yang
pertama.”
Terdapat ulama menyatakan hanya perlu membaca surah
al-Fatihah, namun tidak mnegapa jika ingin membaca surah.

Untuk lebih memahami kaedah yang perlu diambil, kita


nyatakan contoh situasi.

 Situasi 1: Amin sempat rukuk pada rakaat kedua solat


zohor bersama imam. Bermaksud, Amin hanya terlepas
satu rakaat.

i. Langkah 1: Jika sempat, Amin hendaklah membaca


surah ringkas atau mana-mana ayat selepas al-
Fatihah ketika rakaat ketiga bersama imam.

128
ii. Langkah 2: Jika Amin tidak sempat membaca surah
pada rakaat ketiga disebabkan imam sudah rukuk,
maka Amin boleh membaca surah pada rakaat
terakhir.

 Situasi 2: Amin sempat rakaat ketiga bersama imam.

i. Langkah 1: Jika sempat, Amin hendaklah membaca


surah ringkas atau mana-mana ayat pada rakaat
ketiga.

ii. Langkah 2: Jika tidak sempat, Amin bolehlah


membaca surah selepas al-Fatihah pada rakaat
keempat.

iii. Langkah 3: Jika tidak sempat juga, Amin bolehlah


membaca surah pada baki rakaat.

129
Membaca

25 Ayat
Tidak Penuh
Dalam
satu
Rakaat
Persoalan:

B olehkah seseorang tidak menghabiskan ayat secara penuh


di dalam satu-satu rakaat? Contoh, ada seseorang telah
membaca ayat hutang (ayat terpanjang di dalam al-Quran
yang terdapat di dalam Surah al-Baqarah) dan dibaca di dalam
empat rakaat yang berbeza.

Penjelasan:
Berikut ialah penjelasan yang amat menarik daripada Sheikh
Muhammad Solih al-Munajjid.8 Asasnya, beliau menyatakan
harus berbuat demikian terutamanya jika ayat itu merupakan
ayat yang panjang seperti ayat hutang. Beberapa hujjah yang
dikemukakan oleh beliau -dengan sedikit tambahan daripada
penulis- seperti berikut:

Pertama: Ayat al-Quran kesemuanya merupakan kalamullah.


Sesiapa yang membaca walau satu kalimah, tetap dikira ibadah
dan diberikan pahala. Apa lagi ayat 20 Surah al-Muzzammil
berbunyi, [ ] maksudnya, “Maka
bacalah apa-apa yang mudah di dalam al-Quran.”

Kedua: Ayat al-Quran mengandungi mesej dan kandungan


makna yang sangat sempurna. Ada ayat menjadi sempurna dan
boleh difahami setelah kita membaca dalam dua ayat seperti
ayat ke-4 dan ke-5 Surah al-Ma`un yang berbunyi [
(4) (5)].

8 Rujuk tulisan beliau yang berjudul


di dalam Islamqa.info.
Ada ayat yang boleh difahami melalui satu ayat sahaja. Dan
ada juga ayat yang boleh difahami walau membaca sebahagian
daripadanya, tanpa menafikan kefahaman itu tidak sempurna
secara keseluruhan. Ini bermakna, sekiranya kita membaca
sebahagian ayat namun sampai kepada mesejnya, diharuskan.

Ketiga: Tidak ada dalil yang jelas yang melarang kita berbuat
demikian.

Keempat: Terdapat beberapa ulama yang mengharuskannya.


Ibn al-Humam al-Hanafi berkata,

‫ قيل‬، ‫لو قرأ نصف آية طويلة مثل آية الكرسي والمداينة‬
‫ وبه جزم‬...‫ وعامتهم على الجواز‬، ‫ ال يجوز لعدم اآلية‬:
‫ الصحيح من مذهب أبي حنيفة رحمه اهلل أن‬: ‫القدوري فقال‬
‫ فإنه قال‬، ‫ وهو قول ابن عباس‬، ‫ما يتناوله اسم القرآن يجوز‬
‫ اقرأ ما تيسر معك من القرآن‬:.
Terjemahan: “Membaca separuh ayat seperti Ayat
Kursi dan ayat hutang. Ada pendapat mengatakan
tidak harus. Ulama secara umumnya berpendapat
harus. Inilah pendapat dipertegaskan oleh al-Quduri
yang mana beliau berkata: [Yang sahih menurut
Mazhab Hanafi rahimahullah ialah apa-apa yang
terkandung padanya nama al-Quran maka diharuskan.
Inilah pendapat Ibn `Abbas radhiyallah `anhuma.
Sesungguhnya beliau berkata: Bacalah apa-apa yang
mudah bagimu daripada al-Quran.]” (Fath al-Qadir)

132
Al-Nafrawi al-Maliki berkata,

‫ شيئا من‬- ‫ على جهة السنية‬- ‫بعد قراءة أم القرآن تقرأ‬


‫ أو ( مدهامتان‬،) ‫ ولو آية قصيرة كـ ( ذواتا أفنان‬، ‫القرآن‬
‫ واألفضل‬. ‫ أو بعض آية طويلة كآية الدين‬،]64 :‫) [الرحمن‬
‫سورة كاملة‬
Terjemahan: “Selepas membaca Um al-Quran,
maka kamu bacalah -berdasarkan sunnah- ayat al-
Quran, meskipun hanya membaca ayat pendek seperti
[ ] dan [ ] daripada Surah al-Rahman,
atau sebahagian daripada ayat panjang seperti ayat
hutang. Yang utamanya ialah membaca surah secara
penuh.” (Boleh rujuk Mazhab Maliki menerusi kitab al-
Fawakih al-Dawai dan Hashiyah al-Dusuqi)
Ibn Hajar al-Haitami berkata,

‫حصول أصل السنة بأقل من آية‬


Terjemahan: “Terhasilnya sunnah meskipun membaca
tidak sampai satu ayat.” (al-Minhaj al-Qawim sharh
al-Muqaddimah al-Hadramiyyah)
Al-Bujairimi al-Shafi`i berkata,

‫ وهو محتمل إذا كان‬، ‫لو قرأ بعض آية حصل أصل السنة‬
‫ كاآلية القصيرة المفيدة‬، ‫مفيدا‬

133
Terjemahan: “Meskipun hanya membaca sebahagian
ayat, terhasillah sunnah. Merujuk kepada ayat yang
mengandungi kandungan yang jelas, seperti ayat
pendek yang jelas kandungannya.” (Tuhfah al-Habib
`ala sharh al-Khatib)
Al-Mardawi berkata,

‫الصحيح من المذهب أن قراءة السورة بعد الفاتحة في‬


‫ قال في الفروع‬... ‫ وعليه األصحاب‬، ‫الركعتين األوليين سنة‬
‫ لظاهر الخبر‬، ‫ وظاهره ولو بعض آية‬:
Terjemahan: “Yang sahih menurut mazhab (Ahmad),
membaca surah selepas al-Fatihah dalam dua rakaat
pertama adalah sunnah. Inilah pendapat yang dipegang
oleh ulama-ulama Hanbali. Menurut pendapat dalam
permasalahan cabang, terhasilnya sunnah meskipun
hanya membaca sebahagian ayat berdasarkan
maklumat yang zahir.” (al-Insaf)

Rumusan:
Meskipun harus berbuat demikian, namun sebaik-baiknya kita
mengelakkannya dan bacalah ayat secara penuh. Apabila kita
membacanya secara penuh, barulah kefahaman ayat tersebut
menjadi lebih konkrit dan jelas. Disebabkan itulah ulama salaf
menyukai untuk kita menghabiskan satu surah secara penuh
dalam satu rakaat sehingga ada kalangan mereka menggalakkan
kita membaca surah-surah yang tidak panjang.

134
Hadith Sunan Abi Dawud ada berbunyi,
َ َ ُْ َ َ َّ َ َْ ْ َ َ ُ ْ َ َ َّ َ
ّ َِ ‫ سبحان الل‬: ‫ قال‬، ‫ج ِر ُّي ما بِالنصارِ ِّي م َِن الد ِم‬ِ ‫لما رأى المها‬
ََ َ ُ َْ َ ُ َ ُْ َ َ َ َ َ َ َََْْ ََ
‫ور ٍة أق َر ؤها فل ْم‬ ‫ كنت ف ِي س‬: ‫ قال‬. ‫أل أنبهتنِي أ َّول ما َرمى‬
َ َ َ ْ َ ْ َ َّ ُ
‫ِب أن أقطعها‬ ‫أح‬
Terjemahan: “Apabila sahabat Muhajirin melihat darah
keluar daripada sahabatnya Ansar, beliau berkata:
Subhanallah, kenapa kamu tidak memaklumkan kepada
ketika mula-mula dipanah? Beliau menjelaskan: Saya
sedang membaca surah dan saya tidak suka untuk
memutuskan bacaannya.”
Ibn Qayyim al-Jawziyyah juga berkata,

‫ وربما قرأها في الركعتين‬، ‫كان من هديه قراءة السورة كاملة‬


‫ وأما قراءة أواخر السور وأوساطها‬. ‫ وربما قرأ أول السورة‬،
‫فلم يحفظ عنه‬
Terjemahan: “Antara petunjuk baginda ialah membaca
surah secara penuh. Dan dibaca dalam dua rakaat
pertama. Juga dibaca bermula awal surah. Adapun
tindakan membaca akhir surah, atau pertengahan, tidak
datang daripada Nabi salla Allah `alaih wa sallam.”
(Zad al-Ma`ad)

135
Membaca

26 Dua Surah
Dalam
satu
Rakaat
Persoalan:

B olehkah seseorang itu membaca dua buah surah dalam


satu rakaat? Sebagai contoh, pada rakaat pertama,
saya membaca Surah al-Dhuha dan al-Inshirah selepas
membaca al-Fatihah.

Penjelasan:
Sheikh Muhammad Solih al-Munajjid menyatakan keharusan
seseorang untuk membaca beberapa surah selepas al-Fatihah
sama ada Imam, makmum dan orang yang solat sendirian.
Dengan syarat, Imam tidak boleh memanjang-manjang sehingga
ke tahap menyusahkan makmum.9

Hadith sahih yang disampaikan oleh Huzaifah bin al-


Yamani radhiyallah `anhuma menunjukkan Nabi salla Allah
`alaih wa sallam pernah membaca Surah al-Baqarah, al-Nisa’
dan Ali `Imran dalam satu rakaat. (Rujuk Sahih Muslim)

Ibn `Uthaymin dalam fatwa beliau berkata,


ً
‫ وله‬، ‫ أو ثالثا‬، ‫ويجوز لإلنسان أن يقرأ بعد الفاتحة سورتين‬
‫ أو يقسم السورة إلى نصفين‬، ‫أن يقتصر على سورة واحدة‬
َّ َ َ َ ُ ْ
‫ ( فاق َرأوا ما تيس َر م َِن‬: ‫ ولك ذلك جائز لعموم قوله تعالى‬،
( : ‫ ولقول النبي صلى اهلل عليه وسلم‬، 20/‫آن ) المزمل‬ ُْْ
ِ ‫القر‬
‫) ثم اقرأ ما تيسر معك من القرآن‬
9 Rujuk tulisan beliau yang berjudul di dalam
Islamqa.info.
Terjemahan: “Dan harus bagi seseorang untuk
membaca dua buah surah selepas al-Fatihah, atau
tiga surah. Dia juga boleh membaca hanya satu surah.
Atau membahagikan surah kepada dua bahagian.
Kesemuanya harus berdasarkan dalil yang bersifat
umum, [Maka bacalah apa-apa yang mudah daripada
al-Quran.] -al-Muzzammil: 20- Dan berdasarkan
sabdaan Nabi salla Allah `alaih wa sallam yang
berbunyi, [Kemudian bacalah apa-apa yang mudah
bagimu di dalam al-Quran.]”
Ibn Baz berkata,

،‫ أن يقرأ سورتين أو أكثر بعد الفاتحة‬، ‫ال حرج في ذلك‬


‫وقد ثبت عنه صلى اهلل عليه وسلم أنه قرأ بـ (البقرة) و‬
‫ وأقر بعض الصحابة على‬، ‫(النساء) و (آل عمران) في ركعة‬
،)‫ (قل هو اهلل أحد‬: ‫ مع قراءة‬،‫قراءة الفاتحة وسورة بعدها‬
‫ فجمع بين سورتين‬.
Terjemahan: “Tidak ada masalah untuk membaca dua
buah surah atau lebih selepas membaca al-Fatihah.
Telah sabit daripada Nabi salla Allah `alaih wa sallam
bahawa baginda membaca Surah al-Baqarah, al-Nisa
dan Ali `Imran dalam satu rakaat. Dan juga ada sahabat
yang membaca surah dan Surah al-Ikhlas selepas al-
Fatihah; bermakna mereka menggabungkan dua buah
surah.”

138
Rumusan:
Seseorang yang solat bersendirian bolehlah membaca seberapa
banyak surah yang dia kehendaki, terutamanya ketika dia
menunaikan Solat Tahajjud. Ini kerana solat yang terbaik ialah
berdiri panjang/lama di dalam solat.

Makmum juga boleh membaca seberapa banyak surah


di dalam solat bacaan perlahan seperti Zohor dan Asar selagi
mana Imam boleh bergerak ke posisi Rukuk. Sebagai contoh, kita
berada pada rakaat pertama Solat Zohor. Setelah menamatkan
bacaan al-Fatihah, kita membaca Surah al-Fil. Imam masih belum
rukuk. Kita teruskan bacaan Surah Quraish. Selagi Imam belum
Rukuk, selgi itulah kita meneruskan bacaan al-Quran. Namun,
kita tidak boleh berbuat demikian dalam solat bacaan kuat
seperti Subuh kerana kita mesti mendengar dan menghayati
bacaan Imam.

Imam boleh membaca beberapa surah dengan syarat tidak


sampai menyusahkan makmum. Jika Imam sekadar membaca
Surah al-Dhuha, al-Inshirah dan al-Tin dalam satu rakaat, itu
belum sampai ke tahap menyusahkan makmum. Apapun, Imam
lebih mengetahui keadaan masing-masing.

139
Hukum

27 Membilang
Ayat Quran
Dan Tasbih
Dalam
Solat
Persoalan:

A pakah saya boleh membilang ayat Quran supaya saya


dapat memastikan rakaat pertama lebih panjang daripada
rakaat kedua? Dan, apakah saya boleh membilang-bilang
tasbih dengan menggunakan tangan?

Penjelasan:
Ahli imu telah lama membahaskan isu ini, dan insha Allah saya
akan merumuskan seringkas dan semudah mungkin.

Al-Kasani di dalam al-Bada’i‘ al-Sana’i‘ menukilkan pendapat


Imam Abu Hanifah, bahawa makruh membilang-bilang ayat
dan tasbih dalam solat. Secara terperinci, hukum makruh hanya
terpakai dalam solat fardhu, sebaliknya diharuskan (rukhsah)
dalam solat sunat.

Imam Abu Hanifah berpendapat, jika kita membilang


dengan menggunakan tangan pula, bermaksud kita telah
meninggalkan sunnah. Sefaham kita ialah, tangan perlu
diletakkan dengan tertib, bukannya digerakkan jari untuk
membilang. Perbuatan itu menurut beliau, adalah makruh.

Bagi Ibn Qudamah di dalam al-Mughni, tidak makruh


membilang ayat dalam solat. Apa lagi kita ada sebab berbuat
demikian. Sebagai contoh, kita sendiri apabila membaca surah
al-Naba’ tanpa melihat mushaf, kita akan membilang-bilang
ayat dengan jari untuk memastikan ayatnya mencukupi; iaitu
sebanyak 40 ayat.
Dikatakan antara ulama yang mengharuskan perbuatan
ini ialah al-Hasan. Beliau secara khususnya mengharuskan kita
membilang ayat al-Quran sahaja dalam solat.

Sekarang, saya akan menjelaskan pendapat mazhab al-


Shafi‘i. Al-Nawawi berkata,

‫وأما عد اآليات في الصالة فمذهبنا أن األوىل اجتنابه وال‬


‫يقال إنه مكروه‬
Terjemahan: “Adapun membilang ayat dalam solat,
maka mazhab kami berpendapat sebaiknya dijauhi.
Tidak dikatakan makruh. Namun Abu Hanifah
mengatakan makruh.” (Al-Majmu‘, 5:141)
Meskipun demikian, rujuk balik kupasan kita berkenaan
pendapat mazhab Hanafi di atas.

Ibn al-Mundhir berkata,

‫رخص فيه ابن أبي مليكة وأبو عبد الرحمن السلمي وطاوس‬
‫وابن سيرين والشعبي والنخعي والمغيرة بن حكيم والشافعي‬
‫وأحمد واسحق وكرهه أبو حنيفة‬
Terjemahan: “Antara ulama yang memberikan
keringanan dalam bab ini ialah Ibn Abi Mulaikah, Abu
‘Abd al-Rahman al-Sulami, Tawus, Ibn Sirin, al-Sha‘bi,
al-Nakha‘i, al-Mughirah bin Hakim, al-Shafi‘i, Ahmad,
dan Ishaq. Abu Hanifah menghukumnya makruh.”

142
Rumusan:
Diharuskan kita membilang ayat-ayat al-Quran dan tasbih jika
ada tujuan seperti kita ingin memastikan bahawa kita membaca
surah secara lengkap. Sebaik-baiknya, kita tidak berbuat
demikian jika tiada tujuan.

Rujukan:
Al-Majmu‘.

143
Kadar

28 Rukuk
Bersama
Imam
Persoalan:

J ika kita sempat rukuk bersama imam, kita dikira mendapat


rakaat tersebut. Namun, saya keliru. Adakah saya disyaratkan
tama’ninah ketika rukuk tersebut?

Penjelasan:
Maksud tama’ninah ialah sekurang-kurangnya kita sempat rukuk
dalam kadar bacaan tasbih “subhanallah”.

Dalam kes ini, saya akan merujuk jawapan menurut mazhab


al-Shafi‘i. Al-Nawawi menjelaskan seperti berikut,

‫ إذا أدرك مسبوق اإلمام راكعا وكبر‬:‫قال الشافعي واألصحاب‬


‫وهو قائم ثم ركع فإن وصل المأموم إلى حد الركوع المجزئ‬
‫وهو أن تبلغ راحتاه ركبتيه قبل أن يرفع اإلمام عن حد‬
‫ قال صاحب‬.‫الركوع المجزئ فقد أدرك الركعة وحسبت له‬
‫ ويشترط أن يطمئن المأموم في الركوع قبل ارتفاع‬:‫البيان‬
‫اإلمام عن حد الركوع المجزئ‬
Terjemahan: “Imam al-Shafi‘i dan ulama-ulama
mazhab kami berkata: Apabila orang masbuq mendapati
imam sedang rukuk, dia takbir dalam keadaan berdiri,
kemudian rukuk, jika dia sempat rukuk yang paling
minimum iaitu tangannya mencecah lutut, sebelum
imam mengangkat kepalanya melebihi kadar minimum
rukuk, maka makmum itu dikira mendapat rakaat.
“Pengarang kitab al-Bayan menjelaskan: Dan
disyaratkan makmum (masbuq) itu sempat tama’ninah
ketika rukuk sebelum imam mengangkat kepala melebihi
kadar minimum rukuk.

“Meskipun demikian, jumhur ulama kami tidak


mensyaratkan tama’ninah.” (Al-Majmu‘, 5:245)
Al-Nawawi menerangkan bahawa kita wajib tama’ninah
ketika rukuk tersebut; menyokong pendapat pengarang al-Bayan.

Sehubungan itu, jika kita terkeliru adakah kita sempat


rukuk bersama imam atau tidak, maka rukuk tersebut tidak
dikira. Ini adalah keputusan dalam mazhab al-Shafi‘i.

Ini bermakna, jika kita takbir, kemudian turun rukuk,


namun berselisih dengan imam yang ketika itu sedang bangun
daripada rukuk, maka rakaat tersebut tidak dikira.

Rujukan:
Al-Majmu‘.

146
Imam

29 Rukuk
Dan
Sujud
Agak Lama
Persoalan:

S aya pernah berimamkan seseorang yang rukuk dan sujud


agak lama. Saya terpaksa membaca tasbih sampai 7 kali,
barulah imam bangun. Bukankah tindakan imam ini
menyalahi sunnah nabi untuk meringkaskan solat?

Penjelasan:
Banyak perkara yang saya perlu jelaskan. Saya seperti biasa akan
membuat penjelasan seringkas dan sepadat mungkin.

1 Pertama: Solat Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam dianggap


ringkas dan sederhana. Namun, definisi solat ringkas-
sempurna Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam itu perlukan
dalil bukannya perasaan.

Dikatakan baginda membaca sekitar 30 ayat atau lebih


kurang surah al-sajadah dalam rakaat pertama solat zohor.
Begitu juga rakaat kedua.

Solat subuh lebih panjang daripada itu.

Anas bin Malik radhiyallah ‘anh pernah memuji solat ‘Umar


bin ‘Abd al-‘Aziz yang dianggap paling menyerupai solat baginda.

‘Umar bertasbih sebanyak 10 kali ketika rukuk dan sujud.

2 Kedua: Sehubungan itu, maksud Nabi salla Allah ‘alaih


wa sallam agar imam meringankan solat perlu dinilai
dengan nas dan ‘uruf atau keadaan setempat.
Insha Allah saya akan kupaskan nanti.

3 Ketiga: Dalam bab bacaan tasbih ketika rukuk dan sujud.


Secara mudahnya begini.

÷ Bacaan sekali, mesti, atau wajib menurut Hanbali.

÷ Bacaan 3 kali, adalah bacaan paling kurang sempurna.

÷ Bacaan 5 kali adalah bacaan sederhana sempurna.

÷ Bacaan 7 kali atau 10 kali, adalah bacaan yang sempurna.

Bacaan melebihi kadar itu, ditambah zikir-zikir dan doa-doa


lain, terutamanya ketika solat sendirian atau solat sunat, adalah
sangat dituntut malah teramat baik. Semakin banyak, semakin
menambahkan kesempurnaan dan keindahan solat.

4 Keempat: Ulama berbeza pandangan tentang berapakah


bilangan tasbih sebaik-sebaiknya bagi imam.

Ada ulama mengatakan hanya 3 kali. Ada ulama


mengatakan 5 kali. Ibn Baz menyarankan supaya kita mengambil
yang sederhana. Bacaan 3 kali menurut saya, adalah amat sedikit.
Persoalannya, sampai bila kita mahu berpuas hati hanya dengan
bacaan sebanyak 3 kali. Kita perlukan perubahan dalam ruang
konsisten dan konsten dalam beribadah khususnya solat.

‫ « سبحان ريب األعلى « ال يقتصر على‬: ‫يقول في السجود‬


‫ هذا أفضل‬،‫ بل يزيد ثالثا أو خمسا أو سبعا‬، ‫الواجب مرة‬
‫ « سبحان ريب العظيم « أدنى الكمال‬: ‫ وهكذا في الركوع‬،

149
‫ خمسا وسبعا وعشرا هو أفضل‬، ‫ وإن زاد فهو أفضل‬، ‫ثالث‬
‫ تكون صالته‬، ‫ لكن يتحرى اإلمام أال يشق على الناس‬،
‫ وال تخفيف يخل‬، ‫ ليس فيها تطويل يشق على الناس‬، ‫وسطا‬
‫ ولكن بين ذلك‬، ‫“ بالواجب‬
Terjemahan: “Janganlah berpada bacaan subhana
rabbi al-a‘la sebanyak sekali. Tambahlah sebanyak
3 kali, atau 5 kali, atau 7 kali. Inilah yang afdhal.
Begitulah ketika rukuk. Subhana rabbi al-‘azim
sekurang-kurangnya 3 kali, jika ditambah maka lebih
afdhal. 5 kali, 7 kali, 10 kali, lebih afdhal. Namun imam
janganlah sampai menyusahkan makmum. Hendaklah
imam memimpin solat dengan sederhana. Tidak panjang
sampai menyusahkan. Tidak juga ringkas sampai
mengabaikan yang wajib. Lakukan yang pertengahan.”
(Fatawi Nur ‘ala al-Darb, 12:63)

5 Kelima: Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam menggalakkan


kita berdoa di dalam sujud. Maka, ada baiknya jika kita
membaca tasbih sebanyak 3 kali, disusuli dengan doa
ringkas di dalam semua sujud.

Ibn Baz menjelaskan di dalam fatwa beliau,

‫ أن الزيادة على الثالث ال حرج فيها بل مستحبة؛‬:‫فالحاصل‬


،‫ ومزيد الطمأنينة في الصالة‬،‫لما فيها من مزيد الذكر‬
‫واألفضل لإلمام أن يراعي حال المأمومين فال يطول عليهم‬

150
ً
‫ ولكن يكون بين‬،‫تطويال يشق عليهم وال ينقر وال يعجل‬
‫ وإذا زاد عليها فهو أوىل حتى‬،‫ والثالث أدنى الكمال‬،‫ذلك‬
،‫يتالحق الناس في أجزاء الصالة في ركوعها وسجودها‬
،‫وحتى يتمكن الثقيل والعاجز من السجود والركوع بسهولة‬
‫فاالقتصار على الثالث فيه تعجيل‬
Terjemahan: “Rumusannya, menambah bacaan
tasbih melebihi 3 kali bukanlah perbuatan yang tidak
dibolehkan. Malah, digalakkan. Kerana bacaan yang
banyak menambahkan zikir dan tamakninah.

Yang afdhal, imam jangan sampai menyusahkan


makmum, namun jangan pula terlalu gelojoh.
Bersederhanalah.

Bacaan 3 kali adalah sekurang-kurangnya. Jika


lebih, ia lebih baik sehingga memungkinkan jamaah
dapat menunaikan rukuk dan sujud dengan baik. Ini
memudahkan orang yang berat badan dan uzur untuk
rukuk dan sujud dengan baik.
"BERPADA DENGAN BACAAN 3 KALI ADALAH
GELOJOH.”

Ada lagi keterangan di dalam fatwa beliau, namun cukuplah


di sini.

151
6 Keenam: Namun, kita mesti melihat kepada ‘uruf atau
keadaan setempat juga.

Jika kita solat di surau persinggahan, terutamanya jika


kita solat jamak dan qasar, maka cukuplah kita bertasbih 4 kali.
Mengapa saya sebutkan 4 kali? Agar kita tidak lagi membaca
jumlah 3 kali. Kita mesti berusaha meninggalkannya.

Jika kita solat di masjid atau surau tempat tinggal, maka


elok juga kita membaca tasbih rukuk sebanyak 5-7 kali.

Ketika sujud, kita boleh membaca tasbih sebanyak 7 kali,


atau kita hanya membaca 3 kali dan disusuli mana-mana doa.

Sebaik-baiknya ambillah doa yang dibacakan Nabi salla


Allah ‘alaih wa sallam. Jika tidak dihafaz, maka kena hafaz. Jika
belum ingat, ambillah mana-mana doa di dalam al-Quran atau
hadith.

Atau, bacalah mana-mana doa menurut hajat masing-


masing.

7 Ketujuh: Sebagai makmum, kita tidaklah boleh mahu


imam mengikut cara kita sahaja. Kita mesti melatih diri
dan membiasakan diri untuk beramal dengan sunnah.

Ambillah sedikit masa untuk memuji-muji Allah Taala yang


telah banyak memberikan nikmat kepada kita.

Orang yang tidak terlatih, akan berasa cemuh jika imam


hanya membaca surah al-Dhuha dalam solat zohor.

152
Bagi orang terlatih, akan berasa tidak puas hati terhadap
imam jika hanya membaca surah-surah pendek dalam solat
subuh terutamanya.

Rumusan:
1 Berlatihlah untuk memanjang-manjangkan
rukuk dan sujud. Sampai bila kita mahu
menyalahkan imam. Dan sampai bila kita hanya
mahu beramal dengan amalan paling kurang?

2 Berusalah untuk menghafaz tasbih-tasbih rukuk


dan sujud yang lain. Setelah kita hidup dalam
tempoh yang lama, takkanlah kita hanya mahu
membaca tasbih yang sama. Sejak sekolah
rendah lagi.

3 Imam janganlah terlalu cepat membaca tasbih


ketika rukuk dan sujud. Kadang-kadang,
makmum baru sahaja sempat membaca sekali,
imam sudah bergerak.

4 Dalam solat, jangan bertasbih dengan laju.


Bacalah satu-satu. Perlahan-lahan. Bukankah
kita sedang memuji Allah Taala.

BERTASBIHLAH, BUKAN SEKADAR MEMBACA


TASBIH.

153
Bacaan

30 Duduk
Antara
Dua Sujud
Persoalan:

S aya pernah membaca tulisan ustaz berkenaan doa ketika


duduk antara dua sujud. Ustaz menyatakan bahawa lafaz

demikian?
tidak ada. Apakah sebab ustaz berpandangan

Penjelasan:
Saya suka menjelaskan terlebih dahulu, bahawa ada bacaan
khusus bersumberkan hadith-hadith Nabi salla Allah ‘alaih wa
sallam. Namun begitu, kita juga dibenarkan untuk menambah
sebarang doa yang lain seperti maksudnya,
“Tuhan, ampuni daku dan kedua orang tuaku.”

Menariknya juga, dalam banyak-banyak posisi dalam solat,


duduk antara dua sujud merupakan satu-satunya posisi yang
hanya dipenuhi dengan doa. Berbeza dengan sujud sebagai
contoh, bercampur antara tasbih dengan doa.

Baik, menjawab persoalan di atas, sepanjang pembacaan


saya, tidak wujud lafaz dalam mana-mana hadith.
Wallah a‘lam. Cuba kita perhatikan beberapa hadith yang
menyebutkan perkara ini.

Riwayat al-Tirmidhi, nombor 284. Hanya ada 5 lafaz doa.


َْ َ ُ َّ َ َّ َّ َ َّ َ ْ ْ َ
‫الل َّ علي ِه‬ ‫اس رضي اهلل عنهما أن النبِ َّي صلى‬ ٍ ‫عن اب ِن عب‬
ْ َ ْ َ ْ ُ َّ ْ َ َ ْ َّ ْ َ ُ ُ َ َ َ َّ َ
‫ارحمنِي‬ ‫ و‬، ‫ ( الله َّم اغ ِف ْر ل ِي‬: ‫َوسل َم كان يقول بي َن السجدتي ِن‬
ُْ ْ َ ْ ُْ
‫ار زقنِي ) رواه الترمذي‬ ‫ و‬، ‫ َواه ِدن ِي‬، ‫ َواجب ْر ِن‬،
Riwayat al-Nasa’i, nombor 1145. Hanya ada satu lafaz doa.
ْ َ ُ ُ َ َ َ َّ َ َْ َ ُ َّ َ َّ َّ َ َ َ ْ َ ُ ْ َ
‫الل َّ علي ِه َوسل َم َكان يقول بي َن‬ ‫عن حذيفة أن النبِ ِ ّي صلى‬
ْ ّ ْ ّ ْ َ َ ْ َّ
‫ رواه النسائي‬. ) ‫ َر ِب اغ ِف ْر ل ِي‬، ‫ ( َر ِب اغ ِف ْر ل ِي‬: ‫السجدتي ِن‬

Riwayat Abu Dawud, nombor 850. Hanya ada 5 lafaz doa.


ٌ َ َ َ َّ َ َ ُ ْ ُ ْ ُ ْ َ َ َ َّ َ ُ ْ َ ُ ْ ُ َّ َ ُ َ َ َّ َ
‫اب حدثنا كامِل‬ ِ ‫حدثنا محمد بن مسعو ٍد حدثنا زيد بن الحب‬
َْ ُ ْ َ ْ َ َ َ ْ ُ َ َ َّ َ ََْ َُ
‫يب ب ُن أبِي ثاب ِ ٍت عن س ِعي ِد ب ِن جبي ٍر‬ ِ‫أبو العلءِ حدثنِي حب‬
ْ َ ُ ُ َ َ َ َّ َ ْ َ َ ُ َّ َ َّ َّ َ َّ َ ْ ْ َ
‫الل َّ علي ِه َوسل َم كان يقول بي َن‬ ‫اس أن النبِ َّي صلى‬ ٍ ‫عن اب ِن عب‬
ُْ ْ َ ْ َ ْ َ ْ َ ْ ُ َّ ْ َ َ ْ َّ
‫ار زقنِي‬ ‫ارحمنِي َوعافِنِي َواه ِدن ِي و‬ ‫السجدتي ِن الله َّم اغ ِف ْر ل ِي و‬

Perbezaan antara riwayat al-Tirmidhi dan Abu Dawud ialah


pada lafaz doa dan .

Kesemua riwayat yang kita bawakan di atas, tidak ada yang


menyebutkan lafaz . Baik, kita cuba lihat cadangan
doa menurut Imam al-Nawawi pula sebagai ulama rujukan
dalam mazhab al-Shafi‘i.

Selain doa seperti disebutkan dalam Sunan al-


Nasa’i, al-Nawawi di dalam al-Adhkar juga mencadangkan kita
mengamalkan doa yang terdapat dalam Sunan al-Baihaqi yang
berbunyi,

156
‫رب اغفر لي وارحمني واجبرين وارفعني وارزقني واهدني‬
Kemudian, beliau mencadangkan kita menambah lafaz
berdasarkan hadith dalam Sunan Abi Dawud.

Bermakna, tidak ada lafaz . Hanya ada 7 lafaz


doa.

Sebagai kesimpulan terhadap kajian yang dibuat, al-


Nawawi mengatakan,

‫فاالحتياط واالختيار أن يجمع بين الروايات ويأتي بجميع‬


‫ألفاظها وهى سبعة‬
Terjemahan: “Maka sebagai langkah berhati-hati
(agar menepati sunnah salla Allah ‘alaih wa sallam)
dan yang dipilih ialah, kita menghimpunkan kesemua
riwayat dan kita bacalah kesemua lafaz doa yang ada
iaitu sebanyak 7 doa.” (Al-Majmu‘, 4:500)
Wallah a‘lam.

Rujukan Utama:
Al-Majmu` dan al-Azkar karya al-Nawawi.

157
Memanjangkan

31
Duduk
Antara
Dua
Sujud
Persoalan:

S aya pernah solat dengan seorang imam yang


memanjangkan duduk antara 2 sujud. Apakah ia
dibolehkan?

Penjelasan:
Ulama berbeza pandangan dalam menentukan kedudukan i‘tidal
(bangun daripada rukuk) dan duduk antara 2 sujud. Adakah
kedua-dua rukun ini termasuk rukun pendek atau rukun yang
boleh dipanjangkan?

Pandangan pertama: Kedua-duanya adalah rukun pendek.


Kita tidak boleh i‘tidal dan duduk dalam tempoh yang lama.
Jika tidak, solat boleh batal. Ini merupakan pandangan mazhab
Hanafi dan al-Shafi‘i.

Ibn Hajar al-Haitami al-Shafi‘i berkata,

“Dan wajib untuk tidak memanjangkan duduk dan


i‘tidal, kerana kedua-dua rukun ini berfungsi sebagai
pemisah -i‘tidal memisahkan antara rukuk dengan
sujud, duduk memisahkan antara 2 sujud-, bukanlah
ia merupakan rukun tersendiri. Maka kedua-duanya
adalah rukun pendek. Sekiranya kita memanjangkan
i‘tidal lebih daripada kadar bacaan surah al-Fatihah,
atau memanjangkan duduk lebih daripada kadar
bacaan minimum tashahhud (sampai selawat kepada
Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam) secara sengaja
dan tahu hukum, maka batallah solatnya.” (Tuhfah al-
Muhtaj, 2:77)
Hujjah yang digunakan oleh mereka ada dua.
ʈ I‘tidal dan rukuk bukanlah rukun tersendiri seperti
rukuk, sujud, dan tashahhud.
ʈ Tidak disunnahkan kita untuk mengulang-ulang zikir
dalam i‘tidal dan duduk. Berbeza dengan keadaan rukuk
dan sujud. Ini menunjukkan kedua-duanya adalah rukun
pendek.

Pandangan kedua: Bolehkan memanjangkan i`tidal dan


duduk antara dua sujud. Ini merupakan pendapat Maliki,
Hanbali dan disokong oleh al-Nawawi.

Al-Buhuti al-Hanbali berkata,

“Kalau kita memanjangkan i‘tidal, tidak batal solat.


Muhammad bin al-Hasan al-Anmati berkata, [Saya
melihat Abu ‘Abdullah -Imam Ahmad- memanjangkan
i‘tidal dan duduk antara 2 sujud berpandukan hadith
al-Bara’ radhiyallah ‘anh yang disepakati al-Bukhari
dan Muslim.” (Kashf al-Qina‘, 1:387)
Al-Nawawi menjelaskan,

‫قلت ثبت في صحيح مسلم أن النبي صلى اهلل عليه وسلم‬


‫ فالراجح دليال جواز إطالته بالذكر‬.‫طول االعتدال جدا‬.

160
Terjemahan: “Saya mengatakan bahawa telah sabit di
dalam Sahih Muslim bahawa Nabi salla Allah ‘alaih wa
sallam memanjangkan i‘tidal dalam tempoh yang lama.
Maka pendapat yang terbaik ialah harus memanjangkan
i‘tidal dengan zikir.”
Imam al-Ramli mengupas ulasan al-Nawawi dengan
berkata,

“Pengarang -al-Nawawi- memilih dalil mengharuskan


kita untuk memanjangkan i‘tidal dan duduk antara
2 sujud berdasarkan hadith-hadith yang sahih
membicarakannya. Pendapat ini dipilih oleh ramai
ulama dan disahihkan oleh beliau.” (Nihayah al-
Muhtaj, 2:72)
Terdapat beberapa hadith digunakan oleh kumpulan ulama
kedua ini. Antaranya,
َ َ َ َ َ ْ َ ُ َ ْ ُ َ َ َّ َ َ َ ْ ُ َ َ َ َّ َ
767 ‫حدثنا أبو ال َول ِي ِد قال حدثنا شعبة عن ثاب ِ ٍت قال كان‬
ّ َ ُ َ َ َ َّ َ ْ َ َ ُ َّ َ َّ َ َ َ َ َ ُ َ ْ َ ٌ َ َ
‫الل َّ علي ِه َوسل َم فكان يصلِي‬ ‫أنس ينعت لنا صلة النبِ ِ ّي صلى‬
َ َ ُ َ َّ َ َ َ ُ ُّ ْ ُ َ ْ َ َ َ َ َ َ
َ‫ول ق ْد ن َ ِسي‬ ِ
‫وإِذا رفع رأسه مِن الركوع قام حتى نق‬
Terjemahan: Thabit berkata, “Anas radhiyallah ‘anh
menceritakan sifat solat Nabi salla Allah ‘alaih wa
sallam kepada kami. Baginda pernah dalam solat,
ketika mengangkat kepala selepas rukuk, baginda
berdiri (lama) sehingga kami berkata, baginda terlupa

161
-pergerakan seterusnya-.” (Al-Bukhari, bab al-
Tama’ninah hin yarfa‘ ra’sah min al-ruku‘)

Dalam hadith yang lain,


ْ َ َ َ َّ َ َْْ َ ْ ْ َ َُ َ َّ َ
727 473 ‫َوحدثنِي أبو بك ِر ب ُن ناف ٍِع العب ِد ُّي حدثنا به ٌز‬
َ َ َ ْ َ ُ ْ َّ َ َ َ َ َ َ ْ َ ٌ َ َ َ ْ َ ٌ َّ َ َ َ َّ َ
‫حدثنا حماد أخب َرنا ثابِت عن أن ٍس قال ما صليت خلف أح ٍد‬
َّ َ َْ َ ُ َّ َ ُ َ َ َ ْ ً َ َ َ َ َْ
‫الل َّ علي ِه َوسل َم ف ِي‬ ‫ول الل َِ ّ صلى‬ ِ ‫أوجز صلة مِن صلة ِ رس‬
ً َ َ َ ُ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ َ ُ َ ُ َ َ ْ َ َ ََ
‫اربة‬ ِ ‫ول الل َِ ّ صلى الل َّ علي ِه وسلم متق‬ ِ ‫تمامٍ كانت صلة رس‬
َّ َ َّ َ ْ ُ ْ ُ َ ُ َ َ َّ َ َ ً َ َ َ ُ ْ َ َ ُ َ َ ْ َ َ َ
‫اب مد‬ ِ ‫اربة فلما كان عمر بن الخط‬ ِ ‫وكنت صلة أبِي بك ٍر متق‬
َ َ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َْ َ َ
‫ف ِي صلة ِ الفج ِر َوكن َرسول الل َِ ّ صلى الل َّ علي ِه وسلم إِذا قال‬
ُ ُ ْ َ ُ ُ ْ َ ُ َ َ ْ َ َ ُ َ َّ َ َ َ َ َ ْ َ ُ َ َ
‫الل َّ ل ِمن ح ِمدهُ قام حتى نقول قد أ ْوه َم ث َّم يسجد َويقعد‬ ‫س ِمع‬
ََ ْ َ ْ َ َ ُ َ َّ َ ْ َ َ ْ َّ َ ْ َ
‫بين السجدتي ِن حتى نقول قد أوهم‬
Terjemahan: Anas radhiyallah ‘anh berkata, “Saya
tidak pernah solat di belakang imam yang lebih
ringkas-sempurna berbanding solat Nabi salla Allah
‘alaih wa sallam... Apabila baginda berkata sami‘allah
liman hamidah, baginda berdiri sehingga kami berkata,
baginda terkeliru -kerana agak lama-. Kemudian
baginda sujud dan duduk antara 2 sujud sehingga kami
berkata, baginda terkeliru -kerana agak lama-.” (Sahih
Muslim)
Cukuplah kita mendatangkan dalil ini tanpa huraian yang
panjang lebar supaya perbincangan kita menjadi lebih fokus.

162
Rumusan:
1 Pendapat mengatakan i‘tidal dan rukuk rukun
pendek adalah berdasarkan ijtihad ulama tanpa
didasari mana-mana dalil hadith secara khusus.

2 Terdapat beberapa hadith menunjukkan Nabi


Muhammad salla Allah ‘alaih wa sallam pernah
memanjangkan i‘tidal dan duduk antara 2
sujud.

3 Namun, perlu kita fahami bahawa


keseimbangan di dalam solat amat penting.
Jika kita hanya membaca tasbih sebanyak 3 kali
ketika rukuk dan sujud, maka tidak cantik untuk
kita memanjangkan i‘tidal dan duduk. Sebaik-
baiknya dicadangkan -terutama dalam solat
sendirian-, jika kita ingin memanjangkan i‘tidal
dan duduk, hendaklah kita memanjangkan
rukuk dan sujud. Bacalah tasbih sebanyak-
banyaknya sama ada 10 kali atau 21 kali dengan
tenang dan tertib, barulah munasabah untuk
kita memanjangkan kedua-dua rukun itu.

Rujukan utama:
Ikhtiyarat al-Imam al-Nawawi karya Sheikh Salim bin Ahmad bin
Abi Bakar al-Khatib.

163
Duduk

32
Antara
Sujud:
Adakah
Dipanjangkan
Ketika Solat
Gerhana
Persoalan:

K ita disunnahkan untuk memanjangkan solat gerhana


berdasarkan hadith Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam.
Adakah kita boleh memanjangkan duduk antara dua sujud
dalam solat itu?

Penjelasan:
Asasnya, ulama berbeza pandangan berkenaan duduk antara
dua sujud. Bagi mazhab Hanafi dan Shafi‘i, duduk itu tidak boleh
dipanjangkan, malah boleh membatalkan solat.

Namun, bagi Maliki dan Hanbali serta dipersetujui oleh al-


Nawawi, dibolehkan memanjangkan duduk. Pendapat ini insha
Allah lebih menepati hadith-hadith Nabi salla Allah ‘alaih wa
sallam.

Cuma, persoalan ini lebih khusus. Iaitu, adakah disunnahkan


memanjangkan duduk antara dua sujud dalam solat gerhana.

PENDAPAT PERTAMA: Tidak disunnahkan.

Ini merupakan pendapat muktamad keempat-empat mazhab.

Dalam kitab Rad al-Mukhtar mazhab Hanafi menyatakan,

‫ويطيل فيها الركوع والسجود والقراءة واألدعية واألذكار‬


‫الذي هو من خصائص النافلة‬
Terjemahan: “Dan memanjangkan rukuk, sujud,
bacaan, doa-doa dan zikir-zikir yang mana itu
keistimewaan solat sunat.”
Tidak disebutkan soal memanjangkan duduk antara dua
sujud. Pengarang kitab Hashiyah Ibn ‘Abidin dan Maraqi al-Falah
juga tidak menyentuh soal memanjangkan duduk antara dua
sujud.

Al-Dardir di dalam kitab al-Sharh al-Kabir dan Muhammad


‘Ulaish di dalam Manh al-Jalil mazhab Maliki menjelaskan
bahawa tidak boleh memanjangkannya.

Kitab Mawahib al-Jalil karya al-Tarablisi ada mengatakan,

‫وال يطيل الفصل بين السجدتين باإلجماع‬


Terjemahan: “Dan tidak memanjangkan duduk antara
dua sujud secara ijmak.”
Sheikh al-Islam Zakariyya al-Ansari berkata di dalam Asna
al-Matalib,

‫وال يطيل في غير ذلك من االعتدال بعد الركوع الثاني‬


‫والتشهد والجلوس بين السجدتين‬
Terjemahan: “Dan tidak memanjangkan i‘tidal selepas
rukuk kedua (bagi kedua-dua rakaat), tashahhud dan
duduk antara dua sujud.”

166
Menurut al-Buhuti di dalam Kashf al-Qina‘ dan Mustafa al-
Suyuti di dalam Matalib Uli al-Nuha fi Sharh Ghayah al-Muntaha,

‫وال يطيل الجلوس بينهما أي بين السجدتين لعدم وروده‬


Terjemahan: “Dan tidak memanjangkan duduk antara
dua sujud kerana tiada dalil menyebutkannya.”

PENDAPAT KEDUA: Disunnahkan memanjangkan duduk


antara dua sujud. Ini merupakan salah satu pendapat dalam
mazhab Hanbali dan juga pegangan al-Nawawi.

Penjelasan tentang pegangan Hanabilah ini ada


diterangkan oleh al-Mardawi di dalam al-Insaf.

Al-Nawawi menegaskan kesunnahan memanjangkannya di


dalam kitab al-Azkar dan al-Majmu‘.

Sebagai contoh di dalam al-Majmu‘,

‫وأما الجلوس بين السجدتين فنقل الغزالي والرافعي وغيرهما‬


‫ وحديث عبد اهلل بن عمرو بن‬،‫االتفاق على أنه ال يطوله‬
‫العاص يقتضي استحباب إطالته كما سبق‬
Terjemahan: “Duduk antara dua sujud seperti dinukilkan
oleh al-Ghazali, al-Rafi‘i dan selain mereka secara
ittifaq, tidak dipanjangkan. Namun hadith riwayat
‘Abdillah bin ‘Amar bin al-‘As radhiyallah ‘anhuna
menunjukkan disukai untuk kita memanjangkannya.”

167
Rumusan:
Ulama berbeza pandangan dalam bab ini. Kita berpandangan,
sesiapa yang ingin memanjangkan duduk dibolehkan dengan
syarat kita juga mesti memanjangkan qiyam, rukuk dan sujud
agar solat kita menjadi seimbang.

Rujukan utama:
Ijhtiyarat al-Imam al-Nawawi karya Sheikh Salim bin Ahmad bin
Abi Bakr al-Khatib.

168
Beza

33 Antara
Tasbih
dengan Taqdis
Persoalan:

B iasanya di dalam solat tarawih, bilal akan membaca zikir


antara solat yang berbunyi, subbuh quddus rabbuna wa
rab al-mala’ikah wa al-ruh. Apakah beza antara subbuh
dengan quddus?

Penjelasan:
Terlebih dahulu, saya ingin menyatakan bahawa saya tidak
pernah berjumpa sebarang sunnah untuk membacakan zikir
tersebut antara solat-solat tarawih.

Namun, zikir itu memang diamalkan oleh Nabi salla Allah


‘alaih wa sallam di dalam rukuk dan sujud baginda dengan
sedikit perbezaan lafaz.

Saya ambil hadith yang disebutkan oleh Imam Abu Dawud


al-Sijistani sebagai contoh,
ْ َ ُ َ َ َ َ َ َّ َ ٌ َ َ َ َّ َ َ َ ْ ُ ْ ُ ْ ُ َ َ َّ َ
‫ِيم حدثنا هِشام حدثنا قتادة عن‬ ‫حدثنا مسلِم بن إِبراه‬
ُ ُ َ َ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ َ َّ َّ َ َ َ َ ْ َ َُ
‫مط ّ ِر ٍف عن عائ ِشة أن النبِ َّي صلى الل َّ علي ِه وسلم كان يقول‬
َ َ َ ْ ُّ َ ٌ ُّ ُ ٌ ُّ ُ ُ ُ ُ
ُّ ‫ِك ِة َو‬
ِ ‫الر‬
‫وح‬ ‫ف ِي ُركو ِع ِه َوسجو ِده ِ سبوح قدوس رب الملئ‬
Terjemahan: “ ‘A’ishah radhiyallah ‘anha menyatakan
bahawa Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam selalu
membaca ketika rukuk dan sujud, [Subbuh qaddus rab
al-mala’ikah wa al-ruh].” (Abu Dawud, kitab al-solah)
Maksudnya lebih kurang, “Maha suci Tuhan malaikat dan
Tuhan al-Ruh.”

Rasanya kita tidak perlu mensyarahkan maksud tasbih


kerana maksudnya sangat jelas, iaitu “Allah Taala jauh daripada
sebarang bentuk kekurangan dan kelemahan.”

Menurut al-Nawawi, beza antara tasbih dengan taqdis


ialah,
ُ َ َ َ َُّ َّ َ َ َّ َ ُ َّ َ ُ ْ ُّ ُ َ ْ
‫ك ما ل يلِيق‬ ِ ‫و‬ ‫يك‬ِ ‫ر‬
ِ ‫الش‬‫و‬ ‫ِص‬ِ ‫ئ‬ ‫ا‬ ‫ق‬ ‫وح المبرأ مِن الن‬ ٍ ‫َو َمعنى سب‬
َ ْ ُ َ َ َ ُّ ْ َّ َ ُ ْ ٌ ُ ّ ُ َّ ْ
‫ َوقدوس المطه ُر مِن ك ِل ما ل يلِيق بِالخال ِِق‬، ‫الالهِي ِة‬ ِ ِ‫ب‬
Terjemahan: “Makna subbuh ialah bersih daripada
kekurangan-kekurangan dan syirik-syirik, dan segala
yang tidak layak dalam soal ketuhanan. Manakala
quddus pula ialah bersih daripada segala perkara yang
tidak layak dalam soal penciptaan.” (Syarah Muslim
dan ‘Awn al-Ma‘bud)
Selain itu, terdapat satu pandangan lain dalam
mentakrifkan erti quddus.
ُ َ َ ُ ْ ُ ُّ ُ ْ َ َْ َ َ
‫ارك‬ ‫ القدوس المب‬: ‫ قِيل‬: ‫َوقال اله َر ِو ُّي‬
Terjemahan: “Al-Harawi berkata: Dikatakan maksud
al-Quddus ialah al-Mubarak (keberkatan).”
Ulama juga berbeza pandangan dalam mentakrifkan
maksud al-Ruh. Terdapat 3 pendapat ulama.

171
i. Al-Ruh ialah malaikat yang amat agung.

ii. Al-Ruh ialah Jibril ‘alaih al-salam.

iii. Satu ciptaan yang tidak pernah dilihat oleh


malaikat, bagaikan malaikat di sisi kita.

Wallah a‘lam, kemungkinan pendapat kedua lebih tepat.

Rumusan:
Subbuh merujuk penyucian Allah Taala daripada sebarang
bentuk kekurangan yang melibatkan soal ketuhanan.

Quddus pula merujuk penyucian Allah Taala daripada


sebarang bentuk kekurangan yang melibatkan soal penciptaan.

Rujukan utama:
1 Syarah Sahih Muslim oleh al-Nawawi.

2 ‘Awn al-Ma‘bud syarah Sunan Abi Dawud.

172
Membaca

34 Ayat Sujud
Tilawah
Lebiih
Daripada
Sekali
Persoalan:

J ika saya membaca sebanyak dua kali ayat yang mengandungi


sujud tilawah di dalam solat, adakah saya perlu sujud setiap
ayat itu?

Penjelasan:
Terdapat empat pandangan ulama yang kita akan terangkan
secara ringkas di sini.

PENDAPAT PERTAMA: Tidak disyariatkan untuk sujud


lebih daripada sekali. Ini merupakan pendapat terakhir yang
dipegang oleh murid utama Imam Abu Hanifah iaitu al-Qadi Abu
Yusuf. Namun pendapat ini dikritik oleh ulama Hanafi sendiri
iaitu al-Kasani pengarang kitab Bada’i` al-Sana’i`.

