You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN (P) PUDU SATU

JALAN FOSS,
55200 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
MINGGU 3K

TARIKH:
8 HINGGA 12 APRIL 2019

ANJURAN :
UNIT 3K

DISEDIAKAN OLEH :
HANANI BINTI ISHAK
1.0 LATAR BELAKANG/ PENGENALAN
1.1 Program 3K dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan semula sekolah
mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isi berkaitan dengan
keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah. Selepas 13 tahun perlaksanaannya,
mulai tahun 2004, program ini tampil dengan konsep baru yang menggabungkan tiga
program berasingan menjadi satu program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif
Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K
meliputi Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program
Keceriaan dan Keindahan Sekolah.
1.2 Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah
(3K) memberi peluang kepada mana-mana sekolah yang terpilih merasai hakikat
bahawa keceriaan itu sememangnya ada dalam pendidikan. Tanpa mengira dalaman
mahu pun luaran, program 3K dilihat mampu menyerlahkan keceriaan sesebuah
sekolah yang menyertainya menerusi penekanan kepada meningkatkan tiga aspek
utama program tersebut. Sesebuah sekolah yang ‘ceria’ dari pelbagai segi bukan
sahaja sedap di pandang mata atau dibanggakan oleh warga masyarakat sekitarnya,
malah yang lebih penting ia juga mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam
bidang akademik.
1.3 Program 3K yang dilaksanakan di sekolah bukan sahaja telah berjaya menambahkan
keindahan dan keceriaan sekolahnya, malah turut merapatkan hubungan sesama pihak
sekolah dan juga dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat
setempat. Program inisiatif 3K ini diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian
Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Membentuk ketrampilan dan keperibadian murid yang unggul melalui pengukuhan
program 3K berlandaskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
2.2 Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan
pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan, kesihatan
dan keselamatan.
2.3 Membina dan memelihara diri, persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.
2.4 Meningkatkan jalinan pemuafakatan strategik antara Kementerian Pelajaran Malaysia
dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi membentuk jalinan
kerjasama dalam usaha merealisasikan Perlaksanaan Program 3K.
3.0 TARIKH
3.1 8 hingga 12 April 2019

4.0 TEMPAT
4.1 Sekolah Kebangsaan (P) Pudu Satu

5.0 PESERTA/SASARAN
5.1 Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan (P) Pudu Satu

6.0 ATURCARA
TARIKH MASA AKTIVITI SASARAN TINDAKAN
- Perhimpuanan Rasmi
Semua Murid Guru Bertugas
ISNIN 8.00 pagi & Pelancaran Minggu
AJK 3K
8/4/2019 3K
Guru Bertugas
SELASA 8.30 Latihan kebakaran Guru Keselamatan &
Semua murid
9/4/2019 pagi dalaman AJK Disiplin
Semua Guru
RABU 12.30 Ceramah keselamatan
10/4/2019 tengah dan jenayah oleh pihak Semua murid Semua guru
hari polis
-Ice breaking/persiapan
8.00 pagi melukis mural/gotong-
royong
KHAMIS
8.30 pagi Explorace Pelajar UPNM
29/3/2018 Semua Murid
10.30 Dive Across The
pagi Culture
11.15
Sharing is caring
pagi
Majlis penutupan Semua Guru
JUMAAT 7.30 pagi Semua Murid
Minggu 3K AJK 3K
30/3/2018
Semua Guru
7.0 JAWATANKUASA MAJLIS :
Jawatankuasa Induk
Penasihat : Puan Hamidah binti Dolmat

Pengerusi : Puan Norul ‘Ain binti Mohd Yusof

Naib Pengerusi 1 : Puan Nor Selina binti Ghazali

Naib Pengerusi 2 : Puan Rosnita binti Mahadi@Zakaria

Penyelaras Program : Puan Hanani binti Ishak

Setiausaha : Puan Hanani binti Ishak

Jawatankuasa Program
Pamplet : Puan Fairuz binti Abdul Rasid

Pengacara Majlis : Puan Fatimah binti Mohd Zain

Dokumentasi : Puan Hanani binti Ishak

Sistem siaraya : Encik Muhammad Yusof bin Lakiti

Huruf Latar : Puan Nor Amalina binti Othman

Disiplin Murid : Puan Nor Izwanis binti Yaakub


Puan Hafisyoh binti Mat Isa

Gimik pelancaran : Encik Samsu Bahri bin Mohamad@Husain

Juru gambar : Puan Nurulazmra binti Azmi

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA


1 GIMIK PELANCARAN PERASMIAN MINGGU 3K RM 20.00
4 JUMLAH RM 20.00
9.0 SUMBER KEWANGAN
Sumbangan PIBG Sekolah Kebangsaan (P) Pudu Satu

10.0 PENUTUP:
Pihak urusetia mengharapkan agar Program 3K, dapat berjalan dengan jayanya. Segala
kerjasama dan keprihatinan pihak- pihak yang terlibat di dalam menjayakan program
ini didahului dengan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

------------------------------------- ------------------------------------
(HANANI BINTI ISHAK) (NOR SELINA BINTI GHAZALI)
Setiausaha Guru Penolong Kanan HEM

Disahkan oleh :

---------------------------------------
(HAMIDAH BINTI DOLMAT)
Guru Besar

You might also like