PENDAPAT KEDUA: Kita disyariatkan untuk sujud setiap


kali berjumpa ayat sujud tilawah walaupun lebih daripada sekali.
Ini kerana setiap ayat mempunyai haknya yang tersendiri. Ini
merupakan pendapat Malikiyyah dan salah satu pandangan
dalam Shafi`iyyah.

PENDAPAT KETIGA: Kita disyariatkan untuk sujud jika


ia berlaku dalam rakaat yang berbeza. Sekiranya kita bertemu
dengan dua kali ayat sujud tilawah dalam satu rakaat, kita hanya
dibenarkan sujud sekali sahaja, kecuali jika wujud pemisahan
yang panjang antara ayat sujud pertama dengan ayat sujud
kedua.
Sebagai contoh, jika saudara membaca surah al-Haj dalam
satu rakaat. Surah tersebut mengandungi dua ayat sujud. Kedua-
dua ayat itu terpisah agak jauh. Maka, bolehlah kita sujud
pada kedua-dua tempat meskipun dalam rakaat yang sama. Ini
merupakan pendapat Shafi`iyyah.

PENDAPAT KEEMPAT: Kita hanya dibenarkan sujud


tilawah lebih daripada sekali sekiranya ia berlaku dalam dua
rakaat yang berbeza. Ini merupakan pendapat awal al-Qadi Abu
Yusuf, Muhammad bin al-Hasan al-Shaibani -kedua-dua mereka
bermazhab Hanafi- dan salah satu pendapat dalam mazhab
Shafi`iyyah.

Namun, saya berpesan agar imam tidak sujud lebih


daripada sekali kerana ia boleh mengelirukan jamaah. Imam
juga sebaik-baiknya mengelakkan diri daripada membaca ayat
mengandungi sujud tilawah dalam solat dengan sengaja agar
kekeliruan itu dapat dielakkan; melainkan jika imam maklumkan
terlebih dahulu sebelum memulakan solat seperti biasa berlaku
dalam solat tarawih.

Rujukan utama:
Al-Ahkam al-Fiqhiyyah al-Khassah bi al-Qur’an al-Karim, 672-675.

175
Dua Rahsia

35
Besar Di
Sebalik
Bacaan
Tashahhud
Yang Harus
Diketahui
Persoalan:

S aya mohon
ucapan kita di
[

Penjelasan:
penjelasan berkenaan
dalam tashahhud yang
].
maksud
berbunyi

Ucapan ini merupakan antara doa yang mengandungi nilai yang


teramat-amat tinggi.

Bukan sekadar dilihat berdasarkan zahir teks, malah


konteks. Bukan hanya tertakat dalam solat, malah merangkumi
hubungan kemanusiaan atas aqidah yang satu.

Ada DUA rahsia bacaan ini yang kita ingin kongsikan.

1 RAHSIA PERTAMA, ada dinyatakan oleh Nabi salla


Allah ‘alaih wa sallam ketika mengajarkan tashahhud
kepada sahabat baginda. Antaranya berbunyi,
َ ُ ُ ُ َ ُ َّ َّ َ َ َ ْ َ َ ُ َ َّ
‫ فإنك ْم إذا قلتموها‬،‫ين‬
َ ‫الصالِح‬
ِ ّ َِ ‫السلم علينا وعلى عِبا ِد الل‬
ْ َ َّ َ ْ َ َّ ُ ْ َ َ
‫واألر ِض‬ ِ‫أصابت كل عب ٍد ِل َِ ّ صال ٍِح في السماء‬
Terjemahan: “Kesejahteraan buat kami dan seluruh
hamba-hamba Allah yang soleh. Maka apabila kamu
melafazkan doa ini, kesannya menyeluruhi seluruh
hamba Allah yang soleh di langit dan bumi.” (Al-
Bukhari)
Ertinya, setiap kali kita membaca doa di dalam tashahhud
ini, orang-orang yang soleh akan mendapat kesan daripadanya.

Dalam masa yang sama, jika kita hamba Allah yang soleh,
kita turut mendapat kesannya.

Bayangkan, ibadah solat ini tidak putus-putus. Jika sekarang


kita sedang berehat atau beriadhah, ada hamba Allah yang soleh
sedang tahajjud dan mengerjakan solat sunat atau fardhu.

Di seluruh dunia.

Doa hamba yang soleh akan didengari Allah Taala. Bila


mereka berdoa, kesannya akan dirasai oleh seluruh hamba Allah
yang soleh.

Namun yang sedihnya ialah, jika kita tidak termasuk hamba


yang soleh. Astaghfirullah.

Mungkin faktor doa itulah membuatkan orang soleh


sentiasa dipermudahkan urusan. Jika ada masalah, mereka tetap
tenang dan bertawakkal kepada Allah Taala.

Baik, itu rahsia pertama.

2 RAHSIA KEDUA, rupanya doa ini mengajar erti


kemanusiaan dan kemasyarakatan. Mengapa kita berkata
demikian?

Cuba kita perhatikan fatwa al-Qafal dan al-Subki. Menurut al-


Qafal, apabila kita solat, kita memenuhi khidmat kita kepada
empat kumpulan.

178
 Khidmat kepada Allah Taala dengan memuji-muji Allah
Taala pada awal bacaan tashahhud.

 Khidmat kepada Rasulullah salla Allah ‘alaih wa sallam.


Antaranya, dengan kita menyampaikan salam dan
selawat buat baginda dalam tashahhud awal dan akhir.

 Khidmat kepada diri sendiri, menerusi doa


maksudnya, “kesejahteraan buat kami.”

 Khidmat kepada seluruh kaum muslimin dengan kita


mendoakan mereka dengan doa yang kita sedang
bincangkan.

Maksud tersirat menurut al-Qafal, apabila kita tidak mengerjakan


solat, kita sebenarnya telah tidak menunaikan khidmat kepada
Allah Taala, Rasulullah salla Allah ‘alaih wa sallam, diri kita
sendiri dan kepada seluruh kaum muslimin di seluruh dunia.

Al-Subki turut menjelaskan perkara yang senada. Menurut


beliau, ada dua elemen penting di dalam solat. Iaitu menjaga hak-
hak hamba (manusia) dan hak Allah Taala. Ini merujuk kepada
aspek bacaan doa di
dalam tashahhud yang sedang kita bincangkan.

Sehubungan itu, apabila kita meninggalkan solat, bererti


kita tidak menunaikan hak kemanusiaan kepada semua
mukminin yang telah meninggalkan kita dan yang akan datang
-termasuk orang yang masih hidup- sehinggalah kiamat.

179
Rumusan:
1 Ibadah bukan sahaja mengajar kita menjadi
hamba yang tunduk taat kepada pencipta,
malah mengajar kita menjadi manusia yang
berbudi sesama manusia.

2 Antara budi yang wajib kita lakukan untuk


seluruh orang beriman sejak zaman dahulu
sehinggalah sekarang, adalah dengan
mendoakan mereka melalui doa tashahhud
yang sedang kita bincangkan.

3 Setiap kali membaca tashahhud, bacalah


dengan penuh penghayatan. Sebagaimana kita
bersunguh mendoakan orang lain, insha Allah
orang lain pun turut bersungguh mendoakan
kebaikan buat kita.

4 Kita berusaha menjadi hamba yang soleh.


Banyak keuntungan menjadi hamba yang soleh,
antaranya sentiasa mendapat doa daripada
seluruh mukmin seluruh dunia setiap waktu
solat.

180
Bacaan

36 Ketika
Sujud Sahwi,
Sujud
Tilawah Dan
Sujud Syukur
Persoalan:

A pakah tasbih atau zikir yang perlu saya bacakan di dalam


sujud sahwi, sujud tilawah dan sujud syukur?

Penjelasan:
Kita akan menjelaskan hukumnya insha Allah. Bacaan
terkenal yang biasa kita dengar dan pelajari ialah
maksudnya, “Maha suci Tuhan
yang tidak tidur dan tidak lupa.”

Al-Hafiz Ibn Hajr memberikan komentar terhadap bacaan


ini dengan menegaskan,
ً
‫لم أجد له أصال‬
Terjemahan: “Saya tidak menemui sumber doa ini.”
(Talkhis al-Habir, 2:12)
Bererti, doa ini tidak ada pun disebutkan dalam mana-
mana hadith. Yang tepatnya ialah, bacaan dalam ketiga-tiga
sujud ini ialah sama dengan bacaan ketika sujud di dalam solat.

Sekarang, kita akan membawakan pandangan beberapa


ulama yang telah lama menyentuh perkara ini.

Imam al-Nawawi,
َ ََْ َُ ٌ َ ْ َ َ ََُْ َ َ ْ َ ْ َّ ُ ُ ُ
‫ َويس ُّن ف ِي هيئتِها‬, ‫جلسة‬ ‫ان بينهما‬ِ ‫سجود السه ِو سجدت‬
ْ َ َ ْ َّ ُ َ ّ َُ ْ َ َ َ ُ َ َْ ُ ََ ُ ْ
‫ َو ِصفة السجدتي ِن‬, ‫أن يسل َِم‬ ‫ َويت َو َّرك بعدهما إلى‬، ‫االفتِ َراش‬
َ ْ َ ُ ََ َّ َ َ َ ُ َ ْ ّ َ ََْْ
‫لل َّ أعل ُم‬ ‫ وا‬. ِ ‫ات الصالة‬
ِ ‫ف ِي الهيئ ِة والذِك ِر ِصفة سجد‬
Terjemahan: “Sujud sahwi dibuat sebanyak dua kali
dan antaranya ada duduk -duduk antara dua sujud-.
Kita disunatkan untuk duduk iftirash -iaitu seperti duduk
tashahhud awal-. Dan kita duduk tawarruk selepas
kedua-dua sujud sehinggalah kita memberikan salam.
Cara sujud dan bacaan di dalamnya sama dengan cara
sujud di dalam solat.” (Al-Majmu`, 4:72)
Pengarang al-Sharh al-Kabir,

،‫ويقول في سجود السهو ما يقول في سجود صلب الصالة‬


ً
‫قياسا عليه‬
Terjemahan: “Dan bacaan ketika sujud sahwi sama
dengan bacaan ketika sujud solat, diqiyaskan padanya.”
(4:96)

Zakariyya al-Ansari al-Shafi`i,


ُ ْ َ َّ َ َ ْ َ َ َ ُ َّ ْ َ َ َ ْ َ ْ َّ ُ ُ ُ
‫ يجلِس‬،ِ ‫ َوكي ِفيتها كسجدت ْي الصالة‬. . . ‫ان‬ ِ ‫سجود السه ِو سجدت‬
َ َّ ُ ُّ ْ َْ َ ََُْ ً َ ُْ
‫ِيهما‬ ‫ف‬ ‫ة‬ ‫ال‬ ‫ِلص‬ ‫ل‬ ‫د‬ ‫و‬‫ج‬ ‫الس‬ ‫ر‬ َ
ِ ِ ِ ِ ِ ‫ ويأ‬، ‫مفت ِرشا بينهما‬
‫ِك‬‫ذ‬ ‫ب‬ ‫ِي‬ ‫ت‬
Terjemahan: “Sujud sahwi dilakukan sebanyak dua
kali. Caranya sama dengan sujud di dalam solat. Kita
duduk iftirash antara dua sujud. Kita membaca zikir
seperti zikir sujud solat.” (Asna al-Matalib, 1:195)

183
‫‪Al-Khatib al-Sharbini,‬‬

‫وكيفيتهما كسجود الصالة في واجباته ومندوباته ‪ ،‬كوضع‬


‫الجبهة والطمأنينة ‪ . . .‬ويأتي بذكر سجود الصالة فيهما ‪. .‬‬
‫‪.‬قال األذرعي وسكتوا عن الذكر بينهما ‪ .‬والظاهر أنه كالذكر‬
‫بين سجدتي صلب الصالة‬
‫‪Terjemahan: “Caranya sama seperti sujud solat‬‬
‫‪dalam bab wajib dan sunat, seperti meletakkan dahi‬‬
‫‪dan tama’ninah -ini wajib-. Dan kita membaca zikir‬‬
‫‪sujud dalam solat ketika sujud sahwi. Al-Adhra`i‬‬
‫‪berpandangan tidak perlu membaca sebarang zikir‬‬
‫‪ketika duduk antara dua sujud itu. Yang jelasnya, kita‬‬
‫‪perlu membaca sama dengan zikir -doa- duduk antara‬‬
‫)‪dua sujud dalam solat.” (Mughni al-Muhtaj, 1:439‬‬

‫‪Ibn Baz,‬‬

‫سجود التالوة وسجود الشكر يقال فيهما ما يقال في سجود‬


‫الصالة‪ ،‬وهكذا سجود التالوة وهكذا سجود الصالة كذلك‬
‫يقال فيها‪ :‬سبحان ريب األعلى‪ ،‬سبحان ريب األعلى ‪ ،‬امهلل‬
‫اغفر لي‪ ،‬يدعو فيهما كما يدعو في سجود الصالة يدعو في‬
‫سجود السهو ويف سجود الشكر سجود التالوة؛ ألن الحكم‬
‫ُُْ‬ ‫َ ْ ُ ُ‬
‫واحد‪ ،‬اهلل جل وعال قال‪ :‬فاسجدوا ِل َِ ّ َواعبدوا[النجم‪،]62:‬‬
‫والنبي ﷺ كان يدعو في سجوده ويقول عليه الصالة‬

‫‪184‬‬
‫ أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد فأكثروا‬:‫والسالم‬
‫ أما الركوع فعظموا فيه‬:‫ ويقول عليه الصالة والسالم‬،‫الدعاء‬
‫ فقمن أن يستجاب‬،‫ وأما السجود فاجتهدوا في الدعاء‬،‫الرب‬
:‫ واكن يقول في سجوده‬،‫ وهذا يعم جميع أنواع السجود‬،‫لكم‬
ً
‫ ويقول أيضا في‬،‫ سبحان ريب األعلى‬،‫سبحان ريب األعلى‬
‫ امهلل اغفر‬،‫ سبحانك امهلل ربنا وبحمدك‬:‫السجود والركوع‬
،‫ رب المالئكة والروح‬،‫ سبوح قدوس‬:‫ ويقول فيهما‬،‫لي‬
‫فالمشروع في سجود التالوة وسجود الشكر مثل المشروع‬
‫ نعم‬.‫في سجود الصالة‬.
Terjemahan: “Bacaan ketika sujud tilawah dan sujud
syukur adalah sama dengan bacaan ketika sujud
solat. Bacaan di dalam sujud-sujud tersebut ialah
.
Kita berdoa ketika sujud sahwi, syukur dan tilawah
sebagaimana kita berdoa di dalam sujud solat. Kerana
hukumnya sama. Alla jalla wa `ala berfirman, [Maka
sujudlah kepada Allah dan abdikan diri kepada-Nya].
Nabi salla Allah `alaih wa sallam sendiri berdoa di
dalam sujud. Baginda berkata: [Adapun di dalam rukuk,
maka agungkan Tuhan. Manakala di dalam sujud,
maka bersungguhlah dalam berdoa, moga dikabulkan].
Hadith ini merangkumi kesemua sujud. Baginda berdoa
dalam sujud,

185
Baginda juga berdoa ketika sujud dan rukuk
. Selain doa
itu, doa . Maka
pensyariatan ketika sujud tilawah dan sujud syukur
adalah sama dengan pensyariatan ketika sujud solat.
Ya.10

Sheikh al-Munajjid menyatakan,

‫يقول الساجد في سجود السهو والتالوة مثل ما يقول في‬


‫ « سبحان ريب األعلى « والواجب في ذلك‬: ‫سجوده في صالته‬
‫ ويستحب الدعاء‬، ‫ وأدنى الكمال ثالث مرات‬، ‫مرة واحدة‬
‫في السجود بما يسر اهلل من األدعية الشرعية المهمة ؛ لقول‬
‫ أما الركوع فعظموا فيه الرب‬: ‫النبي صلى اهلل عليه وسلم‬
‫ وأما السجود فاجتهدوا في الدعاء فقمن أن يستجاب لكم‬،
Terjemahan: “Kita hendaklah membaca dalam sujud
sahwi dan sujud tilawah sama dengan bacaan ketika
sujud dalam solat iaitu . Kita wajib
membacanya sekali -wajib menurut mazhab Hanbali-,
dan sekurang-kurangnya 3 kali. Disukai untuk kita
berdoa dengan mana-mana doa yang disyariatkan-
penting, berdasarkan sabda Nabi salla Allah `alaih wa
sallam: Adapun di dalam rukuk, maka agungkan Tuhan.
10 https://binbaz.org.sa/fatwas/12185/

186
Manakala dalam sujud, maka bersungguhlah dalam
berdoa, moga dikabulkan.”11
Pandangan yang sama dibawakan oleh Sheikh Solih bin
Fauzan al-Fauzan. Menurut penjelasan beliau,

‫يقال في سجود السهو ما يقال في سجود الصالة «سبحان ريب‬


‫األعلى» ويدعو فيه كما يدعو في السجود للصالة ال فرق‬
‫بينهما لعموم األدلة ولم يرد لسجود السهو ذكر خاص به‬
Terjemahan: “Bacaan di dalam sujud sahwi sama
dengan bacaan di dalam sujud solat
Dan berdoalah ketika itu sebagaimana kita berdoa di
dalam sujud solat. Tiada perbezaan antara keduanya
berdasarkan dalil umum di samping tidak ada bacaan
khusus di dalam sujud sahwi.”12

Rumusan:
Bacaan ketika kesemua sujud merangkumi sujud tilawah, sahwi
dan syukur ialah sama dengan bacaan ketika sujud solat. Selain
itu, kita dianjurkan untuk berdoa di dalamnya.

Rujukan:
Tulisan seliaan Sheikh al-Munajjid yang berjudul
di dalam https://islamqa.
info.

11 Tulisan seliaan Sheikh al-Munajjid yang berjudu l ‫ة‬


di dalam https://islamqa.info.
12 https://ar.islamway.net/fatwa/9893/

187
Memanjang-
37 kan
Tashahhud
Awal
Persoalan:

B olehkah saya memanjangkan Tashahhud Awal dengan


membaca doa selepas selawat kepada Nabi salla Allah
`alaih wa sallam?

Penjelasan:
Meskipun terdapat ulama seperti al-Baghawi mengharuskan kita
untuk memanjangkan tashahhud awal, kebanyakan ulama tidak
menyetujuinya. Berdasarkan hadith, Nabi salla Alah `alaih wa
sallam tashahhud awal seperti duduk di atas bara api. Menurut
al-Mubarakfuri, memendekkan Tashahhud Awal diamalkan oleh
para ilmuan. (Rujuk Tuhfah al-Ahwadhi)

Al-Nawawi berkata,
ُ ّ َ َّ ْ َ َ َ ُ َ َ ْ َ ُ َ ُّ ْ ُ َ ُ َ ْ َّ َ
‫ بل ل ي ِزيد على لف ِظ التشه ِد‬، ‫اء‬ ‫ فيك َرهُ فِي ِه الدع‬: ‫أما ال َّول‬
َ ْ ُ َ َّ َ َْ َ ُ َّ َ َّ َ َ َ َ َّ َّ
‫ ه َِي‬: ‫الل َّ علي ِه َوسل َم إِذا قلنا‬ ‫إِل الصلة على النبِ ِ ّي صلى‬
َ ْ ُ ّ َ َّ ُ َ َ ُ ْ ُ ْ َ َ ْ َ َ ٌ َّ ُ
‫ إِطالة التشه ِد ال َّو ِل‬: ‫ قلت‬. ‫ َوعلى ال ِل على َوج ٍه‬، ‫سنة فِي ِه‬
ْ ُ َْ َ ُُ َ َ ْ َُْ َ َُ َ ََ ُ ََ ٌَ ْ َ
‫ فل ْو ط َّوله ل ْم تبطل صلته َول ْم يسجد‬. ‫مك ُر وهة كما ذك َِر‬
َ ْ َ ُ َ ً ْ َ ْ َ ً ْ َ ُ َ َّ َ ٌ َ َ ْ َّ
‫الل َّ أعل ُم‬‫ و‬. ‫ سواء طوله عمدا أم سهوا‬، ‫ ل ِلسه ِو‬.
Terjemahan: “Adapun Tashahhud Awal, makruh
kita berdoa ketika itu. Bahkan kita tidak seharusnya
menambah bacaan melebihi lafaz syahadah melainkan
selawat kepada Nabi salla Allah `alaih wa sallam,
sekiranya kita beranggapan bacaan selawat adalah
sunnah. Terdapat pendapat mengharuskan selawat
kepada keluarga baginda dalam Tashahhud Awal. Saya
berpendapat: Memanjangkan Tashahhud Awal adalah
makruh sebagaimana dijelaskan. Jika seseorang
memanjangkannya, solatnya tidak batal dan tidak
perlu Sujud Sahwi, sama ada dia memanjankan dengan
sengaja atau terlupa. Wallah a`lam.” (Rawdah al-
Talibin, Fasal fi al-Tashahhud wa al-Julus lah)
Menurut fatwa al-Lajnah al-Da’imah,

“Tidak disyariatkan untuk berdoa dalam Tashahhud


Awal. Doa hanya disyariatkan dalam Tashahhud kedua
selepas selawat ke atas Nabi salla Allah `alaih wa
sallam seperti mana disebutkan dalam hadit.” (Rujuk
fatwa al-Lajnah al-Da’imah, 7:12)

190
Mengubah

38 Lafaz
Salam
Dalam
Tsahahhud
Persoalan:

T erdapat hadith yang disampaikan oleh Ibn Mas`ud


radhiyallah `anh berkenaan dengan lafaz Tashahhud.
Dalam hadith itu, Ibn Mas`ud
maksudnya,
menyatakan,
“Apabila
baginda meninggal dunia, kami membaca al-salam `ala al-
nabi” bukannya dengan menggunakan lafaz seperti biasa iaitu
. Manakah yang lebih tepat dalam bab
ini?

Penjelasan:
Terdapat khilaf kalangan ulama sekarang berkenaan hal ini.

SATU: Al-Albani cenderung untuk beramal dengan


keterangan yang disampaikan oleh Ibn Mas`ud radhiyallah `anh.

DUA: Beberapa ulama lain seperti Ibn Baz, Ibn `Uthaymin


dalam al-Sharh al-Mumti` dan Sheikh al-Munajjid cenderung
mengekalkan lafaz tanpa perlu menukarkannya, lantaran itulah
yang diajarkan oleh Nabi salla Allah `alaih wa sallam. Baginda
tidak pernah berkata, “Setelah saya meninggal dunia, maka
ubahlah lafaz Tashahhud.” (Rujuk fatwa al-Lajnah al-Da’imah,
7:9)

Rumusan:
Perkara ini boleh dikatakan tidak dibahaskan oleh ulama-
ulama terdahulu. Sekiranya ada, perbahasan adalah perbahasan
terpencil yang tidak masyhur. Walaupun demikian, permasalahan
ini termasuk dalam bab khilafiyyah (perbezaan pendapat)
yang masih boleh diraikan. Apa lagi ia hanya melibatkan zikir
bukannya perbuatan yang besar. Sesiapa yang memilih pendapat
al-Albani, diharuskan. Yang penting, biarlah kita beramal
menurut kefahaman dan kemampuan ilmu masing-masing
dalam keadaan saling tidak menyalahkan antara satu sama lain.

193
Berapa

39 Kali
Salam
Selepas
Solat?
Persoalan:

S aya pernah nampak seseorang solat. Tiba-tiba, dia terus


bangun selepas tashahhud akhir, sedangkan saya tidak
melihat dia memberikan salam. Sahkah solat tersebut?
Perlukah saya menegurnya?

Penjelasan:
Jika kita melihat keadaan demikian, ada eloknya kita bertanyakan
dia sendiri. Barulah kita akan berpuas hati dan tidak timbul syak
wasangka.

Baik, kita terlebih dahulu mesti memahami perbezaan


antara salam dengan menoleh kepala ke kanan dan ke kiri.
Memberi salam ialah dengan ucapan al-salam ‘alaikum
sekurang-kurangnya, dan ucapan yang terbaik ialah al-salam
‘alaikum wa rahmatullah.

Menurut ulama berdasarkan kajian terhadap sunnah salla


Allah ‘alaih wa sallam, kita wajib memberikan salam. Menoleh
tidak wajib, namun sunnah.

Seterusnya, terdapat khilaf ulama tentang bilangan salam.


Kita fokuskan perbincangan kepada mazhab al-Shafi‘i.

Al-Nawawi menjelaskan,

‫وهل يسن تسليمة ثانية أم يقتصر على واحدة وال تشرع‬


‫الثانية فيه ثالثة أقوال (الصحيح) المشهور وهو نصه في‬
)‫الجديد وبه قطع أكثر األصحاب يسن تسليمتان (والثاني‬
‫تسليمة واحدة قاله في القديم (والثالث) قاله في القديم‬
‫أيضا إن كان منفردا أو في جماعة قليلة وال لغط عندهم‬
‫فتسليمه واحدة وإال فثنتان‬
Terjemahan: “Adakah disunnahkan salam kedua? Atau
hanya memadai sekali salam dan tidak disyariatkan
salam kedua? Ada 3 pandangan.Yang sahih ialah,
seperti disebutkan dalam qaul jadid Imam al-Shafi‘i
dan diputuskan oleh kebanyakan ulama kami ialah,
disunnahkan 2 kali salam. (Iaitu wajib yang pertama,
sunat yang kedua)

Pendapat kedua, salam hanya sekali sahaja seperti


disebutkan dalam qaul qadim. Pendapat ketiga
seperti penjelasan dalam qaul qadim, jika kita solat
bersendirian atau imam kepada jamaah yang kecil,
dan tidak mengelirukan mereka, cukuplah salam sekali.
Jika tidak -jamaah sangat ramai-, maka berilah salam
sebanyak 2 kali.” (Al-Majmu‘, 4:552)
Maksudnya, tujuan salam kedua ialah supaya jamaah
menyedari solat telah tamat, sekiranya ada kemungkinan mereka
tidak menyedari salam pertama.

196
Al-Nawawi menjelaskan lagi,

‫فان قلنا تسليمة واحدة جعلها تلقاء وجهه‬


Terjemahan: “Jika kita mengatakan salam hanya sekali,
maka kita memberikan salam dalam keadaan kepala
menghadap ke arah hadapan.” (Al-Majmu‘, 4:552)

Rumusan:
Yang terbaik ialah kita memberikan salam sebanyak dua kali
dengan menoleh ke kanan dan ke kiri seperti anjuran jumhur
ulama.

Namun, solat dianggap sudah selesai dengan salam sekali


sahaja.

Rujukan:
Al-Majmu‘

197
Adakah

40 Wanita
Menguatkan
Suara
Dalam Solat
Sendirian?
Persoalan:

A da ustaz menyatakan bahawa orang perempuan perlu


menguatkan suaranya ketika solat sendirian. Mohon
penjelasan ustaz.

Penjelasan:
Terima kasih atas persoalan yang sangat baik ini. Ada beberapa
perkara asas yang ingin ditegaskan terlebih dahulu:-
ʈ Solat terbahagi kepada dua bahagian; jahriyyah -dibaca
kuat seperti solat subuh- dan sirriyyah -dibaca perlahan
seperti solat zohor-.
ʈ Bagi solat malam, ada kaedah tersendiri yang bakal saya
jelaskan nanti dalam bab berikutnya.

PERTAMA: Hukum wanita menguatkan suara ketika solat


-sama ada menjadi imam atau sendiri- dalam solat jahriyyah.

Al-Nawawi menyatakan,
َ ًَ َ ّ َ ُ ْ َ َ ْ َ َ ْ َ َ ْ َ َ َ َ ُ َ َ ْ َّ َ
‫ إن كانت تصلِي خال ِية أ ْو‬: ‫َوأما الم ْرأة فقال أكث ُر أصحابِنا‬
ْ َّ َ َ ٌ َ َ َ
َ ‫ض َرة ِ ن َِسا ٍء أ ْو ر َجال َم َحار َم َج َه َر ْت بالْ ِق َر‬
ْ َ
‫اء أصلت‬ ‫ سو‬، ِ ‫اءة‬ ِ ِ ٍ ِ ‫بِح‬
ْ َ َ َْ َ ْ َ ْ َ ْ َ ّ ًَ َُْ ْ َ ْ
‫ َوإِن صلت بِحض َرة ِ أجنبِ ٍ ّي أس َّرت‬، ‫بِنِس َو ٍة أم منف ِردة‬
Terjemahan: “Adapun orang perempuan; menurut
kebanyakan ulama kami, sekiranya mereka solat
bersendiri, atau solat bersama wanita lain, atau
solat yang mana ada lelaki mahram di sisinya, maka
hendaklah dia menguatkan suara, sama ada solat
berjamaah atau bersendirian. Sekiaranya dia solat
dalam keadaan ada lelaki ajnabi di sisinya, maka dia
perlahankan suara.” (Al-Majmu`)
Al-Nawawi menjelaskan lagi,
ُ َّ ْ َ ْ ُ َ ْ َ َ ْ َ ُ ُ َ َ َْْ َ َ
.‫الرج ِل‬ ‫ َويكون جه ُرها أخفض مِن جه ِر‬: ‫ج ُّي‬ ِ ‫قال البندنِي‬
َ ‫الت ْكبير ف ِي الْ َج ْهر َو ْال ْس‬ َّ ُ ْ ُ َ ّ َّ ُ َ َْ َ َ
‫ار‬
ِ ‫ر‬ ِ ِ ِ ِ ‫م‬ ‫ك‬ ‫ح‬‫و‬ : ‫ب‬
ِ ِ ‫اضي أبو الط‬
‫ي‬ ِ ‫قال الق‬
َ ّ َ َ ّ َ‫ض‬ ْ َ ُ ّ ُ َ َ ْ ُ ْ َّ َ َ َ َ ْ ُ ْ ُ
‫ال‬
ِ ‫الرج‬ ِ ‫و‬ ِ ‫ء‬ ‫ا‬ ‫س‬ ِ ‫الن‬ ِ ‫ة‬ ‫ر‬ ‫ وأما الخنثى في ِسر بِح‬،ِ ‫حكم ال ِقراءة‬
ََ َ َ َ َ َْ ً َ َ َ ْ َُ ْ ََ
ْ َ َْ
.‫ار ِم ِه فقط‬ ِ ‫ح‬ ‫م‬ ِ ‫ة‬ ‫ر‬ ‫ض‬ ‫ح‬ ِ ‫ب‬ ‫و‬ ‫أ‬ ‫ا‬ ‫ِي‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫خ‬ ‫ان‬ ‫ك‬ ‫إن‬ ‫ر‬ ‫ه‬‫ج‬ ‫ي‬ ‫و‬ ، ‫ِب‬
ِ ‫ن‬ ‫ا‬ ‫ج‬ ‫ال‬
َ
ُ ُ َ َ ُ َّ َ َ ْ َ َ
ُ َّ ٌ َ َ َ َ ْ َ َ
‫ َوالص َواب ما ذك ْرته‬، ِ ‫ َوأطلق جماعة أنه كالم ْرأة‬.
Terjemahan: “Al-Bandaniji berkata: Hendaklah
suara orang perempuan lebih perlahan berbanding
suara lelaki. Al-Qadhi Abu Tayyib menyatakan:
Hukum menguatkan dan merendahkan suara ketika
takbir -iaitu takbir dalam solat- sama sahaja dengan
hukum bacaan. Adapun khunsa, mereka hendaklah
merendahkan suara di sisi orang perempuan dan lelaki
bukan mahram. Mereka boleh meninggikan suara jika
mereka berseorangan atau solat di sisi mahram mereka
sahaja. Ada sekumpulan ulama menyatakan hukum
mereka sama dengan perempuan, namun yang tepatnya
ialah seperti yang saya tegaskan tadi.” (Al-Majmu`)

200
Ibn Qudamah, ulama besar mazhab Hanbali menyatakan,
ْ َ َّ َ ْ َ َ ٌ َ ُ َ َ ْ ْ َ ْ َ َ َ ْ َ
‫ إل أن‬،‫ َوإِن كان ث َّم رِجال ل تجه ُر‬،‫َوتجه ُر ف ِي صلة ِ الجه ِر‬
َ َْ َ َ َ َ َ ْ ُ ُ َ
‫ فل بأس‬،‫ارمِها‬ ِ ‫يكونوا مِن مح‬
Terjemahan: “Dan hendaklah orang perempuan
menguatkan suara dalam solat jahriyyah. Jika ada
orang lelaki, maka tidak perlu menguatkan suara.
Lainlah jika lelaki itu mahramnya.” (Al-Mughni)
Ibn Baz berkata dalam fatwa beliau,

‫اهلل شرع لعباده الجهر في الفجر ويف األوىل والثانية من‬


‫ وهذا عام للرجال والنساء؛ ألن الشرائع‬،‫العشاء والمغرب‬
‫ فاهلل شرع أن‬،‫ إال ما خصه الدليل بالرجل أو بالمرأة‬،‫عامة‬
‫نجهر في الفجر ويف األوىل والثانية من المغرب ويف األوىل‬
‫والثانية من العشاء‬
Terjemahan: “Allah Taala telah mensyariatkan kepada
hamba-Nya agar menguatkan suara ketika solat
subuh dan dua rakaat pertama solat maghrib serta
isyak. Perintah ini umum untuk lelaki dan perempuan,
disebabkan syariat itu bersifat umum. Lainlah jika
ada dalil yang mengkhususkan untuk lelaki atau
perempuan.”

201
Meskipun begitu, menurut Ibn Baz, sebaik-baiknya mereka
tidak menguatkan suara sekiranya terdapat orang lelaki ajnabi
-bukan mahram- yang boleh mendengar suara mereka. hukum
yang sama terpakai dalam kes talbiyyah semasa menunaikan
ibadah umrah dan haji.

Rujukan: https://binbaz.org.sa/fatwas/18052/

KEDUA: Apakah kadar atau apakah pengertian


menguatkan suara dan merendahkannya?

Al-Khurashi dalam Sharah Mukhtasar Khalil memberikan


jawapan yang sangat baik.
ْ َ ُ َ ْ َ َ َ ْ َُ َ َ ّ َ ُ ْ َ ّ ّ َ ْ َ َّ َ ْ َ ْ
‫ فإِن ل ْم يح ّ ِرك‬، ِ ‫اءة‬ ِ ‫َواعلم أن أدنى‬
‫ أن يح ِرك ل ِسانه بِال ِقر‬: ‫الس ِر‬
ُُ ْ َ َ َ َ ً َ َ ُ ّ َ ُ َ ُ َّ َ ْ َ َْ َُ َ
،‫ب‬ ِ ‫ن‬ ‫ج‬ ‫ِل‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫ه‬‫از‬
ِ َ ِ ِ ‫ل َِسانه ل َم يج ِزه ِ ; ِلنه ل يعد ق َِراءة ب‬
‫و‬‫ج‬ ‫ِيل‬ ‫ل‬ ‫د‬
ُ َ َْ َ ُْ ْ ْ َ ْ َْ ْ ََ ُ َ َْ َ ُْ ْ َ ْ
‫ أن يس ِمع نفسه‬: ‫ َوأدنى الجه ِر‬، ‫َوأعلهُ أن يس ِمع نفسه فقط‬
ُ َ َّ َ َ َ ْ َ َ ْ َ
‫ َوأعلهُ ل حد له‬، ‫َومن يلِي ِه‬
Terjemahan: “Ketahuilah bahawa kadar minimum
merendahkan suara ialah, menggerakkan lidahnya
untuk membaca. Jika dia tidak menggerakkan lidahnya,
tidak boleh. Lantaran bacaan tanpa mengerakkan
lidah bukanlah bacaan, apa lagi cara bacaan seperti
itu diharuskan untuk orang yang berjunub. Yang paling
tinggi ialah dia sendiri mendengar bacaan tersebut.
Kadar minimum menguatkan suara pula ialah dia

202
sendiri dan orang berdekatan mendengar suaranya.
Kadar maksimum tiada batas.”

Rumusan:
1 Lelaki dan perempuan sebaik-baik menguatkan
suara dalam solat subuh dan dua rakaat
pertama solat maghrib dan isyak.

2 Orang perempuan hanya perlu merendahkan


suara jika ada lelaki ajnabi di sisi mereka.

Rujukan:
i. Al-Majmu` oleh al-Nawawi.

ii. Fatwa Ibn Baz.

203
Menguatkan

41 atau
Merendahkan
Bacaan
Dalam
Solat Malam
Persoalan:

A pakah hukum menguatkan suara dalam solat malam?

Penjelasan:
Solat malam merangkumi:-

 Solat ba`diyah maghrib.

 Solat ba`diyah isyak.

 Sebarang solat sunat yang dikerjakan antara maghrib


hingga isyak.

 Solat tahajjud -bermula selepas solat ba`diyah isyak


hingga subuh-.

 Solat witir.

Untuk solat rawatib -ba`diyah maghrib dan ba`diyah isyak-,


ada dua pendapat ulama.

PENDAPAT PERTAMA: Membaca dengan suara


perlahan. Ini merupakan pendapat mazhab Shafi`i. Al-Nawawi
menjelaskan perkara ini dengan berkata,
ّ
،‫فيسر بها كلها باتفاق أصحابنا‬ ‫وأما السنن الراتبة مع الفرائض‬
‫ونقل القاضي عياض في شرح مسلم عن بعض السلف الجهر‬
‫ واهلل أعلم‬.‫ وعن الجمهور اإلسرار‬،‫في سنة الصبح‬.
Terjemahan: “Tentang solat sunat rawatib, maka
hendaklah kita merendahkan suara dalam kesemuanya
menurut kesepakatan ulama mazhab kami. Al-Qadhi
`Iyad menukilkan pendapat sebahagian salaf ketika
mensyarahkan hadith Sahih Muslim, agar menguatkan
suara ketika solat sunat subuh, manakala jumhur
mengatakan perlahan. Wallah a`lam.”
Contoh kes: Ketika kita sedang mengerjakan solat ba`diyah
maghrib, datanglah seseorang untuk berimamkan kita -dia solat
maghrib-, Maka, kita teruskan solat dengan bacaan perlahan.
Kita hanya perlu menguatkan suara ketika takbir agar dia dapat
mengikuti pergerakan kita.

PENDAPAT KEDUA: Kita diberi pilihan antara


menguatkan suara dengan memperlahankannya. Ini merupakan
pendapat Hanafi -rujuk Fatawi al-Hindiyyah dan Bada’i` al-
Sana’i`-, Hanbali -rujuk Kasyf al-Qina’ dan al-Mughni-, Ibn
Hazam -al-Muhalla-, Abu al-Walid al-Baji -al-Muntaqa-, Ibn
`Uthaimin -Majmu` Fatawi wa Rasa’il- dan inilah fatwa al-Lajnah
al-Da’imah.

Mereka tidak membezakan antara solat rawatib dengan


solat malam yang lain seperti tahajjud.

Rujukan: https://dorar.net/feqhia/1303/

206
Hujjah yang digunakan oleh mereka ialah,
ُ ‫لعائشة َرض َي‬ َ ُ َ ُ
:‫اهلل عنها‬ ِ ‫ ((قلت‬:‫حارث قال‬ ٍ ‫بن‬
ِ ‫يف‬ ِ ‫عن غض‬
َّ َ ُ ُ َّ ُ َّ َ
‫يل‬ ِ ‫أرأيت رسول اهللِ صلى اهلل عليه وسلم كان يوت ِر أول الل‬ ِ
َ َّ َ ّ َّ َّ َ
،‫آخره‬
ِ ‫ وربما أوتر في‬،‫ ربما أوتر في أول الليل‬:‫أو آخِره؟ قالت‬
ً َ َ ُ ُ
:‫ قلت‬،‫األمر سعة‬ ِ ‫ اهلل أكبر! الحمد هلل الذي جعل في‬:‫قلت‬
َ َ َ َّ ُ ‫رسول اهلل صلَّى‬ َ
‫بالقرآن ويخ ِفت‬
ِ ‫اهلل عليه وسلم يجه ُر‬ ‫أرأيت‬
ِ
ُ َ َّ َ
‫ اهلل أكبر! الحمد‬:‫ قلت‬،‫ ربما جهر به وربما خفت‬:‫به؟ قالت‬
ً َ َ
‫اهلل الذي جعل في األمر سعة‬
Terjemahan: `Udhaif bin Harith berkata: Saya
bertanyakan `A’ishah radhiyallah `anha: Adakah puan
melihat sama ada Rasulullah salla Allah `alaih wa
sallam solat witir pada awal malam atau akhir malam?
Beliau menjelaskan: Ada masa baginda solat pada
awal malam dan ada masa baginda solat pada akhir
malam. Saya berkata: Allah akbar. Segala puji bagi
Allah yang memberikan keluasan dalam urusan ini.
Saya bertanya lagi: Adakah puan melihat Rasulullah
salla Allah `alaih wa sallam menguatkan suara atau
memperlahankannya? Beliau menjawab: Ada masa
baginda menguatkan bacaan dan ada masa baginda
membacanya perlahan. Saya berkata: Allah akbar.
Segala puji bagi Allah yang memberikan keluasan
dalam urusan ini.” (Abu Dawud)

207
Al-Kasani menjelaskan,

‫ وإن كان‬، ‫وأما في التطوعات فإن كان في النهار يخافت‬


‫ والجهر‬, ‫في الليل فهو بالخيار إن شاء خافت وإن شاء جهر‬
‫ والحكم في الفرائض‬, ‫أفضل ; ألن النوافل أتباع الفرائض‬
‫كذلك‬
Terjemahan: “Dalam solat-solat sunat yang dikerjakan
pada waktu siang, maka perlahankan suara. Jika
dkerjakan pada waktu malam, maka dia diberi pilihan.
Jika perlu, dia boleh perlahankan suara, juga boleh
menguatkannya. Ini disebabkan solat sunat mengikut
rentak solat fardhu. Begitulah hukumnya dalam solat
fardhu.” (Bada’i` al-Sana’i`)
Maksudnya, kita perlu menguatkan suara dalam solat
ba`diyah maghrib dan isyak disebabkan kita membaca dengan
kuat dalam kedua-dua solat fardhu tersebut.

Ibn Baz berkata,

‫وألن ذلك أخشع للقلب وأنفع للمستمعين إال أن يكون‬


‫ فاألفضل خفض‬،‫حوله مرضى أو نوام أو مصلون أو قراء‬
،‫الصوت على وجه ال يترتب عليه إشغال المصلين والقراء‬
‫ وإن أسر في بعض صالة‬.‫ وإزعاج المرضى‬،‫وإيقاظ النائمين‬
‫ وألن‬.‫الليل إذا كان وحده فال حرج لحديث عائشة المذكور‬

208
.‫ذلك قد يكون أخشع لقلبه وأرفق به في بعض األوقات‬
‫واهلل ويل التوفيق‬
Terjemahan: “INi kerana tindakan menguatkan suara
lebih menghasilkan khusyuk dalam hati dan memberikan
manfaat kepada orang yang mendengarnya. Melainkan
jika ada orang yang sakit berada di sekelilingnya, atau
ada orang yang sedang tidur, orang yang sedang solat
dan ada orang yang sedang membaca al-Quran. Ketika
itu, sebaik-baiknya kita merendahkan suara agar tidak
mengganggu orang lain yang sedang solat dan membaca
al-Quran, tidak mengganggu orang tidur juga orang
yang sedang sakit. Sekiranya kita merendahkan suara
dalam sebahagian solat malam ketika bersendirian,
tiada masalah berdasarkan hadith `A’isyah seperti
disebutkan. Ini kerana -memperlahankan suara- lebih
memberikan khusyuk dan kejernihan pada hati pada
beberapa waktu. Dan Allah juga sebaik-baik pemberi
taufiq.” (Rujuk https://binbaz.org.sa/fatwas/4068/

Berkenaan solat tahajjud dan witir, maka diringkaskan


perbincangan dengan menyatakan bahawa kita disunnahkan
untuk menguatkan sedikit suara. Ini merupakan pendapat
jumhur ulama termasuklah mazhab al-Shafi`i.

Untuk faedah yang lebih besar, saya sarankan kepada


sesiapa yang berkemampuan untuk membaca dalil-dalil

209
menguatkan suara dalam solat malam di https://www.alukah.
net/sharia/0/131612/ .

Rumusan:
1 Mazhab al-Shafi`i berpendapat kita perlu
membaca perlahan dalam kesemua solat
rawatib; siang mahupun malam. Mereka
membezakan antara solat rawatib dengan solat
tahajjud dan witir. Lagipun, tiada hadith yang
jelas menguatkan bacaan dalam solat rawatib.

2 Sebahagian besar ulama memberikan kita


pilihan; ada masa membaca perlahan dan ada
masa membaca dengan suara kuat. Tetapi,
bukanlah sekuat bacaan ketika solat maghrib
dan isyak.

3 Pun begitu, kita mesti melihat kepada keadaan


dan suasana semasa. Jika kita solat rawatib
di masjid terutamanya, maka kita perlu
mempertimbangkannya. Jika kita berada jauh
daripada orang lain, maka diharuskan untuk
kita menguatkan sedikit suara kita.

4 Untuk solat malam, kita disunnahkan untuk


menguatkan sedikit bacaan kita.

Wallah a`lam.

210
Beberapa

42
Permasalahan
Tentang
Solat
Seorang
Diri Di
Belakang Saf
Persoalan:

S aya sedikit terlambat untuk solat zohor pada satu hari.


Apabila saya tiba di surau, ketiga-tiga saf sudah penuh.
Tiada orang di saf keempat. Namun, saya dapati ada
seseorang sedang berjalan menuju ke surau. Adakah saya perlu
menunggu dia dahulu barulah memulakan solat, atau saya boleh
bertakbir terus?

Penjelasan:
Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam memang menegah kita daripada
mengerjakan solat diri. Kita ada jelaskan isu ini sebelum ini.

Walhasilnya, saya sendiri setuju dengan pendapat


mengatakan, harus kita solat seorang diri jika tiada orang. Ini
termasuk kes dharurat yang dilonggarkan hukum oleh Allah
Taala.

Kita tidak perlu menarik makmum di saf ketiga untuk


menemani kita. Sebahagian ulama tidak menyukai tindakan
menarik itu, tanpa menafikan ada ulama yang menyarankan
demikian.

Alhamdulillah Shams al-Din Ibn Qudamah al-Maqdisi


ada memberikan keterangan yang sangat terperinci berkenaan
perkara ini, yang akan saya terangkan secara satu persatu.

Terlebih dahulu, kita perlu memahami maksud


berseorangan di dalam saf yang ditegah. Sekurang-kurangnya
ada dua bentuk.
1 Kita sengaja berada di belakang saf seorang diri meskipun
masih ada ruang kosong di hadapan.

2 Kita berada berjauhan daripada orang lain yang sama saf


dengan kita. Perbuatan ini menggambarkan kita tidak
menghayati semangat berjamaah dan kesatuan sesama
umat Islam.

Alangkah ruginya.

Baik, ini ada beberapa keterangan yang saya petik daripada


kitab karya Ibn Qudamah, anak saudara kepada Muwaffaq al-Din
Ibn Qudamah al-Maqdisi.

1 Dalam keadaan kita seorang sahaja makmum. Kita takbir


terlebih dahulu di belakang imam, kemudian barulah
kita bergerak ke sebelah kanan imam. Insha Allah solat
itu sah.

Keadaan ini mungkin berlaku ketika kita terlambat


untuk solat. Jamaah telah selesai mengerjakan solat dan kita
bercadang memilih seorang jamaah yang masbuq. Oleh kerana
orang yang kita pilih berada di tengah-tengah jamaah, maka kita
terpaksa berdiri di belakang imam seorang diri. Sekiranya orang
di sebelah imam selesai, hendaklah kita bergerak ke hadapan
untuk berada di sebelah imam.

2 Jika kita solat di belakang saf terlebih dahulu kemudian


barulah orang datang seperti kes yang saudara sebutkan,
juga diharuskan. Apa lagi kita mahu mendapat pahala
jamaah seawal mungkin.

213
3 Jika kita dan seorang lagi kawan sudah berada dalam
saf; kita takbir terlebih dahulu sedangkan kawan kita
agak terlambat. Dia takbir ketika imam sedang rukuk.
Bermakna, sepanjang kita solat, sebenarnya kita solat
seorang diri di dalam saf walaupun ada orang di sebelah.
Solat kita dianggap tidak bermasalah.

Imam Ahmad pernah ditanya berkenaan perkara ini. Beliau


menjelaskan, “Masalah ini tiada kaitan dengan solat seorang
diri di belakang saf. Yang ditegah ialah jika kita solat seorang
diri secara penuh (tanpa dharurat), atau solat seorang diri satu
rakaat penuh. Adapun keadaan ini, saya berharap tiada masalah.”

4 Kita solat di sebelah kanan imam. Kemudian seseorang


datang mencuit kita agat ke belakang. Malangnya, setelah
kita ke belakang, orang tersebut lambat takbirah al-
ihram. Walaupun kita dikira berseorang sepanjang orang
itu belum takbir, solat kita dianggap tidak bermasalah
kerana ia di luar kawalan kita.

Sebaik-baiknya seperti keterangan al-Nawawi di dalam al-


Majmu‘, seseorang itu perlu takbirah al-ihram terlebih dahulu
sebelum meminta makmum ke belakang.

5 Jika kita solat di sebelah kiri imam, kemudian ada orang


solat di sebelah kanan imam, solat itu sah.

6 Jika kita solat seorang diri di belakang saf, lalu ada


seseorang turun ke belakang untuk menemani kita,
solat itu juga dianggap sah. Namun, ada ulama tidak
menyetujuinya.

214
Jika kita boleh ke belakang saf ketika sedang mengerjakan
solat, apa lagi jika di luar solat. Maksud saya begini. Sebagai
contoh, kita dan seorang lagi baru memasuki surau atau masjid
untuk solat. Terdapat satu ruang kosong di hadapan.

Maka, langkah yang terbaik ialah kita dan seorang lagi


bersama-sama di belakang dan biarkan ruang itu kosong. Kelak,
bila ada orang ketiga datang, barulah dia memenuhi ruang
kosong itu.

Meskipun begitu, masalah yang saya sering perhatikan


ialah, orang ketiga dan seterusnya tidak memenuhkan ruang
kosong itu walaupun mereka menyedarinya. Astaghfirullah.

Rujukan utama:
Al-Sharh al-Kabir oleh Shams al-Din Ibn Qudamah al-Maqdisi.

215
Benarkah

43 Khusyuk
Bermaksud
Kita Lupakan
Segala
Sesuatu?
Persoalan:

B enarkah erti khusyuk ialah, kita lupakan segalanya di dalam


solat? Sehingga dikatakan burung pun boleh membina
sarang di atas kepala? Saya juga pernah mendengar kisah
Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam ingin memberikan hadiah kepada
mana-mana sahabat yang dapat solat dengan khusyuk. Abu Bakar
radhiyallah ‘anh menyahut cabaran itu namun akhirnya beliau
teringatkan hadiah itu ketika tashahhud akhir. Adakah kisah itu
benar?

Penjelasan:
Wallahu a‘lam. Insha Allah saya cuba jelaskan setakat
kemampuan saya secara mudah dan ringkas.

PERTAMA, khusyuk bukan bererti lupa segalanya, atau


tidak menyedari apa yang berlaku.
ʈ Bukankah Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam mengajar
kita membunuh binatang berbahaya di dalam solat?
ʈ Bukankah kita perlu memenuhkan ruang saf yang
kosong jika ada orang keluar?
ʈ Bukankah kita wajib berhenti solat jika ada kes
kecemasan?
ʈ Bukankah anak boleh berhenti solat jika mendengar
panggilan ibu dalam keadaan-keadaan tertentu?

Kesemua ini menurut kita, memerlukan kesedaran. Yang lupa itu


sefaham kita, bukan khusyuk namun terkhayal.
Al-Nawawi pernah membahaskan hadith Nabi salla Allah
‘alaih wa sallam menjadi imam dalam keadaan mendukung
cucunda baginda, Umamah binti Abi al-`As radhiyallah ‘anhuma.

Menurut al-Nawawi, pergerakan mengangkat dan


meletakkan anak, semuanya tidak terkeluar daripada batasan
khusyuk.

KEDUA, terdapat hadith menunjukkan Nabi salla Allah


‘alaih wa sallam teringatkan sesuatu di dalam solat.
ْ َ َ َ َّ َ َ َ ُ ْ َ ْ ْ َ ُ ُ ْ ُ َّ َ ُ َ َ َّ َ
‫ون قال حدثنا عِيسى ب ُن‬ ٍ ‫حدثنا محمد بن عبي ِد ب ِن مي‬
‫م‬
ْ َ َ َ ْ َ ُ َ ْ َ ْ َ َ َ َ ْ ََ ُ ْ َ َُ ُ
‫يد قال أخب َر ِن اب ُن أبِي مليكة عن‬ ٍ ‫يونس عن عمر ب ِن س ِع‬
َ َْ َّ َ َْ َ ُ َّ َ َّ َ َ َ ُ ْ َّ َ َ َ َ َ ْ ُ
‫الل َّ علي ِه َوسل َم بِالم ِدين ِة‬ ‫اء النبِ ِ ّي صلى‬ ‫عقبة قال صليت و ر‬
َْ َ َّ َ َ ََّ َ َ ً ْ ُ َ َ َّ ُ َ َّ َ َ َ ْ َ ْ
‫اس إِلى بع ِض‬ ِ ‫العصر فسلم ثم قام مس ِرعا فتخطى ِرقاب الن‬
ُ َّ َ َ َ َْ َ َ َ َ َ ُ ْ ُ َّ َ َ َ َ َ ُ
‫حج ِر ن ِسائ ِ ِه فف ِز ع الناس مِن س ْرعتِ ِه فخ َرج علي ِه ْم ف َرأى أنه ْم‬
ُ ْ َ َ َ َْ ْ ْ ًْ َ ُ َ َ َ ََ َ ُ ْ ُ َ
‫جبوا مِن س ْرعتِ ِه فقال ذك ْرت شيئا مِن ت ِب ٍر عِندنا فك ِرهت‬ ِ ‫ع‬
َ ْ ُ َ َ َ َ ْ َ ْ َ
‫أن يحبِسنِي فأم ْرت ب ِ ِقسمتِ ِه‬
Terjemahan: ‘Uqbah berkata: “Saya solat Asar
berimamkan Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam di
Madinah. Setelah memberi salam, baginda terus bangun
tergesa-gesa, lalu melangkah-langkah bahu jamaah
menuju ke rumah salah seorang isteri baginda. Kami
semua terkejut melihatkan keadaan Nabi. Selepas itu,
Nabi keluar menemui kami dan baginda perasan kami
kelihatan terkejut -dengan tingkah baginda-. Baginda

218
menjelaskan: Saya teringatkan ada harta sedekah
di rumah kami. Saya bimbang harta itu mengganggu
saya, lalu saya memerintahkan agar harta itu diagih-
agihkan.” (Al-Bukhari, kitab al-Adhan, 158)
Beberapa faedah penting di dalam hadith ini seperti
dikupaskan oleh Ibn Hajr yang kita ingin kongsikan.

1 Terdapat riwayat daripada ‘Umar bin Sa‘id, bahawa Nabi


salla Allah ‘alaih wa sallam teringatkan harta itu ketika
baginda sedang mengerjakan solat. Bukannya selepas
solat.

2 Terfikir (tafakkur) sesuatu yang tiada kaitan dengan


solat tidak menjejaskan solat dan tidak mengurangkan
kesempurnaannya. Perhatikan pernyataan Ibn Hajr, “tidak
mengurangkan kesempurnaannya.”

3 Berazam ingin melakukan sesuatu yang bersifat harus


(al-ja’izah) selepas solat tidak dianggap satu kesalahan.

4 Sebagai tambahan, Imam al-Bukhari sendiri meletakkan


hadith ini di bawah topik berjudul, “Bab orang yang
memimpin solat, lalu dia teringatkan sesuatu hajat, lalu
dia melangkah bahu-bahu orang.”

Orang yang berazam pasti terfikir atau berfikir terlebih


dahulu.

Maksudnya, orang yang berfikir tetap termasuk dalam


lingkungan khusyuk. Seperti kita terfikirkan ibu kita dan kita
merancang untuk menghubungi mereka sesudah solat.

219
Yang boleh menjejaskan khusyuk ialah, apabila kita
melayan dan melayan, sehingga fikiran kita melayang entah ke
mana.

KETIGA, berkenaan soal burung pun sampai boleh


membina sarang di atas kepala orang yang solat dalam keadaan
khusyuk.

Kita menjelaskan, burung telah diberikan anugerah oleh


Allah Taala untuk memilih tempat yang sesuai untuk membina
sarang.

KEEMPAT, kisah Abu Bakar radhiyallah ‘anh yang


menyahut cabaran Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam itu perlu
dibuktikan dengan sumber yang sahih.

Rumusan:
1 Khusyuk bererti kita memberikan tumpuan
terhadap bacaan dan pergerakan di dalam solat.

2 Orang yang khusyuk akan menyedari apa yang


berlalu di sekeliling. Usah terpedaya dengan
kisah orang yang tidak sedar rumahnya terbakar
semasa dia sedang solat.

3 Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam sebagai contoh


terbaik, pun teringatkan sesuatu dan berazam
melakukan sesuatu ketika baginda sedang solat.

Rujukan utama:
Fath al-Bari oleh Ibn Hajr.

220
Berapa

44
Kali
menyapu
Kepala
Ketika
Berwuduk?
Persoalan:

B iasanya kita yang bermazhab al-Shafi‘i menyapu kepala


sebanyak tiga kali ketika berwudhu. Namun, saya ada
mendengar orang mengatakan bahawa Imam al-Shafi‘i
berpendapat sapuan hanyalah sekali. Mohon penjelasan.

Penjelasan:
Saya tidak akan membahaskan berapa kalikah sapuan kepala
menurut perbahasan ulama fiqh. Sebaliknya, saya hanya ingin
menjawab persoalan, adakah benar Imam al-Shafi‘ berpendapat
demikian?

Imam al-Tirmidhi didapati telah memperkatakan perkara


ini. Beliau menyebutkan di dalam Jami‘ al-Tirmidhi,
َّ َ ْ َ ْ ْ ْ ْ َ َْ َ َْ َ َ َ َ ََُْ َ
‫اب النبِ ِ ّي‬
ِ ‫والعمل على هذا عِند أكث ِر أه ِل ال ِعل ِم مِن أصح‬
َّ َ ُ ْ َ ْ َ ُ ُ َ ُ َ ْ َ ْ َ َّ َ ْ َ َ ُ َّ َ
‫الل َّ علي ِه َوسل َم َومن بعده ْم َوب ِ ِه يقول جعف ُر ب ُن محم ٍد‬ ‫صلى‬
َ ُ َ ْ ُ َ ْ َ َّ َ ‫الث ْو ر ُّي َو ْاب ُن ال ْ ُم َب‬
َّ ُ َ ْ ُ َ
‫اركِ َوالشاف ِ ِع ُّي َوأحمد َوإِسحق َرأ ْوا‬ ِ ‫وسفيان‬
ً َ َ ً َّ َ ْ َ ْ َ
‫الرأ ِس مرة واحِدة‬ َّ ‫مسح‬

Terjemahan: “Dan amalan menyapu kepala sekali


adalah amalan kebanyakan ahli ilmu kalangan sahabat
Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam dan orang-orang
yang hidup selepas mereka. Inilah pendapat Ja‘far bin
Muhammad, Sufyan al-Thauri, Ibn al-Mubarak, al-
Shafi‘i, Ahmad dan Ishaq. Mereka mengatakan sapuan
kepala hanya sekali.” (Kitab al-Taharah, bab Ma ja’ an
mash al-ra’s marrah)
Al-Mubarakfuri di dalam Tuhfah al-Ahwadhi menyatakan,

“Maka dimaklumi bahawa al-Shafi‘i memiliki dua


pendapat; menyapu sekali (al-tauhid) dan tiga kali (al-
tathlith).”
Persoalannya ialah, benarkah Imam al-Shafi‘i memiliki
dua pendapat dalam bab ini? Untuk mengetahui lebih lanjut,
ada eloknya kita melihat sendiri penjelasan yang dibawakan
oleh ulama dalam mazhab al-Shafi‘i. Tidak mustahil al-Tirmidhi
tersilap dalam menukilkan maklumat.

Al-Nawawi berkata,

‫وحكي أبو عيسى الترمذي في كتابه عن الشافعي وأكثر‬


‫العلماء رحمهم اهلل أن مسح الرأس مرة وال أعلم أحدا من‬
‫أصحابنا حكي هذا عن الشافعي رضي اهلل عنه لكن حكي‬
‫أبو عبد اهلل الحناطي بالحاء المهملة ثم صاحب البيان‬
‫والرافعي وغيرهما وجها لبعض أصحابنا أن السنة في مسح‬
‫الرأس مرة‬
Terjemahan: “Dan Abu ‘Isa al-Tirmidhi menyebutkan
di dalam kitab beliau tentang pendapat Imam al-Shafi‘i
dan kebanyakan ulama bahawa sapuan kepala hanya
sekali.

“Saya tidak mengetahui seorang pun ulama kalangan


mazhab kami yang ada menyebutkan pendapat al-
Shafi‘i radhiyallah ‘anh ini.
223
“Melainkan Abu ‘Abdullah al-Hannati, kemudian
pengarang al-Bayan, al-Rafi‘i dan selain mereka ada
menukilkan pendapat sebahagian ulama mazhab kami
yang berpendapat sapuan hanya sekali.” (Al-Majmu‘,
2:238)

Al-Nawawi sangat dikenali sebagai ulama yang banyak


mengumpulkan pendapat Imam al-Shafi‘i di dalam al-Majmu‘,
sama ada pendapat baru dan lama. Namun dalam bab ini, beliau
menafikan wujudnya pendapat Imam al-Shafi‘i yang menyatakan
sapuan hanya sekali.

Berkemungkinan besar al-Tirmidhi tersilap dalam bab ini.

Kesilapan sebegini ada dilakukan oleh al-Tirmidhi dalam


bab bersugi atau menggosok gigi selepas zohor bagi orang
yang berpuasa. Beliau menyatakan bahawa Imam al-Shafi‘i
menyatakan tidak makruh.

Al-Nawawi sekali lagi bingkas mempertikaikan maklumat


yang dibawakan al-Tirmidhi. Beliau menjelaskan bahawa tiada
pun seorang ulama mazhab al-Shafi‘i pernah membawakan
pernyataan sebegini bersumberkan Imam al-Shafi‘i.

Dalam bab manakah lebih afdhal, antara sapuan sekali atau


tiga kali, saya tidak bercadang untuk membahaskannya di sini.

Rujukan:
i. Al-Majmu‘ oleh al-Nawawi.

ii. Tuhfah al-Ahwadhi oleh al-Mubarakfuri.

224
Berdoa

45
Semasa
Berdiri
(Qiyam)
Dalam
Solat
Persoalan:

B olehkah saya berdoa ketika membaca al-Quran sewaktu


berdiri (qiyam) di dalam solat?

Penjelasan:
Insha Allah saya akan terangkan seringkas mungkin.

PERTAMA, terdapat hadith yang menunjukkan sunnah


berdoa ketika membaca ayat al-Quran sewaktu solat. Huzaifah
bin al-Yamani radhiyallah ‘anhuma menceritakan,

‫صليت مع النبي صلى اهلل عليه وسلم فما مرت به آية رحمة‬
‫ وال آية عذاب إال تعوذ منها‬،‫إال وقف عندها ليسأل‬.
Terjemahan: “Saya solat bersama Nabi salla Allah
‘alaih wa sallam. Apabila baginda membaca ayat
rahmat, baginda akan berdoa untuk mendapat rahmat.
Begitu juga ketika bertemu ayat azab.”
KEDUA, al-Hafiz Ibn Hajr menyenaraikan 8 tempat
disunnahkan berdoa. Antaranya ialah ketika berdiri. (Rujuk Fath
al-Bari)

KETIGA, ulama berselisih faham tentang keharusan


berdoa ketika membaca ayat al-Quran di dalam solat.
(a) Mazhab al-Shafi‘i membolehkannya dalam semua solat;
sunat atau fardhu, imam atau makmum, juga untuk orang yang
solat seorang diri.

Al-Amir al-San‘ani menjelaskan,

‫ويف الحديث دليل على أنه ينبغي للقارئ في الصالة تدبر‬


‫ ولعل هذا‬،‫ واالستعاذة من عذابه‬،‫ وسؤال رحمته‬،‫ما يقرؤه‬
‫ وإنما كان ذلك ألن حديث حذيفة‬،‫كان في صالة الليل‬
:‫ قال‬،‫مطلق وورد تقييده بحديث عبد الرحمن بن أبي ليلى‬
‫سمعت رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم يقرأ في صالة ليست‬
.‫ أعوذ باهلل من النار‬:‫ فمر بذكر الجنة والنار فقال‬،‫بفريضة‬
‫ ولو فعله أحد في الفريضة فلعله ال بأس فيه‬.....‫رواه أحمد‬
ً
‫وال يخل بصالته سيما إذا كان منفردا لئال يشق على غيره‬
ً
‫إذا كان إماما‬.
Terjemahan: “Hadith ini adalah dalil bahawa
sepatutnya orang yang membaca al-Quran di dalam
solat mesti tadabbur apa yang dibaca; memohon
rahmat, mohon perlindungan daripada azabnya.
Kemungkinan amalan ini boleh dipraktikkan di dalam
solat malam. Hadith Huzaifah radhiyallah ‘anh
memang membawa pernyataan umum, namun hadith
‘Abd al-Rahman bin Abi Laila ada menegaskan: Saya
mendengar Rasulullah salla Allah ‘alaih wa sallam

227
membaca al-Quran bukan di dalam solat fardhu, maka
apabila baginda bertemu ayat menceritakan tentang
syurga dan neraka, baginda berdoa: Ya Allah, aku
berlindung kepada Engkau daripada neraka. Riwayat
Ahmad. Jika seseorang berbuat demikian di dalam
solat fardhu, maka tiada masalah dan tidak merosakkan
solat. Apatah lagi jika dia solat seorang diri, kerana
tidak akan menyusahkan orang lain sebagaimana jika
dia menjadi imam.” (Subul al-Salam)

Menurut al-Shaukani,

،‫فيه استحباب الترسل والتسبيح عند المرور بآية فيها تسبيح‬


‫ والظاهر استحباب هذه‬...‫والسؤال عند قراءة آية فيها سؤال‬
‫ وبين‬،‫األمور لكل قارئ من غير فرق بين المصلي وغيره‬
‫ وإلى هذا ذهب الشافعية‬،‫اإلمام والمنفرد والمأموم‬.
Terjemahan: “Hadith ini menjelaskan bahawa kita
disukai untuk bertasbih apabila membaca ayat yang
mengandungi tasbih, dan bermohon jika ada kandungan
ayat sebegitu. Jelasnya, amalan ini disukai buat setiap
orang yang membaca al-Quran tanpa membezakan
orang yang sedang solat atau di luar solat. Juga tidak
dibezakan antara imam, orang solat seorang diri dan
makmum. Inilah pendapat ulama Shafi‘i.” (Nail al-
Autar)

228
(b) Mazhab lain hanya membenarkannya di dalam solat
sunat.

Pengarang al-Mabsut menjelaskan pendirian mazhab


Hanafi,

‫إذا مر المصلي بآية فيها ذكر الجنة فوقف عندها وسأل فهو‬
ً
‫ فأما إذا كان إماما كرهت‬،‫حسن في التطوع إذا كان وحده‬
‫ وكذلك إن كان خلف اإلمام فإنه يستمع وينصت‬..‫له ذلك‬
Terjemahan: “Apabila berjumpa ayat yang menyebutkan
syurga, maka berhenti untuk berdoa memohon syurga,
itu adalah amalan yang baik dalam solat sunat yang
dilakukan sendirian. Saya memandang makruh
orang yang menjadi imam berbuat demikian. Begitu
juga makruh bagi makmum kerana makmum mesti
mendengar bacaan imam dan memberikan perhatian.”
(Al-Mabsut)
Mazhab Hanbali,

،‫وله السؤال عند آية رحمة وعنه (يعني أحمد) يستحب‬


‫ وعنه يكره في فرض‬،‫وظاهره لكل مصل‬.
Terjemahan: “Dia boleh berdoa memohon rahmat
apabila berjumpa ayat rahmat. Amalan ini disukai
menurut Imam Ahmad. Yang jelasnya semua orang
yang solat boleh berbuat demikian. Meskipun begitu,
Imam Ahmad memakruhkannya untuk berbuat demikian
di dalam solat fardhu.” (Al-Furu‘)
229
Mazhab Maliki juga mengharuskannya hanya di dalam
solat sunat seperti dijelaskan oleh al-Khurashi di dalam Syarah
Mukhtasar Khalil.

KEEMPAT, menurut Imam al-Ramli al-Shafi‘i, imam boleh


berdoa dengan suara yang didengari. Namun, makmum tidak
boleh mengaminkannya. (Rujuk Nihayah al-Muhtaj).

KELIMA, berdoa semasa berdiri iaitu ketika membaca ayat


al-Quran bukan sekadar sunnah, malah dinyatakan oleh Allah
Taala sendiri.

Antaranya, Allah Taala memakbulkan doa Nabi Zakariyya


‘alaih al-salam untuk mendapat anak ketika baginda sedang
berada dalam keadaan posisi berdiri di dalam solat. (Rujuk surah
Ali ‘Imran)

Rumusan:
1 Digalakkan berdoa semasa membaca ayat al-
Quran di dalam solat sunat terutamanya solat
malam.

2 Untuk mengelakkan kekeliruan dan meraikan


kepelbagaian mazhab di negara kita, maka
imam elakkan diri daripada berdoa semasa
solat fardhu. Namun tiada masalah jika imam
berbuat demikian menurut mazhab al-Shafi‘i.

230
Memanjang-
46 kan Sujud
Akhir
Untuk
Berdoa
Persoalan:

S aya biasa berdoa panjang di dalam sujud akhir terutamanya


ketika mengerjakan solat hajat. Adakah tindakan saya ini
bertepatan dengan sunnah?

Penjelasan:
Saya biasa berjumpa dengan ramai orang yang menghabiskan
masa dengan berdoa panjang ketika sujud akhir. Malah, ada
yang sujud sekitar 30 minit. Mereka meluahkan segala-galanya
kepada Allah Taala.

Saya ingin menjelaskan, bahawa orang yang bersujud


panjang insha Allah merupakan hamba yang soleh dan patut
dicontohi. Kita meletakkan dahi kita ke tempat yang paling
rendah seraya kita memuji-muji Allah sebagai Tuhan yang
tertinggi, disusuli dengan kesungguhan dalam berdoa.

Saya juga ingin menjelaskan, bahawa kedudukan kita


yang paling rapat dengan Allah Taala ialah ketika kita sedang
bersujud. Nabi salla Allah `alaih wa sallam menjelaskan.
ُْ ُ َ َ ُ َ َ َ ُ َّ َ
‫ أقرب ما يكون العبد‬:‫عن أبي هريرة أن رسول الل َّ ﷺ قال‬
ُّ ََ ٌ َ ّ
َ ‫الد‬
‫عاء‬ ‫ فأكثِ ُر وا‬،‫مِن رب ِ ِه َوهو ساجد‬
Terjemahan: “Sedekat-dekat seorang hamba dengan
Tuhannya ialah ketika bersujud. Maka perbanyakkan
doa.” (Muslim)
Dalam hadith yang lain, Nabi salla Allah `alaih wa sallam
turut menggalakkan kita untuk berdoa dengan bersungguh-
sungguh ketika sujud.
ً ً
‫ فأما الركوع‬،‫أال إني نهيت أن أقرأ القرآن راكعا أو ساجدا‬
‫ وأما السجود فاجتهدوا في الدعاء فقمن‬،‫فعظموا فيه الرب‬
‫أن يستجاب لكم‬
Terjemahan: “Ketahuilah, saya ditegah membaca al-
Quran ketika rukuk atau sujud. Maka di dalam rukuk,
agungkan Tuhan. Adapun ketika sujud, bersungguhlah
dalam berdoa. Pasti akan dimakbulkan.” (Muslim)
Namun, ada satu perkara yang kita ingin jelaskan. Dalam
kesungguhan kita dalam beribadah, alangkah baiknya kita
sentiasa merujuk kepada sunnah dan kupasan alim ulama, agar
ibadah kita menepati kaedah. Nabi salla Allah `alaih wa sallam
sendiri menyarankan kita agar mengerjakan solat sebagaimana
kita melihat baginda bersolat.

‫صلوا كما رأيتموين أصلي‬


Terjemahan: “Solatlah sebagaimana kamu melihat
saya solat.” (Al-Bukhari)
Namun begitu, baginda sudah pergi meninggalkan kita
buat selama-lamanya. Maka, kita pergi membelek khazanah-
khazanah hadith baginda sebagai sumber rujukan utama dalam
mengerjakan ibadah dalam bentuk yang terbaik.

233
‫‪Antara sunnah baginda ialah solat dalam keadaan‬‬
‫‪seimbang. Perhatikan bagaimana al-Bara’ bin `Azib radhiyallah‬‬
‫‪`anhuma memperihalkan solat baginda seperti berikut.‬‬
‫َ َ َ َ ْ َ َ ُ َ ُ‬ ‫ََْ َ ْ َ َ‬
‫ول‬
‫عن البراء بن عازِ ٍب رضي اهلل عنه قال ‪:‬كانت صلة رس ِ‬
‫ُ َ َ ْ َ َ َّ َ َ ُ ُ ُ ُ َ َ َ َ َ َ ْ َ ُ ْ ّ ُ ُ‬ ‫َ َّ‬
‫الرك ِ‬
‫وع‬ ‫الل َِ ّ صلى الل َّ علي ِه وسلم و ركوعه وإِذا رفع رأسه مِن‬
‫َّ ْ َ َ ْ َ ً ْ َّ‬ ‫ُ ُ ُ َ َْ‬
‫َوسجودهُ َوما بي َن السجدتي ِن ق ِريبا مِن الس َواءِ‬
‫‪Terjemahan: “Solat Rasulullah salla Allah `alaih wa‬‬
‫‪sallam, dalam rukuk, bangun daripada rukuk, sujud,‬‬
‫‪duduk antara dua sujud, semuanya lebih kurang sama‬‬
‫)‪panjang -seimbang-.” (Al-Bukhari, 792 & Muslim, 471‬‬
‫‪Ibn `Uthaimin menjelaskan,‬‬
‫َّ‬ ‫َّ‬
‫اإلطالة في السجدة األخيرة ليست من السنة ؛ ألن السنة‬
‫أن تكون أفعال الصالة متقاربة ‪ :‬الركوع ‪ ،‬والرفع منه ‪،‬‬
‫والسجود ‪ ،‬والجلوس بين السجدتين ‪ ،‬كما قال ذلك البراء بن‬
‫ُ‬
‫عازب رضي اهلل عنه قال ‪( :‬رمقت الصالة مع النبي صلى اهلل‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫عليه وسلم فوجدت قيامه ‪ ،‬فركوعه ‪ ،‬فسجوده ‪ ،‬فجلسته ما‬
‫ً‬
‫بين التسليم واالنصراف قريبا من السواء) ‪ ،‬هذا هو األفضل‬
‫ٌ‬
‫‪ ،‬ولكن هناك محل للدعاء غير السجود ‪ ،‬وهو التشهد ‪،‬‬
‫َّ َّ‬
‫فإن النبي صلى اهلل عليه وعلى آله وسلم لما علم عبد اهلل‬
‫بن مسعود التشهد قال ‪( :‬ثم ليتخير من الدعاء ما شاء) ‪،‬‬

‫‪234‬‬
ّ ُ َّ
‫ أو كثر بعد التشهد األخير قبل أن يسلِم‬، ‫فليجعل الدعاء قل‬
Terjemahan: “Memanjangkan sujud akhir bukanlah
sunnah. Sunnah ialah kita mengerjakan pergerakan-
peregerakan di dalam solat secara seimbang; ketika
rukuk, bangun daripada rukuk, sujud, dan duduk antara
dua sujud, berpandukan hadith al-Bara’ radhiyallah
`anh: [Saya solat bersama Nabi salla Allah `alaih wa
sallam, lalu saya dapati qiyam baginda, rukuk, sujud,
dan duduk tashahhud akhir lebih kurang sama panjang
-seimbang-]. Inilah yang terbaik. Terdapat satu tempat
kita dianjurkan berdoa selain daripada sujud, iaitu
ketika tashahhud akhir. Ini kerana Nabi salla Allah
`alaih wa sallam mengajarkan kepada Ibn Mas`ud
radhiyallah `anh, [Kemudian kamu pilih mana-mana
doa yang kamu inginkan]. Maka berdoalah sedikit
ataupun banyak selepas tashahhud akhir sebelum
memberikan salam.” (Fatawi Nur `ala al-Darb, nombor
376)
Menurut kepada Sheikh `Abdullah al-Jibrin,
ً
‫ على إطالة السجدة األخيرة من‬، ‫ وال أحفظه‬، ‫ال أرى دليال‬
‫ ولكن لعل بعض األئمة يفعلون ذلك لينبهوا على‬، ‫الصالة‬
‫ فيطولونها‬، ‫ أو آخر عمل من أعمال الصالة‬، ‫أن آخر الصالة‬
‫ حتى ينتبه المأموم للجلوس الذي هو الجلوس األخير‬،
‫ وإن كان هذا ال يكفي في تبرير هذه اإلطالة‬، ‫للتشهد‬

235
Terjemahan: “Saya tidak menemui dalil dan saya tidak
menghafaz (dalil) untuk memanjangkan sujud akhir.
Kemungkinan sebahagian imam berbuat demikian
sebagai memperingatkan bahawa ini merupakan
penghujung solat, ataupun amalan-amalan terakhir di
dalam solat, maka mereka memanjangkannya, dengan
tujuan agar makmum mengetahui bahawa selepas
ini ialah duduk tashahhud akhir. Meskipun begitu
tindakan ini tidak cukup untuk membenarkan perbuatan
memanjangkan sujud.” (Fatawi Sheikh `Abdullah al-
Jibrin dalam Ahkam Qat` al-Solah, nombor 2046)
Walaupun demikian, kita berharap tiada salah faham
berlaku. Kita bukan menghalang orang untuk berdoa pada
sujud akhir, cuma kita ingin menggalakkan agar beramal dengan
sunnah; berdoa pada setiap sujud.

Sekiranya kita hanya membaca tasbih sebanyak 3 kali


dalam semua sujud, kemudian kita ingin berdoa ringkas pada
sujud akhir, insha Allah tiada masalah. Kerana doa yang ringkas
tidaklah sampai merencatkan keseimbangan di dalam solat.

Sebaik-baiknya kita bacalah doa yang memang terdapat


di dalam sunnah Nabi salla Allah `alaih wa sallam kerana doa
baginda merangkumi segala bentuk kebaikan. Kemudian, kita
dibolehkan untuk menambah sebanyak mungkin doa.

Percayalah, kita akan merasai kepuasan sebenar di dalam


solat apabila kita berdoa di dalam semua sujud, bukannya hanya
dikhususkan di dalam sujud terakhir.

236
Rumusan:
1 Nabi salla Allah `alaih wa sallam menggalakkan
kita untuk berdoa sebanyaknya dan
bersungguh-sungguh di dalam semua sujud.
Bukan hanya pada sujud akhir.

2 Berdoa hanya pada sujud akhir tidak pernah


dilakukan oleh Nabi salla Allah `alaih wa sallam
berdasarkan kajian hadith.

3 Kita mesti mengurus dan menyusun doa


sebaiknya. jika kita ada empat hajat, maka
bahagilah setiap hajat pada setiap sujud.

4 Kita digalakkan untuk memuji-muji Allah Taala


dengan memperbanyakkan tasbih di dalam
rukuk dan sujud. Bacaan tasbih sujud sebanyak
3 kali adalah jumlah yang paling minimum.

5 Meskipun wujud galakan berdoa pada sujud,


namun di dalam solat jamaah, imam tidak
boleh berdoa panjang sehingga menyusahkan
makmum. Kemungkinan imam hanya perlu
membaca tasbih sebanyak 3 kali disusuli
dengan doa ringkas.

Rujukan utama:
Tulisan seliaan Sheikh al-Munajjid yang berjudul
di dalam
https://islamqa.info

237
Membaca

47 Kuat
Ketika
Solat
Bersendirian
Persoalan:

A dakah kita perlu menguatkan bacaan dalam rakaat pertama


dan kedua solat jahriyyah sekiranya kita solat bersendirian
atau masbuq?

Penjelasan:
Disunnahkan kita untuk menguatkan bacaan pada rakaat
pertama dan kedua dalam solat jahriyah -seperti Maghrib-
meskipun solat bersendirian. (Rujuk fatwa al-Lajnah al-Da’imah,
6:393) Imam al-Nawawi menegaskan perkara ini di dalam kitab
al-Majmu`. Bagi Ibn `Uthaymin, seseorang boleh memilih sama
ada menguatkan suara atau merendahkannya, bergantung
kepada yang mana boleh memberikan ketenangan.

Secara praktikalnya, ia bergantung kepada keadaan.


Sekiranya kita masbuq dan ada orang di sebelah kita juga
masbuq, mungkin meninggikan suara tidak sesuai pada masa
tersebut, melainkan kita hanya meninggikan sedikit lebih
daripada kadar perlahan, agar tidak mengganggu orang di
sebelah kita. (Rujuk fatwa al-Lajnah al-Da’imah, 6:416)
Imam

48 Menguatkan
Suara
Ketika
Doa
Qunut
Persoalan:

A pakah imam perlu menguatkan suara ketika membaca doa


qunut, atau hanya membaca kuat separuh, dan separuh
lagi dibaca perlahan?

Penjelasan:
Di Malaysia, biasanya imam membaca kuat 5 rangkap doa
yang pertama; bermula sehingga
.

Pendapat ini hanya diamalkan oleh minoriti ulama Shafi‘i,


namun inilah amalan yang paling masyhur di negara kita.

Kemungkinan besar hujjah mereka ialah, 5 rangkap pertama


adalah doa. Maka, imam berdoa dan makmum mengaminkan.
Selebihnya adalah zikir memuji Allah Taala. Maka, imam perlu
memperlahankan suara agar tidak mengganggu makmum untuk
memuji Allah Taala.

Menurut pendapat yang kuat, imam membaca kesemua


lafaz doa qunut dengan suara yang kuat. Saya akan datangkan
beberapa bukti daripada kitab mazhab al-Shafi‘i.

Satu: Al-Nawawi menjelaskan,


َ ْ َ ُ ُ ْ ُ َ ْ َ ْ َ ْ ُّ ُ َ ْ َ ََ َ
‫ان‬ِ ‫وت ؟ فِي ِه وجه‬ ِ ‫المام ف ِي الصبحِ هل يجهر بِالقن‬ ِ ‫إذا قنت‬
ْ
َ ‫اع ٌة م ِْن الع َراق ِّي‬ َ
َ َ َ َُ َ َ َ ّ َ َ ُ َْ ْ َ ُ ْ َ
‫ين‬ ِ ِ ‫ وحكاهما جم‬، ‫ان عِند الخراسان ِيِين‬ ِ ‫مشهور‬
ُ ّ َ َّ َ َ ْ َ َ َُ ُ َ َ َ ْ ُ َ ُْْ َ
‫اوي ( أحدهما ) ل يجه ُر كالتشه ِد‬ ِ ‫ومِنهم صاحِب الح‬
َ ََ ْ َ ْ َ َ ُْ َ ُ ُّ َ َ َ َ َّ َ ََ
‫ َوب ِ ِه قطع‬، ‫ات ( َوأصحهما ) يستح ُّب الجه ُر‬
ِ ‫وكسائ ِِر الدعو‬
َ ‫َأ ْك َث ُر الْع َراق ِّي‬
‫ين‬ ِ ِ
Terjemahan: “Apabila imam membaca qunut subuh,
adakah bacaan itu dikuatkan? Terdapat dua pendapat
yang masyhur di kalangan ulama Khurasan, dan turut
diperihalkan oleh sebahagian ulama ‘Iraq termasuklah
pengarang al-Hawi (iaitu al-Mawardi).

“Pertama: Tidak dibaca kuat, seperti (imam) membaca


tashahhud dan doa-doa lain.

“Yang sahih ialah, disukai doa dibaca dengan kuat.


Inilah keputusan kebanyakan ulama al-Shafi‘i sebelah
‘Iraq.” (Al-Majmu‘, 4:582)
Baik, apabila kita perhatikan, kedua-dua pendapat ini
tidak sama dengan amalan kebanyakan daripada kita. Pendapat
pertama, dibaca perlahan pada keseluruhan doa. Pendapat
kedua yang lebih sahih, dibaca kuat seluruh doa.

Dua: Al-Nawawi berkata lagi,

،‫ ويقول الثناء‬،‫ وأنه يؤمن المأموم للدعاء‬،‫وأن اإلمام يجهر به‬


‫ قنت‬،‫فإن لم يسمعه‬.
Terjemahan: “Dan imam menguatkan bacaan. Makmum
pula mengaminkan doa, dan membaca pujian (bermula
). Jika makmum tidak mendengar bacaan

242
imam, barulah makmum membaca qunut.” (Minhaj al-
Talibin, 101)
Tiga: Sheikh al-Islam Zakariyya al-Ansari berkata,

“Dan imam menguatkan bacaan qunut dalam solat


sirriyah (solat bacaan perlahan, merujuk qunut nazilah)
dan solat jahriyah (bacaan kuat), sebagai mengikuti
sunnah, seperti diriwayatkan al-Bukhari dan selain
beliau. Al-Mawardi menjelaskan: Bacaan itu mestilah
lebih perlahan daripada ketika membaca al-Quran
(semasa qiyam), manakala orang yang solat sendirian
membaca perlahan.” (Fath al-Wahhab, 84)
Empat: Hal yang sama dijelaskan oleh Imam al-Ramli
dengan tambahan, “bacaan itu tidaklah sekuat ketika membaca
al-Quran seperti dijelaskan oleh al-Mawardi”; bahawa penjelasan
al-Mawardi ini turut disokong oleh ahli ilmu yang lain seperti al-
Zarkashi.

Selain itu, al-Ramli juga menyatakan, imam yang


qadha solat subuh dan witir selepas matahari terbit,
turut membaca qunut dengan suara yang dikuatkan.
(Nihayah al-Muhtaj, 1:319)
Selain itu, al-Ramli memberikan penjelasan lebih lanjut.
Setelah beliau berkongsi pendapat al-Nawawi, bahawa
sebaik-baiknya makmum turut memuji Allah Taala bermula
, beliau menjelaskan seperti berikut,

243
“Apabila kita menyatakan makmum turut membaca
pujian kepada Allah Taala, maka kita perlu menilai
adakah imam perlu menguatkan bacaannya ketika
pujian itu?

“Boleh kita katakan, imam turut memperlahankan


suara seperti di tempat lain yang dikongsi bersama
antara imam dengan makmum (seperti bacaan ketika
rukuk dan sujud).

“Dan boleh juga kita katakan, dan inilah yang


tepat, imam tetap menguatkan suara, seperti mana
ketika kita berdoa memohon rahmat dan berlindung
daripada neraka, dan seumpamanya (iaitu berdoa
ketika membaca ayat al-Quran semasa qiyam menurut
mazhab al-Shafi‘i).

“Sesungguhnya imam perlu menguatkan bacaan dan


makmum turut membacanya, bukan mengaminkannya,
sama seperti diterangkan di dalam kitab al-Majmu‘.”
(Nihayah al-Muhtaj, 1:319)
Baik, itu adalah penjelasan saya berkenaan imam.
Bagaimana pula dengan makmum?

Al-Nawawi berkata,

“Jika makmum mendengar bacaan qunut imam, ada


dua langkah yang masyhur perlu diambil menurut

244
ulama sebelah Khurasan (mazhab al-Shafi‘i).

“Yang paling sahih ialah, makmum mengaminkan doa


imam dan jangan baca doa qunut. Inilah keputusan yang
diambil pengarang kitab (al-Shirazi) dan kebanyakan
ulama.

“Kedua, makmum diberi pilihan antata mengaminkan


doa dengan turut membaca doa qunut.

“Jika kita mengatakan makmum perlu mengaminkan


doa (menurut pandangan pertama), ada dua pendapat.

“Pertama, makmum mengaminkan kesemua doa qunut.

“Pendapat yang lebih sahih ialah, seperti diputuskan


oleh kebanyakan ulama, makmum hanya mengaminkan
5 kalimah pertama iaitu berupa doa.

“Manakala lafaz memuji Allah Taala yang bermula


sehingga tamat, maka
makmum turut membacanya atau mendiamkan diri.
Tindakan turut membacanya adalah lebih utama,
lantaran ia merupakan pujian, dan zikir ini tidak perlu
diaminkan.” (Al-Majmu‘, 4:582)
Jika makmum tidak mendengar bacaan imam, barulah
makmum boleh membaca doa qunut bersama-sama.

245
Rumusan:
1 Menurut pendapat yang paling sahih dan
dipegang majoriti ulama mazhab al-Shafi‘i,
imam perlu menguatkan bacaan dalam
keseluruhan doa qunut.

2 Makmum hanya mengaminkan 5 doa pertama


yang dibacakan imam dengan suara yang kuat.
Selebihnya, makmum turut membaca bersama
imam.

3 Imam hanya menguatkan suara untuk


didengari makmum, bukannya menjerit. Suara
itu disarankan lebih perlahan berbanding ketika
membaca surah al-Fatihah dan surah lain.

4 Apabila imam hanya membaca dengan


sederhana kuat, barulah makmum boleh
membaca zikir dan pujian kepada Allah Taala
bersama-sama.

5 Sebagai bahan bacaan tambahan, saya dengan


rendah diri mencadangkan agar pembaca
meneliti tulisan yang amat bagus ini di
sini https://www.bukudalil.com/imam-perlu-
baca-qunut-secara-jah…/

Semoga ada manfaat.

246
Rujukan:
1 Al-Majmu‘ oleh al-Nawawi.

2 Tuhfah al-Muhtah oleh Ibn Hajr al-Haitami.

3 Nihayah al-Muhtaj oleh al-Ramli.

4 Fath al-Wahhab oleh Zakariyya al-Ansari.

247
Hukum

49 Makmum
Tidak Sujud
Tilawah
Bersama
Imam
Persoalan:

T erdapat sebahagian jamaah perempuan di Masjid al-Haram


tidak sujud tilawah bersama imam kerana menyangka
imam rukuk. Adakah solat mereka sah?

Penjelasan:
Saya mengira, keadaan ini bukan sahaja berlaku di dalam Masjid
al-Haram, malah sebahagian masjid di Malaysia kerana wujud
kekeliruan. Biasanya berlaku disebabkan adanya tabir yang
menghalang penglihatan mereka.

Terlebih dahulu, kita perlu mengetahui hukum sujud


tilawah. Al-Nawawi berkata,

“Sujud tilawah adalah sunnah untuk orang yang


membaca al-Quran dan yang mendengarnya tanpa
khilaf, sama ada membaca di dalam solat atau di luar.”
Selepas itu, al-Nawawi memberikan penjelasan selanjutnya,

“Sekiranya imam sujud, maka makmum mesti sujud


bersama. Jika makmum tidak sujud bersama imam,
maka solatnya batal tanpa sebarang khilaf disebabkan
dia melakukan perbuatan yang berbeza dengan imam.
Jika imam tidak sujud, makmum juga tidak boleh sujud.
Jika makmum sujud juga, maka solatnya batal tanpa
khilaf.”
Bermakna,

1 Makmum perlu mengikut pergerakan imam. Jika imam


sujud, maka makmum wajib sujud. Jika imam tidak
sujud, maka makmum tidak boleh sujud.

2 Jika makmum sengaja melakukan perbuatan yang


bersalahan dengan imam, maka solatnya akan dikira
batal.

Namun, masalah yang ditanyakan kepada kita adalah


keadaan makmum yang tidak sengaja, atau tersilap faham. Islam
sebagaimana yang dimaklumi adalah agama yang kaya dengan
toleransi termasuk dalam perihal ibadah.

Persoalan ini telah lama dibahaskan oleh ilmuan. Antaranya


al-Nawawi sendiri sebagai ulama rujukan utama dalam mazhab
al-Shafi`i.

Beliau menjelaskan beberapa perkara penting.

SATU,

“Jika imam sujud namun tidak diketahui oleh makmum,


sehinggalah imam mengangkat kepala daripada sujud,
maka solatnya tidak batal kerana ia berlaku dalam
keadaan tidak sengaja. Dia tidak perlu turun sujud
lagi.”
DUA,

“Jika makmum mengetahui keadaan sebenar ketika


imam sedang (masih) sujud, maka hendaklah dia
sujud.”
250
Sebagai contoh, makmum menyedari sepatutnya dia sujud
tilawah bersama imam sedangkan ketika itu dia sedang berada
dalam posisi rukuk, maka hendaklah dia terus turun bersujud
bersama imam.

TIGA,

“Jika makmum ingin turun sujud bersama imam, dalam


masa yang sama imam sudah bergerak untuk bangun,
maka makmum perlulah kembali berdiri bersama imam
dan tidak perlu sujud lagi.”
Bermaksud, jika makmum dalam proses turun sujud
setelah menyedari keadaan sebenar, namun bertembung dengan
imam yang ketika itu sedang bangun, maka makmum mesti
membatalkan hasratnya untuk sujud. Sebaliknya, berdiri semua
bersama imam.

EMPAT,

“Begitu juga dengan orang yang lambat pergerakan


-mungkin disebabkan keuzuran- yang ingin turun
sujud dan bertembung dengan imam yang sudah ingin
bangun daripada sujud, maka makmum itu hendaklah
membatalkan hasratnya dan kembali berdiri bersama
imam.”

251
Secara praktikalnya, Ibn Baz berkata,

‫على من ركع واإلمام ساجد للتالوة ولم يعلم إال بعد الرفع أن‬
‫يتابعه في بقية الصالة وال شيء عليه؛ لعدم علمه بما فعله‬
‫ وهكذا لو ركع اإلمام وظنه المأموم ساجدا فإنه يرفع‬.‫اإلمام‬
،‫فإذا استتم قائما يركع ثم يرفع ثم يتبع إمامه في بقية الصالة‬
،‫ لكونه لم يتعمد مخالفته وإنما جهل الواقع‬،‫وال شيء عليه‬
‫واهلل ويل التوفيق‬
Terjemahan: “Bagi orang yang rukuk sedangkan imam
sujud tilawah, sedangkan dia tidak mengetahuinya
melainkan setelah imam bangun daripada sujud, maka
hendaklah dia mengikuti sahaja pergerakan imam dan
solatnya tidak batal, disebabkan dia tidak mengetahui
pergerakan sebenar imam. Sekiranya imam rukuk
sedangkan makmum sujud kerana menyangka imam
sujud, maka hendaklah dia berdiri semula, kemudian
rukuk, kemudian bangun (i`tidal), kemudian mengikut
imam selebihnya. Solatnya tidak ada masalah, kerana
ia berlaku tanpa disengajakan dan dia tidak mengetahui
keadaan sebenarnya.”

Rujukan: https://binbaz.org.sa/…/206…

Rujukan utama:
Al-Majmu` karya al-Nawawi.
252
Bolehkah
50 Kita
Medoakan
Jin?
Persoalan:

S emaklum saya, ada kalangan jin yang beriman kepada


Allah Taala. Apakah kita boleh mendoakan kebaikan buat
mereka?

Penjelasan:
Terlebih dahulu saya ingin memaklumkan, bahawa saya sendiri
biasa berdoa untuk saudara-saudara kita kalangan jin yang
beriman.

Antaranya, saya berdoa agar mereka diberikan keteguhan


untuk menyampaikan dakwah dan agar saya dipertemukan
dengan mereka di syurga kelak, amin.

Bagi menghayati persaudaraan antara manusia dengan jin,


ada baiknya kita mentadabbur surah al-Ahqaf, al-Rahman, dan
al-Jin.

Menurut pembacaan saya, terdapat beberapa tempat di


dalam ibadah solat yang mana kita dianjurkan untuk mendoakan
mereka.

Tempat yang pertama ialah ketika bacaan tashahhud.


Hadith Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam ketika mengajarkan
tashahhud ada berbunyi,

‫السالم علينا وعلى عباد اهلل الصالحين فإذا قالها أصابت‬


‫كل عبد هلل صالح في السماء واألرض‬
Terjemahan: “Allah al-salam yang menjaga kami dan
hamba-hamba Allah yang soleh. Maka apabila kita
membacakan lafaz ini, doa ini menyeluruhi setiap
hamba Allah yang soleh di langit dan bumi.” (Muslim,
bab fi al-tashahhud)
Hamba-hamba Allah yang soleh itu merangkumi para
malaikat, jin dan manusia.

Ada ulama menegaskan, hamba-hamba yang soleh itu


bermaksud,

‫العبد الصالح هو القائم بحقوق اهلل تعالى وحقوق العباد‬


Terjemahan: “Hamba yang soleh ialah orang yang
melaksanakan hak-hak Allah Taala dan hak-hak
hamba.” (Rujuk Syarah Sahih Muslim oleh Nawawi)
Ini menunjukkan bahawa, kita bukan sahaja memerlukan
doa para malaikat, malah, kita pun turut mendoakan mereka.

Tempat yang kedua ialah ketika kita memberikan salam


untuk keluar dari solat. Saya mencadangkan agar pembaca
merujuk semula tulisan saya berkenaan kaedah memberi salam
dalam solat, insha Allah ada faedah yang sangat besar.

255
Al-Nawawi menjelaskan,

‫قال أصحابنا ويستحب لالمام أن ينوى بالتسليمة األويل‬


‫السالم على من على يمينه من المالئكة ومسلمي الجن‬
‫واإلنس وبالثانية على من على يساره‬
Terjemahan: “Ulama-ulama Shafi‘iyyah berkata: Dan
disukai imam untuk meniatkan ucapan salam yang
pertama ke sebelah kanan untuk para malaikat, dan
jin juga manusia yang muslim. Salam kedua pula buat
mereka -malaikat, jin dan manusia muslim- di sebelah
kiri.” (Al-Majmu‘, 4:553)
Malaikat yang dimaksudkan ialah malaikat hafazah; yang
banyak menjaga kita daripada ditimpa keburukan dan sentiasa
mengilhamkan kita untuk melakukan kebaikan.

Kita berterima kasih kepada mereka dengan memberikan


ucapan salam buat mereka.

Memberi salam kepada para malaikat adalah sunnah Nabi


Adam ‘alaih al-salam. Baginda diperintahkan oleh Allah Taala
untuk menyampaikan salam kepada malaikat.

Apabila baginda berkata “al-salam ‘alaikum,” para


malaikat membalas dengan ucapan yang sangat
barakah, “al-salam ‘alaika wa rahmatullah.” (Rujuk
Sahih Muslim, kitab al-Jannah).
Kita juga mesti menyedari bahawa saudara-saudara kita

256
kalangan jin juga mengalami kesulitan di dalam hidup mereka,
serta mengalami cabaran hebat di dalam dakwah.

Mereka turut diperangi oleh jin-jin kafir atau atau syaitan.


Jadi, kita mendoakan agar mereka diberikan keteguhan dan
kekuatan untuk menegakkan syiar Allah Taala kalangan mereka.

Rumusan:
Kita digalakkan untuk menyampaikan salam kepada jin yang
beriman kepada Allah Taala di dalam solat sebanyak 2 tempat.

Rujukan:
Al-Majmu` oleh al-Nawawi.

257
Kaedah
51 Duduk
Dalam
Solat
Persoalan:

S aya ada melihat orang duduk seperti duduk tashahhud


akhir dalam semua posisi duduk di dalam solat, termasuk
duduk antara dua sujud. Adakah tindakan ini betul?

Penjelasan:
Sebetulnya, ulama keempat-empat mazhab berbeza pandangan
dalam menentukan kaedah duduk yang paling menepati sunnah
Nabi salla Alah `alaih wa sallam. Saya akan terangkan secara
ringkas kaedah-kaedah tersebut menurut keempat-empat
mazhab.

Terlebih dahulu, ada dua istilah yang perlu kita fahami:

1 Duduk iftirash ( ): Iaitu duduk seperti


duduk tashahhud awal yang biasa kita amalkan.

2 Duduk tawarruk ( ): Iaitu duduk seperti


duduk tashahhud akhir yang biasa kita
amalkan.

Mazhab Hanafi: Duduk iftirash dalam semua kedudukan


duduk di dalam solat, termasuklah duduk tashahhud akhir.

Mazhab Maliki: Duduk tawarruk dalam semua keadaan


duduk, seperti yang dipertanyakan di dalam soalan di atas. Ini
bermaksud, mereka akan duduk tawarruk di dalam tashahhud
awal dan duduk antara dua sujud sekalipun.
Mazhab Shafi`i: Duduk iftirash bagi tashahhud awal dan
duduk antara dua sujud. Dan duduk tawarruk bagi duduk
tashahhud akhir. Sekiranya solat tersebut hanya memiliki 1 kali
tashahhud seperti solat subuh, maka kita perlu duduk tawarruk.

Mazhab Hanbali: Asasnya, mazhab ini sama dengan


mazhab al-Shafi`i. Namun, mereka berbeza sekiranya solat
tersebut hanya memiliki 1 kali tashahhud. Mereka berpendapat
kita perlu duduk istirash dalam tashahhud akhir tersebut.

Kesemua mereka memiliki dalil masing-masing yang


tidaklah perlu kita jelaskan di sini. Sehubungan itu, kita
berlapang dada dengan mana-mana kaedah.

Cuma, ada dua perkara yang saya ingin berikan penekanan.

PERKARA PERTAMA: Sekiranya kita solat berjamaah dan


kedudukan kita agak rapat dengan orang di sebelah kita sehingga
menyulitkan kita untuk duduk tawarruk ketika tashahhud akhir,
maka disarankan kita untuk duduk iftirash dengan tujuan tidak
menyusahkan orang di sebelah kita.

PERKARA KEDUA: Al-Nawawi menjelaskan tujuan kita


duduk iftirash ketika tashahhud awal dan duduk antara dua
sujud kerana selepas itu kita masih perlu melakukan pergerakan.
Duduk tawarruk ketika tashahhud akhir pula sesuai kerana
selepas itu solat kita telah tamat.

Berkenaan dengan faktor ini, al-Nawawi menjelaskan


bahawa kita perlu duduk iftirash pada tashahhud akhir sekiranya
kita ingin melakukan sujud sahu/sahwi selepas tu.

260
Rumusan:
Ulama keempat-empat mazhab berbeza pendapat dalam
menentukan kaedah terbaik bagi kedudukan duduk di dalam
solat. Setiap mereka memilihi hujjah masing-masing. Kita
haruslah berlapang dada dan menerima perbezaan ini dengan
seluasnya.

Rujukan:
i. Taisir al-`Allam sharh `Umdah al-Ahkam karya
Sheikh `Abdullah bin `Abd al-Rahman Al al-
Bassam.

ii. Al-Majmu` oleh al-Nawawi.

261
Imam
52 Memanjangkan
tashahhud
Awal
Persoalan:

A pa yang harus kita lakukan sekiranya Imam memanjangkan


Tashahhud Awal?

Penjelasan:
Dalam kes ini, kemungkinan ada perkara yang perlu diperhalusi.

1 Ada kemungkinan Imam memang


memanjangkan Tashahhud Awal.

2 Ada kemungkinan Imam membaca perlahan


sedangkan makmum membaca dalam tempo
laju.

Berdasarkan kaedah dalam solat, “Seseorang tidak


digalakkan untuk berdiam diri di dalam solat kecuali ketika
mendengar bacaan al-Quran oleh Imam.”

Ibn Baz dalam fatwa beliau berkata,

‫إذا أطال اإلمام الجلوس في التشهد األول فالمأموم يكرر‬


‫ ألن السنة أال‬،‫التحيات والصالة على النبي ﷺ ويكفي‬
‫يزيد عن الصالة على النبي ﷺ في التشهد األول فإذا أطال‬
‫ فإن المأموم يكرر‬،‫اإلمام الجلوس وال ينبغي له أن يطيل‬
‫التحيات أو يكرر الصالة على النبي ﷺ أو يكررهما‬
ً
‫ أما اإلمام فالسنة له‬.‫ أو يسكت وال حرج في ذلك‬،‫جميعا‬
‫ بل متى فرغ من التشهد األول وصلى على النبي‬،‫أال يطيل‬
‫ وإن لم يصل على النبي ﷺ في التشهد األول فال‬،‫ﷺ قام‬
‫ أشهد أن ال هلإ إال اهلل‬:‫ المقصود أن الواجب إلى قوله‬.‫حرج‬
،‫ فإن قام عند هذا فال بأس‬،‫وأشهد أن محمدا عبده ورسوله‬
‫ في أصح قويل العلماء‬،‫وإن صلى على النبي ﷺ فهو أفضل‬
‫ فإذا أطال على الزيادة على هذا فهو‬،‫ثم يقوم إلى الثالثة‬
‫ لكن لو أطال فإن المأموم‬،‫ ال ينبغي له أن يطيل‬،‫مكروه‬
‫يكرر التحيات والصالة على النبي ﷺ أو يسكت وال حرج‬.
Terjemahan: “Apabila Imam memanjangkan Tashahhud
Awal, maka bolehlah makmum mengulang semula
Tashahhud dan selawat kepada Nabi salla Allah `alaih
wa sallam. kerana menurut sunnah, bacaan Tashahhud
Awal tidak boleh melebihi had bacaan selawat kepada
baginda. Sekiranya Imam duduk dalam kadar yang
panjang -sepatutnya dia tidak boleh berbuat demikian-,
maka makmum hendaklah mengulang semula bacaan
Tashahhud atau hanya mengulang selawat kepada
Nabi salla Allah `alaih wa sallam atau mengulang
kesemuanya. Ataupun, makmum boleh berdiam diri,
tidak ada masalah. Adapun Imam, sunnahnya tidak
boleh memanjang-manjangkannya.”

264
Rumusan:
Imam tidak wajar memanjangkan Tashahhud Awal. Elakkan
daripada membaca Tashahhud dalam tempo terlalu perlahan,
dan bersederhanalah. Bagi makmum pula, mereka boleh
bertindak seperti berikut:

1 Mengulang semula Tashahhud sampai shahadah.

2 Hanya mengulang selawat kepada Nabi salla Allah `alaih


wa sallam.

3 Mengulang kesemuanya.

4 Namun sekiranya ketika mengulang semula bacaan,


tiba-tiba Imam berdiri, maka makmum mesti berhenti
daripada meneruskan bacaan dan ikutlah pergerakan
Imam.

5 Sekiranya Imam terlalu lama dan kedengaran dari


corong pembesar suara bahawa Imam membaca Selawat
Ibrahimiyyah, maka hendaklah makmum menegur Imam
dengan membaca Subhanallah.

6 Dalam kes makmum masbuq duduk Tashahhud Akhir


dengan Imam, permasalahannya berbeza. Boleh rujuk
kepada perbahasan tersebut dalam bahagian lain buku
ini.

265
Bilakah
53 Makmum
Memberikan
Salam?
Persoalan:

B ilakah makmum memberikan salam untuk keluar solat;


adakah selepas imam selesai salam pertama atau salam
kedua?

Penjelasan:
Langkah terbaik ialah kita memberikan salam selepas imam
selepas memberikan salam kedua. Jika makmum terus
memberikan salam selepas imam salam pertama, solat tersebut
sah.

Al-Nawawi menjelaskan,

(‫فرع) ينبغي للمأموم أن يسلم بعد سالم اإلمام قال‬


‫البغوي يستحب أن ال يبتدئ السالم حتى يفرغ االمام من‬
‫ا لتسليمتين‬
Terjemahan: “Cabang permasalahan: Sepatutnya
makmum memberikan salam selepas imam memberikan
salam. Al-Baghawi berkata: Disukai agar makmum
tidak memulakan salam selagi mana imam belum
selesai salam kedua.” (Al-Majmu‘, 4:560)
Al-Mutawalli pula berpandangan sebaiknya makmum
memulakan salam selepas imam selepas salam pertama.

Bagi al-Nawawi, khilaf ini adalah daripada aspek, manakah


yang lebih afdhal. Jika kita perhatikan pendapat Imam al-Shafi‘i,
beliau lebih mencadangkan agar makmum memberikan salam
selepas imam selesai memberikan salam.

Baik, Saya juga ingin terangkan dua permasalahan lain


berkaitan salam.

SATU: Bilakah kita boleh memulakan memberikan salam?


Al-Nawawi menjelaskan bahawa seawalnya, kita dibolehkan
memberikan salam setelah imam selesai menyebut huruf “mim”
pada ucapan al-salam ‘alaikum.

DUA: Disukai kita membaca salam dengan pendek


dan tidak memanjangkannya. Biasanya kita kadang-kadang
mendengar imam membaca “Al-salaaaam ‘alaikum wa
rahmatullaaaah.” Mereka memanjangkan pada dua tempat
sehingga mencecah 4-6 harakat.

Yang terbaik cukuplah kita memanjangkannya dalam kadar


2 harakat. Al-Nawawi berkata,

(‫فرع) يستحب أن يدرج لفظة السالم وال يمدها وال أعلم‬


‫فيه خالفا للعلماء‬
Terjemahan: “Disukai untuk kita memendekkan
bacaan salam dan tidak memanjangkannya. Saya tidak
mengetahui adanya khilaf dalam bab ini.”
Pendapat ini didasarkan kepada hadith riwayat Abu Dawud,
al-Tirmidhi, al-Baihaqi dan selain mereka, yang berbunyi:

268
‫حذف السالم سنة‬
Terjemahan: “Memendekkan salam itu adalah sunnah.”
TIGA: Apakah hukumnya jika makmum memberikan
salam serentak dengan imam?

Ada dua pendapat.

÷ Solat tersebut dianggap batal jika kita tidak berniat


untuk mufaraqah (berpisah daripada imam). Seperti
itu jugalah jika makmum takbirah al-ihram serentak
dengan imam.

÷ Pendapat yang sahih ialah solat tidak batal.


Sebagaimana solat kita tidak batal jika pergerakan
kita yang lain turut serentak dengan imam, melainkan
dalam kes takbirah al-ihram.

Rumusan:
Sebaik-baiknya, makmum memulakan salam selepas imam
selesai salam yang kedua. Namun, solat tetap sah jika makmum
memberikan salam selepas imam selesai sam pertama.

Rujukan utama:
Al-Majmu‘ karya al-Nawawi, jilid 5.

269
Kaedah

54 Berpaling
Ketika
Memberikan
Salam keluar
Solat
Persoalan:

M ohon ustaz terangkan bilakah kita mula berpaling ke


kanan dan ke kiri ketika memberikan salam untuk keluar
daripada solat.

Penjelasan:
Sebelum saya memberikan penjelasan tentang kaedah
berpaling, ada eloknya kita memahami terlebih dahulu hukum
memberikan salam kedua menurut mazhab al-Shafi`i.

Salam pertama adalah wajib dan merupakan rukun di


dalam solat.

Al-Nawawi menjelaskan, terdapat 3 pendapat:-

1 Disunatkan kita memberikan salam yang kedua. Ini


merupakan pendapat yang paling sahih menurut mazhab
dan disokong oleh kebanyakan ulama Shafi`i.

2 Menurut pendapat lama Imam al-Shafi`i, cukuplah kita


memberikan sekali sahaja salam.

3 Juga menurut pendapat lama Imam al-Shafi`i,


bergantung kepada situasi. Sekiranya kita solat
bersendirian atau ketika mengimami jamaah yang
sedikit, cukuplah dengan memberikan sekali salam.
Namun, jika kita mengimami jamaah yang ramai, maka
kita memberikan dua kali salam.
Al-Nawawi menjelaskan bahawa tidak ada hadith yang
menyebutkan salam sekali sahaja. Jika ada sekalipun, ia perlu
difahami denga cara dan kaedah yang betul.

Bagi sesiapa yang berpandangan salam hanya dibaca sekali,


maka dia tidak perlu menoleh ke kanan atau ke kiri. Wajahnya
tetap mengharap ke kiblat.

Kembali menjawab persoalan yang ditimbulkan di atas, ada


baiknya kita memetik kupasan al-Nawawi yang telah menjawab
persoalan ini. Menurut beliau,

‫قال صاحب التهذيب وغيره يبتدئ السالم مستقبل القبلة‬


‫ويتمه ملتفتا بحيث يكون تمام سالمه مع آخر االلتفات‬
‫ففي التسليمة األويل يلتفت حتى يرى من عن يمينه خده‬
‫األيمن وىف الثانية يلتفت حتى يرى من عن يساره خده‬
‫األيسر هذا هو األصح وصححه امام الحرمين والغزالي في‬
‫البسيط والجمهور وبه قطع الغزالي في الوسيط والبغوي‬
‫وغيرهما‬
Terjemahan: “Pengarang kitab al-Tahdhib dan
selain beliau berkata: kita memulakan salam dengan
mengadap ke arah kiblat. Dan kita menyempurnakan
salam itu bersamaan dengan kita berpaling sepenuhnya.
Pada salam pertama, kita berpaling ke kanan sehingga
menampakkan pipi kanannya. Pada salam kedua, kita
berpaling sehingga menampakkan pipi kiri kita. Inilah

272
kaedah yang paling sahih. Kaedah ini telah diperakukan
oleh Imam al-Haramain dan al-Ghazali di dalam al-
Basit, juga diperakukan oleh jumhur. Al-Ghazali juga
menegaskan pendapat ini di dalam al-Wasir, begitu juga
al-Baghawi dan ulama selain mereka.” (Al-Majmu`, 4:
552-553)

Rumusan:
Ketika kita memulakan salam, kepala kita masih mengadap
ke hadapan. Selepas tu barulah kita berpaling ke kanan sambil
memberikan salam. Apabila kita selesai berpaling -dalam
keadaan tidak berlebihan, dalam keadaan menampakkan pipi-,
maka selesailah salam yang diberikan.

Terdapat ulama Hanbali yang menyatakan, kadar tolehan


ke sebelah kiri ialah lebih senget dibandingkan kadar tolehan
ke sebelah kanan. Ini sekadar pendapat yang tidaklah disokong
oleh mana-mana hadith.

273
Kita

55 Memberikan
Salam
Selepas
Solat
Kepada Siapa?
Persoalan:

S aya agak keliru. Kita menamatkan solat dengan memberikan


salam. Persoalannya, kita memberikan salam kepada siapa?

Penjelasan:
Apabila kita memahami persoalan ini dengan baik, barulah kita
akan menghayati sebaiknya perbuatan memberikan salam ketika
selesai solat.

Terdapat satu hadith yang memberikan panduan dalam


membahaskan persoalan ini.
َ َ َ ْ َّ َ َ َّ ُ َ َ َ ُ َ ْ َ ْ َ
‫ كنا إِذا صلينا مع‬: ‫عن جاب ِ ِر ب ِن سم َرة رضي اهلل عنه قال‬
ُ َ ْ ُ ْ َ َ ُ َ َّ َ ْ ُ َّ َ ْ َ َ ُ َّ َ ُ َ
‫ السلم عليك ْم َو َرحمة‬: ‫الل َّ علي ِه َوسل َم قلنا‬ ‫ول الل َِ ّ صلى‬
ِ ‫رس‬
َْ َ ْ َ َ َ َ ََ ُ َ ْ ُ ْ َ َ ُ َ َّ
‫ار بِي ِده ِ إِلى الجان ِبي ِن‬ ‫ وأش‬- ّ َِ ‫ السلم عليك ْم َو َرحمة الل‬، ّ َِ ‫الل‬
َ ُ ُ َ ََ َّ َ َْ َ ُ َّ َ ُ ُ َ ََ
‫ ( علم تومِئون‬: ‫الل َّ علي ِه َوسل َم‬ ‫ فقال َرسول الل َِ ّ صلى‬-
َ َّ ْ ُ ْ َ ُ َ ْ َ َ َّ َ َ ُ َْ
‫بِأي ِديك ْم كأنها أذناب خي ٍل شم ٍس ؟ (يعني مضطربة) إِنما‬
َ َ َ ّ َُ ُ َ َ َ ََ َ َ َ ْ َ ُ َ َ َ ْ َ
‫يك ِفي أحدك ْم أن يضع يدهُ على ف ِخ ِذه ِ ث َّم يسل ُِم على أخِي ِه‬
َ َ َ َ ْ َ
‫ )من على ي ِمينِ ِه َو ِشمال ِ ِه‬.
Terjemahan: Jabir bin Samurah radhiyallah `anh
menceritakan, “Kami apabila solat bersama Rasulullah
salla Allah `alaih wa sallam, akan mengatakan al-
salam `alaikum wa rahmatullah, al-salam `alaikum
wa rahmatullah -sambil memberikan isyarat dengan
tangan kepada orang yang berada di sebelah-. Lalu
Rasulullah salla Allah `alaih wa sallam menegur
kami, [Kenapa kamu membuat isyarat dengan tangan
kamu seperti ekor kuda yang liar? -iaitu membalik-
balikkannya- Cukuplah kamu meletakkan tangan kamu
di atas paha, kemudian berikan salam kepada saudara
kamu yang berada di sebelah kanan dan kiri].”
Hadith ini dengan jelas menyatakan bahawa kita
memberikan salam kepada jamaah yang berada di sebelah
kanan dan kiri kita.

Cuba kita perhatikan pula keterangan yang disampaikan


oleh al-Nawawi.
َ َ َّ َ َّ ْ َ ُ ْ َ ُ ْ َ ْ َّ ُ َ ْ َْ
‫المام بِالتسلِيم ِة الول الخ ُر وج مِن الصلة ِ َوالسلم‬ ِ ‫ين ِوي‬
َ َ َّ َ َّ َْ َ َ َ ْ َ َ َ ْ َ ْ َ َ َ
‫ َوين ِوي بِالثانِي ِة السلم‬, ‫على من عن ي ِمينِ ِه َوعلى الحفظ ِة‬
َ ْ َّ ُ ُ ْ َ ْ َْ َ َ َ ْ َ َ ََ َ َ ْ َ َ َ
‫ َوين ِوي المأموم بِالتسلِيم ِة‬, ‫اره ِ َوعلى الحفظ ِة‬ ِ ‫على من على يس‬
َ َ
ِ ‫ال َم‬
ْ َ َ َ َ َّ َ َ َّ ْ َ ُ ُ ْ َ ُْ
‫ام َوعلى‬ ِ ‫ى‬ ‫ل‬ ‫ع‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫الس‬ ‫و‬ , ِ ‫ة‬ ‫ل‬ ‫الص‬ ‫ِن‬ ‫الول الخر وج م‬
َُّ َ ّ َ َ َ ْ َ ْ
ُ َْ َ َ َ َ َ ْ
‫ِين مِن ناحِيتِ ِه ف ِي ص ِف ِه َو َرائ ِ ِه وقدا ِم ِه‬ ‫الحفظ ِة َوعلى المأموم‬
ْ َ ُ َْْ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ َّ َ َّ َْ َ
‫ِين مِن‬ ‫وين ِوي بِالثانِي ِة السلم على الحفظ ِة َوعلى المأموم‬,
َ ‫ِيم َت ْين َش‬ َ ْ َّ ّ َ َ ُ َ َّ ُ ُ َ ْ َ َ ْ َ َ َ
.‫اء‬ ِ ‫المام قدامه ن َواهُ ف ِي أ ِي التسل‬ ِ ‫ فإِن كان‬, ‫ناحِيتِ ِه‬
َ َ َّ َ َ َّ ْ َ ُ ُ ْ َ ُ ْ َ ْ َّ ُ َ ْ ُ ْ َْ
‫والسلم‬, ِ ‫َوين ِوي المنف ِرد بِالتسلِيم ِة الول الخر وج مِن الصلة‬

276
ُ ْ َْ َ َ َ ْ َ َ َ َ َّ َ َّ َ َ َ ْ َ َ
‫ َوالصل فِي ِه‬, ‫ َوبِالثانِي ِة السلم على الحفظ ِة‬, ‫على الحفظ ِة‬
ُ ُ َ ََ َ َ ُ ُ َ َ
‫ (أم َرنا َرسول الل َِ ّ صلى‬: ‫ما َر َوى سم َرة رضي اهلل عنه قال‬
َ َ َ ُ َْ ّ َُ ْ َ َ َُْ َ َ ّ َُ ْ َ
‫اهلل عليه وسلم أن نسل َِم على أنف ِسنا َوأن يسل َِم بعضنا على‬
َ َ َ َْ َ َ َّ ْ َ ُ ْ َ ْ َْ
‫ َوإِن ن َوى الخ ُر وج مِن الصلة ِ َول ْم ين ِو ما ِس َواهُ جاز‬... )‫بع ٍض‬
ٌ َّ ُ َ َ ْ َ َ َ ْ َّ َّ َ
‫ين سنة‬ ‫اض ِر‬
ِ ‫; ِلن التسلِيم على الح‬
Terjemahan: “Imam berniat untuk menamatkan solat
ketika memberikan salam pertama, dan menyampaikan
salam kepada orang yang berada di sebelah kanan dan
malaikat hafazah. Dan berniat pada salam kedua untuk
orang yang berada di sebelah kiri dan juga malaikat
hafazah. Makmum berniat untuk menamatkan solat
ketika memberikan salam pertama, dan menyampaikan
salam buat imam, malaikat hafazah dan kepada makmum
yang berada di sebelah kanan, juga yang berada di
belakang. Salam kedua pula diniatkan kepada malaikat
hafazah, dan makmum yang berada di sebelah kiri. Jika
imam betul-betul berada di hadapannya, maka bolehlah
dia niatkan untuk menyampaikan salam kepada imam
dalam mana-mana salam -sama ada salam pertama
atau salam kedua.- Orang yang solat sendirian niatkah
salam pertama untuk menamatkan solat dan salam buat
malaikat hafazah. Salam kedua pula disampaikan untuk
malaikat hafazah. Asas perkara ini ialah hadith riwayat

277
Jabir bin Samurah radhiyallah `anh, [Rasulullah salla
Allah `alaih wa sallam memerintahkan kami untuk
menyampaikan salam kepada diri kami dan kepada
orang sekeliling kami]. Jika dia sekadar memberikan
salam dengan niat keluar daripada solat tanpa ada
niat yang lain, hukumnya ada harus. Ini kerana hukum
memberikan salam kepada jamaah adalah sunat.” (Al-
Majmu`, 3:456)
Menurut Ibn Qudamah al-Maqdisi,
َّ َّ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ َّ ْ َ ُ ْ َ َ َْ
‫الرد‬ ‫ فإِن نوى مع ذل ِك‬. ِ ‫ الخ ُر وج مِن الصلة‬: ‫َوين ِوي بِسل ِم ِه‬
ْ َ َ َْ ً َ َ َ ْ ُ َْ َ ْ َ َ َ َ ْ َ َ َْ َ َ
‫ام‬ِ ‫ال َم‬
ِ ‫ أو على‬, ‫ وعلى من خلفه إن كان إماما‬, ‫على الملكي ِن‬
َ َ َ ُ َ ْ َ ْ َ َ َّ َ َ ْ َ َ َ ً ُ ْ َ َ َ ْ ُ َ َ ْ َ
‫ فقال‬, ‫ نص علي ِه أحمد‬. ‫ فل بأس‬, ‫َومن معه إن كان مأموما‬
ْ َ َ َّ َّ َ َ َْ َ َ َّ ُّ َُ
‫ام» انتهى‬ ِ ‫ال َم‬
ِ ‫ وين ِوي بِسل ِم ِه الرد على‬, ِ ‫ يسلِم ف ِي الصلة‬: .
Terjemahan: “Dan niatkan ketika memberikan salam,
untuk menamatkan solat. Jika kita niatkan sekali
untuk dua orang malaikat, dan orang yang berada di
belakang kita jika kita sebagai imam, atau memberikan
salam kepada imam dan orang yang berada di sebelah
bagi makmum, maka tiada masalah. Hal ini adalah
dinyatakan oleh Imam Ahmad. Beliau berkata, [Ketika
memberikan salam, niatkan untuk membalas salam
imam].” (Al-Mughni, 1:326-327)

278
Mungkin ada yang bertanya, jika kita membalas salam
imam, sepatutnya kita berkata wa `alaikum al-salam. Kita
menjelaskan, bahawa harus kita menjawab salam dengan
ucapan yang sama.

Imam Muslim ada meriwayatkan hadith Nabi Adam `alaih


al-salam memberikan salam al-salam `alaikum kepada para
malaikat di syurga. Para malaikat membalas, al-salam `alaiku
wa rahmatullah. Berdasarkan hadith itu, al-Nawawi menyatakan
harus kita membalas salam dengan ucapan yang sama.

Rumusan:
1 Kita dapat rumuskan salam keluar solat kepada 5
bahagian.

 Salam untuk keluar solat. Ini untuk imam dan makmum.

 Salam buat makmum. Ini buat imam.

 Salam buat imam. Ini untuk makmum.

 Salam buat orang yang berada di sebelah dan belakang.


Ini untuk imam dan makmum.

 Salam buat malaikat hafazah. Ini untuk imam dan


makmum.

2 Hikmah kita memberikan salam ialah; kita mulakan solat


dengan menyebut nama Allah Taala iaitu Allah akbar, dan
kita juga menutupnya dengan nama Allah Taala iaitu al-
salam `alaikum wa rahmatullah. Dengan itu insha Allah,

279
kesejahteraan dan keselamatan akan terhasil sehinggalah
ke waktu solat yang seterusnya. (Rujuk penjelasan Ibn
Qayyim dalam Bada’i` al-Fawa’id)

Rujukan:
1 Tulisan seliaan Sheikh al-Munajjid dengan
judul di
https://islamqa.info

2 https://www.islamweb.net/ar/fatwa/101962/

280
Makmum
56 Lambat
Memberikan
Salam
Persoalan:

S aya mohon penjelasan tentang keadaan makmum yang


lambat memberikan salam menamatkan solat meskipun
imam sudah lama habis solat.

Penjelasan:
PERTAMA: Saya pernah menulis sebelum ini, bahawa menurut
mazhab al-Shafi‘i, makmum hendaklah memberikan salam
selepas imam tamat memberikan salam kedua. Namun, terdapat
ulama menyatakan makmum memberikan salam selepas imam
menamatkan salam pertama lagi.

Al-Zin bin al-Munir berkata,


ُ َّ َ ُ ُ ْ َ ُ َ ْ َ ٌ َ ْ ُ ُ َ ْ َْ َ ُْ
‫ َوه َو محت ِمل ِلن يكون الم َراد أنه‬، ‫يث‬ ِ ‫جم بِلف ِظ الح ِد‬ ِ ‫تر‬
َْ َ ْ ْ َ
ُ ُ َ ُ ْ َ ُ ِ َ َ ْ َ
َ ْ َ ْ َ َ َّ ُ َ ْ َ
‫ فيش َر ع المأموم فِي ِه قبل‬، ‫ام له‬ ِ ِ‫يبت ِدئ السلم بعد ابتِداء‬
‫الم‬
ُ َ ْ َ َ ُ ْ َ ْ َّ َ ُ ُ ْ َ ُ َ ْ َ ُ َ ْ َ ُ َ ْ ُ َّ ُ ْ َ
‫ َويحت ِمل أن يكون الم َراد أن المأموم يبت ِدئ‬، ‫المام‬ ِ ‫أن يتِمه‬
َّ ُ ْ َ ْ َ ْ ً َ ْ ُ َ َ َّ َ َ َ َ ُ َ ْ ُ َّ َ َ َ َ َ َّ
‫ فلما كان محت ِمل ل ِلمري ِن وك ِل‬: ‫ قال‬، ‫المام‬ ِ ‫السلم إِذا أتمه‬
َ ْ ُْ َ َ َّ
‫ النظ ُر فِي ِه إِلى المجت ِه ِد‬.
Terjemahan: “Penjelasan tentang lafaz hadith ini;
ada kemungkinan ia bermaksud makmum hendaklah
memulakan salam selepas imam memulakannya.
Maka, makmum memberikan salam sebelum imam
menyempurnakan kedua-dua salam. Ada kemungkinan
juga ia bermaksud makmum memberikan salam selepas
imam menyempurnakan kedua-dua salam. Al-Zin bin al-
Munir berkata: Oleh kerana hadith ini boleh membawa
kedua-dua kemungkinan,.” (Fath al-Bari, 2:459-450)
Hadith yang dimaksudkan berbunyi,
ََْ َ َ ْ َ َ َ ُ ْ َ َ َ ْ َ َ َ َ ُ ْ ُ َّ َ َ َّ َ
‫حدثنا حِبان ب ُن موسى قال أخب َرنا عبد الل َِ ّ قال أخب َرنا معم ٌر‬
َ َ َ ْ َ َْ ْ َ َّ ‫الز ْهر ّي َع ْن َم ْح ُمو ِد بْن‬
ُّ ‫َع ْن‬
‫الربِيعِ عن عِتبان ب ِن مال ٍِك قال‬ ِ ِ ِ
َّ َ َ َ ْ َّ َ َ َّ َ َْ َ ُ َّ َ َّ َ َ َ ْ َّ َ
‫ِين سل َم‬ ‫الل َّ علي ِه َوسل َم فسلمنا ح‬ ‫صلينا مع النبِ ِ ّي صلى‬
Terjemahan: ‘Itban bin Malik radhiyallah ‘anh
berkata, “Kami solat berimamkan Nabi salla Allah
‘alaih wa sallam, kami memberikan salam setelah nabi
memberikan salam.” (Al-Bukhari, kitab al-Adhan, bab
Yusallim hin yusallim al-imam)

KEDUA: Kita perlu memahami bahawa sebagai makmum, kita


mesti mengikuti pergerakan imam. Ini merupakan perintah Nabi
salla Allah ‘alaih wa sallam yang tidak boleh diingkari. Baginda
bersabda,
ً ُّ ً َّ َّ ُ َ ُ َّ
‫ فإذا‬،‫ فإذا صلى قائما فصلوا قياما‬،‫ليؤتم به‬ ‫إنما ج ِعل اإلمام‬
َ ُ َ ْ ‫رفع‬ َ َ
ْ ‫ركع‬
،‫اهلل ل ِمن ح ِمده‬ ‫ س ِمع‬:‫ وإذا قال‬،‫فارفعوا‬ ‫ وإذا‬،‫فاركعوا‬
ُ َ َّ
‫ ربنا ولك الحمد‬:‫فقولوا‬
Terjemahan: “Hanyasanya imam untuk diikuti. Maka
apabila imam solat berdiri, hendaklah kamu solat
berdiri. Apabila imam rukuk, hendaklah kamu rukuk.
Apabila imam bangun daripada rukuk, hendaklah
283
kamu bangun. Apabila imam membaca sami‘ Allah
liman hamidah, maka kamu bacalah rabbana wa laka
al-hamd.” (Al-Bukhari dan Muslim)
Al-Nawawi mensyarahkan hadith ini dengan mengatakan,

،‫ والقيام‬،‫وفيه وجوب متابعة المأموم إلمامه في التكبير‬


‫ فيكبر‬،‫ وأنه يفعلها بعد اإلمام‬،‫ والسجود‬،‫ والركوع‬،‫والقعود‬
‫ فإن شرع فيها قبل‬،‫تكبيرة اإلحرام بعد فراغ اإلمام منها‬
‫فراغ اإلمام منها لم تنعقد صالته‬..
Terjemahan: “Hadith ini menunjukkan makmum wajib
mengikuti imam dalam takbir, berdiri, duduk, rukuk, dan
sujud. Makmum melakukannya selepas imam selesai
melakukannya. Oleh itu, makmum memulakan takbirah
al-ihram selepas imam selesai takbir. Jika makmum
melakukannya sebelum imam selesai melakukannya
(takbirah al-ihram), maka solatnya tidak dikira.”
Bermakna, kita mesti bergerak selepas imam bergerak. Kita
tidak boleh memotong imam dan juga tidak boleh ketinggalan
daripada imam. Jika imam terlalu laju, itu kes lain.

KETIGA: Menurut Imam al-Bukhari, Ibn ‘Umar radhiyallah


‘anhuma menyarankan agar makmum terus memberikan salam
selepas imam memberikan salam. Al-Bukhari menulis,
ْ َ ُ َ ْ َ َّ َ َ ُ ّ َ ْ َ َ ُ ْ َ ُ َ َ ُ ْ َ َ
‫المام أن‬ِ ‫حب إِذا سلم‬ ِ ‫عم َر ر ِض َي الل َّ عنهما يست‬ ‫َوكن اب ُن‬
ُ َْ َ ْ َ ّ َُ
‫خلفه‬ ‫يسل َِم من‬
284
Terjemahan: ”Ibn ‘Umar radhiyallah ‘anhuma
menyukai apabila imam memberikan salam, maka
makmum pun (terus) memberikan salam.” (Al-Bukhari,
kitab al-Adhan, bab Yusallim hin yusallim al-imam)
Berdasarkan keterangan-keterangan yang diberikan, al-
Hafiz Ibn Hajr memberikan jawapan dan penerangan yang amat
memuaskan hati.

Beliau berkata,

“Mana-mana amalan (sama ada makmum memberikan


salam selepas salam pertama imam, atau selepas salam
kedua imam) boleh dilakukan. Seakan-akan hadith
ini memberikan isyarat agar makmum disunatkan
untuk tidak lewat memberikan salam selepas imam
memberikan salam dengan alasan sibuk berdoa atau
apa sahaja.” (Fath al-Bari)

Rumusan:
Tindakan makmum yang lewat memberikan salam selepas imam
selesai memberikan salam adalah bersalahan dengan sunnah
salla Allah ‘alaih wa sallam.

Rujukan utama:
Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-‘Asqalani.

285
Hukum

57 Menjawab
Salam
Dalam
Solat
Persoalan:

K etika saya solat, ada seseorang memberikan salam kepada


saya. Mungkin dia tidak perasan. Saya terjawab salam tanpa
saya sengajakan. Bagaimana dengan solat saya?

Penjelasan:
Saya akan terangkan hukum memberi dan menjawab salam
dalam solat terlebih dahulu, dan pada akhirnya kita akan
memberikan jawapan terhadap persoalan ini.

i. SATU: Kita tidak harus menjawab salam dengan


lafaz dalam solat. Ini kerana, kita tidak dibenarkan
berkata-kata dalam solat. Menjawab dan memberi
salam termasuk dalam kata-kata.

ii. DUA: Disukai (mustahab) kita menjawab salam


dengan menggunakan isyarat tangan; dengan cara
mengangkatnya.

iii. TIGA: Kita boleh menjawab salam dengan


lafaz selepas selesai mengerjakan solat. Ketiga-
tiga maklumat yang saya kongsikan ini adalah
pendapat Ibn ‘Umar, Ibn ‘Abbas, Imam Malik,
Imam al-Shafi‘i, Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih
dan jumhur ulama. Abu Sulaiman al-Khattabi
menjelaskan ini merupakan pendapat kebanyakan
ulama.
Bagi ‘Ata’ dan Sufyan al-Thauri,

“Kita membalas salam selepas selesai solat, sama ada


orang yang memberikan salam itu masih ada ataupun
tidak, sebagaimana diriwayatkan daripada Abu al-
Darda’ radhiyallah ‘anh.
iv. EMPAT: Ibn al-Mundhir dan al-Khattabi
menghikayatkan pendapat Abu Hurairah, Sa‘id
bin al-Musayyib, al-Hasan al-Basri dan Qatadah,
bahawa mereka mengharuskan kita menjawab
salam dengan lafaz di dalam solat.

Maksudnya, mereka berpendapat bahawa kata-kata atau


ucapan itu diharuskan atas dasar rukhsah. Pendapat ini tidak
sesuai untuk diamalkan di negara kita.

v. LIMA: Imam Abu Hanifah tidak membenarkan


kita menjawab salam sama ada dengan lafaz dan
isyarat.

Al-Kasani menjelaskan mazhab Hanafi dengan mengatakan,

“Tidak sepatutnya seseorang memberikan salam


kepada orang yang sedang solat dan tidak sepatutnya
orang yang solat menjawab salam dengan isyarat dan
selainnya.”
Menurut al-Kasani, perbuatan menjawab salam bermaksud
kelalaian dalam solat, yang menghalang kita daripada mendapat
kebaikan. Ia merupakan perbuatan yang dicela (madhmum).

288
Selain daripada itu, terdapat hadith yang meminta agar
kita menjaga pergerakan tangan dalam solat. Jika kita menjawab
dengan lafaz, solat dikira batal. Jika kita menjawab dengan
isyarat tangan, perbuatan tersebut menyalahi sunnah dan
dianggap makruh.

vi. ENAM: Ibrahim al-Nakha‘i mengharuskan kita


menjawab dalam hati.

vii. TUJUH: Menurut mazhab al-Shafi‘i, kita tidak


makruh memberikan salam kepada orang yang
sedang solat. Ini kerana hadith Ibn Mas‘ud
radhiyallah ‘anh menunjukkan beliau memberikan
salam kepada Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam dan
baginda tidak menegur perbuatan tersebut.

Baginda sekadar menjelaskan faktor kenapa baginda tidak


menjawabnya. Berhubung hadith itu, Sheikh ‘Abdullah Al al-
Bassam menyatakan “tidak makruh” kita memberikan salam
kepada orang yang sedang solat.

Sheikh al-Munajjid berkata,


ّ َ ُ ْ َ َ َ َ َّ ْ َ ٌ َ ْ ُ َ َ َْ ْ َ َ
‫ ل ْم يكن مال ِك يك َرهُ السلم على المصلِي‬:‫ َوقال اب ُن القا ِس ِم‬.
ُ ُ َّ َ ّ َ ُ ْ َ ُ ُ ْ ُ ْ ُ َ ْ َ ُ َّ َ ْ َ ُ ْ ُ ْ َ َ َ َ
‫الرجل‬ ‫جبه أن يسلِم‬ ِ ‫ب أنه لم يكن يع‬ ٍ ‫وحكى عنه ابن وه‬
ّ َ ُْ َ َ
‫ على المصلِي‬.
ََ ُ َْ ُ َْ ْ َ َ ً َْ َ َ ََْ ْ ُ َ ْ َ َ َ
‫ َرأيت أبا‬:‫ َوقال الث َرم‬، ‫َوكن أحمد ب ُن حنب ٍل ل ي َرى ب ِ ِه بأسا‬
َّ َ َ ّ َ ُ َّ َ َْ َ ْ َ َ َ َ َْ
‫ انتهى‬.« ‫جدهُ َوليس فِي ِه إِل مص ٍل فسل َم‬ ِ ‫عب ِد الل ِه دخل مس‬.

289
‫وقد دلت األحاديث الصحيحة أن الصحابة رضوان اهلل عليهم‬
، ‫كانوا يسلمون على النبي صلى اهلل عليه وسلم في الصالة‬
‫ أو بعد السالم من الصالة‬، ‫ فيرد عليهم إشارة‬.
Terjemahan: “Ibn al-Qasim berkata: Imam Malik tidak
menganggap makruh memberi salam kepada orang
yang sedang solat.

“Dan Ibn Wahab memperihalkan pendapat Imam


Malik bahawa tidak pelik seseorang memberikan salam
kepada orang yang sedang solat.

“Imam Ahmad berpandangan tidak ada masalah. Al-


Athram berkata: Saya melihat Abu ‘Abdullah (Imam
Ahmad) memasuki masjid ketika semua orang sedang
solat, lalu beliau memberikan salam.”

Hadith-hadith sahih telah menunjukkan para sahabat


radhiyallah ‘anhum memberikan salam kepada Nabi
salla Allah ‘alaih wa sallam ketika baginda solat, lalu
baginda menjawab dengan isyarat tangan, atau selepas
selesai solat.”
Meskipun demikian, itu bukanlah perbuatan yang
digalakkan. Hanya tidak makruh.

290
Berbeza dengan Jabir, ‘Ata’, al-Sha‘bi, Abu Mijlaz dan Ishaw
bin Rahawaih, makruh. Jabir bin ‘Abdillah radhiyallah ‘anhuma
berkata,
ْ َ َ ُ ْ َّ َ َ َ ُ ّ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ َ َ
‫ َوه ْم يصلون ما سلمت علي ِه ْم‬، ٍ‫ ل ْو دخلت على ق ْوم‬.
Terjemahan: “Jika saya menemui satu kaum yang
sedang solat, saya tidak akan memberikan salam
kepada mereka.”
viii.LAPAN: Kita akan terangkan dalil-dalil daripada
hadith yang menjelaskan perkara ini. Ibn Mas‘ud
radhiyallah ‘anh berkata,
َ َّ ُ َّ َ َْ َ ُ َّ َ َّ َ َ ّ َ ُ ُ ُْ
ِ ‫كنت أسل ُِم على النبِ ِ ّي صلى اهلل علي ِه َوسل َم َوه َو ف ِي الصالة‬
َّ َ َ َ َ َّ َ َ َ ْ َ َ ُ ْ َّ َ َ ْ َ َّ َ َ َ َ ُّ َ َ
‫ إِن‬:‫ فلما َرجعنا سلمت علي ِه فل ْم ي ُرد عل َّي َوقال‬، ‫في ُرد عل َّي‬
ً ْ ُ َ َ َّ
‫ف ِي الصالة ِ لشغل‬
Terjemahan: “Saya memberikan salam kepada Nabi
salla Allah ‘alaih wa sallam ketika baginda sedang solat,
lalu baginda akan menjawab salam tersebut. Setelah
kami kembali (dari Habsyah), saya memberikan salam
kepada baginda namun baginda tidak menjawabnya.
Baginda menyatakan: Sesungguhnya dalam solat ada
urusan tersendiri.” (Al-Bukhari)
Hadith inilah yang dijadikan hujjah oleh Sheikh ‘Abdullah
untuk menyatakan hukum memberi salam kepada orang
yang sedang solat tidak makrih, disebabkan baginda tidak
melarangnya.

291
ix. SEMBILAN: Akhirnya, apakah hukum saudara
menjawab salam tersebut dengan salam? Jika
menurut pendapat Abu Hurairah radhiyallah ‘anh,
solat tersebut tidak batal.

Apa yang penting, menurut mazhab al-Shafi‘i, solat tersebut


memang tidak batal kerana percakapan tersebut bukanlah
disengajakan.

Rujukan:
1 Al-Majmu‘.

2 Taudih al-Ahkam syarah Bulugh al-Maram oleh


Sheikh ‘Abdullah Al al-Bassam.

3 Tulisan Sheikh al-Munajjid yang berjudul

di dalam http://islamqa.info

292
Duduk
Tashahhud
58 Akhir
Bersama
Imam
Atau Buat
Jamaah
baru?
Persoalan:

J ika saya memasuki masjid ketika imam sedang tashahhud


akhir, adakah saya perlu duduk tashahhud bersama imam
atau saya buat jamaah baru bersama orang lain yang turut
terlewat?

Penjelasan:
Ulama berbeza pendapat dalam bab ini. Apa lagi tiada hadith
yang jelas menyebutkan perkara ini.

Punca perbezaan pandangan antara mereka ialah bertitik


tolak daripada persoalan, “adakah kita mendapat pahala atau
fadhilat jamaah jika sempat bersama imam selepas rukuk
terakhir?”

Ulama Maliki dan ditegaskan oleh Ibn Taimiyyah


menyatakan, jika kita sempat bersama imam selewat-lewatnya
ketika rukuk terakhir, barulah kita dikira mendapat fadhilat
jamaah. Jika kita sempat bersama imam selepas rukuk, maka
kita dikira tidak mendapat fadhilat jamaah.

Sehubungan itu, jika menurut pendapat ini, sebaik-baiknya


kita membentuk jamaah yang baru.

Hujjah yang dikemukakan oleh mereka ialah hadith yang


berbunyi,

‫ فقد أدرك الصالة‬،‫من أدرك ركعة من الصالة‬.


Terjemahan: “Sesiapa sempat bersama imam walau
satu rakaat bersama imam, maka dia dikira mendapat
solat.”
Menurut kebanyakan ulama mazhab al-Shafi‘i dan Hanbali,
kita dikira mendapat fadhilat atau pahala jamaah meskipun kita
hanya sempat bersama imam ketika tashahhud akhir.

Ibn Baz menyokong pendapat ini. Beliau menjelaskan,

‫وإن صلوا جماعة بعد سالم اإلمام في أي مكان في المسجد‬


‫ ولكن نصيحتي والذي أراه أفضل‬،‫فنرجو أن ال حرج عليهم‬
‫ ولو كان في آخر الصالة‬،‫وأوىل بالسنة أن يدخلوا مع اإلمام‬
ً
‫ ما أدركتم فصلوا وما فاتكم فأتموا‬:‫أخذا بالحديث‬.
Terjemahan: “Jika kita solat dengan jamaah baru
di mana-mana sudut di dalam masjid selepas imam
memberikan salam, maka kami berharap tindakan itu
tiada masalah. Namun saya menasihatkan, bahawa
yang lebih baik dan menepati sunnah ialah terus solat
bersama imam, meskipun imam berada pada akhir
solat, berdasarkan hadith yang bermaksud: Mana-
mana yang kamu sempat dengan imam, maka solatlah.
Mana-mana yang terlepas, maka sempurnakanlah.”
Saya juga ingin berkongsi pandangan al-Nawawi dalam
permasalahan ini. Beliau berkata,

295
‫َّ َ ّ ُ ْ َ‬ ‫َّ ْ ُ َ ْ َ َّ ْ َ َ ً َ َّ ُ َ َ ْ َ َ ُ‬
‫ِير (‬ ‫ِ‬ ‫خ‬ ‫ال‬ ‫د‬‫ِ‬ ‫ه‬ ‫ش‬ ‫الت‬ ‫ِي‬ ‫ف‬ ‫ه‬ ‫الشرح ) قد قدمنا ق ِريبا أنه إذا أدرك‬
‫َ َّ َ ْ ْ َ َ ً َ َ َ َ َ َ َ َّ َ َ َ ُ َ َ ُ َ ّ ُ ْ ُ ُ َ َ‬
‫كبر ل ِِلحر ِام قائ ِما وقعد وتشهد معه ‪ ،‬ول يكبِر ل ِلقعو ِد على‬
‫َ َ َ َ‬ ‫َ َْ َ َ‬ ‫َ َّ َ ّ ُ ُ ُ َّ ٌ‬ ‫َّ‬
‫ب على هذا‬ ‫ج ٍ‬ ‫الصحِيحِ ‪ ،‬والتشهد سنة [ ص‪ ] 117 :‬وليس بِوا ِ‬
‫َ ْ َ َّ ْ َ ُ َ َ‬ ‫َ َ َ ََ ََ ُُ َ ً‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َْ ْ ُ‬
‫وق بِل خِل ٍف كما سبق بيانه ق ِريبا ‪َ ،‬وقد قدمنا هناك‬ ‫المسب ِ‬
‫َْ َ َ‬ ‫ْ ً َ َّ ُ َ ُ َ‬
‫‪َ .‬وجها أنه ل يس ُّن َوليس بِش ْي ٍء‬
‫َ ََ َ ُ‬ ‫َ ْ ْ َ‬ ‫ْ َ‬ ‫َ َ َ ْ َُ ُ َ َ ْ‬
‫ام ‪َ ،‬وسبق دل ِيل‬ ‫ال َول َبع َد ال ِقي ِ‬ ‫اح ف ِي الح ِ‬ ‫اء ِالفتِ َت ِ‬ ‫ول يقرأ دع‬
‫ََ ْ ُ ُ َُ َ َُ ْ َ َ َ َ ْ ُ َ َ َ‬ ‫ْ َ‬
‫كن دون ف ِضيل ِة‬ ‫الجمِيعِ ‪ ،‬وتحصل له ف ِضيلة الجماع ِة ل ِ‬
‫ََ َ‬ ‫ُ‬ ‫َّ‬ ‫َ َ َُ َْ ْ َ ُ‬ ‫َ ْ َْ َََ ْ َ َ‬
‫حيح ‪َ ،‬وب ِ ِه قطع‬ ‫من أدركها مِن أ َّول ِها ‪ ،‬هذا هو المذهب الص ِ‬
‫اسان ِيّ َ‬ ‫ُْ َ ُّ َ ْ ُ ْ ُ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ ّ َ َ ْ ُ َ َ‬
‫ين‬ ‫ِ‬ ‫المصنِف والجمهور مِن أصحابِنا ال ِعراقِيِين والخر‬
‫ْ َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ َّ ُ َ َ ُ ُ ُ ْ ً ْ َ َ َ َّ‬ ‫َ َ َْ‬
‫‪َ ،‬وج َزم الغ َزال ُِّي بِأنه ل يكون مد ِرك ل ِلجماع ِة إل إذا أد َرك‬
‫َ َ َ َّ‬ ‫َ َّ ُ َ‬ ‫ُ ُ َ َّ ْ َ ْ َ َ َ ْ َ ْ ُ ُ ْ َ ُ‬
‫ور ال َّول ; ِلنه ل خِلف بِأن‬ ‫ركوع الركع ِة الخِيرة ِ والمشه‬
‫َ ْ َ‬ ‫َ َ َ ُ َ ْ َ ُ َ َ ْ َ ْ َ ْ ُ ْ َ ُ ْ َ َ َ ُ َ َ َ َ َْ‬
‫صلته تنع ِقد ‪ ،‬ولو لم تحصل له الجماعة لكان ينب ِغي أن ل‬
‫َُ َُْ َ َ َ ٌَ‬ ‫ََْ َ َ ْ َ َ ُْ ْ َْ ُ ْ َ‬
‫تنع ِقد ‪ ،‬فإِن قِيل ‪ :‬ل ْم يد ِرك قد ًرا يحس ُب له قلنا ‪ :‬هذا غلط‬
‫َ ْ ُ َ ٌ َُ ََ ُ َ ْ َ‬ ‫َْ ََ ََُ‬ ‫َْ َ ْ َ ُ ْ ْ‬
‫لل َّ أعل ُم‬ ‫الح َر ِام أد َركها معه ‪َ ،‬وه َِي محسوبة له ‪.‬وا‬ ‫بل تكبِيرة ِ‬
‫‪Terjemahan: “Kami telah terangkan sebelum ini,‬‬
‫‪jika kita tiba ketika imam tashahhud akhir, maka kita‬‬
‫‪takbir dalam keadaan berdiri (sepenuhnya), duduk dan‬‬
‫‪tashahhud bersama imam. Kita tidak perlu takbir untuk‬‬
‫‪turun duduk menurut pendapat yang sahih.‬‬

‫‪296‬‬
“Bacaan tashahhud itu hukumnya sunat bukannya wajib
ke atas masbuq tanpa khilaf sebagaimana diterangkan
sebelum ini. Kami telah terangkan satu pandangan
mengatakan bacaan tashahhud itu tidak sunat pun dan
tiada masalah jika tidak membacanya.

“Dan tidak perlu membaca doa iftitah ketika itu dan


tidak perlu membacanya setelah berdiri semula. Kita
telah terangkan dalil-dalilnya. Kita dikira mendapat
fadhilat jamaah namun fadhilat itu lebih kurang
dibandingkan dengan orang yang solat bersama imam
dari awal. Inilah pendapat yang sahih.

“Pendapat ini diputuskan oleh pengarang al-


Muhadhab, jumhur ulama kami di ‘Iraq dan Khurasan.

“Al-Ghazali mengatakan orang tersebut dikira tidak


mendapat fadhilat jamaah kecuali jika dia sempat
rukuk terakhir bersama imam. Namun pendapat yang
masyhur ialah pendapat pertama.

“Ini kerana, tiada khilaf bahawa solat tersebut (iaitu


solat orang yang sempat tashahhud akhir bersama
imam) dikira. Jika fadhilat jamaah tidak dikira, pastilah
solat tersebut tidak dikira.

“Jika dikatakan orang tersebut tidak mendapat jamaah,


maka kami jelaskan bahawa pendapat ini silap lantaran

297
kita tetap dikira mendapat jamaah meskipun kita hanya
sempat takbirah al-ihram (tidak sempat duduk). Wallah
a‘lam.” (Al-Majmu‘, 5:248)

Rumusan:
1 Jika kita mendapati imam bagi jamaah pertama sedang
berada pada kedudukan tashahhud akhir, maka sebaik-
baiknya kita terus solat bersama imam.

2 Namun, kita perlu memahami, bahawa kita hanya


disarankan untuk mengikuti imam bagi jamaah pertama
di dalam masjid tersebut. Bukannya imam jamaah kedua,
ketiga dan seterusnya.

3 Perkara ini hanyalah untuk kes yang berlaku di dalam


masjid atau surau utama, seperti masjid muqim dan
surau taman. Manakala surau persinggahan seperti
RnR, Petronas, surau tempat kerja, dan pasar raya, tidak
termasuk dalam perbincangan.

Rujukan utama:
Al-Majmu‘. Fatwa Ibn Baz.

298
Bilakah

59 Kita Berdiri
Selepas
Imam
Memberikan
Salam?
Persoalan:

J ika saya terlewat atau masbuq sebanyak 1 rakaat sebagai


contoh, bilakah saya perlu berdiri untuk menyempurnakan
solat? Apakah selepas imam memberikan salam yang
pertama atau salam yang kedua?

Penjelasan:
Saya tidak pasti jika ada hadith yang membahaskan perkara ini.
Setahu saya, tidak ada.

Kita mesti memahami apakah hukum memberikan salam


yang kedua, barulah senang untuk kita membuat keputusan.

Terdapat dua pandangan ulama.

1 PERTAMA: Hukum salam kedua ialah sunat. Ini


merupakan pendapat jumhur ulama, antaranya mazhab
Malikiyyah, Shafi`iyyah, satu pendapat Imam Ahmad,
dan turut disokong oleh Ibn Hazm dan Ibn Qudamah.

Antara dalil yang digunakan oleh hadith yang berbunyi,


َ َّ ُ َّ ُ
‫ركعات‬ٍ ِ‫كان رسول اهللِ صلى اهلل عليه وسلم إذا أوت َر بتسع‬
ُ َ ُ َ
َ ‫فيحم ُد‬ َّ ْ ُ
‫اهلل ويذك ُره ويدعو ثم ينهض‬ ،ِ‫لم يقعد إل في الثامنة‬
َّ َ ‫فيذك ُر‬
َّ ‫اهلل‬ ُ ُ َ ّ ُ ّ ُ
‫عز وجل‬ ‫ فيجلِس‬،‫ ثم يصلِي التاسعة‬،‫وال يسل ُِم‬
ٌ ّ ُ ُ ُ ً ّ
، ‫ركعتين وهو جالس‬ ِ ‫ ثم يصلِي‬،‫ويدعو ويسل ُِم تسليمة يس ِمعنا‬
َّ ُ ُ َ َُ َّ
،ِ‫ركعات ال يقعد إل في السادسة‬ ٍ ِ‫فلما كبِ َر وضعف أوت َر بسبع‬
ً ّ ُ َ ّ ُ ّ ُ ُ َ
‫ ثم‬،‫ ثم يسل ُِم تسليمة‬،‫ثم ينهض وال يسل ُِم ثم يصلِي السابعة‬
ُ َّ ً ً ّ ُ ٌ ّ ُ
‫ السالم‬:‫ ثم يسل ُِم تسليمة واحدة‬،‫ركعتين وهو جالس‬ِ ‫ِي‬ ‫يصل‬
َ َّ َ َُ
‫ يرفع بها صوته حتى يوق ِظنا‬،‫عليكم‬
Terjemahan bergaris: “Kemudian baginda memberikan
salam sekali.” (Sunan al-Nasa’I, 3:240)
Ibn Qudamah menyatakan sahabat kalangan muhajirin
memberikan salam sekali. Khabar tersebut berbunyi,
ُ ً ً َ ّ ُ َ ُ ُ
‫ واكن مسجد‬،‫رين يسلِمون تسليمة واحدة‬‫ج‬ِ ‫كان مسجد المها‬
َ ّ ُ
‫تسليمتين‬
ِ ‫األنصار يسلِمون‬
ِ
Terjemahan: “Di masjid muhajirin, mereka memberikan
salam sekali sahaja. Di masjid ansar, mereka
memberikan salam sebanyak dua kali.” (Rujuk Syarah
al-Bukhari oleh Ibn Battal, 2:456)
Mungkin inilah dalil yang dipegang oleh Imam al-Shafi`i
ketika beliau berada di Baghdad, sebelum beliau mengubah
semula pendapat tersebut setelah berhijrah ke Mesir.

Al-Qurtubi menjelaskan, sebagaimana kita memasuki solat


dengan sekali takbir, maka kita juga keluar dengan sekali salam.
(Tafsir al-Jami` li Ahkam al-Qur’an, 1:363)

2 KEDUA: Memberikan salam kedua adalah wajib. Ini


merupakan pendapat Hanbali, satu pendapat dalam
Maliki dan dipilih oleh Ibn Baz dan Ibn`Uthaimin. Saya

301
melihat hujjah paling kuat dibawakan oleh mereka ialah,
kerana Nabi salla Allah `alaih wa sallam sentiasa berbuat
demikian.

Baik, kembali kepada persoalan yang ditimbulkan.

Bagi sesiapa yang berpegang bahawa salam kedua adalah


wajib, maka orang masbuq perlu atau wajib berdiri selepas imam
memberikan salam yang kedua. Sebagai contoh, kita perhatikan
jawapan yang diberikan oleh Ibn Baz.

‫إذا قام يقضي قبل التسليمة الثانية فقد أخطأ؛ ألن الصواب‬
‫ إلى‬:‫ ذهب جمهور أهل العلم‬،‫أن التسليمة الثانية ال بد منها‬
‫ ولكن األحاديث الصحيحة تدل‬،‫أن التسليمة األوىل تكفي‬
‫ فإذا قام قبل أن يسلم‬،‫على أنه ال بد من التسليمة الثانية‬
ً ً
‫اإلمام التسليمة الثانية فقد ترك أمرا مفترضا وهو الجلوس‬
‫ أن يعيد‬،‫ فالذي ينبغي أن يقضي الصالة‬،‫حتى يسلم إمامه‬
ً ً
‫ واحتياطا لدينه‬،‫الصالة خروجا من الخالف‬.
Terjemahan: “Apabila seseorang bangun sebelum
imam memberikan salam yang kedua, maka dia telah
melakukan kesalahan. Kerana yang betulnya, dia tidak
boleh tidak kena berdiri selepas imam memberikan salam
kedua. Jumhur ulama menyatakan slama pertama sudah
mencukupi, namunhadith-hadith sahih menunjukkan
kita mesti memberikan salam sebanyak dua kali. Maka,
apabila dia berdiri sebelum imam memberikan salam

302
kedua, bererti dia telah meninggalkan perkara yang
fardhu iaitu duduk sehinggalah imam memberikan
salam. Orang yang berbuat demikian perlu mengulang
semula solatnya. Tindakan mengulang semula solat ini
adalah perlu untuk keluar daripada khilaf kalangan
ulama dan mengambil langkah berhati-hati.”
Ibn Baz juga menjelaskan, jika dia terlupa atau jahil tentang
hukum hakam, maka diberikan kemaafan. Namun sebaik-
baiknya dia juga mengulang semula solat tersebut.13

Kita cuba lihat pendapat ulama Hanabilah yang lain. Al-


Buhuti berkata,

‫ فال يقوم المسبوق‬، ‫والتسليمتان من الصالة كسائر األراكن‬


‫قبلهما‬
Terjemahan: “Dan hukum memberikan dua kali salam
adalah sama dengan rukun yang lain. Maka orang yang
masbuq tidak boleh berdiri sebelum imam memberikan
dua salam.” (Kashf al-Qina`)
Menurut pengarang al-Manar al-Sabil,

‫وإن قام المسبوق قبل تسليمة إمامه الثانية ولم يرجع انقلبت‬
ً
‫ فيخرح‬، ‫ لتركه العود الواجب لمتابعة إمامه بال عذر‬، ‫نفال‬
‫عن االئتمام ويبطل فرضه‬

13 https://binbaz.org.sa/fatwas/10569/‫ق‬

303
Terjemahan: “Jika masbuq berdiri sebelum imam
memberikan salam yang kedua dan tidak duduk
semula, maka solatnya bertukar menjadi solat sunat.
Ini disebabkan dia tidak duduk semula bagi mengikut
imam tanpa sebarang keuzuran. Disebabkan itulah dia
terkeluar daripada jamaah dan solat fardhunya batal.”
(Al-Manar al-Sabil, 1:119)
Berdasarkan pernyataan beliau, solat tersebut tidak
dianggap batal sepenuhnya, sebaliknya bertukar menjadi solat
sunat.

Sebaliknya, bagi ulama yang menyatakan salam kedua


hanyalah sunat, maka solat masbuq yang terus bangun selepas
salam pertama adalah sah. Namun, adakah ia merupakan
tindakan yang baik?

Al-Nawawi memberikan penjelasan yang sangat baik.


ْ َ َُ َ ْ َ ُ ْ َ ْ ُ ّ َ َ ْ ُ ُ َّ َ َ َ َ ُ َ ْ َ َ َ َّ
َ‫وم ل َِيأت ِي‬ ‫وق أن ل يق‬ ِ ‫اتفق أصحابنا على أنه يستحب ل ِلمسب‬
ْ َ َ ْ َّ ْ ْ َ ْ َّ ْ َ
َ َ ْ َّ
‫ام مِن التسلِيمتي ِن َومِمن ص َّرح‬ ِ ‫ال َم‬ ِ ‫ب ِ َما بَ ِق َي َعلي ِه إل َبع َد ف َر‬
ِ ‫اغ‬
ُ ‫الشافع ُّي َرح َِم ُه‬ َّ ْ َ َ َّ َ َ َ ّ َُْ ََْ
َّ ‫الل‬ ِِ ‫ب ِ ِه البغ ِو ّي َوالمت َو ِل َوآخ ُر ون َونص علي ِه‬
َ َّ ْ َ َ ْ ُ
ِ ‫ف ِي مختص ِر البويطي فقال ومن سبقه االمام بشئ مِن الصلة‬
ْ َ َ ْ َّ ْ ْ َ ْ َّ ْ َ َ َ ُ َُ ََ
‫ام مِن التسلِيمتي ِن‬ ِ ‫ال َم‬
ِ ‫اغ‬ ِ ‫ضاءِ َما َعلي ِه إل َبع َد ف َر‬ ‫فل يقوم ل ِق‬
ْ ُ ْ َ َ ُ َ َّ َ َ
‫قال أصحابنا فإن قام بعد فراغه من قوله السلم عليكم ف ِي‬
َ َّ ْ َ َ ُ َّ َ َ َ َ ُ ْ
ِ ‫الول جاز ِلنه خ َرج مِن الصلة‬

304
Terjemahan “Ulama kami sepakat menyatakan
bahawa disukai bagi masbuq agar tidak segera bangun
melainkan setelah imam memberikan salam yang kedua.
Antara ulama yang menegaskan pendapat ini ialah al-
Baghawi, al-Mutawalli, dan selain mereka. Imam al-
Shafi`i rahimahullah turut menegaskan pendapat ini di
daam Mukhtasar al-Buwaiti. Beliau berkata: Sesiapa
yang terlewat (masbuq), maka janganlah berdiri
untuk menyempurnakan solat melainkan setelah imam
memberikan dua kali salam. Ulama-ulama mazhab
kami menjelaskan: Jika seseorang itu berdiri selepas
salam pertama, solatnya sah kerana imam telah pun
keluar daripada solat.” (Al-Majmu`, 4:560)
Pernyataan al-Nawawi ini jelas menunjukkan bahawa,
meskipun salam kedua adalah sunat menurut mazhab al-Shafi`i,
namun masbuq perlu berdiri setelah imam memberikan kedua-
dua salam. Bukannya selepas salam pertama.

Namun, jika dia terus berdiri selepas salam pertama,


solatnya tetap sah. Ibn `Abd al-Bar menjelaskan,
َ ُ َ ْ َ ً َْ َ َ َ َّ َْ ُ ْ َْ ُ ْ َّ َ َ
‫ ل أ َرى بأسا أن يقوم‬: ِ ‫وق بِبع ِض الصلة‬
ِ ‫قال الليث ف ِي المسب‬
َ ُ ْ َ ْ َّ َ ْ َ
‫بعد التسلِيم ِة الول‬
Terjemahan: “Al-Laith memberikan komentar
berkenaan orang yang masbuq: Saya melihat tiada
masalah jika dia terus bangun selepas imam memberikan
salam pertama.” (Al-Istidhkar, 1:489)

305
Sheikh al-Munajjid mendokong pendapat ini, berbeza
dengan pendirian guru beliau, Ibn Baz.

Rumusan:
Makmum yang masbuq mesti berdiri selepas imam memberikan
salam yang kedua, bukannya selepas salam pertama. Namun,
jika ada kalangan kita yang berdiri selepas salam pertama,
solatnya dianggap sah.

306
Bolehkah

60 Makmum
Tidak
Mengikut
Imam Berzikir
Selepas
Solat?
Persoalan:

S aya tidak bersetuju dengan tindakan sebahagian makmum


yang terus bangun selepas salam dan tidak berzikir bersama
imam. Bukankah kita perlu mengikut imam?

Penjelasan:
Asasnya, saya juga tidak bersetuju dengan sesiapa sahaja
terutamanya makmum yang tidak mengambil kesempatan
untuk berwirid selepas solat.

Tindakan terus bangun dan beredar ke belakang selepas


salam menunjukkan kegopohan dan kegelojohan kita. Dikhuatiri
sifat ini lahir kerana kita tidak terlatih dalam memuji Tuhan yang
mencipta kita.

Sekiranya kita terus bangun kerana bersebab, ia diharuskan.


Malah, Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam pun pernah terus
bangun tanpa sempat berzikir sedikit pun.

Ini kerana baginda teringat, masih ada harta di rumah yang


belum disedekahkan.

Timbullah perasaan tidak senang hati selagi harta itu


belum disedekahkan.

Sehubungan itu, saya mencadangkan sekurang-kurangnya


kita membaca istighfar 3 kali dengan perlahan-lahan dan penuh
keinsafan.
Disusuli zikir asas yang berbunyi:

Melalui zikir ini, insha Allah kita diberikan keselamatan dan


kesejahteraan dunia dan akhirat; khususnya keselamatan yang
melibatkan keimanan dalam diri kita.

Selepas itu, jika kita ingin bangun dan beredar, bolehlah.


Sambil berjalan, bacalah beberapa zikir sunnah termasuk ayat
kursi dan 3 qul.

Jadikanlah ia sebagai amalan, agar kita tercatit kalangan


hamba yang mengenang jasa bukannya kacang lupakan kulit.

Tuhan itu yang mencipta dan memberi kita rezeki, maka


usahlah kita bersombong diri. Ia hanya memakan diri kita sahaja.
Kita yang rugi. Allah Taala tidak pernah rugi.

Namun, saya juga ingin menjelaskan, bahawa makmum


tidak wajib mengikut imam selepas selesainya solat. Yang wajib
diikut ialah, ketika solat.

Berkenaan ini, Imam al-Shafi‘i sendiri berkata,

‫ فال شيء‬،‫فإن قام اإلمام قبل ذلك أو جلس أطول من ذلك‬


‫ وللمأموم أن ينصرف إذا قضى اإلمام السالم قبل‬:‫ قال‬.‫عليه‬
‫ وتأخير ذلك حتى ينصرف بعد انصراف‬:‫ قال‬.‫قيام اإلمام‬
‫اإلمام أو معه أحب إلي‬

309
Terjemahan: “Jika imam berdiri sebelum itu (sebelum
kaum wanita beredar) atau duduk lebih lama, maka
tiada masalah. Beliau berkata: Dan makmum boleh
beredar setelah imam selesai memberikan salam,
sebelum imam berdiri lagi. Beliau menjelaskan lagi:
Makmum duduk lebih lama sehingga imam beredar,
atau makmum beredar bersama-sama imam, itu lebih
saya sukai.” (Al-Um)
Pernyataan Imam al-Shafi‘i ini menunjukkan tidak
ada masalah untuk makmum beredar selepas imam selesai
memberikan salam.

Namun, jika makmum terus berzikir bersama imam, itulah


yang terbaik.

Imam al-Shafi‘i turut berkata,

‫ منفردا أو مأموما أن يطيل الذكر بعد‬،‫وأستحب للمصلي‬


‫الصالة ويكثر الدعاء رجاء اإلجابة بعد المكتوبة‬.
Terjemahan: “Dan saya menggalakkan orang yang solat,
sendirian atau sebagai makkum, untuk memanjangkan
zikir selepas solat dan memperbanyakkan dengan
harapan bertepatan waktu terkabulnya doa selepas
solat fardhu.” (Al-Um)
Sebagai penjelasan, kedua-dua pernyataan Imam al-Shafi‘i
itu, kita petik daripada kitab al-Majmu‘.

310
Rumusan:
1 Makmum boleh beredar sebelum imam
beredar.

2 Namun, hendaklah makmum beristighfar


terlebih dahulu dan membaca zikir asas.

3 Dan hendaklah kita menyambung zikir-zikir


sunnah selepas itu walau ketika berjalan atau
memandu kenderaan.

Rujukan:
Al-Majmu‘ karya al-Nawawi.

311
61 Terjatuh
Semasa
Rukuk
Persoalan:

S aya pernah terjatuh semasa rukuk. Apakah yang saya perlu


lakukan?

Penjelasan:
Imam al-Shafi‘i ada menyatakan,
َْ َ َ َ َْ َ َ َ َ ً َ ْ َ ّ َ ُْ َ َ َ
‫َول ْو َركع المصلِي فاست َوى َراك ِعا َوسقط إلى ال ْر ِض كان علي ِه‬
َ ُ َ ْ َ ْ َ َ ْ ُ َ َ ً َ ُ ُ ْ ُ َ َ ْ َ َّ َ َ ُ َ ْ َ
‫أن يقوم حتى يعت ِدل صلبه قائ ِما َول ْم يكن علي ِه أن يعود‬
َ َ ْ َ ُ َّ َ ُ
‫وع ; ِلنه قد َركع‬
ٍ ‫ل ُِرك‬
Terjemahan: “Jika orang yang solat rukuk dan sudah
lurus (rukuknya sudah sempurna), dan dia terjatuh ke
bawah, maka hendaklah dia bangun i‘tidal. Dia tidak
perlu rukuk lagi, kerana dia sudah melakukannya
(rukuk).” (Al-Um, 2:256)
Secara lebih terperinci, kes ini telah dihuraikan dengan
sangat baik oleh al-Nawawi.
ُ َ َْ َ َُ ْ َ ُ َ ْ ‫ال ال‬
ُ َ ْ َ َُ َ ْ َ َ َ
‫ج ُب ه َو أن يعود بعد ُركو ِع ِه‬ ِ ‫ا‬‫و‬ ‫د‬ ِ ‫ت‬‫ع‬‫ال‬ ِ ‫و‬ : ‫ا‬ ‫ن‬ ‫قال أصحاب‬
َْ ً َ َّ َ َ َ َ ُ َ َ
ُّ ‫ان َعل ْي َها ق ْب َل‬ َ َ َ ّ ََْْ َ
‫اء أصلى قائ ِما أم‬ ٌ ‫ سو‬، ‫وع‬ ِ ‫الرك‬ ‫إلى الهيئ ِة التِي ك‬
َ َْ َ ْ ََ ُ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ ََ ً َ
‫ فل ْو َركع عن قِيامٍ فسقط ف ِي ُركو ِع ِه نظ َر إن ل ْم يطمئِ َّن‬، ‫قاعِدا‬
َ ََْ ُ ّ َ َْ ُ ُّ َ َ َُ ْ َ َُ َ ُ ْ
‫ ث َّم يعت ِدل‬، ‫وع َويطمئِ َن‬ ِ ‫الرك‬ ‫مِن ُركو ِع ِه ل ِزمه أن يعود إلى‬
َ ُ َْ ُ َ َََْ ً َ َ ْ َ ْ َ ُ َ َ َّ َ َ ْ ْ ُْ
،‫ َوإِن اطمأن ل ِزمه أن ينت ِص َب قائ ِما فيعت ِدل ث َّم يسجد‬، ‫مِنه‬
ْ َ ََ ْ َ ً َ َ َ ْ َ ِ ُ ُّ َ َ َُ ْ َ ُ ُ َ َ
‫وع فإِن عاد عال ِما بِتح ِري ِم ِه بطلت‬ ‫َول يجوز أن يعود إلى الرك‬
َّ َ َ َ َ ُ ُ َ ْ ُ َّ َ َ َ ْ َ َ ً ُ ُ َ َ ُ َّ َ ُ ُ َ َ
‫الراك ِع َرأسه ث َّم سجد َوشك‬ ‫ ولو رفع‬، ‫صلته ; ِلنه زاد ركوعا‬
ََّ َ ُ َْ ُ َ ْ َ َ ُ َ ْ َ ُ َ َ ُ ُ َ ْ َّ َ َّ َ
‫ال ث َّم يسجد ; ِلن‬ ِ ‫هل تم اعتِداله ؟ ل ِزمه أن يعود إلى ِالعتِد‬
َ ْ ُ َ َ َ ْ َْ
‫ال‬
ِ ‫د‬ ِ ‫ت‬ ‫ع‬‫ال‬
ِ ‫م‬ ‫ الصل عد‬.
Terjemahan: “Ulama mazhab kami berkata: I‘tidal
yang wajib ialah, kita kembali kepada posisi sebelum
rukuk tanpa mengira kita solat berdiri atau duduk (Jika
kita solat berdiri, kita kena berdiri semula. Jika kita
solat duduk, kita kena duduk dengan lurus semula).

“Sekiranya kita rukuk lalu kita terjatuh, maka kita


pertimbangkan; (a) Jika kita belum tama’ninah dalam
rukuk, maka kita wajib rukuk semula, tama’ninah,
kemudian i‘tidal.

“(b) Jika kita sudah tama’ninah dalam rukuk, maka


kita wajib berdiri (posisi i‘tidal), kemudian sujud. Kita
tidak perlu rukuk semula.

“Sekiranya kita rukuk semula (walhal kita sudah


tama’ninah) dalam keadaan kita mengetahui perbuatan
itu tidak dibolehkan, maka solat kita batal. Kerana kita
dianggap menambah rukuk.

314
“Jika kita sudah mengangkat kepala daripada posisi
rukuk, kemudian kita sujud, namun kita ragu adakah
kita sudah i‘tidal dengan sempurna atau tidak, maka
kita wajib bangun untuk i‘tidal semula, kemudian
barulah sujud. Kerana hukum asalnya, kita dikira
belum i‘tidal.” (Al-Majmu‘, 4:472)

Rujukan:
i. Al-Um oleh Imam al-Shafi‘i.

ii. Al-Majmu‘ oleh al-Nawawi.

315
62 Termakan
Dalam
Solat
Persoalan:

S elepas berbuka puasa, saya tidak berkumur betul-betul


sebelum solat maghrib. Ada sedikit makanan terlekat di
celah gigi. Saya tertelan makanan tersebut. Adakah solat
saya sah?

Penjelasan:
Barakallahu fikum.

Kita akan terangkan beberapa kupasan al-Nawawi dan


diharap ia menjadi landasan hukum yang jelas buat kita semua.

Selebihnya, kita mohon keampunan dan rahmat Allah Taala


di sebalik kelemahan dan kesilapan yang kita lakukan.
ʈ Ulama mazhab Shafi‘i menyatakan solat akan batal jika
kita makan dengan sengaja, sama ada banyak ataupun
sedikit.
ʈ Ada satu pendapat yang disebutkan oleh al-Rafi‘i,
bahawa solat tidak batal jika makan sedikit dengan
sengaja. Namun, al-Nawawi menegaskan,
maksudnya, “Pandangan ini keterlaluan.” Jika
dibolehkan, akan hilangkan tujuan dalam solat dan
menunjukkan kelemahan sistem dan peraturan dalam
solat.
ʈ Jika ada makanan terletak di celah-celah gigi, sama
seperti kes saudara yang bertanya, lalu ia menelannya
dengan sengaja, maka solat batal tanpa khilaf. Jika
dilakukan dengan sengaja.
ʈ Jika kita tertelan makanan dalam keadaan tidak
terkawal -seperti sedikit makanan terdapat dalam air
liur, lalu kita tertelan air liur tersebut-, maka solat tidak
batal. Kesemua di atas adalah berkenaan perbuatan
yang dilakukan dengan sengaja. Sekarang, kita lihat
perbahasan ulama dalam kes makan tanpa sengaja atau
disebabkan ketiadaan ilmu.
ʈ Jika kita makan sedikit kerana terlupa atau jahil
tentang larangannya, maka solat tidak batal tanpa ada
percanggahan pendapat kalangan ulama. Orang yang
jahil itu, adalah orang yang baru memeluk Islam dan
tinggal jauh daripada ahli ilmu.
ʈ Jika kita makan dalam kadar yang banyak meskipun
terlupa atau jahil hukum, maka solat batal menurut
pendapat yang paling sahih. Ada pendapat menyatakan
sebaliknya. Cuma, masalah dalam bab ini ialah, apakah
yang dimaksudkan dengan kadar sedikit yang tidak
membatalkan dan kadar banyak yang membatalkan.
Al-Nawawi menyatakan, bergantung kepada ‘uruf
atau penilaian setempat. Namun, agak rumit
menentukannya. Kita tidak mengetahui jawapan terbaik
dalam isu ini.
ʈ Ibn al-Mundhir berkata, “Ulama sepakat menegah kita
daripada makan dan minum dalam solat. Jika kita
makan atau minum dalam solat fardhu dengan sengaja,
maka solat batal dan kita mesti mengulang solat itu
semula. Jika kita makan atau minum dalam keadaan
terlupa, ‘Ata’ menyatakan tidak batal. Inilah pendapat
saya. Al-Auza‘i dan ulama-ulama al-ra’y mengatakan
batal.”
318
ʈ Dalam solat sunat, ada sumber menunjukkan ‘Abdullah
bin al-Zubair dan Sa‘id bin Jubair minum ketika
mengerjakannya. Tawus ada menyatakan tidak ada
masalah untuk minum dalam solat sunat.

Namun, Ibn al-Mundhir membantah keharusan minum


dalam solat sunat. Menurut beliau, kemungkinan mereka minum
dalam keadaan terlupa.

Wallah a‘lam.

Sekarang, saudara yang bertanya bolehlah menilai, situasi


saudara berada dalam kategori yang mana.

Rumusan:
Ulama berbeza pandangan dalam hukum makan dalam solat,
terutama dalam kes tidak sengaja atau jahil tentang larangan.

Bagi Abu Ishaq al-Shirazi dalam al-Muhazzab, kaedah solat


sama dengan kaedah puasa. Jika puasa kita tidak batal kerana
makan dalam keadaan terlupa, begitulah keadaannya dalam
solat.

Namun, kita mencadangkan agar jangan berpada dengan


kaedah yang dikemukakan al-Shirazi, sebaliknya rujuklah
kupasan al-Nawawi.

Rujukan:
Al-Majmu‘, 5:128-129.

319
63 Pahala
Solat Sunat
Isyraq
Persoalan:

S aya mendapat kiriman poster melalui whatsapp


menyatakan, pahala solat sunat ishraq ialah seperti pahala
haji dan umrah yang sempurna. Betulkah demikian?

Penjelasan:
1 PERTAMA: Hadith yang dimaksudkan oleh si penanya
ialah,
ُ ْ َ َ َ َّ َ ْ َْ َ ُ ْ ََ َُ ُ ْ ُ ْ َ َ َ َّ َ
‫ح ُّي البص ِر ُّي حدثنا عبد‬ ِ ‫اوية الجم‬ ِ ‫حدثنا عبد الل َِ ّ بن مع‬
َ َ َ َ َ ْ ََ ْ َ َ ُ َ َ َ َّ َ ْ ُ ْ َْ
‫يز ب ُن مسل ٍِم حدثنا أبو ظِل ٍل عن أن ِس ب ِن مال ٍِك قال قال‬ ِ ‫الع ِز‬
َ َ َ َ َ َ ْ َّ َ ْ َ َّ َ ْ َ َ ُ َّ َ ُ ُ
‫الل َّ علي ِه َوسل َم من صلى الغداة ف ِي جماع ٍة‬ ‫َرسول الل َِ ّ صلى‬
ْ َ َ ََْ ْ َّ َ ُ ُ ْ َّ َ ُ ْ َ َّ َ َ ُ ُ ْ َ َ َ َ َّ ُ
‫الل َّ حتى تطلع الشمس ث َّم صلى َركعتي ِن كانت‬ ‫ثم قعد يذكر‬
َْ َ ُ َّ َ ُ ُ َ َ َ َ َ َ ْ ُ َ َّ َ ْ َ َ ُ َ
‫له كأج ِر حج ٍة وعمر ٍة قال قال رسول الل َِ ّ صلى الل َّ علي ِه‬
ٌ ‫يث َح َس ٌن َغر‬ ٌ َ َ َ َ ُ َ َ َ َّ َ َّ َ َّ َ َّ َ
‫يب‬ ِ ‫َوسل َم تام ٍة تام ٍة تام ٍة قال أبو عِيسى هذا ح ِد‬
ُ َُ َُ َ ََ َ َ ْ َ َ َ ْ َ ْ َ َّ َ ُ ُ ْ َ َ َ َ َ
‫ارب‬ ِ ‫ق‬ ‫م‬ ‫و‬ ‫ه‬ ‫ال‬ ‫ق‬ ‫ف‬ ‫ل‬ ٍ ‫ِل‬‫ظ‬ ‫ي‬ِ ‫قال وسألت محمد بن إِسم ِعيل عن‬
‫ب‬ ‫أ‬
ٌ َ ُ ُ ْ ٌ َّ َ ُ َ َ َ ْ
‫يث قال محمد َواسمه هِلل‬ ِ ‫الح ِد‬
Terjemahan: “Rasulullah salla Allah ‘alaihbwa sallam
bersabda: [Siapa yang mengerjakan solat subuh
berjamaah, kemudian duduk mengingati Allah Taala
sehingga terbit matahari (ishraq bukannya shuruq),
kemudian solat dua rakaat, baginya seperti pahala haji
dan umrah]. Anas radhiyallah ‘anh berkata, bahawa
Rasulullah salla Allah ‘alaih wa sallam berkata:
[Pahala yang sempurna, sempurna, sempurna]. (Al-
Tirmidhi)

2 KEDUA: Ulama khilaf tentang kewujudan solat yang


dinamakan ishraq. Imam al-Ramli sebagai contoh
mengatakan solat ishraq ada.

Rumusan yang boleh kita katakan ialah, solat ishraq ialah


solat dhuha kecil. Jika kita solat betul-betul pada waktu ishraq
(sekitar 20 minit selepas matahari terbit), maka itu adalah solat
ishraq dan dhuha.

Jika kita kerjakan selepas 28 minit setelah matahari terbit


hinggalah 20 minit sebelum zohor, itu adalah solat dhuha tanpa
ishraq.

3 KETIGA: Hadith ini tidak menyebutkan nama solat


ishraq pun. Malah, terdapat hadith lain menyebutkan
nama solat dhuha.

Kita beranggapan, ambil sahaja rumusan ulama berkenaan


solat dhuha dan ishraq seperti kita sebutkan di atas.

4 KEEMPAT: Sebahagian ulama dan huffaz mendhaifkan


hadith ini. Antara ulama terkini yang menyatakan
kedhaifannya ialah Ibn ‘Uthaimin.

Sebahagian ulama seperti al-Mundhiri menganggap


hadithnya bertaraf hasan kerana terdapat beberapa riwayat yang
menyokong.

322
Antara ulama terkini yang mengatakan hadith ini hasan
ialah Ibn Baz.

5 KELIMA: hadith ini tidak menyatakan pun pahala solat


ishraq ialah seperti pahala mengerjakan haji dan umrah
secara sempurna.

Hadith ini menyatakan, sesiapa yang solat subuh


berjamaah, disusuli dengan zikrullah sehinggalah waktu ishraq
atau dhuha, kemudian ditutup dengan solat ishraq atau dhuha.

6 KEENAM: Menurut al-Mubarakfuri, Nabi salla Allah


‘alaih wa sallam menyatakan pahala seperti itu dalam
bentuk mubalaghah; bertujuan untuk galakan atau
kempen. (Rujuk Tuhfah al-Ahwadhi)

7 KETUJUH: Majlis ilmu seperti kuliah subuh juga


merupakan majlis zikrullah.

8 KELAPAN: Jika kita terpaksa pulang kerana urusan kerja


atau kerana surau/masjid ditutup, lalu kita menyambung
zikir di rumah atau dalam kenderaan, diakhiri dengan
solat ishraq atau dhuha, insha Allah kita mendapat
pahala yang sama.

9 KESEMBILAN: Orang perempuan yang solat di rumah


dan berzikir sehinggalah solat ishaq atau dhuha, juga
mendapat pahala yang sama.

323
Rumusan:
Bukanlah mengerjakan solat ishraq sahaja membolehkan kita
mendapat pahala sebanyak mengerjakan haji dan umrah secara
sempurna.

Malah, solat rawatib, tahajjud, witir, lebih baik daripada


solat ishraq dan dhuha.

Tetapi, solat subuh jamaah, berzikir selepas itu dalam


tempoh yang lama, dan ditutup dengan solat ishraq atau dhuha,
itulah yang membolehkan kita mendapat pahala sebanyak itu.

Justeru, saya menyatakan bahawa poster itu mengandungi


kesilapan.

Wallah a‘lam.

324
Bolehkah

64 Sujud
Tilawah
Di Dalam
Kereta?
Persoalan:

S aya biasa membaca ayat al-Quran yang saya hafaz


semasa memandu kereta. Masalahnya, kadang-kadang
saya membaca ayat yang mengandungi sujud tilawah
seperti surah al-naml dan al-‘alaq. Bolehkah saya sujud semasa
memandu?

Penjelasan:
Sebelum saya mengemukakan penghujahan ilmiah seperti
dibahaskan oleh Profesor Doktor ‘Abd al-‘Aziz, saya ingin
merumuskan jawapan dengan mengatakan,

“Jika solat sunat pun diharuskan di dalam kereta, apa


lagi sujud tilawah.”
Baik, terdapat dua pendapat ulama. Saya hanya
membahaskan pendapat yang mengharuskan kerana pendapat
yang menegah tidaklah kuat.

Maksudnya, diharuskan sujud tilawah di dalam kenderaan,


sama ada kereta, motosikal, mahupun binatang tunggangan.

Ini merupakan pendapat kebanyakan ulama Hanafi (rujuk


al-Mabsut, 2:7, Tuhfah al-Fuqaha’, 2:237, Bada’i‘ al-Sana’i‘, 1:181,
Hashiyah Ad al-Mukhtar, 2:106), ulama Maliki (rujuk al-Sharh
al-Saghir, 1:150, Hashiyah al-Dusuqi, 1:307, Jawahir al-Iklil, 1:71,
Sharh Manh al-Jalil, 1:200), ini merupakan pendapat yang tepat
menurut mazhab al-Shafi‘i (rujuk Raudah al-Talibin, 1:325, al-
Tibyan, 111, Mughni al-Muhtaj, 1:219, Nihayah al-Muhtaj, 2:104)
dan ini merupakan pendapat jumhur ulama Hanbali (rujuk al-
Kafi, 1:158, al-Mughni, 1:654, al-Insaf, 2:200, al-Iqna‘, 1:145).

Kesemua maklumat ini, saya kutip daripada kajian Profesor


Dr ‘Abd al-‘Aziz.

Apakah hujjah yang digunakan oleh mereka? Terdapat


satu hadith riwayat Ibn ‘Umar radhiyallah ‘anhuma bahawa
Rasulullah salla Allah ‘alaih wa sallam membaca ayat tilawah
pada hari pembukaan Mekah, lalu baginda sujud dan diikuti
oleh oara sahabat. Ada kalangan mereka yang sujud di atas
binatang tunggangan. Rujuk Sunan Abi Dawud, kitab al-Solah,
bab Fi al-Rajul Yasma‘ al-Sajdah wahuwa Rakib Wa Fi Ghair al-
Solah, nombor 1411.

Selain itu, terdapat beberapa athar yang menyokong


pendapat ini.

1 Menurut Sunan al-Baihaqi, kitab al-Solah, bab al-Rakib


Yasjud Mu’miyan wa al-Mashi Yasjud ‘ala al-Ard, 2:325,
bahawa ‘Ali dan ‘Abdullah bin al-Zubair radhiyallah
‘anhum sujud di atas binatang tunggangan dengan
menundukkan kepala mereka.

2 Menurut sumber Sunan al-Baihaqi juga, Ibn ‘Umar


radhiyallah ‘anhuma pernah ditanya hukum sujud di atas
binatang tunggangan. Beliau menjawab,
maksudnya, “Sujudlah, tundukkan kepala.”

3 Menurut Musannaf Ibn Abi Shaibah dalam kitab al-


Solawat, bab Fi al-Rajul Yasjud al-Sajdah wahiya ‘ala
Ghair Wudhu’, 2:14 yang mana sanadnya sahih menurut
kajian Ibn Hajr di dalam Fath al-Bari, bahawa al-Sha‘bi

327
berkata kepada seseorang yang membaca ayat al-sajadah
dalam keadaan tidak berwudhu,
maksudnya, “Sujud menurut arah kepalanya
mengadap.”Sebagai makluman, maksud bab di dalam
Musannaf itu ialah “Bab seseoranh yang sujud tanpa
wudhu.”

4 Menurut Musannaf Ibn Shaibah namun di dalam bab


yang lain, iaitu bab al-Rajul Yasjud al-Sajdah wahuwa
‘ala Ghair al-Qiblah yang mana sanadnya dianggap hasan
oleh Ibn Hajr, bahawa ‘Ata’ meriwayatkan daripada Abi
‘Abd al-Rahman al-Sulami, bahawa beliau membawa ayat
al-sajadah berjalan kaki dalam keadaan tidak mengadap
kiblat, lalu beliau menundukkan kepala dan memberikan
salam.

Maksud tajuk bab ialah, “Bab seseorang sujud dalam


keadaan tidak mengadap kiblat.”

Cuma, ya, perbahasan berkenaan adakah perlu berwudhu,


berpakaian bersih dan mengadap kiblat, itu adalah perbahasan
yang lain.

Sebahagian ulama mensyaratkannya dan sebahagian tidak


mensyaratkannya. Kita dalam bab ini, lebih cenderung dengan
pendapat “sebaik-baiknya keadaan kita sujud tilawah sama
dengan keadaan sujud dalam solat, namun diharuskan jika tidak
memenuhi kondisi tersebut.”

Rujukan:
Al-Ahkam al-Fiqhiyyah al-Khassah bi al-Qur’an al-Karim, Bab
Sujud al-Tilawah ‘ala al-Dabbah wa Nahwiha, 648-650.

328
Cara

65 Doa
QuNut
Nazilah
Persoalan:

D alam keadaan wabak Covid-19 yang semakin membarah,


kita disunnahkan membaca doa qunut nazilah. Saya ingin
bertanya, adakah kita perlu memulakan qunut nazilah
dengan bacaan doa qunut subuh yang biasa kita amalkan?

Penjelasan:
Sepatutnya sudah lama kita membaca doa qunut nazilah ini
dalam semua solat. Apapun, itu bukan fokus perbincangan kita
di sini. Saya ingin memberikan fokus kepada persoalan, adakah
qunut nazilah bermula dengan doa qunut (subuh dan witir) yang
biasa kita amalkan?

Wallah a‘lam.

Jika kita perhatikan kepada beberapa hadith Nabi salla


Allah ‘alaih wa sallam, baginda terus memulakan doa yang
sesuai dengan musibah yang menimpa, bukannya bermula
dengan .

Saya akan datangkan beberapa petikan hadith -bukan


hadith penuh- sebagai penelitian bersama. Hadith pertama,
َّ َ ْ َ َ ْ َّ ْ َ ْ ُ َ ُ َ َ َّ َ ُ َ ْ َ ُ َ َ َّ َ
‫الزنا ِد‬
ِ ‫الرحم ِن عن أبِي‬ ‫يرة ب ُن عب ِد‬ ‫حدثنا قتيبة حدثنا م ِغ‬
َ‫َو َسلَّم‬َْ َ ُ َّ َ َ
َّ َّ َ ْ ُ َ ْ َ َْْ ْ َ
‫عن الع َر ِج عن أبِي ه َري َرة أن النبِ َّي صلى الل َّ علي ِه‬
َ َّ َ ْ َ ُ َّ ُ ُ َ ْ َ ْ َّ ْ ُ َ ْ َ َ َ َ َ َ َ
‫الركع ِة الخ َِرة ِ يقول الله َّم أن ِج عياش‬ ‫كان إِذا رفع رأسه مِن‬
ََ َ ْ
‫ب َن أبِي َربِيعة‬
Terjemahan: “...Sesungguhnya apabila Nabi salla
Allah ‘alaih wa sallam bangun daripada rukuk terakhir,
baginda berdoa, [Ya Allah, selamatkan ‘Ayyash bin
Abi Rabi‘ah]...” (Sahih al-Bukhari, kitab al-Istisqa’,
bab Du‘a’ al-Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam Ij‘alha
‘alaihim Sinin ka Sini Yusuf)
Hadith kedua yang turut disampaikan oleh Abu Hurairah
radhiyallah ‘anh melalui dua orang murid beliau Sa‘id bin al-
Musayyib dan Abu Salamah bin ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf,
ْ ُ َْ َ ُ َُ َّ َ ْ َ َ ُ َّ َ ُ ُ َ َ
‫ِين يف ُر غ مِن‬ ‫ يقول ح‬، ‫الل َّ علي ِه َوسل َم‬ ‫كان َرسول الل َِ ّ صلى‬
ْ َ ُ َ َ ُ َ َْ ُ َ َْ َ ُ ّ َ ُ َ َ َ ْ َ ْ َْ َ َ
‫الل َّ ل ِمن‬ ‫ س ِمع‬: ‫ ويكبِر ويرفع رأسه‬، ِ ‫صلة ِ الفج ِر مِن ال ِقراءة‬
َ ْ ْ َ ُ َّ َ ُ ُ ُ َ ُ ُ ْ َ ْ َ َ َ َّ َ َ
‫ الله َّم أن ِج ال َول ِيد‬: ‫ ث َّم يقول َوه َو قائ ٌِم‬، ‫ َربنا َولك الحمد‬، ُ‫ح ِمده‬
ْ ْ
‫ب َن ال َول ِي ِد‬
Terjemahan: “Rasulullah salla Allah ‘alaih wa sallam
selepas selesai bacaan semasa qiyam solat subuh,
takbir, bangun daripada rukuk, baginda membaca
kemudian berdoa
dalam keadaan baginda berdiri, [Ya Allah, selamatkan
al-Walid bin al-Walid]...” (Muslim, kitab al-Masajid wa
Mawadi‘ al-Solah, bab Istihbab al-Qunut fi jami‘ al-
Solat Idha Nazalat bi al-Muslimin Nazilah)
Hadith ketiga, menerusi riwayat Abu Salamah daripada Abu
Hurairah radhiyallah ‘anh,

331
ْ ُ ْ ُ ْ َ َ َّ َ َ َ ْ ُ ْ ُ َّ َ ُ َ َ َّ َ
، ‫ حدثنا ال َول ِيد ب ُن مسل ٍِم‬، ‫از ُّي‬ ِ
َّ ‫ان‬
‫الر‬ ‫حدثنا محمد بن مِهر‬
ََ ََ َ ْ َ َ َ ْ َ ْ َ ْ َ ُ ّ َ ْ َ ْ َ َ َّ َ
، ‫ عن أبِي سلمة‬، ‫ير‬ ٍ ِ ‫ث‬ ‫ك‬ ‫ي‬ ِ ‫ب‬ ‫أ‬ ‫ن‬
ِ ‫ عن َيحيى ب‬، ‫َحد َثنا الو زاعِي‬
َ َ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ َ َّ َّ ُ َ َّ َ َ ْ ُ َ َّ
‫ حدثه ْم أن النبِ َّي صلى الل َّ علي ِه وسلم قنت‬، ‫أن أبا ه َري َرة‬
َ َ ْ َ ُ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ ْ َّ َ ْ َ
، ُ‫الل َّ ل ِمن ح ِمده‬ ‫ س ِمع‬: ‫ إِذا قال‬، ‫الركع ِة ف ِي صل ٍة شه ًرا‬ ‫بعد‬
َ َ ْ َ ْ َ َ ْ ْ َ َّ ُ َّ ُُ ُ َُ
‫ اللهم أن ِج الول ِيد بن الول ِيد‬: ‫يقول ف ِي قنوت ِ ِه‬
Terjemahan: “...Sesungguhnya Nabi salla Allah ‘alaih
wa sallam qunut selepas rukuk selama sebulan. Apabila
baginda membaca , baginda berdoa,
dalam qunutnya, [Ya Allah, selamatkan al-Walid bin
al-Walid]...” (Muslim, kitab al-Masajid wa Mawadi‘
al-Solah, bab Istihbab al-Qunut fi jami‘ al-Solat Idha
Nazalat bi al-Muslimin Nazilah)
Hadith keempat menerusi riwayat Ibn ‘Abbas radhiyallah
‘anhuma,
ً ً
‫ في الظهر‬،‫قنت رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم شهرا متتابعا‬
:‫ إذا قال‬،‫والعصر والمغرب والعشاء والصبح في دبر كل صالة‬
،‫ يدعو عليهم‬- ‫ من الركعة األخيرة‬- ‫سمع اهلل لمن حمده‬
‫ ويؤمن‬،‫ على رعل وذكوان وعصية‬،‫على حي من بني سليم‬
‫من خلفه‬.
Terjemahan: “...apabila baginda membaca
pada rukuk terakhir, baginda

332
mendoakan kebinasaan ke atas penduduk Bani
Sulaim...” (Musnad Ahmad)
Kesemua hadith di atas menunjukkan dalam qunut nazilah,
Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam terus berdoa secara spesifik,
bukannya bermula dengan sehingga
habis.

Tindakan sebahagian orang termasuk imam -semoga Allah


Taala memberikan panduan dan petunjuk kepada kita semua-
yang memulakan qunut nazilah dengan doa qunut subuh adalah
tidak menepati sunnah.
Cuba kita perhatikan kupasan Ibn Taimiyyah dalam
menyentuh perkara ini.

‫ ويدعو على‬، ‫ يدعو للمؤمنين‬، ‫يشرع أن يقنت عند النوازل‬


‫ وهكذا كان‬، ‫ في الفجر ويف غيرها من الصلوات‬، ‫الكفار‬
‫ (امهلل‬: ‫عمر يقنت لما حارب النصارى بدعائه الذي فيه‬
‫ وكذلك علي رضي‬. )‫إلى آخره‬... ‫العن كفرة أهل الكتاب‬
‫ وينبغي للقانت‬، ‫اهلل عنه لما حارب قوما قنت يدعو عليهم‬
، ‫أن يدعو عند كل نازلة بالدعاء المناسب لتلك النازلة‬
‫وإذا سمى من يدعو لهم من المؤمنين ومن يدعو عليهم‬
‫مجموع‬. ‫من الكافرين المحاربين كان ذلك حسنا» انتهى‬
22/271( ”‫ )الفتاوى‬.
Terjemahan: “Disyariatkan untuk membaca qunut
ketika sesuatu musibah yang menimpa. Mendoakan

333
kebaikan buat orang beriman dan kebinasaan ke atas
orang kafir, dalam solat subuh dan solat-solat lain.
‘Umar radhiyallah ‘anh ketika bertempur dengan
kumpulan Nasrani, beliau berdoa [Ya Allah, laknatilah
orang kafir kalangan ahli kitab...] Demikian juga
apabila ‘Ali radhiyallah ‘anh bertempur dengan mana-
mana musuh, beliau membacakan qunut mendoakan
kebinasaan mereka. Maka sewajarnya orang yang
membaca doa qunut ketika musibah menimpa, agar
membaca doa yang bersesuaian dengan musibah.
Apabila disebutkan nama orang beriman dan juga
nama orang kafir harbi dalam doa tersebut, itu adalah
satu cara yang baik.” (Majmu‘ah al-Fatawi, 22/271)
Jangan pula kita berdoa, [Ya Allah, selamatkan kaum
muslimin dan binasakan orang-orang kafir] pula dalam keadaan
sekarang. Ia tidak sesuai.

Baik, sekarang kita tekuni pula keterangan Ibn ‘Uthaimin.


َّ ‫ ولهذا كان‬،‫للنازلة التي نزلت‬ َّ ُ ُ
‫الرسول‬ ‫مناسب‬
ٍ ‫يقنت بدعا ٍء‬
ُُ ّ ّ
‫وت بما يناسب‬ ِ ‫صلى اهلل عليه وسلم يدعو في هذا القن‬
َ ْ ُ َّ َّ
‫ (الله َّم اه ِدني فيمن هديت) كما‬: ‫ وال يدعو فيقول‬،‫النازلة‬
ّ َّ ‫ ولم يَر ْد عن‬،‫العامة‬ َّ ُ
‫الرسول صلى اهلل عليه‬ ِ ‫يفعله بعض‬
ً ّ
:‫وسلم أبدا ال في حديث صحيح وال ضعيف أنه كان يقول‬
ُّ ََ ْ َ ْ
‫ إنما يدعو بالدعاء‬،‫(امهلل اه ِدني فِيمن هديت) في الفرائض‬
ّ ّ ً َّ َّ
‫فمرة دعا صلى اهلل عليه وسلم لقوم‬ ،‫المناسب لتلك النازلة‬
ُ ‫ينجيهم‬
ّ ‫اهلل‬ ّ ْ
‫عز وجل حتى قدموا‬ ِ ‫مِن المستضعفين أن‬
334
Terjemahan: “Hendaklah membaca doa qunut
sesuai dengan musibah yang menimpa. Disebabkan
itu Rasulullah salla Allah ‘alaih wa sallam berdoa
sesuai dengan musibah dan baginda tidak membaca
sebagaimana dilakukan oleh
sebahagian orang. Tidak sabit selama-lamanya
daripada hadith sahih dan dhaif sekalipun bahawa
Rasulullah salla Allah ‘alaih wa sallam membaca
(memulakan) qunut dengan
dalam solat fardhu -qunut nazilah memang tidak dibaca
dalam solat sunat-. Baginda berdoa sesuai dengan
musibah yang menimpa. Ada masa Nabi salla Allah
‘alaih wa sallam mendoakan kebaikan buat orang
mukmin yang tertindas sehingga mereka selamat.” (Al-
Sharh al-Mumti‘, 4:45)

Rumusan:
Dalam qunut nazilah, kita terus berdoa sesuai dengan musibah
yang menimpa dan tidak perlu membaca doa seperti qunut
subuh atau witir. Tiada petunjuk salla Allah ‘alaih wa sallam
untuk berbuat demikian. Allahul musta‘an.

Rujukan utama:
Tulisan berjudul

di dalam http://islamqa.info.

335
Beza

66 Antara Doa
Allahumma
Dengan
Rabbana
Persoalan:

M ohon ustaz jelaskan perbezaan berdoa dengan lafaz


rabbana dengan Allahumma.

Penjelasan:
Soalan ini kelihatan mudah, namun bukan senang untuk kita
terang dan syarahkan. Pasti memakan masa masa yang panjang.

Sebolehnya saya cuba menjawab persoalan ini seringkas


mungkin. Semoga penerangan ini akan memuaskan hati yang
bertanya dan membantu kita beramal dengan yang paling
sesuai.

1 Pertama, kedua-dua bacaan warid (disebutkan)


di dalam al-Quran dan hadith. Malah, ada doa
rabbana di dalam al-Quran, dibaca dengan
lafaz Allahumma di dalam hadith (berdasarkan
periwayatan hadith).

2 Kedua, lafaz rabbana disebut sekitar 70 kali di


dalam al-Quran. Lafaz rab pula lebih daripada
100 kali.

Manakala lafaz Allahumma hanya disebut sebanyak 4 kali.

Boleh rujuk surah Ali ‘Imran ayat 26, al-Zumar ayat 46, al-
Anfal ayat 32, dan Yunus ayat 10.
Lafaz Allahumma rabbana pula disebut sebanyak sekali
sahaja. Ini adalah doa Nabi ‘Isa ‘alaih al-salam. Boleh rujuk surah
al-Ma’idah ayat 114.

3 Ketiga, memandangkan banyak lafaz rab atau


rabbana -juga lafaz rabbi- yang digunakan di
dalam al-Quran, maka Imam Malik lebih suka
berdoa dengan lafaz ini.

،‫ يا سيدي‬:‫ سئل مالك عن الداعي يقول‬:‫عن ابن وهب قال‬


320/6 :‫ [الحلية‬.‫ ربنا‬:‫ يعجبني دعاء األنبياء‬:‫]فقال‬.
Terjemahan: “Ibn Wahab berkata: Imam Malik ditanya
tentang orang berdoa dengan lafaz ya sayyidi. Beliau
berkata, [Saya lebih suka dengan doa anbiya’ dengan
menggunakan lafaz rabbana].” (Al-Hilyah, 6:320)

‫ أكره للرجل أن يقول في‬:‫ونقل ابن تيمية عن مالك أنه قال‬


‫ يا حنان يا حنان ولكن يدعو‬،‫ يا سيدي يا سيدي‬:‫دعائه‬
.‫ نقله عنه العتبي في العتبية‬.‫بما دعت به األنبياء؛ ربنا ربنا‬
285/10:‫][الفتاوى‬.
Terjemahan: “Ibn Taimiyyah menukilkan pendapat
Imam Malik, [Saya memandang makruh seseorang
berdoa dengan lafaz ya sayyidi ya sayyidi, ya hannan ya
hannan. Tetapi berdoalah dengan doa anbiya’, rabbana
rabbana. Hal ini dinukilkan oleh al-‘Utbi di dalam al-
‘Utaibah].” (Al-Fatawi, 10:285)

338
4 Keempat, jika kita perhatikan kaedah berdoa
menurut al-Quran dan hadith, kita akan
mendapati terdapat 4 kaedah berdoa.

Antaranya ialah doa permintaan (al-mas’alah) dan doa


memuji (al-madah wa al-thana’).

Setelah penelitian dibuat terhadap ayat-ayat al-Quran yang


mengandungi lafaz rab atau rabbana dengan Allahumma, Ibn
Taimiyyah dan murid beliau, Ibn Qayyim membuat kesimpulan
yang sangat baik.

:‫اهلل» هو اإلله المعبود فهذا االسم أحق بالعبادة؛ ولهذا يقال‬


‫ ال هلإ إال اهلل و»الرب» هو‬،‫ سبحان اهلل‬،‫ الحمد هلل‬،‫اهلل أكبر‬
‫المريب الخالق الرازق الناصر الهادي وهذا االسم أحق باسم‬
13-12 /14 :‫[الفتاوى‬.‫]االستعانة والمسألة‬.
Terjemahan: “Lafaz Allah merujuk kepada Tuhan yang
layak disembah. Nama ini sesuai dalam permasalahan
ibadah. Sehubungan itu, kita berkata Allah akbar,
alhamdulillah, subhanallah, la ilaha illallah. Lafaz al-
rab pula merujuk kepada pentadbir, pencipta, pemberi
rezeki, penolong, dan pemberi hidayah. Nama-nama ini
sesuai untuk bab meminta pertolongan dan sebarang
permintaan.” (Al-Fatawi, 14, 12-13)
Beliau menjelaskan lagi, jika kita berniat untuk berzikir dan
memuji-muji, maka gunalah lafaz Allah atau Allahumma. Jika
kita ingin meminta sesuatu, maka gunalah lafaz rabbana.

339
Keterangan yang sama disampaikan oleh Ibn Qayyim di
dalam Bada’i’ al-Fawa’id (2:193-194). Beliau menyarankan kita
mengkaji kaedah berdoa menurut al-Quran.

5 Kelima, meskipun begitu, kita mendapati di


dalam sunnah, kebanyakan doa sama ada doa
dalam bentuk memuji atau doa permintaan
menggunakan istilah Allahumma.

Seperti doa memasuki tandas, masuk dan keluar masjid,


doa untuk para sahabat, dan lain-lain. Doa-doa seperti ini
menggunakan istilah Allahumma.

6 Keenam, terdapat doa yang menggabungkan


antara rab dengan Allahuma. Terdapat satu
tempat dalam al-Quran seperti telah kita
jelaskan di awal-awal.

Malah, beberapa sunnah nabi juga menggabungkannya.


Seperti doa bangkit daripada rukuk, .

Juga doa ketika rukuk dan sujud


.

7 Ketujuh, menurut sunnah, ada juga doa dalam


bentuk memuji namun menggunakan lafaz rab
bukannya Allahumma. Seperti bacaan ketika
rukuk dan sujud.

Lafaznya berbunyi, dan


. Sebetulnya juga, terdapat ayat di dalam

340
al-Quran yang menggunakan lafaz rab untuk memuji bukannya
meminta-minta.

Boleh rujuk surah Fatir ayat 34 dan Hashr ayat 10.

Rumusan:
1 Menurut al-Quran, jika kita ingin memuji-muji Allah
Taala, maka gunalah lafaz Allahumma. Boleh juga
menggunakan lafaz Ya Allah, atau Ya ilahi.

2 Jika kita ingin membuat sebarang permintaan, maka


gunalah lafaz rab, atau rabbi, atau rabbana.

3 Menurut sunnah, kita boleh menggunakan lafaz


Allahumma untuk membuat permohonan kepada Allah
Taala.

4 Jika kita menggabungkan antara kedua-duanya menjadi


Allahumma rabbana juga dibolehkan.

5 Maka, kita ikut sahaja doa menurut al-Quran dan


sunnah. Jika al-Quran menggunakan lafaz rabbana atau
Allahumma, ikut sahaja tanpa mengubahnya.

Jika sunnah menggunakan lafaz Allahumma, amalkan


sahaja tanpa mengubahnya.

Rujukan utama:
Tulisan Ibrahim bin Muhammad di dalam https://www.saaid.net/
Doat/hogail/54.htm

341
Doa Abu

67 Bakar
Radhiyallah
‘anh Di Dalam
Tashahhud
Akhir
Persoalan:

A pakah doa Abu Bakar radhiyallah ‘anh dalam tashahhud


akhir? Bolehkah terangkan apakah maksudnya?

Penjelasan:
Doa yang dimaksudkan itu ialah,
ُ َ َ َّ َ َ َ ُ ْ َّ َ َ ْ َ َ ُ ُ ْ ُ ْ َ َ َ َّ َ
‫حدثنا عبد الل َِ ّ ب ُن يوسف أخب َرنا الليث قال حدثنِي ي ِزيد‬
ّ ّ ْ َ َ ْ َ ْ َ ْ َْ ْ َ ْ َ ْ َ ْ َ
‫يق‬ ِ ‫د‬
ِ ‫الص‬
ِ ‫ر‬ ‫ك‬ ‫ب‬ ‫ي‬ِ ‫ب‬ ‫أ‬ ‫ن‬ ‫ع‬ ‫و‬ ‫ر‬ ‫م‬ ‫ع‬ ‫ن‬
ِ ‫ب‬ ّ َِ ‫الل‬ ‫د‬
ِ ‫ب‬ ‫ع‬ ‫ن‬ ‫ع‬ ‫ر‬ ‫ي‬ ‫خ‬ ‫ال‬ ‫ي‬ ِ ‫ب‬ ‫أ‬ ‫عن‬
ٍ
ْ ّ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ
ٍ
َّ َ َ ّ َ َ ُ َ ّ َ ُِ ْ َ ُ
‫َر ِض َي الل َّ عنه أنه قال ل ِلنبِ ِ ّي صلى الل َّ علي ِه وسلم علِمنِي‬
ْ َ ُ ْ َ َ ّ ُ َّ ْ ُ َ َ َ َ ُ َْ ً َ ُ
‫اء أدعو ب ِ ِه ف ِي صلت ِي قال قل الله َّم إِن ِي ظلمت نف ِسي‬ ‫دع‬
ْ ً ْ َ ْ َ َ ْ َ َ ّ َ ُ ُ ّ ْ َ َ ً ِ‫ُظلْ ًما كث‬
َ
‫يرا َول يغ ِف ُر الذنوب إِل أنت فاغ ِف ْر ل ِي مغ ِف َرة مِن‬
ُ ‫الرح‬ َّ ‫ور‬ ُ ‫ت الْ َغ ُف‬ َ ْ َ َ َّ ْ َ ْ َ َ ْ
‫ِيم‬ ‫ارحمنِي إِنك أن‬ ‫عِن ِدك و‬
Terjemahan: Abu Bakar radhiyallah ‘anh berkata kepada
Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam, “Ajarkan saya doa
yang boleh saya bacakan di dalam solat saya. Baginda
salla Allah ‘alaih wa sallam berkata, [Katakanlah, Ya
Allah, sesungguhnya saya telah menganiaya diri saya
dengan penganiayaan yang banyak. Dan tiada yang
boleh mengampunkan dosa melainkan Engkau. Maka
berikan saya pengampunan daripada sisi Engkau,
dan kasihilah saya. Sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun Maha Pengasih].” (Al-Bukhari, kitab al-
Da‘awat, bab al-Du‘a’ fi al-Solah)
Terlalu banyak kupasan berkenaan doa ini. Saya akan
berkongsi beberapa perkara penting sahaja seringkas mungkin.
ʈ SATU: Hadith ini dijadikan hujjah oleh al-Bukhari dan
ulama lain untuk menyatakan bahawa disunnahkan kita
berdoa di dalam tashahhud akhir sebelum memberikan
salam. Perkara ini telah kita tegaskan beberapa kali
sebelum ini.
ʈ DUA: Menurut penjelasan Sheikh Muhammad bin
Muhammad al-Mukhtar al-Shanqiti, doa ini boleh
dibaca ketika sujud atau tashahhud akhir. Namun doa
ini lebih utama untuk dibaca ketika tashhahud akhir.
ʈ TIGA: Al-Kirmani menjelaskan,
ْ َّ َ َ َ َ ْ َّ َ َ ْ ُّ َ َ
ُ ‫الد َع‬
‫ير‬
ِ ‫ص‬ِ ‫ق‬ ‫الت‬ ‫ة‬
ِ ‫اي‬ ‫غ‬ِ ‫ب‬ ‫اف‬‫ر‬ ِ ‫ت‬ ‫ع‬‫ال‬ ِ ‫ه‬
ِ ‫ِي‬ ‫ف‬ ‫ن‬ ‫اء م َِن الج َوامِعِ ; ِل‬ ‫هذا‬
ُ َ ْ َّ َ َ ُ ْ َ َ ّ
ُُ َُْ َُ َْ ْ َ َ ْ ْ َ َ َ ََ
‫الرحمة‬ ‫وب ومحوها و‬ ِ ‫ام فالمغ ِفرة ستر الذن‬ ِ ‫النع‬ ِ ‫ب غاي ِة‬ ِ ‫وطل‬
َّ َ َ َ ْ َّ ُ َ َ َّ َ ْ َ َْ َ ْ ُ َ
‫ار َو ِف‬ ِ ‫الن‬ ‫ن‬
ِ ‫ات ف ِفي الو ِل طلب الزحزح ِة‬
‫ع‬ ِ ‫إِيصال الخير‬
ُ ‫الثان ِي َطلَ ُب إ ْد َخال الْ َج َّن ِة َو َه َذا ُه َو الْ َف ْو ُز الْ َعظ‬
‫يم‬
َّ
ِ ِ ِ
Terjemahan: “Doa ini adalah doa yang menyeluruh.
Kerana doa ini mengandungi:-
i. (Kita mengakui kemuncak kelemahan kita.

ii. Kita memohon setinggi-tinggi nikmat daripada


Allah Taala (iaitu keampunan dan rahmat).

344
iii. Keampunan (maghfirah) bermaksud Allah Taala
menyembunyikan dosa-dosa yang kita lakukan dan
memadamkan rekodnya.

iv. Rahmat bermaksud kita mendapat kebaikan-


kebaikan.

v. (e) Keampunan menjauhkan kita daripada gejolak


api neraka.

vi. Rahmat memasukkan kita ke dalam syurga.

“Inilah keuntungan yang terbesar.”

Rumusan:
1 Kita mesti selalu melazimi doa selepas membaca selawat
ibrahimiyyah dan sebelum memberikan salam.

2 Hafallah doa yang diamalkan oleh Nabi salla Allah ‘alaih


wa sallam dan apa yang diajarkan oleh baginda kepada
sahabat baginda seperti Abu Bakar dan Mu‘adh bin Jabal
radhiyallah ‘anhuma.

3 Hayatilah doa tersebut, fahamilah isi kandungan seperti


dikupaskan oleh al-Kirmani dan bacalah dengan penuh
penghayatan, bukannya tergopoh-gapah.

Rujukan utama:
Fath al-Bari karya Ibn Hajar.

345
Manakah
Lebih Utama

68 Antara
Membaca
Al-Quran
Dengan
Berzikir
Selepas Solat?
Persoalan:

S elepas solat, saya terus mengambil al-Quran dan


membacanya. Seseorang menegur saya dengan
mengatakan saya harus berzikir terlebih dahulu. Saya
nyatakan kepadanya bahawa al-Quran adalah zikir yang paling
utama, mengalahkan tasbih, tahmid dan lain-lain.

Penjelasan:
Alhamdulillah dan terima kasih di atas pertanyaan ini.

Saya mendapati -dengan memohon maaf-, saudara yang


bertanya terkeliru dengan kesesuaian dalam beramal. Tidak
dinafikan bahawa membaca al-Quran adalah zikir yang paling
utama, seperti diungkapkan oleh al-Nawawi,

‫اعلم أن تالوة القرآن هي أفضل األذكار والمطلوب القراءة‬


‫بالتدبر‬
Terjemahan: “Ketahuilah bahawa membaca al-Quran
adalah zikir yang paling afdhal dan kita dituntut untuk
menghayati-amalkannya.” (Al-Adhkar, 101)
Sufyan al-Thauri turut menjelaskan,
ّ ُ ّ
‫سمعنا أن قراءة القرآن أفضل ال ِذكر إذا عمل به‬
Terjemahan: “Kami mendengar bahawa membaca
al-Quran adalah zikir paling utama apabila
diamalkannya.” (Fiqh al-Ad‘iyah wa al-Adhkar, 1:50)
Walaupun demikian, kita juga perlu melihat ke-
pada konteks dan kesesuaian. ‘Abd al-Ra’uf al-Munawi
berkata,

‫ أما‬,‫فتالوته أفضل الذكر العام بأن لم يخص بوقت أو محل‬


‫ وأما إذا لم يكن‬,‫ما خص بأن ورد الشرع به فيه فهو أفضل‬
‫ فإن قراءة القرآن أفضل‬:‫للذكر سبب يقتضيه‬
Terjemahan: “Membaca al-Quran adalah zikir paling
utama secara umum selagi mana tidak dikaitkan dengan
waktu dan tempat tertentu. Membaca zikir tertentu
pada masa yang sesuai dengan syarak, lebih afdhal.
Jika tidak -secara umumnya-, membaca al-Quran lebih
afdhal.” (Faid al-Qadir)
Berdasarkan keterangan al-Munawi, kita memahami
bahawa membaca al-Quran sememangnya zikir yang terbaik.
Namun ada masa, zikir lain lebih utama pada masa-masa dan
tempat-tempat tertentu, sesuai dengan syarak dan sunnah salla
Allah ‘alaih wa sallam.

Ibn ‘Uthaimin menerangkan perkara ini,

‫ فالقرآن من حيث اإلطالق‬،‫المفاضلة بين الذكر والقرآن‬


‫ لكن الذكر عند وجود أسبابه أفضل من‬,‫أفضل من الذكر‬
‫ الذكر الوارد أدبار الصلوات أفضل في‬:‫ مثال ذلك‬،‫القراءة‬
‫ وكذلك إجابة المؤذن في محلها‬،‫محله من قراءة القرآن‬

348
‫ وهكذا‬,‫أفضل من قراءة القرآن‬.
Terjemahan: “Berkenaan perbandingan antara zikir
dengan membaca al-Quran, pastilah membaca al-
Quran lebih utama secara umum. Namun begitu, zikir
pada waktu-waktu tertentu lebih utama berbanding
membaca al-Quran. Sebagai contoh, membaca zikir
selepas selesai solat lebih utama berbanding membaca
al-Quran. Begitu juga menjawab panggilan azan lebih
utama pada waktu azan berbanding membaca al-
Quran. Demikianlah adanya.”
Sekarang, kita lihat penjelasan Ibn Taimiyyah, ulama
rujukan mazhab Hanbali.
َ ُ َ ْ َ ْ َ ْ َ ُ َ ْ ُ ْ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َ َ َ َ ْ َّ
‫جب أن يكون‬ ِ ‫الشيء إذا كان أفضل مِن حيث الجملة لم ي‬
َ ُ ُ ْ َْ َْ َ َ ّ ُ َ َ ُّ َ َ َْ
‫ بل المفضول ف ِي م ْو ِض ِع ِه‬،‫ َول ل ِك ِل أح ٍد‬،‫ال‬ ٍ ‫أفضل ف ِي ك ِل ح‬
َ ْ َّ َّ َ َ َ َ ُْْ َْ ْ ُ َ َْ َ ُ َّ
‫ كما أن التسبِيح‬،‫اض ِل المطل ِق‬ ِ ‫الذِي ش ِر ع فِي ِه أفضل مِن الف‬
ْ َّ ْ َ ْ ‫اءة ِ الْ ُق‬ َ ْ َ ُ ُّ َ ِ ُ ُّ
َ ‫ض ُل م ِْن ق َِر‬
‫ِيل‬ ِ ‫ل‬ ‫ه‬ ‫الت‬ ‫ِن‬‫م‬ ‫و‬ ‫آن‬
ِ ‫ر‬ ‫ف ِي الركوع والسجو ِد أف‬
ْ ُ َ ْ َ ُ َ ْ َ ُ َ ُ ّ َ َ َّ ُ ّ َ َّ ْ َّ َ
‫ َوالتشه ِد ف ِي آخ ِِر الصلة ِ والدعاء بعده أفضل مِن‬،‫ير‬ ِ ِ‫والتكب‬
‫آن‬ ُْْ َ َ
ِ ‫ق ِراءة ِ القر‬.
Penjelasan: “Sesuatu amalan yang paling baik secara
umum tidak semestinya menjadi paling baik dalam
semua keadaan dan untuk setiap sesuatu. Bahkan
mungkin ada amalan yang tidak setinggi amalan afdhal
tersebut akan menjadi lebih utama dalam keadaan-

349
keadaan tertentu. Seperti tasbih ketika rukuk dan sujud
lebih utama daripada membaca al-Quran, juga lebih
utama daripada tahlil dan takbir. Tashahhud akhir dan
berdoa selepasnya lebih utama berbanding membaca
al-Quran pada waktu itu.” (Majmu‘ al-Fatawi, 24:236-
237)
Ibn Hajar pernah membahaskan isu ini ketika
membahaskan hadith dalam bab “Doa selepas solat.” Beliau
memetik jawapan al-Awza‘i terhadap persoalan ”manakah lebih
utama antara berzikir selepas solat atau membaca al-Quran.”
Jawapan beliau ialah, “Tiada zikir setanding membaca al-Quran.
Namun, berzikir adalah petunjuk (amalan) kaum salaf.”

Bermaksud, berzikirlah selepas solat, kerana ia merupakan


sunnah Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam dan tradisi kaum salaf.

Akhirnya, sebagai penutup hujjah, kita bawakan pandangan


Ibn Baz yang berbunyi,

‫األوراد الشرعية من األذكار والدعوات الواردة عن النبي‬


‫ فاألفضل أن يؤىت بها في طريف النهار‬:‫صلى اهلل عليه وسلم‬
‫ وذلك أفضل من قراءة القرآن؛‬،‫بعد صالة الفجر وصالة العصر‬
‫ أما قراءة القرآن فوقتها‬،‫ألنها عبادة مؤقتة تفوت بفوات وقتها‬
‫واسع‬
Terjemahan: “Wirid-wirid shar‘iyyah yang terdiri
daripada zikir-zikir, doa-doa yang datang daripada
Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam; sebaik-baiknya kita

350
amalkan pada tepi siang iaitu selepas solat subuh dan
selepas solat asar. Ini lebih utama berbanding membaca
al-Quran. Kerana ibadah zikir itu ada tempohnya
dan akan tamat apabila tempohnya berakhir. Adapun
membaca al-Quran, waktunya sangat luas -tidak
terikat-.”

Rumusan:
1 Teguran dan nasihat orang terhadap saudara adalah
amat tepat dan wajar didengari. Saudara berzikirlah
sesuai dengan ajaran Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam.
Sesungguhnya amalan itu berdasarkan syarak dan
sunnah, bukan rasa-rasa dan agak-agak.
2 Jika saudara ingin cepat dan masa saudara
agak terbatas, maka sekurang-kurangnya
berisghfarlah sebanyak 3 kali dan bacalah zikir asas

Selepas itu, saudara boleh terus membaca al-Quran.


Kemudian saudara menyambung zikir yang lain di dalam
perjalanan saudara. Saya memahami bahawa kita sukar
membaca al-Quran di dalam perjalanan kerana kita tidak
menghafaznya.
3 Setiap ibadah ada kelebihan masing-masing. Menjadi
satu kesilapan jika kita banyak membaca al-Quran dan
terlalu kurang beristighfar, berselawat, bertasbih dan zikir
yang lain termasuk hawqalah. Malah, lebih teruk jika kita
banyak berzikir dan berselawat namun tidak membaca
al-Quran.
4 Ikutlah sunnah, saudara dan kita semua pasti akan
berjaya.
351
69
Bolehkah
Mengubah
Lafaz
Doa?
Persoalan:

B olehkah saya mengubah lafaz doa yang ada di dalam al-


Quran dan hadith?

Penjelasan:
Sekiranya yang dimaksudkan mengubah doa yang membawa
maksud “saya” kepada “kami”, ulama menyatakan tidak ada
masalah.

Namun, jika yang ditanya berkenaan mengubah lafaz


seperti doa keluar rumah kepada
, maka ia bukanlah satu tindakan yang
baik.

Perlu dielakkan.

Saya datangkan satu hadith sebagai renungan bersama. Al-


Bara’ bin ‘Azib radhiyallah ‘anhuma membawakan satu hadith
berbunyi,
َ ْ َ ْ َّ ُ َ َّ َ َ ُ ُ ْ َّ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ ْ َ َ
‫جع على‬ ِ ‫ ثم اضط‬،ِ ‫ فتوضأ وضوءك ل ِلصلة‬،‫إِذا أتيت مضجعك‬
ُ ْ َ َ َْ ْ ُ َْ ْ ُ َّ ُْ ُ َْ َ ّ
‫ وف َّوضت‬،‫ الله َّم أسلمت وج ِهي إليك‬:‫ ث َّم قل‬،‫ِش ِقك األيم ِن‬
َ َْ ً َْ َ ً َ ْ َ َ َْ ْ َ ُ ْ َ َْ َ َْ ْ
‫ ال‬،‫ورهبة إليك‬ ‫ رغبة‬،‫ وألجأت ظه ِري إليك‬،‫أم ِري إليك‬
َ َ ُ ْ َ َّ ُ َّ َ ْ َ َّ َ ْ َ ْ َ َ َ َ ْ َ
‫كتابِك الذي‬ ِ ‫ اللهم آمنت ب‬،‫ملجأ ول منجا مِنك إل إليك‬
َ ْ َ َ َْ َّ ُ ْ َ ْ َ ْ َ ّ َ َ ْ ْ
‫ فأنت‬،‫ فإن مت مِن ليلتِك‬،‫أرسلت‬ ‫ وبِنبِيِك الذي‬،‫أن َزلت‬
َ َ ُ ْ َّ َ َ َّ َ َ َ َُْ ْ ْ َ
‫ ف َرددتها على‬:‫ قال‬.‫ واجعله َّن آخ َِر ما تتكل ُم ب ِه‬،ِ ‫على ال ِفط َرة‬
َ َ ُ ْ َ َّ ُ َّ ُ ْ َ َ َّ َ َ َ َّ ُ َّ َ
ّ
‫كتابِك‬ِ ‫ اللهم آمنت ب‬:‫ فلما بلغت‬،‫النبي صلى اهلل عليه وسلم‬ ِ
َ ْ َ ْ َ ّ َ َ َ َ َ ُ ُ َ َْْ
‫ ونبِيِك الذي أرسلت‬،‫ ل‬:‫ قال‬،‫ ورسول ِك‬:‫ قلت‬،‫الذي أنزلت‬.
Terjemahan: “Apabila kamu mendatangi tempat tidur,
maka berwudhulah seperti wudhu solat. Kemudian
berbaringlah di lambung kanan.

Kemudian bacalah doa: Ya Allah, aku menyerahkan


wajahku kepada-Mu. Aku serahkan urusanku kepada-
Mu. Aku sandarkan belakangku kepada-Mu karena
mengharap dan takut kepada-Mu. Tidak ada tempat
berlindung dan menyelamatkan diri daripada
(ancaman)-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku
beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan
kepada Nabi yang Engkau utuskan.

Jika kamu mati pada malam itu, kamu mati dalam


fitrah. Dan jadikan bacaan ini sebagai bacaan terakhir
(sebelum tidur).

Al-Bara’ radhiyallah ‘anh berkata: Lalu saya


mengulang semula doa itu di hadapan Nabi salla Allah
‘alaih wa sallam.

Apabila sampai doa [Aku beriman kepada kitab yang


Engkau turunkan], saya berkata, [dan kepada rasul].

354
Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam menegur: Tidak, dan
kepada nabi.” (Riwayat al-Bukhari]
Dalam hadith ini, Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam tidak
berkenan dengan penukaran lafaz nabi kepada rasul.

Kekalkan lafaz yang diajarkan Nabi salla Allah ‘alaih wa


sallam, itulah yang terbaik. Jika kita membaca doa ini dengan
cara berbeza-beza berdasarkan perbezaan riwayat hadith, tidak
ada masalah.

Sebagai contoh, ada riwayat lain berbunyi


. Berbeza dengan
riwayat di atas.

Rumusan:
Mengambil doa betul-betul sama dengan apa yang diajarkan
oleh Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam, atau sama dengan lafaz al-
Quran, itulah yang terbaik.

355
70
Bilakah
Bermulanya
Takbir
Muqayyad?
Persoalan:

B ilakah kita mula takbir raya muqayyad selepas solat?


Adakah kita terus bertakbir selepas memberikan salam atau
kita bertakbir selepas beristighfar terlebih dahulu?

Penjelasan:
Asasnya, tiada petunjuk yang sarih atau jelas daripada Nabi
salla Allah ‘alaih wa sallam. Boleh dikatakan permasalahan ini
termasuk dalam kategori zanniyyah-ijtihadiyyah; bermaksud tiada
siapa boleh mendakwa pandangan dia sahaja betul manakala
pandangan lain salah.

Terdapat 3 pandangan ulama


1 PERTAMA: Terus bertakbir raya selepas memberikan
salam. Ini merupakan yang dipertegaskan oleh Sheikh
Doktor Muhammad Fahd al-Furaih di dalam ceramah
beliau. Boleh rujuk youtube dengan tajuk “Masa’il fi al-
takbir ba‘d al-solah fi ayyam al-tashriq.”

Al-Mardawi menyatakan di dalam al-Insaf,


َّ
‫ يكبر اإلمام إذا سلم من الصالة وهو مستقبل‬: ‫ األوىل‬: ‫فوائد‬
‫ وذكر من قال به من الحنابلة‬... ‫القبلة‬
Terjemahan: “Faedah-faedah: Yang pertama: Imam
terus bertakbir selepas memberikan salam selesai solat
dalam keadaan menghadap ke arah kiblat. Hal ini ada
disebutkan oleh ulama Hanabilah.” (5:374)
2 KEDUA: Bertakbir selepas beristighfar sebanyak 3 kali
dan membaca wirid asas. Langkahnya begini, selepas
salam,
ʈ Astaghfirullah 3 kali.
ʈ Baca zikir asas iaitu:
[‫]امهلل أنت السالم ومنك السالم تباركت يا ذا الجالل واإلكرام‬
sekali.
ʈ Mula takbir raya.

Antara ulama yang menyokong pendapat ini ialah Ibn


‘Uthaimin di dalam al-Sharh al-Mumti‘ (5:163) dan Sheikh al-
Munajjid di dalam tulisan beliau berjudul “Al-Takbir al-Mutlaq
wa al-Muqayyad (waqtuh wa fadluh wa sifatuh).” Beliau berkata,

‫وأما المقيد فإنه يبدأ من فجر يوم عرفة إلى غروب شمس‬
َّ َ
‫ باإلضافة إلى التكبير المطلق – فإذا سلم‬- ‫آخر أيام التشريق‬
ً
‫ « امهلل أنت السالم ومنك‬: ‫من الفريضة واستغفر ثالثا وقال‬
‫ السالم تباركت يا ذا الجالل واإلكرام « بدأ بالتكبير‬.
Terjemahan: “... maka apabila memberikan salam
selesai solat fardhu, istighfar 3 kali dan baca zikir asas,
barulah takbir.”

3 KETIGA: Tawaqquf, atau maksudnya “tidak pasti


manakah pendapat terbaik.” Ini pendapat Ibn Taimiyyah.

358
Rumusan:
Perkara ini amat luas. Imam atau orang yang solat sendirian
boleh terus bertakbir selepas solat, atau boleh juga memulakan
dengan istighfar dan zikir asas terlebih dahulu.

Mungkin, ada baik juga imam beristighfar terlebih dahulu


dan membaca zikir asas sebelum takbir sekiranya ada jamaah
yang masbuq. Namun, terpulang kepada keadaan masing-
masing.

Ada kemungkinan juga imam perlu memperbanyakkan


zikir sebelum takbir untuk memberi ruang kepada makmum
yang masbuq.

Cuma, saya tidak pasti adakah wujud kaedah imam


bertakbir dahulu dan jamaah mendengar, kemudian barulah
jamaah bertakbir dan imam mendiamkan diri. Secara berselang-
seli.

Wallah a‘lam, menurut sepengetahuan saya, kita digalakkan


memperbanyakkan takbir dan bertakbir bersama-sama.
Sehubungan itu, secara peribadi, jika saya memimpin takbir, saya
akan meminta semua jamaah untuk bertakbir bersama-sama.
Jika ada yang penat, bolehlah berehat mengambil nafas.

359
Persoalan
71 Penting
Tentang
Solat raya
Di Rumah
Persoalan:

B olehkah saya mengerjakan solat raya berjamaah bersama


isteri dan seorang anak di rumah?

Penjelasan:
Semoga Allah Taala memberikan kita kekuatan untuk
mengerjakan solat raya di rumah. Ini merupakan pengalaman
pertama disebabkan PKP yang kita tempuhi dengan redha dan
keinsafan.

Berikut ialah penjelasan saya, yang apapun akan berubah


jika bertentangan dengan fatwa berkenaannya. Dalam hal
ini, saya tidak pasti apakah fatwa di Malaysia khasnya saya di
Selangor.

SATU: Solat sendirian sememangnya dibolehkan oleh


mazhab al-Shafi‘i dan disokong sebahagian ulama lain. Ini
tidak menafikan wujudnya khilaf kalangan ulama dalam
membahaskannya.

DUA: Namun hati-hati, kita tidak boleh terus berkata, “Jika


solat sendirian dibolehkan, maka bolehlah solat raya berjamaah
seramai 2 orang.” Perkara ini masih dibahaskan oleh ulama.

TIGA: Jumhur ulama selain mazhab al-Shafi‘i meletakkan


syarat mengerjakan solat raya sama dengan solat jumaat.
Mazhab Shafi‘i seperti diterangkan oleh al-Nawawi amat terbuka
dalam isu ini sehingga musafir juga boleh mengerjakannya.
Perlu difahami, qaul qadim al-Shafi‘i adalah selari dengan
pendapat jumhur ulama.

Rujukan: Al-Majmu‘.

EMPAT: Berikut ialah beberapa pendapat ulama yang


dikumpulkan oleh ‘Abd al-‘Al Sa‘ad yang menjelaskan perkara di
atas.

 Menurut al-Sarakhsi, “Syarat bagi solat raya sama seperti


syarat bagi solat jumaat, melainkan khutbah yang
merupakan syarat bagi solat jumaat.” (Al-Mabsut)

 Al-Kasani juga selari dengan pendapat al-Sarakhsi.


Beliau menjelaskan hukum khutbah raya ialah sunat
sahaja. (Bada’i‘ al-Sana’i‘)

Kedua-dua mereka ialah ulama mazhab Hanafi.

Rujukan: Ahkam Solah al-‘Idain

LIMA: Saya juga ingin meletakkan asas perbincangan ini


dengan memetik kupasan Sheikh Ibn Jibrin:-

 Kebanyakan ulama meletakkan syarat solat raya sama


dengan syarat mengerjakan solat jumaat. Jika kita
mensyaratkan 40 orang mukallaf ialah jumlah minimum
solat jumaat, maka jumlah yang sama diperlukan untuk
solat raya.

 Namun, ulama berbeza pandangan tentang jumlah


minimum orang mengerjakan solat jumaat. Ada
pendapat mengatakan 12 orang. Dalam keadaan kita

362
pada masa PKP ini pun, hanya 12 orang dibenarkan
untuk solat jumaat.

 Ibn Taimiyyah berpendapat jumlah minimum jamaah


ialah hanya 3 orang. Pendapat beliau disokong oleh Ibn
Baz dalam fatwa beliau.

Rujukan: Fatawi fi Solah al-‘Idain.

ENAM: Al-Shaukani berpendapat minimum jamaah bagi


solat raya ialah seramai 2 orang sahaja. Hujjah beliau yang perlu
diperhalusi ialah:-

 Jumlah 2 orang sudah boleh dianggap jamaah.

 Tiada dalil menyatakan jumlah bagi solat jamaah. Maka,


kita berpegang kepada yang asal iaitu 2 orang.

Rujukan: Nail al-Autar, bab In‘iqad al-Jumu‘ah bi Arba‘in wa


Iqamatiha fi al-Qura, 3:244.

TUJUH: Imam al-Ramli -mazhab al-Shafi‘i- meskipun tidak


menyebutkan hal ini secara jelas dan langsung, namun beliau
memberikan isyarat yang senada dengan al-Shaukani.

[‫و] تشرع أيضا [للمنفرد والعبد والمرأة والمسافر] والختثي‬


‫والصبي فال يعتبر فيها شروط الجمعة من جماعة وعدد‬
‫وغيرهما‬.
Terjemahan: “[Dan] disyariatkan juga solat dua
raya [kepada orang bersendirian, hamba, wanita dan

363
musafir] dan khuntha, juga anak kecil. Maka, tidak
perlu mengambil kira syarat-syarat jumaat kepada
solat raya sama ada daripada sudut jamaah, bilangan
jamaah dan selain daripada 2 perkara ini.”

Rujukan: Nihayah al-Muhtaj, 2:173.

Ini bermaksud, bagi beliau tidak wujud masalah jumlah


minimum dalam solat raya. Adakah ini bermaksud, jumlah 2
orang dikira sudah memadai?

LAPAN: Imam al-Nawawi membezakan antara qaul qadim


(pandangan awal) dengan qaul jadid (pandangan baru) mazhab
al-Shafi‘i.

Ini dapat dilihat melalui penjelasan beliau di dalam kitab


Raudhah al-Talibin dan al-Majmu‘.
َ َ َ َّ َ َُّ َ َ ْ ُُ ْ ُ ُ َْْ َ ُ َ ْ َْ
‫ أن صلة‬، ‫ب الج ِديدة ِ كلِها‬ ِ ‫المذهب والمنصوص ف ِي الكت‬
َْْ َ ُْ ْ َ َ َْ َُْْ ُ ُْ ْ
‫ َول ِلمساف ِِر َوالعب ِد‬، ِ ‫ال ِعي ِد تش َر ع ل ِلمنف ِر ِد ف ِي بيتِ ِه أ ْو غي ِره‬
ُ َّ َ ُ َ ْ َ َ َ ُ َ ْ َ َ َ َ َْ
‫ أنه‬: ‫يم‬ ‫ والق ِد‬. ‫ هذا‬: ‫ الج ِديد‬. ‫ فِي ِه ق ْول ِن‬: ‫ َوقِيل‬، ِ ‫َوالم ْرأة‬
ََْ َ َ َ ْ َ ْ َُ ُ ْ ُ ُ ُ َ ُ َ ُْ
‫ َوالعد ِد‬، ‫ار الجماع ِة‬ ِ ‫ب‬ ِ ‫ت‬ ‫اع‬ ‫ِن‬
َِ ‫م‬ ‫ة‬
ِ ‫ع‬ ‫يشت َرط فِيها شر وط الجم‬
َ َ ْ َ َ َ ُ ْ ُ ُ َ ُ َّ َّ َ َْ َ َ َ ْ َ
‫ارج البل ِد‬ ِ ‫ إِل أنه يجوز ف ِعلها خ‬، ‫ وغي ِرهِما‬، ‫ال‬ ِ ‫ات الكم‬ ِ ‫ب ِ ِصف‬
Terjemahan: “Yang mazhab dan yang dinaskan dalam
kitab-kitab yang membicarakan qaul jadid kesemuanya
menyatakan solat raya disyariatkan ke atas orang
persendirian di rumah atau di mana-mana. Termasuk
untuk musafir, hamba, dan wanita. Dikatakan, ada

364
2 pendapat. Qaul jadid, yang ini. Bagi qaul qadim
pula, syarat solat raya sama dengan syarat solat
jumaat daripada sudut jamaah dan bilangannya yang
memenuhi kriteria, dan selainnya, melainkan qaul
qadim mengharuskan untuk solat raya di luar kawasan
-yang digazetkan-.”

Rujukan: Raudhah al-Talibin.

SEMBILAN: Berdasarkan beberapa maklumat yang ada,


insha Allah kita dibenarkan untuk solat raya berjamaah walau
sekurang-kurangnya 2 orang. Jika melebihi 2 orang, maka itulah
yang sebaik-baiknya.

365
Qadha
72 Solat
Sunat Subuh
Selepas
Isyak
Persoalan:

S aya terlupa menunaikan solat sunat subuh. Dan saya


teringat selepas isyak. Bolehkah saya qadha selepas isyak?

Penjelasan:
Solat sunat subuh adalah solat sunat yang terbaik menurut
pandangan lama Imam al-Shafi‘i.

Setelah beliau berhijrah ke Mesir, beliau membetulkan


semula pandangan tersebut dengan menganggap solat witir
lebih tinggi berbanding sunat subuh.

Amatlah rugi jika kita meninggalkan solat sunat yang


mempunyai kedudukan yang tinggi ini.

Menurut al-Shirazi dan disyarahkan oleh al-Nawawi, solat


sunat terbahagi kepada 2 bahagian.

1 Pertama: Solat sunat yang wujud disebabkan sesuatu


seperti gerhana matahari, istisqa’ iaitu minta hujan dan
tahiyyah al-masjid. Solat kategori ini tidak boleh diqadha.

2 Kedua: Solat yang ada tempoh tertentu seperti solat raya,


dhuha, dan rawatib. Ada 3 pendapat ulama.
ʈ Digalakkan untuk mengqadhanya. Ini merupakan
pendapat al-Qadi Abu Tayyib. Dikatakan ini merupakan
pendapat terbaru Imam al-Shafi‘i.
ʈ Tidak boleh diqadha. Ini merupakan pendapat lama
Imam al-Shafi‘i yang selaras dengan Imam Abu Hanifah.
ʈ Solat yang wujud sendirian (mustaqil) seperti solat
raya dan dhuha boleh diqadha. Manakala solat yang
bergantung kepada yang lain seperti rawatib, tidak
boleh diqadha.

Saya setuju dengan pendapat pertama. Ini adalah pendapat


yang kuat. Al-Nawawi turut menyatakan pendapat pertama
paling kuat.

Namun, kita tidak membahaskan isu qadha dhuha dan


solat raya di sini. Kita hanya fokus berkenaan qadha solat rawatib.

Bolehkah qadha solat sunat subuh selepas isyak?

Bahkan, jika kita langsung tidak sempat menunaikan


kesemua solat rawatib pada hari itu, bolehkah kita mengerjakan
kesemuanya selepas isyak?

Atau, bolehkah qadha pada keesokan harinya? Atau


beberapa bulan selepas itu?

Saya akan kongsikan kupasan al-Nawawi dalam


menjelaskan pendirian mazhab Shafi‘i dalam bab ini.

Semoga penjelasan saya ini kelak mengundang rahmat


Allah Taala dan menjauhkan daripada azab-Nya.

368
Menurut al-Nawawi,

‫وحكى الخراسانيون قوال ضعيفا أنه يقضى فائت النهار ما لم‬


‫تغرب شمسه وفائت الليل ما لم يطلع فجره وعلى هذا تقضى‬
‫سنة الفجر ما دام النهار باقيا‬
Terjemahan: “Ahli ilmu mazhab Shafi‘i di Khurasan
telah menghikayatkan pendapat yang dhaif. Bahawa
solat sunat waktu siang boleh diqadha sebelum
terbenamnya matahari. Dan solat sunat malam boleh
diqadha sebelum terbit fajar. Berdasarkan kaedah ini,
solat sunat subuh boleh diqadha sepanjang waktu siang
(pada hari tersebut).”
Bererti, kita tidak dibenarkan untuk qadha solat sunat
subuh selepas isyak.

Baik, saya teruskan lagi coretan al-Nawawi.

‫وحكوا قوال آخر ضعيفا أنه يقضي كل تابع ما لم يصل فريضة‬


‫مستقبلة فيقضى الوتر ما لم يصل الصبح ويقضى سنة الصبح‬
‫ما لم يصل الظهر والباقي على هذا المثال‬
Terjemahan: “Mereka (ahli ilmu Khurasan) juga
menghikayatkan pendapat lain yang turut dhaif,
bahawa kita dibolehkan qadha solat sunat rawatib
sebelum mengerjakan solat berikutnya. Sehubungan
itu, kita boleh qadha witir sebelum mengerjakan solat

369
subuh. Dan kita boleh qadha solat sunat subuh sebelum
mengerjakan solat zohor. Begitulah solat yang lain.”
Ini bermaksud, kita boleh qadha solat sunat subuh pada
jam 3 pm asalkan kita belum solat zohor.

Al-Nawawi menyambung lagi,

‫وفيه وجه أنه على هذا القول يكون االعتبار بدخول وقت‬
‫الصالة المستقبلة ال بفعلها‬
Terjemahan: “Ada pendapat lain bahawa kita
dibolehkan qadha solat sunat sebelum masuknya waktu
solat berikutnya.”
Berdasarkan pendapat ini, kita boleh qadha solat sunat
subuh sebelum masuknya waktu zohor. Selepas itu, tidak boleh.

Menariknya, al-Nawawi menjelaskan bahawa


maksudnya, “Kesemua khilaf ini
adalah dhaif.”

Bukti yang paling kuat untuk menolak kesemua pendapat


yang disebutkan ialah, Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam sendiri
pernah qadha solat sunat ba‘diyah zohor selepas mengerjakan
solat asar. Boleh rujuk Sahih al-Bukhari.

370
Menurut al-Nawawi pada permulaan membincangkan topik
ini,

‫وإذا قلنا تقضى فالصحيح الذي قطع به العراقيون وغيرهم‬


‫انها تقضى أبدا‬
Terjemahan: “Dan apabila kami menyatakan solat sunat
boleh diqadha, maka pendapat yang paling sahih ialah
pendapat yang telah diputuskan oleh ulama-ulama Iraq
dan selain mereka, bahawa solat sunat boleh diqadha
pada bila-bila masa.”
Beliau juga menyatakan sebagai rumusan perbahasan ini,

‫والصحيح استحباب قضاء الجميع أبدا‬


Terjemahan: “Yang sahih ialah, digalakkan untuk
qadha pada bila-bila masa.”
Jadi, saya dan saudara boleh qadha solat sunat subuh
selepas isyak, malah beberapa bulan selepas itu apabila kita
teringatkannya.

Sheikh Muhammad bin Solih al-Munajjid pernah


menjelaskan jawapan bagi orang yang tertinggal keseluruhan
solat rawatib pada hari itu. Orang itu bercadang ingin
mengqadhanya selepas isyak.

371
Ya, dibolehkan. Selepas solat isyak, kerjakan solat ba‘diyah
isyak terlebih dahulu. Kemudian, solat sunat subuh, solat
qabliyah zohor, solat ba‘diyah zohor, dan solat ba‘diyah maghrib.

Rumusan:
1 Kita dibenarkan untuk qadha solat sunat -iaitu solat
sunat yang dibenarkan qadha- pada bila-bila masa. Yang
penting, kita memang ada niat untuk mengerjakannya.

2 Jika dari awal kita memang tidak ada keinginan untuk


mengerjakannya, maka tidak dibenarkan untuk qadha.

372
73 Qadha
Solat
Witir
Persoalan:

B olehkah saya qadha solat witir?

Penjelasan:
Silakan saudara, rujuk tulisan saya yang lain menyentuh isu
qadha solat sunat. Secara umumnya, hampir kesemua solat
sunat boleh diqadha melainkan beberapa solat yang ada tempoh
waktu khusus seperti gerhana matahari dan bulan.

Asalkan kita memang ada niat ingin mengerjakannya.

Atau, asalkan kita memang sentiasa melazimi solat


tersebut.

Sehubungan itu, kita diharuskan malah digalakkan untuk


qadha solat witir. Dalam hal ini, ulama berbeza pendapat
tentang waktu untuk mengqadhanya.

Untuk memudahkan perbincangan ini, kita akan memetik


dan meringkaskan perbincangan yang telah dikupas dengan
sangat baik oleh Imam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad al-
Shaukani di dalam Nail al-Autar.

Beliau memulakan perbincangan dengan membawakan


hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri radhiyallah
‘anh yang berbunyi,
َْ َ ُ َّ َ ُ ُ َ َ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ
‫الل َّ علي ِه‬ ‫ قال َرسول الل َِ ّ صلى‬: ‫يد الخد ِر ِّي قال‬ ٍ ‫ع‬
ِ ‫س‬ ‫ي‬ِ ‫عن‬
‫ب‬ ‫أ‬
َ َ َ ّ ْ َ َ َ ْ
ُ‫ام َع ْن وتره أ ْو نس َي ُه فل ُي َصله إذا ذك َره‬ َ َ ْ َ َّ َ
ِِ ِ ِِ ِ ‫ { من ن‬: ‫َوسل َم‬
Terjemahan: “Sesiapa yang tertidur sehingga terlepas
witir, atau terlupa, maka kerjakan apabila dia teringat.”
(Sunan Abi Dawud)
Isnad hadith ini dinilai sahih oleh al-Hafiz al-‘Iraqi.

Menurut hadith riwayat al-Tirmidhi, Ibn Majjah dan al-


Hakim, ada lafaz tambahan iaitu maksudnya,
“atau kerjakan apabila kita terjaga daripada tidur.” Namun, isnad
hadith riwayat al-Tirmidhi dan Ibn Majjah dinilai dhaif oleh Ibn
‘Adi dan Ibn Hibban.

Al-Shaukani kemudian mendatangkan banyak hadith


daripada pelbagai riwayat yang menunjukkan keharusan untuk
qadha solat witir meskipun subuh sudah masuk. Cukuplah
hadith riwayat Abu Dawud di atas sebagai pedoman dan
panduan buat kita.

Kajian al-Shaukani menunjukkan terdapat 8 pandangan


ulama tentang bilakah waktu dibenarkan untuk qadha. Kita
mengira terdapat satu lagi pendapat yang tidak diperincikan
oleh beliau walaupun secara asasnya beliau ada menyentuhnya.
Baik, kita kongsikan 3 pendapat sahaja.

1 SATU: Kita dibenarkan qadha solat witir selagi mana


kita belum mengerjakan solat subuh. Ini merupakan
pendapat Ibn ‘Abbas radhiyallah ‘anhuma dan disokong
oleh ramai ulama termasuk imam 3 mazhab selain
Hanafi.
375
ʈ Contoh: Jika kita terbangun lambat dan tidak sempat
ke surau, pertama, selepas membersihkan diri, kita
disunnahkan azan terlebih dahulu. Selepas itu, solat
witir, solat sunat subuh dan solat subuh.
ʈ Contoh 2: Jika kita memang terlepas subuh seperti
terjaga pada jam 8 pagi, na‘zubillah, maka sunnahnya
ialah, kita azan dahulu, solat witir, sunat subuh dan
subuh.

Yang penting, sebelum menunaikan solat subuh.

2 DUA: Saya lebih setuju dengan pendapat ini, bahawa


witir boleh diqadha pada bila-bila waktu, sebelum
kita meninggalkan dunia ini. Pendapat ini merupakan
pendapat ulama Shafi‘iyyah. Semakin cepat diqadha,
semakin baik.

3 TIGA: Witir diqadha pada waktu dhuha, namun mesti


digenapkan. Pendapat inilah yang tidak diperincikan oleh
al-Shaukani, namun ada disentuh oleh beliau.

Hadith ada menunjukkan, jika baginda salla Allah ‘alaih wa


sallam tidak mengerjakan qiyam al-lail disebabkan tertidur atau
sakit, baginda akan menggantikannya dengan solat waktu siang
-dhuha- sebanyak 12 rakaat.

Bukankah biasanya Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam


tahajjud 8 rakaat dan witir 3 rakaat? Kesemunya 11 rakaat. Lalu,
baginda genapkan yang witir menjadi 4 rakaat pada waktu siang.

376
Bererti, jika biasanya kita witir sebanyak 1 rakaat, bolehlah
kita qadha pada waktu dhuha sebanyak 2 rakaat.

Saya sendiri bersetuju bahawa sebaik-baiknya kita terus


qadha witir sebelum solat subuh. Namun, keluasan yang
diberikan oleh ulama Shafi‘iyyah perlu dipertimbangkan.

Rujukan:
Nail al-Autar Sharah Muntaqa al-Akhbar oleh al-Shaukani.

377
Siapakah

74 Paling
Layak
Menjadi
Imam Solat
Jenazah?
Persoalan:

S emasa kematian ayah, kami telah berbeza pendapat


tentang siapakah paling layak mengimami solat jenazah.
Saya sebagai adik, belajar bidang syariah. Adakah saya yang
paling layak menjadi imam atau abang saya?

Penjelasan:
Menurut perkiraan dalam mazhab al-Shafi‘i, orang yang paling
afqah (berilmu) dan aqra’ (paling baik bacaan al-Quran) ialah
orang yang paling layak menjadi imam.

Namun, keputusan mazhab ini adalah sesuai untuk semua


jenis solat melainkan solat jenazah.

Al-Nawawi menerangkan perkara ini dengan berkata,


َ ْ َ ْ َّ َ َ ْ َ َ َ ْ َ ْ َ َ َ َْ َََْ َ
‫ان ف ِي د َرج ٍة كابني ِن أ ْو أخ َوي ِن أ ْو عمي ِن أ ْو ابن ْي‬ ِ ‫إذا اجتمع اثن‬
َّ َ َ َ ْ ُ ْ َّ َ ْ َ َ َ َ ْ َ َ َََ َ َ ْ ََ َ
‫المام ِة فقد نص ف ِي المختص ِر أن‬ ِ ‫ِي‬ ‫ف‬ ‫ا‬ ‫ع‬ ‫أ ٍخ ونح ِو ذل ِك وتناز‬
َ َ َ َ
ًَ َ َ
‫اءهُ أ ْرجى إجابة‬ َ ‫ْال َس َّن أ ْو َل ; ِل َّن ُد َع‬

Terjemahan: “Apabila berkumpul dua orang yang


sama taraf, seperti dua orang anak lelaki, atau dua
orang adik beradik, atau dua orang bapa saudara, atau
anak saudara dan seumpamanya, dan mereka berselisih
pendapat tentang siapakah paling layak menjadi
imam, maka telah dinaskan di dalam al-Mukhtasar
bahawa orang yang paling tua paling layak menjadi
imam, disebabkan doanya lebih berkemungkinan
dimustajabkan.” (Al-Majmu‘, 6:261)
Ulama mazhab al-Shafi‘i termasuk al-Shirazi mengatakan,
orang lebih berusia dianggap lebih makbul doa disebabkan
biasanya mereka lebih khusyuk dan hadir hatinya dalam solat.

Ini kerana, solat jenazah tidak mempunyai peraturan yang


ketat dan pelbagai sehingga kita memerlukan imam yang afqah.

Solat jenazah juga tidak dibaca dengan suara yang kuat


sehingga memerlukan imam yang aqra’.

Yang lebih penting ialah doa untuk orang yang telah


meninggal dunia.

Meskipun demikian, Imam al-Shafi‘i, al-Shirazi dan ulama-


ulama mazhab al-Shafi‘i yang lain turut menegaskan: Jika orang
yang berusia itu memiliki akhlak yang tidak baik (ghair mahmud
al-hal), maka kita perlu dahulukan orang yang afqah dan aqra’.

Saya melihat secara peribadi, jika orang kurang ilmu


menjadi imam, ada beberapa masalah boleh berlaku. Sebagai
contoh,

i. Kemungkinan mereka hanya membaca doa yang


pendek pada takbir ketiga.

ii. Bacaan mereka berkemungkinan agak laju pada


semua takbir sehingga membuatkan jamaah tidak
akan berasa puas.

380
iii. Mereka akan lebih mementingkan doa selepas
solat (dengan memanjang-manjang bacaan doa),
bukannya mementingkan doa dalam solat itu
sendiri.

Apapun, saya telah menerangkan sifir-formula yang boleh


saudara nilai sendiri.

Rumusan:
Orang yang lebih berusia lebih diutamakan untuk menjadi imam
dalam solat jenazah, dengan syarat mereka memiliki ilmu asas
dan akhlak yang baik.

Rujukan:
Al-Majmu‘.

381
Solat
75 Belakang
Orang
Berhadas
Persoalan:

S atu hari, selepas tamat solat zohor, imam memaklumkan


kepada kami bahawa dia terlupa untuk berwudhu sebelum
solat. Kami diminta untuk mengulangi semula solat
tersebut. Apakah benar kami perlu mengulanginya semula?

Penjelasan:
Oleh kerana banyak perkara yang perlu diperjelaskan, saya akan
kongsikan dalam bentuk yang mudah dan ringkas.

Jawapan ini saya hanya nukilkan daripada tulisan al-Nawawi


di dalam al-Majmu‘.

SATU: Ulama sepakat menyatakan haram kita solat di


belakang orang yang berhadas sekiranya kita mengetahui
keadaan mereka. Orang berhadas yang dimaksudkan di sini ialah
orang berhadas yang tidak dibenarkan solat seperti orang yang
tidak berwudhu walaupun dia boleh mengambil wudhu.

DUA: Ulama khilaf tentang hukum solat berimamkan


orang berhadas yang diizinkan solat seperti:-
ʈ orang yang kencing tidak lawas yang mana air
kencingnya masih keluar semasa solat -sulus al-baul-
ʈ Orang yang bertayammum.
ʈ Imam kalangan perempuan yang keluar darah penyakit
iaitu istihadhah.
TIGA: Jika kita mengetahui bahawa imam berhadas semasa
solat sedang berlangsung -selain solat Jumaat-, maka kita mesti
berpisah (mufaraqah) dengan imam dan menyempurnakan solat
secara sendirian. Sekiranya kita tetap mengikut imam walau
seketika, maka solat kita secara automatik dikira batal.

Saya datangkan dua contoh keadaan:-


ʈ Kita terdengar imam terkentut semasa solat, maka wajib
kita berpisah dengan imam dan habiskan solat secara
bersendiri.
ʈ Atau, ada seseorang datang dan berbisik kepada kita
bahawa imam berhadas, maka kita wajib berpisah
segera dengan imam dan habiskan solat secara
sendirian.

Antara ulama mazhab al-Shafi‘i yang menegaskan solat


akan batal jika kita terus mengikuti imam walau sekejap setelah
kita mengetahui imam berhadas ialah al-Shaikh Abu Hamid,
al-Qadi Abu al-Tayyib, al-Muhamili dan ramai lagi ulama besar
mazhab.

EMPAT: Sekiranya kita mengetahui bahawa imam


berhadas setelah solat tamat seperti persoalan di atas -selain
solat Jumaat-, maka solat makmum dikira sah dan tidak perlu
mengulanginya semula. Pendapat ini dinyatakan oleh al-Shirazi
dan al-Nawawi.

Namun, terdapat satu kenyataan daripada Imam al-Shafi‘i


di dalam kitab al-Buwaiti yang berbunyi,

384
‫ وإن‬،‫إن كان اإلمام عالما بحدثه لم تصح صالة المأمومين‬
‫كان ساهيا صحت‬.
Terjemahan: “Jika imam mengetahui bahawa dia
berhadas, maka solat makmum tidak sah. Jika imam
terlupa, solat makmum sah.”

Pernyataan Imam al-Shafi‘i ini agak mengelirukan dan berbeza


dengan pendapat yang dipertegaskan oleh al-Shirazi dan al-
Nawawi.

Ulama -ulama mazhab al-Shafi‘i berbeza pandangan dalam


memahami pernyataan tersebut. Ada ulama menyatakan itu
memang pendapat Imam al-Shafi‘i. Ada ulama seperti al-Qafal
menyatakan itu adalah pendapat Imam Malik, dan Imam al-
Shafi‘i hanya menukilkannya.

Al-Nawawi menjelaskan, kedua-dua pendapat itu wujud


kalangan ulama mazhab al-Shafi‘i, namun yang paling sahih
ialah, solat makmum sah dan tidak perlu diulang semula.

LIMA: Berkenaan solat Jumaat.


ʈ Sekiranya kita mengetahui imam berhadas semasa atau
selepas solat, jika bilangan jamaah melebihi 40 orang,
maka solat dianggap sah.
ʈ Sekiranya bilangan makmum hanya 39 orang ke bawah,
maka solat mereka dianggap batal dan perlu diulangi
semula.

385
Dalam bab ini, ulama berbeza pandangan dalam menentukan
jumlah minimum orang yang datang solat Jumaat. Ada ulama
mengatakan jika jumlah ahli Jumaat kurang daripada 40 orang
sekalipun, solat Jumaat tetap sah.

ENAM: Jika kita solat di belakang imam yang berhadas


dalam keadaan kita tidak mengetahuinya, adakah solat itu
dikira solat jamaah -mendapat pahala 27 darjat- atau dikira solat
bersendirian?

Pendapat yang masyhur seperti disebutkan oleh al-Shaikh


Abu Hamid ialah, dikira solat jamaah. Ini adalah pendapat Imam
al-Shafi‘ dan kebanyakan ulama mazhab ini.

Al-Rafi‘i berkata,

“Imam yang berhadas tidak menghalang kesahihan


solat jamaah. Dan hukum jamaah tetap berjalan seperi
biasa ke atas makmum yang tidak mengetahui keadaan
imam. Keadaan ini juga tidak menghalang makmum
untuk mendapat pahala jamaah dan tidak menghalang
perlaksanaan hukum-hakam jamaah.”
Apapun, perbahasan tentang perkara ini jika diperhalusi,
agak kompleks. Cukuplah dengan maklumat yang kita kongsikan.

TUJUH: Sekiranya imam berhadas ketika solat termasuklah


imam perempuan terkeluar darah haid, maka mereka hendaklah
berhenti segera. Ada 2 langkah yang perlu dipertimbangkan.

386
1 LANGKAH 1: Jika tempat berwudhu atau tempat
mandi (untuk mandi wajib) dekat, maka imam boleh
memberikan isyarat kepada makmum untuk tunggu
sekejap. Kemudian, imam hendaklah cepat-cepat
berwudhu atau mandi wajib, kemudian pergi solat
semula. Makmum bolehlah mengikuti semula imam.
Imam yang berhaid tidak termasuk dalam perbahasan
ini.

Pasti kita tidak pernah berbuat demikian, bukan?

Terdapat hadith berbunyi,


َ َ َ ُ ْ ُ َ ْ ُ َ َ َّ َ َ َ َّ َ ُ ْ ُ ْ َ َ َ َّ َ
‫قال‬ ‫حدثنا عبد الل َِ ّ ب ُن محم ٍد قال حدثنا عثمان ب ُن عم َر‬
َ َ َ ْ ُ َ ْ َ َََ َ َ ْ َ ّ ْ ُّ ْ َ ُ ُ ُ َ َ َ ْ َ
‫قال‬ ‫الزه ِر ِي عن أبِي سلمة عن أبِي ه َري َرة‬ ‫أخبرنا يونس عن‬
َ
ُ ُ َْ َ َ ً َ َ ُ ُ ُ ّ ْ ّ ُ ُ َ َّ ْ َ ُ
َ
ّ َِ ‫أقِيمت الصلة َوع ِدلت الصفوف قِياما فخ َرج إِلينا َرسول الل‬
َ َ َ ُ ُ ُ َّ َ َ َ َّ َ ُ َ َ َّ َ َ َّ َ ْ َ َ ُ َّ َ
‫الل َّ علي ِه َوسل َم فلما قام ف ِي مصلهُ ذك َر أنه جن ٌب فقال‬ ‫صلى‬
ُ َْ ُ ُ ْ ََْ َ َ ُ َ َ َ ْ َ َ َ ُ ُ َ َ َ ََ
‫لنا مكانك ْم ث َّم َرجع فاغتسل ث َّم خ َرج إِلينا َو َرأسه يقط ُر‬
ُ َ َ َ ْ َّ َ َ َّ َ َ
‫فكب َر فصلينا معه‬
Terjemahan: Abu Hurairah radhiyallah ‘anh berkata,
“Solat telah diiqamatkan dan saf telah diperbetulkan.
Lalu Rasulullah salla Allah ‘alaih wa sallam keluar
untuk mengimami solat. Apabila baginda berdiri solat,
baginda teringat bahawa baginda dalam keadaan
junub. Lalu Rasulullah salla Allah ’alaih wa sallam
berkata kepada kami, [Kekallah di tempat masing-

387
masing]. Kemudian baginda balik ke rumah lalu mandi
wajib. Kemudian baginda keluar semula dalam keadaan
rambut baginda basah. Baginda takbir dan kami solat
bersama baginda.” (Al-Bukhari, kitab al-Ghasl)
Menurut al-Hafiz Ibn Hajr, terdapat ulama berpandangan
bahawa baginda dan para sahabat telah pun memulakan solat
sebelum baginda teringat tentang junub.

Dikatakan para sahabat menunggu dalam keadaan berdiri


solat tanpa memutuskannya. (Rujuk Fath al-Bari)

2 LANGKAH 2: Jika tempat berwudhu jauh, maka


makmum tidak perlu menunggu imam. Imam al-Shafi‘
berkata,

‫ وإن شاءوا قدموا أحدهم‬،‫ إن شاءوا أتموها فرادى‬،‫وهم بالخيار‬


‫يتمها بهم‬.
Terjemahan: “Mereka diberi pilihan. Jika mereka
mahu, mereka boleh tamatkan solat masing-masing
secara bersendirian. Jika mereka mahu, seseorang
boleh ke hadapan unthk menggantikan tempat imam.”
Beliau sendiri memilih agar makmum menghabiskan solat
masing-masing secara bersendirian.

‫وأستحب أن يتموها فرادى‬


Terjemahan: “Dan saya menyukai agar mereka
menyempurnakan solat bersendirian.”

388
Mengapa beliau berpendapat demikian? Menurut al-Qadi
Abu al-Tayyib, Imam memilih pendapaf demikian untuk keluar
daripada khilaf, lantaran terdapat ulama tidak mengharuskan
kita melantik orang lain menjadi imam.

Wallah a‘lam.

Rumusan:
1 Jika makmum mengetahui atau menyedari
bahawa imam berhadas ketika solat, maka
hendaklah makmum berpisah dengan imam
dan sempurnakan solat sendiri.

2 Jika kita mengetahuinya selepas solat selesai,


solat tersebut dikira sah.

Rujukan utama:
Al-Majmu‘, 5:299-306.

389
Solat
76 Berimamkan
Orang Yang
Duduk
Persoalan:

B olehkah orang yang duduk di atas kerusi seperti wheel


chair menjadi imam terutamanya di masjid?

Penjelasan:
Terdapat khilaf kalangan ulama dalam bab ini, namun
kebanyakan ulama mengharuskannya. Ulama mazhab
Maliki tidak mengharuskannya. Kalangan ulama yang
mengharuskannya pula, terbahagi kepada dua pendapat.

PERTAMA: Makmum disunnahkan solat duduk bersama


imam. Ini adalah pendapat Imam Ahmad, al-Auza‘i, Ishaq dan
Ibn al-Mundhir.

Hujjah mereka ialah, sabda Nabi salla Allah ‘alaih wa


sallam,
ً ُ ُ ُ ّ َ َ ً َ َّ َ َ
‫َوإِذا صلى جال ِسا فصلوا جلوسا‬
Terjemahan: “Apabila imam solat dalam keadaan
duduk, maka hendaklah kamu pun solat duduk.” (Al-
Bukhari)
KEDUA: Makmum wajib berdiri bagi yang berkemampuan.
Kita tidak boleh mengikut imam untuk duduk. Ini adalah
mazhab al-Shafi‘i, al-Thauri, Abu Hanifah, Abu Thaur, al-Humaidi
dan sebahagian ulama Maliki.
Dalil yang digunakan ialah, Nabi salla Allah ‘alaih wa
sallam pernah memimpin solat dalam keadaan duduk
semasa sakit teruk, sedangkan para sahabat solat dalam
keadaan berdiri. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Menurut kajian yang diperincikan ulama, solat yang
diimami Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam itu ialah solat zohor
pada hari Sabtu atau Ahad terakhir dalam kehidupan baginda,
sebelum baginda meninggal pada hari Isnin.

Apapun, ini adalah khilaf kalangan ulama yang harus kita


raikan. Saya tidak bercadang mengemukakan perbahasan bagi
setiap mazhab. Cukuplah kita berpegang dengan mazhab al-
Shafi‘i di negara kita ini.

Dan cukuplah untuk kita mengetahui bahawa, menurut


Hanbali, jika makmum tetap solat dalam keadaan berdiri, maka
solatnya sah. Cuma, duduk lebih disunnahkan.

Baik, sekarang ini, adakah orang yang solat dalam keadaan


duduk boleh menjadi imam kepada orang yang solat berdiri?

Menurut pendapat Imam al-Shafi‘i dan ulama-ulama


mazhab al-Shafi‘i, harus orang solat berdiri berimamkan orang
yang solat duduk.

Begitu juga orang yang solat duduk berimamkan orang


yang solat dalam keadaan berbaring.

Orang yang mampu rukuk dan sujud boleh berimamkan


orang yang hanya menundukkan kepala ketika rukuk dan sujud.

392
Dalam masa yang sama, Imam al-Shafi‘i dan ilmuan
mazhab beliau berpandangan sebaik-baiknya orang yang
mampu berdiri dipilih menjadi imam. Dengan itu, kita keluar
daripada perbezaan pandangan yang wujud kalangan ulama.

Situasinya begini:

÷ Jika imam utama yang merupakan seorang yang


mempunyai bacaan yang sangat baik sedangkan
naib imam hanya memiliki bacaan yang kurang baik
-terutamanya melibatkan unsur penting seperti tajwid-,
maka imam utama yang solat dalam keadaan duduk
didahulukan.

÷ Namun, jika naib imam memiliki bacaan yang baik,


maka naib imam yang didahulukan. Kedua-dua keadaan
ini merujuk kepada solat bacaan kuat seperti maghrib.

Rujukan:
Al-Majmu‘ karya al-Nawawi.

393
Dua Perkara

77 Tentang
Jamak Dan
Qasar
Yang Perlu
Diketahui
S emasa saya mengendalikan Daurah Solat: Jamak dan
Qasar di Kementerian Pelancongan Putrajaya semalam,
saya dapati ada 2 perkara yang tidak diketahui dan disalah
fahami.

Insha Allah saya akan terangkan dengan ringkas.

Persoalan 1:
Jika saya pulang ke kampung untuk beraya selama 7 hari, adakah
saya hanya dibenarkan solat jamak dan qasar selama 3 hari?

Penjelasan:
Kita tidak dibenarkan untuk jamak dan qasar dari hari pertama
lagi.

Ulama menyatakan,

i. Kita hanya dibenarkan jamak dan qasar jika kita


ingin menetap di kampung selama 3 hari penuh
dan kurang daripada itu, tanpa mengira hari
sampai dan hari balik. Kita perlukan perbincangan
lain untuk kaedah mengira hari sampai dan hari
balik.

ii. Jika kita memang ingin tinggal di kampung selama


7 hari, atau kita memang bercadang ingin tinggal di
kampung selama 4 hari penuh atau lebih daripada
4 hari -tanpa mengira hari sampai dan hari balik-,
maka kita tidak dibenarkan untuk solat jamak dan
qasar dari awal lagi.
Menurut al-Nawawi, ini merupakan mazhab ‘Uthman bin
‘Affan radhiyallah ‘anh, Ibn al-Musayyab, Imam Malik dan Abu
Thaur.

Meskipun demikian, terdapat pandangan lain yang berbeza


dengan pendirian utama mazhab al-Shafi‘i. Kita nyatakan 3
contoh.

1 Pertama: Menurut Imam Abu Hanifah, al-Thawri dan al-


Muzani,

“Jika kita berniat untuk tinggal selama 15 hari termasuk


hari sampai, maka kita kena solat penuh. Namun, jika
kita berniat untuk tinggal kurang daripada itu, kita
dibenarkan untuk qasar.”
Ibn al-Mundhir menyatakan bahawa inilah pendapat Ibn
‘Umar radhiyallah ‘anhuma.

Sebagai makluman semua, al-Muzani adalah seorang murid


Imam al-Shafi‘i yang amat terkenal dengan karya Mukhtasar al-
Muzani.

2 Kedua: Ibn ‘Abbas radhiyallah ‘anhuma dan Ishaq bin


Rahawaih berkata,

“Jika kita berniat untuk tinggal -di kampung halaman


semasa beraya sebagai contoh- selama 19 hari -dan
ke atas-, maka kita kena solat secara penuh. Namun,
jika kurang daripada tempoh itu, maka kita dibenarkan
untuk qasar.”

396
3 Ketiga: Imam Ahmad berkata,

“Jika kita berniat untuk tinggal lebih daripada 4 hari


-maksudnya 5 hari dan ke atas-, maka kita kena solat
secara penuh. Jika kita berniat untuk tinggal selama 4
hari -dan kurang daripada itu-, maka kita dibenarkan
untuk qasar.”
Apabila kita perhatikan, wujud perbezaan yang amat sedikit
antara mazhab kita dengan mazhab Ahmad. Hanya perbezaan 1
hari.

Rujukan utama:
Al-Majmu‘ karya al-Nawawi.

Persoalan 2:
Berapa harikah kita dibenarkan untuk qasar solat?

Penjelasan:
Kita mendapati maklumat ini jarang diketahui oleh sebahagian
masyarakat. Ada dua perkara perlu kita jelaskan.

Berikan perhatian, ini adalah persoalan tentang qasar


(memendekkan solat) sahaja, bukannya jamak (menghimpunkan
solat).

1 Pertama: Jika kita memang berniat untuk tinggal di


kampung melebihi 4 hari dan ke atas -tidak termasuk
hari sampai dan hari balik, maka kita tidak dibenarkan

397
untuk jamak dan qasar sejak hari pertama lagi. Seperti
kita terangkan di atas.

2 Kedua: Namun, jika kita bercadang untuk tinggal selama


3 hari dan ke bawah, namun kerana ada halangan, maka
kita terpaksa menangguhkan kepulangan kita, maka kita
dibenarkan untuk qasar solat selama 18 hari.

18 hari, bukannya 3 hari. Namun, dengan syarat, kita sendiri


tidak mengetahui berapa lama kita berada di sana.

Terdapat mazhab membenarkan untuk qasar solat


sehinggalah kerja selesai dilakukan. Dan ada sebahagian ulama
membenarkan untuk qasar solat sehinggalah 2 tahun.

Rujukan:
Al-Majmu‘ karya al-Nawawi.

398
Solat

78 Mana
Dahulu
Dikerjakan
Semasa Jamak
Ta’khir?
Persoalan:

K etika saya bermusafir bersama rakan-rakan saya, kami


telah berbeza pandangan semasa ingin mengerjakan solat
maghrib dan isyak secara jamak ta’khir. Saya mengatakan
kami mesti solat isyak dahulu sebagai menghormati waktu isyak.
Namun ada kawan saya menggunakan alasan tertib, maka kena
solat maghrib dahulu. Mohon ustaz jelaskan.

Penjelasan:
Persoalan ini agak mengelirukan sebahagian daripada kita.

Ada mengatakan kita mesti solat isyak dahulu, atau asar


dahulu semasa jamak ta’khir sebagai menghormati waktu.
Bukankah itu waktu asar dan isyak?

Ada mengatakan zohor dan maghrib dahulu dengan alasan


menurut tertib. Bukankah zohor dulu baru asar, maghrib dulu
baru isyak?

Jika jamak taqdim, wajiblah kita solat zohor dan maghrib


dahulu.

Sehubungan itu, saya ingin kembalikan perbahasan


ini dengan menggunakan landasan dalil hadith dan kaedah
fiqhiyyah.

Jika jawapan saya ini tidak memuaskan hati, maka saya


mohon maaf dan saya mengakui kelemahan dan kekurangan
kita. Semoga Allah Taala mengampuni kita semua.
Saya mulakan perbahasan dengan penegasan,

“Bahawa kita mesti solat menurut tertib bukannya


menghormati waktu.”
Ada dua pendapat sebetulnya.

1 PERTAMA: Wajib menurut tertib solat.

Ahli fatwa al-Lajnah al-Da’imah memberikan keputusan,


ً
‫ ثم‬، ‫ بحيث يصلي الظهر أول‬،‫يجب في حال الجمع الترتيب‬
ً
‫ سواء‬،‫ ثم يصلي العشاء‬، ‫ ويصلي المغرب أول‬،‫يصلي العصر‬
‫كان جمعه جمع تقديم أو تأخير‬
Terjemahan: “Wajib tertib dalam solat jamak, dengan
mengerjakan zohor terlebih dahulu, kemudian asar.
Solat maghrib dahulu, kemudian solat isyak. Sama ada
dalam jamak taqdim atau ta’khir.”
Saya melihat, hujjah yang paling kuat digunakan oleh
mereka ialah sunnah Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam ketika
baginda dan beberapa sahabat tertinggal solat asar ketika
perang Khandaq.

Baginda dan sahabat mengerjakan solat asar dahulu


pada waktu maghrib di satu tempat bernama Bathan, barulah
kemudiannya mereka mengerjakan solat maghrib.

401
Menurut Ibn ‘Uthaimin, jika kita singgah di masjid untuk
jamak ta’khir. Ketika itu, imam sedang solat isyak. Kita tetap
wajib solat maghrib mengikut imam yang solat isyak.

Jika kita solat isyak terlebih dahulu, maka solat itu hanya
dikira sebagai solat sunat atau tidak sah.

2 KEDUA: Sunat (mustahab) menurut tertib.

Ini adalah mazhab Shafi‘i. Al-Nawawi menjelaskan isu ini


ketika berbicara tentang jamak ta’khir,
َ َ َ ُْ َ َّ َ َ ْ َ ْ ُ َّ ُ ‫الت ْرت‬َّ َّ َ
‫ِيب َونِية الجمعِ حال الصلة ِ َوالم َوالة ِ ف ِفيها‬ ‫َوأما‬
َّ َ َ ُ ّ ْ َ ََ َُْ ُ َّ َ َ
‫ َوب ِ ِه قطع ال ِع َراقِيون َونص‬، ‫ مِنهما‬: ) ‫حيح‬ ِ ‫ان ( الص‬ ِ ‫ط ِريق‬
َ َ َ َ َ َ َ ْ َ ْ َ ٌ َّ َ َ ْ ُ َ َّ ُ َ َّ َ ُ ّ َّ َْ َ
‫جب ٍة فل ْو ت َركها‬ ِ ‫ أنها كلها مستحبة ليست بِوا‬: ‫علي ِه الشاف ِ ِعي‬
َ ُّ َ ُ ْ ُ َ َ َّ ُ َّ ُ ْ َ ْ َّ َ َ َّ ُ
‫ قاله الخ َراسانِيون فِي ِه‬: ) ‫كلها صح الجمع ( َوالط ِريق الثان ِي‬
ٌ َ َ َ َّ َ َّ َ َ َ ُ َّ َ ْ َ
‫جبات‬
ِ ‫ أنها وا‬: ) ‫ هذا ( والثان ِي‬: ) ‫حيح‬ ِ ‫ ( الص‬: ‫ان‬ ِ ‫وجه‬
Terjemahan: “Berkenaan solat menurut tertib, niat
jamak ketika awal solat dan berturutan (muwalat), ada
dua aliran ulama dalam mazhab Shafi‘i:

Yang paling sahih antara 2 aliran tersebut ialah, ulama


mazhab Shafi‘i aliran ‘Iraq dan dinaskan sendiri oleh
Imam al-Shafi‘i, bahawa kesemua itu -tertib, niat
jamak dan muwalat dalam jamak ta’khir- adalah sunat
bukannya wajib. Jika kita tidak melakukannya, solat
tetap sah.

402
Aliran ulama Shafi‘i di Khurasan pula berbeza
pandangan. Yang paling tepat ialah sama dengan
keputusan ulama aliran ‘Iraq.

Pendapat kedua menyatakan wajib.” (Al-Majmu‘,


5:429)
Al-Nawawi memilih pendapat, sunat menurut tertib
bukannya wajib.

Kita pernah mendengar orang mengatakan, mazhab Shafi‘i


menganggap jamak ta’khir sama seperti qadha. Tidak perlu
menurut tertib kerana waktunya sudah berlalu.

Rumusan:
Ini ada beberapa rumusan yang penting.

1 Sebahagian ulama mewajibkan solat zohor dahulu


sebelum asar, dan maghrib dahulu sebelum isyak dalam
jamak ta’khir. Antaranya ulama Hanabilah.

2 Kaedah fiqhiyyah ada berbunyi,


maksudnya, “suatu benda
yang mengikut tidak boleh mendahului benda yang
diikut.” Kaedah ini ada dinyatakan oleh al-Suyuti di dalam
kitab al-Ashbah wa al-Naza’ir.

3 Sebahagian ulama tidak mewajibkan menurut tertib,


tetapi sunat. Bermakna, kita dibolehkan solat isyak
dahulu terutama dalam kes mengikut imam.

403
4 Jika masa asar hampir tamat sedangkan kita belum lagi
solat zohor dan asar, maka ulama berbeza pandangan.
Ada ulama mengatakan kita tetap mesti solat zohor
dahulu. Dan ada ulama mengatakan kita mesti solat asar
dahulu.

5 Ini sangat penting. Mazhab Shafi‘i mengatakan SUNAT


(MUSTAHAB) solat menurut tertib. Tidak ada pula
pendapat yang dikemukakan al-Nawawi menyatakan
sunat atau elok kita solat asar atau isyak terlebih dahulu.
Malah, sebahagian ulama mazhab Shafi‘i aliran Khurasan
mewajibkan tertib.

Jadi, antara 2 sahaja. Wajib menurut tertib. Atau sunat


menurut tertib. Tidak ada istilah sunat solat menurut waktu
ketika itu menurut mazhab al-Shafi‘i.

Ini bererti, teori menghormati waktu dalam kes ini adalah


tidak relevan.

Justeru, pendapat sahabat saudara yang bertanya adalah


lebih tepat. Amalan saudara pula betul menurut mazhab Shafi‘i
namun tidak tepat daripada sudut penghujahan.

Maafkan saya jika terguris rasa.

Rujukan:
i. Al-Majmu‘ oleh al-Nawawi.

ii. Al-Ashbah wa al-Naza’ir oleh al-Suyuti.

404
Jamak

79 Qasar
Solat
Di Rumah
Suami
Persoalan:

S aya dan suami tinggal berjauhan. Saya di Setiawangsa


manakala suami saya di Johor Baru. Adakah saya dibolehkan
solat jamak qasar di rumah sewa suami saya di sana?

Penjelasan:
Mungkin kita tidak akan bertemu dengan perbahasan suami dan
isteri tinggal berjauhan di dalam kitab-kitab yang lama seperti
al-Majmu‘ oleh al-Nawawi dan Fath al-‘Aziz oleh al-Rafi‘i.

Lantaran ini adalah masalah semasa. Maka, kita


memerlukan jawapan yang diberikan oleh ulama semasa.

Namun, sepanjang pengamatan saya yang sangat cetek,


biasanya ulama-ulama terdahulu sudah memberikan formula
yang boleh kita jadikan sebagai panduan.

SAYA DATANGKAN 2 PENDAPAT DI SINI.

1 Pertama: Saya telah merujuk tulisan Ustaz Azhar Yahaya


di dalam buku “111 Soal Jawab berkaitan solat Jamak &
Qasar.”

Beliau sendiri mendapat jawapan daripada Profesor Dr


Muhammad al-Zuhaili melalui kiriman email kepada beliau.

Menurut Prof al-Zuhaili, suami dan isteri tersebut, atau


puan dan suami dianggap memiliki 2 watan.
Tempat tinggal suami adalah tempat tinggal bagi puan,
begitu juga tempat tinggal puan adalah tempat tinggal bagi
suami puan.

Jika puan ke rumah suami puan, puan tidak dibenarkan


jamak dan qasar di rumah suami.

Suami puan juga tidak dibenarkan jamak dan qasar jika ke


rumah puan di Setiawangsa.

Puan dan suami hanya dibenarkan jamak dan qasar


sepanjang perjalanan sahaja.

2 Kedua: Namun, kita sendiri cenderung dengan pendapat


kedua, yang membezakan antara muqim dengan
mustautin.

Muqim bermaksud, kita tinggal di satu tempat namun tiada


niat untuk menetap di situ selamanya. Seperti pelajar universiti
yang tinggal di asrama atau kolej kediaman.

Mustautin pula bermaksud, kita memang berniat ingin


menetap di situ selamanya.

Jika rumah Setiawangsa adalah kediaman mustautin


puan dan suami, sedangkan Johor Bharu hanyalah kediaman
sementara atas alasan kerja, maka:
ʈ Puan dibenarkan untuk jamak qasar di rumah suami
puan di Johor Bharu jika niat ke sana dalam tempoh 3
hari atau kurang daripada itu. Jika berniat untuk ke sana
dalam seminggu, maka tidak dibenarkan.

407
ʈ Suami puan tidak dibenarkan untuk jamak qasar jika
pulang ke Setiawangsa. Kerana di situ adalah tempat
mustautin.

Ada panduan daripada Imam al-Shafi‘i yang berbunyi,


ٌ َ َ ٌ ‫إن كان له ب َش ْيء منها ُذو َق َرابَة أو َأ ْص َه‬
,‫ار أو ز ْوجة‬
ْ َ َ ََ
‫وكذل ِك‬
ٍ ٍ ِ
ْ َ َ َ ًَْ َ ْ
َ َُ َْ
َ ‫إن َش‬
‫اء‬
َ
‫ولم ين ِو المقام في ش ْي ٍء من هذه أربعا قصر‬
Terjemahan: “Demikianlah jika dalam perjalanan itu,
ada kaum kerabat, atau ipar duai, atau isteri, jika kita
tidak berniat untuk menetap selama 4 hari -dan lebih-,
boleh qasar insha Allah.”
Sebelum saya merumuskan perbincangan ini, ada 2 perkara
ingin saya sebutkan. Pertama, kita hendaklah sentiasa berlapang
dada dalam menghadapi perbezaan-perbezaan pandangan yang
ada.

Dua, jika kita keliru adakah kita dibenarkan jamak atau


qasar, maka kita hendaklah mengambil langkah selamat, iaitu
tidak jamak dan qasar.

Rumusan:
1 Puan boleh jamak qasar jika ke rumah suami
puan sedangkan suami puan tidak boleh
berbuat demikian.

2 Jika puan memiliki anak-anak yang tinggal di


asrama, maka anak-anak puan boleh jamak dan

408
qasar apabila pulang ke Johor Bharu jika berniat
ke sana dalam tempoh 3 hari atau kurang.
Namun, anak-anak puan tidak dibenarkan
jamak dan qasar jika pulang ke Setiawangsa.

3 Bagi orang lelaki, solat berjamaah di surau atau


masjid lebih utama berbanding solat jamak dan
qasar.

409
Ibu

80 Menjadi
Imam
Kepada
Anak
Lelaki
Persoalan:

B olehkah saya sebagai ibu menjadi imam kepada anak lelaki


saya yang berusia 7 tahun?

Penjelasan:
Saya akan kongsikan jawapan yang telah diberikan oleh Imam
al-Nawawi. Sebelum itu saya ingin jelaskan, bahawa jika anak itu
solat di belakang puan (sekadar mengikut) dengan tujuan untuk
belajar bukannya berimamkan puan, maka dibolehkan.

Baik, sekarang saya akan kongsikan penjelasan ulama yang


bukan sahaja menjawab persoalan yang dikemukakan oleh puan,
malah turut menjawab beberapa persoalan yang berkaitan.

Saya berharap jawapan yang kita kongsikan ini akan


memuaskan hati puan dan memandu kita semua untuk beramal
menurut neraca sunnah salla Allah `alaih wa sallam seperti
disyarahkan oleh para ilmuan kita.

Menurut al-Nawawi,

‫واتفق أصحابنا على أنه ال تجوز صالة رجل بالغ وال صبي‬
‫خلف امرأة حكاه عنهم القاضي أبو الطيب والعبد ري وال‬
‫خنثى خلف امرأة وال خنثى لما ذكره المصنف وتصح صالة‬
‫المرأة خلف الخنثى‬
Terjemahan: “Ulama mazhab kami sepakat menyatakan
bahawa orang lelaki yang telah baligh, juga anak-
anak lelaki tidak boleh berimamkan orang perempuan.
Perkara ini disebutkan oleh al-Qadi abu al-Tayyib dan
al-`Abdari. Begitu juga tidak harus seorang khuntha
berimamkan orang perempuan dan khuntha, seperti
dijelaskan oleh al-Shirazi.”
Al-Nawawi menyambung penjelasan beliau,

‫وسواء في منع إمامة المرأة للرجال صالة الفرض والتراويح‬


‫وسائر النوافل هذا مذهبنا ومذهب جماهير العلماء من‬
‫السلف والخلف رحمهم اهلل وحكاه البيهقي عن الفقهاء‬
‫السبعة فقهاء المدينة التابعين وهو مذهب مالك وأبي حنيفة‬
‫وسفيان واحمد وداود‬
Terjemahan: “Dan sah solat seorang perempuan
di belakang khuntha. Begitu juga dilarang seorang
perempuan mengimami lelaki dalam solat fardhu dan
tarawih, juga solat-solat sunat yang lain. Inilah mazhab
kami, dan mazhab jumhur ulama kalangan salaf dan
khalaf, rahimahumullah. Inilah pendapat fuqaha’
tujuh di Madinah seperti dijelaskan oleh al-Baihaqi,
juga mazhab Malik, Abu Hanifah, Sufyan, Ahmad dan
Dawud.” (Al-Majmu`, 5:298)

412
Seorang ulama terkemuka mazhab Hanbali iaitu Ibn
Qudamah pula menjelaskan,
ّ ‫وأما المرأة فال يصح أن‬
‫يأتم بها الرجال بحال فى فرض وال‬
‫نافلة فى قول عامة الفقهاء‬
Terjemahan: “Adapun wanita, maka orang lelaki tidak
sah berimamkan mereka dalam solat fardhu dan sunat
menurut pandangan umum ulama.”
Persoalan yang lain ialah, apakah hukum solat tersebut?
Sah atau batal? Imam al-Shafi`i menjelaskan,

‫ فصالة النساء‬،‫وإذا صلت المرأة برجال ونساء وصبيان ذكور‬


‫ ألن اهلل‬،‫ وصالة الرجال والصبيان الذكور غير مجزئة‬،‫مجزئة‬
‫عز وجل جعل الرجال قوامين على النساء‬
Terjemahan: “Apabila seorang wanita mengimami
solat yang terdiri daripada lelaki, wanita dan anak-
anak lelaki, maka hanya solat wanita itu yang sah.
Manakala solat lelaki dan anak lelaki itu tidak sah. Ini
kerana Allah `az wa jal menjadikan orang lelaki lebih
qawwam dibandingkan wanita.” (Al-UM)
Saya tidak berhajat memanjangkan perbahasan ini. Semoga
penjelasan saya memuaskan hati yang bertanya.

413
Rumusan:
Seorang ibu tidak boleh menjadi imam kepada anak lelaki
meskipun anaknya masih kecil. Namun, anaknya dibolehkan
solat di bahagian belakang dengan tujuan untuk mempelajari
solat daripada ibunya.

Rujukan utama:
Al-Majmu` karya al-Nawawi.

414
Imam

81 Memanjangkan
Rukuk
Untuk
menunggu
Makmum
Persoalan:

A pabila saya menjadi imam, apakah saya boleh


memanjangkan rukuk untuk menunggu makmum yang
baru datang?

Penjelasan:
Jazakallah khaira.

Sekiranya kita solat seorang diri, kemudian ada orang ingin


berimamkan kita ketika kita berada dalam keadaan rukuk, maka
sebaik-baiknya kita memanjangkan rukuk untuk memberi ruang
kepada orang tersebut.

Jika dia sempat rukuk bersama kita, rakaat tersebut akan


dikira. Kita insha Allah akan mendapat rahmat dan pahala
daripada Allah Taala kerana memudahkan urusan orang lain.

Namun, bagaimana keadaannya jika kita menjadi imam


kepada ramai orang?

Kita tersepit antara 2 perkara. Antara memanjangkan


rukuk untuk meraikan seseorang, atau rukuk seperti biasa untuk
meraikan ramai lagi jamaah yang lain.

Berdasarkan keadaan ini, ulama berbeza pandangan.

Saya akan memudahkan perbincangan ini dengan hanya


merujuk kupasan al-Nawawi; yang mana menurut hemat saya,
sudah sangat memadai dan berbaloi.
Semoga Allah Taala meninggikan martabat al-Nawawi yang
amat kita kasihi itu.

1 Pertama: Menurut Abu Ishaq al-Shirazi, al-Qadi Abu al-


Tayyib dan ramai ulama lain, disunatkan untuk imam
memanjangkan rukuk demi menunggu makmum yang
datang.

Ini sekiranya imam merasakan ada orang yang baru datang.


Seperti kita mendengar bunyi orang berjalan atau bunyi pintu
masjid terbuka.

2 Kedua: Makruh.

Ramai juga ulama mazhab al-Shafi‘i tidak menggalakkan


imam memanjangkan rukuk, cuma mereka berbeza pandangan,
apakah hukumnya makruh atau sekadar tidak digalakkan.

Secara umumnya, inilah dua pendapat terbesar dalam


mazhab al-Shafi‘i.

Al-Nawawi memanjangkan lagi perbahasan beliau dengan


menyatakan, jika diperinci semua pendapat yang ada, terdapat 5
pandangan semuanya.

Namun, saya tidak bercadang untuk menyebutkannya di


sini untuk memudahkan perbincangan.

Apakah pula pendapat al-Nawawi? Beliau menjelaskan,

‫ أن يكون‬: ‫والصحيح استحباب االنتظار مطلقا بشروط‬


‫ وأال يفحش طول‬، ‫المسبوق داخل المسجد حين االنتظار‬

417
‫ ال التودد‬، ‫ تعالى‬- ‫ وأن يقصد به التقرب إلى اهلل‬، ‫االنتظار‬
‫ ال يميز بين داخل‬: ‫إلى الداخل وتمييزه ; وهذا معنى قولهم‬
‫وداخل‬
Terjemahan: “Yang sahih ialah disukai untuk menunggu
maklum secara mutlaq. Dengan syarat, ketika itu
makmum masbuq sudab berada di dalam masjid -imam
boleh mengecam melalui bunyi tapak kaki atau pintu
terbuka-, tidak sampai menyusahkan dengan lamanya
rukuk, kita niatkan untuk mendekatkan diri kepada Allah
Taala, bukannya disebabkan kita melakukannya kerana
orang yang terlewat itu orang yang kita kasihi atau
kerana pilih kasih. Inilah maksud pernyataan mereka:
Jangan kita membeza-bezakan sesama makmum yang
terlewat.” (Al-Majmu‘, 5:264)
Pada akhirnya, al-Nawawi merumuskan beberapa pendapat
ulama.

Menurut Imam Ahmad, Ishaq dan Abu Thaur, imam


boleh menunggu makmum ketika rukuk dengan syarat tidak
menyusahkan makmum lain.

Imam Abu Hanifah, Imam Malik, al-Auza‘i, al-Qadi Abu


Yusuf, al-Muzani dan Dawud tidak membenarkan imam untuk
memanjangkan rukuk dengan tujuan menunggu makmum
masbuq.

Ibn al-Mundhir bersetuju dengan pendapat ini.

418
Rumusan:
Imam insha Allah boleh memanjangkan rukuk dengan tujuan
menunggu makmum yang terlewat.

Justeru, hendaklah makmum berusaha untuk tidak


berlengah-lengah. Ini kerana, saya mendapati ada makmum
masih berlengah-lengah dan tidak segera rukuk bersama dengan
imam meskipun imam sudah memberikan ruang.

Walhal, kita akan mendapat pahala yang banyak jika sempat


rukuk bersama imam. Ulama menegaskan, kita seharusnya terus
masuk untuk solat jamaah bersama imam tanpa mengira imam
berada di posisi dan kedudukan mana pun.

Rujukan:
Al-Majmu‘ karya al-Nawawi.

419
Kadar

82 Panjang
Bacaan
Surah
Persoalan:

B erapakah kadar kepanjangan bacaan surah di dalam al-


Quran? Benarkah Rasulullah salla Allah `alaih wa sallam
membaca panjang dalam Solat Subuh dan Zohor.

Penjelasan:
Kitab-kitab hadith dan fiqh memang ada membincangkan kadar
bacaan di dalam solat. Secara ringkasnya seperti di bawah,
ʈ SOLAT ZOHOR: (a) Bacaan surah dengan kadar 30
ayat dalam rakaat pertama dan 30 ayat dalam rakaat
kedua. Terdapat riwayat mengatakan 30 ayat itu
seumpama surah al-Sajdah (dalam 3 muka surat). Rujuk
Sahih Muslim. (b) Menurut hadith al-Bara’ bin `Azib
radhiyallah `anhuma, Nabi salla Allah `alaih wa sallam
membaca Surah Luqman dan al-Dhariyat. Rujuk Sunan
al-Nasa’i. (c) Menurut Anas bin Malik radhiyallah `anh,
Nabi salla Allah `alaih wa sallam membaca surah al-A`la
dan al-Ghashiyah. Rujuk Sahih Khuzaimah.
ʈ SOLAT ASAR: Terdapat hadith menunjukkan bacaan
di dalam Solat Asar ialah separuh bacaan dalam Solat
Zohor. Ini menunjukkan Solat Zohor sewajarnya lebih
panjang berbanding Solat Asar.
ʈ SOLAT MAGHRIB: Terdapat perbahasan ulama
adakah bacaan di dalamnya wajar dipanjangkan atau
dipendekkan. Ini kerana Zaid bin Thabit radhiyallah
`anh pernah menegur Marwan bin al-Hakam radhiyallah
`anh kerana membaca pendek di dalam Solat Maghrib.
Malah, terdapat hadith menunjukkan baginda salla
Allah `alaih wa sallam membaca surah al-Mursalat.
Jubair bin Mut`im radhiyallah `anh pernah mendengar
Nabi salla Allah `alaih wa sallam membaca Surah al-Tur
di dalam Solat Maghrib. (Sahih al-Bukhari)

Imam Malik memakruhkan seseorang memanjangkan Solat


Maghrib dengan membaca seperti Surah al-Tur dan al-Mursalat.
Beliau berhujjahkan pengamalan penduduk Madinah dalam
bab ini. Bermakna, ada kemungkinan tindakan Nabi salla Allah
`alaih wa sallam memanjangkan bacaan hanya berlaku sekali-
sekala sahaja. Berbeza dengan Imam al-Shafi`i dan ulama al-
Shafi`iyyah yang menyukainya. Ibn Daqiq al-`Id menjelaskan,
“Yang terbaik ialah memendekkannya namun tidak makruh
memanjangkannya.”

Perbahasan tentang perkara ini amat panjang seperti


dikupaskan oleh Ibn Hajr dalam Fath al-Bari. Mungkin boleh kita
rumuskan seperti berikut, “Jangan selalu membaca yang pendek
dan juga tidak selalu membaca dengan kadar yang panjang.
Bersederhana. Ada masa kita membaca surah pendek, ada masa
sederhana, ada masa surah yang panjang.” Wallah a`lam.
ʈ SOLAT ISYAK: Terdapat hadith menunjukkan Nabi
salla Allah `alaih wa sallam membaca Surah al-
Inshiqaq dan dalam masa yang lain, Surah al-Tin. Ini
menunjukkan kadar bacaan dalam Solat Isyak tidak
panjang. (Rujuk Sahih al-Bukhari)

422
ʈ SOLAT SUBUH: Bacaan Solat Subuh paling panjang
dibandingkan yang lain. Berkemungkinan Nabi salla
Allah `alaih wa sallam membaca sekitar 30 ayat (sekitar
3 muka surat) untuk setiap rakaat berdasarkan beberapa
hadith. Antaranya hadith baginda mmebaca Surah al-
Sajdah dan al-Insan pada pagi Jumaat, riwayat Sahih
Muslim menunjukkan baginda membaca Surah Qaf
(3muka surat), riwayat al-Hakim menunjukkan baginda
membaca Surah al-Waqi`ah (3 muka surat lebih), juga
ada riwayat baginda membaca Surah al-Saffat (7 muka
surat). Berkemungkinan Surah al-Saffat dibaca dalam
kedua-dua rakaat.

Apapun perbahasannya, Imam mesti mempertimbangkan


keadaan jamaah setempat. Dalam masa yang sama, Imam
berusaha untuk meluruskan amalan masyarakat agar selari
dengan sunnah Nabi salla Allah `alaih wa sallam.

Hal ini berdasarkan perintah Nabi salla Allah `alaih wa


sallam yang berbunyi,

‫أيكم أم الناس فليخفف فإن فيهم الصغير والكبير والضعيف‬


‫وذ الحاجة‬
Terjemahan: “Mana-mana kalangan kamu yang
menjadi Imam, hendaklah meringankannya. Kerana di
belakang mereka ada budak kecil dan orang tua, ada
orang lemah, dan ada orang yang ada urusan.” (Rujuk
fatwa al-Lajnah al-Da’imah, 6:391)

423
Kaedah
83 Solat Sunat
4 Rakaat
1 Salam
Persoalan:

U staz, bolehkah saya solat sunat sebelum zohor 4 rakaat


dengan 1 salam? Jika boleh, adakah saya perlu baca
tashahhud awal?

Penjelasan:
Persoalan ini memang banyak ditimbulkan kepada saya. Insha
Allah saya berusaha memberikan penjelasan sebaik mungkin.

Saya bermula dengan menghayati pernyataan al-Nawawi


yang berbunyi,

( ‫إحداها ) قد سبق أنه إذا صلى أربعا قبل الظهر أو بعدها أو‬
‫قبل العصر يستحب أن يكون بتسليمتين وتجوز بتسليمة‬
‫بتشهد وبتشهدين‬
Terjemahan: “(Pertama) Kita telah menjelaskan
bahawa jika kita ingin mengerjakan solat sunat
sebanyak 4 rakaat sebelum Zohor, atau selepas Zohor,
atau sebelum Asar, disukai kita mengerjakannya dengan
2 salam. Dan kita juga boleh mengerjakannya hanya
dengan satu salam, sama ada dengan 1 kali tashahhud
atau 2 kali tashahhud.” (Al-Majmu‘, 5:40)
Baik, ada 3 perkara penting diketengahkan oleh al-Nawawi
di sini.

÷ Kita dibenarkan untuk solat sunat sebanyak 4 rakaat


dengan 1 salam.
÷ Yang terbaik ialah kita mengerjakannya dengan 2 salam.
Ini adalah pendapat kebanyakan ulama.

÷ Apabila kita solat 4 rakaat 1 salam, kita dibenarkan


untuk membaca 2 kali tashahhud atau hanya melakukan
tashahhud akhir.

Al-Nawawi menjelaskan,

‫ ركعتين‬، ‫فإذا صلى أربعا بتسليمتين ينوي بكل ركعتين‬


‫ وإذا صالها بتسليمة وتشهدين فقد سبق في‬، ‫من سنة الظهر‬
‫باب صفة الصالة خالف في أنه هل يسن قراءة السورة في‬
‫ األخيرتين ؟ كالخالف في الفريضة‬.
Terjemahan: “Jika kita solat 4 rakaat dengan 2 salam,
maka hendaklah kita berniat pada setiap solat. Jika kita
mengerjakan solat 4 rakaat dengan 2 salam, kita telah
jelaskan dalam bab Sifat al-solah, bahawa wujud khilaf
adakah disunatkan membaca surah pada 2 rakaat
terakhir? Khilaf ini sama dengan khilaf yang wujud
dalam kes solat fardhu.” (Al-Majmu‘, 5:40-41)
Saya akan jelaskan apa maksud al-Nawawi sefaham kita.
Selebihnya saya mohon ampunan kepada Allah Taala jika
kefahaman saya yang tersilap.

 Bab niat setiap solat itu, rasanya tidak perlu kita


bahaskan. Walaupun sebenarnya ada isu yang perlu
diperjelaskan, namun bukan di sini.

426
 Ulama berselisih faham tentang bacaan surah pada
rakaat ketiga dan keempat. Boleh rujuk perbahasan kita
di dalam bab tersebut.

 Secara ringkasnya, kebanyakan ulama menyatakan tidak


sunnah membaca surah pada rakaat ke-3 dan ke-4.

 Ada ulama menyatakan sunnah, iaitu Imam al-Shafi‘i


sendiri.

 Ada ulama menyatakan hanya sunnah di dalam solat


Zohor.

 Dan ada ulama menyatakan, dalam banyak keadaan


kita tidak perlu membacanya. Dan kadang-kadang, kita
membacanya.

 Saya sendiri cenderung dengan pendapat terakhir.


Wallah a‘lam.

 Begitulah juga hukumnya jika kita solat sunat 4 rakaat


dengan 1 kali salam dan 2 tashahhud.

 Bermakna, wallah a‘lam, kita disunnahkan membaca


surah pada 2 rakaat terakhir jika kita hanya membaca
1 kali tashahhud. Kes ini sama dengan solat witir 3
rakaat 1 salam; yang mana kita hanya melakukan 1 kali
tashahhud dan kita membaca surah pada rakaat ke-3.

Wallah a‘lam.

Rujukan:
Al-Majmu` oleh al-Nawawi.

427
Kesilapan

84 Berlaku
Dalam Doa
Antara
Dua Khutbah
Persoalan:

A da ustaz berceramah mengatakan doa antara dua khutbah


sangat dituntut kerana berkemungkinan jatuh pada waktu
doa dimustajabkan. Benarkah pendapat ustaz tersebut?

Penjelasan:
Saya sangat bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh ustaz
tersebut. Hal ini bertepatan dengan hadith Nabi salla Allah
`alaih wa sallam yang menyatakan terdapat satu saat mustajab
doa pada hari Jumaat.

Antara masa yang dicadangkan ialah ketika imam duduk


seketika selepas menamatkan khutbah yang pertama. Kelak, kita
akan bahaskan perkara ini dengan lebih mendalam.

Cuma, ada beberapa perkara yang perlu kita berikan


perhatian. Apa lagi, kita mendapati terdapat kesilapan yang
dilakukan oleh sesetengah masjid yang perlu diperbetulkan
semula agar bersamaan dengan kehendak Nabi salla Allah `alaih
wa sallam.

PERTAMA: Bab mengangkat tangan ketika berdoa antara


dua khutbah.

 Mengangkat tangan ketika berdoa adalah harus. Maka,


diharuskan kita mengangkat tangan ketika berdoa
selepas mengerjakan solat sunat atau mana-mana
waktu.
 Meskipun begitu, jika tidak terdapat sunnah
mengangkat tangan dalam situasi tertentu, maka
sebaik-baik kita tidak mengangkat tangan.

Dalam bab berdoa antara dua khutbah, tiada satu hadith


yang sahih menunjukkan Nabi salla Allah `alaih wa sallam
mengangkat kedua-dua tangan baginda, begitu juga dengan
sahabat.

Sehubungan itu, sebaik-baiknya kita tidak mengangkat


tangan. Jika kita mengangkat tangan juga, insha Allah tidak
ada masalah. Kita berlapang dada dalam bab ini. Orang yang
mengangkat tangan tidak memandang negatif kepada orang
yang tidak mengangkat tangan, begitulah sebaliknya.

Kita perlu memahami bahwa, perbuatan tidak mengangkat


tangan tidak bermakna sombong. Apa lagi terdapat banyak doa
yang kita bacakan tanpa kita mengangkat tangan. Sombong atau
tidak, bukan terletak pada mengangkat tangan.

DUA: Tidak ada doa yang khusus untuk dibaca ketika ini.
Ada ulama mencadangkan agar kita membaca penghulu segala
istighfar. Yang tepat dalam bab ini, kita membaca apa-apa doa
yang kita inginkan daripada Allah Taala.

TIGA: Terdapat sesetengah masjid, yang mana muazzin


yang membaca doa atau berselawat dengan menggunakan
pembesar suara. Walhal doa ketika itu elok dibacakan secara
persendirian dan dengan suara yang perlahan.

430
Ibn Hajar al-Haitami berkata,

‫ أن السنة للحاضرين االشتغال‬: ‫ويؤخذ مما ذكر عن القاضي‬


، ‫ لما تقرر أنه مستجاب حينئذ‬، ‫وقت هذه الجلسة بالدعاء‬
‫ لما في الجهر‬، ‫وإذا اشتغلوا بالدعاء فاألوىل أن يكون سرا‬
‫ وألن اإلسرار هو األفضل في‬، ‫من التشويش على بعضهم‬
‫الدعاء إال لعارض‬
Terjemahan: “Berdasarkan apa yang disebutkan
oleh al-Qadi, disunnahkan kepada semua yang hadir
untuk berdoa ketika khatib duduk. Ini disebabkan
terdapat pandangan menyatakan ia merupakan waktu
doa dimakbulkan. Dalam berdoa, sebaik-baiknya
dengan menggunakan suara yang perlahan. Ini kerana
perbuatan meninggikan suara akan mengganggu orang
lain. Apa lagi, berdoa dengan suara perlahan lebih
utama kecuali jika ada sebab berbuat demikian.” (Al-
Fatawi al-Fiqhiyyah al-Kubra, 1:251-252)
Sheikh Muhammad Rashid Redha berkata,

‫ وإنما‬، ‫ طلب السكوت إذا صعد اإلمام ال ِمنبر‬: ‫والمأثور‬


‫ ال بأس بالدعاء في غير‬: ‫السكوت للسماع ؛ لذلك نقول‬
ُ
‫ ال يؤذي غيره بدعائه‬، ‫ ولكن يدعو خفية‬، ‫وقت السماع‬
ً
‫شعارا من شعائر‬ ‫ فيكون ذلك‬، ‫ وال يرفع كل الناس أيديهم‬،
‫الجمعة بغير هداية من السنة فيه ؛ بل إنهم يخالفون صريح‬
431
‫السنة ؛ إذ يقوم اإلمام ويشرع في الخطبة الثانية وهم‬
َ
‫ فأوىل لهم سماع وتدبر وقت الخطبة‬، ‫مستمرون على دعائهم‬
Terjemahan: “Yang tepatnya menurut nas, kita dituntut
untuk berdiam diri ketika imam berada di atas mimbar.
Diam itu adalah untuk mendengar khutbah. Oleh yang
demikian, kita katakan, tidak mengapa kita berdoa pada
waktu selain mendengar khutbah -seperti ketika khatib
duduk-, namun mesti dengan suara yang perlahan.
Bacaan doanya tidak boleh mengganggu orang lain.
Tidak perlu mengangkat tangan ketika berdoa, kerana
kelak ia akan menjadi syiar Jumaat tanpa ada petunjuk
daripada sunnah. Bahkan perbuatan itu menyalahi
sunnah. Bahkan ada kalangan mereka menyalahi
sunnah lantaran mereka tetap berdoa meskipun khatib
sudah menyambung khutbah yang kedua. Sebaik-
baiknya mereka mendengar dan tadabbur waktu
khutbah.” (Majalah al-Manar, 6:792)

Rumusan:
1 Kita digalakkan berdoa, atau berzikir, atau beristighfar,
ketika khatib duduk antara dua khutbah.

2 Kita tidak dibenarkan meninggikan suara kita agar tidak


mengganggu orang yang berdekatan dengan kita.

3 Perbuatan bilal membaca doa atau selawat dengan suara


yang kuat tidak menepati sunnah, malah bersalahan
kerana mengganggu orang lain.
432
Terfikirkan

85 Perkara
Yang haram
Dalam
Solat
Persoalan:

A pakah solat saya sah jika saya terfikirkan perkara yang


lagho malah haram dalam solat seperti berjudi?

Penjelasan:
Insha Allah kita memberikan penerangan ringkas berkenaan
perkara ini. Al-Nawawi menjelaskan,

‫يستحب الخشوع في الصالة والخضوع وتدبر قراءتها‬


‫وأذكارها وما يتعلق بها واالعراض عن الفكر فيما ال يتعلق‬
‫بها فان فكر في غيرها وأكثر من الفكر لم تبطل صالته‬
‫لكن يكره سواء كان فكره في مباح أو حرام كشرب الخمر‬
‫وقد قدمنا حكاية وجه ضعيف في فصل الفعل من هذا الباب‬
‫ان الفكر في حديث النفس إذا كثر بطلت الصالة وهو شاذ‬
‫مردود وقد نقل االجماع على انها ال تبطل واما الكراهة‬
‫فمتفق عليها‬
Terjemahan: “Disukai kita khusyuk dan merendah diri
dalam solat. Mentadabbur bacaan Quran, zikir-zikir
dan apa yang berkaitan dengannya. Dan hendaklah
kita tidak berfikir perkara yang tiada kaitan.
“Sekiranya kita terfikirkan (atau memikirkan) perkara
yang lain dan banyak (atau lama) memikirkannya,
solat kita tidak batal namun makruh. Sama ada kita
memikirkan perkara yang diharuskan atau diharamkan
seperti minum arak.

“Kami telah terangkan sebelum ini satu pendapat


yang lemah dalam fasal “perbuatan” dalam bab ini
(iaitu bab apa yang boleh membatalkan solat dan apa
yang makruh), bahawa berfikir adalah perbuatan hati
yang mana jika banyak, akan membatalkan solat. Ini
merupakan pendapat yang ganjil juga ditolak.

“Kami telah nukilkan pendapat ijmak bahawa berfikir


(walau banyak dan lama) tidak membatalkan solat.
Tentang kemakruhannya, itu disepakati ulama.” (Al-
Majmu‘, 5:144-145)
Antara dalil yang digunakan oleh ulama ialah,

‫إن اهلل تجاوز ألمتي ما حدثت به أنفسها ما لم تعمل أو‬


‫تكلم به‬
Terjemahan: “Sesungguhnya Allah Taala tidak
mengambil kira umat saya yang berbicara dalam
hati selagi mana dia tidak melakukannya atau tidak
mengucapkannya.” (Al-Bukhari dan Muslim)

435
Imam al-Bukhari telah mendatangkan hadith dan athar
yang mengesahkan perkara ini, antaranya Nabi salla Allah ‘alaih
wa sallam sendiri pernah terfikirkan tentang harta di rumah
baginda yang belum disedekahkan.

‘Umar bin al-Khattab radhiyallah ‘anh juga pernah


menyusun pembahagian harta cukai (jizyah) ketika mengerjakan
solat sehingga beliau terlupa rakaat solat.

Rumusan:
1 Meskipun kita mengatakan tidak batal, namun perbuatan
berfikir atau berkhayal dalam tempoh yang lama
atau banyak bukanlah satu perkara yang digalakkan,
semestinya. Namun, untuk menyatakan solat akan batal
disebabkan berfikir, ia memerlukan dalil. Dalil yang ada
menunjukkan solat tidak batal.

2 Kita mesti berusaha untuk memberikan fokus dalam


solat. Memikirkan tentang akhirat seperti syurga dan
neraka yang tiada kaitan dengan ayat Quran yang dibaca
lebih baik berbanding memikirkan soal keduniaan, apa
lagi perkara yang diharamkan.

Rujukan:
Al-Majmu‘ karya al-Nawawi.

436
Makmum

86 Berdiri
Di Sebelah
Kanan
Atau Kiri
Imam?
Persoalan:

B iasanya kita sebagai makmum, akan berdiri di sebelah


kanan imam jika kita seorang. Namun, bukankah terdapat
hadith menyatakan makmum sepatutnya berdiri di sebelah
kiri imam?

Penjelasan:
Saya tidak pernah pula mendengar mana-mana hadith
menyuruh makmum berdiri di sebelah kiri imam.

Lainlah jika dharurat.

Kemungkinan hadith yang dimaksudkan ialah kisah


Ibn ‘Abbas radhiyallah ‘anhuma. Hadith itu berkenaan Ibn
‘Abbas radhiyallah ‘anhuma tidur di rumah makcik beliau yang
merupakan isteri Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam, Maimunah
radhiyallah ‘anha.

Ketika Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam solat malam, Ibn


‘Abbas bangun mengikut baginda. Beliau menceritakan,

‫فقمت عن يمينه فجعلني عن يساره‬


Terjemahan: “Lalu saya berdiri di sebelah kanan Nabi.
Namun baginda mengubah kedudukan saya ke sebelah
kiri.”
Hadith ini sebagai makluman, dianggap sebagai hadith
tersilap. Dalam ilmu hadith, ia dipanggil hadith maqlub
(tertukar).
Saya akan menerangkan sedikit sahaja penerangan
berkenaan hadith maqlub ini. Menurut Sheikh Nur al-Din ‘Itr
rahimahullah di dalam Manhaj al-Naqd (435), hadith maqlub
bermaksud,

“Hadith yang mana perawinya tertukar sesuatu, sama


ada dalam sanad atau matan, disebabkan terlupa atau
sengaja.”
Banyak contoh hadith maqlub.

Contoh hadith maqlub sudut sanad (perawi hadith).

Ibn Abi Hatim berkata,

“Saya bertanyakan ayah saya tentang hadith yang


diriwayatkan oleh Ahmad bin ‘Isam al-Ansari, daripada
Abi Bakr al-Hanafi, daripada Sufyan, daripada Hakim
bin Sa‘d, daripada ‘Imran bin Zibyan, daripada
Salman. (lalu dibaca hadith). Saya mendengar ayah
saya memberikan komentar: Hadith ini maqlub
(tertukar). Sepatutnya hadith ini diriwayatkan oleh
Sufyan, daripada ‘Imran bin Zibyan, daripada Hakim
dan Sa‘d, daripada Salman.”
Di manakah maqlubnya? Hadith yang dibacakan oleh Ibn
Abi Hatim diriwayatkan oleh,

Sufyan - Hakim - ‘Imran - Salman

Sebetulnya, Sufyan - ‘Imran - Hakim - Salman.

439
Contoh hadith maqlub sudut matan (teks) pula ialah,
berkenaan hadith 7 orang mendapat lindungan di akhirat kelak.
Antaranya ialah,
ُ ْ ُ َ ُ ُ َ َ ْ َ َ َّ َ َ َ ْ َ َ َ َ َ َ َّ َ َ ٌ ُ
‫َو َرجل تصدق بِصدق ٍة فأخفاها حتى ل تعل َم ي ِمينه ما تن ِفق‬
ُُ َ
‫ِشماله‬
Terjemahan: “...dan seseorang yang bersedekah
sesuatu, lalu menyembunyikannya sehingga tangan
kanannya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh
tangan kiri...”
Hadith ini riwayat Muslim dalam kitab al-Zakah, bab Fadl
ikhfa’ al-sadaqah.

Terdapat maqlub dalam hadith ini. Riwayat yang sahih


seperti dalam al-Bukhari dalam kitab al-Adhan, bab
Man jalas fi al-masjid berbunyi, “sehingga tangan
kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan
kanannya.”
Panjang pula perbahasan ini. Kita perlu ringkaskan
perbincangan, yang penting kita mengetahui hukum yang
ditanyakan.

Kita berbalik hukum makmum yang berseorangan, menurut


ulama, dia hendaklah berdiri di sebelah kanan imam.

Hadith berkenaan Ibn ‘Abbas radhiyallah di atas adalah


maqlub. Ada hadith lain yang membetulkannya.

440
Imam Muslim bin al-Hajjaj al-Naisaburi berkata,
“Perkhabaran (hadith) itu silap (ghalat) tidak terpelihara.”

Persoalannya, apakah hukum solat makmum yang berdiri


di sebelah kiri imam?

Ibn Qudamah al-Maqdisi menjelaskan,

‫ فإن كان عن يمين اإلمام أحد‬, ‫وأما إذا وقف عن يسار اإلمام‬
, ‫ صحت صالته ; ألن ابن مسعود صلى بين علقمة واألسود‬,
‫ هكذا رأيت رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم‬: ‫فلما فرغوا قال‬
‫ وألن وسط الصف موقف لإلمام في حق‬، ‫فعل رواه أبو داود‬
‫ وإن لم يكن عن يمينه أحد فصالة من وقف‬, ‫النساء والعراة‬
« ‫ سواء كان واحدا أو جماعة « انتهى من‬, ‫عن يساره فاسدة‬
24 / 2 ( “ ‫) المغني‬
Terjemahan: “Jika makmum berdiri di sebelah kiri
imam, dalam keadaan ada makmum lain di sebelah
kanan, maka solatnya sah; kerana Ibn Mas‘ud
radhiyallah ‘anh pernah menjadi imam dengan berdiri
di tengah-tengah ‘Alqamah dan al-Asaad. Setelah
solat selesai, beliau berkata: Demikianlah saya lihat
Rasulullah salla Allah ‘alaih wa sallam melakukannya.
Riwayat Abu Dawud. Ini kerana kedudukan tengah saf
adalah kedudukan imam bagi wanita dan orang tidak
berpakaian. Namun, jika tiada tiada orang di sebelah

441
kanan imam, maka solat orang yang berdiri di sebelah
kiri imam adalah rosak (batal). Sama ada dia seorang
sahaja ssbagai makmum atau masih ada makmum yang
lain.” (Al-Mughni, 2;42)
Beliau menyambung lagi,

‫وأكثر أهل العلم يرون للمأموم الواحد أن يقف عن يمين‬


‫ خالف السنة‬, ‫ وأنه إن وقف عن يساره‬, ‫اإلمام‬
Terjemahan: “Kebanyakan ahli ilmu berpendapat
makmum yang berseorang mesti berdiri di sebelah
kanan imam. Jika dia berdiri di sebelah kiri, perbuatan
itu menyalahi sunnah.” (Al-Mughni, 2:42)

Rumusan:
Sebetulnya, jika kita seorang sahaja menjadi makmum, kita
perlu berdiri di sebelah kanan imam.

Hadith Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam menarik Ibn ‘Abbas


radhiyallah ‘anhuma ke sebelah kiri adalah hadith maqlub.

Sebetulnya, baginda menarik beliau dari kiri ke kanan.

Rujukan utama:
Al-Ijtihad fi ‘Ilm al-Hadith wa Atharuh fi al-Fiqh al-Islami karya
Dr ‘Ali Nayif Biqa‘i, 520-528.

442
Solat

87 Orang
Yang
Belum Pandai
Membaca
Al-Quran
Persoalan:

A da seseorang baru memeluk Islam. Bagaimanakah dia


mahu mengerjakan solat sedangkan dia tidak pandai pun
membaca al-Quran.

Penjelasan:
Islam bukanlah agama yang menyusahkan, sebaliknya
merupakan agama yang sentiasa memberikan peluang kepada
penganutnya untuk beramal mengikut kemampuannya.
Dalam masa yang sama, seseorang itu hendaklah sentiasa
meningkatkan ilmu pengetahuan khususnya dalam bab agama,
memperbetulkan amal ibadah dan juga bacaan al-Quran.

Untuk peringkat awal, bolehlah dia solat dengan


memperbanyakkan tasbih “Subhanallah wa al-hamdulillah, wa
la ilaha illallah wa Allah akbar wala hawla wala quwwata illa
billah al-`ali al-`azim”.

Dalilnya ialah, apabila seorang lelaki datang mengadu


kepada Nabi salla Allah `alaih wa sallam keadaan dirinya yang
tidak mampu membaca al-Quran, baginda berkata,

[‫قل سبحان اهلل والحمد هلل وال هلإ إال اهلل واهلل أكبر وال‬
]‫حول وال قوة إال باهلل العلي الظيم‬
Riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Nasa’i, dan disahihkan
oleh Ibn Hibban, al-Daraqutni dan al-Hakim. (Rujuk
fatwa al-Lajnah al-Da’imah, 6:397)
Solat

88 Pada
Waktu
Terlarang
Di Mekah
Persoalan:

B olehkah saya mengerjakan solat sunat pada waktu terlarang


ketika berada di Mekah?

Penjelasan:
Saya jelaskan dahulu bilakah waktu dilarang mengerjakan solat
sunat.

Waktu yang dimaksudkan ialah:-

i. Selepas mengerjakan solat subuh.

ii. Selepas mengerjakan solat asar.

iii. Ketika matahari baru terbit, atau disebut waktu


syuruq.

iv. Ketika matahari atas kepala, sekitar 12-20 mijit


sebelum zohor.

v. Ketika rembang senja, sekitar 12-20 minit sebelum


maghrib.

Bagi Maliki dan Imam al-Bukhari, tidak dilarang solat sunat


ketika matahari berada di atas kepala.

Bagi sebahagian kecil ulama, tidak dilarang solat sunat


selepas mengerjakan solat asar.
‫‪Saya tidak bercadang untuk mengupas apakah jenis solat‬‬
‫‪yang dilarang dan yang sebaliknya, diharuskan.‬‬

‫‪Berkenaan persoalan yang diajukan, terdapat dua pendapat‬‬


‫‪ulama.‬‬

‫‪1‬‬ ‫‪PERTAMA: Mazhab al-Shafi‘i. Mereka membenarkan‬‬


‫‪solat dalam semua waktu ketika berada di Mekah.‬‬

‫‪Al-Nawawi menjelaskan panjang lebar tentang perkara ini.‬‬

‫قال أصحابنا‪ :‬ال تكره الصالة بمكة في هذه األوقات‪ ،‬سواء‬


‫في ذلك صالة الطواف وغيرها‪ ،‬هذا هو الصحيح المشهور‬
‫عندهم‪ ،‬وفيه وجه أنه إنما تباح صالة الطواف حكاه‬
‫الخراسانيون وجماعة من العراقيين منهم الشيخ أبو حامد‬
‫والبندنيجي والماوردي‪ ،‬وحكاه صاحب الحاوى عن أبي‬
‫بكر القفال الشاشي‪ ،‬والمذهب األول‪ ،‬قال صاحب الحاوي‪:‬‬
‫وبه قال أبو إسحق المروزي وجمهور أصحابنا‪ ،‬والمراد بمكة‬
‫البلدة وجميع الحرم الذي حواليها‪ ،‬ويف وجه إنما تباح في‬
‫نفس البلدة دون باقي الحرم‪ ،‬ويف وجه ثالث حكاه صاحب‬
‫الحاوي عن القفال الشاشي إنما تباح في نفس المسجد‬
‫الذي حول الكعبة ال فيما سواه من بيوت مكة وسائر الحرم‪،‬‬
‫والصحيح األول صححه األصحاب وحكاه صاحب الحاوي‬
‫عن أبي إسحق المروزي‪ ،‬هذا تفصيل مذهبنا‪ .‬وقال مالك‬

‫‪447‬‬
‫ ال تباح الصالة بمكة في هذه األوقات‬:‫وأبو حنيفة وأحمد‬
‫ دليلنا حديث جبير‬،‫لعموم األحاديث‬.
Terjemahan: “Ulama-ulama mazhab kami berpendirian:
Tidak dimakruhkan solat pada waktu terlarang ketika
berada di Mekah, sama ada solat tawaf atau selainnya.
Inilah pendapat yang sahih masyhur menurut mereka.

“Ada pendapat lain menyatakan bahawa yang


diharuskan hanyalah solat tawaf seperti disebutkan
ulama aliran Khurasan dan sekumpulan ulama dari
Baghdad seperti Sheikh Abu Hamid, al-Bandaniji dan
al-Mawardi. Pengarang al-Hawi -iaitu al-Mawardi-
mengambil pandangan ini daripada Abu Bakr al-Qafal
al-Shashi.

“Pandangan yang kuat ialah pandangan yang pertama


-tidak boleh-.

“Pengarang al-Hawi berkata: Inilah -boleh solat pada


waktu terlarang- pendapat Abu Ishaq al-Marwazi dan
jumhur ulama mazhab kami.

“Yang dimaksudkan dengan Mekah ialah tempat itu


sendiri dan tanah haram sekelilingnya. Ada pendapat
lain menyatakan hanya tempat itu dan baki tanah
haram yang lain tidak terbabit.

448
“Ada pendapat ketiga yang disebutkan oleh pengarang
al-Hawi daripada al-Qafal al-Shashi, bahawa Mekah
yang dimaksudkan ialah Masjid al-Haram, bukannya
meliputi kesemua rumah dan tanah haram yang lain.

“Yang sahih ialah pendapat pertama, disahkan oleh


ulama-ulama dan disebutkan pengarang al-Hawi
bersumberkan Abu Ishaw al-Marwazi. Inilah perincian
mazhab kami. Malik, Abu Hanifah dan Ahmad
berpendapat tidak boleh solat di Mekah pada waktu
terlarang berdasarkan keumuman hadith. Dalil kami
ialah hadith Jubair.”
Beliau menyambung lagi.

‫حديث جبير بن مطعم رضي اهلل عنه أن النبي صلى اهلل‬


‫عليه وسلم قال « يا بني عبد مناف ال تمنعوا أحدا طاف بهذا‬
‫البيت وصلى أي ساعة شاء من ليل أو نهار « رواه أبو داود‬
‫والترمذي في كتاب الحج والنسائي وابن ماجه وغيرهما في‬
‫ هو حديث حسن‬:‫ وقال‬،‫ وهذا لفظ الترمذي‬،‫كتاب الصالة‬
‫ يحتمل أن يكون المراد بالصالة صالة‬:‫ قال البيهقي‬.‫صحيح‬
‫ ويحتمل جميع الصلوات‬،‫الطواف خاصة وهو األشبه باآلثار‬
‫ ال تمنعوا أحدا يطوف‬:‫(قلت) ويؤيد األول رواية أبي داود‬
‫بهذا البيت يصلي أي ساعة شاء من ليل أو نهار‬

449
Terjemahan: “Hadith Jubair bin Mut‘im radhiyallah
‘anh bahawa Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam berkata:
[Wahai anak ‘Abd Manaf, tiada yang boleh menghalang
seseorang untuk tawaf di rumah ini dan solat pada
waktu yang dia mahukan, malam mahupun siang].
Hadith ini riwayat Abu Dawud, al-Tirmidhi dalam kitab
al-Haj, al-Nasa’i, Ibn Majjah dan selain mereka dalam
kitab solat. Hadith ini adalah lafaz al-Tirmidhi. Beliau
berkata: Hadith ini hasan sahih. Al-Baihaqi berkata:
[Kemungkinan hadith ini merujuk kepada solat tawaf
secara khusus dan pendapat ini lebih menepati athar.

“Kemungkinan juga merujuk keseluruhan solat. Saya


berpendapat: Pandangan pertama telah diperkuatkan
oleh hadith riwayat Abu Dawud seperti di atas.”

2 PENDAPAT KEDUA: Mazhab jumhur ulama. Tidak


dibolehkan. Mereka tidak membezakan larangan itu
sama ada di Mekah atau di tenpat lain.

Ibn Qudamah menerangkan,

‫وال فرق بين مكة وغيرها في المنع من التطوع في أوقات‬


‫ ال يمنع فيها لقول النبي صلى اهلل‬: ‫ وقال الشافعي‬،‫النهي‬
‫ [ ال تمنعوا أحدا طاف بهذا البيت وصلى في‬: ‫عليه وسلم‬
‫ سمعت‬: ‫أي ساعة شاء من ليل أو نهار ] وعن أبي ذر قال‬
‫ [ ال يصلين أحد‬: ‫رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم يقول‬

450
‫بعد الصبح إلى طلوع الشمس وال بعد العصر إلى أن تغرب‬
.‫ قال ذلك ثالثا رواه الدارقطني‬: ‫الشمس إال بمكة ] يقول‬
‫ فاستوت فيه مكة‬،‫ولنا عموم النهي وأنه معنى يمنع الصالة‬
‫ وحديثهم أراد به ركعتي الطواف فيختص‬.‫وغيرها كالحيض‬
‫ وحديث أبي ذر ضعيف يرويه عبد اهلل بن المؤمل وهو‬،‫بهما‬
‫ضعيف قاله يحيى بن معين‬
Terjemahan: “Dan tiada perbezaan antara Mekah
dengan tempat lain dalam bab larangan mengerjakan
solat sunat pada waktu terlarang. Imam al-Shafi‘i
berkata: [Tidak dilarang jika di Mekah berdasarkan
sabdaan nabi salla Allah ‘alaih wa sallam yang
berbunyi: Janganlah kamu mengerjakan solat selepas
subuh sehingga terbit matahari -isyraq, bukannya
syuruq. Dan begitu juga selepas asar sehingga terbenam
matahari, kecuali di Mekah. Baginda mengulangi
sabdaannya sebanyak 3 kali]. Riwayat ini oleh al-
Daraqutni.

“Kami pula berpegang dalil umum larangan yang


membawa natijah larangan solat. Sama sahaja ketika
di Mekah dan selainnya seperti kes wanita yang haid.
Hadith yang dihujjahkan di atas sebetulnya merujuk
kepada solat dua rakaat tawaf. Hadith Abu Dhar
radhiyallah ‘anh adalah hadih yang lewah diriwayatkan

451
oleh ‘Abdullah. Dia adalah perawi yang dhaif seperti
disebutkan oleh Yahya bin Ma‘in.”
Pengarang Matalib Uli al-Nuha sharh Ghayah al-Muntaha
menjelaskan,

‫ومكة كغيرها في النهي عن الصالة في هذه األوقات إال‬


‫ركعتي الطواف‬
Terjemahan: “Dan larangan untuk solat sunat di Mekah
pada waktu terlarang sama sahaja dengan tempat lain,
kecuali dalam kes solat tawaf dua rakaat.”

Rumusan:
Ulama khilaf tentang keharusan solat sunat pada waktu larangan
di Mekah. Mazhab al-Shafi‘ī membenarkan, sedangkan 3 mazhab
yang lain tidak membenarkan.

Yang pasti, solat tawaf boleh dikerjakan pada bila-bila


masa.

Rujukan utama:
i. Al-Majmu‘ oleh Nawawi.

ii. Al-Sharh al-Kabir oleh Ibn Qudamah

452
Sujud

89 Untuk
Berdoa
Selepas
Solat
Persoalan:

B olehkah saya bersujud selepas solat untuk berdoa?

Penjelasan:
Saya sebenarnya telah menerangkan perkara ini sebelum ini
namun tidak secara fokus sepenuhnya.

Memang terdapat saranan sebahagian guru agama, untuk


kita bersujud selepas solat hajat dan berdoa di dalam sujud
tersebut.

Sebahagian mereka menyarankan agar kita membaca


tasbih Nabi Yunus ‘alaih al-salam terlebih dahulu sebanyak 40
kali.

Apakah amalan ini dibenarkan?

1 Pertama: Tidak pernah terdapat dalam mana-mana


sunnah salla Allah ‘alaih wa sallam menunjukkan perkara
demikian.

2 Kedua: Kita berasa agak pelik kenapa disarankan untuk


berdoa selepas solat? Sepatutnya kita berdoa dalam solat
terutamanya ketika sujud dan tashahhud akhir.

3 Ketiga: Hanya terdapat 2 bentuk sujud yang dibenarkan


seperti disyarahkan oleh al-Nawawi.
ʈ Sujud dalam solat merangkumi sujud solat, sahwi dan
tilawah.
ʈ Sujud luar solat merangkumi sahwi -menurut
sebahagian ulama-, tilawah dan syukur.

Al-Nawawi menjelaskan, terdapat segelintir kecil ulama


mengharuskan sujud semata-mata ibadah kepada Allah
Taala. Namun, pendapat ini sangat lemah apa lagi tiada dalil
berkenannya. Ibadah memerlukan dalil.

4 Keempat: Amalan ini merupakan rekaan yang tidak


diketahui berpunca daripada mana. Menurut al-Qadi al-
Ruyani,

‫جرت عادة بعض الناس يسجدون بعد الفراغ من الصالة‬


‫فيدعو فيها وتلك سجدة ال يعرف فيها أصل ولم تنقل عن‬
‫الرسول صلى اهلل عليه وسلم والصحابة رضي اهلل عنهم‬
Terjemahan: “Menurut adat sebahagian orang untuk
bersujud selepas selesai solat lalu berdoa di dalam
sujud itu. Sujud sebegitu tiada asalnya dalam agama
dan tidak pernah diriwayatkan oleh Rasul salla
Allah ‘alaih wa sallam dan para sahabat radhiyallah
‘anhum.” (Bahr al-Mazhab, 2:77)

455
Rumusan:
Sehubungan itu, kita menyarankan agar menuruti sunnah
dengan memperbanyakkan doa di dalam solat itu sendiri
terutamanya ketika sujud dan tashahhud akhir.

Beramal dengan sunnah lebih memberikan kesan yang baik


buat hati, insha Allah.

Rujukan:
i. Al-Majmu‘ karya al-Nawawi.

ii. Bahr al-Mazhab karya al-Ruyani.

456
90 Maksud
Istighfar
Persoalan:

S aya mohon penjelasan daripada ustaz tentang maksud


istighfar.

Penjelasan:
Barakallahu fikum.

Sebenarnya banyak perkara yang ingin saya bahaskan


berkenaan istighfar dan falsafahnya. Yang memahami falsafah
istighfar dan dikaitkan dengan nama Allah Taala, al-Ghafur pasti
akan merasai kelazatan beristighfar.

Untuk memahaminya secara keterangan ringkas, kita mesti


melihat usul kalimah istighfar terlebih dahulu.

Istighfar membawa maksud menutup.


ʈ Kalimah ghafara ( ) membawa maksud menutup.
Contoh ayat “ghafara al-shai’,” bermaksud
“menutup sesuatu.”
ʈ Atau, “ghafara al-shaib bi al-
khidab,” maksudnya, “menutup uban dengan inai.”
ʈ Istighfar juga membawa maksud menyembunyikan.
Sesuatu benda yang disembunyikan, pastilah tertutup
dan tidak dapat dilihat.
ʈ Contoh ayat, , “aghfara al-mata‘ fi
al-wi‘a’,” maksudnya “menyembunyikan barang di dalam
bekas.”
Contoh ayat yang lain, “ighfir
thaubak fi al-wi‘a’,” bermaksud “simpanlah (sembunyikanlah)
pakaian kamu di dalam bekas.” Dengan tujuan untuk menjaga
kebersihannya, agar tidak terkena sebarang kekotoran.
ʈ Kalimah al-ghifarah bermaksud kain tudung
kepala wanita. Bukankah tudung menutupi kepala
daripada terdedah?
ʈ Kalimah al-ghafar bermaksud tumbuhan yang
tumbuh di tanah menyerupai burung-burung hijau.

Menurut sebahagian ahli bahasa, maghfirah berasal


daripada kalimah al-ghafar yang bermaksud sejenis tumbuhan
yang digunakan untuk mengubati luka.

Maksudnya, menutup luka.


ʈ Kalimah al-ghafirah membawa maksud
penutup.

Berdasarkan usul kalimah ini, kita dapat memahami


istighfar bererti menutup. Maksudnya, “kita bermohon agar Allah
Taala menutup dosa agar jiwa kita tidak tercemar, dan menutup
aib kita agar maruah kita kekal terpelihara murni.”

Doa istighfar adalah lanjutan daripada doa al-‘afw dan


sebelum doa al-rahmah. Insha Allah nanti kita bahaskan apabila
tiba masanya.

Apabila kita soroti penggunaan istighfar menurut al-Quran,


kita akan dapati sekurang-kurangnya ada 4 maksud.

459
1 Pertama: Istighfar dengan maksud mentauhidkan Allah
Taala.

Sila rujuk ayat 10 surah Nuh yang berbunyi,


َ َ ُ َّ ْ ُ َّ َ ُ ْ َ ْ ُ ْ ُ َ
ً ‫ان َغ َّف‬
‫ارا‬ ‫فقلت استغ ِفر وا ربكم إِنه ك‬
Terjemahan: “Sehingga aku berkata kepada mereka:
Istaghftiru (tauhidkan) Tuhan kamu, sesungguhnya Dia
benar-benar pengampun.”

2 Kedua: Istighfar dengan maksud solat.

Sila rujuk ayat 18 surah al-Dhariyat.


َ َْ َْ ُ َ َْْ َ
‫ار ه ْم يستغ ِف ُر ون‬
ِ ‫وبِالس‬
‫ح‬
Terjemahan: “Dan pada waktu suhur, mereka memohon
istighfar (solat).”
Menurut Mujahid dan ramai lagi ulama lain, maksud
istighfar dalam ayat ini ialah solat malam. Ibn Kathir
menjelaskan, jika istighfar itu dilakukan dalam solat, itulah yang
terbaik. (Rujuk Tafsir al-Qur’an al-‘Azim)

3 Ketiga: Istighfar dengan maksud memohon ampunan.

Sila rujuk ayat 29 surah Yusuf.


ُ َّ َ َْ ْ َ َٰ ْ َ ْ ْ َ ُ ُ ُ
‫نت م َِن‬
ِ ‫ك ك‬ ِ ِ‫يوسف أع ِرض عن هذا ۚ َواستغ ِف ِري ل ِذنب‬
ِ ‫ك ۖ إِن‬
َ ‫الْ َخا طئ‬
‫ين‬ ِِ

460
Terjemahan: ”Yusuf, sembunyikanlah peristiwa ini.
Dan (kamu wahai isteriku), mohonlah ampunan di atas
dosa kamu. Sesungguhnya kamu termasuk orang yang
bersalah.”
Keempat: Istighfar dengan maksud merahsiakan.

Sila rujuk ayat 16 surah al-Qasas.


ُ ‫اغف ْر ل ِي َف َغ َف َر لَ ُه ۚ إنَّ ُه ُه َو الْ َغ ُف‬
ْ َ َْ ُ َْ َ ّ ّ َ َ َ
‫ور‬ ِ ِ ‫قال ر ِب إِن ِي ظلمت نف ِسي ف‬
ُ ‫الرح‬
‫ِيم‬ َّ

Terjemahan: “(Nabi Musa ‘alaih al-salam) berkata,


Tuhan, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku
sendiri, maka rahsiakan perbuatanku ini, lalu Allah
Taala merahsiakannya. Sesungguhnya Allah al-ghafur
al-rahim.”
Boleh rujuk Tafsir al-Kabir dalam mentafsirkan ayat ini.

Rumusan:
Apabila kita memohon istighfar daripada Allah Taala, kita
disarankan untuk bermohon 3 perkara; keampunan dosa,
dilindungi maruah disembunyikan aib, dan dijauhkan daripada
neraka.

461
Rujukan:
1 Tafsir al-Kabir karya al-Razi.

2 Tafsir al-Qur’an al-‘Azim karya Ibn Kathir.

3 Kalimah Qur’aniyyah bi Ma‘an Mukhtalifah karya ‘Ali


Fahmi al-Nuzhi.

4 Kamus Besar Arab-Melayu terbitan Dewan Bahasa dan


Pustaka.

462
Menangis

91 Teringatkan
Orang
Tersayang
Di Dalam
Solat
Persoalan:

S aya kehilangan anak. Kadang-kadang saya menangis di


dalam solat kerana teringatkan anak saya. Adakah solat saya
sah?

Penjelasan:
Pada awal ini, saya ingin menjelaskan bahawa maksud khusyuk
di dalam solat ialah menghayati bacaan dan pergerakan di
dalam solat. Apabila kita membaca ayat berkenaan Nabi Ibrahim
`alaih al-salam, maka kita menghayati kisah yang disampaikan
melalui ayat tersebut.

Apabila kita membaca ayat berkenaan nikmat Allah Taala,


kita menghayati perihal nikmat itu di samping berdoa agar
Allah Taala mengurniakan dan mengekalkan nikmat-nikmat itu
kepada kita.

Asas khusyuk, begitulah.

Perkara kedua, tahapan orang yang khusyuk di dalam


solat terbahagi kepada dua. Bahagian pertama, timbul
perasaan kehambaan kepada Allah Taala; gementar hati dan
menambahkan keimanan namun tidak sampai mengalirkan air
mata.

Firman Allah Taala,


ْ َ ُ َ ُ ُ ُ ُ ْ َ َ ُ َ ُ َ َ َّ َ ُ ْ ُ ْ َ َّ
‫جلت قلوبه ْم َوإِذا تلِيت‬ ِ ‫إِنما المؤمِنون الذِين إِذا ذك ِر الل ّ و‬
َ ُ َّ َ َ َ ْ ّ َ َ َ َ ً َ ْ ُ ْ َ َ ُ ُ َ ْ ْ َ َ
‫علي ِهم آياته زادتهم إِيمانا وعلى رب ِ ِهم يتوكون‬
Terjemahan: “Hanyasanya orang-orang yang beriman
ialah orang yang apabila disebutkan Allah, gementarlah
qalbu-qalbu mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-
Nya, maka bertambahlah keimanan mereka. dan kepada
Tuhan mereka, mereka bertawakal.” (Al-Anfal:2)
Bahagian kedua yang lebih tinggi ialah, mereka menangis
sehingga mengeluarkan air mata disebabkan tenggelam dalam
keasyikan dan kelazatan beribadah kepada Allah Taala; takut
dan mengharap.

Perkara ketiga, ulama membahaskan hukum menangis


di dalam solat. Kita akan merumuskan pandangan-pandangan
mazhab seperti dijelaskan di dalam al-Mausu`ah al-Fiqhiyyah
secara ringkas.

i. Menurut ulama Hanafi, solat kita tetap sah


sekiranya kita menangis kerana teringatkan syurga
dan neraka. Namun, sekiranya kita menangis
kerana kesakitan dan musibah yang menimpa,
maka solat kita akan batal.Bagi al-Qadi Abu Yusuf
al-Hanafi, solat akan batal sekiranya terkeluar
suara melebihi kadar dua huruf.

ii. Menurut ulama Maliki, jika kita menangis tanpa


mengeluarkan suara, sama ada dalam kawalan
atau luar kawalan, maka solat kita tetap sah.
Namun, jika kita menangis dengan mengeluarkan
suara sedangkan tangisan itu masih boleh dikawal,
maka solat itu batal. Tanpa mengira sama ada kita
menangis kerana musibah atau kerana khusyuk.

465
Jika kita menangis sehingga mengeluarkan suara
kerana khusyuk dan tidak dapat dikawal, maka
solat kita kekal sah. Namun, jika kita menangis
dalam keadaan tidak terkawal dan tidak khusyuk,
maka solat kita batal.

iii. Menurut pendapat terkuat ulama Shafi`i, solat


akan terbatal jika menangis mengeluarkan suara
lebih daripada dua huruf, meskipun dengan alasan
teringatkan akhirat. Namun, ada pendapat yang
mengatakan tidak batal jika bukan dalam kawalan.

iv. Bagi ulama Hanbali pula, solat tidak batal


meskipun kita menangis atau merengek sehingga
terkeluar suara melebihi dua huruf jika kita tidak
dapat mengawal perasaan kerana teringatkan
akhirat. Sekiranya kita sengaja berbuat demikian,
maka solat batal.

Ibn Baz berkata dalam fatwa beliau tentang hukum


menangis di dalam solat,
ً ً
‫ إذا غلبه البكاء خشية هلل وتعظيما له خشوعا عند‬،‫نعم‬
‫ قد كان النبي ﷺ يبكي واكن‬،‫القراءة أو سماعها فال بأس‬
‫ فقد ثبت عنه ﷺ أنه كان يسمع لصدره أزيز‬،‫األخيار يبكون‬
‫ واكن الصديق إذا صلى‬،‫كأزيز المرجل من البكاء في الصالة‬
‫ واكن يسمع لـعمر نشيج‬،‫بالناس ال يسمع صوته من البكاء‬
‫البكاء وهو يصلي بالناس وأرضاه‬.

466
‫فالمقصود أنه إذا غلبه ذلك ولم يتعمده للرياء وإنما غلبه‬
،‫عند سماع القرآن أو عند قراءة القرآن فإنه ال حرج عليه‬
‫ولكنه ينبغي له أن يجاهد نفسه مهما أمكن في عدم‬
‫التشويش على الناس أو عدم تفهيمهم لكتاب اهلل ؛ ألن‬
‫المقصود الخشوع مع تفهيم الناس كالم اهلل حتى يستمعوا‬
‫ واهلل ويل‬،‫له ويستفيدون كالم اهلل والذي يغلبه ال يضره‬
‫ نعم‬.‫التوفيق‬.
Terjemahan: “Ya, jika dia tidak dapat mengawal
tangisan disebabkan terlalu khusyuk kepada Allah
Taala dan mengagungkan-Nya ketika ketika membaca
atau mendengar ayat-ayat al-Quran, maka tidak
mengapa. Rasulullah slala Allah `alaih wa sallam
menangis. Orang-orang yang mulia juga menangis.
Hadith menjelaskan baginda menangis di dalam solat
seperti bunyi periuk menggelegak. Abu Bakar al-
Siddiq radhiyallah `anh menangis ketika mengimami
solat sehingga suara beliau tidak kedengaran dengan
jelas. Orang juga mendengar suara rengekan `Umar
radhiyallah `anh ketika beliau mengimami solat, dan
para sahabat meredhai perbuatan itu.
Maksudnya ialah, hal ini jika kita tidak dapat mengawal
perasaan itu dan tidak sengaja melakukannya kerana ingin
menunjuk-nunjuk. Jika kita tidak dapat mengawal perasan itu
ketika mendengar bacaan al-Quran atau ketika membacanya,

467
maka tiada masalah. Namun, seboleh-bolehnya kita mengawal
tangisan kita agar tidak mengganggu orang yang berada
bersebelahan kita atau boleh menyebabkan mereka tidak dapat
memahami bacaan ayat al-Quran. Kerana maksud khusyuk
ialah menerbitkan kefahaman terhadap kalamullah dengan
kita bersungguh mendengarnya dan mengambil pengajaran
daripadanya. Maka, orang yang tidak dapat mengawal
perasaannya, tidak ada masalah. Allah lah sebaik-baik pemberi
taufiq. Ya.”14

Sekarang, perkara keempat, kita akan menjelaskan dengan


lebih fokus terhadap persoalan yang dikemukakan kepada kita.
Apakah solat seseorang yang memangis teringatkan anaknya
yang sudah meninggal sah?

Terdapat keterangan dalam al-Mausu`ah al-Fiqhiyyah yang


berbunyi,
ً
‫ فإن كان مغلوبا عليه‬: ‫وأما البكاء في الصالة لمصاب دنيوي‬
‫ وال تبطل صالته بذلك‬، ‫ وال يمكن دفعه فال حرج عليه‬،
‫ أما إن كان يقدر على دفعه فلم يدفعه واسترسل معه واكن‬،
‫بكاؤه بصوت فهو مبطل للصالة عند األئمة األربعة رحمهم‬
‫ واشترط بعضهم كالشافعي وأحمد لبطالن الصالة أن‬، ‫اهلل‬
‫ يظهر منه حرفان‬.
Terjemahan: “Tangisan di dalam solat disebabkan
musibah keduniaan: Jika tangisan itu di luar kawalan,

14 https://binbaz.org.sa/fatwas/17534/

468
dan kita tidak mampu untuk menahannya, maka solat
sah, tidak batal. Jika dia mampu mengawalnya, namun
dia sengaja tidak mengawalnya, maka jika dia menangis
sehingga mengeluarkan suara, solatnya akan batal
menurut imam-imam mazhab empat rahimahumullah.
Sebahagian mereka seperti Imam al-Shafi`i dan Imam
Ahmad mengatakan solat batal jika tangisannya
mengeluarkan dua huruf.” (Al-Mausu`ah al-Fiqhiyyah,
8:170)
Berdasarkan beberapa perbahasan ringkas yang kita
sebutkan, maka solat orang yang bertanya adalah sah jika ia
berada di luar kawalan. Saya amat memahami bahawa orang
yang kehilangan orang yang tercinta tidak akan dapat mengawal
perasaannya terutamanya ketika solat.

Rumusan:
1 Solat orang yang menangis kerana musibah yang
menimpa adalah sahih jika ia berlaku di luar kawalan dan
tidak mengeluarkan suara.

2 Seyogia ke atas orang yang ditimpa musibah untuk lebih


memberikan fokus kepada ayat-ayat Allah Taala dan
tasbih-tasbih jua doa-doa yang dibaca.

3 Kita tidak menafikan bahawa perasaan sedih itu akan


terbawa-bawa dalam tempoh beberapa hari, malah
beberapa tahun. Namun bersabarlah, dan berusahalah
untuk mendapat ketenangan di dalam solat.

469
Didoakan yang bertanya dan anak serta ahli keluarga
seluruhnya akan dipertemukan di syurga kelak. Amin.

Rujukan:
i. https://www.islamweb.net/ar/fatwa/55754/

ii. Tulisan seliaan Sheikh al-Munajjid yang berjudul


di dalam https://islamqa.
info

470
minum
92 Air Semasa
Khutbah
Jumaat
Persoalan:

D alam cuaca yang agak panas, bolehkah khatib dan jamaah


minum air semasa khutbah Jumaat sedang berlangsung.

Penjelasan:
Diharuskan untuk kita minum dengan tujuan menghilangkan
dahaga.

Al-Nawawi memberikan penjelasan berkenaan perkara ini.


ُ َ َْ َ َ َ ْ ُ َ ْ َ َ ُ ْ ُ ْ َ ْ َ ْ ُّ َ َ ْ ُ
‫ين َول يشت ِغلوا‬ ‫يب مست ِم ِع‬ ِ ‫يستحب ل ِلقو ِم أن يقبِلوا على الخ ِط‬
َ ُ ّ َ َّ َ ْ ُ ُ ُ َ ْ ُ َ ُ َ ْ َ َ َ َّ َ ْ َ
‫ َول‬، ‫ يك َرهُ له ْم ش ْرب الماءِ ل ِلتلذ ِذ‬: ‫بِغي ِره ِ حتى قال أصحابنا‬
ُ‫ال ْابن‬ َ َ ََُ ْ َ َ َ َ ْ َ َْْ ََْ ْ ُ َ َْ
‫ هذا مذهبنا ق‬، ‫يب‬ ِ
ِ ‫بأس بِشرب ِ ِه ل ِلعط ِش ل ِلقوم والخ ِط‬
َ َ َ ُّ َّ َ ٌ َ ُ َ ٌ ُ َ ْ ُ ّ َ َّ ُْْ
‫ ونهى‬، ‫ َرخص ف ِي الشر ِب طاوس ومجاهِد والشاف ِ ِعي‬: ‫ِر‬ ِ ‫المنذ‬
ُ َ ْ َ َ َْ ٌ َ َُْ
‫ عنه مال ِك َوال ْو زاع ُِّي َوأحمد‬.
ُ ْ َ ُ َ ْ َ َ َ َ ُ َ ُ ُ ْ ُ ُ ْ َ ُّ َ ْ َ ْ َ َ َ
، ‫المام يخط ُب‬ ِ ‫ و‬، ‫ تبطل الجمعة إذا ش ِرب‬: ‫وقال الو زاعِي‬
ُ َ َ َ ْ َ َّ ُ َ ْ َ َ
ً َ َ َ َ ْ ُْْ ْ َ َ ْ َ
‫ َول أعل ُم حجة ل ِمن منعه‬: ‫ار اب ُن المنذِرِ الج َواز قال‬ ‫ واخت‬.
َ ْ ْ ٌ َ ُ َ َْ ْ ُ ْ َ ُّ َ ْ َ ْ َ َ
‫اع‬ِ ‫ قول الو زاع ِّي مخال ِف ل ِِلجم‬: ‫ قال العبد ِري‬.
ِ
Terjemahan: “Disukai bagi kita untuk menghadap
ke arah khatib mendengar khutbah. Dan jangan
menyibukkan diri dengan perkara lain sehingga ada
ulama mazhab kami berkata: Makruh minum air
dengan tujuan berlazat-lazat. Namun tidak mengapa
minum air disebabkan dahaga bagi jamaah dan khatib.
Inilah mazhab kami.

“Ibn al-Mundhir berkata: Antara ulama yang


memberikan keringanan (rukhsah) untuk minum
air ialah Tawus, Mujahid dan al-Shafi‘i. Namun
Malik, al-Auza‘i dan Ahmad menegahnya. Al-Auza‘i
berkata: Jumaat batal jika kita minum ketika imam
sedang berkhutbah. Ibn al-Mundhir memilih pendapat
menyatakan harus. Beliau mengatakan: Saya tidak
tahu hujjah orang yang menegahnya. Al-‘Abdari pula
berkata: Pendapat al-Auza‘i itu menyalahi ijmak.” (Al-
Majmu‘, 5:615)

Rumusan:
1 Kita dibenarkan minum air dengan tujuan menghilangkan
dahaga, terutamanya khatib jika bermasalah ketika
menyampaikan khutbah.

2 Namun, kita mesti menjaga adab sopan. Cukuplah


dengan membawa mineral, bukannya membawa air
seperti teh o ais, milo ais dan jus epal.

3 Tujuan minun air adalah untuk melahirkan fokus kepada


khutbah.

Rujukan:
Al-Majmu‘ karya al-Nawawi.

473
93
Waktu
Mustajab
Doa
Persoalan:

B ilakah waktu doa dimustajabkan pada hari Jumaat?

Penjelasan:
Perbahasan perkara ini panjang. Al-Shaukani telah
menyenaraikan 43 pandangan ulama berkenaan perkara ini.
Pada akhirnya, saya akan kongsikan 2 pendapat yang terkuat
insha Allah.

Saya mulakan perbahasan ini dengan menyebutkan hadith


yang menyentuh perkara berkenaan.
َُ َْ ّ َ ُ َ ُ ْ ُ َ ُ ُ َ ٌ َ َ َُ ُ َ
‫ َوه َو قائ ٌِم يصلِي يسأل‬،‫ ال ي َواف ِقها مسل ٌِم‬،‫ف ِي ي ْو ِم الجمع ِة ساعة‬
ُ‫الل َّ َخ ْي ًرا إ َّل َأ ْع َطاه‬
َ
ِ
Maksudnya: “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang
sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan
dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah Taala,
pasti Allah taala akan memperkenankan permintaanya
itu.”
Baik, sekarang saya senaraikan pendapat-pendapat ulama
dalam usaha mencari waktu tersebut.

1 Waktu itu sudah terangkat atau sudah tiada lagi.


Pandangan ini tertolak dari awal lagi.
2 Hanya ada dalam satu Jumaat sahaja dalam setahun. Ini
adalah pendapat Ka‘ab bin Malik.

3 Waktu itu disembunyikan sebagaimana Allah Taala


menyembunyikan waktu Lailah al-Qadr. Antara ulama
yang cenderung dengan pendapat ini ialah al-Rafi‘i dan
Ibn Qudamah al-Maqdisi. Kedua-dua mereka adalah
ulama besar mazhab al-Shafi‘i dan Hanbali.

4 Waktunya berpindah-pindah, tidak tetap. Mungkin pada


Jumaat minggu ini, jatuh pada waktu dhuha. Mungkin
minggu depan jatuh pada waktu selepas asar. Imam al-
Ghazzali, Ibn ‘Asakir dan al-Muhib al-Tabari menyokong
pendapat ini.

5 Apabila muazzin melaungkan azan subuh.

6 Bermula dari terbit fajar sehingga terbit matahari. Ada


logiknya pandangan ini dengan mengambil kira waktu itu
adalah waktu berhimpunnya malaikat siang dan malam.

7 Dari asar hingga maghrib.

8 Bermula imam berada di atas mimbar sehinggalah


takbirah al-ihram.

9 Ketika saat pertama matahari terbit.


10 Ketika matahari terbit, seperti ada dihikayatkan oleh al-
Ghazzali di dalam al-Ihya’.

11 Pada 1/3 siang yang terakhir.

476
12 Bermula matahari tergelincir (waktu zohor) sehingga
bayang-bayang menjadi separuh hasta.

13 Bermula matahari tergelincir sehingga bayang-bayang


menjadi sehasta.

14 Selepas matahari tergelincir dalam kadar sejengkal


sehinggalah sehasta.

15 Ketika matahari tergelincir tanpa ditetapkan waktunya


secara tepat.

16 Ketika muazzin melaungkan azan Jumaat.


17 Bermula matahari tergelincir sehingga solat dikerjakan.
18 Bermula matahari tergelincir sehingga imam keluar.
19 Bermula matahari tergelincir sehingga terbenam
(maghrib).

20 Antara tempoh imam keluar sehingga solat dimulakan.


21 Ketika imam keluar.
22 Antara tempoh imam keluar sehingga solat selesai
dikerjakan.

23 Antara tempoh jual beli diharamkan sehinggalah waktu


yang dihalalkan

24 Antara azan sehingga solat selesai dikerjakan.

477
25 Antara imam berada di atas mimbar sehinggalah solat
diselesaikan. Pendapat ini disokong oleh ramai ulama
termasuk al-Nawawi, berdasarkan hadith riwayat Muslim.

26 Ketika azan, ketika imam memberikan peringatan dan


ketika iqamah.

27 Ketika azan, ketika menaiki mimbar dan ketika iqamah.


28 Ketika imam memulakan khutbah sehingga khutbah
selesai.

29 Apabila imam sampai di atas mimbar dan memulakan


khutbah.

30 Ketika duduk antara dua khutbah. Makruh dengan doa


yang kuat ketika ini. Tindakan muazzin memimpin
bacaan doa ketika ini dengan suara yang kuat adalah
tindakan yang makruh dan menyalahi sunnah salla Allah
‘alaih wa sallam.

31 Ketika imam turun dari mimbar.


32 Ketika solat dimulakan sehinggalah imam bersurai dari
tempatnya.

33 Ketika iqamah sehingga solat selesai dikerjakan.


34 Iaitu waktu yang betul-betul bertepatan dengan waktu
Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam mengerjakan solat
jumaat.

35 Daripada solat asar sehingga matahari terbenam.


478
36 Dalam solat asar.
37 Selepas asar sehingga akhir waktu ikhtiyar.
Berkemungkinan 10 minit sebelum maghrib.

38 Asalkan selepas solat asar.


39 Dari tengah hari hingga merapati akhir siang.
40 Antara matahari sudah kekuning-kuningan sehingga
terbenam.

41 Saat terakhir selepas asar, ertinya dekat-dekat maghrib.


42 Rembang senja sehingga matahari terbenam
sepenuhnya.

43 Waktunya ialah ketika imam membaca surah al-Fatihah


dalam solat jumaat sehingga ucapan amin.

Tanpa memanjangkan perbahasan, saya ingin berkongsi


pendapat kebanyakan ulama bahawa waktu yang paling
mustajab untuk berdoa pada hari Jumaat ialah:

 SATU: Bermula imam berada di atas mimbar sehingga


selesai solat Jumaat. Maka, kita mesti memperbanyakkan
doa khasnya ketika duduk antara dua sujud dan dalam
solat Jumaat.

Dalilnya adalah seperti berikut, Abu Musa al-Ash‘ari


radhiyallah ‘anh menjelaskan hadith Nabi salla Allah ‘alaih wa
sallam ketika ditanyakan oleh Ibn ’Umar radhiyallah ‘anhuma.

479
َّ َ َْ َ ُ َّ َ ُ َ ْ َ ُ ّ َ ُ َ ََ َ ْ َ َ
‫الل َّ علي ِه َوسل َم‬ ‫ول الل َِ ّ صلى‬ ِ ‫أس ِمعت أباك يح ِدث عن ر‬
‫س‬
ُ ْ َ ُ َُ ُُْ َ ََ َ َ ًْ َ َ ُ ُ ْ َ َ ْ َ
‫ س ِمعت‬:‫ نع ْم س ِمعته يقول‬:‫ف ِي شأ ِن ساع ِة الجمع ِة شيئا؟ قال‬
َ ْ َ ْ َ َْ َ ُ ُ َ َّ َ ْ َ َ ُ َّ َ َ ُ
‫ «ه َِي ما بي َن أن يجلِس‬:‫الل َّ علي ِه َوسل َم يقول‬ ‫َرسول الل َِ ّ صلى‬
ُ َ َّ َ ُْ ْ َ َ ُ َ ْ
‫المام إِلى أن تقضى الصلة‬ ِ
Maksudnya: “Adakah kamu pernah mendengar ayahmu
meriwayatkan hadith daripada Rasulullah salla Allah
‘alaih wa sallam berkenaan satu waktu (mustajab)
pada hari Jumaat?. Ya, saya pernah mendengarnya.
Saya telah mendengar Rasulullah salla Allah ‘alaih wa
sallam bersabda: Ia adalah di antara duduknya imam
sehingga selesainya solat didirikan”. (Riwayat Muslim,
nombor 853)
 DUA: Bermula asar sehingga maghrib. Sehubungan itu,
kita digalakkan memperbanyakkan doa dalam solat asar
sehinggalah matahari terbenam.

Dalilnya ialah hadith riwayat Abu Hurairah radhiyallah ‘anh,


َّ َ َ َ َُ َْ ٌ ْ ُ ٌْ َ َ ُ َُ َ ً َ َ َ ُ ُ ْ َّ
‫اهلل ع َّز َوجل‬ ‫إِن ف ِي الجمع ِة ساعة ل يواف ِقها عبد مسلِم يسأل‬
ْ َْ َ َْ َّ َ ْ َ َّ ْ َ َ
‫ َوه َِي بعد العص ِر‬،ُ‫فِيها خي ًرا إِل أعطاهُ إِياه‬
Maksudnya: “Sesungguhnya terdapat satu waktu
pada hari Jumaat apabila seorang hamba muslim
meminta kepada Allah Taala akan perkara kebaikan
pada waktu tersebut melainkan Allah Taala akan
memberinya apa yang yang dimintanya itu, waktu

480
tersebut adalah selepas asar.” (Riwayat Ahmad,
nombor 7688)

Dalil yang lain pula bersumberkan Jabir bin ‘Abdillah


radhiyallah ‘anhuma,
َُ َْ ْ ُ ٌ ْ َ َ ُ َ ُ َ ً َ َ َ ْ َ ََْ َ ُ ُ ْ ُ َ
‫ ل يوجد فِيها عبد مسل ٌِم يسأل‬،‫ي ْوم الجمع ِة اثنتا عش َرة ساعة‬
ْ َْ َ َْ َ َ َ ُ َ ْ َ َّ َ َّ ً ْ َ َ
‫ فالت ِمسوها آخ َِر ساع ٍة بعد العص ِر‬،ُ‫الل َّ شيئا إِل آتاهُ إِياه‬
Maksudnya: “Hari Jumaat mempunyai 12 jam,
padanya terdapat satu waktu yang mana tidak ada
seorang hamba yang meminta sesuatu kepada Allah
Taala melainkan Allah Taala akan memberikan apa
yang dimintanya itu kepadanya. Maka carilah waktu
tersebut pada akhir waktu selepas asar.” (Riwayat al-
Nasa’i, nombor 1389)
Walaupun jawapannya bocor sekalipun, saya sendiri
merasakan bahawa saya tidak memanfaatkannya dengan sebaik-
baiknya. Allah al-musta‘an.

Wallah a‘lam.

Rujukan utama:
Nail al-Autar sharh Muntaqa al-Akhbar karya al-Shaukani.

481

You might also like